Sunday, October 21, 2012

Detik Kematian

Disediakan untuk : Ustaz Abd Aziz bin Harjin
Disediakan oleh: NAMA: Muhammad Sufi bi Zahid
ID: 2012251042
KUMP: BMD1Ah


PENGHARGAAN
Alhamdulillah hirabbil’alamin, saya merafa’kan sepenuh kesyukuran ke hadrat illahi dengan penuh limpah dan kurnianya, dapat saya menyelesaikan tugasan kerja kursus ini dengan penuh jayanya. Kami menjulang sepenuh penghargaan kepada Ustaz Abdul Aziz Bin Harjin, Pensyarah Mata Pelajaran Pengajian Malaysia (CTU101) di atas kesudian beliau memberi tugasan kepada saya. Beliau banyak membantu saya sepanjang proses pembentukan tugasan ini berlaku. Saya juga mengucapkan ribuan terima kasih kepada rakan saya iaitu, Luqman Haqem bin Suhaimi kerana dengan langsung dan tidak langsung membantu untuk merealisasikan tugasan ini. Pelbagai ilmu yang dapat saya rungkaikan sepanjang saya menyiapkan kerja kursus ini. Pada dewasa kini pelbagai pembangunan dari segenap sudut begitu pesat terbina, begitulah juga dalam bidang pembangunan. Justeru itu, haruslah mahasiswa ini tergolong dalam orang yang sentiasa menyaingi peredaran zaman. Sebelum saya mengundur diri terimalah serangkap mutiara kata dari saya sebagai renung-renungan dan amalan.
“kalau tiada muafakat maka binasalah manusia”
    (pepatah arab)
PARTI KEMATIAN
A. DETIK AKHIR KEHIDUPAN ORANG SOLEH
 Orang soleh menghadapi kematian dengan jiwa yang tenang. Tujuan mereka hanya satu, mati dalam keadaan deredhai Allah. Mereka itu sebagaimana disebutkan Allah dalam firmanNya:
“Wahai orang-orang yang beriman! Bertaqwalah kamu kepada Allah dengan sebenar-benar taqwa dan jangan sekali-kali kamu mati melainkan dalam keadaan Islam”.
(A-li ’Imran: 102)

1. Tetap Beribadah Walaupun Sakit
Disebutkan dalam kita Sahihain dan lainya, ketika Nabi SAW pulang dari menunaikan Haji Wada, baginda jatuh sakit. Penyakit inilah yang membawa kepada kewafatan baginda.
Hari demi hari,penyakitnya kian parah. Dilihat dari ucapan dan pandangan mata, seolah-olah baginda akan meninggalkan dunia. Baginda membalut kepalanya lalu menyuruh Fadhl bin Abbas RA mengumpulkan umat Islam di masjid. Ketika orang ramai sedang berkumpul, baginda dipapah oleh Fadhl menaiki mimbar dan baginda bersabda:
 “Amma ba’du. Masa pergantian itu telah dekat dan kamu semua tidak akan melihatku kembali di tempat ini. Maka sesiapa sahaja yang telah aku rotan belakangnya, inilah belakangku, hendaklah dia membalasnya. Barang siapa aku ambil hartanya, inilah hartaku dan ambillah. Barangsiapa aku cela kehormatannya, maka hendaklah dia membalasnya”.

