Sunday, October 21, 2012

Aurat

DEFINASI AURAT

Aurat diambil dari perkataan Arab,aurah yang bermaksud keaiban.Dari segi istilah feqah pula aurat diertikan sebagai bahagian tubuh badan yang wajib ditutupi dari pandangan umum.Menutup aurat adalah kewajiban bagi wanita-wanita Islam kerana sesungguhnya wanita itu adalah aurat seperti yang terkandung didalam Al-Quran’.
Padahal Allah S.W.T berfirman:
“Hai Nabi! Katakanlah kepada isteri-isterimu, anak-anakmu yang perempuan dan orang-orang perempuan yang beriman, supaya mereka menutup tubuhnya dengan jilbab, yang demikian itu supaya mereka lebih dikenali, kerana itu supaya mereka tidak diganggu, dan Allah Maha Pengampun lagi Maha Penyayang”.(Al-Ahzab:59)

Sedangkan dalil ini yang sering ungkapkan,namun dalil ini masih dianggap atau diambil ringan oleh wanita-wanita zaman era digital kini.Walaupun jika dilihat dari pandangan mata kasar,dinilaikan bahawa kini ramai wanita-wanita sudah memakai tudung tetapi tidak dimenutup aurat dengan sempurnanya seperti yang dituntut oleh Islam.Kita dapat kategorikan bahawa terdapat tiga jenis gaya penutupan aurat zaman kini.Yang pertamanya,menutup aurat dengan sempurna.Kedua,menutup aurat tetapi tidak sempurna dan ketiga,tidak menutup aurat sama sekali.Jika dilihat terdapat lebih ramai wanita muslimah yang menutup aurat tetapi tidak sempurna berbanding wanita muslimah yang menutup aurat dengan sempurnanya.Inilah hakikatnya bahawa pemahaman masyarakat wanita Islam didalam hukum menutup aurat masih cetek.Kebanyakkannya hanya menutup kepalanya dengan skarf atau tudung tetapi menampakkan susuk tubuh badannya.
 Allah S.W.T menjadikan rupa paras wanita itu dengan keayuan dan kemanisan yang menjadi daya tarikan bagi para lelaki.Firman Allah S.W.T menerusi surah Al-Ahzab ayat 33,iaitu Allah S.W.T memerintahkan agar seluruh wanita mukmin menutup aurat serta memerintahkan agar orang mukmin memelihara ibadah mereka dan melaksanakan segala yang diperintahkan.Oleh itu, wanita Islam perlu tahu bahawa dengan hanya membuka aurat,setiap mata lelaki yang memandang akan memberikan dosa kepada lelaki dan lebih berat dosanya bagi wanita itu.
Berdasarkan sabda Rasulullah s.a.w:“Sesiapa yang mempelopori sesuatu yang buruk, maka ke atasnya dosa dan dosa bagi setiap orang yang membuatnya tanpa kurang sedikit pun dosanya..”(Hadis Riwayat:Ahmad& dll)


KEWAJIBAN MENUTUP AURAT DALAM PANDANGAN PARA IMAM MAZHAB

1.    MAZHAB HANAFI
Dalam kitab Al-Ikhtiyar,salah satu kitab Mazhab Hanafi,disebutkan bahawa tidak dibolehkan melihat wanita lain kecuali wajah dan telapak tangannya,jika tidak dikhuatiri timbul syahwat.Diriwayatkan dari Abu Hanifah bahawwa beliau menambahkan dengan kaki,kerana pada yang demikian itu ada darurat untuk mengambil dan member,serta untuk tujuan bagi mengenali wajahnya ketika urusan bermuamalah dengan orang lain,untuk menegakkan kehidupan dan keperluannya,kerana tidak adanya orang yang melaksanakan sebab-sebab kehidupannya.

Beliau berkata, sebagai dasarnya ialah firman Allah S.W.T
“Dan janganlah mereka menampakkan perhiasannya kecuali apa yang biasa nampak daripadanya.”(An-Nur:31)

Para sahabat pada umumnya berpendapat bahawa hal yang dimaksudkan ayat tersebut ialah celak dan cincin,iaitu tempatnya (bahagian tubuh yang menempatkan celak dan cincin).Hal ini sebagaimana telah dijelaskan bahawa celak.cincin dan macam-macam perhiasan itu halal dilihat oleh kerabat mahupun orang lain.Maka yang disebutkan di sini ialah tempat perhiasan itu.

