Monday, October 22, 2012

Pedoman Orang Soleh

DISEDIAKAN OLEH : UMMU ‘AFIFAH BINTI MAHAT SARING
NO PELAJAR: 2012436284
DISEDIAKAN UNTUK:USTAZ ABDUL AZIZ HARJIN
PROGRAM: CS110 - SAINS KOMPUTER
KUMPULAN : CSD1Cf
FAKULTI: SAINS KOMPUTER DAN MATEMATIK
SESI PENGAJIAN: JUN 2012
TARIKH HANTAR : 10 SEPTEMBER 2012

Pengenalan

ketahuilah wahai pelajar yang sedang dahagakan ilmu pengetahuan. Janganlah sampai terjadi menuntut ilmu ini dengan niat untuk berbangga dan angkuh.Jika bermaksud sedemikian itu ertinya anda sedang berusaha untuk meruntuhkzn agamamu dan menghancurkan dirimu sendiri serta menjual akhiratmu yang abadi itu dengan dunia yang bersifat sementara ini. Gurumu yang turut membantu kederhakaanmu itu akan turut terjerumus dalam kerugianmu, laksana seorang yang menjual senjata kepada penyamun, ia pun bersubahat juga. Seandainya niat dan maksudmu dalam mencari petunjuk bukan hanya sekadar menerima keterangan, gembirakanlah hatimu. Kerana dimana pun anda berjalan ke tempat ilmu itumalaikat akan mengembangkan sayapnya kepadamu, malah ikan-ikan di laut pun memohonkan pengampunanmu, agar niat sucimu terkabul hendaknya.

Golongan yang menuntut ilmu
Orang yang menuntut ilmu terbahagi kepada tiga golongan :
1.    Mencari ilmu untuk bekalan dalam perjalanan hidup di hari kemudiannya dan hanya untuk cari keredhaan Allah semata-mata. Golongan ini peroleh keselamatan dan kejayaannya.
2.    Mencari ilmu untuk keperluan hidup duniawi semata-mata. Golongan seperti ini sekiranya menemui ajal sebelum sempat bertaubat maka kesudahan hidupnya akan berakhir dengan keburukan dan terpulanglah kepada Allah tentang kesudahan hidupnya dan sebaliknya sekiranya sempat bertaubat maka dia akan beroleh kejayaan dunia akhirat. Kerana mengikut hadis :

“Orang yang bertaubat dari dosanya laksana orang yang sama sekali tidak berdosa.”
3.    Mencari ilmu kerana dipengaruhi syaitan. Golongan seperti ini akan hancur binasa dalam kebodohannya dan mudah diperdayakan.
Firman Allah :

    “wahai orang-orang beriman, mengapakah kamu mengatakan sesuatu yang kamu sendiri tidak mengerjakannya.”
                                    ( Ash-shaf : 2 )
Ditambah lagi sabda Ras ulullah s.a.w :

    “Aku menghindar dari dajjal dan aku khuatir kamu akan terpikat oleh dajjal itu.”kemudian salah seorang sahabat bertanya :“Siapakah dia wahai Rasulullah ?” Sabdanya :“Ahli ilmu yang bergelimang dengan kejahatan.”

Persoalannya apakah pedoman untuk mendapatkan hidayat supaya diterapkan ke dalam jiwa ?
Jawapannya, pedomannya ialah taqwayang lahiriah dan bimbingan kemuncaknya ialah taqwa yang batiniah. Taqwa ialah ciri kepatuhan terhadap segala perintah Allah dan menjauhi segala laranganNya.


Bahagian I – TAAT
Taat ialah menurut atau patuh kepada peraturan-peraturan dan ketentuan-ketentuan yang diatur oleh Allah.Sabda Nabi Muhammad s.a.w :Firman Allah : “Siapa pun belum dapat disebut telah mendekatkan diri kepadaKu kerana telah menunaikan semua perintah yang fardhu saja, tetapi seorang hamba baru dapat disebut mendekatkan diri kepadaKu dengan mengerjakan perintah yang sunnat-sunnat sehingga akhirnya Aku akan mencintainya maka Akulah telinga bagi pendengarannya, mata bagi penglihatannya, lidah bagi pengucapannya, tangan bagi tiap usahanya, dan kaki bagi tiap langkahnya.”
Allah melihat apa yang dibuat oleh setiap hambanya. Kita tidak boleh lari daripada pengetahuan Allah Taala kerana tanpa izinNya kita tidak akan boleh berbuat apa-apa pun.
Allah berfirman :
“Allah mengetahui khianat mata dan apa yang disembunyikan di dalam hati.” (al-Mu’min:19)
Adab Bangun Dari Tidur
Apabila bangun daripada tidur usahakanlah bangun sebelum fajar menyinsing dan yang harus tergerak di dalam hatimu serta tergetar pada lidahmu ingatan, ucapan terhadap Allah.
“Segala pujian untuk Allah yang telah menghidupkan kami lagi setelah mematikan kami dan kepadaNya jualah kami akan dibangkitkan kembali.Kini kami menghadap pagi sedang kerajaan pagi di tangan Allah, kebesaran dan kekuasaan di tangan Allah – Penguasa seluruh alam. Kehadiran kami di pagi bening ini dalam kejernihan Islam, dan kalimat ikhlas, serta agama Nabi kami Muhammad s.a.w., dan tuntutan bapa kami Nabi Ibrahim – seorang hanif lagi Muslim, dan bukanlah dia seorang yang musyrik. Ya Allah! Kami bermohon agar Engkau bangkitkan kami pada hari ini untuk mengerjakan segala kebajikan dan kami berlindung kepadaMu dari segala kejahatannya pada hari ini dan dari membuat bencana terhadap sesame kaum muslimin.Ya Allah ! Bersama denganMu kami berpagi-pagi dan denganMu kami memasuki senja nanti, denganMu kami hidup dan denganMu kami mati dan kepadaMulah kami akan dibangkitkan kembali.Kami mohon kepadaMu memperoleh kebajikan pada hari ini dan kebajikan yang berada di dalamnya.Kami berlindung kepadaMu dari kejahatan pada hari ini dan kejahatan yang berada didalamnya.”

Berpakaian
Niatkanlah dengannya untuk memenuhi perintah Allah dalam hal menutup auratmu.
Adab Masuk Tandas
Dahulukan kaki kirimu, dan keluar dengan kaki kananmu. Jangan dibawa bersama nama Allah s.w.t. dan RasulNya. Tutuplah kepala dan pakai alas kaki.
Bacakan, ketika masuk :
    “Dengan nama Allah, aku berlindung kepada Allah dari segala kotoran najis yang busuk dan membusukkan dan dari syaitan yang terkutuk.”
Ketika keluar :
    “Engkau mengampuniku.Segala puji bagi Allah yang telah menghilangkan dariku segala yang berbahaya bagiku dan meninggalkan segala yang berfaedah.”
Setelah beristinjak berdoalah :

“Ya Allah !Sucikannlah hatiku dari sifat nifaq dan peliharailah kemaluanku dari kekejian.”

Bersiwak
Setelah beristinjak, eloklah bersiwak (menggosok gigi, kerana dapat membersihkan mulut, diredhai Allah dan dibenci oleh syaitan)

“solat yang ditunaikan oleh orang bersiwak adalah lebih afdal dari solat yang dilakukan oleh orang yang tidak bersiwak.”

Adab mandi hadas
Sekiranya menanggung hadas junub sama ada kerana mimpi atau bersatu diwajibkan ia untuk mandi.
Jika berwudhuk haruslah berhati-hati jangan tersentuh alat kelamin, jika tersentuh maka kenalah mengambil wudhuk semula,
Yang Fardhu dalam semua hal ada 3 perkara :
1.    Menghilangkan najis.
2.    Berniat
3.    Membasuh serta meratakan seluruh tubuh dengan air.
Adab tayammum
Adab pergi ke masjid
Adab masuk ke dalam masjid
Adab sejak terbit matahari hungga ke senja
1.    Menuntut ilmu
2.    Mengerjakan amal ibadat
3.    Mengerjakan amal kebajikan untuk umum
Persiapan menghadapi solat
Solat tiang agama.Jadi tunaikanlah solat sebagai bekalan dunia dan akhirat.
Tatatertib masuk tidur
Apabila hendak tidur maka bentanglah pembaringanmu menghadap kiblat kemudian tidurlah dengan gaya mengereng sebelah kana, seperti letaknya mayat di lubang kubur. Tidur adalah laksana mati, sedang bangun dari tidur itu seumpama kebangkitan selepas mati. Mungkin Allah s..w.t. akan mencabut nyawa kita semasa tidur. Oleh itu kenalah bersiap-siap untuk menemuiNya, buatlah bekalan untuk kita ke sana.
Tatatertib menunaikan solat
Apabila selesai bersuci dari hadas dan dari najis, berpakaianlah seperti dengan tertib dan teratur serta menutup aurat. Kemudian menghadaplah ke kiblat sambil berdiri lurus.Kemudian baca surah an-Nas agar tidak diganggu dengan pujuk rayu syaitan.
Tatatertib imam dan ma’mum
Tatatertib jumaat
Ketahuilah bahawa hari jumaat merupakan hari besar bagi orang-orang yang beriman, hari yang termuliadiciptakan Allah s.w.t. untuk umat nabi Muhammad. Siapa sahaja umat islam yang memperolehi keistimewaan yang dirahsiakn dan berdoa pada waktu itu pasti dikabulkan oleh Allah.
Tatatertib berpuasa

Bahagian II- Menjauhi Maksiat
Jagalah segenap anggotamu yang tujuh kerat agar terjauh dari perbuatan maksiat.kerana pintu neraka juga mempunyai tujuh buah pintu. Setiap pintu disediakan bagi manusia sesuai dengan dosa-dosa yang telah dikerjakan oleh salah satu oleh anggota yang tersbut:
1.    Mata
2.    Telinga
3.    Lidah
4.    Perut
5.    Kemaluan
6.    Tangan
7.    Kaki
Peliharalah diri kita daripada melakukan kemungkaran sehingga mendapat kemurkaan Allah.
Janganlah :
1.    Dusta
2.    Mungkir janji
3.    Mengumpat
4.    Bertengkar dan berbantah-bantah
5.    Memuji diri sendiri
6.    Mengutuk
7.    Mendoakan yang tidak baik kepada makhluk
8.    Bergurau senda, mengejek dan berolok-olok
9.    Hasad dengki
10.    Riyak
11.    Kagum pada diri
 Kita perlulah :
1.    Memelihara perut daripada memasuki dengan benda-benda haram.
2.    Memelihara kemaluan daripada segala macam yang diharamkan oleh Allah.
3.    Memelihara tangan daripada melakukan kemungkaran.
4.    Memelira kedua-dua kaki daripada menjejaki ke tempat yang haram.

Bahagian III- pedoman pergaulan

1.    Tatatertib bersahabat
2.    Tatatertib terhadap Allah
3.    Tatatertib orang alim
4.    Tatatertib selaku murid
5.    Tatatertib terhadap ibu bapa
6.    Tatatertib pergaulan
7.    Tatatertib bergaul dengan orang masyhur

Jagalah tatatertib dan pergaulan kita sesame manusia sesungguhnya apa yang kita lakukan semasa di dunia pasti akan mendapat balasan di dunia mahu pun di akhirat.

Kesimpulan

Hendaklah ketahui bahawa pedoman itu merupakan buah ilmu yang mempunyai pangkal pemulaan dan hujung penghabisannya.Bagi merperoleh pedoman-pedoman awal bagi melatih peribadi diri dan menguji hati. Tetapi sebaliknya, jika peribadi menundakan kemudiian menjadi jemu atau bosan melakukan pedoma-pedoman, maka pastilah hasrat menuntut ilmu yang berbangkit dari hati adalah semata-mata kerana dorongan nafsu jahat yang tidak masuk dek akal, terdorong oleh imbauan syaitan yang terkutuk, yang telah memperdayakan peribadi sedikit demi sedikit hingga tercapai cita-citanyahendak menjerumuskan kita ke dalam jurang kebinasaan. Tujuan yang jahat itu berselindung sebalik niat yang suci dan atas nama kebajikan. Oleh itu, perlu sekali kita berwaspada agar tidak terjebak ke dalam perangkap tipu daya syaitan.Memang sangat celaka orang-orang yang jahil kerana enggan belajar ilmu, tetapi lebih celaka orang yang berilmu tidak pula mengamalkan ilmunya itu.

Iman - rukun, hakikat dan pembatalan

IMAN RUKUN, HAKIKAT DAN PEMBATALAN

KOD KURSUS:
CTU101- PRINSIP-PRINSIP ASAS ISLAM

NAMA & NO PELAJAR :
MUHAMMAD AZIM BIN MOHD YAZIZ ( 2012431758 )

NAMA PENSYARAH:
USTAZ ABDUL AZIZ BIN HARJIN

RUKUN IMAN

Rukun iman merupakan asas penting bagi seseorang muslim.Rasulullah pernah bersabda mengenai Al-Iman ketika ditanya Jibril:

Maksud hadis:Al-Iman ialah engkau beriman kepada Allah, para malaikat, kitab-kitabNya, rasul-rasulNya dan hari kemudian dan engkau beriman dengan qadar baiknya dan jahatnya.
 Riwayat al-Bukhari dan Muslim

Keimanan seseorang tidak akan sempurna jika tidak mengikut cara yang ditunjukkan kitab yang ditunjukkan kitab Allah dan sunnah Rasulullah. Seseorang muslim juga akan terkeluar dari lingkungan islam dan menjadi golongan kafir jika mengingkari rukun iman.

BERIMAN KEPADA ALLAH
Beriman kepada Allah bermaksud beriktikad dengan tegas bahawa Allah ialah Tuhan yang memiliki dan mencipta segala-galanya.Kita sebagai umat islam beribadat dengan ikhlas seperti solat, puasa, doa, takut kepada azabNya, menyerah diri kepadaNya.Sesungguhnya Dialah Tuhan yang berhak disembah dan diibadatkan.Dialah Tuhan yang bersifat dengan segala sifat sempurna dan tidak ada kekurangan.
Beriman kepada Allah mengandungi tiga bahagian Tauhid, iaitu :
•    Tauhid Rubiyyah
•    Tauhid Uluhiyyah
•    Tauhid Asma dan Sifat

Tauhid Rububiyyah
Tauhid Rububiyyah bererti beriktikad dengan tegas bahawa Allah adalah “Rabb/Tuanpunya” bagi segala sesuatu dan tidak ada Tuhan selainNya.Rububiyyah Allah terhadap makhlukNya bererti keesaan Allah pada penciptaan, milikan dan pentadbiran hidup makhluk.
Tauhid Rububiyyah merupakan pengakuan bahawa Allah sahajalah yang mencipta, memiliki, menghidup, memati, memberi manfaat, memberi mudarat, memperkenankan doa, berkuasa penuh terhadap mereka, mengurnia sesuatu dan menahan dari mereka, kepunyaanNyalah segala urusan makhluk dan titah perintah.
Tauhid ini adalah asas bagi Tauhid bahagian lain, kerana pencipta, pemilik dan pentadbir sahajalah yang berhak ditujukan ibadat dan Dialah yang berhak menerima pujian, syukur, doa, harapan, takut, dan lain-lain. Ibadat yang dilakukan tidak sah melainkan kepada zat yang mempunyai hak mencipta dan hak memerintah kesemuanya.
Oleh itu, pencipta langit dan bumi dan barang yang diantara keduanya sahajalah yang kita patut menganggapnya sebagai Tuhan.Sesungguhmya Dialah Tuhan yang hidup, tidak mati, amat mengetahui, maha besar dan maha tinggi.

