Monday, October 22, 2012

99 Selawat Nabi

Disediakan untuk : Ustaz Abd Aziz bin Harjin
Disediakan oleh: Nur Shazwa Rina Bt. Hashimi
No Matrik : 2012426798
Group : C

Pendahuluan
Bismilahirohmanirrahim. Dengan Nama Allah Yang Maha Pengasih Lagi Maha Penyayang. Setinggi Kesyukuran Saya Panjatkan Kepada Illahi Kerana Dengan Izinnya Dapat Saya Siapkan Tugas Ini Dengan sempurna. Nabi Muhammad S.A.W. adalah nabi dan Rasul Allah yang sangat menjadi keutamaan bagi umat Islam. Dengan adanya 99 Selawat kepada junjungan Allah ini, dapatlah kita semua sebagai umat Islam yang ingin mendapat rahmatNya membaca dan memahami maksud di sebalik selawat-selawat ini. Terdapat banyak kelebihan serta khasiat daripada setiap selawat yang dibaca. Oleh itu, penuhilah masa-masa yang terluang dengan membaca selawat untuk Nabi Muhammad S.A.W.
99 SELAWAT NABI MUHAMMAD S.A.W. KELEBIHAN DAN KHASIATNYA
PERGERTIAN SELAWAT
Selawat bermakna jamak dari kalimat solat. Dari segi bahasa, selawat ialah doa, rahmat dari Allah, memberi berkah dan ibadat.
Dalam kitab suci Al-Quran Allah berfirman :

“ Sesungguhnya Allah dan para malaikat-Nya selawat kepada Nabi. Hai orangorang yang beriman berselawatlah kamu kepadanya dan ucaplah salam penghormatan kepadanya.”
(Surah Al-Ahzab : ayat 56)
Selawat kepada Nabi terdiri dari 3 macam tingkatan. Pertama ialah selawat Allah kepada Nabi dan Rasul-Nya kepada Nabi Muhamad s.a.w.. Kedua, selawat para Malaikat kepada para Nabi dan Rasul dan Nabi Muhamad s.a.w.. Ketiga, selawat manusia kepada Nabi Muhamad s.a.w.
Terdapat banyak pendapat mengenai hukum membaca selawat daripada para ulamak. Antaranya, Imam Syafie, wajib ketika tahiyyat awal dan salam. Imam Asy-Sya’bi, wajib ketika kedua-dua tahiyyat awal dan akhir. Abu Jaafar Al-Baqir, wajib sama ada tahiyyat awal atau akhir. Abu Bakar ibnu Al-Baqir, wajib tanpa mengira bilangannya. Abu Bakar Ar-Razi dan Ibnu Hazmin, wajib dalam seumur hidup walaupun hanya sekali. At-Thahawi, wajib apabila seseorang mendengar orang menyebut nama Nabi Muhammad S.A.W.. Az-Zamakhsyari, selawat wajib dibaca pada tiap-tiap sesuatu majlis. Ibnu Jarir At-Thabari, berselawat kepada Nabi adalah suatu pekerjaan yang disukai sahaja. Dan yang terakhir, Ibnu Qashshar, suatu ibadah wajib. Kesimpulannya, membaca selawat ke atas Nabi S.A.W adalah suatu amaliah dan ibadah yang terpuji yang amat disukai Allah dan para malaikat-Nya serta sangat dianjurkan sebagai suatu penghormatan dan memohon rahmat kepada Nabi S.A.W.

Dalil-dalil hadis tentang selawat :

Terj: Berkata Ubai: Wahai Rasulullah, aku sering membawa shalawat untuk baginda, lalu seberapa banyak aku bershalawat untuk baginda? Rasulullah Shallallahu 'alaihi wa salam menjawab: "Terserah." Aku bertanya: Seperempat? Rasulullah Shallallahu 'alahi wa Salam menjawab: "Terserah, jika kau tambahi itu lebih baik bagimu." Aku bertanya: Setengah? Beliau menjawab: ""Terserah, jika kau tambahi itu lebih baik bagimu." Aku bertanya: Dua pertiga?"Terserah, jika kau tambahi itu lebih baik bagimu." Aku berkata: Aku akan menjadikan seluruh doaku untuk baginda. Beliau bersabda: "Kalau begitu, kau dicukupkan dari dukamu dan dosamu diampuni." Berkata Abu Isa: Hadits ini hasan shahih. (HR Termidzi, no. 2381)

