Sunday, October 21, 2012

Nasihat Ramadhan Daripada Orang Soleh

DISEDIAKAN OLEH NAMA : MOHD TAUFIK BIN ABD KADIR
NO. MATRIK : 2011972449
GROUP : BMD2Ac DISEDIAKAN UNTUK : EN. ABD AZIZ B. HARJIN

PENGENALAN
Ramadan ialah nikmat yang sering kali tidak habis dibicarakan. Telinga para da`ie tidak penah penat mengulasnya manakala telinga para perindu syurga tidak pernah bosan menyemaknya. Lantaran itu, para ulama tidak pernah kering menulis dan menyelidiknya. Bulan puasa hanya datang hanya setahun sekali sahaja. Bilan puasa ialah bulan yang amat mulia disisi agama Islam. Bulan Ramadan dikatakan sangat mulia kerana pada bulan ini semua syaitan telah dikurung atau diikat oleh Allah SWT. Maka dengan itu, umat Islam dapat melaksanakan ibadah puasa pada bulan Ramadan dengan sempurna. Sehubungan itu, hanya nafsu yang akan menggantikan tempat syaitan intuk merasuk umat islam supaya melanggar perintah Allah SWT. Oleh itu, terdapat banyak nasihat Ramadan daripada orang-orang soleh.

NASIHAT RAMADHAN DARIPADA ORANG – ORANG SOLEH.
Ramadhan Rasak Kesucian.
Waktu yang berlalu terasa singkatnya, pergi terasa cepatnya. Saat berganti saat. Bulan demi bulan dating dan berlalu. Akhirnya Ramadhan tiba. Dan kita masih separti ini.
 Waktu yang datangnya tanpa nokhtah bahkan tidak pernah ada perhentian yang disegani, lantaran waktu itu adalah sebuah perjalanan tanpa perhentian. Lantas dating dan pergi waktu itu tanpa dirasa andai setiap detik itu tiada terisi dengan sesuatu yang bermakna. Sayugia, waktu pada dasarnya hanyalah detik – detik. Kitalah yang sewajarnya mangisi setiap detik itu dengan sesustu, kerana sesuatu itulah jua yang bakal memberi erti terhadap waktu kita. Apa yang kita lakukan, setiap amal yang kita lakukan, semua itu akan memberi makna pada waktu. Apabila kita berbuat baik, maka itu akan mempunyai nilai baik. Begitu juga sebaliknya. Maka waktu yang dibiarkan kosong, tidak diisi dengan amalan soleh, akan menipu dan memperdaya individu. Seperti sabda Rasulullah SAW,
 “Dua nikmat yang banyak manusia tertipu dan rugi, iaitu kesihatan dan waktu lapang.” Hadis Riwayat Bukhairi.
 Ketika Allah menjelaskan manusia semua dalam keadaan rugi, Dia memulakannya dengan bersumpah atas nama waktu. “Demi masa.” Maka tanpa mengisinya dengan iman, amal soleh, serta nasihat – menasihati dengan kebenaran dan kesabaran, waktu hanya akan menjadi jerat yang memerangkap manusia dengan ulikan lalai sehingga merugikan diri sendiri. Jesteru, dalam hal ini dua perkara yang harus sentiasa kita sedari; waktu dan pengasian terhadap waktu itu. Dan kedua - dua perkara tersebutlah yang bakal mewarnai dan merona corak hidup kita semasa hayat di dinia ini. Pada setiap detik-detik yang mencipta waktu itu, kita bina pelbagai harapan, cita-cita, perbuatan, ibadah, amal, usaha, perjuangan, derma, perihatin, kerja keras, dan juga kesalahan yang melibatkan dosa. Hitam atau putih kehidupan kita tersurat pada segala apa yang telah kita lakarkan sepanjang perjalanan waktu itu. Perjuangan kita mengisi waktu dengan perbuatan, tidak sama hasilnya dengan orang lain. Banyak faktor yang mempengaruhinya iaitu faktor pengetahuan, ketekunan, kemampuan, dan mujahadah yang mewarnai pengisian waktu-wakyu kita. Untuk memberi nilai dan pasak acuan ditengah kualiti amalan kita, Islam mengajarkan prinsip kesucian waktu dan kesucian perbuatan. Maksudnya secara khusus, ada waktu-waktu yang punya nilai yang sangat suci, mulia terhormat dan memiliki kelebihan-kelebihan serta begitu juga kesucian perbuatan, ada perbuatan tertentu yang diajarkan Islam memiliki kesucian, kemuliaan, dan kehormatan yang tinggi.