Beliau berkata,adapun kaki,maka diriwayatkan bahawa ia bukanlah aurat secara mutlak,kerana bahagian kaki ini diperlukan untuk berjalan.Selain itu, kemungkinan timbulnya syahwat kerana melihat muka dan tangan itu lebih besar, maka halalnya melihat kaki adalah lebih utama. Dalam satu riwayat disebutkan,kaki itu adalah aurat untuk dipandang,bukan ketika solat.

2.    MAZHAB HAMBALI

Dalam mazhab Hambaali didapati IbnuQudamah mengatakan di dalam kitabnya, Al-Mughni sebagai berikut: “Tidak diperselisihkan dalam mazhab tentang bolehnya wanita membuka wajahnya ketika solat dan dia tidak boleh menbuka selain wajah dan telapak tangannya”.
Manakala mengenai telapak tangan ini,ada dua riwayat.Para ahli ilmu berbeza pendapat, tetapi kebanyakkan mereka sepakat bahawa boleh melakukan solat dengan wajah terbuka.Mereka juga bersepakat bahawa setiap dari kaum wanita yang merdeka itu harus menutup kepalanya jika melakukan solat dan jika dia melakukan solat dalam keadaan seluruh kepalanya terbuka,maka dia wajib mengulanginya.
Imam Abu Hanifah berkata bahawa kaki itu bukan aurat kerana kedua kaki itu sememangnya biasa dilihat.Kerana itulah,ia adalah sama seperti wajah.
Imam Malik, Al-Auza’I dan Imam Syafi’I berkata bahawa seluruh tubuh wanita itu adalah aurat kecuali muka dan tangannya,dan selain itu wajib dituutp pada waktu mengerjakan solat.Ini adalah kerana dalam mentafsirkan maksud ayat,”Dan janganlah mereka menampakkan perhiasannya kecuali apa yang biasa nampak daripadanya”, Selain itu,keran Rasulullah s.a.w telah melarang wanita berihram memakai sarung tangan dan purdah.Andai kata wajah dan tangan itu adalah aurat,nescaya baginda tidak akan melarang menutupnya.
Sebahagian pendapat pula mengatakan bahawa wanita itu seluruhnya adalah aurat,kerana diriwayatkan dari Rasulullah s.a.w. bahawa wanita itu aurat.Ini menurut Hadis yang diriwayatkan oleh Tirmidzi dan beliau berkata bahawa ia Hadis hasan lagi sahih.Tetapi baginda memberikan keringanan untuk membuka wajah dan tangan kerana jika ditutup,maka itu akan menimbulkan kesulitan.Menurut pendapat Abu Bakar Al-Harits bin Hisyam,dimana beliau berkata juga dibolehkan melihat wajah wanita pada waktu urusan meminang kerana wajah itu merupakan pusat kecantikan.Demikianlah keterangan didalam kitab Al-Mughni

1.    BULU KENING (ALIS MATA)

Diriwayatkan oleh Bukhari dan Muslim dari Abdullah bin Mas’ud, dia berkata:
“ Allah S.W.T melaknati orang yang bertatu serta orang yang meminta untuk ditatu, orang yang mencukur alis dan orang yang meruncingkan gigi untuk mencantikkan dirinya, yang semua itu mengubah ciptaan Allah”.

Diriwayatkan juga oleh Abu Daud dari Ibnu Abbas,dia berkata: “Terlaknatlah orang yang menyambung serta orang yang meminta untuk disambungkan rambutnya, orang yang mencukur alis dan orang yang meminta agar dicukurkan alisnya, orang yang mentatu dan orang yang meminta untuk ditatukan”.
Jadi jelas dari pengambilan dalil dua hadis ini bahawa adanya ancaman dan amaran laknat Rasulullah s.a.w bagi orang yang mencukur alisnya.Mencukur alis adalah diharamkan bagi wanita yang mahu mencantikkan diri di hadapan ajnabi(selain mahramnya), dan bukan dilakukan kerana darurat atau sebagainya.Tidak diharamkan jika seseorang wanita mencukur alisnya yang bertujuan untuk mencantikkan diri di hadapan suami baik bulu diwajahnya yang membuatkan suami tidak menyukainya,janggut, misai, atau bulu yang tumbuh dibawah bibir.Dan selagi dia tidak menyerupai orang-orang kafir.