Berdasarkan dari hadis-hadis, jelas bahawa membaca selawat kepada Nabi s.a.w adalah suatu dari rangkaian iman dan ibadah yang wajib disempurnakan oleh kaum Muslimin dengan penuh kesungguhan dan keikhlasan. Semoga dengan sentiasa berselawat ke atas Nabi, Allah akan memberi rahmat dan keberkatan dalam kehidupan kaum Muslimin.

Terdapat banyak hadis yang menerangkan mengenai tempat-tempat dan waktu-waktu yang dituntut supaya kaum Muslimin membaca selawat ke atas Nabi s.a.w. Diantaranya ialah pertama, ketika ingin masuk ke dalam Masjid dan keluar darinya. Kedua, sesudah azan. Ketiga, sesudah membaca tahiyyat awal dalam sembahyang. Keempat, di dalam sembahyang jenazah. Kelima, di antara takbir-takbir sembahyang sunat hari raya. Keenam, di permulaan dan akhir doa. Ketujuh, di akhir qunut dalam sembahyang. Kelapan, di malam dan di hari Jumaat. Kesembilan, di dalam khutbah jumaat. Kesepuluh, ketika berziarah di makam atau kubur Nabi Muhammad s.a.w.. Kesebelas, sesudah bertalbiah. Kedua belas, ketika setiap mengadakan majlis atau keramaian. Ketiga belas, ketika berjumpa sahabat handal atau saudara mara sesama Islam. Keempat belas, ketika akan memulakan sesuatu pekerjaan yang baik atau penting. Kelima belas, ketika mendengar orang menyebut nama Nabi Muhammad s.a.w.. Keenam belas, ketika telinga berdengung. Ketujuh belas, ketika mengalami kesusahan dan kebimbangan. Kelapan belas, setiap waktu pagi dan petang.

KEUTAMAAN SELAWAT
Kepentingan selawat
Sepertimana yang diterangkan mengikut dalil-dalil hadis, selawat kepada Nabi Muhammad s.a.w. adalah satu ibadah yang mulia dan amalah yang terpuji. Oleh itu, sangat dianjurkan agar sentiasa membawa selawat kepada Nabi s.a.w. dengan penuh keimanan dan fadhilat yang amat besar. Nabi s.a.w. adalah seorang Nabi dan Rasul Allah yang mempunyai keutamaan, kedudukan dan darjat yang tinggi di sisi Allah dengan memiliki sifat-sifat kemuliaan dan keagungan yang sempurna berbanding dengan para Nabi dan Rasul Allah yang lain.
Firman Allah :

“ Sesungguhnya engkau (Muhammad) mempunyai akhlak yang agung (mulia). ”
( Surah Al-Qalam : ayat 4 )
Selawat juga penting untuk meningkatan iman kaum muslimin bagi melahirkan rasa kasih, pujian, sanjungan dan penghormatan yang tinggi kepada baginda.
Hadis riwayat ahmad, bukhari, muslim, tirmidzi, nasai, dan ibnu majah.
Dengan selawat, dapat mempengaruhi keberkatan dalam hidup manusia yang beriman dengan Allah dan Rasul-Nya.
  
