Sunday, October 21, 2012

Travelog Hidayah

DISEDIAKAN UNTUK: USTAZ ABD AZIZ BIN HARJIN

DISEDIAKAN OLEH: BADARIAH BINTI OMAR (2011794343)
BMD2Ac

TARIKH : 11/09/2012

PENGHARGAAN
Syukur alhamdulillah kepada Allah S. W. T kerana saya dapat menyiapkan tugasan yang diberikan oleh pensyarah CTU 151 iaitu Ustaz Abdul Aziz bin Harjin dan tidak lupa juga kepada buku yang saya telah gunakan untuk menyiapkan kerja saya iaitu buku Travelog Hidayah. Saya juga ingin mengucapkan ribuan terima kasih kepada ibu bapa dan rakan-rakan yang telah membantu saya selama dalam menyiapkan kerja yang telah di amanahkan.

BISMILLAHHIRAHMARNIRRAHIM
    Penghijrahan Seorang Mualaf Menyingkap Keindahan Islam :-
Hidayah tidak akan datang dengan sendirinya kepada kita, itu kata-kata yang diucapkan oleh Ustaz Muhammad Rashidi Abdullah kerana beliau telah melalui beberapa halangan yang tidak dapat diduga untuk beliau mendapatkan hidayah Allah yang selama ini dicari oleh beliau. Beliau berasa bersyukur kerana Allah telah memberikan hidayah kepada beliau. (Surah al-Maidah, ayat 3) Allah menyatakan: ‘Pada hari ini sudah kami sempurnakan agama bagi kamu, dan sudah agama cukupkan nikmat kami bagi kamu dan aku redha bagi kamu dan aku redha islam itu menjadi agama bagi kamu. Alhamdulillah betapa besar dan luasnya nikmat yang Allah telah berikan kepada beliau. (Surah an-Nahl ayat 18) Allah menegaskan: Dan jika kamu menghitung nikmat Allah, nescaya kamu tidak akan dapat menghitungkannya. Beliau menyatakan Islam adalah agama yang sempurna untuk semua umat manusia kerana nikmat Allah sudah cukup dan lengkap dengan tanpa sedikit kekurangan. Oleh itu, kita perlu sedar Allah telah menciptakan dan menghidupkan kita dalam keadaan yang sempurna dan lengkap.

KEHIDUPAN DI ALAM JAHILIAH
 Kehidupan di alam jahiliah mengimbau kembali masa lalu yang penuh dengan kegelapan, hidup yang tiada arah tuju dan hanya mengikut hayunan langkah hasil pujukan dan desakan hawa nafsu. Tidak ada istilah menang ketika bertarung dengan keinginan hawa nafsu sentiasa tewas lantaran tiadanya kekuatan. Puas dicari namun tetap tidak ditemui begitu sukar untuk menempuh jalan bagi insan yang mengharapkan sesuatu keajaiban.
    Ungkapan ‘hidup semata-mata mahu hidup’, oleh Syeikh Idris al-Marbawi, merupakan ungkapan yang amat tepat.
    Muhammad Rashidi abdullah menyatakan tatkala merenungi kembali perjalanan hidup, beliau sentiasa tewas oleh desakan hawa nafsu. Ini menyebabkan beliau tidak pernah memikirkan tentang soal dosa mahupun pahala, jauh sekali soal azab atau nikmat, apatah lagi syurga dan neraka. Beliau mengetahui di sana adanya pembalasan setiap perbuatan sama ada baik atau jahat. Mengikut dalam ajaran beliau iaitu Katolik telah diajar tentang dosa dan pahala, azab dan nikmat serta syurga dan neraka menyebabkan sukar disedari dan dirasai dalam kehidupan seharian. Beliau merasai kemanisan selepas memeluk islam kerana banyak yang dipelajari selepas memandang dan memperhalusi secara mendalam melalui ilmu islam yang dipelajari dan diyakini. Beliau juga menyatakan kegelapan jahiliah mengajar beliau mengenal cahaya allah.
    Jangan ditangisi masa lalu kerana boleh mematikan keinginan dan membinasakan masa depan. Biarkan kisah itu ditutup buat selama-lamanya.
    Masa hadapan adalah kepastian kerana kebahagiaan hakiki yang kita impikan berada di hadapan, oleh itu lebih baik kita melihat perjalanan dan nasib di alam seterusnya iaitu alam barzakh, alam mahsyar dan alam akhirat kerana kita sudah melalui dua alam iaitu alam roh dan kandungan. Setiap perkara yang kita hadapi dengan sabar dan reda Allah akan menyediakan kesudahan dengan baik.