Tauhid Uluhiyyah
Tauhid Uluhiyyah ialah beriktikad dengan jazam bahawa Allah adalah Tuhan yang sebenar, tiada Tuhan selainNya dan Dialah Tuhan yang mesti diesakan dalam beribadat. Tauhid ini berasaskan ikhlas kepada Allah pada lahir dan pada batin, dalam ertikata lain sagala ibadat mesti dikerjakan kerana Allah. Kerana itu orang yang beriman beribadat hanya kepada Allah danbukan kepada yang lain.Ia mengikhlaskan cinta, takut, harapan, doa, tawakkal, taat, dan segala jenis bentuk ibadat lain hanya kepada Allah.
Tauhid Uluhiyyah ini menuntut kita supaya menghadap kepada Allah dalam setiap jenis ibadat dan menuntut kita supaya membersihkan hati dari terikat dengan pihak atau pengaruh lain. Ibadat ini mengandungi pengertian yang luas, diantaranya:.
1.    Wajib ikhlas cinta kepada allah
2.    Wajib mengesakan Allah dalam berdoa, bertawakkal, dan mengharapkan perkara yang hanya Allah berkuasa
3.    Wajib mengesakan Allah dalam takut

Tauhid al-Asma Wal-Sifat
Tauhid al-Asma wal-Sifat bermakna beriktikad dengan jazam bahawa Allah bersifat dengan sifat-sifat kesempurnaan, suci bersih dari segala sifat-sifat kekurangan dan sifat-sifat Allah tidak menyeruapai sifat-sifat kekurangan dan sifat-sifat, dengan erti kata lain, kita isbatkan bagi Allah nama-nama dan sifat-sifat yang Allah sendiri menetapkannya di dalam al-Quran bagi zatNya dan mengisbatkannya oleh Rasulullah di dalam hadis, tanpa mengubah lafaz-lafaz dan makna-maknanya.
Tauhid al-Asma wal-Sifat ini terbahagi kepada tiga asas.Seiapa yang menyeleweng darinya sudah tentunya ia tidak mentauhidkan Allah dari segi Asma (nama)dan sifat.Ketiga-tiga asas itu ialah :
1.    Menyucikan Allah dari menyerupai makhluk-makhluk dan dari mana-mana sifat kekurangan.
2.    Beriman dengan nama-nama Allah dan sifat-sifatNya yang sabit di dalam al-Quran al-Karim dan hadis, tanpa mengurang, mengubah dan mengtaktilkan/menafikan makna sesetengah sifat Allah.
3.    Menghapuskan perasaan ingin tahu kaifiyyat dan bentuk sifat-sifat ini.

Sifat-sifat Allah yang termaktub di dalam al-Quran al-Karim dan al-Hadis al-Syarif terbahagi kepada dua jenis iaitu Sifat Zat dan Sifat Feel (Perbuatan).Sifat Zat ialah sifat-sifat lazim bagi Allah dan tidak bercerai tanggal daripadaNya.Sifat Feel pula ialah sifat-sifat yang tertakluk dengan kehendak Allah dan qudratNya.Nama-nama Allah ialah nama-nama khas bagiNya yang telah dikhabarkan oleh Allah sendiri di dalam al-Quran dan oleh Rasulullah dalm sunnahnya. Tiap-tiap nama ini menunjukkan satu sifat atau beberapa sifat bagi Allah.

BERIMAN KEPADA MALAIKAT
Beriman kepada malaikat bererti percaya secara jazam bahawa para malaikat Allah tetap ada. Malaikat merupakan makhluk Allah dan tidak sah iman seorang hamba melainkan setelah ia beriman dengan sifat-sifat dan amalan-amalan mereka yang diterangkan di dalam al-Quran al-Karim dan al-Hadis al-Syarif tanpa menambah, mengurang dan mengubah.
Allah S.W.T.menerangkan tentang sifat-sifat para malaikat secara garisa kasar iaitu mereka dijadikan sebelum Nabi Adama.s. Malaikat juga merupakan makhluk nurani (berunsurkan cahaya) dan tidak berjisim. Malaikat juga berlainan dengan manusia, kerana mereka tidak makan, tidak minum, tidak tidur, tidak berkahwin, bersih dari segala kesalahan dan dosa. Malaikat langsung tidak bersifat dengan segala sifat kebendaan seperti bani Adam.Akan tetapi mereka boleh menyamarkan diri sebagai manusia dengan keizinan Allah.
Hubungan malaikat dengan Allah adalah hubungan Ubudiyyah (kehambaan) yang bersih, hubungan patuh/taat, tunduk kepada segala perintah Allah. Inilah hubungannya dan tidak ada hubungan lain. Kerana itu malaikat bukanlah Tuhan dan bukanlah anak cucu Tuhan sebagaimana kepercayaan orang-orang dahulu.Malaikat juga adalah salah satu makhluk Allah yang sentiasa taat kepada Allah, tidak kuasa membuat sesuatu dengan kekuasaan dari mereka sendiri dan mereka sentiasa taat kepada perintah dan beribadat kepadaNya. Malaikat mempunyai bilangan yang banyak dan Allah sahajalah yang Mengetahui bilangannya.

Beriman kepada malaikat menimbulkan kesan yang mendalam dalam kehidupan seorang Islam, di antaranya ialah:
1.    Menjauhkan kita dari terjerimus ke dalam khurafat dan kepercayaan-kepercayaan dongeng.
2.    Menjadkan kita sentiasa istiqamah dalam menjalanan perintah Allah.
3.    Menjadikan kita sentiasa bersabar, meneruskan jihad fisabilillah, menimbulkan ketanangan jiwa, tidak berputus asa, dan tidak merasai cemas.

BERIMAN KEPADA KITAB-KITAB ALLAH
Beriman kepada kitab-kitab Allah ialah kita beriman kepada kitab-kitab yang diturunkan kepada para nabi dan rasulNya.Kitab-kitab yang diturunkan itu ada disebutkan di dalam al-Quran dan ada yang tidak disebutkan. Antara kitab yang disebutkan dalam al-Quran ialah :                              
•    Taurat (Nabi Musa a.s.)
•    Injil (Nabi Isa a.s.)
•    Zabur (Nabi Daud a.s.)
•    Sahifah-sahifah/suhuf/lembaran (Nabi Ibrahim a.s. dan Nabi Musa a.s.)

Kita sebagai umat Islam wajib beriman bahawa al-Quran al-Karim adalah kitabyang terakhir diturunkan dari sisi Allah, serta Allah mengutamakannya dengan beberapa ciri yang membezakannya dari kitab-kitab yang sebelumnya. Diantara ciri-ciri itu ialah :
1.    Al-Quran mengandungi intisari ajaran Ilahi
2.    Al-Quran adalah kitab Allah yang dijamin terpelihara
3.    Al-Quran diturunkan untuk manusia seluruhnya

BERIMAN KEPADA NABI DAN RASUL
Beriman kapada nabi dan rasul bererti kita beriman kepada para nabi dan para rasul yang disebut di dalam al-Quran dan yang tidak di sebut.Bilangan dan nama-nama mereka tidak diketahui dengan sebenarnya kecuali Allah sahaja yang mengetahuinya.Para nabi dan para rasul yang disebut dalam al-Quran adalah sebanyak 25 orang sahaja.
Sebagai seorang muslim, wajiblah di atas diri kita beriman dengan kerasulan dan kenabian mereka itu secara tafsil(perincian), dalam ertikata lain sekiranya disebut seorang nabi atau seorang rasul ia tidak mengingkari kenabian dan kerasulannya. Siapa yang mengingkari kenabian salah seorang dari mereka atau kerasulannya yang diutus membawa risalah Allah bererti dia telah kufur.
Di dalam kalangan para rasul, terdapat lima orang rasul yang digelar sebagai Ulul-Azmi sebagaimana disebut-sebut oleh para ulama, antarannya ialah :
1.    Nabi Muhammad s.a.w.
2.    Nabi Musa a.s.
3.    Nabi Ibrahim a.s.
4.    Nabi Nuh a.s.
5.    Nabi Isa a.s.

Kita juga wajib beriman bahawa Allah telah mengutuskan beberapa orang rasul kepada makhluk supaya memberi khabar gembira dan khabar buruk kepada mereka.Memberi khabar gembira iaitu keredhaan Allah, pahala dan syurga jika mereka beriman kepada Allah dan rasulNya serta mentaatinya dan memberi khabar buruk iaitu kemurkaan Allah jika mereka kufur dan durhaka.

Wajib kita beriman juga bahawa para rasul yang diutus oleh Allah bertujuan untuk mencapai satu matlamat asasi iaitu beribadat kepada Allah, menegakkan agamaNya, mengasaskanNya pada Rububiyyah, Uluhiyyah, Asma’ (nama-namaNya) dan sifat-sifatNya.
Sebagai seorang Islam, kita wajib beriktikad dengan penuh jazam bahawa tidak ada mana-mana nabi selepas Nabi Muhammad s.a.w.Sekiranya ada orang yang mendakwa dirinya menjadi nabi selepasnyamaka dia adalah pendusta.Wajib juga kita beriktikad bahawa Nabi Muhammad s.a.w. adalah kekasih Tuhan al –Rahman dan ketua orang-orang yang bertakwa. Darinya kita boleh jadikan contoh serta teladan dan bagindalah yang layak untuk dijadikan role model kerana bagindalah utusan Allah yang diutuskan kepada jin dan manusia.

BERIMAN KEPADA HARI AKHIRAT
Beriman kepada hari akhirat bererti beriman kepada apa yang diceritakan oleh Allah di dalam al-Quran dan apa yang diceritakan oleh Rasulullah s.a.w. berhubungan dengan perkara yang akan berlaku setelah mati yang terdiri dari :
•    Fitnah dalam kubur
•    Azab dan nikmat di dalam kubur
•    Kebangkitan semula dan perhimpunan di Padang Mahsyar
•    Kitab amalan manusia, perhitungannya dan al-Mizan, al-Haud (kolam), al-Sirat (titian), dan al-Syafaat
•    Syurga dan neraka
•    Nikmat di dalam syurga dan azab di dalam neraka

Kitab al-Quran berisi penuh dengan sebutan mengenai hari akhirat, di samping menekannya pada tiap-tiap tempat, mengingatkan hari akhirat pada tiap-tiap munasabah,malah menetapkan berlakunya dengan berbagai gaya bahasa arab. Di setiap apa yang diingatkan di dalam al-Quran mempunyai hikmahnya.Antara hikmah al-Quran mengambil berat mengenai beriman kepada hari akhirat ialah :
•    Dapat mengajar manusia supaya beriltizam
•    Menjadikan manusia terikat dengan amal salih
•    Memberi peringatan kepada manusia yang sentiasa lupa lalai

Kitab al-Qurandan al-Sunnah juga akal yang waras membuktikan bahawa wajib beriman kepada hari akhirat.Di dalam al-Quran, Allah banyak berfirman mengenai hari akhirat, menyebut dalil-dalil dan menolak hujah atau kekeliruan orang-orang yang mengingkarinya pada beberapa tempat di dalam al-Quran, begitu juga Allah menyebutkan kejadian-kejadian yang berlaku di hari akhirat dengan panjang lebar da tidak pernah disebut di dalam kitab-kitab sebelumnya.Setiap rasul yang diutuskan oleh Allah juga seringkali mengingatkan kaum mereka mengenai hari akhirat ini.Sekiranya kita mengingkari atau merasa ragu-ragu akan hari akhirat maka akan menjadi golongan yang kufur.
Sebagai seorang Islam, kita juga wajib beriman bahawa kiamat itu tetap berlaku, tanpa syak lagi. Masa berlakunya dirahsiakan dan hanya Allah sahaja yang mengetahuinya.Para rasul, nabi juga tidak mengetahui bila akan terjadinya kiamat. Tidak ada seorang pun yang dapat menghitung berapa lama lagi umur dunia ini.Rasulullah pernah bersabda mengenai alamat/tanda-tanda kiamat. Antara alamat akan berlakunya kiamat ialah :
1.    Keluarnya asap
2.    Lahirnya Dajjal
3.    Keluarnya binatang melata
4.    Matahari terbit dari sebelah barat
5.    Turun Nabi Isa bin Maryam
6.    Keluarnya Yakjuj dan Makjuj
7.    Berlaku tiga kali gerhana di sebelah barat
8.    Berlaku gerhana di sebelah Timur
9.    Gerhana di sebelah semenanjang Tanah Arab
10.    Dan akhir sekali keluarnya api dari negeri Yaman yang menghalau manusia ke tempat perhimpunan mereka

Selepas tiupan sangkakala pertama, kejadian-kejadian ngeri akan berlaku pada akhir umur dunia dan permulaan bagi hari akhirat. Ia bermula dengan berlakunya perubahan alam cakerawala di mana langit akan berpecah belah, bintang akan bertaburan, planet akan berlanggaran sesame sendiri, bumi akan retak, bukit akan hancur, dan segala-galanya akan binasa. Apabila sangkakala kedua ditiup, dan matilah semua yang hidup.Pada ketika itulah bermulanya akhirat di mana terjadinya :
1.    Kebangkitan manusia
2.    Perhimpunan di Padang Mahsyar
3.    Balasan amalan
4.    Menghadap Allah dan hisaban amalan
5.    Kolam air (kauthar)
6.    Neraca timbangan
7.    Titian (sirat)

Selepas itu semua manusia akan ditempatkansamada di syurga atau neraka.Syurga dan neraka adalah ciptaan Allah yang disediakan untuk menjadi tempat balasan baik dan buruk. Allah menciptakan syurga dan neraka sebelum dari manusia. Oleh itu, syurga dan neraka sekarang ini sudah ada dan akan berkekalan selama-lamanya, tidak berubah.


BERIMAN KEPADA QADA DAN QADAR
Beriman kepada qada dan qadar Allah adalah salah satu daripada rukun akidah Islamiyyah dan rukun yang keenam dari rukun Iman. Siapa yang mengingkari qadar Allah bermakna ia terkeluar dari agama Allah. Qada dan qadar merupakan ketentuan Allah yang telah ditetapkan kepada alam ini, peraturan umum Allah dan sunah Allah yang dengannya Allah ikatkan asbab dengan musababnya.
Setiap muslim wajib beriman kepada qadar Allah :qadar yang baik dan jahat, manis dan pahit. Beriman dengan qadar Allah bererti :
    beriman kepada ilmu Allah yang sedia kala
    beriman kepada masyiah Allah yang meluluskan dan qudratNya yang syumul

Dalam masalah qada dan qadar, kebanyakkan mukmin berpegang kepada dasar “qadar Allah adalah tersembunyi dan mereka tidak suka membahaskannya” kerana cukuplah bagi mereka bahawa ia :
•    sudah mengetahui maknanya dan darjat-darjatnya
•    beriman dengan qadar Allah
•    berimanbahawa Allah mengetahui segala suatu
•    beriman bahawa Allah mencipta segala suatu
•    beriman bahawa apa yang Allah tidak kehendaki, ia tidak akan berlaku
•    beriman bahawa Allah Maha Adil, tidak menzalimi seseorang pun
•    beriman bahawa Allah bersih dari sifat sia-sia

Islam berpijak di atas asas menyerah segala kepada hikmah Allah dan iradahNya, tidak tanya mengenai pentafsilan hikmah Tuhan dalam menyuruh dan melarang. Demikianlah sikap para sahabat nabi dahulu. Hal ini kerana pembinaan Islam tertegak di atas asas menyerah kepada Allah dan martabat pertama dalam menjunjung perintah Allah ialah beriman kepada perintah itu, kemudian berazam sungguh-sungguh untuk melaksanakannya dan segera menunainya.Inilah sikap para yang mulia, mereka sangat beradab dengan Rasulullah s.a.w. Dalam masalah qadar, para sahabat, tabiin dan semua ahlul sunnah wal jamaahtelah ijmak dan mengatakan bahawa semua makhluk sampai ke hari kiamat adalah tertulis di Ummul kitab.
Selain itu, satu perkara yang seharusnya kita tidak patut lupa ialah kita disuruh berusaha/berikhtiar mencari sebab, di samping :
•    Bertawakkal kepada Allah
•    Beriman bahawa urusan segala suatu adalah di tangan Allah
•    Beriman bahawa segala sebab tidak memberi kesan dan natijah kecuali dengan keizinan Allah, kerana beriman kepada qadar tidaklah berlawan dengan berusaha mencari sebab

Oleh yang demikian, bersalahlah seseoran muslim jika ia tidak berusaha mencari sebab. Sekailipun rezeki yang ditangan Allah, ia tetap dituntut untuk berusaha mencarinya, kalau tidak ia dianggap berdosa.

HAKIKAT IMAN
Pendapat pertama : Al-Iman ialah nama bagi pengakuan dengan lidah, kepercayaan dalam hati dan amalan dengan anggota. Inilah pendapat kebanyakkan ahlussunnah.
Pendapat kedua:Iman ialah nama bagi pengakuan dengan lidah dan kepercayaan dalam hati, beramal dengan anggota tidak termasuk di dalam nama iman, tetapi dalam hal itu mereka berkata :beramal dengan amalan-amalan yang sabit dengan Rasulullah s.a.w. adalah kewajipan yang tetap di atas orang yang beriman yang mendapat gelaran mukmin dengan sebab mengaku dengan lidah dan percaya dengan hati.
Berdasarkan dua pendapat yang berselisih dalam menetapkan pengertian al-Iman tadi maka berselisih pula dalam masalah apakah iman boleh bertambah dan menjadi kurang ?
    Golongan yang berpendapat bahawa beramal termasuk dalam nam iman, mereka mengatakan “iman boleh bertambah dan menjadi kurang”
    Golongan yang berpendapat bahawa beramal termasuk dalam tuntutan iman mereka mengatakan “iman tiadak bertambah dan tidak menjadi kurang”

PERKARA YANG MEMBATALKAM IMAN
Setelah akidah-akidah yang mesti diimani oleh orang-orang yang beriman diimankan dan jelaslah mengenai pengertian iman. Timbul pula mengenai perkara yang membatalkan iman seseorang hamba yang menjadikannya terkeluar dari lingkungan orang-orang mukmin dan memasukkannya ke dalam golongan orang-orang yang kafir.
Allah Taala telah menetapkan bagi “Iman” dan “Islam” pintu dan jalan masuknya iaitu mengaku dan membenarkannya melaluilidah dan perbuatan kita. Maka sesiapa yang memeluk Islam dengan cara ini tidak terkeluar dari nama muslim kecuali setelah terkeluar daripadanya perkataan atau amalan atau iktikad yang berlawanan dengan pengakuan dan kepercayaannyamengenai dua kalimah syahadah dan kesemua rukun iman yang telah diimaninya.Sekiranya perkataan atau perbuatannya itu mutabaqah (selaras) dengan hakikat niatnya dan iktikadnya maka jadilah ia kafir di dunia dan di akhirat. Maka ia dihukumkan kafir di dunia ini dan dilaksanakan hukum riddah (murtad), iaitu pertamanya diminta bertaubat dan jika ia menolak taubat maka dibunuhnya.Oleh yang demikian, termasuklah ia ke dalam golongan orang-orang yang dikekalkan di dalam neraka jahannam.