Kelebihan selawat
Antara kelebihan selawat ialah mendapat Syafaat Nabi s.a.w.
Sabda Nabi s.a.w. :
“ Barangsiapa yang berselawat kepadaku pada waktu pagi sepuluh kali dan pada waktu petang sepuluh kali, ia akan memperolehi syafaatku pada hari kiamat. ”
( Hadis Riwayat Thabarani )
Sabda Nabi s.a.w. :
“ Barangsiapa berziarah kekuburku maka baginya wajib menerima syafaatku. ”
(Hadis Riwayat Ibnu Adi dan Al-Baihaqi)
Kelebihan selawat yang seterusnya ialah mendapat perlindungan dan pembelaan dari Nabi s.a.w.
Sabda Nabi s.a.w. :
“ Barangsiapa berselawat kepadaku di sisi kuburku maka aku mendengarnya, barangsiapa berselawat kepadaku dari jauh maka selawat itu diserahkan oleh seorang malaikat yang menyampaikan kepadaku dan ia dicukupi urusan duniadan keakhiratan dan aku sebagai saksi dan pembela baginya. ”
(Hadis Riwayat Al-Baihaqi dan Al-Khatib)
Seterusnya, akan mendapat keampunan dosa dari Allah, mendapat rahmat dari Allah, mendapat hajat dunia dan akhirat, dan digembirakan dengan syurga.

Faedah-faedah selawat
Di dalam kitab Ibnu Farhun Al-Qurthubi dinyatakan membaca selawat kepada Nabi s.a.w. mengandungi sepuluh macam faedah dan mendatangkan kemuliaan, iaitu memperolehi selawat dari Tuhan Penguasa Alam, memperoleh syafaat dari Nabi s.a.w., mendapat pimpinan dari malaikat yang baik-baik, menghapuskan dosa, mendapat pertolongan dan tercapai keperluan hidup, mempunyai pembeza dengan orang munafik dan kafir, memperolehi nur lahir dan batin, mendapat keselamatan dari azab neraka, membolehkan memasuki syurga, dan memperolehi ucap selamat dari Allah.
Menurut ulamak pula, faedahnya ialah memperolehi limpah rahmat dari Allah, ditulis sepuluh kebajikan, dihapuskan sepuluh kesalahan, diangkat sepuluh darjat, memperolohi kesempurnaan iman, menjauhi dari kerugian dan penyesalan, tergolong sebagai orang-orang yang soleh, mendekatkan diri kepada Allah s.a.w., memperolehi sayafaat Nabi s.a.w., memperolehi hubungan yang rapat dengan Nabi s.a.w. dan banyak lagi.
JENIS-JENIS SELAWAT DAN FADHILATNYA
1.Selawat Al-Fatih
Jika dibaca selawat ini 11 kali setiap selepas sembahyang lima waktu, segala dosa-dosa kecilnya diampuni Allah s.w.t. dan tenteram hati dan jiwanya. Jika 21 kali setiap hari Allah akan melapangkan rezeki dan selamat keluarga dari kesusahan serta dijauhkan dari azab neraka. Jika dibaca 100 kali setiap hari, akan memudahkan seseorang untuk mendapat jodoh bagi lelaki atau perempuan.

2. Selawat Thibbul Qulub
Barangsiapa membacanya 3 kali setiap selepas sembahyang lima waktu akan dapat menghilangkan kebuntuan fikiran dan susah hati. Jika dibaca 7 kali pada air dan diminum, insya Allah dapat menyembuhkan sakit perut dan lain-lain.
Maksudnya :
“Ya Allah, berilah rahmat ke atas penghulu kami, nabi Muhammad saw, yang dengan berkat baginda, Engkau menyembuhkan hati, menjadi penawar dan menyehatkan tubuh juga memberi kesembuhan penyakit, serta mengurniakan cahaya penglihatan. Dan karuniakanlah rahmat keberkatan dan kesejahteraan keatas keluarga dan sahabat baginda Nabi saw.”
3. Selawat Munjiyat
Barangsiapa membaca 300 kali semasa pelayaran,akan terselamat dari karam atau tenggelam. Jika dibaca 500 kali detiap hari, akan mendapat rezeki yang banyak dan jika dibaca 1000 kali akan tercapai hajat dunia dan akhirat serta dijauhkan dari penyakit taun.

4. Selawat Mukhatab
Barangsiapa membaca 1000 kali setiap hari, insya Allah akan terhindar dari segala kesusahan dan kesulitan hidup, cerdas akal, terang hati dan tercapai cita-cita hidup.
5. Selawat Nurruzzati
Barangsiapa membaca 3 kali setiap hari selepas smembahyang lima waktu, akan dibukakan pintu rezeki. Menurut Sayyid As-Shawi, jika dibaca 500 kali setiap hari akan terhindarlah dari segala bentuk kesulitan hidup.
6. Selawat Kamaliyah (1)
Barangsiapa membaca sekali selawat ini, maka pahalanya sama dengan membaca 10,000 kali. Jika dibaca 700 kali setiap hari akan dapat menebus diridari azab neraka.