2. Tidak Gentar Dalam Perjuangan
Umar bin Khattab RA adalah salah seorang dari Khulafa’ ar-Rasyidin yang telah menolong agama dan berjihad dengan nama Rabbul ‘Alamin. Umar RA telah berjaya memadamkan apai Majusi sehingga orang kafir membencinya.
Antara mereka yang paling benci kepada Umar RA adalah Abu Lu’lu’ah al-Majusi, seorang hamba yang bekerja sebagai pakar tukang kayu dan besi yang tinggal di Madinah. Dia membuat satu alat uang digunakan untuk menggiling tepung. Rupanya, dia sedang menunggu waktu yang sesuai unutk membalas dendam kepada Umar RA.
Setelah itu hamba tadi membuat sebilah pisau yang mempunyai dua mata. Pisau itu digunakan dengan memegang bahagian tengah antara kedau-dua matanya. Jika seseorang ditikam dengan satu dari matanya, dia pasti mati. Hamba itu menyapu racun pada pisau tersebut sehingga jika seseorang itu ditikam, dia akan mati, sama ada kerana tikaman atau racun.
Akhirnya tibalah waktu yang ditunggu, dia menghendap-hendap di kegelapan malam. Dia bersembunyi di sudut masjid menuggu kedatangan Umar R.A. dia berada di situ sehingga Umar R.A masuk ke dalam masjid mengejutkan orang ramai untuk bersolat.
“Allahu Akbar,” Umar bertakbir. Ketika dia mula membaca ayat al-Quran, hamba tadi keluar dari persembunyiaannya. Sepantas kilat dia menyerang umar RA dengan tiga tikaman sekaligus. Tingkaman pertama mengenai dada, kedua mengenai perut dan yang ketiga mengenai bahagian bawah pusat. Umar RA menjerit dan rebah ke tanah. Dalam pada itu dia mengulang-ulangi firman Allah SWT yang bermaksud:
 “Dan (ingatlah) perintah Allah itu adalah satu ketetapan yang ditentukan berlakunya”
(Al-Ahzaab: 38)
Lalu Abdurrahman bin Auf RA mara ke hadapan menggantikan Umar untuk menyelesaikan solat jemaah tersebut. Dia menghunus pisaunya, setiap orang yang mendekati pasti diserang sehinggalah dating seorang melemparkan sehelai selendang tebal ke arahnya.
Dia terhuyung-hayang. Lantaran takut kaum Muslimin menangkapnya, dia menikam diri sendiri dengan pisau yang dibawanya.

3. Tetap Solat Walaupun Cedera Parah
Umar RA terus diusung ke rumah. Orang ramai yang menunggu di sekelilingnya menangis. Umar RA pengsan sehingga matahari terbit. Ketika sedar, dipandangnya wajah mereka yang berada di sekelilingnya.
Pertanyaan pertamanya adalah “Apakah orang ramai sudah solat?” Mereka menjawab, “sudah.” “Segala puji bagi Allah. Sesungguhnya tidak dianggap Islam orang yang meninggalkan solat,” katanya. Dia memaut tangan anaknya, Abdullah RA dan meletakan tubuhnya di belakang Abdullah RA. Umar RA duduk bersandar pada anaknya.
Darah terus mengalir dari luka bekas tikaman. Abdullah bin Umar RA berkata,”Demi Allah, aku cuba menutup luka itu dengan jariku, namun darah terus mengalir. Akhirnya kami ikat lukanya dengan serban.”Demikianlah Umar menunaikan solat Subuhnya.

4. Tentera Islam Yang Pintar
Ini pula kisah Abdullah bin Khudzafah RA, seorang pemuda yang berperang dengan tentera Rom. Kehebatannya menimbulkan rasa kagum oleh panglima Rom dan apabila Abdullah RA ditangkap oleh tentera tentera Rom, Abdullah diberi tawaran kebebasan dengan syarat jika Abdullah masuk agama Nasrani, beliau akan dibebaskan. Abdullah RA digertak dicampak dalam tungku yang panas mendidih jika tidak memasuki agama Nasrani. Abdullah menangis, lalu raja Rom bertanya “mengapa kamu menangis ?” Abdullah menjawab “aku menangis kerana hanya memiliki satu nyawa dan aku akan terus mati ketika dicampakkan ke tungku ini. Demi Allah aku ingin memiliki seratus nyawa yang semuanya aku gunakan untuk mati dijalan Allah, seperti kematian yang aku hadapi ini.
Raja berkata, “ ciumlah kepalaku, kau akan aku bebaskan.” “dan engkau bebaskan seluruh kaum Muslimin yang kau tawan,” tawar Abdullah RA. “ Ya” jawab raja. Abdullah mencium kepala raja. Setelah itu, raja memutuskan untuk membebaskan seluruh muslimin yang ditawan.