ISLAM, SELAMATKAH KITA
 Islam berasal daripada as-salam iaitu selamat atau sejahtera. Ini bermakna orang islam menganut agama yang selamat.
    Muhammad Rashidi Abdullah menyatakan selepas memeluk islam beliau akui dan yakini islam mengajar dan mendidik umatnya sekecil-kecil sehingga sebesar-besar perkara iaitu bermula daripada membasuh kedua tangan apabila bangun dari tidur, sehingga kepada persiapan bagi menghadapi mati.
    Salah siapa: Muhammad Rashidi Abdullah menyatakan Negara Palestine terdapatnya Baitulmaqdis di sana adanya Masjidil al-Aqsa yang pernah merakamkan perjalanan persinggahan Nabi Muhammad ketika perjalanan Isra dan Mikraj, nabi telah mengimamkan solat pada malam tersebut, subhanallah betapa hebatnya bumi Palestine. Puluhan tahun bumi Palestine diceroboh, rakyatnya ditndas dan dizalimi.
    Kesilapan penilaian: Muhammad Rashidi Abdullah melihat isu ini sebagai suatu konflik atau krisis yang amat parah dalam islam iaitu krisis kekuatan. Menurut Prof. Syeikh dr. Yusof Qardhawi ‘Negara Islam, negara yang diperintah oleh kaum muslimin dan dilaksanakan dalamnya undang-undang malaysia’.
     menyatakan antara perkara pelik yang beliau temui selepas memeluk islam adalah, pemimpin-pemimpin sering megugkit betapa banyaknya masjid yang dibina, banyak kos untuk membina rumah-rumah Allah dan ada yang secara terang-terangan bangga dengan keunikan seni bina dan keluasannya, namun mereka terlupa tentang penilaian di sisi Allah. Nabi berkata: ‘tidak akan berlaku hari kiamat sehingga manusia (umat islam) bermegah-megah (dengan binaan) masjid’.
    Islam tanpa kekuatan: Muhammad Rashidi Abdullah tertanya-tanya kepada diri beliau ke mana menghilangnya kekuatan atau kekuatan itu memang ada, namun tidak dimanfaatkan. Beliau percaya kekuatan dalam islam tidak akan hilang iaitu kekuatan akal, kekuatan spiritual, kekuatan tenaga, kekuatan amalan, kekuatan ekonomi.

BICARA TENTANG HIJRAH
Hijrah dari segi bahasa ialah keluar dari satu negeri ke negeri yang lain atau perpindahan dari satu tempat ke satu tempat. hijrah berasal daripada perkataan kata dasar iaitu ‘hajara’ bermaksud menjauhi, meninggalkan atau berpisah.
•    Dalam sejarah islam, hijrah merujuk kepada perpindahan rasulullah dari Makkah al-MJukarramah ke Madinah al- Munawarrah. peristiwa tersebut memberi impak yang amat besar untuk islam iaitu di sisi kedudukan dan penyebarannya.
•    Muhammad Rashidi Abdullah menyatakan penghijrahan ini membenarkan Allah dan Rasul membuktikan, beliau berhijrah atas dasar keimanan iaitu melalui hidayah yang Allah kurniakan. Penghijrahan itu memperlihatkan beliau, masa hadapan yang bakal dilalui sama ada rela atau paksa.

1.    HILANGNYA JATI DIRI
    Muhammad Rashidi Abdullah menceritakan tentang umat Islam yang setiap tahun menyambut kedatangan maal hijrah iaitu setiap individu muslim berazam berhijrah itu dan ini tetapi tidak mengetahui apa itu hijrah. Kita selalu mendengar tentang hijrah dari pelbagai media massa mengenai temu ramah dengan pelbagai lapisan masyarakat berkenaan hijrah, tetapi kalangan artis lebih diutamakan daripada para ulama walaupun dalam peristiwa bersejarah Islam dan bulan Ramadhan.