7. Selawat Kamaliyah (2)
Selawat ini adalah wirid dan amalan harian para ahli tarikat. Jika dibaca setiap selepas sembahyang lima waktu, akan mendapat kemuliaan dan penghormatan. Jika dibaca sekali akan mendapat pahala yang besar, menyamai pahala membaca selawat 14,000 kali.
8. Selawat Al-Bihar
Barangsiapa membaca 11 kali setiap hari, akan dihormati, dihargai dan mendapat simpati ramai.
9. Selawat Al-Jauhar Asy-Syaraf
Barangsiapa membaca sebanyak mungkin selawat ini, akan mendapat kemuliaan, dijauhkan segala kesulitan hidup dan mendapat keredhaan Allah.
10. Selawat Aliyul Qadri
Barangsiapa membaca selawat ini pada malam jumaat walaupun hanya sekali, ketika hampir mati ruhnya dicabut seperti dicabut ruh Nabi Muhammad s.a.w. dengan penuh kehormatan. Jika dibaca 10 kali setiap hari semalam dan 100 kali setiap malam jumaat, maka termasuk orang-orang yang mendapat kebahagian dunia dan akhirat. Jika dibaca setiap hari setelah selesai sembahyang lima waktu akan memperolehi kesihatan rohani dan jasmani(zahir dan batin).
11. Selawat An’am
Selawat ini dapat membuka pintu-pintu kebahagian dunia dan akhirat, memberi nikmat kesihatan dalam hidup, mendapat anugerah dan pahala yang besar dari Allah.
12. Selawat Haibah
Jika dibaca 41 kali setiap hari, akan dijauhkan Allah dari bala, sifat kufur dan munafik.
13. Selawat Ibrahimiyah
Barangsiapa membaca selawat ini akan mendapat syafaat dan pertolongan Nabi s.a.w. di hari kiamat. Mendapat pahala yang besar kerana selawat ini tergolong sebagai selawat utama.
14. Selamat Mukafa’ah
Barangsiapa membaca setiap hari, tergolong sebagai orang-orang yang cintakan Nabi Muhammad s.a.w.
15. Selawat Sa’adah
Barangsiapa membaca selawat ini 1000 kali pada malam Jumaat, akan memperolehi kebahagian dunia dan akhirat. Membaca selawat ini walaupun sekali, dapat menyamai pahala 600,000 selawat.
16. Selawat Tausi’ul Arzaq
Barangsiapa membaca 11 kali setiap selepas sembahyang lima waktu, nescaya Allah akan meluaskan rezeki dan baik akhlaknya.
17. Selawat Raufur Rahim
Barangsiapa membaca setiap hari, akan mendapat keampunan dari Allah s.w.t. di samping memperolehi pahala yang besar.
18. Selawat Nariyah/Tafrijiyah
Barangsiapa membaca 11 kali setiap hari setiap selepas sembahyang lima waktu, rezekinya tidak putus-putus dan mendapat kedudukan yang tinggi. Jika membaca 41 kali atau 100 kali Allah akan menghilangkan segala dukacita dan dimudahkan segala urusan kehidupan. Jika dibaca 313 kali setiap hari, nescaya akan terbuka beberapa rahsia ghaib. Jika dibaca 4444 kali, akan tercapai segala cita-cita dan hajat di dunia dan di akhirat.