Kita dapat menemui kesucian perbuatan pada ajaran-ajaran ibadah dalam Islam, seperti solat, puasa, dan haji. Dalam ibadah-ibadah itu ada banyak syarat, rukun, dan sekali gus perkara-perkara yang yang membatalkannya. Semuanya harus ditaati dan juga dihormati. Kita semua terikat dengan tatacara ibadah-ibadah itu. Sebelum solat misalnya, kita harus bersuci. Gerakan dan bacaan dalam solat, diajarkan. Dalam soal infak pula, mungkin kita mempunyai kemampuan berbeza. Ada yang kaya, ada yang miskin. Melalui solat infak, kita dapat mengejar kesucian yang sama. Sedangkan kesucian waktu, dapat kita hayati pada bulan Ramadan yang berakh, hari Jumaat, sepertiga malam, waktu Subuh, waktu Asar dan juga pada bulan-bulan haram. Pada waktu tersebut Allah SWT memberikan nilai-nilai berganda daripada waktu-waktu biasa. Member balasan yang lebih dari waktu-waktu bias bagi sesiapa saja yang mengejarkan perbuatan baik pada waktu-waktu tersebut. Lantaran itu, datangnya Ramadan harus disambut dengan adap-adap yang telah diatur oleh Islam. Antaranya ialah dengan melihat anak bulan atau dengan menggenapkan anak bulan Syaaban menjadi 30 hari. Ertinya sesucian waktu ini dijaga dengan erat. Puncak daripada kesucian itu apabila bertemunya kesucian waktu dan kesucian ibadah. Maka kita mendapati bagaimana Rasulullah SAW mengisi kesucian Ramadan dengan memperbanyakkan ibadah. Itulah teladan yang diberikan untuk umatnya. Dibulan itu baginda mengulangi al-Quran dengan malaikat Jibril AS sebanyak dua kali. Pada bulan Ramadan diwajibkan berpuasa iaitu ibadah yang sangat suci. Bagi yang melaksanakannya dengan penuh iman dan penuh dengan pengharapan akan diampuni dosanya. Pada malam harinya dianjurkan solat terawih. Demikian juga para sahabat serta para salafussalih, memberikan contoh bagaimana menggunakan waktu-waktu suci itu dengan amalan-amalan yang luhur. Apabila dating bulan Ramadan, orang-orang daripada Bani `Adi tidak berbuka sendirian apabila ada orang lain diajaknya makan. Apabila tidak ada, maka mereka membawa makanan ke masjid dan makan bersama orang ramai. Dicontohkan juga oleh Abdullah bin Umar AS yang sentiasa berbuka puasa bersama orang miskin dan anak-anak yatim. Dalam islam kesucian itu bermakna mendapatkan saluran dan arahan yang benar. Islam dating dengan mengajarkan kita ajaran yang telus metod beribadah, bagaimana menyembah, siapa yang disembah dan tatacara penyembahan. Maka, keutamaan bagi Islam dengan memberikan kepada kita ajaran kesucian dan dapat member kepuasan jiwa serta menyirami roh dan hati.