99 Selawat Nabi

Disediakan untuk : Ustaz Abd Aziz bin Harjin
Disediakan oleh: Nur Shazwa Rina Bt. Hashimi
No Matrik : 2012426798
Group : C

Pendahuluan
Bismilahirohmanirrahim. Dengan Nama Allah Yang Maha Pengasih Lagi Maha Penyayang. Setinggi Kesyukuran Saya Panjatkan Kepada Illahi Kerana Dengan Izinnya Dapat Saya Siapkan Tugas Ini Dengan sempurna. Nabi Muhammad S.A.W. adalah nabi dan Rasul Allah yang sangat menjadi keutamaan bagi umat Islam. Dengan adanya 99 Selawat kepada junjungan Allah ini, dapatlah kita semua sebagai umat Islam yang ingin mendapat rahmatNya membaca dan memahami maksud di sebalik selawat-selawat ini. Terdapat banyak kelebihan serta khasiat daripada setiap selawat yang dibaca. Oleh itu, penuhilah masa-masa yang terluang dengan membaca selawat untuk Nabi Muhammad S.A.W.
99 SELAWAT NABI MUHAMMAD S.A.W. KELEBIHAN DAN KHASIATNYA
PERGERTIAN SELAWAT
Selawat bermakna jamak dari kalimat solat. Dari segi bahasa, selawat ialah doa, rahmat dari Allah, memberi berkah dan ibadat.
Dalam kitab suci Al-Quran Allah berfirman :

“ Sesungguhnya Allah dan para malaikat-Nya selawat kepada Nabi. Hai orangorang yang beriman berselawatlah kamu kepadanya dan ucaplah salam penghormatan kepadanya.”
(Surah Al-Ahzab : ayat 56)
Selawat kepada Nabi terdiri dari 3 macam tingkatan. Pertama ialah selawat Allah kepada Nabi dan Rasul-Nya kepada Nabi Muhamad s.a.w.. Kedua, selawat para Malaikat kepada para Nabi dan Rasul dan Nabi Muhamad s.a.w.. Ketiga, selawat manusia kepada Nabi Muhamad s.a.w.
Terdapat banyak pendapat mengenai hukum membaca selawat daripada para ulamak. Antaranya, Imam Syafie, wajib ketika tahiyyat awal dan salam. Imam Asy-Sya’bi, wajib ketika kedua-dua tahiyyat awal dan akhir. Abu Jaafar Al-Baqir, wajib sama ada tahiyyat awal atau akhir. Abu Bakar ibnu Al-Baqir, wajib tanpa mengira bilangannya. Abu Bakar Ar-Razi dan Ibnu Hazmin, wajib dalam seumur hidup walaupun hanya sekali. At-Thahawi, wajib apabila seseorang mendengar orang menyebut nama Nabi Muhammad S.A.W.. Az-Zamakhsyari, selawat wajib dibaca pada tiap-tiap sesuatu majlis. Ibnu Jarir At-Thabari, berselawat kepada Nabi adalah suatu pekerjaan yang disukai sahaja. Dan yang terakhir, Ibnu Qashshar, suatu ibadah wajib. Kesimpulannya, membaca selawat ke atas Nabi S.A.W adalah suatu amaliah dan ibadah yang terpuji yang amat disukai Allah dan para malaikat-Nya serta sangat dianjurkan sebagai suatu penghormatan dan memohon rahmat kepada Nabi S.A.W.

Dalil-dalil hadis tentang selawat :

Terj: Berkata Ubai: Wahai Rasulullah, aku sering membawa shalawat untuk baginda, lalu seberapa banyak aku bershalawat untuk baginda? Rasulullah Shallallahu 'alaihi wa salam menjawab: "Terserah." Aku bertanya: Seperempat? Rasulullah Shallallahu 'alahi wa Salam menjawab: "Terserah, jika kau tambahi itu lebih baik bagimu." Aku bertanya: Setengah? Beliau menjawab: ""Terserah, jika kau tambahi itu lebih baik bagimu." Aku bertanya: Dua pertiga?"Terserah, jika kau tambahi itu lebih baik bagimu." Aku berkata: Aku akan menjadikan seluruh doaku untuk baginda. Beliau bersabda: "Kalau begitu, kau dicukupkan dari dukamu dan dosamu diampuni." Berkata Abu Isa: Hadits ini hasan shahih. (HR Termidzi, no. 2381)

Berdasarkan dari hadis-hadis, jelas bahawa membaca selawat kepada Nabi s.a.w adalah suatu dari rangkaian iman dan ibadah yang wajib disempurnakan oleh kaum Muslimin dengan penuh kesungguhan dan keikhlasan. Semoga dengan sentiasa berselawat ke atas Nabi, Allah akan memberi rahmat dan keberkatan dalam kehidupan kaum Muslimin.

Terdapat banyak hadis yang menerangkan mengenai tempat-tempat dan waktu-waktu yang dituntut supaya kaum Muslimin membaca selawat ke atas Nabi s.a.w. Diantaranya ialah pertama, ketika ingin masuk ke dalam Masjid dan keluar darinya. Kedua, sesudah azan. Ketiga, sesudah membaca tahiyyat awal dalam sembahyang. Keempat, di dalam sembahyang jenazah. Kelima, di antara takbir-takbir sembahyang sunat hari raya. Keenam, di permulaan dan akhir doa. Ketujuh, di akhir qunut dalam sembahyang. Kelapan, di malam dan di hari Jumaat. Kesembilan, di dalam khutbah jumaat. Kesepuluh, ketika berziarah di makam atau kubur Nabi Muhammad s.a.w.. Kesebelas, sesudah bertalbiah. Kedua belas, ketika setiap mengadakan majlis atau keramaian. Ketiga belas, ketika berjumpa sahabat handal atau saudara mara sesama Islam. Keempat belas, ketika akan memulakan sesuatu pekerjaan yang baik atau penting. Kelima belas, ketika mendengar orang menyebut nama Nabi Muhammad s.a.w.. Keenam belas, ketika telinga berdengung. Ketujuh belas, ketika mengalami kesusahan dan kebimbangan. Kelapan belas, setiap waktu pagi dan petang.

KEUTAMAAN SELAWAT
Kepentingan selawat
Sepertimana yang diterangkan mengikut dalil-dalil hadis, selawat kepada Nabi Muhammad s.a.w. adalah satu ibadah yang mulia dan amalah yang terpuji. Oleh itu, sangat dianjurkan agar sentiasa membawa selawat kepada Nabi s.a.w. dengan penuh keimanan dan fadhilat yang amat besar. Nabi s.a.w. adalah seorang Nabi dan Rasul Allah yang mempunyai keutamaan, kedudukan dan darjat yang tinggi di sisi Allah dengan memiliki sifat-sifat kemuliaan dan keagungan yang sempurna berbanding dengan para Nabi dan Rasul Allah yang lain.
Firman Allah :

“ Sesungguhnya engkau (Muhammad) mempunyai akhlak yang agung (mulia). ”
( Surah Al-Qalam : ayat 4 )
Selawat juga penting untuk meningkatan iman kaum muslimin bagi melahirkan rasa kasih, pujian, sanjungan dan penghormatan yang tinggi kepada baginda.
Hadis riwayat ahmad, bukhari, muslim, tirmidzi, nasai, dan ibnu majah.
Dengan selawat, dapat mempengaruhi keberkatan dalam hidup manusia yang beriman dengan Allah dan Rasul-Nya.
  
Kelebihan selawat
Antara kelebihan selawat ialah mendapat Syafaat Nabi s.a.w.
Sabda Nabi s.a.w. :
“ Barangsiapa yang berselawat kepadaku pada waktu pagi sepuluh kali dan pada waktu petang sepuluh kali, ia akan memperolehi syafaatku pada hari kiamat. ”
( Hadis Riwayat Thabarani )
Sabda Nabi s.a.w. :
“ Barangsiapa berziarah kekuburku maka baginya wajib menerima syafaatku. ”
(Hadis Riwayat Ibnu Adi dan Al-Baihaqi)
Kelebihan selawat yang seterusnya ialah mendapat perlindungan dan pembelaan dari Nabi s.a.w.
Sabda Nabi s.a.w. :
“ Barangsiapa berselawat kepadaku di sisi kuburku maka aku mendengarnya, barangsiapa berselawat kepadaku dari jauh maka selawat itu diserahkan oleh seorang malaikat yang menyampaikan kepadaku dan ia dicukupi urusan duniadan keakhiratan dan aku sebagai saksi dan pembela baginya. ”
(Hadis Riwayat Al-Baihaqi dan Al-Khatib)
Seterusnya, akan mendapat keampunan dosa dari Allah, mendapat rahmat dari Allah, mendapat hajat dunia dan akhirat, dan digembirakan dengan syurga.

Faedah-faedah selawat
Di dalam kitab Ibnu Farhun Al-Qurthubi dinyatakan membaca selawat kepada Nabi s.a.w. mengandungi sepuluh macam faedah dan mendatangkan kemuliaan, iaitu memperolehi selawat dari Tuhan Penguasa Alam, memperoleh syafaat dari Nabi s.a.w., mendapat pimpinan dari malaikat yang baik-baik, menghapuskan dosa, mendapat pertolongan dan tercapai keperluan hidup, mempunyai pembeza dengan orang munafik dan kafir, memperolehi nur lahir dan batin, mendapat keselamatan dari azab neraka, membolehkan memasuki syurga, dan memperolehi ucap selamat dari Allah.
Menurut ulamak pula, faedahnya ialah memperolehi limpah rahmat dari Allah, ditulis sepuluh kebajikan, dihapuskan sepuluh kesalahan, diangkat sepuluh darjat, memperolohi kesempurnaan iman, menjauhi dari kerugian dan penyesalan, tergolong sebagai orang-orang yang soleh, mendekatkan diri kepada Allah s.a.w., memperolehi sayafaat Nabi s.a.w., memperolehi hubungan yang rapat dengan Nabi s.a.w. dan banyak lagi.
JENIS-JENIS SELAWAT DAN FADHILATNYA
1.Selawat Al-Fatih
Jika dibaca selawat ini 11 kali setiap selepas sembahyang lima waktu, segala dosa-dosa kecilnya diampuni Allah s.w.t. dan tenteram hati dan jiwanya. Jika 21 kali setiap hari Allah akan melapangkan rezeki dan selamat keluarga dari kesusahan serta dijauhkan dari azab neraka. Jika dibaca 100 kali setiap hari, akan memudahkan seseorang untuk mendapat jodoh bagi lelaki atau perempuan.

2. Selawat Thibbul Qulub
Barangsiapa membacanya 3 kali setiap selepas sembahyang lima waktu akan dapat menghilangkan kebuntuan fikiran dan susah hati. Jika dibaca 7 kali pada air dan diminum, insya Allah dapat menyembuhkan sakit perut dan lain-lain.
Maksudnya :
“Ya Allah, berilah rahmat ke atas penghulu kami, nabi Muhammad saw, yang dengan berkat baginda, Engkau menyembuhkan hati, menjadi penawar dan menyehatkan tubuh juga memberi kesembuhan penyakit, serta mengurniakan cahaya penglihatan. Dan karuniakanlah rahmat keberkatan dan kesejahteraan keatas keluarga dan sahabat baginda Nabi saw.”
3. Selawat Munjiyat
Barangsiapa membaca 300 kali semasa pelayaran,akan terselamat dari karam atau tenggelam. Jika dibaca 500 kali detiap hari, akan mendapat rezeki yang banyak dan jika dibaca 1000 kali akan tercapai hajat dunia dan akhirat serta dijauhkan dari penyakit taun.

4. Selawat Mukhatab
Barangsiapa membaca 1000 kali setiap hari, insya Allah akan terhindar dari segala kesusahan dan kesulitan hidup, cerdas akal, terang hati dan tercapai cita-cita hidup.
5. Selawat Nurruzzati
Barangsiapa membaca 3 kali setiap hari selepas smembahyang lima waktu, akan dibukakan pintu rezeki. Menurut Sayyid As-Shawi, jika dibaca 500 kali setiap hari akan terhindarlah dari segala bentuk kesulitan hidup.
6. Selawat Kamaliyah (1)
Barangsiapa membaca sekali selawat ini, maka pahalanya sama dengan membaca 10,000 kali. Jika dibaca 700 kali setiap hari akan dapat menebus diridari azab neraka.

7. Selawat Kamaliyah (2)
Selawat ini adalah wirid dan amalan harian para ahli tarikat. Jika dibaca setiap selepas sembahyang lima waktu, akan mendapat kemuliaan dan penghormatan. Jika dibaca sekali akan mendapat pahala yang besar, menyamai pahala membaca selawat 14,000 kali.
8. Selawat Al-Bihar
Barangsiapa membaca 11 kali setiap hari, akan dihormati, dihargai dan mendapat simpati ramai.
9. Selawat Al-Jauhar Asy-Syaraf
Barangsiapa membaca sebanyak mungkin selawat ini, akan mendapat kemuliaan, dijauhkan segala kesulitan hidup dan mendapat keredhaan Allah.
10. Selawat Aliyul Qadri
Barangsiapa membaca selawat ini pada malam jumaat walaupun hanya sekali, ketika hampir mati ruhnya dicabut seperti dicabut ruh Nabi Muhammad s.a.w. dengan penuh kehormatan. Jika dibaca 10 kali setiap hari semalam dan 100 kali setiap malam jumaat, maka termasuk orang-orang yang mendapat kebahagian dunia dan akhirat. Jika dibaca setiap hari setelah selesai sembahyang lima waktu akan memperolehi kesihatan rohani dan jasmani(zahir dan batin).
11. Selawat An’am
Selawat ini dapat membuka pintu-pintu kebahagian dunia dan akhirat, memberi nikmat kesihatan dalam hidup, mendapat anugerah dan pahala yang besar dari Allah.
12. Selawat Haibah
Jika dibaca 41 kali setiap hari, akan dijauhkan Allah dari bala, sifat kufur dan munafik.
13. Selawat Ibrahimiyah
Barangsiapa membaca selawat ini akan mendapat syafaat dan pertolongan Nabi s.a.w. di hari kiamat. Mendapat pahala yang besar kerana selawat ini tergolong sebagai selawat utama.
14. Selamat Mukafa’ah
Barangsiapa membaca setiap hari, tergolong sebagai orang-orang yang cintakan Nabi Muhammad s.a.w.
15. Selawat Sa’adah
Barangsiapa membaca selawat ini 1000 kali pada malam Jumaat, akan memperolehi kebahagian dunia dan akhirat. Membaca selawat ini walaupun sekali, dapat menyamai pahala 600,000 selawat.
16. Selawat Tausi’ul Arzaq
Barangsiapa membaca 11 kali setiap selepas sembahyang lima waktu, nescaya Allah akan meluaskan rezeki dan baik akhlaknya.
17. Selawat Raufur Rahim
Barangsiapa membaca setiap hari, akan mendapat keampunan dari Allah s.w.t. di samping memperolehi pahala yang besar.
18. Selawat Nariyah/Tafrijiyah
Barangsiapa membaca 11 kali setiap hari setiap selepas sembahyang lima waktu, rezekinya tidak putus-putus dan mendapat kedudukan yang tinggi. Jika membaca 41 kali atau 100 kali Allah akan menghilangkan segala dukacita dan dimudahkan segala urusan kehidupan. Jika dibaca 313 kali setiap hari, nescaya akan terbuka beberapa rahsia ghaib. Jika dibaca 4444 kali, akan tercapai segala cita-cita dan hajat di dunia dan di akhirat.

