Sunday, October 21, 2012

Imam Syafii Pejuang Kebenaran

DISEDIAKAN UNTUK: USTAZ ABD AZIZ BIN HARJIN
PENSYARAH PENDIDIKAN ISLAM

DISEDIAKAN OLEH: MOHAMAD SAFWAN BIN SHAHIDAN 2011959487

PROGRAM: DIPLOMA PENGURUSAN PERNIAGAAN

TARIKH HANTAR: 13 SEPTEMBER 2012

PENDAHULUAN
 Selepas kewafatan baginda, Nabi Muhammad s.a.w. dan tamatnya pemerintahan Khulafa Ar rasyidin dalam memegang tampuk pemerintahan islam. Selepas itu barunya munculnya pemikir-pemikir islam yang lahir untuk menegak syiar Islam bagi untuk menyelesai permasalah umat islam yang semkain meruncing di dunia antaranya perpecahan sesama umat islam kerana inginkan kuasa sanggup bunuh-membunuh walaupun yang dibunuhnya itu saudara sesama islam. Sehingga munculnya empat imam ijtihad yang terkenal yang berpegang dengan al-Quran dan as- Sunnah datang bagi menyelesaikan permasalahan masyarakat dan menarik mereka ke jalan diredhai oleh Ilahi. Empat imam ini terdiri daripada Imam Abu Hanifah pengasas Mazhab Hanafi,Imam Ahmad bin Hanbal pengasas mazhab Hambali,Imam Malik bin Anas pengasas mazhab Maliki,dan Imam Syafie pengasas mazhab Syafie yang paling popular di kalangan antara keempat-empat mazhab ini.Keempat mazhab ini berpegang teguh pada al-Quran dan as-Sunnah. Walaupun ada diantara mereka di seksa dalam menegakkan kebenaran agama Allah itu tidak mengoyang imam setiap yang ada dalam diri mereka kerana yakin Allah sentiasa berada setiap orang yang benar. Setiap ijtihad atau pandangan empat imam besar ini mengeluarkan pendapat sentiasa menyeru kepada murid-murid dengan melarang taklid, baik taklid ke atas sesiapa sahaja.
 Imam Syafie adalah gelearan yang di panggil kepada beliau kerana rupa paras beliau seiras dengan moyang nya yang bernama syafie.Nama sebenar Imaam Syafie adalah Muhamad bin Idris bin Ulthman bin Shafie bin Saib bin Abdu Yazid bin Hasyim bin Abdul Mutalib bin Abdul Manaf. Nasab nya bertemu dengan Rasulullah s.a.w..Bapanya berasal daripada dari suku kaum Quraisy dari bani Mutalib.Ada yang mengatakan bapa beliau meninggal sewaktu beliau dalam kandungan ibunya. Nama Ibu Imam Syafie,menurut al Hakim adalah Fatimah binti Al hasan bin Ali bin Abi Talib. Kebanyakan pendapat popular atau sahih yang mengatakan ibunya bernama Ummu Habibah al Uzdiyah berasal dari kabilah dari suku Uzd.