Imam Hassan ai-Banna mengatakan “Pada setiap hari di hadapanmu ada saat-saat istimewa pada pagi hari, juga pada petang hari, serta pada waktu sahur. Pada waktu-waktu itu jiwamu yang bersih dapat meninggi ke langit dan engkau pun boleh mendapatkan kebaikan dunia dan akhirat. Di hadapanmu juga ada musim-musim ketaatan, hari-hari untuk ibadah, malam-malam untuk bertaqarrub yang telah diajarkan oleh kitab sucimu dan juga Rasulmu yang mulia. Maka jadilah engkau pada waktu-waktu mulia itu sebagai orang yang banyak berzikir, bukan orang yang lalai. Jadilah orang yang banyak beramal dan bukan orang pemalas. Manfaatkanlah waktu, sesungguhnya waktu bagaikan pedang, janganlah bertangguh, kerana tidak ada yang lebih berbahaya selain daripada bertangguh.” Kesucian itu berfungsi seperti pasak dalam lautan lepas. Apabila hidup perlu berenang mengejar harapan, tiang-tiang itu mmberi kesempatan kepada kita untuk berpaut melepaskan lelah. Dalam istilah yang lain, Ibnu Qayyum berkata, “Tahun adalah sebatang pohon. Bulan adalah dahannya. Hari adalah rantingnya. Jam adalah daunnya dan nafas adalah buah-buahnya. Barangsiapa bernafas untuk ketaatan, maka buahnya pasti baik. Dan barangsiapa bernafas untuk kemaksiatan, maka buahnya pasti pahit. Maka, bagaimanakah buah dari umur kita?” Ibnu Qayyim meneruskan lagi, “sebelum usia kita berakhir, sebelum segalanya menjadi terlambat, agar kita dapat menuai umur dengan buah yang pahit pada hari pembalasan, maka tanamlah di ladang-ladang waktu kita dengan pohon-pohon yng baik. Belajarlah cara-cara menggunakan waktu yang telah dipraktikkan oleh para salaf, generasi awal Islam. Kerana mereka lalui dengan sia-sia. Waktu mereka selalu terisi dengan ketaatan, kebaikan, dan produktiviti.” Secara fitrah, kita semua mengharapkan kesucian. Dalam ajaran Islam, fitrah itu bertemu dengan kemuliaan yang terbimbing serta ada banyak kesucian waktu, ada pula kesucian ibadah. Walaubagaimanapun, waktu selalu dating sekejap dan pergi dengan cepat. Datangnya terasa singkat, perginya terasa cepat. Satu, dua, atau tiga bulan itu tidaklah lama. Tiba-tiba Ramadan menjelang. Dan kita masih seperti ini.
 Kemuliaan pada sebuah waktu memberi banyak fungsi bagi kita. Kita dapat melihatnya daripada empat fungsi iaitu fungsi kepatuhan, persainganserta pretasi, penghargaan dan fungsi memenuhi keperluan kemanusiaan. Pertama, fungsi kepatuhan. Definisi Ramadan sebagai bulan mulia, mewajibkan orang-orang beriman tunduk dan patuh. Tidak ada pilihan lain. Kemuliaan yang ditetapkan dalam bulan Ramadan, bukan sebuah pilihan bebas untuk menjalaninya, tetapi, merupakan perintah wajib. Dalam perspektif ini, kita mendapati perbezaan diantara orang-orang beriman yang tunduk perintah Allah SWT dengan orang-orang yang mempersendakan agama Allah SWT. Dalam ajaran agama kita, banyak hal yang harus kita terima dengan kepatuhan sebelum dijelaskan dengan hujah yang rasional. Tetapi, manusia tetap tidak boleh dikiaskan dengan Tuhan. Tidak boleh dibuat perbandingan. Keberadaan kita sebagai makhluk benar-benar perlu dinyatakan secara sikap dan perbuatan.

