Sunday, October 21, 2012

Firaun Yang Dilemaskan

DISEDIAKAN UNTUK : Ustaz Abdul Aziz bin Harjin
Pensyarah CTU151

DISEDIAKAN OLEH : FIKRI ZAKHWAN BIN ZAMRI 2011792779

TARIKH : 13 September

 Peradaban Silam Mesir telah diketahui umum sebagai peradaban tertua di dunia, dan juga bandar-bandar Mesopotamia pada zamanya. Selain daripada itu, Mesir juga telah diiktiraf sebagai peradaban yang memiliki ciri-ciri kenegaraan yang tersusun dan termaju. Memiliki system tulisan tersendiri yang memanfaatkan Sungai Nil dan alam semulajadi yang melindunginya dari bahaya asing. Malangnya masyarakat bertamadun inilah yang telah melahirkan “takungan firaun” dan telah dijelaskan di dalam Al-Quran sebagai system yang curang dalam kehidupan. Mereka terlalu megah dengan kesombongan dan tidak menyahut seruan Allah S.W.T. Akhirnya semua peradaban yang maju, system social dan ketenteraan yang hebat tidak dapat menolong mereka dari kehancuran. Kesuburan Sungai Nil adalah tempat penggantungan kepada peradaban Mesir. Penempatantelah dibina di Lembah Nil oeh orang-orang mesir kerana airnya yang melimpah ruah dan mudah untuk mereka bercucuk tanam tanpa mengharapkan air hujan. Ernst H. Gombrich, seorang ahi sejarah mengatakan bumi Afrika sangat panas dan kadangkala hujan tidak turun selama berbulan-bulan lamanya. Kebanyakan tempat di benua yang luas tersebut menjadi tersangat kering dan dilitupi pula dengan gurun yang luas. Tebing Sungai Nil kedua-duanya diselimuti padang pasir dan hujan sangat jarang turun di Mesir. Tetapi hujan tidak diperlukan dengan adanya Sungai Nil yang terletak di tengah-tengah Negara. Oleh itu, sesiapa yang menguasai Sungai Nil mempunyai pelbagai kepentingan dan menguasai sumber perdagangan dan pertanian yang luas. Oleh kerana itulah Firaun menjamin dominasinya ke atas negara Mesir. Sungai Nil mempunyai susuk yang tirus dan menegak, ini menggalakkan penempatan di sekitarnya untuk berkembang luas. Masyarakat Mesir gemar untuk membina tamadun di dalam kelompok-kelompok bandar dan perkampungan kecil daripada bandar-bandar besar. Ini juga adalah salah satu dari factor yang menyumbang dominasi Firaun kepada rakyatnya. Pada millennium yang ketiga SM, Raja Mesir telah ditabal sebagai Firaun Mesir yang pertama, dia juga telah berjaya menyatukan negara Mesir untuk pertama kali. Istilah “firaun” sebenarnya merujuk kepada tempat tinggal raja-raja Mesir, tetapi setelah lama masa berlalu ia telah ditukar kepada gelaran raja itu sendiri. Oleh kerana itulah raja-raja yang memerintah Mesir Tua dipanggil “firaun”. Disebabkan mereka pemilik, pentadbir dan pemerintah sebuah negara dan tanah jajahannya, firaun telah dianggap oleh rakyatnya sebagai tuhan yang paling agong dalam system agama politheistik songsang di Mesir Tua. Mengikut fakta, pentadbiran Mesir meliputi tanah, pembahagian tanah, pendapatan, harta benda, perkhidmatan dan pengeluaran, jika ia berlaku di dalam sempadan negara ia adalah dilaksanakan bagi pihak firaun. Firaun boleh mendapatkan apa sahaja yang dihajati, ini membuktikan kekuasaan mutlak nya dalam memerintah negara. Sejak penubuhan dinasti Menes berjaya menyatupadukan bahagian atas dan bawah Mesir, Sungai Nil telah dialirkan kepada semua orang melalui tali-tali air. Tetapi