19. Selawat Nurul Qalbi
Barangsiapa membaca 33 kali setiap hari, dapat menyinarkan hati, tenteram fikiran dan jiwa dan mudah memahami sesuatu ilmu yang dipelajari. Jika membaca 133 kali selawat ini selepas sembahyang hajat, akan mendatangkan rezeki yang banyak dan mencukupi keperluan hidupnya.
20. Selawat Nurul Qiyamah
Barangsiapa membaca setiap hari sebanyak mungkin tanpa hitungan, akan mendapat kemuliaan dan keberkatan serta terbuka pintu keredhaan Allah.
21. Selawat Al-Jauharatul Asrar
Barangsiapa banyak membaca setiap hari, nescaya akan memperoleh darjat yang tinggi, terbuka pintu makrifat dari diri para nabi.
22. Selawat Badriyah
Barangsiapa sentiasa membaca selawat ini setiap hari akan mendapat ketenangan, menghilangkan kesusahan dan kesempitan hidup. Mendapat keluasan rezeki, keberkatan dan selamat dari bahaya dan bencana. Dapat menyelamatkan diri dari bahaya musuh dan memperoleh keampunan dari Allah.
23. Selawat Wasilah
Dibaca setiap hari akan menperolehi keselamatan dan pertolongan Allah dengan wasilah atau perantaraan Nabi Muhammad s.a.w.
24. Selawat Ulul Azmi
Baca 3 kali mendapat pahala yang besar iaitu menyamai pahala membaca kitab Dalailul khairat.
25. Selawat As-Siqafiyah
Baca setiap hari akan tergolong sebagai calun husnul khatimah dan memperolehi syafaat dari Nabi Muhammad s.a.w.
26. Selawat Jibril (1)
Baca akan memperolehi penyaksian dan syafaat dari Nabi s.a.w. di hari kiamat.
27. Selawat Jibril (2)
Baca akan mendapat keutamaan yang besar dari Nabi dan juga syafaat.

28. Selawat Saidina Ali k.r.w.
Apabila membaca selawat ini, maka telah melahirkan penghormatan dam memohon rahmat dari Rasulullah s.a.w.
29. Selawat Ibnu Abbas r.a.
Baca 10 kali pada malam Jumaat atau siangnya, Allah akan mencatat baginya 1,000,000 kebajikan dan menghapuskan 1,000,000 keburukan dan mengangkat 1,000,000 darjat dan memperolehi rahmat dari doa Nabi Ibrahim Khalilullah pada hari kiamat. Baca sentiasa akan dapat menyinarkan hati dan mudah memahami sesuatu yang dipelajari serta mencerdaskan fikiran.
30. Selawat Imam Shafi’i (1)
Mendatangkan keampunan dan kerahmatan dari Allah.
31. Selawat Imam Shafi’i (2)
Mempunyai kedudukan yang tinggi, mendatangkan keutamaan dan mendapat keampunan Allah.
32. Selawat Abul Hasan Al-Karakhi
Menpunyai kelebihan yang tertentu, memperolehi keutamaan dan syafaat Nabi s.a.w.
33. Selawat Saayid Muhammad Al-Hanafi
Mengandungi pelbagai rahsia, apabila membacanya, akan mendatangkan perkara luar biasa dan ajaib.
34. Selawat Saayid Ibrahim Al-Mathubi
Mendatangkan pelbagai rahsia dan keajaiban serta mengampunkan dosa.
35. Selawat Sayyid Nuruddin Asy-Syauni
Mendapat petunjuk daripada Allah, melapangkan hati dan mendapat keampunan Allah.
36.Selawat Sayyid Ibrahim Ad-Dasuki
Memperolehi keutamaan yang besar, menghilangkan segala keresahan dan sifat kelobaan seta dimurahkan rezeki.
37. Selawat Syeikh Fakharudin Ar-Razi
Mendatangakan keberkahan dan menambahkan pahala kebajikan yang besar.