 Kedua, fungsi persaingan dan prestasi. Ertinya dengan adanya kemuliaan sesuatu waktu dan sebuah tempat, maka manusia didorong untuk bersaing dan saling berlumba. Tetapi pesaing ini tidak berjalan dengan lancar manakala prinsip kepatuhan, tidak difahami dengan baik. Maka hanya orang-orang yang beriman sahaja yang merasakan betapa penting untuk bersaing dan berlumba memperbanyakkan amal dan kemuliaan dibulan Ramadan. Allah SWT yang memberi kita kemuliaan dan kesempatan yang merupakan kurniaan untuk beramal sebanyak-banyaknya. Lantaran nilai kemuliaan itu bersifat luaran. Nilai amal kita menjadi mulia kerana waktu yang diisi, bukan benar-benar kerana amalan kita. Dari segi itu kita dapat memahami dengan baik hadis Rasulullah SAW bahawa amal kebajikan di bulan Ramadan akan digandakan. Ertinya. Jenis perkerjaan dan amalannya mungkin sama dengan hari-hari lainnya kecuali pada ibadah khusus seperti solat terawih. Namun, situasi yang melingkarinya dan waktu dilaksanakannya membuatkan ia berbeza.
 Ketiga, fungsi penghargaan. Bermaksud bulan Ramadan yang barakah harus dieratkan sebagai anugerah penghargaan Allah SWT kepada hamba-hambaNya yang beriman. Itu sangat mudah difahami, mengapa dalam hadis dikatakan bahawa semua ibadah yang dilakukan oleh seorang mukmin adalah milik mereka kecuali puasa. Firman Allah SWT ibadah puasa. “Adalah milikku.” Ramadan merupakan bulan penghargaan. Dalam pengetian bahawa didorong untuk membuat kebajikan untuk orang lain. Jesteru itu, bagi orang-orang yang memberi sesuatu untuk berbuka puasa, Allah menjanjikan pahala seperti pahala orang berpuasa.
 Keempat pula adalah fungsi memenuhi keperluan kemanusiaan. Maksudnya, tabiat dan fitrah manusia, bahawa manusia bergantung kepada simbol-simbol kehormatan. Mereka punya keperluan jiwa dalam batas tertentu untuk memiliki simbol kesenangan, perayaan keramaian, serta kesucian di atas sesuatu yang memenuhi rasa pengharapan. Lantas Islam mendapat tempat yang sepatutnya. Simbol-simbol kemuliaan menjadi keinginan hidup manusia, juga mendapat tempat yang layak dalam ajaran Islam. Maka itu, umat Islam dianugerahkan bulan Ramadan yang diiktiraf sebagai bulan mulia oleh Allah SWT. Sesungguhnya anugerah ini menjadi sandaran psikologi yang hakiki bagi jiwa kita.