disebaliknya hasil-hasil pengeluaran barang dan perkhidmatan diletakkan di bawah kawalan raja. Seterusnya hasil-hasil tersebut akan dibahagikan kepada rakyat mengikut pembahagian yang diperlukan. Ini menyebabkan pemerintahan Raja Mesir tidaklah begitu sukar untuk membuatkan rakyat-rakyatnya patuh kepadanya. Kemudianya Raja Mesir digelar sebagai firaun dilihat sebagai seorang yang suci dan memiliki kekuasaan yang sangat besar dan hebat memenuhi keperluan rakyat-rakyatnya. Akibatnya, Firaun-firaun inidipujasebagaituhan, danlama-kelamaan kepercayaan bahawa mereka adalah tuhan telah diikuti. Firaun pernah berkata kepada Nabi Musa, dan dia telah memperkecilkan Nabi Musa dengan berkata, ”Demi sesungguhnya Jika engkau menyembah Tuhan selain daripadaku, sudah tentu aku akan menjadikan engkau dari orang-orang yang dipenjarakan”(SurahAs-Syuara:29), ini telah membuktikan kepercayaan itu. Beliau sanggup mengatakan semua itu kerana dia memang benar-benar telah menganggap dirinya sebagai tuhan. Fenomeni ini dinamakan kekuasaan Firaun. Antara kepercayaan agama yang terdapat dalam tamadun Mesir Tua menurut Herodotus, seorang ahli sejarah, orang-orang Mesir Tua adalah manusia yang paling kuat beragama di dunia ini. Tetapi malangnya keagamaan mereka adalah sesat politheistik dan bukan agama yang sebenar. Oleh kerana tabii yang sangat konservatif, adalah sukar bagi mereka untuk meninggalkan agama sesat itu. Tempat tinggal mereka merupakan pengaruh mereka yang paling besar. Mesir mempunyai keadaan alam semulajadi yang sempurna untuk mengelak dari serangan-serangan luar. Jika ada pihak yang ingin melakukan serangan, ia haruslah dilakukan oleh dua laluan sahaja, dan laluan itu sangat mudah dikawal oleh mereka. Keadaan ini juga menyebabkan Mesir terpinggir dari dunia luar. Dasar ini berterusan selama beberapa abad hinggakan fikiran orang-orang Mesir menjadi sempit atau tidak memberi respon kepada perubahan yang terjadi. Hasilnya, masyarakat yang terlalu konservatif terhadap agama hinggakan tertutup kepada pembagunan baru. Di dalam Al-Quran juga disebut betapa pentingnya “Agama nenek moyang” sebagai nilai di dalam kehidupan mereka. Atas-atas sebab-sebab inilah firaun menolak seruan Nabi Musa a. s dan Nabi Harun a. s kepada agama Islam dan dengan angkuhnya berkata, ”Adakah engkau dating(wahai musa) untuk memesongkan kami dari penyembahan berhala yang kami dapati dari nenek kami melakukanya, untuk membolehkan kamu berdua membolot kekuasaan di bumi(Mesir)?Dan(Ketahuilah)sebenarnya kami tidak akan beriman kepada kamu berdua. ”(Surah Yunus;78). Kepercayaan para penduduk dan kepercayaan hidup selepas mati adalah antara cabang-cabang yang paling penting dalam Agama Mesir Tua. Mana-mana kepercayaan yang bercanggah akan ditindas sama sekali, kerana ia tidak mengikuti ajaran nenek moyang mereka. Tuhan yang digambarkan berkepala haiwan dan bertubuh manusia sangat mudah diterima oleh tradisi tempatan dari satu wilayah ke wilayah yang berlainan. Agama Mesir sangat sinonim dengan kepercayaan hidup selepas mati kerana ia menguasai sebahgian besar dalam agama itu sendiri. Roh manusia akan terus hidup walaupun jasadnya telahpun mati, menjadi kepercayaan bagi mereka. Mereka juga percaya bahawa roh-roh yang sudah pun mati