19. Selawat Nurul Qalbi
Barangsiapa membaca 33 kali setiap hari, dapat menyinarkan hati, tenteram fikiran dan jiwa dan mudah memahami sesuatu ilmu yang dipelajari. Jika membaca 133 kali selawat ini selepas sembahyang hajat, akan mendatangkan rezeki yang banyak dan mencukupi keperluan hidupnya.
20. Selawat Nurul Qiyamah
Barangsiapa membaca setiap hari sebanyak mungkin tanpa hitungan, akan mendapat kemuliaan dan keberkatan serta terbuka pintu keredhaan Allah.
21. Selawat Al-Jauharatul Asrar
Barangsiapa banyak membaca setiap hari, nescaya akan memperoleh darjat yang tinggi, terbuka pintu makrifat dari diri para nabi.
22. Selawat Badriyah
Barangsiapa sentiasa membaca selawat ini setiap hari akan mendapat ketenangan, menghilangkan kesusahan dan kesempitan hidup. Mendapat keluasan rezeki, keberkatan dan selamat dari bahaya dan bencana. Dapat menyelamatkan diri dari bahaya musuh dan memperoleh keampunan dari Allah.
23. Selawat Wasilah
Dibaca setiap hari akan menperolehi keselamatan dan pertolongan Allah dengan wasilah atau perantaraan Nabi Muhammad s.a.w.
24. Selawat Ulul Azmi
Baca 3 kali mendapat pahala yang besar iaitu menyamai pahala membaca kitab Dalailul khairat.
25. Selawat As-Siqafiyah
Baca setiap hari akan tergolong sebagai calun husnul khatimah dan memperolehi syafaat dari Nabi Muhammad s.a.w.
26. Selawat Jibril (1)
Baca akan memperolehi penyaksian dan syafaat dari Nabi s.a.w. di hari kiamat.
27. Selawat Jibril (2)
Baca akan mendapat keutamaan yang besar dari Nabi dan juga syafaat.

28. Selawat Saidina Ali k.r.w.
Apabila membaca selawat ini, maka telah melahirkan penghormatan dam memohon rahmat dari Rasulullah s.a.w.
29. Selawat Ibnu Abbas r.a.
Baca 10 kali pada malam Jumaat atau siangnya, Allah akan mencatat baginya 1,000,000 kebajikan dan menghapuskan 1,000,000 keburukan dan mengangkat 1,000,000 darjat dan memperolehi rahmat dari doa Nabi Ibrahim Khalilullah pada hari kiamat. Baca sentiasa akan dapat menyinarkan hati dan mudah memahami sesuatu yang dipelajari serta mencerdaskan fikiran.
30. Selawat Imam Shafi’i (1)
Mendatangkan keampunan dan kerahmatan dari Allah.
31. Selawat Imam Shafi’i (2)
Mempunyai kedudukan yang tinggi, mendatangkan keutamaan dan mendapat keampunan Allah.
32. Selawat Abul Hasan Al-Karakhi
Menpunyai kelebihan yang tertentu, memperolehi keutamaan dan syafaat Nabi s.a.w.
33. Selawat Saayid Muhammad Al-Hanafi
Mengandungi pelbagai rahsia, apabila membacanya, akan mendatangkan perkara luar biasa dan ajaib.
34. Selawat Saayid Ibrahim Al-Mathubi
Mendatangkan pelbagai rahsia dan keajaiban serta mengampunkan dosa.
35. Selawat Sayyid Nuruddin Asy-Syauni
Mendapat petunjuk daripada Allah, melapangkan hati dan mendapat keampunan Allah.
36.Selawat Sayyid Ibrahim Ad-Dasuki
Memperolehi keutamaan yang besar, menghilangkan segala keresahan dan sifat kelobaan seta dimurahkan rezeki.
37. Selawat Syeikh Fakharudin Ar-Razi
Mendatangakan keberkahan dan menambahkan pahala kebajikan yang besar.

38. Selawat Syahid Abdul Salim Al-Masyisy
Baca 3 kali setiap kali sembahyang maghrib, isyak, dan subuh, akan lapang hati dan fikiran, dimudahkan segala urusan hidup, dijauhkan dari penyakit dan selamat dari bala bencana.
39. Selawat Imam An-Nabawi
Menzahirkan penghormatan dan salam ke atas Nabi s.a.w. dengan jalan bertawassul.
40. Selawat Ahmad Khujandi
Baca setiap hari, memperolehi balasan pahala 10,000 selawat.
41. Selawat Hamid Afandi Al-Amadi
Baca setiap hari, dapat hilangkan keresahan. Baca 1000 kali akan terhindar dari ancaman musuh. Baca 300 kali, peroleh jalan keluar dari segala kesulitan dan bahaya.
42. Selawat Sayyid Abdul Ghina An-Nabulasi
Mendatangkan keberkahan dan pahalayang besar.
43. Selawat Syeikh Muhammad Al-Badiri
Peroleh keberuntungan yang besar di dunia dan akhirat dan mendapat darjat yang tinggi.
44. Selawat Syeikh Mustafa Al-Hindi
Mendapat berbagai ilmu pengetahuan, akan mendekatkan diri dengan Allah dan dapat berhubung dengan Rasulullah s.a.w. Jika baca 1000 kali setiap hari, akan diizinkan Allah dapat bermimpi berjumpa dengan Rasulullah s.a.w. dan memperolehi rahsia-rahsia yang menakjubkan.
45. Selawat Sayyid Ahmad Idris (1)
Mempunyai keutamaan yang besar, mendatangkan keberkahan dan keampunan Allah. Sesungguhnya wirid, zikir, selawat dan istighfar ini adalah kunci-kunci langit dan bumi dan mendatangkan pahala yang amat besar.
46. Selawat Sayyid Ahmad Idris (2)
Baca setiap hari, dapat membersihkan hati dan jiwa, memudahkan sesuatu urusan dan mendapat keampunan Allah.
47. Selawat Sayyid Ahmad Idris (3)
Mendatangkan keberkahan, kemuliaan dan pembentukana akhlak yang baik.

48. Selawat Sayyid Ahmad Idris (4)
Bermanfaat untuk mendatangkan petunjuk dan hidayah Allah dan memperolehi keberkahan.
49. Selawat Sayyid Ahmad Al-Badawi (1)
Mendapat cahaya batin dan terbuka beberapa rahsia yang ghaib. Mendatangkan keberkahan dan memudahkan mendapat rezeki zahir dan batin, mengalahkan godaan hawa nafsu dan selamat dari bahaya musuh.
50. Selawat Sayyid Ahmad Al-Badawi (2)
Baca 40 kali dan 100 kali setiap hari, akan tercapai hajat dan cita-citanya. Dijauhkan oleh Allah segala bencana musuh dan memperolehi nur atau cahaya dalam jiwanya.
51. Selawat Syeikh Abdul Qadir Al-Jailani (1)
Mendatangkan keutamaan yang besar, keberkahan dan dijauhkan dari segala kesulitan.
52. Selawat Syeikh Abdul Qadir Al-Jailani (2)
Mendatangkan pahala yang amat besar, memperolehi kemuliaan dan keberkahan. Bermula selawat ini adalah dengan 70,000 selawat.
53. Selawat Syeikh Abdul Qadir Al-Jailani (3)
Membaca selawat ini 10 kali waktu pagi dan petang, akan memperolehi keredhaan Allah dan selamat dari murka-Nya, memperolehi rahmat yang berterusan, terpelihara dari kejahatan dan dimudahkan segala urusan.
54. Selawat Syeikh Abdul Kadir Al-Jailani (4)
Baca secara rutin, akan terpelihara hatinya dari tipudaya dan gangguan syaitan.
55. Selawat Sayyid Muhyiddin Ibnu’ Arabi
Memperolehi berkat dan terbuka rahsia ghaib serta dapat menyingkap perkara-perkara yang menakjubkan.
56. Selawat Sayyid Abdullah Al-’Alami
Baca banyak kali setiap hari akan mencapai segala maksud atau hajat yang diinginkan.
57. Selawat mendapat Syafaat nabi s.a.w. (1)
Menurut Imam Sya’rani, Nabi s.a.w. bersabda: “ Barangsiapa membaca selawat ini, maka ia wajib mendapat syafaatku”.
58. Selawat mendapat Syafaat Nabi s.a.w. (2)
Dari Ruwaifa’ bin Thabit Al-Ansari r.a., Nabi s.a.w. bersabda: “ Barangsiapa membaca selawat ini, maka ia wajib mendapat syafaatku”.
59. Selawat mendapat Syafaat Nabi s.a.w. (3)
Baca 7 kali Jumaat dan setiap Jumaat di baca 7 kali wajib mendapat Nabi s.a.w.
60. Selawat mendapat Syafaat Nabi s.a.w. (4)
Baca selawat ini memperolehi syafaat Nabi s.a.w. di akhirat.
61. Selawat berjumpa dengan Nabi s.a.w.
Baca setiap hari semalam 70 kali bagi membolehkan berjumpa Nabi s.a.w. dalam tidur dengan izin Allah. Menurut ulamak lain, hendaklah sembahyang hajat dua rakaat, setelah salam, baca istigfar 33 kali kemudian membaca selawat ini 44 kali, insya Allah berhasil.
Terdapat 13 selawat Nabi Muhammad s.a.w. yang utama. Antara fadhilatnya ialah disebabkan selawat-selawat ini adalah kebanyakanny utama, pahalanya berlipat ganda dan digalakkan membaca selawat ini lebih daripada selawat lain.
Terdapat 3 selawat pengampunan dosa. Antara fadhilatnya ialah segala dosa diampunkan dan dimudahkan membayar hutang.
78. Selawat memudahkan Hafaz Al-Quran
Bagi sesiapa yang ingin memudahkan serta memahami dan mengamalkan ilmu-ilmu yang terkandung dalam Al-Quran, perbanyakkanlah membaca selawat.
Terdapat 3 selawat yang dapat mententeramkan jiwa. Antara fadhilatnya ialah apabila membaca selawat-selawat ini, nescaya akan dapat menenangkan jiwa dan minda.
82. Selawat Pembuka Pintu Rahmat
Lazim membaca selawat ini, akan terbuka pintu rahmat dalam hati dan jiwanya.
83. Selawat Pemurah Rezeki
Baca setiap hari akan memperolehi rezeki yang banyak.
84. Selawat menolak Penyakit Taun dan Wabak
Baca selawat ini, nescaya terselamat dari terkena taun dan wabak penyakit lainnya.

85. Selawat Agar Dapat menunaikan Haji
Baca 1000 kali selepas sembahyang hajat, akan dimudahkan untuk menunaikan haji.
Terdapat 2 selawat menghilangkan Dukacita dan Kesusahan. Antara fadhilatnya ialah dapat menghilangkan segala keresahan di dalam hati.
Baca selawat ini, akan dapat menghilangkan kesusahan dan dukacita, dijauhkan bala dan ditunaikan hajatnya.
88. Selawat membolehkan Meneguk Air Kolam Nabi s.a.w.
Sesiapa yang ingin meneguk air kolam Nabi s.a.w. (Kolam Al-Kausar), maka hendaklah membaca selawat ini.
Terdapat 3 selawat tercapai Cita-cita. Antara fadhilatnya ialah segala impian akan tercapai.
Terdapat 2 selawat mendatangkan Kebaikan Besar. Antara fadhilatnya ialah mendapat pahala yang besar.
94. Selawat Mohon Husnul Khatimah
Baca 10 kali selepas sembahyang maghrib, akan mati berkesudahan baik dengan iman.
Terdapat 3 selawat tercapai hajat. Antara fadhilatnya ialah baca 1000 kali nescaya termakbul hajat. Akan tercapai hajat yang besar dan memudahkan membayar hutang.
98. Selawat Agar Selamat Dari Seksa Kubur
Baca selawat ini, nescaya akan selamat dari azab kubur dan dirahmati Allah.
99. Selawat Agar Dapat menziarahi Rasulullah s.a.w.
Akan dimudahkan berziarah ke makam Rasulullah s.a.w.
100. Nama-nama Nabi Muhammad s.a.w.
Nabi Muhammad s.a.w. adalah semulia-mulia hamba Allah, sentiasa mendapat pujian, sanjungan dan hidayah Allah.

PENUTUP
Konklusinya, 99 selawat Nabi s.a.w. dapat membantu setiap muslim yang dalam kesusahan. Jadikanlah membaca selawat Nabi s.a.w. ini sebagai rutin harian supaya di akhirat kelak kita akan mendapat rahmat daripadanya.

Motivasi cara Rasulullah SAW

NAMA:NUR FITRAH BINTI RAZALI
NO.PELAJAR:2012423198
PENSYARAH:USTAZ ABDUL AZIZ BIN HARJIN

 MOTIVASI GAYA RASULULLAH
“…katakanlah wahai Muhammad:Sekiranya kamu benar-benar mencintai Allah,maka ikutlah aku,iaitu Muhammad.Pasti Allah mencintai kamu kembali dan mengampunkan dosa-dosa kamu.”
Surah Ali Imran,ayat 31.
ASSALAMUALAIKUM WARAHMATULLAHI WABARAKATUH...
Sejak zaman berzaman,para ulama dan cendekiawan Islam berusaha mengembalikan dan meletakkan Rasulullah sebagai contoh dan ikutan.Beliau digambarkan sebagai pemimpin,ketua tentera,pendakwah,suami,guru yang agung dan macam-macam lagi.Namun,pada pandangan pihak lain,hakikat bagi menjadi ‘agung’ sebagaimana yang dikaitkan oleh mereka sebenarnya memerlukan kekuatan motivasi dalaman yang tinggi seterusnya berkemampuan memotivasikan orang lain.
Buku ini terdapat 6 bab kesemuanya.Bab 1 bertajuk motivasi.Bab 2 berjudul sumber motivasi gaya Muhammad bin Abdullah.Teknik motivasi gaya Muhammad bin Abdullah diceritakan dalam bab 3.Seterusnya,bab 4 menceritakan tentang hadis-hadis ganjaran.Bab 5 pula tentang hadis-hadis hukuman.Kisah-kisah gaya motivasi Rasulullah diceritakan dalam bab 6,iaitu bab yang terakhir.
Mari kita kaji dengan lebih mendalam lagi bagi setiap bab yang ada di dalam buku ini.


Bismillahirrahmanirrahim...
MOTIVASI
Pada akhir kurun ke 20,perkataan motivasi sering dikaitkan dengan apa sahaja tindakan manusia.Peratusan motivasi yang berada pada tahap tertinggi dalam diri seseorang akan menjadi daya tolakan perbuatan yang kuat dan begitu juga sebaliknya.

“Kemampuan adalah apa yang kita dapat lakukan.Motivasi menentukan apa yang kita lakukan.Sikap pula menentukan bagaimana baik kita melakukannya”. –Lou Holtz-

Motivator adalah perkataan bahasa inggeris yang merujuk pada perkataan motivasi dan diguna pakai dalam bahasa melayu pada hari ini.
Motivasi juga dapat difahami secara mudah sebagai kegiatan yang mengakibatkan,menyalurkan dan memelihara perilaku manusia.Contohnya,seorang pekerja mungkin menjalankan pekerjaan yang dibebankan kepadanya dengan sebaik mungkin,dan mungkin juga sebaliknya.Oleh sebab faktor ini adalah tugas seorang ketua,pemimpin atau bos untuk memberikan motivasi dan dorongan kepada pekerja bawahannya supaya bekerja dan bertindak sesuai dangan arahan yang diberikan.

MOTIVASI DARI PERSPEKTIF ISLAM DAN BARAT
Menurut pandangan Islam,peranan rasul sebagaimana yang disebut dalam al-quran adalah bagi memberikan motivasi.Motivasi yang dimaksudkan adalah berdasarkan perkataan –perkataan yang digunakan Allah dalam ayat-ayat yang merujuk kepada istilah motivasi pada masa kini.Antaranya “Basyiran wa naziran”.

Allah menegaskan dalam surah al-Kahfi ayat 56
“Dan tidak kami utuskan para rasul melainkan sebagai pembawa berita gembira (mubashirin)dan sebagai pemberi amaran(mundzirin)”

mubashirin → dorongan
mundzirin → hukuman

Perkataan ini tidak dipopularkan pada zaman itu.Perkataan ini popular melalui al-Quran.Perkara ini menunjukkan tugas asasi para rasul sebagai motivator yang mendorong manusia kepada keredhaan Allah dan mengancam mereka yang ingkar dengan hukuman ataupun ancaman azab.

Kefahaman motivasi yang lebih islami berdasarkan al-Quran dan hadis dapat kita simpulkan sebagai dorongan yang membantu manusia supaya taat kepada perintah Allah dengan janji pahala dan dorongan bagi menunggalkan larangan akibat hukuman yang bakal diterima.

Mudahnya,motivasi ke arah ketaatan membawa ke syurga,manakala motivasi ke arah keingkaran membawa kepada balasan neraka.

