Sunday, October 21, 2012

Keimanan

NAMA : NURUL SYAKIRAH BINTI SULIMAN
NO MATRIK : 2012260104
KOD KRUSUS : CS110
NAMA KRUSUS : SAINS KOMPUTER
KUMPULAN : CSD1Cf
NAMA PENSYARAH :USTAZ ABD.AZIZ BIN HARJIN

PENDAHULUAN
Sejauhmana kita serius untuk menghampirkan diri kepada Allah, bergantung sejauhmana kita mengenali diri kita. Orang yang mengenal diri akan sedar bahwa diri mereka adalah makhluk ciptaan Allah SWT yang dijadikan Allah untuk beribadah kepada Allah dan menjadi khalifah Allah untuk melaksanakan segala hukum-hakam Allah di dunia.Hukum Allah hanya ada lima iaitu wajib, haram, sunat, makruh dan harus. Oleh itu dengan mengenal diri,seseorang akan tahu dimana kelemahan dan kelebihan yang ada pada dirinya. Dia juga akan tahu, bagaimana untuk memperbaiki dan meningkatkan mutu ibadahnya kepada Allah SWT. Ada banyak cara dan kaedah untuk mengenal diri. Dan yang pernah diajarkan oleh arwah datuk saya ialah dengan mengenal di tahap mana iman kita berada.Di tahap mana nafsu kita berada.Dan kekuatan apakah yang kita miliki.Allah menjadikan manusia dari setitis air mani yang hina. Setelah dikandung sembilan bulan di dalam rahim ibunya, maka lahirlah jasad manusia ke muka bumi. Walau asalnya dari setitis air mani yang hina, maka jadilah ianya pelbagai bentuk dan wajah manusia yang hidup di mukabumi. Dari setitis air mani yang hina inilah lahirnya para doktor yang berusaha mengubati penyakit. Lahirlah para arkitek yang mampu mereka bangunan yang mencakar langiut.Lahirlah guru-guru yang mendidik.Tidak lupa juga kita ingin sebut, lahir juga manusia-manusia yang tidak senang dengan kebenaran sebaliknya lebih berselera dengan kemungkaran dan maksiat.
Walaupun pelbagai wajah manusia yang lahir didunia,hina atau mulianya manusia disisi Allah adalah bergantung kepada tahap keimanannya kepada Allah. Andainya iman yang dimiliki oleh seseorang itu mantap, disitulah kasih sayang dan rahmat Allah ke atasnya walaupun dia hanya seorang penoreh getah.Andainya keimanan yang dimilikinya rapuh, disitulah letaknya kemurkaan Allah walaupun dia menguasai empayar perniagaan berbillion dollar.

APAKAH ITU IMAN?
Iman dari segi bahasa bermaksud percaya manakala dari segi istilah ialah membenarkan dengan hati, berikrar dengan lisan iaitu lidah dan beramal dengan ajaran yang dibawa oleh Nabi Muhammad.
    Allah ada menyatakan dalam surah Al-Baqarah, ayat 285, “ Nabi Muhammad beriman pada apa yang diturunkan kepadanya daripada Allah iaitu Quran, demikian juga orang yang beriman. Semuanya beriman kepada Allah, malaikat-malaikat-Nya, kitab-kitab-Nya dan Rasul-Nya. Mereka berkata, “ Kami tidak membezakan antara kamu semua dengan yang lain daripada rasul-rasul-Nya.” Mereka berkata lagi, “ Kami dengar dan kami taat. Kami memohon, ampunilah kami, wahai Tuhan kami.Kepada-Mu jua kami kembali.”