akan dibawa menghadap tuhan mereka oleh malaikat yang khusus untuk penghakiman sambil dibantu oleh 42 hakim-hakim saksi. Dacing yang diletakkan di tengah-tengah dan hati roh tersebut akan menimbang kebaikan dan kejahatan roh tesebut, jika kebaikan melebihi kejahatan roh itu akan dihantar ke suatu tempat yang sangat indah manakala jika berlaku sebaliknya, roh tersebut akan dihantar ke tempat yang penuh siksaan yan amat pedih. Di situ roh akan disiksa oleh satu makhluk ganjil yang dikenali sebagai”Pemakan Orang Mati”. Kepercayaan mereka mengenai Hari Akhirat menunjukkan sedikit selarian dengan Agama Sebenar dan kepercayaan monotheistik. Ini membuktikan mereka pernah mendapat risalah yang betul tetapi masa telah menyebabkan ia lama-kelamaan dimanipulasikan dan akhirnya fahaman monotheistic itu sendiri ditukar menjadi politheistik. Secara umumnya telah diketahui bahawa rasul-rasul Allah telah dihantar kepada penduduk Mesir dari masa ke semasa untuk menyeru mereka menjadi hamba Allah SWT sama seprti yang berlaku kepada masyarakat-masyarakat lain dan juga kaum-kaum lain. Salah seorang dari mereka tidak lain tidak bukan Nabi Yusuf a. s yang dengan terperinci kisah hidupnya dinyatakan di dalam Al-Quran. Kisah ini juga sangat penting kerana ia menunjukkan kewujudan dan permulaan kehadiran Kaun Yahudi di mesir dan menetap di sana. Sumber-sumber sejarah juga mengatakan, terdapat rujukan yang mengatakan terdapat sebilangan orang Mesir yang telah mengajak untuk menganut agama monotheistic sebelum kehadiran Nabi Musa lagi. Salah seorang dari mereka ialah seorang firaunyangmenarikperhatian dalam sejarah Mesir kerana kepercayaan monotheistiknya dia bernama Amenhotep IV. Sekarang kita imbas kembali di saat kedatangan Nabi Musa a. s. Masyarakat Mesir Tua mempunyai fikiran yang sempit dan mereka berasa amat sukar untuk meninggalkan amalan menyembah berhala mereka. Telah ramai yang datang kepada mereka, menyeru mereka untuk mengikut agama Allah, namun tetap akan ditolak dan mereka berkeras untuk mengekalkan kepercayaan lama mereka. Akhirnya Allah SWT mengutuskan Nabi Musa a. s untuk membetulkan kehidupan mereka yang songsang dan juga kerana tindakan mereka yang mengabdikan Bani Israel. Nabi Musa ditugaskan untuk mengajak masyarakat Mesir kepada agama yang sebenar dan untuk membuang Bani Israel daripada penghambaan Al-Quran. Firaun berhasrat untuk menghalan pertambahan Bani Israel dan ini telah menyebabkan beliau mengambil tindakan untuk membunuh semua anak lelaki yang dilahirkan. Tetapi bonda Nabi Musa a. s mendapat ilham daripada Allah SWT untuk meletakkan anaknya ke dalam bakul lalu dihanyutkan ke sungai. Inilah caranya Nabi Musa a. s sampai ke istana Firaun. Setelah sampai di sana isteri Firaun bertindak untuk menyelamatkan Nabi Musa a. s daripada dibunuh dan dijadikanya sebagai anak angkat. Nabi Musa a. s dibesarkan di istana Firaun dan dengan izin Allah ibu kandung Nabi Musa dibawa ke istana untuk menjadi pengasuhnya. Setelah dewasa, Nabi Musa a. s pada satu hari ternampak seorang Mesir yang sedang membelasah seorang Yahudi. Baginda terus melibas Yahudi tersebut hingga menyebabkan kematian. Pembesar-pembesar di istana tanpa mempedulikan baginda sebagai anak angkat yang dibesarkan di istana