2.    MENGAPA SUKAR BERHIJRAH
    Setiap umat Islam di suruh untuk berhijrah kerana hijrah adalah suatu tuntutan yang amat besar di sisi Islam, Allah sendiri memerintahkan Rasulullah berhijrah untuk mendirikan negara Islam yang pertama.
    Muhammad Rashidi Abdullah menceritakan tentang peristiwa beliau sebelum memeluk Islam, beliau baru menyedari terasa besar dan nikmatnya perjuangan dalam perhijrahan yang dilalui iaitu sebelum keislaman beliau mempunyai kehidupan yang serba lengkap, tetapi akhirnya beliau tinggalkan juga dunia sebelum beliau belum memeluk Islam.
    Muhammad Rashidi Abdullah menyatakan keinginan beliau yang kuat bagi berhijrah kerana hijrah bukan sahaja membabitkan soal kehidupan semata-mata, tetapi juga soal pegangan agama kerana pegangan agama antara sumber kepada kekuatan hijrah.
Nabi berkata: ‘setiap orang yang telah mendapat pentunjuk, kemudian menjadi sesat dikeranakan suka berbentah-bantah, kerana yang dituju para mujahadah (pejuang) itu kemenangan dan bukannya kebenaran’.
3.    ZON MENCABAR
    Muhammad Rashidi Abdullah menyatakan zon mencabar merupakan penghalang yang paling besar dalam hijrah kerana jika tidak mampu meninggalkan zon selesa kita tdak mampu menghadapi zon mencabar.
Nabi berkata: ‘Ingatlah, jalan ke syurga itu penuh dengan rintangan, sedangkan jalan ke neraka itu mudah dan rata (dengan sesuatu yang menyenangkan)’.
    Muhammad Rashidi Abdullah menceritakan tentang pengalaman beliau menyampaikan kuliah-kuliah agama di masjid dan surau dan diminta menyampaikan kuliah di surau-surau yang tidak hidup. Ternyata Allah menguji beliau dengan kehidupan selepas Islam.
4.    MEREKA SUDAH TEWAS
    Muhammad Rashidi Abdullah menceritakan kebanyakkan sahabat-sahabat pendakwah sudah tewas kononnya sudah bebas daripada zon mencabar.
5.    HIJRAH MEMERLUKAN PENGORBANAN
    Hijrah amat memerlukan pengorbanan bagi menuntut keredaan Allah yang tidak ternilai harganya, kita dapat lihat tentang kisah betapa Saidina Abu Bakar sanggup menemani Rasulullah, sedangkan beliau tahu perjalanan itu melibatkan pertaruhan nyawa.
6.    STRATEGI TANDA ANDA BIJAK
    Mujahadah tanpa strategi, sukar memperolehi kemenangan. Dalam pembelajaran kita perlukan kaedah ‘smart study not just study hard’. Penulis menyatakan sebelum memulakan perjalanan beliau merancang strategi untuk berulag alik dari Kuala Terengganu ke Kuala Lumpur bagi memenuhi jemputan umrah.

BAGAIMANA MEMULAKAN HIJRAH?
A.    TETAPKAN SASARAN
o    Kita jangan terlalu mendesak dalam keadaan kita yang baru mahu memulakan hijrah. Ambil kesempatan yang seluas-luas ruang dan waktu yang ada bagi muhasabahkan diri iaitu cari punca dahulu, kemudian cara atasinya. penulis mengandaikan mereka terikut-ikut fesyen terkini y ang ditonjol oleh para artis dan pelakon.
B.    BIJAK MEMILIH RAKAN
o    Dampingi orang-orang yang mampu mendorong kita bagi berhijrah, dari kalangan orang-orang alim dan soleh dan jadikan sebagai role-model yang paling hampir dengan kita. Penulis tidak pernah bercita-cita untuk menjadi penceramah bebas dan motivasi, tetapi disebabkan hasil perkenalan dan persahabatanyan terjalin beliau mampu meletakkan diri bersama mereka.
C.    JADILAH TETAMU SANG PENCIPTA
o    Rumah Allah senantiasa menanti dan menyambut kedatangan para tetamunya, tidak pernah jemu, pada setiap waktu, lama atau seketika merupakan tetamu yang amat beruntung.
D.    JANGAN TERPEDAYA
o    Manusia berasa bangga dengan jemputan daripada orang-orang besar, tetapi perasaan teruja menyebabkan kita buta dari melihat Allah, Allah itu maha besar. Mengapa tidak kita membesarkan syiar allah. Allahu akhbar!
E.    HADIRKAN DIRIMU DI TAMAN SYURGA
o    Biasakan dirimu di majlis-majlis ilmu. umpama berada di taman-taman syurga iaitu taman yang tidak mampu digambarkan dengan akal fikiran namun terasa keindahannya semasa mendengar ayat-ayat Allah dan hadis-hadis nabi yang dibacakan.