38. Selawat Syahid Abdul Salim Al-Masyisy
Baca 3 kali setiap kali sembahyang maghrib, isyak, dan subuh, akan lapang hati dan fikiran, dimudahkan segala urusan hidup, dijauhkan dari penyakit dan selamat dari bala bencana.
39. Selawat Imam An-Nabawi
Menzahirkan penghormatan dan salam ke atas Nabi s.a.w. dengan jalan bertawassul.
40. Selawat Ahmad Khujandi
Baca setiap hari, memperolehi balasan pahala 10,000 selawat.
41. Selawat Hamid Afandi Al-Amadi
Baca setiap hari, dapat hilangkan keresahan. Baca 1000 kali akan terhindar dari ancaman musuh. Baca 300 kali, peroleh jalan keluar dari segala kesulitan dan bahaya.
42. Selawat Sayyid Abdul Ghina An-Nabulasi
Mendatangkan keberkahan dan pahalayang besar.
43. Selawat Syeikh Muhammad Al-Badiri
Peroleh keberuntungan yang besar di dunia dan akhirat dan mendapat darjat yang tinggi.
44. Selawat Syeikh Mustafa Al-Hindi
Mendapat berbagai ilmu pengetahuan, akan mendekatkan diri dengan Allah dan dapat berhubung dengan Rasulullah s.a.w. Jika baca 1000 kali setiap hari, akan diizinkan Allah dapat bermimpi berjumpa dengan Rasulullah s.a.w. dan memperolehi rahsia-rahsia yang menakjubkan.
45. Selawat Sayyid Ahmad Idris (1)
Mempunyai keutamaan yang besar, mendatangkan keberkahan dan keampunan Allah. Sesungguhnya wirid, zikir, selawat dan istighfar ini adalah kunci-kunci langit dan bumi dan mendatangkan pahala yang amat besar.
46. Selawat Sayyid Ahmad Idris (2)
Baca setiap hari, dapat membersihkan hati dan jiwa, memudahkan sesuatu urusan dan mendapat keampunan Allah.
47. Selawat Sayyid Ahmad Idris (3)
Mendatangkan keberkahan, kemuliaan dan pembentukana akhlak yang baik.

48. Selawat Sayyid Ahmad Idris (4)
Bermanfaat untuk mendatangkan petunjuk dan hidayah Allah dan memperolehi keberkahan.
49. Selawat Sayyid Ahmad Al-Badawi (1)
Mendapat cahaya batin dan terbuka beberapa rahsia yang ghaib. Mendatangkan keberkahan dan memudahkan mendapat rezeki zahir dan batin, mengalahkan godaan hawa nafsu dan selamat dari bahaya musuh.
50. Selawat Sayyid Ahmad Al-Badawi (2)
Baca 40 kali dan 100 kali setiap hari, akan tercapai hajat dan cita-citanya. Dijauhkan oleh Allah segala bencana musuh dan memperolehi nur atau cahaya dalam jiwanya.
51. Selawat Syeikh Abdul Qadir Al-Jailani (1)
Mendatangkan keutamaan yang besar, keberkahan dan dijauhkan dari segala kesulitan.
52. Selawat Syeikh Abdul Qadir Al-Jailani (2)
Mendatangkan pahala yang amat besar, memperolehi kemuliaan dan keberkahan. Bermula selawat ini adalah dengan 70,000 selawat.
53. Selawat Syeikh Abdul Qadir Al-Jailani (3)
Membaca selawat ini 10 kali waktu pagi dan petang, akan memperolehi keredhaan Allah dan selamat dari murka-Nya, memperolehi rahmat yang berterusan, terpelihara dari kejahatan dan dimudahkan segala urusan.
54. Selawat Syeikh Abdul Kadir Al-Jailani (4)
Baca secara rutin, akan terpelihara hatinya dari tipudaya dan gangguan syaitan.
55. Selawat Sayyid Muhyiddin Ibnu’ Arabi
Memperolehi berkat dan terbuka rahsia ghaib serta dapat menyingkap perkara-perkara yang menakjubkan.
56. Selawat Sayyid Abdullah Al-’Alami
Baca banyak kali setiap hari akan mencapai segala maksud atau hajat yang diinginkan.
57. Selawat mendapat Syafaat nabi s.a.w. (1)
Menurut Imam Sya’rani, Nabi s.a.w. bersabda: “ Barangsiapa membaca selawat ini, maka ia wajib mendapat syafaatku”.
58. Selawat mendapat Syafaat Nabi s.a.w. (2)
Dari Ruwaifa’ bin Thabit Al-Ansari r.a., Nabi s.a.w. bersabda: “ Barangsiapa membaca selawat ini, maka ia wajib mendapat syafaatku”.
59. Selawat mendapat Syafaat Nabi s.a.w. (3)
Baca 7 kali Jumaat dan setiap Jumaat di baca 7 kali wajib mendapat Nabi s.a.w.
60. Selawat mendapat Syafaat Nabi s.a.w. (4)
Baca selawat ini memperolehi syafaat Nabi s.a.w. di akhirat.
61. Selawat berjumpa dengan Nabi s.a.w.
Baca setiap hari semalam 70 kali bagi membolehkan berjumpa Nabi s.a.w. dalam tidur dengan izin Allah. Menurut ulamak lain, hendaklah sembahyang hajat dua rakaat, setelah salam, baca istigfar 33 kali kemudian membaca selawat ini 44 kali, insya Allah berhasil.
Terdapat 13 selawat Nabi Muhammad s.a.w. yang utama. Antara fadhilatnya ialah disebabkan selawat-selawat ini adalah kebanyakanny utama, pahalanya berlipat ganda dan digalakkan membaca selawat ini lebih daripada selawat lain.
Terdapat 3 selawat pengampunan dosa. Antara fadhilatnya ialah segala dosa diampunkan dan dimudahkan membayar hutang.
78. Selawat memudahkan Hafaz Al-Quran
Bagi sesiapa yang ingin memudahkan serta memahami dan mengamalkan ilmu-ilmu yang terkandung dalam Al-Quran, perbanyakkanlah membaca selawat.
Terdapat 3 selawat yang dapat mententeramkan jiwa. Antara fadhilatnya ialah apabila membaca selawat-selawat ini, nescaya akan dapat menenangkan jiwa dan minda.
82. Selawat Pembuka Pintu Rahmat
Lazim membaca selawat ini, akan terbuka pintu rahmat dalam hati dan jiwanya.
83. Selawat Pemurah Rezeki
Baca setiap hari akan memperolehi rezeki yang banyak.
84. Selawat menolak Penyakit Taun dan Wabak
Baca selawat ini, nescaya terselamat dari terkena taun dan wabak penyakit lainnya.