Mari kita lihat kitaran motivasi islam

Piramid penggerak motivasi islam

RASULULLAH MOTIVATOR AGUNG
Direkodkan daripada Jabir bin Abdullah,nabi pernah berpesan
”Setiap perbuatan baik adalah sedekah”
Hadis sahih bukhari,kitab adab,no hadis 6021.



Sering kali teori perihal motivasi ini dikaitkan dengan tokoh-tokoh Barat seperti Henry Murray(1893-1988)dengan ’murrays’s Need Theory’,Abraham Maslow(1908-1970)dengan ‘Maslow’s Need Hierarchy’,John B.Watson(1878-1952)dengan ‘Watson’s School of Behaviorism’,Clark Hull(1884-1952)dengan ‘Hull’s Drive Theory’,dan ramai lagi.
Arus yang sebegitu deras menghanyutkan sesiapa sahaja sehingga umat Islam yang sudah beriman dengan insan bernama Muhammad bin Abdullah juga hanyut bersama arus itu.
Kata-kata para motivator Barat menjadi panduan dan kadang-kadang sebagai hujah utama dalam menaikkan semangat para pendengar.Contohnya,begini..

”you cannot change the wind direction,but you can change your wing direction”.

Akhirnya,idea-idea utama berdasarkan hadis nabi hanya dijadikan sebagai pelengkap bicara.Akhirnya.Rasulullah S.A.W tidak kelihatan sebagai ikon besar dalam dunia motivasi.

Ada yang berkata,”Saya memang tersentuh dengan ayat-ayat pakar motivasi ini.Beliau berkata,’semasa kita sedang menggunakan cermin pada waktu pagi sebelum keluar rumah ataupun sebelum melakukan apa-apa,cuba renungkan wajah kita selama 1-2 minit.Lihat warna anak mata kita,bibir kita,dan akhir sekali,beri senyuman pada diri kita.Senyum dengan ikhlas.Katakan dalam hati,kita mahu jadikan hari ini sebagai hari yang terbaik buat kita.Kesannya,kita akan berasa yakin selepas itu.Ini adalah kerana apabila kita berasa selesa dengan diri sendiri,kita akan mula berasa yakin.Apabila sudah yakin,kita akan lebih bermotivasi,bertenaga dan lebih bersemangat !! “
Tips ini baik untuk mereka yang kurang keyakinan diri untuk membina keyakinan mereka.Semasa melihat cermin,cuba kita bisikkan kata-kata semangat dalam diri kita dalam hati.Apabila kita tetap teknik ini,kita akan bersemangat setiap hari.INGAT!!pendorong utama kejaaan dan keyakinan adalah diri kita sendiri.Renung-renungkan......
Ini adalah situasi biasa ataupun kesan langsung selepas mendengar perbicaraan para motivator.Pandangan Rasulullah S.A.W sebagai ‘motivator agung’ adalah perkara yang jarang diberikan perhatian.Ia hanya terhad kepada siri perbincangan bersifat agama dan Islami sahaja.
Tetapi…
kita jarang sekali mendengar ungkapan seperti ini …

Berkemungkinan kata-kata Rasulullah hanya disekitkan dalam bicara itu supaya nampak Islamik.Tetapi,sumber motivasi daripada hadis itu hilang bersama kisah-kisah dan teori Barat ataupun kerana kehebatan penceramah motivasi mengungkapkan kata-kata.
Muhammad Bin Abdullah adalah rasul ang dipilih oleh Allah.Beliau menjadi panduan dan ikutan seluruh umat manusia.Ini adalah penegasan dan pengakuan daripada Allah sebagaimana yang diperkatakan dalam surah al-Ahzab ayat 21;
“demi sesungguhna untuk kamu pada diri Rasulullah itu contoh ikutan yang baik,iaitu untuk mereka yang sentiasa mengharapkan keredaan Allah dan balasan baik pada hari akhirat,serta mereka pula menyebut dan mengingati Allah dengan banyaknya pada masa susah dan senang.”
Kemampuan Rasulullah S.A.W mengubah masyarakat Arab jahiliah daripada kegelapan mengikut hawa nafsu kepada cahaya Islam adalah bukti kuat dan relevan yang menjadi tanda Muhammad Bin Abdullah adalah motivator agung.

SUMBER MOTIVASI GAYA MUHAMMAD BIN ABDULLAH



Solat adalah kunci utama motivasi Mukmin.Solat juga kunci pintu syurga yang dipersiapkan pada hari kiamat kelak oleh Allah untuk mereka atu hambanya yang menjaga solat lima waktu.Mereka diputihkan Allah wajahnya serta diberikan kebahagiaan di dunia mahupun diakhirat.
Percayakah kita yang al-Quran itu kitab motivasi?Percayakah kita sekiranya dikatakan al-Quran itu penuh dengan 1001 bahan motivasi?Tahukah kita al-Quran memberi lebih aura kepada semua motivator yang ada di dunia?Percayakah kita,manusia yang membaca al-Quran akan mendapat kekuatan motivasi yang hebat?Ini semua adalah benar !!

Setiap hadis Rasulullah dapat diibaratkan sebagai lampu yang menerangi malam yang gelap gelita.Hadis beliau dapat diumpamakan sebagai air yang menyuburkan hati yang kering-kontang,ubat yang mujarab untuk mereka yang menderita penyakit kronik dan diibaratkan kata-kata motivasi yang hebat.Hadis beliau mampu mengubah jiwa-jiwa yang kasar dan tandus pada zamannya atau selepasnya,menjadi hamba Allah yang menyuburkan bumi ini dengan limpahan iman.
Para ulama dan orang soleh sibuk mengumpulkan athar-athar,hadis-hadis dan menukilkan khabar-khabar dikala manusia sibuk mengumpul kekayaan harta di dunia.Mereka bersabar dengan cuaca yang panas,mereka mencelup pakaian dengan dakwat dan mereka bersahabat dengan kelaparan,kedahagaan dan kefakiran.
Azan adalah syariat diturunkan oleh Allah dan dorongan yang dating daripada wahyu.Rasulullah tidak pernah mengatakan azan itu sebagai cara bagi memotivasikan umat Islam.Namun,apabila dihayati,azan adalah suruhan agama yang menggambarkan motivasi rohani dalam setiap lafaz-lafaznya.
Direkodkan daripada Abdullah bin Mas’ud,”saya pernah mendengar Rasulullah berkata,’Allah gembira dengan taubat hamba-Nya yang beriman,iaitu seorang lelaki yang berada di kawaasan tandus.Bersamanya seekor unta yang membawa makanan dan minuman,lalu dia tidur.Sebaik sahaja bangun dari tidur,dia mendapati unta itu sudah hilang.Dia terus mencarinya sehingga terasa kehausan dan dahaga lalu berkata,lebih baik saya kembali ke tempat tadi.Saya akan tidur sehingga mati’.Lantas dia tidur berbantalkan lengannya dengan harapan supaya mati.Namun begitu,dia terjaga lagi dan didapati unta itu berada di sisinya.Allah gembira dengan taubat hamba yang beriman ini dengan unta dan bekalannya.
Dr.Aidh Abdullah al-Qarni memberi ulasan perihal sabar.”Sabar adalah benteng kukuh yang tidak dapat dikepung oleh tentera dan tidak dapat dimasuki musuh.Sabar juga adalah benteng kuat yang tidak dapat ditembusi anak panah.Manusia yang digoncang dengan krisis dan ujian,ubatnya adalah sabar.Kesabaran yang baik adalah menanggung musibah dengan diam,menerima musibah dengan tenang dan menyambutnya dengan keredaan.
Ikhlas adalah kekuatan dan motivasi Muslim.Dengan sifat ikhlas,Muslim akan menggerakkan dirinya bagi melakukan amal soleh.Sekalipun amalan itu tidak mendatangkan apa-apa faedah duniawi.

TEKNIK MOTIVASI GAYA MUHAMMAD BIN ABDULLAH
Teknik dorongan dan hukuman yang digunakan dalam Islam ialah pahala dan dosa.Ini adalah dorongan yang bersifat dunia dan akhirat.Akan tetapi,ia lebih cenderung pada dorongan ukhrawi atau kehidupan selepas mati.Balasan ini melibatkan persoalan iman keyakinan.
Sandaran asas kepada konsep dorongan[pahala] dan hukuman[dosa]dalam Islam dapat diperhatikan daripada al-Quran dan hadis nabi sahaja.
3 perkara penting dalam tingkah laku dorongan manusia:
# niat
# cara digunakan
# matlamat

HADIS-HADIS GANJARAN
Terdapat banyak hadis-hadis ganjaran dan antaranya adalah seperti berikut:
Hadis 1:Ganjaran orang yang menyambung hubungan kerabat adalah Allah menjaga hubungan baik dengannya.
<sahih bukhari,kitab adab,no hadis 5989>
Hadis 2:Ganjaran membersihkan air kencing dengan sempurna adalah dilepaskan daripada azab kubur.
<sahih muslim,kitab bersuci,no hadis 439>
Hadis 3:Ganjaran melaksanakan solat subuh dan asar adalah syurga.
<sahih muslim,kitab masjid dan tempat sembahyang,no hadis 1005>
HADIS-HADIS HUKUMAN
Antara hadis-hadis hukuman yang terdapat dalam buku ini adalah seperti berikut:
Hadis 1:Balasan kepada orang yang menyakiti orang tuanya adalah menerima dosa yang besar.
<sahih bukhari,kitab adab,no hadis 5973>
Hadis 2:Balasan neraka kepada pemerintah yang menipu rakyatnya.
<sahih muslim,kitab iman,no hadis 203>
Hadis 3:Balasan orang kafir dibangkitkan dalam keadaan berjalan dengan menggunakan mukanya.
<sahih muslim,kitab suasana hari kiamat,no hadis 5020>

KISAH-KISAH GAYA MOTIVASI RASULULLAH

Motivasi pahala dan ganjaran
Kisah 1:Direkodkan daripada Abu Hurairah,dia berkata,”Seorang lelaki menemui Rasululah,lalu dia bertanya,’Ya Rasulullah,sedekah apakah yang paling besar pahalanya?’Rasulullah menjawab,’sedekah yang engkau berikan semasa engkau dalam keadaan sihat,semasa kamu berasa enggan kerana khuatir menjadi miskin dan mengharapkan kekayaan.Jangan kamu menunda-nunda sedekah sehingga nyawamu sampai di kerongkong.Pada waktu ini,baru engkau mengatakan harta saya nanti sekian untuk waris itu,sekian untuk waris ini,padahal tanpa engkau katakana begitu,hartamu pasti akan menjadi milik warismu.’ ”
<sahih bukhari,kitab zakat,no hadis 1419>
Motivasi cara kiasan
Kisah 1:Direkodkan daripada Hakim bin Hizam,nabi pernah berkata,”tangan yang di atas,iaitu pemberi sedekah lebih baik daripada tangan yang di bawah,iaitu peminta sedekah.Dahuluksn orang yang menjadi tanggunganmu.Sebaik-baik sedekah adalah daripada orang kaya.Orang yang berupaya menghindari daripada meminta-minta,Allah akan menyelamatkannya daripada meminta-minta dan siapa yang berasa puas dengan pemberian Allah,Allah akan memberinya kecukupan.
<sahih bukhari,kitab zakat,no hadis 1427>



 Motivasi dengan pengampunan dosa
Kisah 1:Direkodkan daripada Abu Hurairah,Rasulullah pernah berkata,”semasa seseorang menyusuri jalan,dia melihat terdapat sebatang kayu berduri,kemudian dia menyingkirkannya dari jalan.Allah membalas perbuatan baiknya dan mengampuni dosanya.”Pesanan nabi selanjutnya,”mati syahid itu ada lima jenis:1)orang yang mati kerana wabak berbahaya,2)orang yang mati kerana sakit perut,3)orang yang mati tenggelam,4)orang yang mati kerana ditimpa sesuatu,5)orang yang mati dalam peperangan membela agama Allah”.
<sahih bukhari,kitab azan,no hadis 652>

Motivasi dengan berzikir dan memuji Rasulullah
Kisah 2:Direkodkan daripada Abu Hurairah,Rasulullah pernah berkata,”Demi Allah yang menguasai diri saya,seseorang diantara kalian tidak dianggap beriman kecuali saya lebih dicintai olehnya daripada orang tua dan anaknya sendiri”.
<sahih bukhari,kitab iman,no hadis 14>

Sekian sahaja buat kali ini,semoga pembaca-pembaca mendapat iktibar daripada buku yang telah saya baca dan ringkaskan ini.

Islam bukan pada nama

NAMA : AINATUL MARDHIAH BINTI JUMAAT ALI
NO MATRIK : 2012413424
NO I/C : 940721-14-5606
PROGRAM : FAKULTI PERNIAGAAN
KOD:CTU(101) Prisip Islam
KUMPULAN : BMD1ah
DISEDIAKAN UNTUK :Encik Abdul Aziz Bin Harjin
TAJUK : Islam Bukan Pada Nama  

Assalamualaikum pertama sekali,saya Ainatul Mardhiah Binti Jumaat Ali ingin melahirkaan rasa syukur ke hadrat Ilahi di atas petunjuknya yang memberi kesempatan saya menyiapkan kerja kursus Prinsip asas Islam (ctu 101) dalam masa yang agak panjang dan lama.
Alhamdulillah semasa menyiapkan kerja kursus ini berjalan lancar dan selawat dan salam kepada Nabi junjungan Muhammad SAW dan kepada kaum kerabatnya,para sahabat,para wali Allah,ulama serta pengikut Nabi Muhammad SAW yang di sayangi.
Terima kasih kepada kedua ibu bapa saya yang banyak memberi sokongan dan dorongan kepada saya dalam menyiapkan tugasan ini sebaik mungkin.Tidak lupa juga kepada pensyarah Prinsip Islam(ctu 101) saya iaitu Encik Abdul Aziz yang telah banyak memberi tunjuk ajar dalam menyiapkan tugasan ini.

 Seterusnya kepada pihak petadbiran Universiti Teknologi Mara (UiTM) Arau,Perlis telah membenarkan saya dalam menyiapkan tugasan ini dengan jayanya.
 Akhir sekali,saya ingin merakamkan terima kasih saya kepada rakan – rakan saya yang sudi membantu dan memberi tunjuk ajar semasa menyiakan kerja kursus ini.

PENDAHULUAN
Dengan nama Allah Yang Maha Pengasih lagi Maha Penyayang.Segala puji bagi Allah,Tuhan sekalian alam.Selawat dan salam ke atas junjungan besar Nabi Muhammad SAW,ahli keluarga,para sahabat dan pengikut – pengikut baginda sekalian.Sumber dan dasar hukum Islam juga dipelajari kerana Islam mempunyai system hukumnya tersendiri yang lain daripada yang lain.Umat Islam perlu mengetahui perihal berkaitan dengan kebudayaan dan sejarah Islam supaya mereka tidak menjadi golongan yang buta kepada sejarah dan latar belakangnya.Kemuduran,kelemahan dan permasalahan yang dihadapi oleh umat Islam ada sebab musababnya.Apa yang penting ialah kesediaan kita memahami dan mengambil iktibar daripada apa yang sedang berlaku ini.
 Umat Islam perlu mempunyai jati diri padu dan identiti dengan berpaksikan kepada tamadun, peradaban, dan kebudayaan Islam.Daripada masyarakat seumpama inilah maka lahirlah kebudayaan Islam yang sumbangannya begitu besar kepada kemajuan manusia.Mungkin ramai tidak menyedari bahawa Islam pernah menguasai dua per tiga daripada dunia.Empayar Islam meliputi satu jajaran negara yang luas dan benua yang besar.Dalam sejarah,muncul banyak kerajaan dan dinasti Islam yang menjadi manifestasi kepada penerimaan masyarakat terhadap sistem yang terkandung dalam Islam.
Buku ini terdapat dua belas bab tapi saya hanya merumuskan empat bab sahaja.

ISLAM SEBAGAI PETUNJUK

Islam dan agama lain mempunyai perbezaan ketara bukan sahaja daripada segi tauhid dan aspek yang berkaitan dengan ketuhanan tetapi kedudukan islam sebagai Al-din atau cara yang syumul.
Islam memberikan bimbingan dan panduan kepada manusia mencapai kebahagian di dunia dan akhirat.Selain itu,islam juga memberi petunjuk dan pedoman menuju ke jalan baik serta benar.Islam juga menyarankan agar kita berjalan seiring dengan ajaran terkandung dalam Al-Qur’an dan As-Sunnah.Islam juga mengandungi pematuhan kepada Allah SWT dengan membuat segala yang disuruh dan menjauhi larangan Nya
Segalabentuk bimbingan,pemimpin,nasihat dan kaunseling yang diberikan oleh islam terangkum dengan padu dalam pelbagai bidang seperti ibadah,iktikad,kebudayaan,ekonomi,pengurusan,pemerintahan dan sebagainya.Semua lapangan ini mempunyai hubungan yang rapat dengan kehidupan manusia dan setiap individu.Islam tidak sekadar mengatur dan mengurus tetapi juga memenuhi tuntutan fitrah kejadian manusia.Di samping itu,islam tidak pernah mengekang kebebasan manusia untuk berkembang dan maju ke hadapan tetapi setiap kebebasan dan tindak tanduk ada batasnya.
Islam amat menghormati sepenuhnya hak asasi manusia sama ada lelaki atau wanita beragama islam mahupun bukan agama islam.Kesemuanya berkongsi fitrah iaitu kehendak,naluri dan sifat yang sama iaitu kepercayaan kepada kewujudan Tuhan.Perkara ini telah diungkap oleh Allah SWT dalam Al Quran.