HIDAYAH SUMBER KEKUATAN HIJRAH
A.    MUNAJAT SEORANG HAMBA
•    Muhammad Rashidi Abdullah menceritakan cara beliau yang tidak pernah meninggalkan iaitu munajat dari memeluk Islam hingga ke saat ini. Rahsia munajat kepada Tuhan sekalian alam ialah dada yang sempit menjadi lapang, perasaan yang terhimpit menjadi terbuka luas.
B.    TIKA HATI BERBICARA
•    Imam al-Ghazali berkata, hati manusia ini terbahagi kepada 3 jenis:
i.    Hati yang sentiasa mendorong melakukan kebaikan.
ii.    Hati yang sentiasa mendorong melakukan kejahatan.
iii.    Hati yang berbolak balik. Tekadang mendorong melakukan kebaikan atau kejahatan.
C.    MANIS RASA TETAPI PAHIT TERSEMBUNYI
•    Muhammad Rashidi Abdullah menceritakan tentang kesusahan beliau ketika dalam perjalanan dakwah yang dilalui iaitu masalah kewangan. Beliau menyatakan setiap rezeki itu ada pasang surutnya. Allah menyatakan: ‘Adapun orang yang memberikan apa yang ada padanya (suka bersedekah) ke jalan kebaikan dan bertakwa, serta dia mengakui dengan yakin perkara yang baik (al-husna), maka sesungguhnya kami memberikan dia kemudahan bagi mendapat kesenangan (al-yusra)’.
BESARNYA KUASA HIDAYAH
A.    KEHINAAN BAGI ORANGYANG JAUH DARI HIDAYAH ALLAH
    Ulama mentafsirkan ayat inii dengan mengatakan: ‘Sesungguhnya hati, mata dan telinga itu sepatuttnya digunakan bagi menarik hidayah dari Allah. Maka andai mereka tidak mampu jua menarik hidayah (tidak memmpergunakannnya), sungguhlah mereka itu dari kalangan orang yang tiada bezanya dengan binatang ternak dan orang yang rugi’.
B.    MATA MEMANDANG HATI MERASA
    Nikmat dua anak mata kepala yang Allah anugerahkan terlalu beesar nilainya andai disedari. Mungkin saja agak sukar bagi kita merasainya, kerana kita tidak dilahirkan buta. Si buta pasti amat merasai betapa bersyukurnya andai matanya diizinkan Allah bagi melihat. Sudah tentu tiada yang terlebih indah bagi dirinya di saat itu.
    Nabi muhammad pernah mengingatkan para sahabat dengan katannya: ‘Andaikan sebelah dari anak mata diletakkan di timbangan mizan, di sebelahnya pula sekalian dari amal soleh yang dilaksanakan di sepanjang hidupnya (pahala), nescaya lebih beratlah timbangan anakk mata itu’.
C.    ANTARA DUA MATA
    Akal fikiran yang sepatutnya digunakan bagi mentafsirkan pandangan mata. Pandangann mata hannya melihat apa yang tersurat, akal fikiran memikiran dan menyingkap di sebalik yanng tersurat di sebalik yang tersurat. Selepas tersingkap, mata hati menyedari dan merasaiya. Hebatnyaakal yang allah kurniakan bagi menjadikan manusia sebaik-baik kejadian.

D.    TELINGA MENDENGAR HATI MERASA
    Allah menyatakan: ‘Dan Allah mengeluarkan kamu dari perut ibu kamu dalam keadaan tidak mengetahui apa-apa pun, lalu Allah menjadikan bagimu pendengaran, penglihatan dan hati agar kamu bersyukur.
    Hati kecil mengakui, Allah tidak pernah jemu mendengar rintihan hati hamba-hamba –Nya. Di mana pun bila dan dalam apa jua keadaannya, Allah sentiasa mendengar. Bukankah Allah itu Maha Mendengar.