 Imam Syafie dilahirkan di Gaza,Palestin pada bulan Rejab tahun 150 Hijrah. Ada pendapat mengatakan pada malam sewaktu beliau dilahirkan, ulama besar iaitu Imam Abu Hanifah pula meniggal dunia akibat di racun oleh Khalifah Abu Jaafar Al Mansur.Imam Syafie dilahirkan dalam keluarga yang serba kekurangan.Walaubagaimanapun,itu tidak akan mematahkan semangat Imam Syafie dalam menunutut ilmu pengetahuan. Sejak kecil lagi,Imam Syafie telah mempelajari ilmu tentang al Quran dan berjaya menghafal 30 juzuk al Quran pada usia sembilan tahun.Beliau mempunyai kelebihann yang amat luar biasa iaitu mampu menghafal apa jua kitab-kitab walaupun hanya melihat sekali sahaja atau mendengar ilmu yang di sampaikan oleh guru beliau.Ini amat mengagumi semua orang yang berada di sekeliling beliau kerana kelebihan yang amat luar biasa itu.Beliau menceritakan kebolehan yang diperolehi beliau adalah terjadi sewaktu beliau tidur,beliau bermimpi bertemu dengan junjungan yang mulia Nabi Muhammad s.a.w. Dalam mimpi itu,Nabi Muhammad bertanya siapakah Imam Syafie lalu Imam Syafie menjawab nama tersebut ialah Muhamad bin Idris daripada keturunan bani Hasyim. Lalu Baginda menyuruh Imam Syafie datang menghampiri Baginda lalu Baginda mengusap muka, mulut dan bibir Imam Syafie. Kemudian,Rasulullah s.a.w. berpesan “Pergilah engkau semoga Allah memberkati hidupmu.” Swjak peristiwa itu, Imam Syafie merasakan daya ingatan beliau dan hafalan beliau terasa sangat kuat hinggakan sekiranya ada timbunan kertas setinggi gunung pun beliau dapat mengahafal nya dengan bagus dengan izin Allah S.W.T.

 Sejak kecil lagi, ImamSyafie amat meminati ilmu pengetahuan terutama dalam biadang berkaitan mengenai dengan ilmu-ilmu berkenaan dengan kalam Allah S.W.T. iaitu ilmu al-Quran. Sewaktu kecil lagi beliau telah di asuh oleh ibu nya sendiri dalam mengenal apa itu al-Quran dan mempelajari cara bacaan al-Quran. Oleh kerana, kecerdasan akal fikiran beliau yang di kurnia oleh Ilahi beliau berjaya dalam mengausai ilmu yang diajar oleh ibunya sehingga mahir untuk membaca nya dengan lancar walaupun dalam usia yang masih muda. Keinginan beliau untuk mempelajari ilmu berkenaan dengan al-Quran tidak terhenti di situ sahaja,beliau kemudian pergi berguru dengan ulama terkenal mekah iaitu Imam Ismail Kustantani sehingga beliau menjadi begitu mahir dalam menguasai ilmu tersebut.Sewaktu ketiadaan gurunya,Imam Syafie diminta oleh guru beliau untuk menganti beliau untuk mengajar pelajar lain walaupun usia yang hanya baru hendak menjangkau dua belas tahun tapi diberikan kepercayaan untuk mengajar para pelajar yang masih lebih tua daripada beliau. Imam Syafie juga mempelajari ilmu mengenai cara mengarang puisi kerana beliau amat tetarik dengan bait-bait puisi yang indah.Oleh itu,beliau pun pergi berguru dengan penyair paling terkenal pada waktu itu iaitu Mus’ab bin Zubair.Ketika memepelajari ilmu mengenai tentang cara mengarang puisi beliau telah mengafal 10 000 ribu rangkap syair kaum Bani Huzail walaupun syair kaum Bani Huzail itu amat panjang tetapi beliau masih mampu mengahafalnya tanpa ada yang tertinggal walaupun satu patah perkataan. Bagi menerus jihad ilmu nya, beliau terus mendalami lagi ilmu di muka bumi Allah ini dengan mempelajari ilmu bekenaan dengan ilmu hadis. Beliau berguru pula dengan ulama hadis di Mekah iaitu Imam Sufian Ainiah. Imam Syafie pun mempelajari ilmu hadis dengan Imam Sufian sehingga banyak hadis yang dapat dipelajarinya srta dihafal. Setelah berjaya menguasai ilmu hadis dan ilmu al-Quran, beliau kemudian pergi pula mendalami ilmu berkenaan dengan ilmu fiqah dengan Imam Muslim bin Khalid Al Zanji. Yang juga merupakan Gabenor Mekah ketika itu.Beliau mempelajari ilmu foqah sehingga beliau diakui oleh gurunya untuk mengajar di kalayak umum serta dapat mengeluarkan fatwa berkenaan permasalahan agama. Walaubagaimanapun, Imam Syafie masih merasakan dirinya masih kekurangan dengan pengetahuan ilmu pengetahuan agama. Dalam diam-diam, beliau mendalami sendiri Kitab Muawtta’ yang dikarang Imam Malik bin Anas sehingga dapat dihafal nya isi kandungan kitab tersebut. Atas keinginan yang amat kuat untuk berguru dengan Imam Malik dia sanggup untu nermusafir beribu batu semata-mata hendak berguru dengan ullama tersohor Madinah itu yang dimana terletak nya jasad jujungan yang mulia iaitu Nabi Muhammad s.aw.