2.    KAKI DAN TELAPAK KAKI

Ayat 59, surah Al-Ahzab didalam Al-Quran,Allah S.W.T. berfirman:
“Hai Nabi, katakanlah kepada isteri-isterimu, anak-anak perempuanmu dan isteri-isteri orang mukmin, hendaklah mereka melabuhkan jilbabnya ke seluruh tubuh mereka.Yang demikian itu supaya mereka lebih mudah untuk dikenali, kerana itu mereka tidak diganggu.Dan Allah Maha Pengampun lagi Maha Penyayang”.

Jelas dalam firman Allah S.W.T dalam surah Al-Ahzab ayat 59 diatas dan penjelasannya.Bahawa aurat wanita dalam perhubungan dengan bukan mahramnya dan wanita tidak seagama adalah seluruh tubuhnya kecuali muka dan telapak tangannya.Jadi,telapak kaki juga termasuk aurat.


3.    WANGI – WANGIAN

Terdapat didalam penjelasan dari GhanimbinQais,dari AbuMusaAl-Asy’ari, bahawa Rasulullah s.a.w bersabda:

“Setiap wanita, sesiapa sahaja yang memakai wangi-wangian lalu dia berjalan melewati orang ramai supaya mereka mencium bau wanginya itu,bererti dia telah berzina”. (Hadis Riwayat: Ahmad, An-Nasa’I, Abu Daud dan Tirmidzi)

Jelasnya hukuman memakai wangian seperti demikian,tetapi jika seseorang wanita itu berada di samping suaminya,wanita itu boleh memakai pewangi sekehendak hatinya.


Dari Abu Hurairah r.a, dia menceritakan, Rasulullah s.a.w telah bersabda:

“Setiap wanita yang mengenakan pewangi, maka hendaklah dia tidak mengerjakan solat Isya’ bersama kami”, (Hadis Riwayat : Muslim)

Hadis tersebut melarang bagi wanita keluar dari rumah dengan memaki wangian, kerana wangian dapat membagkitkan nafsu kaum lelaki.Di dalam hadis Al-Mubarakfuri r.h.m. mengatakan: “Yang demikian disebut berzina kerana wangian yang dikenakan oleh wanita itu dapat membangkitkan syahwat lelaki dan menarik perhatian mereka.Lelaki yang melihatnya, bererti telah berzina dengan mata dan dengan demikian wanita itu juga telah melakukan perbuatan dosa”.

Hendaklah diketahui bahawa memakai minyak wangi merupakan salah satu perhiasan baik bagi lelaki mahupun perempuan yang secara mutlaknya dibolehkan bagi orang lelaki dan wanita pada waktu-waktu tertentu adalah sunat.Diberi keringanan bagi kaum wanita untuk memakainya ketika didalam rumah mereka selagi baunya tidak tercium oleh lelaki yang bukan mahram.Semua hadis diatas secara jelasnya membolehkan wanita memakai wangian tetapi tidak mutlak.Allah S.W.T telah memerintahkan kaum wanita untuk tidak memperlihatkan perhiasan mereka kepada lelaki bukan mahramnya.Hendaklah wanita itu tidak memakai wangian ketika pergi ke masjid atau untuk keperluan, dan jika wanita itu telah memakainya ketika di rumah dan dia harus pergi ke suatu tempat maka dia harus membersihkan diri sehingga bau minyak wangi itu tidak tercium.

4.    DADA

Surah An-Nur ayat 31 disebutkan dengan jelas agar wanita menutup dada mereka.:

“Dan hendaklah mereka menutupkan kain kerudung ke dadanya…….”

5.     GIGI

Hadis dari Ibnu Mas’ud:

“Allah melaknat orang yang bertatu serta orang yang meminta untuk ditatu, orang yang mencukur alis dan orang yang meruncingkan gigi untuk mempercantikkan diri, yang semua mengubah ciptaan Allah S.W.T”.