tersebut, telah dijatuhkan hukuman mati. Setelah baginda mendapat tau tentang hukuman tersebut, Nabi Musa telah menghilangkan diri ke Madyan. Ketika berada di Madyan Allah SWT telah mengarahkan Nabi Musa a. s untuk bertemunya secara langsung dan terus baginda diangkat menjadi rasul. Sebagai rasul baginda diberi tugas untuk menyampaikan risalah yang sebenar kepada Firaun. Sesungguhnya Nabi Musa dan Nabi Yusuf a. s telah diberi tugas yang sama, iaitu untuk menyampaikan risalah yang sebenar kepada firaun. Mereka juga memohon agar beliau segera menghentikan penderaan ke atas Bani Israel dan melepaskan mereka pergi. Firaun menuduh Nabi Musa a. s sebagai seorang yang tidak mengenang budi kerana dia teringatkan bahawa Nabi Musa a. s telah dibesarkan di istananya sendiri dan bakal mewarisi takhta telah mengeluarkan kata-kata yang bertentangan dengan prinsip hidupnya. Firaun cuba bermain dengan emosi Nabi Musa a, s dengan mengingatkan bahawa beliau dan permaisuri telah membesarkannya, dan sepatutnya Musalah yang patut mengikuit arahan mereka. Di samping itu juga Musa telah membunuh seorang jiwa Mesir dan sepatutnya juga baginda diberi hukuman yang sangat berat. Firaun sengaja membangkitkan suasana yang penuh dengan emosi itu untuk mendapat sokongan daripada rakyat jelatanya. Tetapi jika dilihat dari pandangan yang lain, sebenarnya kedatangan Nabi Musa a. s dengan membawa risalah yang sebenar boleh menggugat kekuasaan firaun dan boleh meletakkanya hanya setaraf dengan manusia biasa. Atas sebab itu juga beliau boleh kehilangan kuasa dan status sebagai tuhan yang agong dan terkuat jika beliau terpaksa mengikut ajaran Nabi Musa a. s. Beliau juga akan kehilangan sumber guna tenaga jika beliau membebaskan Bani Israel dan ini juga boleh melumpuhkan keupayaannya. Oleh kerana sebab-sebab di atas Firaun langsung tidak mengendahkan apa yang disampaikan oleh Nabi Musa a. s. Beliau telah cuba untuk menjatuhkan air muka beliau dengan menukar topic perbincangan dan menanyakan soalan-soalan yang tidak munasabah. Selain daripada itu, beliau juga menuduh kedua-dua utusan itu mempunyai agenda politik. Akhirnya selain daripada ahli-ahli sihir, firaun dan sekutunya telah menolak dengan keras seruan Musa dan Harun. Mereka menolak dan enggan mengikuti agama sebenar yang terletak di hadapan mereka. Dengan itu Allah SWT telah menurunkan beberapa siri malapetaka kepada mereka oleh kerana kedegilan dan keangkuhan yang ditunjukkan oleh mereka. Firaun sangat taksub dengan kepercayaan politheime dan berhala-berhala mereka. Kepercayaan ini amat sukar dipadam walaupun Nabi Musa a. s telahpun menunjukkan beberapa mukjizat, seperti tanganya menjadi cerah dan tongkatnya menjadi ular, mereka tetap menentang seruan Allah secara terang-terangan. Oleh kerana sikap mereka Allah SWT telah menurunkan malapetaka sebagai “mukjizat secara berasingan” supaya mereka merasai siksaan di dunia sebelum di akhirat yang abadi kelak. Kemarau yang melampau hinggakan tumbuhan semuanya kering dan tidak menjadi adalah malapetaka yang pertama. Kisan ini diterangkan di dalam Al-Quran. ”Dan sesungguhnya Kami telah menimpakan Firaun dan kaumnya dengan musim kemarau dan kekurangan buah-buahan, supaya mereka insaf mengambil pelajaran. ”(Surah