 Semasa berguru dengan Imam Malik, Imama Syafie mempelajari stiap apa yang di ajarkan oleh gurunya itu serta memahat kan apa jua perkara dan pesanan yang di sampaikan oleh guru beliau. Setelah berguru dengan Imalik selama lapan bulan, Imam syafie berkeinginan untuk beguru dengan pengasa mazhab Hanafi iaitu Imam Abu Hanifahtetapi tidak kesampaian kerana ulam itu meniggal dunia akibat diracunii oleh Khalifah sewaktu zaman nya itu. Imam Syafie pun pergi ke Iraq iaitu di mana adanya anak murid Imam Abu Hanifah seperti Imam Abu Yusof dan Imam Muhammad al-Hasan. Selepas itu, Imam Syafie menjelajah setiap pelusuk negeri Iraq yang digelar negeri seribu satu malam dan berguru dengan setiap ulam yang berada di situ. Setelah puas mejelajah dan menuntut ilmu agama di Iraq beliau kemudian pergi ke Parsi. Di sana beliau mempelajari bahas parsi untuk memudahkan beliau untuk menuntut ilmu dengan ulama di sana.

 Imam Syafie merupakan insan yang dikurniakan akal fikiran yang hebat oleh Sang Pencipta Yang Maha Kuasa. Walaupun beliau masih dalam belasan tahun, atas kebijaksaan beliau serta berjaya menguasai bidang ilmu pengetahuan agama sehinggakan dilantik sebagai mufti Mekah ketika itu walaupun beliau masih berusai 15 belas tahun. Beliau juga diakui oleh ulama-ulama ketika itu serta para gurunya.Kebijaksanan beliau seperti separuh penduduk di muka bumi ini. Semasa dalam hidup Imam Syafie, beliau pernah memegang jawatan sebagai jurutulis dan setiausaha peribadi kepada Gabenor Yaman yang ketika itu bernama Al-Malik.Atas keperluan hidup untuk menyara dirinya semasa di negeri orang beliau pun bersetuju atas permintaan gabenor Yaman itu sambil mendalami ilmu agama dengan ulmaa yang berada di situ. Semasa di Yaman, Imam Syafie dijodohkan dengan seorang gadis oleh gabenor Yaman iaitu Hamidah binti Amru bin Uthman bin Affan yang juga merupakan cucu kepada sahabat Rasulullah s.a.w. iaitu Saidina Uthman bin Affan r.a. Hasil dari perkahwinan itu, mereka dikurniakan tiga orang cahaya mata iaitu Abu Uthman Muhammad, Fatimah dan Zainab.
 Setiap dakwak untuk kearah menegakkan kebenaran agama Islam pasti aka nada halanagan yang akan mengahalang dalama menegakakan agama Allah ini.Pasti akan ada segelintir golongan yang menaruh dalam hati mereka hasad dengki atas orang yang menegak kan agama Allah walaupun ternyata ia adalah benar dengan terpampang bukti-bukti yang kukuh tetapi golongan ini tetap berpaling pada kebenaran kerana cintakan dunia yang sementara. Ujian pasti akan datang pada seseorang muslim untuk di ujikan imamnya termasuklah Imam Syafie. Sewaktu beliau dilantik sebagai kadi di wilayah kota Najran. Beliau telah difitnah oleh Gabenor Najran iaitu Gabenor as Saud yang mengatakan Imam Syafie ialah Ketua kepada Puak Alalawiyah yang ingin menjatuhkan kerajaan Bani Abbasiyah yang ketika itu diterajui oleh Khalifah Harun Ar Rasyid. Dalam ujian yang dikurniakan oleh Allah S.W.T. ke atas Imam Syafie dan para pengikutnya yang setia itu.Beliau dan pengikutnya diuji dengan dirantai kaki dan tangan mereka serta di paksa berjalan dari kota Najran ke Bahgdad yang mengambil masa selama lebih kurang hamper dua