Hadis riwayat Imam Ahmad, juga dari Ibnu Mas’ud:

“Aku mendengar Rasulullah s.a.w melarang mencukur alis,merenggangkan gigi, menyambung rambut dan membuat tatu, kecuali kerana sesuatu penyakit”.

Jelaslah di antara mengubah ciptaan Allah.S.W.T yang diharamkan termasuklah membuat tau, mencukur alis, pemedahan plastic, merenggangkan gigi atau meratakan gigi dan lain-lain sepertimana yang disebutkan dalil Hadis Rasulullah s.a.w.Berkaitan dengan anjuran membersihkan gigi, Rasulullah s.a.w bersabda:

“Siwak membersihkan mulut dan membuat redha Allah….(Hadis Riwayat: Ahmad,Ibnu Hibban, An-nasa’I,Ibnu Majah, Al-Hakim dan Al-Baihaqi)

“Kalau tidak memberatkan umatku, maka akan aku suruh menggunakan siwak setiap kali akan solat”. (Hadis Riwayat: Ahmad dan At-Tirmidzi)

Bersiwak adalah sunat muakkad dan sangat dituntut dalam usaha menjaga kesihatan dan kebersihan gigi.Berkaitan hukum memutihkan gigi,ianya tidak termasuk dalam mengubah ciptaan Allah S.W.T yang diharamkan-Nya,kerana gigi pada dasarnya berwarna putih dan jika tindakan memutihkan gigi itu tidak menjejaskan kesihatan, maka hukumnya boleh.

Hukum memakai pendakap gigi sekiranya bertujuan untuk memperbetulkan kecacatan gigi seperti gigi yang tidak rata tau terlebih keluar maka mengharuskan memakainya.Manakala jika dipakai pendakap itu dengan tujuan untuk menambahkan lagi kecantikkan gigi yang sedia ada elok,maka hukumnya adalah haram.

Dalam hal ini,menampal atau memakai gigi palsu adalah tidak termasuk yang diharamkan.


6.    LEHER

Allah S.W.T. berfirman didalam surah Al-Ahzab ayat 33”

“Dan hendaklah kamu tetap di rumahmu dan janganlah kamu berhias dan bertingkah laku seperti orang-orang jahiliyah yang terdahulu dan dirikanlah solat, tunaikanlah zakat dan taatilah Allah S.W.T. dan Rasul-Nya.Sesungguhnya Allah S.W.T bermaksud hendak menghilagkan dosa dari kamu, hai ahlul-bait dan membersihkan kamu sebersih-bersihnya…..”

Kebiasaan orang jahiliyah menurut Maqatil adalah mereka dengan sengaja bersolek dan membiarkan ikatan tudung menampakkan leher dan perhiasan.Maka hendaklah tidak kita bertingkah laku seperti orang jahiliyah.


7.     WAJAH (MUKA)

Berbeza di dalam masalah ini,dimana pendapat daripada sebahagian lainnya mengatakan bahawa menutup muka adalah wajib,manakala sebahagiannya mengatakannya tidak wajib.

Firman Allah S.W.T:

“Hai Nabi, katakanlah kepada isteri-isterimu, anak-anak perempuanmu dan isteri-isteri orang mukmin,hendaklah mereka melabuhkan jilbabnya ke tubuh mereka.Yang demekian itu supaya mereka lebih mudah untuk dikenali, kerana itu mereka tidak diganggu.Dan Allah S..W.T adalah Maha Penyayang lagi Maha Pengampun”. (Al-Ahzab:59)

Allah S..W.T telah memerintahkan kepada isteri-isteri kaum mukmin,jika mereka keluar rumah kerana suatu keperluan, hendaklah mereka menutupi wajah mereka dengan jilbab dari kepala mereka. Mereka cuma menampakkan mata sahaja.Seorang wanita wajib memakai jilbab pada pakaian luarnya dari hujung kepalanya turun sampai menutupi wajahnya dan segala perhiasannya dan seluruh tubuhnya sehingga menutupi kedua hujung kakinya.Menutup wajah juga termasuk dalam usaha untuk menjaga kemaluan,yakni hukumnya adalah juga wajib.