MENUJU PUNCAK IMPIAN
A.    VISI DAN MISI
    Visi hidup
i.    Memberi sumbangan dalam penyebaran syiar Islam.
ii.    Memberi manfaat kepada orang lain.
    Misi hidup
i.    Mengabdikan diri kepada Allah.
ii.    Menunaikan amanah sebagai khalifah (wakil Allah) demi memakmurkan bumi.
    Kata Saidina Umar al-Khattab, ‘Ingatlah kita dimuliakan kerana Islam. maka sekiranya kita mencari kemuliaan selain dari Islam, nescaya Allah akan menghina kita’.
B.    ALLAH ITU MAHA BIJAKSANA
    Seorang individu muslim percaya segala kejadian Allah itu Maha Hebat, perjalanan hidup di atas muka bumi Allah ini hakikatnya hanya sementara.
    Allah menegaskan: ‘ Sesungguhnnya Allah tidak merubah keadaan sesuatu kaum sehingga mereka merubah keadaan yang ada pada diri mereka sendiri.
    Allah itu maha bijaksana, buktinya Allah mengajarkan kepada manusia setiap ciptaan yang dihasilkan dengan ada tujuannya.
C.    JANGAN LUPA HABUANMU DI DUNIA
    Jika kita mencari kesenangan jangan biarkan kesenangan itu membawa kita jauh daripada Allah dan kesenangan itu diperoleh dengan cara yang halal.
D.    KESENANGAN VS KETENANGAN
    Seseorang individu muslim sanggup berusaha mencari kesenangan semata-mata mahu memenuhi kehidupanyang singkat. Orang yang sentiasa menuruti keinginan nafsunya sehingga melanggar dan melupakan keinginan-Nya, Allah sekali-kali tidak akan mencampakkan ketenangan dalam hatinya, walaupun seketika.
E.    DUNIA BAGI AKHIRAT
    Muhammad Rashidi Abdullah menyatakan sebelum memeluk Islam, beliau tidak pernah memikirkan tentang dunia akhirat. Al-Imam al-Ghazali mengumpamakan kehidupan di atas muka bumi ini seperti pelayar yang berada dalam satu pelayaran kerana destinasi yang mahu dituju kelihatan begitu jauh bagi pandangan manusia.
    Al-Iman Hassan al-Basri berkata, ‘Barangsiapa yang melebihkan dunia dari akhirat, maka Allah akan menyeksanya dengan enam seksaan. Tiga seksaan dunia dan tiga seksaan akhirat’.



KRISIS KEYAKINAN
BAGAIMANA MEMBINA KEYAKINAN DIRI
•    Keyakinan yang lahir dalam setiap individu muslim berkait rapat dengan keyakinan kepada Allah, sesiapa yang lebih kuat keyakinan kepada Allah, nescaya akan kuat keyakinan yang terbina dalam dirinya.
A.    ISLAM SYARIAT TERBAIK
    Muhammad Rashidi Abdullah menceritakan tentang pengalamannya sebelum Islam iaitu bekas makanan yang digunakan bagi memasak atau menghidangkan apa jua jenis masakan daging khinzir, yang beliau temui adalah baunya tidak hilang walaupun bekas tersebut dicuci dengan apa jua serbuk pencuci menyebabkan beliau tidak selesa dengan bau tersebut. Selepas memeluk islam, beliau pernah balik ke kampung halaman mahu mencuci dan menyamak bekas yang digunakan bagi memasak di rumah keluarganya. Subhanallah, selepas samak bau tersebut hilang.
B.    RASULULLAH SEBAGAI MODEL TERBAIK
    Muhammad Rashidi Abdullah menyatakan Allah menciptakan jalan yang perlu dilalui oleh manusia, maka Allah juga mengutuskan seorang manusia pilihan-Nya bagi menjadi contoh ikutan, membuktikan Allah itu Maha Berkuasa.
C.    MENYAKINI JANJI ALLAH
    Allah mengajar kepada manusia tentang perjanjian sebagai ujian bagi melihat hamba-Nya yang benar-benar berpegang kepada janji. Allah sekali-kali tidak akan memungkiri janji, Allah amat mengasihi kalangan hamba-Nya yang berpegang teguh dan menunaikan janji.
D.    AL-QURAN PANDUAN TERBAIK
    Allah menyatakan: ‘Sesungguhnya al-quran ini memberi petunjuk yang lurus’.
    Petunjuk bagi orang yang bertakwa, iman tanpa takwa tidak memadai kerana takwa sahaja yang mampu menjaga dan memelihara iman.

No comments:

Post a Comment