bulan lamanya. Walaupunbegitu, ujian yang dihadapi oleh Imam Syafie dan pengikut setianya tidak mematahkan sedikit iman mereka walaupun badan mereka sudah amat tidak terdaya untuk digerakkan lagi. Semasa di dalam penjara, Imam Syafie ditimpakan lagi ujian kepada mereka apabila mereka disoal dengan mengunakan rotan yang tebaloleh Panglima Ghadafi dengan kejam. Walaupunbegitu, itu tidak mematahkan iman mereka yang teguh dalam menyatakan kebenaran yang nyata.Akhirnya setelah di soal siasat oleh khalifah terbukti bahawa Imam Syafie dan pengikutnya tidak bersalah dan mereka telah di fitnah oleh Gabenor as Saud. Sepanjang menegakkan syiar islam dimuka bumi Allah ini, Imam syafie dimusuhi oleh kaum fahaman Muktakzilah. Kaum ini menggunakan logic akal dalam mengeluarkan hujah-hujah mereka berbanding menggunakan panduan al-Quaran dan hadis Rasulullah s.a.w. Malah mereka menafsir al Quaran dengan hanya mengunakan pendapat mereka sendiri. Pernah terjadi satu peristiwa dimana, Fityan seorang pendokong fahaman Muktazilah mengatakan bahawa al Quran itu adalah makhluk. Tindakan itu mencetuskan reaksi Imam Syafie lalu beliau mengeluarkan fatwa kepada siapa yang mengatakan al Quran itu makhluk kafir lah dia. Begitulah tegasnya Imam Syafie dalam meengakakan syiar islam di muak bumi Allah ini walaupun ada saja rintangan yang datang melanda.
 Ajal dan maut itu pasti tidak akan terlepas dari setiap makhluk yang di ciptakan Allah S.W.T. di muka bumi ini termasuklah Imam Syafie. Sewaktu di penghujung hayatnya beliau di duga dengan ditimpa penyakit buasir berdarah yang amat serius. Penyakitnya yang dialami beliau begitu kritikal sehinggakan darah keluar tidak henti-henti sehinggakan sewaktu tidur beliau terpaksa meletakkan kain yang tebal bagi mengurangkan darah yang keluar. Walaupun ditimpa dengan penyakit yang amat serius itu tidak menghalang sedikit pun beliau untuk bagi menyebarkan ilmu pengetahuan agama kepada sesiapa yang dahagakanya. Malah dalam melakukan ibadat kepada Allah, beliau telah dinasihati oleh anak murid beliau supaya tidak berdiri terlalu lama tetapi nasihat itu dihiraukan beliau kerana dalam melakukan solat malam kenikmatannya akan dirassai sewaktu berdiri. Beliau sewaktu melakukan melakukan solat malam sehingga beliau berrdiri dari tengah malam sehingga ke waktu pagi kerana beliau memeperolehi kemanisan dalam melakukan ibdat kepada Allah. Terjadi suatu peristiwa, sewaktu Imam Syafie pulang selepas mengajar di Masjid Amru secara sendirian tanpa ditemani oleh sesiapapun. Dalam pejalanan itu beliau telah dihalang oleh beberapa orang sahabat Fityan yang marah kepada Imam Syafie kerana ketua mereka Fityan di hukum dikalayak ramai akibat mencerca kerabat Rasulullah s.a.w. lalu mereka membelasah Imam Syafie sehingga