TAHAP KEIMANAN
Tahap keimanan seseorang itu sangat berbeza.Terdapat 3 jenis tahap keimanan dalam beberapa peringkat.
    Tahap pertama ialah Iman Taqlid. Apakah Iman Taqlid? Iman Taqlid ialah iman ikut-ikutan atau lebih dikenali sebagai Islam baka.Bagi golongan dalam tahap ini tahu mengenai adanya rukun iman tetapi tidak yakin terhadapnya. Golongan yang berada dalam Iman Taqlid ini Islamnya tidak kukuh kerana tidak ada prinsip dan mereka tidak ada sandaran atau alas an yang kuat, mengapa dia pelu beriman.
    Jika golongan ini ditanya, “ Adakah mereka beriman atau tidak.” Mereka akan menjawab, “ YA, Aku beriman.” Dan jika mereka ditanya lagi, “ Apakah bukti Allah wujud.” Golongan ini akan menjawab, “ Semua orang kata Allah ujud, jadi wujudlah Allah.” Sandaran bagi golongan ini hanyalah kata-kata orang bukannya daripada dalil akak mahupan dalil Quran.Golongan ini beriman dan berkeyakinan tanpa ilmu serta keimanannya tidak teguh dan rapuh.Golongan ini juga mudah goyah dan mudah dipesongkan oleh anasir-anasir yang mempejuangkan kesesatan dan kemungkaran.Golongan yang beriman taqlid ini, bukan sajatiada keyakinan kepada rukun iman, mereka juga tidak mempunyai sandaran yang jelas oleh ilmu tauhid. Disebabkan kecacatan dalam berkeyakinan ini, maka dirnya juga tidak berprinsip. Kenyataan-kenyataan yang dikeluarkan sering bercanggah antara sattu sama lain. Dia tidak mampu membuat pertimbangan antara yang hak dan yang bathil.Dia tidak tahu menggunakan ilmu syariat untuk menghisab diri sendiri dan peri laku masyarakat.Maka amat mudahlah orang yang beriman taqlid ini bukan setakat menyesatkan diri mereka sendiri, malahan juga menyesatkan orang yang mengikutinya.Maka persoalan "mukmin yang hasad dengki" sudah pun terjawab.Mukmin yang hasad dengki ialah orang yang berada pada tahap iman taqlid.Mereka hanya tahu Allah itu tuhan, mereka hanya tahu syurga dan neraka itu ada.Tetapi tidak yakin.Sebab itu mereka boleh anggap, dosa kecil laksana seekor lalat yang hinggap di batang hidung mereka.Inilah antara tanda orang di tahap iman taqlid.Tak rasa berdosa dengan dosa yang telah dilakukan.
    Mengikut qaul yang paling jelas oleh ulamak-ulamak yang mebahaskan ilmu tauhid, Aqidah orang yang berada di tahap iman taqlid adalah tidak sah.Segala amal ibadahnya tertolak dan tidak mendapat pahala di sisi Allah.Untuk memperbaiki mutu dan tahap keimanan di peringkat taqlid, Seseorang itu wajiblah menuntut ilmu Fardhu Ain.Hal ehwal keimanan dibahaskan dalam juzuk ilmu tauhid.Maka wajiblah dia mempelajarai, memahami, meyakini dan mengamalkan ilmu tersebut bagi dia memperbaiki mutu dan tahap keimanannya kepada Allah.Andainya dia mati dalam keadaan tidak bertaubat dan tidak berusaha untuk menuntut ilmu, maka ulamak sepakat mengatakan bahawa matinya saling tak ubah bagai matinya seorang yang bukan Islam.

Tahap iman kedua ialah Iman Ilmu.Orang yang beriman taqlid, setelah dia menuntut ilmu fardhu ain. Setelah dia faham dan yakin akan ilmu yang telah dipelajarinya, maka meningkatlah amalannya. Dirimereka sudah sedar bahawa setiap perlakuan didunia akan mendapat pembalasan dari Allah di akhirat. Kalau baik amalannya di dunia, maka syurgalah yang bakal dibalas.Jika buruk amalan di dunia maka nerakalah tempat perhentian.
Orang ditahap iman ilmu, mereka telah mempelajari akan kesemua rukun iman yang enam iaitu :
1. Percaya kepada Allah
2. Percaya kepada malaikat
3.Percaya kepada kitab-kitab
4.Percaya kepada Nabi-nabi
5.Percaya kepada Hari Qiamat
6.Percaya kepada Qadha & Qadar Allah.
Beserta dengan dalil-dalil aqli dan naqlinya walaupun secara ijmal (ringkas).Paling minima, seseorang yang berada di tahap ini mampu mendatangkan dalil aqli dan naqli ke atas :
1. 20 sifat yang wajib bagi Allah
2. 20 sifat yang mustahil bagi Allah
3.Satu fifat yang harus bagi Allah
4.4 sifat yang wajib bagi Rasul
5.4 sifat yang mustahil bagi Rasul
6.Satu sifat yang harus bagi Rasul.


Kesemua sifat-sifat yang berjumlah 50 ini, hendaklah difahami dan diyakini sungguh-sungguh.Jika sudah difahami dan diyakini, barulah orang yang beriman taqlid di naikkan tahap mutu keimanannya ke tahap iman ilmu.Antara sifat orang yang memiliki tahap iman ilmu. Imannya dan keyakinannya berasas dan ada sandaran ilmu.Iktiqadnya disertai dengan dalil yang kuat.keyakinannya tidak mudah goyah. Mereka tahu yang mana satu kesesatan dan yang mana satu kebenaran.Walaupun begitu, mereka tidak kuat hendak melawan perkara-perkara yang menghalang dari beribadah.Ada empat perkara yang menghalang seseorang untuk beribadah iaitu dunia, manusia fasik, munafik dan kafir harbi, syaitan dan hawa nafsu. Maka mereka akan terus terjebak dalam lembah kemungkaran walau pun sedar perkara yang dilakukan akan mendatangkan dosa.