Semangat Dan Pesanan Rasulullah SAW Menjelang Ramadan.
 Ramadan adalah bulan yang dirindui oleh orang-orang beriman dan kehadirannya dinanti-nanti serta tibanya disambut mesra. Jiwa mereka yang beriman pasti tidak putus melafazkan syukur kerana diberi peluang unyuk bertemu Ramadan. Hadirnya Ramadan membawa sejuta kelebihan, orang-orang yang beriman pasti menyala semangatnya untuk mengisi setiap detik waktu Ramadan dengan pelbagai ibadah dan amal soleh. Suasana mengharunginya menyenangkan dan membuatkan jiwa kaum mukminin tenang dan damai. Rasulullah SAW tidak hanya memerintahkan kita berpuasa, tetapi menyeru agar kita semangat menyambut kedatangannya. Baginda menunjukkan rasa gembira serta menyampaikan sebagai khabar gembira kepada para sahabat dan umatnya. Baginda memberikan banyak nasihat dan pesanan ketika Ramadan bakal menjelang. Dalam sebuah riwayat sahabat Salman al-Farisi RA, Rasulullah SAW berkhtubah di hadapan para sahabat baginda, “wahai manusia, telah datang kepada kalian bulan yang agung dan penuh berkat. Di dalamnya terdapat sesuatu malam yang nilainya abadah lebih baik daripada seribu bulan. Allah menjadikan puasa pada siang harinya sebagai sebuah kewajipan dan menghidupkan malamnya sebagai perbuatan sunnah. Sesiapa yang mendekatkan diri kepada Allah SWT dengan stu kebaikan pada bulan itu, seolah-olah dia mengerjakan satu ibadah wajib pada bulan yang lain. Sesiapa yang mengerjakan satu perbuatan wajib seolah-olah dia mengerjakan 70 kebaikan pada bulan yang lain. Ramadan adalah bulan kesabaran dan kesabaran itu balasnya adalah syurga. Ia juga bulan tolong-menolong dimana di dalamnya rezeki seorang mukmin bertambah. Sesiapa yang memberikan makanan berbuka kepada seorang yang berpuasa, maka itu menjadi meghfirah atas dosanya, penyelamatnya daripada api neraka dan dia memperoleh pahala seperti orang yang berpuasa itu, tanpa mengharungi pahala orang yang berpuasa sedikitpun.” Kemudiannya para sahabat berkata, “wahai Rasulullah, tidak semua daripada kita memiliki makanan untuk diberikan sebagai makanan berbuka bagi orang yang berpuasa.” Rasulullah SAW bersabda, “Allah SWT memberikan pahala tersebut kepada orang yang memberikan makanan berbuka walaupun sebiji kurma, atau seteguk air atau sedikit susu. Ramadan adalah bulan rahmat, pertengahannya adalah pengampunan dan akhirnya pembebasan daripada api neraka.”
 Lewat khutbah tersebut, Rasulullah SAW telah membangkitkan semangat kita untuk bertemu dengan Ramadan. Melontar pesan menyatakan khabar gembira tentang keutamaan dan kelebihan Ramadan yang biasa diraih oleh sesiapa sahaja. Asal sahaja keikhlasan hati mencari reda Allah SWT tidak luntur bahkan terus menyala sebagai obor semangat untuk bangun di sepanjang Ramadan dengan tekat mengsi setiap detik waktu dengan amal kebajikan.

 Agama adalah nasihat. Pesan Rasulullah SAW. Itulah kenyataannya setiap daripada manusia memerlukan nasihat sama ada nasihat berbentuk lisan atau perbuatan. Kedua-duanyaseperti cermin. Tempat kita menilik dan melihat kembali imej dari sendiri. Kadangkala nasihat menjadi seperti mata air, tempat kita meneguk kesegaran yang murni, mengubati dahaga sepanjang perjalanan kita menempuh hidup yang memenatkan. Mata air diperlukan untuk menyiram dan memadamkan keburukan diri sendiri yang seringkali meluap-luap. Nasihat juga kadang-kadang seperti penunjuk jalan,jika kita tidak mematihi aturannya ia akan mendedahkannya kita kepada bahaya seperti tersesat mahupun kemalangan. Nasihat juga dikatakan sahabat mutlak yang member manfaat tanpa memilih kaum. Sahabat mutlak akan dikenang dan diabadikan dalam diri kerana kerana ia mengesankan dan tak lapuk dek waktu, ruang dan generasi. Orang pertama yang kita harus dengari dan teladani nasihatnya dalam setiap perkara adalah Rasulullah SAW. Termasuk nasihat mengisi bulan Ramadan. Sebagaimana yang dituturkan oleh Ibnu Qayyam, apabila Rasulullah SAW masuk ke bulan Ramadan baginda sangat tekun beribadah, bertadarus al-Quran di hadapan malaikat Jibril AS, banyak bersedekah, membuat kebaikan, solat dan berzikir. Baginda mengkhususkan ibadah pada bulan lainnya. Begitulah tauladan baginda yang ditinggalkan kepada umatnya. Sabda Rasulullah yang diriwayatkan oleh Abu Daud, “sesungguhnya para ulama itu adalah pewaris para nabi dan para nabi tidak mewariskan dinar dan dihram, tetapi mewariskan ilmu. Maka barang siapa mengambilnya maka dia telah mangambil warisan yang melimpah.
 Selain itu, orang-orang soleh akan membuat persiapan bagi menyambut Ramadan. Antara orang soleh yang menjadi teladan kita semua ialah, Rasulullah SAW kerana bagindalah yang paling merindukan bulan Ramadan. Baginda juga yang mengajar kita semua bagaimana sewajarnya kita menzahirkan kerinduan dan kecintaan terhadap Ramadan. Baginda juga telah mewasiatkan kepada kita suri teladan untuk kita ikuti demi membuktikan rasa rindu dan cinta kita kepada Ramadan. Rasulullah telah mempersiapkan dirinya sejak bulan Syaaban. Baginda menyambutnya dengan pelbagai persiapan, baik secara praktikal mahupun mantel. Oleh itu, antara hikmah daripada perhatian Rasulullah SAW yang begiyu besar terhadap puasa sunat pada bulan syaaban adalah sebagai persiapan dan latihan untuk melaksanakan puasa wajib pada bulan Ramadan. “puasa Syaaban membuat seseorang dapat merasakan betapa nikmatnya berpuasa sehingga semangat dan kekuatannya untuk berpuasa pun akan lebih meningkat.”