5. Meninggal Dunia Ketika Solat
Inilah Amir bin Abdullah bin Zubair RA. Dia berada di ambang kematian dengan sisa-sisa nafas yang dimilikinya. Keluarganya menangis di sebelahnya. Ketika sedang nazak, dia mendengar azan. Dia berkata kepada orang di sebelahnya, “angkatlah aku.” Mereka bertanya, “engkau mahu ke mana?” “ke masjid,” jawabnya. “dalam keadaan seperti ini?” Tanya orang ramai.
Dia menjawab, “Subhanallah. Adakah patut aku tidak menyahut azan padahal aku mendengarnya? Angkatkan diriku!” kemudian mereka memapahnya. Dia sempat solat satu rakaat di belakang imam sebelum meninggal dalam keadaan sujud. Ya, dia mati dalam keadaan sedang sujud.

6. Cinta Pada Kematian
Demikian juga Saad bin Abi Waqqash RA, ketika menemui raja Parsi. Dengan gagah dia berkata: “aku akan dating dengan satu pasukan yang sangat mencintai akan kematian, sebagaimana kamu semua cinta pada kehidupan.”
Dalam peperangan Uhud, ramai kaum Muslimin terbunuh, sementara anak panah pasukan kafir begitu deras menyerang Rasullah SAW. Saat itulah Abu Thalhah RA membuka dada menjadi banteng Rasullah SAW. Dia berkata, “wahai Rasullah, anak panah itu tidak akan mengenaimu. Kami akan mengorbankan diri kami, agar engkau tidak terkorban.”

B. KUBUR ANTARA TAMAN SYURGA ATAU LUBANG NERAKA
1. Berlindung Dari Azab Kubur
Imam Ahmad meriwayatkan dalam sanadnya, dari al-Barra’ bin Azib yang berkata, “Kami keluar bersama Rasulullah SAW untuk menziarahi jenazah. Lalu Rasulullah duduk di atas kubur dan kami duduk mengelilinginya. Kami merasa di atas kepala kami ada burung. Baginda menggali lubang untuknya dan bersabda, “berlindunglah kepada Allah dari azab kubur.” Kami berkata, “kami berlindung kepada Allah dari azab kubur.”
Lalu baginda bersabda, “apabila seorang hamba Mukmin berada di hujung dunia menuju gerbang akhirat, malaikat dari langit turun kepadanya. Wajahnya putih bersih, secerah mentari. Mereka membawa kafan dan minyak yang berasal dari syurga.”
“Mereka duduk sangat dekat dengan hamba itu dan mengucapkan salam. Lalu duduk di atas kepalanya dan berkata, “wahai jiwayang suci, keluarlah menuju keampunan dan keredhaan Allah. Maka rohnya pun keluar sebagaimana aliran air yang deras. Lalu malaikat itu mengambil rohnya.”
“la memegang roh tersebut untuk beberapa ketika. Selanjutnya diletakkan di dalam kafan. Daripadanya keluar wangian paling harum. Setelah diletakkan di bumi, mereka mengangkat roh tersebut ke atas. Setiap malaikat yang dilaluinya pasti bertanya, roh siapa ini?”
“mereka menjawab, ‘Fulan bin fulan,’ dengan menyebut nama terbaik yang pernah digunakan di dunia. Begitulah, sampai mereka tiba di sempadan akhir langit bumi. Mereka meminta berikutnya dibuka dan dikabulkan.”
“demikian sampai pada langit berikutnya hingga sampai pada langit ketujuh. Allah SWT berfirman, “tulislah catatan hambaKU ini dalam ‘illiyyin dan kembalikan dia ke bumi. Sesungguhnya aku menciptanya dari bumi (tanah) dan akan Aku kembalikan semula ke bumi (tanah). Dari tanah pula akan Aku keluarkan mereka semula.”
Roh itu pun dikembalikan semula ke dunia. Lalu datanglah dua malaikat yang duduk di hadapanya bertanya, “Siapa Tuhanmu?” Dia menjawab, “Tuhanku adalah Allah,” “Apa agamamu?” “Agamaku Islam,” jawabnya.
Dua malaikat itu meneruskan pertanyaannya, “Siapakah lelaki ini, yang pernah diutus kepadamu?” Dia menjawab, “Dia adalah Rasullah SAW.”
“Dari mana kamu tahu?” Tanya malaikat. “Aku membaca kitab Allah lalu beriman dan membenarkannya,” jawab hamba tadi. Lalu terdengar seruan dari langit bahawa, “Benarlah hambaku ini. Berikanlah pembaringan dan pakaian dari syurga, serta bukakan pintu syurga.”