Allah telah berfirman di dalam surah Ar-Ruum ayat 30

30. (setelah jelas kesesatan syirik itu) maka hadapkanlah dirimu (engkau dan pengikut-pengikutmu, Wahai Muhammad) ke arah agama Yang jauh dari kesesatan; (turutlah terus) ugama Allah, Iaitu agama Yang Allah menciptakan manusia (dengan keadaan bersedia dari semulajadinya) untuk menerimanya; tidaklah patut ada sebarang perubahan pada ciptaan Allah itu; itulah agama Yang betul lurus, tetapi kebanyakan manusia tidak mengetahui.

Manusia berkembang dalam pelbagai segi dan sudut iaitu jiwa,rohani,jasmani,perasaan, pengetahuan,minat,bakat,intelek dan sebagainya.Sesuai dengan kejadiannya,maka manusia memerlukan bimbingan dan petunjuk untuk memanfaatkan segala potensi yang ada padanya agar ia dapat disalurkan ke tempat yang sewajarnya.Contohnya,tuntutan seks kalau tidak dikawal dan disalurkan ke tempat yang sepatutnya akan menimbulkan pelbagai keburukan dalam kehidupan manusia.Sebab itulah,islam telah mewajarkan perkahwinan tertaluk kepada peraturan yang telah ditetapkan sama ada wajib,sunat,harus,makruh,haram,halal,sah dan tidak sah.Aspek kehidupan yang lain,tidak terkecuali daripada ketetapan hukum dan peraturan yang digariskan itu.
 Dasar-dasar yang terdapat dalam ajaran Islam adalah bersumberkan kepada Al-Qur’an dan Al-Hadith.Cuma perinciannya boleh dibuat mengikut ijtihad dan pengalaman masing-masing sesuai dengan zaman serta perkembangan semasa.Dalam perkara ini Allah SWT telah berfirman di dalam surah asy-Syuura::52

52. dan Demikianlah Kami wahyukan kepadamu (Muhammad) - Al-Quran sebagai roh (yang menghidupkan hati perintah kami; Engkau tidak pernah mengetahui (sebelum diwahyukan kepadamu): apakah Kitab (Al-Quran) itu dan tidak juga mengetahui apakah iman itu; akan tetapi Kami jadikan Al-Quran: cahaya Yang menerangi, Kami beri petunjuk dengannya sesiapa Yang Kami kehendaki di antara hamba-hamba kami. dan Sesungguhnya Engkau (Wahai Muhammad) adalah memberi petunjuk Dengan Al-Quran itu ke jalan Yang lurus,

Allah SWT berfirman di dalam surah Yunus ::57

57. Wahai umat manusia! Sesungguhnya telah datang kepada kamu Al-Quran Yang menjadi nasihat pengajaran dari Tuhan kamu, dan Yang menjadi penawar bagi penyakit-penyakit batin Yang ada di Dalam dada kamu, dan juga menjadi hidayah petunjuk untuk keselamatan, serta membawa rahmat bagi orang-orang Yang beriman.

TRADISI ILMU DALAM ISLAM

Ilmu pengetahuan yang penting dalam pembinaan tamadun dan peradaban manusia.Menuntut ilmu merupakan proses yang berterusan dan tidak ada hentinya.Islam menganjurkan kita mencari ilmu hatta sampai ke Negara China sekalipun Nabi Muhammad SAW juga berpesan agar tuntutlah ilmu daripada waktu kita dilahirkan sehingga saat dimasukkan ke dalam liang lahad.Sesungguhnya Islam memberikan penekanan tentang kepentingan dan keperluan menuntut ilmu.
 Sebab itulah,pendidikan,pembelajaran dan pengajaran menjadi salah satu daripada aspek keilmuan yang penting dalam islam.Umat Islam perlu serius dan memberikan penekanan pada bidang ilmu agar umat islam tidak ketinggalan ditelan arus pemodenan.Kegagalan umat islam menguasai ilmu akan menyebabkan mereka ketinggalan dan terjerumus ke dalam kejahilan serta kehancuran.

 Bukti tentang kepentingan ilmu ini dapat dilihat pada ayat pertama Al-Quran yang diturukan oleh Allah SWT kepada baginda Rasulullah SAW melalui Malaikat Jibrail di Gua Hira yang berbunyi,

1. bacalah (Wahai Muhammad) Dengan nama Tuhanmu Yang menciptakan (sekalian makhluk),
2. ia menciptakan manusia dari sebuku darah beku;
3. Bacalah, dan Tuhanmu Yang Maha Pemurah, -
4. Yang mengajar manusia melalui Pena dan tulisan, -
5. ia mengajarkan manusia apa Yang tidak diketahuinya.


 Membaca adalah asas utama di dalam proses pencarian ilmu.Ia menjadi elemen penting di dalam pendidikan dan pengajaran yang merangkumi 5M iaitu membaca,menulis,mengira,memikir dan memahami.Dalam ayat itu,terdapat lima perkara utama yang ditekankan khususnya mengenai pendidikan dan pengajaran iaitu iqra’(membaca),'allama bi'I – qalam(yang mengajarkan menulis dengan kalam) dan 'allama'I-Insana Malam Ya'lam(yang mengajarkan kepada manusia apa yang belum diketahuinya iaitu segala ilmu pengetahuan termasuk mengira,memikir dan memahaminya.)

 Pada zaman Nabi Muhammad SAW,pendidikan dan pengajaran dijalankan di dalam masjid di Balai Safa iaitu suatu tempat yang bergandingan dengan Masjid Madinah dan Balai Al-Arqam iaitu sebuah balai yang dimiliki oleh seorang sahabat nabin yang bernama Al-Aqram.Contoh tersebut menunjukkan dengan jelas bahawa peranan pendidikan dan pengajaran sangat penting di dalam islam.Islam mewajibkan setiap daripada umatnya menuntut ilmu

عَنْ أَنَسِ بْنِ مَالِكٍ قَالَ قَالَ رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ طَلَبُ الْعِلْمِ فَرِيضَةٌ عَلَى كُلِّ مُسْلِمٍ. (ابن ماجه وغيره)
 Dari Anas bin Malik r.a., katanya: Rasulullah s.a.w. bersabda: "Menuntut ilmu adalah satu fardu yang wajib atas tiap-tiap seorang Islam."
Ilmu yang wajib dituntut dalam islam terbahagi kepada dua perkara yang utama.Pertama,ilmu yang bersifat Fardu Ain.Bererti pada setiap umat islam mesti mempelajarinya iaitu tentang aqidah,ibadah khusus dan seumpamanya.Kedua,ilmu Fardu Kifayah iaitu ilmu-ilmu yang lebih bersifat duniawi dan memberikan manfaat kepada manusia seperti perubatan,pertanian,perekonomian,pengurusan,pentadbiran,pendidikan, kebudayaan,kemasyarakatan,kenegaraan dan sebagainya.Daripada kewajipan menuntut ilmu itu,lahirlah beberapa institusi dan pusat pengajian untuk mempelajari pelbagai ilmu sama ada bersifat khusus ataupun umum yamg menyentuh aspek kehidupan manusia seharian.

عَنْ عَبْدِ اللَّهِ بْنِ عَمْرِو رَضِيَ اللَّهُ عَنْهُمَا أَنَّ رَسُولَ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ قَالَ الْعِلْمُ ثَلَاثَةٌ وَمَا سِوَى ذَلِكَ فَهُوَ فَضْلٌ آيَةٌ مُحْكَمَةٌ أَوْ سُنَّةٌ قَائِمَةٌ أَوْ فَرِيضَةٌ عَادِلَةٌ. (أبو داود وابن ماجه)

 - Dari Abdullah bin 'Amr r.a., dari Nabi s.a.w., sabdanya: "Ilmu yang menjadi asas (bagi ilmu-ilmu yang dikehendaki oleh agama) adalah tiga dan yang lain dari itu adalah ilmu yang lebih; - ilmu-ilmu yang tiga itu ialah: Ayat Al-Qur'an yang terang nyata dan tidak dimansukhkan hukumnya; atau "Sunnah" (hadis) yang sah datangnya dari Rasulullah s.a.w., yang tetap kekal atau ketetapan dan keputusan yang betul sama seimbang (dengan kehendak kitab Allah dan sunnah RasulNya)"
( Abu Daud dan Ibnu Majah)
Ilmu-ilmu yang ditetapkan menjadi asas itu ialah:
(1) Ayat-ayat Al-Qur'an yang terang nyata dan tidak dimansukhkan hukumnya, yang menjadi asas untuk dirujukkan kepadanya ayat-ayat Al-Qur'an yang "Mutasyabihat" (yang tidak jelas maksudnya).
(2) "Sunnah" atau "Hadis" Rasulullah s.a.w. yang meliputi perkataannya, perbuatannya dan taqrirnya (ketiadaan larangannya), yang sah datangnya dari Baginda dan berkekalan diamalkan, kerana ialah yang menjadi keterangan dan ulasan bagi kitab Allah Al-Qur'an al-Karim.
(3) Ketetapan dan keputusan yang betul sama seimbang dengan kehendak kitab Allah dan sunnah Rasul-Nya, yang ditetapkan atau diputuskan dengan jalan "ijma'" (kata sepakat alim ulama), atau dengan jalan "Qiyas" (bandingan sesuatu perkara yang belum ada hukumnya dengan perkara yang telah ada hukumnya).

 Antara institusi pengajian berkenaa n ialah kutab yang berupa sekolah rendah atau dasar bagi kanak-kanak,halaqah yakni penggajian secara berkelompok dalam masjid,madrasah atau sekolah yang dikendalikan secara formal,kuliah pengajaran melalui syarahan dan Al-Jami'ah iaitu institusi pengajian tinggi contohnya Al-Jami'ul Azhar.Begitu juga dengan institusi-institusi yang bersifat Darul Ilmi(Gedung Ilmu) seperti yang terdapat di Kherah dan juga di tempat-tempat lain pada zaman Bani Umaiyah dan Bani Abassiyah,Baitu'I-Hikmah(Rumah Hikmah) dan An-Nizamiyah seperti yang terdapat di Banghdad,Qurtubah(Cordoba),Syam (Syria) serta tempat-tempat lain.Selain itu,terdapat juga maktabah-maktabah(perpustakan) yang menampung berbagai bagai jenis hasil tulisan para cendekiawan Islam dan bukan Muslim.

 Pada zaman keemasan Islam,wujud banyak perpustakaan besar dengan koleksi buku yang menakjubkan.Di antaranya,Maktabah Al-Qusut di Kaherah yang mengandungi 1.6 juta jilid buku,Maktabah Al-Hakam di Qurtubah yang 400 ribu buah buku,Maktabah Tarabulus di Syria yang mempunyai 3 juta jilid buku dan Baitul Hikmah di Baghdad yang mempunyai jumlah buku yang tidak terkira banyaknya.Berdasakan kepada kemunculan begitu banyak institusi pengajian daripada peringkat rendah hingga tinggi,jelas menunjukkan betapa pesatnya perkembangan ilmu pengetahuan dan pendidikan dalam islam telah mendorong kelahiran para ilmuan Muslim yang terbilang dalam cabang bidang ilmu sama ada dalam bidang keagamaan,seperti aqidah dan ibadah ataupun sains,astronomi,optik,falsafah dan sebagainya. Ilmu – ilmu ini berjalan sejajar dengan perkembangan zaman dan masa.
 Penguasaan ilmu oleh golongan ulama mencakupi Al-Quran,Qiraat,Tajwid,Ulum Al Quran,Tafsir,Terjemahan, Ilmu Kalam,Hadith, Usul Fiqah, RiwayahAl Hadith, Saraf, Mantik dan beberapa ilmu yang lain.Antara ulama yang lahir dan ahli dalam bidang ini ialah Ibnu Jarir Al-Tabari(839-923M), Ibnu Kathir, Al Bukhari (meninggal 870M), Imam Muslim (meninggal 875M), Abu Hassan Ali – Asy ' ari (873-935M), Abu Mansur Al-Maturidi(meninggal 944M), Imam Hanafi (meninggal 767 M), Imam Malik (meninggal 795M), Imam Syafi’I (meninggal 820 M), Imam Hambali(meninggal 855 M), Al Ghazali(meninggal 1111M), Ibnu Taimiyah(meniggal 1263 – 1328M), Ibnu Qaiyim, Ibnu Rusyd, Ibnu Qudamah, Ibnu Hajar, dan beratus- ratus yang lain.Kitab – kitab yang ditulis yang berkaitan dengan bidang agama tersebut ialah Tafsir Ibnu Jarir Al- Tabari
Tafsir Ibnu Kathir, Sahih Al Bukhari, Sahih Muslim, Al Um, Al Risalah, Al Fatawa, Al Ihlaya’u- ‘Ulumiddin, B idayatal – Mujtahid dan ribuan buah kitab lagi.
 Dalam bidang ilmu pengetahuan umum, muncul ilmuan seperti Ibnu Maskawaih, Al Kindi, Al Razi, Ibnu Sina, Ibnu Rusyd, Al Farabi, Ibnu Haitham, Ibnu Khaldun, Al Kharaizimi, Ibnu Zuhr dan banyak lagi yang mempunyai keahlian dalam bidang maisng – masing seperti falsafah, perubatan, kimia, geografi, sejarah, astronomi, pertanian, fizik, falak, algebra, dan sebagainya.Daripada mereka inilah terhasil berbagai – bagai karya agung seperti Muqaddimah Ibnu Khaldun, Al Tasrif, Al Qanun Fi Al Tib, Tahzib Al Akhlaq, Al Hawi, Al Kulliyat fi Al tib, Al Aghani, Ilmu Al Falaq, Al Jabr-Al Jabr, Mu’jam Al – Buldan, Kitab Al Filahah, Kitab Al Hayawan dan lain – lain.
 Jadi,berdasakan kepada sumbangan tokoh – tokoh muslim itu maka tidak seharusnya timbul anggapan dan tuduhan yang mengatakan Islam itu anti ilmu, tidak progresif, mundur, tolak kemajuan dan sebagainya.Semasa waktu benua Eropah berada di Zaman Kegelapan, umat Islam telah mencapai kemajuan yang tinggi di dalam pelbagai bidang kehidupan kota Baghdad menjadi pusat ilmu yang termasyur.Agama Islam sentiasa memberi galakan kepada umatnya untuk menuntut ilmu dengan penuh minat dan kesungguhan.
 Islam tidak pernah memisahkan dunia dan akhirat serta juga antara ilmu agama dengan pengetahuan yang lain.Inilah rahsia yang membolehkan ilmu pengetahuan berkembang dengan pesat dan rancak pada zaman kegemilangan serta keagungan Islam.berbeza dengan Barat di mana ilmu pengetahuan mereka hanya berkembang bila terjadinya pemisahan agama dan dunia serta antara politik dan pihak gereja.Dalam Islam, ilmunya adalah bersepadu dan bersatu dengan rangkuman yang kemas dan teratur.

ILMU – ILMU ISLAM

Asas kepada ajaran Islam ialah Al – Qur’an dan Al – Hadith yang sahih.Walaupun dasar pengangan Islam hanya dua sahaja tetapi daripada kedua - dua sumber itulah lahir berbagai – bagai ilmu dalam Islam.Di samping itu, terdapat beberapa ilmu yang lain yang menjadi alat untuk memahami kedua – dua dasar dan pokok ajaran Islam itu.Pertama sekali ialah ilmu yang berkaitan dengan bahasa Arab.Ilmu ini penting kerana kedua – dua sumber ajaran islam iaitu Al Qur’an dan Al Hadith adalah ditulis dalam bahasa Arab daripada dialek Quraisy Hijaz(Makkah dan Madinah)pada zaman Nabi Muhammad SAW.Untuk memahami ajaran Al – Quran dan Al Hadith,maka perlu dipelajari bahasa Arab dan segala hal yang berkaitan dengannya seperti ilmu lughah, ilmu bayan, saraf falsafah, balaghah, istiqaq, nahu, badi’, ‘aruz, qafiyah, rasmu ‘I – khat, qarzusy - syi’r, insya ‘u ‘ nnasr, muhazarah,ma ‘ ani dan lain - lain lagi.