Al-A’raf:130). Sungai Nil adalah harapan bagi masyarakat Mesir bagi sistem pertanian mereka. Oleh itu alam sekitar tidak menjadi kerisauan kepada mereka. Tetapi oleh kerana kesombongan dan keingkaran Firaun terhadap Allah SWT dan rasul-Nya, malapetaka yang datang benar-benar di luar jangkaan mereka. Atas beberapa sebab, paras Sungai Nil telah jatuh dan banyak tali-tali air yang berpunca dari sungai itu tidak dapat mengalirkan air kepada tanaman di kawasan-kawasan pertanian. Tumbuhan-tumbuhan semuanya menjadi kering dek kerana panas yang amat sangat. Firaun dan sekutunya amat resah dan tidak keruan kerana Firaun pernah berkata dengan bongkak kepada rakyatnya, :Wahai kaumku! Bukankah kerajaan negeri Mesir ini akulah yang menguasainya, dan sungai-sungai ini mengalir di bawah(istana)ku? Tidakkah kau melihatnya?(Surah Az Zukhruf:51). Malangnya mereka tidak mengambil pelajaran daripada malapetaka tersebut dan menuding jari kepada Nabi Musa dan Bani Israel sebagai penyebab malapetaka tersebut. Mereka tetap berdegil walaupun mereka dalam penderitaan, kepercayaan karut mereka dipegang dengan kuat oleh kerana ia ajaran nenek moyang mereka. Bencana ini hanyalah permulaan, seterusnya katak-katak dihantar oleh Allah SWT untuk menyerang mereka, katak-katak menyerang tempat tidur, tempat memasak, dan tempat-tempat mereka bekerja. Belalang juga dihantar untuk berterbangan di setiap penjuru Mesir. Dan belalang-belalang ini amat menyusahkan mereka. selain daripada itu, kutu-kutu juga telah melata di pelusuk Mesir. Allah telah menerangkan kepada Firaun melalui Nabi Musa a. s supaya memberi amaran kepada Firaun. Tetapi mereka telah menuduh Nabi Musa berbohong dan dirasuk, akhirnya Allah SWT telah menghantar satu pengakhiran yang memalukan. Nabi Musa diarahkan oleh Allah untuk meninggalkan Mesir bersama kaum Bani Israel pada waktu malam dan mereka telah dikejar oleh Firaun. Firaun telah mengarahkan tenteranya untuk berkumpul dan mengejar sebilangan kecil yang diketuai oleh Nabi Musa a. s. Mereka telah terkepung dan Allah telah menolong mereka dengan membelah lautan. Diwahyukan kepada Nabi Musa a. s supaya baginda memukul laut dengan tongkatnya, lalu terbelah laut mereka pn menyeberanginya. Firaun terus mengejar mereka dan semasa Nabi Musa dan Bani Israel telah menyeberangi lautan, lautan itu tertutup dan menenggelamkan Firaun bersama tenteranya. Tongkat Nabi Musa mempunyai nilai mukjizat, dahulu Allah telah menukarkanya kepada ular dan menelan ular-ular tukang sihir firaun dan dengan tongkat yang sama juga ia boleh membelah lautan.
 Sebagai kesimpulan daripada kisah ini, kita haruslah sentiasa beringat kepada Allah, jangan bongkak sombong dan mengingkari ajaran-nya. Allah SWT maha berkuasa dan mampu berbuat apa sahaja, selain daripada itu, jangan lah menganggap diri sendiri sebagai tuhan dan menyuruh orang-orang lain menyembah berhala, kerana ia bertentangan dengan ajaran islam. jikalau kita bersikap seperti Firaun, kita juga akan ditimpa malapetaka-malapetaka yang tidak dapat kita duga. Marilah kita bersama-sama mensyukuri nikmat Allah SWT dan mengakui kekuasaanya dengan sentiasa beribadah, melakukan amal kebajikan dan menjauhi laranganya agar hidup kita aman sejahtera.


No comments:

Post a Comment