 2. Amalan Menemani Mayat Di Dalam Kubur
Setelah itu, dilapangkan kuburnya sejauh mata memandang. Datang kepadanya seseorang yang tampan dengan baju yang baik dan aroma yang harum. Orang itu berkata, “Berbahagialah dengan kemudahan yang diberikan kepadamu. Inilah hari yang dijanjikan padamu.”
“Dia berkata kepada orang itu, “Siapa kamu? Wajahmu Nampak baik.” Di jawab, “Aku amaln solehmu. Engkau selalu bersegera mantaati Allah dan enggan melakukan maksiat kepdaNya. Maka Allah menggandakan kepadamu dengan kebaikan.”
“Wahai saudara dan saudari, dikatakan kepadanya, “akulah amla solehmu, akulah solatmu, akulah kebaikan dan sedekah yang pernah kau infaqkan. Akulah tangis dan rasa takutmu. Akulah umrah dan hajimu. Akulah bacaan al-Quranmu, akulah cintamu terhadap ar-Rahman.”
“Akulah tahajjudmu di sepertiga malam terakhir dan puasamu di siang hari. Akulah rasa takutmu pada Allah. Akulah sikap baikmu terhadap kedua orang tuamu. Akulah ‘tolabul ilmi’mu. Akulah dakwahmu kepada Allah, akulah jihadmu fi sabilillah.
“Ketika seorang Mukmin menyaksikan amalannya dating berupa seseorang berwajah tampan, dia gembira. Ketika dia mengamati sekeliling, nescaya dia sedar kuburnya menjadi lapang. Disediakan pembaringan baginya dari syurga.”
“Ketika dia melihat bajunya, dia sedar baju itu dari syurga. Dia juga yakin bahawa nikmat yang dia rasakan di alam kubur itu sama sekali berbeza denga nikmat syurga. Maka dia berdoa kepda Tuhannya, “Wahai Tuhan, segerakanlah kiamat, sehingga aku dapat kembali kepada keluarga dan hartaku.”

MASALAH BERKAITAN JENAZAH DAN KUBUR
1. Kematian Tidak Dapat Ditunda Atau Dicepatkan
Kematian tidak dapat ditangguh atau dipercepatkan walaupun sedetik. Allah SWT berfirman yang bermaksud:
“Dan (tiap-tiap) makhluk yang bernyawa tidak akan mati melainkan dengan izin Allah, iaitu ketetapan (ajal) yang tertentu masanya (yang telah ditetapkan oleh Allah).”
(A-li ‘Imran: 145)
2. Azab Nikmat Kubur Itu Benar
Sesungguhnya azab dan nikmat kubur adalah kepastian yang telah ditetapkan dalam al-Quran dan sunnah.
 “....Dan Firaun bersama-sama kaumnya ditimpa azab seksa yang seburuk-buruknya. Mereka didedahkan kepada bahang api neraka pada waktu pagi dan petang (semasa mereka berada dalam alam barzakh) dan pada hari berlakunya kiamat (diperintahkan kepada malaikat): “Masukkanlah Firaun dan pengikut-pengikutnya ke dalam azab seksa api neraka yang seberat-beratnya!” (Ghaafir: 45-46)

3. Azab dan Nikmat Kubur Adalah Perkara Ghaib
 Azab dan nikmat kubur adalah perkara ghaib. Ia tidak dapat di capai dengan akal. Sementara beriman kepada perkara ghaib adalah sifat terpenting seorang mukmin, sebagaimana firman Allah SWT yang bermaksud:
 “Alif, Laam, Miin. Kitab al-Quran ini, tidak ada sebarang syak padanya (tentang datangnya dari Allah dan tentang sempurnanya), ia pula menjadi petunjuk bagi orang-orang yang (hendak) bertaqwa.”
(Al-Baqarah: 1-2)

4. Ziarah Kubur
 Rasulullah SAW bersabda yang bermaksud:
 “Janganlah kamu bersusah payah melakukan sesuatu perjalanan kecuali ke tiga tempat: Masjid Haram, masjidku ini (Masjid Nabawi) dan Masjidil Aqsa.”
(Muttafaqun Alaih)