Dengan adanya Al – Qur’an muncul pula pelbagai ilmu untuk dipelajari seperti yang disenaraikan.

•    Ilmu Riwayat Al – Qur’an - mengenai sejarah Al – Qur’an
•    Ilmu Dirayah Al – Qur’an - mengenai teks Al Qur’an
•    Ilmu Mawatin Al – Nuzul - menerangkan tempat – tempat,masa – masa, awal dan akhir turunnya ayat.
•    Ilmu Qiraat - menerangkan beraneka qiraah (cara membaca Al – Qur’an)yang telah diterima daripada Rasulullah SAW.
•    Ilmu Tajwid - menerangkan cara – cara membaca Al Qur’an
•    Ilmu Gharib Al – Qur’an - menerangkan kata – kata sulit yang tidak terdapat dalam kata – kata biasa atau sehari – hari.
•    Ilmu Asbab Al – Nuzul - menerangkan sebab –sebab turun ayat - ayat Al Qur’an
•    Ilmu I ‘rab Al Qur’an - menerangakan baris Al Qur’an dan kedudukan lafaz dalam susunan kalimat.
•    Ilmu Wujuh Al – Naza’ir - menerangkan kata – kata dalam Al ‘Qur’an yang banyak ertinya dan menerangkan erti yang dimaksudkan pada tiap – tiap tempat serta konteks.
•    Ilmu Makrifat Al – Muhkam wa Al – Mutasyabih - menerangkan ayat – ayat yang dipandang muhkam (hukum) dan ayat – ayat yang dianggap mutasyabih(subahat).
•    Ilmu Al – Nasikh wa Al – Mansukh – menerangkan ayat- ayat yang dianggap membatalkan dan ayat –ayat dibatalkan oleh sebahagian ulama.
•    Ilmu Bada-I ‘ Al Qur’an - menguraikan keindahan – keindahan susunan Al Qur’an.
•    Ilmu I’jaz Al Qur’an - menerangkan kekuatan susunan Al Qur’an.
•    Ilmu Tanasubi Ayat Al – Qur’an - menerangkan persesuaian di antara suatu ayat antara suatu ayat dengan ayat sebelumnya atau dengan ayat sesudahnya.
•    Ilmu Aqsam Al Qur’an - menerangkan erti –erti dan maksud – maksud sumpah Allah SWT yang terdapat dalam Al Qur’an.
•    Ilmu Amthal Al Qur’an – menerangkan segala perumpamaan yang terdapat dalam Al Qur’an
•    Ilmu Jidal Al – Qur’an - menerangkan segala debatan daripada Al Qur’an
•    Ilmu Abadi Tilawat Al – Qur’an - menerangkan aturan – aturan dalam membaca Al – Qur’an

 Daripada Al Hadith pula timbul berbagai – bagai cabang ilmu yang berkaitan.Di antaranya ialah Ulum Al Hadith yang di dalamnya mengandungi perkara – perkara seperti berikut :

•    Ilmu Hadith Riwayat - membahaskan kelakuan persambungan hadis kepada Sahib Al Risalah,junjungan besar Nabi Muhammad SAW
•    Ilmu Hadith Dirayah - membahaskan makna – maknayang difahamkan daripada lafaz-lafaz hadis serta yang di kehendaki daripada sesuatu lafaz dan jumlah dengan bersandarkan kepada aturan – aturan (kaedah-kaedah)bahasa arab dan kaedah – kaedah agama.
•    Ilmu ‘Ila Al Hadith - menerangkan sebab – sebab tersembunyi yang tidak nyata dan yang tidak dapat mencacatkan hadis.
•    Ilmu Asbab Wurud Al- Hadith – menerangkan kepada kita sebab – sebab nabi menuturkan sabdanya dan masa – masanya nabi menuturkan.
•    Ilmu Mustalah Ahli Al Hadith - Ilmu yang menerangkan pengertian –pengertian (istilah-istilah)yang dipakai oleh ahli – ahli hadith.

Dalam bidang akidah pula muncul beberapa cabang ilmu yang berkaitan denganya seperti yang disenaraikan.

•    Ilmu Aqa’id Al Iman - inti pati rukun – rukun iman
•    Ilmu Tauhid - tentang cara – cara menetapkan aqidah agama dengan mempergunakan dalil – dalil yang menyakinkan,baik dalil – dalil naqli’aqli ataupun wijdani(perasaan halus).
•    Ilmu Kalam atau Teologi Islam
•    Ilmu Al Haqiqah – tentang kebenaran
•    Ilmu Al Asma’- tentang nama – nama Allah SWT yang berjumlah 99 atau lebih terkenal dengan Asma’ul Husna.
•  
•    Ilmu Al – Illahiyah – tentang ketuhanan
•    Ilmu Usul al – Din atau asal dan asas dalam agama Islam.

 Berhubungan dengan ibadat dan muamalah,timbul ilmu –ilmu seperti berikut:

•    Ilmu Fiqah - menerangkan hukum – hukum syarak yang diperoleh daripada dalil- dalilnya yang tafsil.
•    Ilmu Usul Al Fiqah - menerangkan kaedah – kaedah dan perubahan – perubahan yang dipergunakan untuk mengistinbatkan hukum syarak yang far’iyah daripada dalil – dalilnya yang sudah jelas terperinci.
•    Ilmu Qawa’id Al – Fiqhiyah - tentang kaedah – kaedah hukum bersifat kulliyah yang dipetik daripada dalil kulliyah (iaitu ayat – ayat dan hadis yang menjadi pokok kaedah – kaedah kulliyah yang dapat dimaksudkan syarak dalam meletakkan mukalaf di bawah bebanan taklif dan daripada memahamkan rahsia – rahsia dan hikmah – hikmahnya.
•    Ilmu Tasyri’ - perundangan dan hukum Islam



 Daripada prinsip Al – Ihsan, muncul cabang – cabang ilmu seperti berikut :

•    Ilmu Taswuf
•    Ilmu Al – Yaqin
•    Ilmu Al – Akhlaq
•    Ilmu Al – Batin
•    Ilmu Tariqah

 Selain itu, terdapat berbagai – bagai ilmu lagi sama ada yang bersifat agama (akidah dan ibadat) ataupun ilmu yang melibatkan hubungan di antara manusia dengan manusia seperti muamalah dengan pengertian yang luas.Ilmu – ilmu lain yang boleh rangkum ke dalamnya adalah seperti Al Falaq, Al Hikmah, Tarbiyah(pendidikan dan Pengajaran), Pentadbiran, Pemerintahan, Penternakan, Kejuruteraan dan sebagainya.

 Daripada senarai ilmu – ilmu yang dipaparkan ini, menunjukkan betapa luasnya ruang lingkup ajaran Islam tidak sebagaimana yang digembar – gemburkan oleh golongan tertentu bahawa agama Islam bersifat sempit,jumud dan mundur.Tinta ilmu dalam Islam tidak akan habis digunakan kerana ia ibarat setitik dakwat di tengah –tengah lautan ilmu yang begitu luas ruang lingkupnya.Semua ilmu – ilmu ini mencakupi semua bidang yang berkaitan dengan Fardu Ain dan Fardu Kifayah.

Berbeza Tapi Sama


Agama Islam bukan merupakan agama orang Arab,Melayu,Cina ataupun India.Islam merupakan agama Allah SWT yang diturunkan untuk seluruh umat manusia.Islam adalah agama sejagat dan bersifat universal.Sebab itu, Islam boleh ditemui walau di mana sahaja dan setiap ceruk penjuru di dunia ini.Bukti yang paling jelas ialah sewaktu musim Haji di mana kita akan dapat diperhatiakn lautan manusia berkumpul di depan Kaabah,Masjidilharam dan sekitar kota suci Makkah dengan wajah dan warna kulit yang tidak serupa.Semua bangsa dan golongan yang berkumpul di sana dating daripada latar belakang yang berbeza dari segi bangsa,budaya,bahasa dan cara hidup mereka juga berbeza.Tetapi mereka semua adalah umat Islam yang berkongsi satu akidah yang sama.Semuanya bernaung di bawah satu agama yang sama.
 Bukankah di dalam Al-Quran kita sring diingatkan bahawa orang yang paling mulia di sisi Allah SWT ialah orang yang paling bertaqwa.Ini bermakna bahawa taqwa yang membezakan kita sebagai umat Isalam bukannya sama ada dia lahir sebagai Muslim atau masuk Islam kemudian.Islam tidak membezakan di antara umatnya berdasakan kepada bangsa,jantina,pendidikan dan strata sosialnya.Hal ini menjadikan Islam agama yang cukup istimewa,indah, dan adil.Justeru itu,ia menjadi sebahagian daripada daya tarikan utama dan faktor yang menarik orang lain kepada Islam.Kita perlu menerima hakkikat bahawa manusia dijadikan berbeza – beza dan berbangsa-bangsa supaya kita dapat saling kenal – mengenali di antara satu sama lain.Islam mengikat kita semua menjadi satu umat yang kuat.Jadi,perbezaan yang wujud itu tidak sepatutnya menjadikan kita dalam keadaan yang berpecah – belah.
 Di dalam memperjuangkan,umat Islam tidak boleh bersikap emosi.Setiap tindak – tanduk,langkah dan keputusan harus bersandarkan kepada garis panduan yang ditetapkan dalam Islam iaitu AL – Quran dan Al – Hadith.Setiap perkara yang dilakukan perlu berlandaskan kepada landasan ilmu yang kukuh.Jadi,ini menjelaskan tentang betapa pentingnya umat Islam perlu menuntut dan menguasai ilmu.Dengan suluhan ilmu itu dapat memberikan pimpinan dan bimbingan untuk umat Islam bertindak secara matang serta bijaksana.
 Umat Islam tidak boleh bersikap pentingkan diri sendiri.Mereka perlu menghormati dan mengambil kira sesintiviti orang lain terutamanya golongan bukan Muslim.Umat Islam harus bila masanya mereka perlu bertegas dank eras.Begitu juga,dengan bila waktunya perlu bersikap lemah – lembut dan bertolak ansur.Dakwah harus dilakukan secara berhikmah dan telus bagi setiap umat Islam kerana ia merupakan tanggujawab setiap umat Islam dalam mengembangkan agama Islam.

Umat Islam perlu mengambil ingatan tentang kepelbagaian dan perbezaan pendapat yang wujud dalam kalangan umat Islam yang menganut pelbagai mazhab,tarekat,iktikad,aliran dan pandangan.Semua perbezaan ini disebabkan oleh para ulama dan imam mujtahid mempunyai tingkat ilmu pengetahuan,latar belakang,cara berfikir dan penerimaan riwayat yang berlainan.Mereka juga hidup dalam persekitaran dan kebudayaan yang tidak sama telah mempengaruhi pandangan dan pendapat mereka.Sebab itulah timbulnya pendapat,fatwa dan mazhab yang berlainan.Contohnya,Imam Syafi’I mempunyai dual qaul iaitu qaul qadim semasa berada di Baghdad dan qaul jadid sewaktu berada di Mesir.Dalam kalangan ulama – ulama mazhab Syafi’i juga terdapat perbezaan pendapat dan fatwa seperti yang berlaku di antara Imam Al – Ghazali,Imam Nawawi,Ibnu Hajar dan sebagainya.
Selain itu,ada pula pendapat qil dan qal dalam kitab – kitab Mazhab As- Syafi’iyah yang berada dalam masyarakat kita.Dalam kalangan orang Islam ada yang mengakui kononnya ‘taat’ kepada ajaran Imam Syafi’i da nada yang ‘tidak taat’ dengan ajarannya.Misalnya mengutuk orang yang mengadakan azan sekali sahaja ketika solat Jumaat.Padahal dalam kitab Al-Umm karangan Imam Syafi’i disebutkan azan Jumaat hanya sekali sahaja dan bukannya dua kali seperti yang diamalkan dalam kalangan umat Islam tertentu.Jadi,sebagai umat Islam kita perlu berhati – hati dalam mengeluarkan pendapat dan pandangan dengannya.Jangan cepat menyalah dan mengutuk orang yang berbeza pendapat dan pandangan dengannya.Kita harus buat rujukan dan kajian terlebih dahulu dengan sandaran keilmuan yang terdapat dalam Islam.Lebih baik buat teguran secara baik dengan mmberikan nasihat,ingatan dan penerangan.
 Umat Islam tidak harus bermusuhan dan berbalah sesame mereka.Umat Islam perlu bersatu dan membentuk ukhuwah dan silaturahim yang kukuh di antara kita semua tidak kira apa sahaja keturunan atau tempat asal – usulnya.Adalah penting untuk kita mempelajari islam secara berterusan dan kalau boleh dilakukan secara berperingkat – peringkat daripada tahap asas sehingga kepada tahap yang tertinggi.Kalau boleh bermula dengan mempelajari bacaan – bacaan ayat suci Al – Qur’an dan ilmu tauhid atau aqa’id Al – Iman iatu mengenal rukun – rukun iman,rukun – rukun Islam dan hukum – hukum fiqah yang lain.
 Selepas itu,barulah mendalami ilmu-ilmu yang lain seperti tasawuf,terekat,mazhab dan sebagainya.Dengan berbuat demikian,umat Islam akan sentiasa dapat mempertingkatkan diri dalam pengamalan agama dan lapangan kehidupan yang diceburinya.Sekali gus dapat memainkan peranan dan memberikan sumbangan kepada perkembangan,pertumbuhan serta kemajuan Islam dalam di dlam dunia ini.Inilah legasi perjuangan yang ditinggalkan oleh Nabi Muhammad SAW untuk kita teruskan sebagai umat Islam.
13 
PENUTUP

Kesimpulannya,Islam bukan hanya memberi didikan kepada manusia ke jalan yang diredai oleh Allah malah memberi pedoman kepada manusia menuju ke akhirat kelak.Islam banyak memberi intipati yang berguna kepada umatnya agar menjadi lebih baik serta berjaya dalam kehidupan.Setiap umat Islam, mereka dianggap sebagai khalifah dalam menjalankan amanah yang dipertanggujawabkan oleh Allah SWT di muka bumi ini.Umat Islam seharusnya rasa bersyukur dapat merasai kenikmatan iman Islam yang diberikan oleh Allah dan bukan semua orang dapt merasainya.

Islam banyak mengajar umatnya erti kesusahan dan kesenangan untuk memperolehi sesuatu dalam kehidupan ini. Al- Quran dan Al- Hadith dijadikan panduan hidup agar tidak terpesong dari landasan untuk menuju ke syurga.Islam merangkumi semua aspek tidak kira sama ada dunia mahupun akhirat.Islam lengkap dari segala agama yang ada di dunia ini.


Kisah Hidup Imam Ghazali

Nama Kursus : PENDIDIKAN ISLAM
Nama Pensyarah : Ustaz abdul aziz bin harjin
Nama pelajar : Muhammad Zaki Bin rahmat
No kad Pelajar : 2012412602
Kumpulan : CSD1Cf
Fakulti : Sains komputer dan matematik
Bahagian : semester 1 

BAB 1 :
KISAH HIDUP IMAM GHAZALI
Nama lengkapnya adalah abu hamid Muhammad bin Muhammad bin Muhammad bin Muhammad bin ahmad al-tusi al-syafi`i dan di kenali sebagai IMAM AL-Ghazali. Beliau dilahirkan pada tahun 450H/1058M.di suatu kampong yang bernama Gazalah di daerah Tus yang terletak di wilayah khurasan.
    Ayahnya, Muhammad adalah seorang penenun dan mempunyai tokoh tenun di kampungnya. Kerana penghasilan tenunan yang sedikit, maka tidak dpt nenutupi keperluan harian hidup kelluarganya. Walaupun hidup miskin namun ayahnya itu seorang pencinta ilmu yang bercita cita tinggi dan berdoa semoga tuhan member anak anaknya pengetahuan luas dan mempunyai ilmu yang banyak. Ayahnya juga seorang muslim yang soleh yang taat menjalankan agama. Tetapi sayang dia meninggal sewaktu Al-Ghazali dan ahmad masih kecil lagi.
Imam Al-Ghazali belajar banyak berguru untuk mempelajari ilmu pengetahuan. Dan guru-guru beliau ialah Ahmad bin Muhammad Al-Razakani, Imam Nasr al-Isma`ili dan ahli teolog iaitu abu al-Ma`ali al-Juwaini (imam al-Haramain). Beliau sering membantu Imam al-Haramain di Universiti Nizamiyah untuk wakili imam Haramain mengajar.Selepas itu, beliau berpindah ke Mu’askar dan mengajar di Universiti Nizamiyah.Tetapi kedudukannya tidak lama ditempatkan. Akhir sekali beliau mendirikan tempat asuhan khandaqah(pesantren sufi). Setelah mengabdikan diri untuk ilmu pengetahuan,menulis dan mengajar maka pada usia 55 tahun Al-Ghazali meninggal dunia di kota kelahirannya, Tus pada tanggal 14 jamadil akhir 505H./19 Disember 1111M. dalam pangkuan saudaranya Ahmad al-Ghazali.
Perbezaan Al-ghazali dengan para sufi sebelumnya kerana dia telah menjadikan tasawuf sebagai jalan mengenal Allah,bahkan sesuatu dalam erti kata yang hakiki, yang disebut dengan ma’rifah dengan cirri-ciri dan batasnnya yan lebih jelas.Beliau memandang ma’rifah sebagai tujuan akhir yang harus dicapai manusia, sekaligus merupakan kesempurnaan tertinggi yang hakiki.