8.    TANGAN

Diriwayatkan dari ‘Aisyah r.a., dia berkata bahawa Asma’ binti Abu Bakar menemui Rasulullah s.a.w dengan memakai pakaian nipis.Maka Rasulullah s.a.w. berpaling darinya dan berkata: “Wahai Asma’, sesungguhnya seorang wanita itu,jika telah mendapat haid, tidak patut terlihat dari dirinya kecuali ini dan ini…”Baginda menunjukkan wajahnya dan kedua telapak tangannya. (Hadis Riwayat : Abu Daud)

Jadi dengan ini jelaslah bahawa tangan merupakan aurat dan wajib untuk wanita muslim menutupnya.

9.    MATA

Allah S.W.T. berfirman di dalam surah An-Nur ayat 31:

“Dan katakanlah kepada perempuan mukmin, hendaklah mereka menundukkan sebahagian dari pandangannya…”

Diriwayatkan bahawa Rasulullah s.a.w. bersabda: “Dua pasang mata itu berzina dengan cara melihat”, (Muttafaq’ alaih)

Dapat kita fahami bahawa menatap dengan mata adalah sebahagian dari zina kerana mendapat bahagian yang besar dari kelazatan serta hiburan antara lelaki dan wanita.Oleh itu, pandangan mata haruslah sentiasa dijaga.


10.    MULUT

Allah S.W.T berfirman:

“Janganlah perempuan-perempuan itu terlalu lunak dalam berbicara sehingga berkeinginan orang yang ada perasaan serong dalam hatinya, tetapi ucapkanlah perkataan-perkataan”. (Al-Ahzab:32)

Berdasarkan ayat Hadis di atas, jelaslah bahawa wanita muslim harus menjaga suara mereka.Kerana suara wanita yang terlalu lunak dapat menaikkan syahwat dan hasrat dihati yang mendengarnya terutamanya lelaki.


11.     KEHORMATAN

Allah S.W.T berfirman di dalam surah An-Nur ayat 31:

“Dan katakanlah kepada perempuan-perempuan mukmin, hendaklah mereka menundukkan pandangan mereka dan menjaga kehormatan mereka…”

Setiap wanita Muslimah wajib menjaga kehormatan dirinya, mahupun sebelum ataupun sesudah dia nikah.Jika dia dapat menjaga kehormatan dan mentaati suaminya,Allah S.W.T sepertimana yang umat muslimin mengerti bahawa Allah S.W.T menjanjikan balasan masuk ke syurga dari pintu yang dikehendaki.


12.    PAKAIAN

Rasulullah s.a.w bersabda:

“Sesiapa memakai pakaian yang berlebihan-lebihan,maka Allah S.W.T. akan memberikan pakaian kehinaan di hari akhirat nanti”.( Hadis Riwayat :Ahmad, Abu Daud, An-Nasa’I dan Ibnu Majah)

Rasulullah s.a.w juga bersabda:

“Sesungguhnya sebilangan ahli neraka ialah perempuan-perempuan yang berpakaian tetapi telanjang, yang condong kepada maksiat dan menarik orang lain untuk melakukan maksiat.Mereka tidak akan masuk syurga dan tidak akan mencium baunya”.( Hadis riwayat : Bukhari dan Muslim)

Sesungguhnya wanita muslim harus memakai pakaian yang bertaqwa sepertimana pakaian itu ada hubungan dengan ibadat kita.Oleh demikian, hendaklah mereka menginsafi dan bertaubat kepada Allah S.W.T serta meninggalkan pakaian yang diharamkan itu. ( nipis, jarang, ketat, terbelah dan membuka bahagian tertentu)
13.    RAMBUT

“Katakanlah kepada wanita yang beriman, hendaklah mereka menahan pandangannya, memelihara kemaluannya dan janganlah menampakkan kemaluannya dan janganlah menampakkan perhiasannya, kecuali yang (biasa) nampak darinya.Dan hendaklah mereka menutupkan kain kerudung ke dadanya…”( An-Nur: 31)

Jelaslah bahawa ini menunjukkan rambut wanita termasuk perhiasan yang wajib ditutp,kecuali muka dan telapak tangan.Berkenaan dengan urusan menyambung rambut( menahan rambut) itu hukumnya haram.