5. Bid’ah yang Selalu Dilakukan Di Perkuburan
•    Meletak atau menabur bunga kepada jenazah atau kubur. Rasulullah SAW bersabda yang bermaksud:
 “ barang siapa menyerupai suatu kaum, dia termasuk kaum itu”
(HR Ahmad)
•    Menghormati arwah para pahlawan dan lainnya dengan bertafakkur. Ini adalah bid’ah yang mungkar.
•    Tidak boleh menyimpan gambar mereka yang sudah mati ( atau yang masih hidup ) dengan alasan mengingati atau lainnya.
•    Mengadakan tahlil atau takbir beramai-ramai dengan suara yang kuat berkenaan dengan seseorang yang meninggal dunia.
•    Azan dalam kubur atau setelah meletakkan jenazah di liang lahad.
•    Doa bersama-sama setelah solat jenazah atau setelah mengebumikan mayat.
•    Menguburkan mayat dengan keranda kecuali apabila keadaan tidak memungkinkan seperti anggota tubuhnya terpotong atau peraturan sesuatu Negara.

6. Hadiah Untuk Mayat
Kerabat si mati boleh melakukan ibadah tertentu dengan maksud menghadiahkan pahalanya kepada si mati, selagi mana tidak bertentangan dengan syariat, seperti berdoa, melakukan haji, umrah, sedekah dan berkorban untuknya. Demikian juga membayar hutang puasa si mati.
Adapun yang tidak dibolehkan adalah membaca al-Quran dan solat dengan tujuan pahalanya hadiahkan kepada si mati. Demikian juga tidak boleh mengupah orang untuk membaca al-Quran, yang pahalanya dihadiah kepada si mati. Perkara tersebut tidak pernah dilakukan Rasulullah SAW.

7. Mendahulukan Pengurusan Jenazah dan Hutangnya
Sebelum Faraid, harta si mati hendaklah    didahulukan untuk menguruskan jenazah, membayar hutang dan melaksanakan wasiatnya.
Rasulullah SAW bersabda yang bermaksud:
“jiwa seorang mukmin tergantung dengan hutangnya, sehingga hutang itu dilunasi.”
(HR. Ahmad)

MALAM PERTAMA DI ALAM KUBUR
1. Cembur Ibnu Mas’ud RA
Hari itu, Rasulullah SAW dan para sahabat berangkat menuju ke medan perang di Tabuk. Di suatu malam, ketika para sahabat lain tertidur, Ibnu Mas’ud RA berkata, “aku terbangun di penghujung malam. Ketika aku melihat tempat tidur Rasulullah SAW, baginda tiada. Lalu aku beranjak ke tempat tidur Abu Bakar dan Umar RA. Keduanya pun tiada di tempat tidur.
Tiba-tiba kilaun cahaya memancar dari sebuah khemah di penjuru khemah. Aku beranjak kearah cahaya itu untuk melihat apa yang terjadi. Ternyata seuah kubur telah di gali. Rasulullah SAW berada di dalam liang lahat tersebut, sementara sesusuk jenazah yang telah dikafan telah sedia untuk dikuburkan. Abu Bakar dan Umar RA berada di sisi jenazah tersebut.
Sejurus kemudian, air mata Rasulullah SAW bercucuran membasahi pipi baginda. Sambil menghadap arah kiblat, baginda mengangkat kedua tangan dan berkata, “Ya Allah, hari ini aku bersama dia(jenazah) dalam keadaan redha. Maka redhailah dia.” Aku bertanya siapa jenazah tersebut. Maka menjawab, “dialah Abdullah Dzu al-Jabadain. Dia baru sahaja meninggal malam tadi.”
Ibu Mas’ud menambah, “Demi Allah, aku ingin andainya jenazah itu adalah aku.” Rupanya dia iri hati doa Rasul,”Ya Allah, hari ini aku bersama dia(jenazah) dalam keadaan redha. Maka redhailah dia.” Ketika Allah telah redha pada seorang hamba, jaminan kebahgiaan telah terbentang baginya.