Mereka hanya mampu memperkatakan tentang Islam, tetapi tidak mampu berbuat atau mengamalkannya.Kesimpulannya iman di tahap iman ilmu, belum lagi menjamin seseorang untuk selamat dari kemurkaan Allah SWT.Maka orang ditahap iman ilmu ini, perlulah berusaha lebih gigih agar tingkatan imannya meningkat.

Tahap iman yang ketiga ialah Iman Ayyan. Dalam tahap ini ialah golongan yang berada di tahap iman Ilmu andainya mereka berusaha memperbaiki diri mereka. Maka tahapnya akan meningkat ke tahap iman ayyan. Antara ciri orang yang memiliki tahap iman ayyan ialah :

1. Keyakinannya bertempat di hati dan bukan diakal. Dia yakin dan terasa akan adanya malaikat yang melaporkan dan menulis setiap tingkah laku dan perkataannya. Dia sedar dan terasa, seandainya dia melakukan dosa, dia terasa bagai telah melakukan sesuatu yang mengundang kemurkaan Kekasih-nya yang tercinta. Sentiasa wujud hubungan hati antara dia dan Allah.Jangankan hendak buat dosa besar, dosa kecil pun dia benci. Jangankan dosa kecil, perkara yang makruh dan syubahah pun dia akan tinggalkan. Tak seperti kita, yang mengaku pejuang Islam.Tapi dosa kecil yang berlaku, kita usahakan cari alasan untuk menghalalkannya.
Ibadah orang ditahap iman ayyan meresap jauh ke lubuk hati.Dia sentiasa merasai kebesaran Allah.Sentiasa merasai diawasi oleh Allah, sehingga dia sering menghisab dosa-dosa yang dilakukannya dan sering bertaubat.Dia sentiasa merasa diri dia berdosa.Sebab rasa diri berdosa itu adalah rasa kehambaan. Sebagai hamba, memang sewajarnya kita merasakan diri berdosa agar kita tidak berani melakukan sebarang dosa. Di zaman kita sekrang dah lain. Orang lebih suka mengurangkan rasa berdosa, bukannya mengurangkan dosa.Sepatutnya kita kurangkan dosa, bukannya kurangkan rasa berdosa. Jadi orang di tahap iman ayyan, dia akan sentiasa menyucikan dirinya dengan taubat dan menghindarkan perkara-perkara yang mengundang daki dosa dari terpalit di hati mereka.


Untuk mencapai iman ayyan, seseorang yang ditahap iman ilmu perlulah :


1. Beramal dengan ilmu Fardhu Ain yang dimiliki
2. Banyakkan ibadah sunat
3.Banyakkan zikir dan munajat
4.Banyakkan bertafakur tentang kebesaran Allah melalui makhluk ciptaan Allah
5.Bermujahadah melawan nafsu. Ini akan saya huraikan apabila kita membahaskan tentang

KESIMPULAN
Iman perlu dalam kehidupan kita kerana dapat menyemai sifat berani dalam diri untuk menegakkan kebenaran. Selain itu, dapat melahirkan rasa bersyukur kepada Allah S.W.T dengan nikmat-Nya. Dapat mengeratkan silaturahim dan memupuk perpaduan serta akan beristiqamah dalam melakukan sesuat ibadat dan amalan. Setiap manusia perlu mengelakkan diri dari malakukan sesuatu yang boleh membatalkan iman seseorang itu. Contoh faktor yang boleh membatalkan iman seseorang itu ialah jika mereka iktikad iaitu mempercayai tangkal boleh menyembuhkan penyakit dan mereka gemar mengagungkan kuasa lain selain daripada kuasa Allah S.W.T.
Jika seseorang itu terbatal imannya, akan dimurkai oleh Allah S.W.T. Selain itu, akan mendapat azab yang pedih di akhirat kelak. Hidup orang yang tiada iman akan menjadi tidak menentu kerana tiada pegangan hidup. Oleh itu, kita sebagai orang kerdil di dunia ini mestilah menilai diri kita sama ada kita ini beriman ataupun tidak. Kita boleh menilai sendiri iman kita di tahap mana, kerana hanya kita sendiri yang tahu kita di tahap mana.Jika berada di tahap pertama, kita tingkatkan lah iman kita denganmenuntut ilmu Fardhu Ain.Hal ehwal keimanan dibahaskan dalam juzuk ilmu tauhid untuk meningkatkan lagi tahap keimanan kita.Manakala, jika berada di tahap kedua, kita hendaklah mempertingkannya lagi.Dan jika kita berada di tahap ketiga, kekalkanlah dan jangan turunkan tahap keimanan kita kerana dengan ini bole menyebabkan tebatalnya iman kita.


No comments:

Post a Comment