cedera parah. Akibat daripada kejadian itu, penyakit Imam Syafie bertambah-tambah teruk sehinggakan beliau tidak mampu berjalan menuju ke masjid lagi. Setelah mendapat tahu bahawa Imam Syafie jatuh sakit tenat maka ramailah anak murid beliau datang menziarahi beliau termasuklah anak murid kesayangan beliau al-Rabi’. Pada suatu malam, al-Rabi’ bermimpi seorang raja meninggal dunia dunia lalu berjumpa dengan orang mahir dalam menafsir mimpi. Kata ahli tafsir mimpi itu yang dimaksud kan dengan raja yang meninggal dunia itu adalah orang yang paling alim di dunia ini akan meninggal dunia. Al-Rabi’ yakin bahawa yang dimaksudkan orang yang alim itu pasti adalah Imam Syafie. Semakin hari penyakit buasir Imam Syafie semakin hari semakin teruk sehinggakan tilam tempat perbaringan beliau terpaksa ditebuk untuk diletakkan satu bekas dibawahnya untuk menampung darah yang keluar daripada buasir nya. Akhirnya Imam Syafie menghebuskan nafasnya terakhir pada malam jumaat 28 Rejab tahun 204 hijrah, bersamaan 820 Masihi ketika beliau berusia 54 tahun. Beliau meninggal dunia di rumah sahabat baiknya iaitu Abdullah bin Hakam. Berita kematian ulam tersohor ini tersebar cepat ke seluruh Mesir. Ramai orang yang datang menziarahi jenazah ulam tersohor itu serta menyembahyang kan jenazah beliau termasuk yang datang Sayidah Nafisah cucu kerabat Saidina Ali bin Abi Talib. Imam Ahmad bin Hanbal ketika beliau berada di sisi jenazah Imam Syafie beliau berkata Imam Syafie “Allah merahmati beliau kerana beliau sempurna dalam berwuduk bagi memastikan ibadat yang lain juga dilakukan dengan sempurna. Sewaktu jenazah Imam Syafie hendak dikebumikan beliau di iringi berpuluh-puluh ribu manusia. Bebetapa hari setelah Imam Syafie dikebumikan al-Rabi’ beliau bermimpi bertemu dengan guru nya yang ketika itu duduk di kerusi yang diperbuat daipada emas dan dihamparkan intan permata yang amat cantik. Berita itu sampai kepada Imam Ahmad lalu beliau berkata bahawa Imam Syafie itu ibarat matahati bagi dunia dan ibarat kesihatan bagi manusia.

KESIMPULAN
 Sepanjang hayat Imam Syafie, beliau telah memberi sumbangan yang besar dalam dunia Islam khususnya. Dari segi penulisan beliau denagn mengarang kitab beliau telah mengarang kitab tidak kurang daripada 113 buah kitab antaranya termasuklah kitab yang terkenal ar-Risalah dan lain-lain lagi. Setiap ajaran yang di ajar oleh Imam Syafie beliau selalu berpesan kepada anak murid beliau supaya “tiap-tiap perkara yang beliau katakan padahal kata Rasulullah bertentengan dengan perkataan saya, Rasulullah itulah yang lebih utama perlu dituruti”. Ulama sezaman Imam Syafie mengakui ketinggian ilmu yang ada pada Imam Syafie. Imam Malik bin Anas berkata “ tidak ada lagi keturunan kaum Quraisy yang lebih pandai daripada beliau”. Oleh itu setiap ulama yang meneruskan pejuangan para nabi dan rasul kita wajib mengikutinya dan berjuang kejalan yang diredhai oleh Allah S.W.T.


No comments:

Post a Comment