Riwayat Imam Al-Bukhari dalam kitab sahihnya, dari ‘Aisyah r.a.:

“Bahawasanya ada seorang wanita Ansar yang akan bernikah, namun tiba-tiba dia sakit dan rambutnya pun gugur.Oleh itu,dia ingin menyambungnya. Maka dia bertanya kepada Rasulullah s.a.w dan baginda menjawab,” Allah melaknat orang yang menyambung rambut dan orang yang meminta disambung rambutnya”.

Jika wanita yang menyambung rambutnya sebelum bersuami, maka sambungan itu adalah haram.Hukum menyambungnya secara mutlak juga adalah haram meskipun si suami telah sudah memberikan keizinan.Dengan ini jelas bahawa menyambung rambut dengan rambut manusia atau selain rambut manusia adalah di haramkan kerana mengandungi unsur penipuan dan menggunakan anggota tubuh manusia.

KESIMPULAN

Secara keseluruhannya,dapat kita ketahui bahawa terdapat 13 macam aurat wanita yang di bincangkan.Sebagaimana yang kita ketahui bahawa wanita itu adalah ciptaan Allah S.W.T yang paling indah.Dan diperintahkan kepada kaum wanita supaya mereka menutup tubuh badan mereka dari di lihat oleh orang ramai terutamanya kaum lelaki.Yakni auratnya adalah bulu alis, kaki dan telapak kaki, wangian, dada, gigi, leher, tangan, mata, mulut (suara), kehormatan, pakaian, dan rambut.
 Bulu alis atau bulu kening adalah dilarang untuk mencukurnya dan hukumnya adalah haram bagi kaum wanita untuk mengubahnya.Kaki dan telapak kaki telah dikatogerikan bahawa ianya adalah sebahagian daripada aurat wanita,oleh itu haruslah dilabuhkan pakaian atau memakai sarung kaki.Wangian dibenarkan untuk kaum wanita memakainya di dalam rumah tetapi baunya haruslah tidak tercium oleh lelaki bukan mahram.Aurat dada bagi seorang wanita muslim itu haruslah ditutup atau dilindungi oleh kain kerudungnya sebagaimana diperintahkan di dalam hadis.Hukum untuk merakan gigi adalah haram sekiranya dilakukan untuk mencantikkan diri,tetapi adalah dibenarkan sekiranya keadaan amat memerlukannya berbuat begitu.Leher adalah termasuk aurat wanita yang wajib ditutupi
.Manakala bagi wajah pula adalah tidak wajib untuk menutup wajahnya kerana wajah perlu dilihat semasa urusan berjual beli.Begitu juga dengan tangan, adalah diperlukan semasa urusan berjual beli dan tidak berdosa sekiranya kedua telapak tangan tidak ditutupi.Pandangan (mata) adalah di perintahkan untuk semua umat Islam menjaga pandangan mereka daripada melihat perkara-perkara mungkar dan haruslah menjaga pandangan agar hatinya tidak dikotori oleh perkara-perkara mungkar yang dipandang.Suara juga merukan aurat dan haruslah untuk tidak melunakkan suara ketika bercakap.Kehormatan dan pakaian saling berhubung rapat,kerana pakaian mencerminkan pendirian.Sebagaimana yang diperintakan oleh Allah S.W.T hendak kiata memakai pakaian yang bertaqwa yakni yang memenuhi prosedur pakaian dalam Islam.Rambut atau kepala hendaklah ditutup dengan kain kerudung,dan adalah haram bagi wanita yang mewarnakan, menyambung atau mencantikkan rambut dengan melakukan pembedahan.
 PENGHARGAAN


Bersyukur kepada Allah S.W.T kerana memberi rahmatnya. Jutaan terima kasih kepada Uztaz Aziz atas galakan dan dorongan dan usaha dalam membantu saya untuk menyiapkan tugasan ini.Terima kasih kerana berkongsi dan mengajar setiap ilmu dengan ikhlas dan penuh kesabaran.Tanpa bimbingan uztaz, saya mugkin tidak dapat menyempurnakan tugasan ini dengan baik.

 Saya berbesar hati dapat menjadi pelajar didikan uztaz dan berdoa agar uztaz sentiasa berada di dalam keadaan sihat…Insyaallah..Terima kasih sekali lagi atas segalanya.Saya memohon maaf sekiranya saya ada melakukan kesalahan yang mungkin saya tidak sedari semasa menuntut ilmu mahupun ketika di luar kelas.

No comments:

Post a Comment