Nasihat Ramadan jadilah dermawan yang pemurah.
 Puasa bukan bertujuan ibadah yang mengajarkan kita kepatuhan dan ketundukan kepada Allah SWT supaya meninggalkan semua perkara yang membatalkannya, bahkan puasa juga menjadi alat pembelajaran agar kita mahu dan mampu merasakan bagaimana penderitaan orang-orang fakir yang tidak mempunyai apa-apa.
Nasihat Ramadan bacalah al-Quran.
 Umat Islam digalakkan membaca al-Quran pada bulan Ramadan. Ramadan dan al-Quran merupakan dua anugerah yang tidak ternilai oleh Allah SWT kepada umatnya. Kedua-dua anugerah ini saling berkaitan dan saling melengkapi serta ia juga tidak boleh dipisahkan antara satu dengan yang lain. Dalam kitab Sifatu Yaumin Nabiy, dikatakan bahawa penjelasan tentang al-Quran yang diturunkan pada bulan Ramadan. Al-Quran adalah hidangan Allah SWT, maka terimalah hidangan ini sekuat kemampuan kita. Al-Quran adalah tali Allah SWT, cahaya yang terang dan ubat yang bermanfaat.

Penutup.
Saat hari terakhir bulan Ramadan adalah hari-hari duka bagi orang-orang soleh. Ketika mereka memasuki saat-saat akhir penghujung Ramadan, air mata mereka mula menitis. Hati mereka pilu. Jiwa mereka resah. Bulan yang penuh dengan keberkatan itu akan pergi meninggalkan mereka. Bulan yang menuntut umat Islam berpuasa dan menghidupkan malam-malamnya dengan amalan ibadah yang banyak. Bulan yang Allah SWT bukakan pintu syurga dan menutup pintu neraka serta diikatnya syaitan. Bulan yang diawalnya rahmat, pertengahannya keampunan dan akhirnya adalah pembebasan dari api neraka. Bulan yang menjijikkan nafas orang-orang yang berpuasa lebih harum disisi Allah SWTberbanding keharuman kasturi. Satu ketika Umar bin Abdul Aziz Rahimahullah keluar untuk mendirikan solat sunat Aidilfitri, lalu dia berkata dalam khtubahnya, “wahai sekalian manusia, sesungguhnya kamu telah berpuasa kerana Allah SWT selama 30 hari, berdiri melakukan solat selama 30 hari pula dan pada hari ini kalian keluar sambil memohon kepada Allah SWT untuk menerima amalan tersebut.

No comments:

Post a Comment