85. Selawat Agar Dapat menunaikan Haji
Baca 1000 kali selepas sembahyang hajat, akan dimudahkan untuk menunaikan haji.
Terdapat 2 selawat menghilangkan Dukacita dan Kesusahan. Antara fadhilatnya ialah dapat menghilangkan segala keresahan di dalam hati.
Baca selawat ini, akan dapat menghilangkan kesusahan dan dukacita, dijauhkan bala dan ditunaikan hajatnya.
88. Selawat membolehkan Meneguk Air Kolam Nabi s.a.w.
Sesiapa yang ingin meneguk air kolam Nabi s.a.w. (Kolam Al-Kausar), maka hendaklah membaca selawat ini.
Terdapat 3 selawat tercapai Cita-cita. Antara fadhilatnya ialah segala impian akan tercapai.
Terdapat 2 selawat mendatangkan Kebaikan Besar. Antara fadhilatnya ialah mendapat pahala yang besar.
94. Selawat Mohon Husnul Khatimah
Baca 10 kali selepas sembahyang maghrib, akan mati berkesudahan baik dengan iman.
Terdapat 3 selawat tercapai hajat. Antara fadhilatnya ialah baca 1000 kali nescaya termakbul hajat. Akan tercapai hajat yang besar dan memudahkan membayar hutang.
98. Selawat Agar Selamat Dari Seksa Kubur
Baca selawat ini, nescaya akan selamat dari azab kubur dan dirahmati Allah.
99. Selawat Agar Dapat menziarahi Rasulullah s.a.w.
Akan dimudahkan berziarah ke makam Rasulullah s.a.w.
100. Nama-nama Nabi Muhammad s.a.w.
Nabi Muhammad s.a.w. adalah semulia-mulia hamba Allah, sentiasa mendapat pujian, sanjungan dan hidayah Allah.

PENUTUP
Konklusinya, 99 selawat Nabi s.a.w. dapat membantu setiap muslim yang dalam kesusahan. Jadikanlah membaca selawat Nabi s.a.w. ini sebagai rutin harian supaya di akhirat kelak kita akan mendapat rahmat daripadanya.

No comments:

Post a Comment