2. Pengsan Melihat Jenazah Diusung
Ketika Uthman bin Affan RA melihat jenazah diusung, dia terus menangis sehingga pengsan. Orang ramai mengusungnya pulang ke rumah, seolah-olah dia telah menjadi jenazah. Ketika orang ramai bertanya “apa yang terjadi padamu?” dia menjawab “aku mendengar Rasulullah SAW bersabda yang bermaksud:
 “Kubur adalah fasa pertama dari alam akhirat. Jika seseorang hamba selamat menghadapinya, dia gembira dan bahagia. Namun jika dia rugi(na’udzu billah) maka rugilah seluruh urusan akhiratnya.”  

TRAGEDI ALAM KUBUR
A. RAWATAN HATI YANG KERAS    
1. Membaca Al-Quran dan Zikrullah
Allah SWT memberitahu kita bahawa ubat mujarab yang mampu menyembuhkan hati adalah zikrullah. Bentuknya yang paling utama adalah mambaca al-Quran. Dengan cara itu, hati menjadi tenang. Hati yang tidak pernah membaca al-Quran adalah hati yang mudah terpengaruh dengan tipu daya syaiton. Hati yang tertutup dan terhalang dari rahmat Allah SWT.

2. Merendah Diri dan Menangis Di hadapan Allah
Ibnu Abbas RA berkata, “Nabi SAW bersabda dalam sebuah doa, “Ya Allah, bantulah aku dan jangan Engkau kalahkan aku. Tolonglah aku, jangan Engkau celakakan. Buatlah tipu helah untukku, jangan Engkau buat tipu helah yang akan menyerangku.”
“tunjukilah aku dan mudahkanlah petunjuk itu dating padaku. Tolonglah aku menghadapi orang-orang yang menentangku. Ya Allah, jadikanlah aku di hadapanMU sebagai hamba yang bersyukur, berzikir, takut, patuh dan beribadah padaMU. Kepada Mulah aku kembali.”

3. Menghadiri Majlis Ilmu
Kita mesti menghadiri majlis-majlis yang buruk. Sebab, itulah factor utama yang erosak dan mengeraskan hati. Secara umum, kita mesti berhati-hati agar tidak menodai hati kita dengan keburukan, sebab itu adalah virus yang berbahaya bagi hati.
Semua itu tidak dapat dilakukan kecuali dengan berusaha untuk merndapatkan rahmat Allah dan mengambil teladan dari hamba Allah yang soleh. Yang demikian dapat melunak dan menyumbahkan hati. Itulah majlis ilimu. Dan, ilmu adalah ibadah bagi hati.


DALIL-DALIL DARI HADITH
1. Al-Bukhari meriwayatkan dari Aisyah bahawa seorang wanita Yahudi dating kepadanya dan menceritakan azab kubur. Wanita itu berkata, “semoga Allah melindungimu dari azab kubur.” Lalu Aisyah bertanya kepada Rasulullah SAW tentang azab kubur. Baginda menjawab, “Ya, azab kubur pasti ada.” Aisyah berkata, “Setelah itu aku tidak pernah meliat Rasulullah merndirikan solat, kecuali meminta (berdoa) perlindungan dari azab kubur.”
2. Disebut dalam Sahihain dari al-Barra’ bin AazibRA dari Abu Ayyub RA berkata, “Rasulullah SAW keluar pada saat matahari tenggelam dan baginda merndengar sesuatu. Baginda bersabda, “Ini adalah Yahudi yang diazab di dalam kuburnya.”


RUMUSAN
Setiap kehidupan akan diakhiri dengan kematian. Tidak seorang pun tahu bilakah harinya. Ianya hadir menjemput dengan penuh misteri. Namun, ada sesuatu yang menakutkan, apakah yang akan terjadi setelah kematian? Lantaran itu, setiap insane perlu bersiap sedia dan husnul khatimah harus menjadi pilihan. Untuk mengecapinya patuhilah segala perintah Allah SWT dan jauhilah segala laranganNya.
Alam kubur adalah alam yang mengerikan dan membuatkan penghuninya tidak sabar menanti hari pembalasan. Azab atau nikmat yang dirasai di dalamnya adalah permulaan pembalasan dari Allah SWT pemilik alam semesta. Bimbingan dan pedoman perlulah dicari gali kerana hiruk-pikuk dunia terkadang melalaikan. Iman yang selalunya pasang surut perlu pupukan terutama ketika ketakwaan kepadaNya mulai hanyut dibuai mainan duniawi.

No comments:

Post a Comment