BAB 2:
RAHSIA MENGENAL KELAPARAN DAN BAHAYA KEKENYANGAN

Rahsia Kelaparan
Lapar itu sesungguhnya pahala apabila kita memeranginya. Dah ia lebih dicintai Allah. Seperti sabda rasulullah S.A.W di bawah :
rasulullah s.a.w bersabda :
    “perangilah hawa nafsumu dengan lapar dan haus, kerana sesungguhnya pahala dalam hal itu adalah seperti pahala berperang di jalan allah. Dan sesungguhnya tiada sebuah amalpun yang lebih dicintai Allah daripada lapar dan haus.”
Siapakah manusia yang lebih utama di sisi allah?
Rasulullah s.a.w bersabda:
“orang sedikit makannya dan tertawanya.”
“pemimpin segala amal adalah lapar, sedang menghinakan nafsu adalah pakaian bulu”
“pakailah,makanlah dan minumlah dalam ukuran setengah perut”
“ berfikir adalah setengah dari ibadah dan sedikit makanan itulah ibadah.”
“Orang utama adalah dari kamu di sisi Allah dalam kedudukannya pada hari kiamat adalah yang lebih panjang dari kamu dalam laparnya dan lebih panjang berfikirnya mengenai Allah SWT. Sedang yang lebih dibenci dari kamu di sisi Allah azza wa jalla pada hari kiamat adalah setiap orang yang banyak tidur, banyak akan lagi banyak minum.”

Bahayanya kekenyangan
Apabila kita kenyang maka fikiran kita akan tidur,bisu kebijakan dan malaslah anggota-anggota tubuh untuk beribadah. Seperti Luqman Al-Hakim berkata pada anaknya “Hai anakku, jika perut ini penuh tidurlah fikiran, bisulah kebijakan dan malaslah anggota-anggota tubuh untuk beribadah.”

KEBAIKAN KELAPARAN DAN KEBURUKAN KENYANG

Mempunyai 10 kebaikan kelaparan dan keburukan kenyang ;-
Pertama :Kebaikan lapar ia menjernihkan hati, mencerdikkan otak dan menerangi penglihatan hati. Manakala keburukan kenyang menyebabkan kebebalan, membuat hati buta dan mempertebal asap dalam otak menyerupai kemabukan.
Kedua : kebaikan lapar ia melembutkan hati dan jernih menyebabkan hati siap untuk menemukan kelazatan ketekunan dan pengaruh manfaat dari zikir. Manakala keburukan kenyang ia menyebabkan hati kita tidak mendapat kelazatan ketika berzikir dan tidak mendapatt pengaruhnya.
Ketiga : kebaikan lapar merasa kalah dan hina serta kehilangan kecongkakan, kegembiraan dan mengkufurkan nikmat. Manakala keburukan kenyang pula nafsu sukar untuk merasa kalah dan hina dengan apa pun.
Keempat : Kebaikan lapar ia tidak lupa bala Allah dan azabnya dan tidak lupa pemilik bala. Manakala keburukannya kenyang membuat kita lupa pada orang yang lapar.
Kelima :kebaikan lapar ia dapat mematahkan keinginan nafsu terhadap semua bentuk maksiat dan menguasai nafsu yang selalu mengajak kepada keejahatan. Manakala kenyang membuat nafsu bertambah kuat untuk melakukan kejahatan dan maksiat.
Keenam : Kebaikan lapar ia dapat menghalang daripada tidur dan melenggangkan jaga. Manakala keburukan kenyang menyebabkan banyak tidur.
Ketujuh : kebaikan lapar ia memudahkan tekun dalam ibadah. Manakala keburukan kenyang kita memerlukan waktu untuk memasak menyebabkan kita susah tekun dalam ibadah.
Kelapan : orang akan dapat mengambil manfaat dari sedikit makanan, kesihatan tubuh dan selamat dari macam-macam penyakit. Manakala keburukannya menyebabkan banyak penyakit yang akan mengacam kesihatan kita.
Kesembilan : kebaikan ia dapat meringankan biaya hidup kita. Manakala keburukan kenyang membuat kita mengunakan banyak wang atau harta.
Kesepuluh : kebaikan ia dapat mengutamakan orang lain dan bersedekah dengan makanan yang lebih. Manakala keburukannya ia akan mengutamakan diri sendiri dan sukar untuk menyedekah kepada orang lain.


MENYIAPKAN DIRI MENGHADAPI KEHENDAK NAFSU PERUT
Mempunyai tugas dan peringkat yang tertentu dalamcara menyiapkan diri menghadapi kehendak nafsu.
Tugas yang pertama : mengurangkan makan dan melatih diri dalam dengan cara sedikit demi sedikit. Tugas mengurangi makan itu terdapat empat tingkatan. Pertama iaitu mengembalikan dirinya kepada kadar makanan yang membuat tegak.kedua ia mengembalikan diri dalam sehari semalam kepada setengah mud (3ons). Ketiga kembali kepada kadar satu mud (6ons). Keempat menambah dati satu mud sampai kepada batas kenikmatan.
Tugas yang kedua : Masa makan dan batas mengakhirkannya. Didalam tugas ini terdapat tiga tingkatan.Peringkat tertinggi ia lapar dalam waktu tiga hari keatas. Kedua ialah orang lapar dalam waktu dua sampai tiga hari.Ketiga ialah tingkat terendah dan orang hanya mencukupkan makanan sekali dalam satu hari satu malam.
Tugas ketiga ialah mengenai jenis makanan dan meninggalkan lauk.

MAKANAN DAN IBADAH
Kita dinasihatkan memakan makanan secara sederhana kerana ia dapat mengimbangkan anggota badan dan memudahkan kita melakukan ibadah dengan sempurna.
ALLAH berfirman : “makan dan minumlah, dan jangan kamu berlebih-lebihan” surah ( Al-A’raf:31).

HUKUM SEMBUNYIKAN KEINGINAN MAKAN DIHADAPAN ORANG
Mempunyai dua bahaya mengancam orang pertama ialah nafsu yang tidak mampu untuk meninggalkan sebahagian makanan yang menyenangkan, lalu menginginkannya. Tetapi ia tidak ingin diketahui bahawa ia mengingikannya, maka ia menyembunyikan keinginan itu dan akan memakan dalam kesendirian apa yang tidak dimakannya bersama orang banyak. Ini adalah merupakan syirik samar.
Berfirman ALLAH SWT : “Sesungguhnya orang-orang munafik itu ditempatkan pada tingkatan yang paling bawah di neraka.”(an-nisa : 145).
Bahaya yang kedua ialah kalau orang mampu untuk meninggalkan kesenangan-kesenangan nafsu, hanya saja dia merasa bergembira kalau dia dikenal dengan keadaan demikian maka termasyurlah dia sebagai orang yang memelihara diri dari kesenangan nafsu.

KEINGINAN NAFSU FARJI
Ketahuilah bahawa keinginan nafsu terhadap persetubuhan menguasai manusia kerana dua manfaat dan faedah:
Manfaat pertama :manusia akan menemukan kenikmatan persetubuhan itu, lalu dia akan dapat mengkiyaskan kenikmatannya. Sesungguhnya ia merupakan kenikmatan tertinggi bagi tubuh-tubuh manusia in, sebagaimana api dan kepedihannya adalah kepedihan terbesar bagi tubuh.
Manfaat kedua : Kelangsungan keturunan dan keabadian wujud ummat. Itu semua adalah manfaat dah faedah keinginan bersetubuh.Akan tetapi didalamnya terdapat bermacam-macam bahaya yang dapat mengancam keselamatan agama dan dunia jika tidak dibatasi, dikekang dan dikembalikan kepada batas kesederhanaan.
Firman Allah SWT: “ya tuhan kami, janganlah engkau bebankan pada kami apa yang kami tidak sanggup memikulnya “ (Al-Baqarah: 286) bahawa yang dimaksud adalah puncak nafsu berahi pada perempuan.
Kadang-kadang berlebihan keinginan nafsu ini menyeret sekelompok manusia kepada dua hal yang sangat tercela :
Pertama : mereka terpaksa memakan apa saja yang dapat menguatkan syahwatnya untuk memperbanyakkan persetubuhan, sebagaimana sementara orang kadang kadang harus makan ubat-ubat yang dapat menguatkan perut agar menjadi besar keinginan nafsu makan. Rasulullah pernah bersabda : “ aku mengadu kepada jibril mengenai kelemah bersetubuh. Diperintahkannya aku untuk makan bubur harisah(bubur daging).”
Kedua : Keinginan nafsu terhadap perempuan ini membawa sementara orang sesat kepada kerinduan, dan ini merupakan puncak kebodohkan mengenai ke manakah persetubuhan ini harus diletakkan?
Nabi Muhammad SAW telah bersabda: “Wahai sekalian pemuda, hendaklah kamu mau kahwin. Barangsiapa yang tidak mampu maka hendaklah dia berpuasa, kerana puasa baginya dapat mematahkan syahwat.”

AHLI THARIQATDAN PERKHAWINAN
Ketahuilah bahawa murid(seorang yang menginginkan untuk menempuh jalan akhirat) dalam permulaan perihalnya,seeloknya dia tidak menyibukkan dirinya dengan pernikahan. Sesiapa merasa tenteram hatinya dengan selain Allah Swt akan sibuk meninggalkan Allah.
Allah SWT berfirman : “ katakanlah kepada orang laki-laki yang beriman, : hendaklah, mereka menahan pandangannya. “ (an-nur : 20).
Kita harus mengahwin seseorang wanita itu apabila nafsu kita tidak dapat mengawal ia dengan seeloknya. Dan ia menceritakan bahawa ketika memilihan perempuan untuk dikahwini hendaklah cantik,sopan santun kewira’an dan budi pekerti yang baik. kerana tanda kebenaran dalam menghendaki kelangsungan perkahwinan adalah budi pekerti yang baik itu.” Ia jugak meceritakan tentang seorang sahabat apabila mahu berkahwin tetapi ditolak lalu ia sanggup memujuk kerana bahayanya nafsu syahwat.

MENGAWAL NAFSU SYAHWAT DAN MATA
Keinginan nafsu syahwat merupakan keinginan nafsu yang lebih umum pada manusia ini, dan yang lebih menentang terhadap akal ketika ia bergelojak.
Ini adalah tingkat orang-orang shiddiqin. Nabi Muhammad SAW bersabda maksudnya : “Barangsiapa yang merindukan (cinta), lalu dia menahan nafsunya, menyembunyikan dan meninggalkan dia, maka dia adalah syahid. “
Dan nabi Muhammad bersabda lagi: “ tujuh orang akan mendapatkan naungan Allah dalam naungannya, pada harinya tidak terdapat naungan kecuali hanya naungannya: Pemimpin yang dulu pemuda yang hidup dalam beribadah kepada tuhannya, laki-laki yang saling mengasihi dalam urusan Allah pula, mereka berkumpul kerana Allah dan berpisah kerana Allah pula, laki-laki yang dirayu seorang perempuan yang memiliki kedudukan dan kecantikan tetapi dia lalu berkata: “Sesungguhnya aku takut kepada Allah Tuhan sekalian alam. “ Laki-laki yang bersedekah dengan tersembunyi sehingga tangan kirinya tidak mengetahui apa yang telah diinfakkan oleh tangan kanannya, dan seorang laki-laki yang berzikir kepada Allah Azza wa Jalla dan bercucuranlah kedua matanya.”Dan ia mengisahkan seorang perempuan meminta kepada Allah agar lelaki yang dia cintai berpegang teguh kepada perintah Allah.

BAB 3:
PETUA-PETUA DAN NASIHAT BERHARGA IMAM AL-GHAZALI
Tugas utama dari manusia di atas bumi ini, ialah mengadakan persiapan untuk hari depan, di akhirat kelak.
Sekiranya cinta kepada Allah sampai ke lubuk hati, maka semua cita selainnya akan tersingkir. Jika ia benar-benar mencintai Allah maka mempunya beberapa tanda. Pertama keinginan berjumpa dengannya, bersedia meninggalkannya segal yang disukainya jika bertentangan dengan perintahnya, ia mencintai kitab, rasulullah dan mencitai apa dan siapa yang ada hubungan dengan dia, suka bermunajat, selalu berzikir, taat akan perintahnya dan rela dengan segala senang hati semua sesuatu yang dating daripadanya.
Nasihat belia juga kita hendak beribadah dan menimba ilmu.berfikir untuk ilmu dan ibadah sahaja. Jika kita tidak mahu belajar tentu ia tidak dapat menyakinkan dan menetapkan hokum-hukum ibadah. Kita juga harus banyak bersabar dengan ujiannya.Merendahkan hati kepada Allah SWT dan bersikap lemah lembut dan sopan santun dengan menundukkan kepala.Tidak suka banyak bergurau senda. Kita juga harus teima alas an yang benar jika ia dari pihak lawan dan tidak sesekali segan untuk kembali ke jalannya. Tidak menjadi tukang fitnah. Dan nasihat beliau juga menyuruh kita petua doa yang diamalkan olehnya seperti Doa mohon perlindungan dari gangguan syaitan, Tasbih nabi yunus as, Khasiat doa solat hajat, Kebaikan doa solat istikharah(mohon kebajikan), Doa solat jenazah, Doa masuk kawasan perkuburan, Doa melatakkan jenazah dia dalam kubur, Doa selesai solat Jemaah, Doa masuk tandas, Doa keluar tandas, Doa dibaca sesudah istinjak, Doa ketika berwuduk, Doa ketika membasuh tangan, Doa ketika berkumur, Doa ketika menghisap ait kerongga hidung, Doa ketika mengeluarkan kotoran di dalam hidung, Doa semasa membasuh muka, Doa membasuh kedua tangan, Doa semasa membasuh tangan sebelah kanan, Doa ketika menyapu tangan kiri, Doa ketika membasuh kepala, Doa menyapu telinga, Doa menyapu leher, Doa membasuh kaki, Doa ketika membasuh kaki kanan, Doa ketika membasuh kaki kiri, Doa sesudah berwuduk, Doa ketika berjalan menuju masjid, Doa masuk masjid, Aurad dibaca sesudah solat sunat fajar, Doa selesai solat fardhu, Doa untuk memulakan sesuatu, Dia ketika dalam kesusahan, Tasbih malaikat penjaga laut, Doa sesudah minum, Doa minum susu, Doa berlindung dari digolaknya nafsu syahwat, Doa ketika hendak berjimak, Doa ketika mulai berjimak, Doa ketika keluar air mani, Doa ketika pagi, Membaca selawat nabi SAW pada hari jumaat, Doa-doa yang peting seebagai senjata hidup mukmin, Doa mohon pertolongan, Doa mendapat rezeki, Doa mohon segera membayar hutang, Doa ya lathif 129, Ayat kursi, Doa menolak semua percubaan buruk, Doa minta kemuliaan, Doa minta ilmu manfaat, Doa keluasan rezeki, Apabila anda kesulitan bayar hutang, Doa mengadap orang besar, Apabila engkau gentar kepada orang yang mezalimimu - bacalah doa ini, Doa mohon husnul khotimah, Doa mohon jalan yang lurus, Doa puji syukur atas nikmat agama islam, Doa perlindungan, Doa mohon diampuni dari segala dosa dan diterimanya taubat dan Dosa antara sesame manusia.

KESIMPULAN
Ringkasan bagi buku RAHSIA MENGENAL NAFSU DAN CARA MENGAWALNYA ialah mengenai Kisah hidup IMAM AL-GHAZALI, Keajaiban Nafsu Dan cara cara mengawalnyaseperti,Rahsia mengenal kelaparan dan bahayakekenyangan, Kebaikan kelaparan dan keburukan kenyang, Menyiapkan diri menghadapi kehendak nafsu perut, Makanan dan ibadah, Hukum sembumyikan keinginan makan di hadapan orang, Keinginan Nafsu Farji, Ahli thariqat dan Perkhawinan dan Mengawal Nagus shahwat dan mata. Dan yang terakhir ialah Petua-petua dan nasihat berharga IMAM AL-GHAZALI. Ia juga dapat mendidik kita dari cara mengawal nafsu.dan mengabdikan diri kepada Allah.