Monday, October 22, 2012

Nafsu seorang insan

NAMA : AMIRUL AMMAR BIN ANUAR
NO MATRIK : 2012403336
KOD KURSUS : CTU 101
KOD PROGRAM : BM 114
KUMPULAN : BMBIbh
TAJUK : NAFSU SEORANG INSAN
NAMA PENSYARAH: ABD AZIZ B. HARJIN

PRAKATA

Dengan nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang.Alhamdulillah,saya dapat menyempurnakan tugasan ini dengan jayanya.Tidak lupa,dipanjatkan selawat dan salam keatas junjungan besar Nabi Muhammad s.a.w yang membawa cahaya kepada umat manusia dan memberi suri teladan terbaiknya kepada kita.

 Para nabi dan rasul ditugaskan kepada umat manusia untuk membimbing mereka kejalan yang lurus.Namun terdapat sebilangan daripada manusia yang tidak mengikuti dan mengingkari bahkan membunuh para nabi.Hal ini kerana mereka tidak dapat mengawal hawa nafsu dan termakan dengan bisikan syaitan.Mereka yang tidak mampu mengawal hawa nafsu mereka sebenarnya menjadi tunggangan kepada hawa nafsu mereka sendiri.Justeru,mereka mudah tersesat atau disesatkan.Nafsu seorang insan dipilih untuk tajuk tugasan ini.Didalamnya kita dapat mengenali nafsu,peringkat-peringkat nafsu dan cara mengendalikannya.

Saya juga mengambil kesempatan ini untuk mengucapkan terimakasih kepada ibubapa saya yang selalu memberi nasihat dan dorongan,guru saya ustaz Abd Aziz yang banyak memberi ilmu,seterusnya rakan-rakan yang banyak membantu. 
maksud hawa nafsu

Pandangan ulama tasawuf:
1.keengannan menunaikan kewajipan beribadah kepada Allah atau bersifat pasif dalam mengerjakan perintahNya.-hawa
2.kecenderungan melakukan penderhakaan,bangkangan atau kemungkaran terhadap perintah Allah yang menyebabkan dosa dan maksiat atau bersifat aktif dalam mengerjakan larangan Allah.-nafsu.

"Serta mengilhamkannya jalan yang membawanya kepada kejahatan dan ketakwaan.Sesungguhnya berjaya orang yang menjadikan dirinya yang sedia bersih betambah tambah bersih dan hampa orang yang menjadikan dirinya susut danterbenam kebersihannya". surah asy-syams,ayat 8-10.

Nafsu juga boleh ditakrifkan sebagai suatu martabat kelakuan hati dan kalbun manusia di dalam arah tuju ke martabat kesucian seseorang itu pada hakikat dan makrifat dengan Allah swt. Ianya boleh ditafsirkan sebagai taraf dan tahap hijab-hijab yang harus ditembusi oleh manusia untuk mengenal dirinya dan mengenal ia akan Tuhannya.

Bisikan malaikat mulhim :- utusan Allah yang membisikan ke dalam dada manusia supaya menjalankan ketaatan kepadaNya dan beramal soleh.
Bisikan nafsu :- yang menginginkan sesuatu secara terus menerus tanpa henti sebelum keinginan itu dipenuhinya.
Bisikan syaitan :- yang mengajak manusia supaya melakukan kejahatan, kemaksiatan dan dosa.

Hitam putih nafsu

Memiliki sifat terus meminta.
Secara umumnya nafsu manusia memang cenderung ke arah perkara yang diharamkan atau dilarang Allah.dalam kata lain,tabiat hawa nafsu biasanya selalu terus meminta supaya keinginannya dipenuhi secara berlebihan atau melampaui batas.Contohnya dalam urusan makan,nafsu selalu meminta makanan yang enak dan lazat tanpa mengira harganya atau pun samada makanan tersebut berkhasiat atau tidak.

Dalam urusan memiliki sesuatu, nafsu selalu meminta perkara lain selepas memiliki sesuatu.Ada satu mahu dua.Ada dua mahu tiga dan seterusnya.
Justeru kita harus sentiasa berwaspada dan mengawasi gejolak hawa nafsu ini secara berterusan.Ia selalu berusaha memujuk rayu kita dalam pelbagai perkara,bermula dengan meminta kenikmatan yang kecil akhirnya yang besar.

Dalam konteks ini Nabi Muhammmad pernah menasihati umat islam supaya melihat kebawah dan menginsafi,terdapat segolongan manusia yang tidak bernasib baik seperti mereka.Justeru mereka perlu bersyukur dengan nikmat yang mereka peroleh.Dalam masa sama, umat islam perlu berusaha menambah ilmu pengetahuan supaya mereka mampu mengawal tabiat hawa nafsu mereka.

Sekiranya nasihat nabi dijadikan panduan dan diamalkan dalam kehidupan umat islam pasti melalui hari-hari mendatang dengan tenang,tenteram dan selau bersyukur. sekiranya tidak perasaan cemburu dan dengki selalu muncul yang akhirnya bertukar kepada sikap yang ingn selalu memiliki dengan apa cara sekalipun, walaupun dengan merebut paksa,mencuri ataupun lebih teruk dari semua itu.

Dalam konteks kehidupan di dunia,kita dituntut supaya berusaha keras mengejar kejayaan dan memburu kekayaan dunia.Sekiaranya kita berusaha keras mendapatkan sesuatu dan berjaya mendapatkannya,lalu kita mendakwa kejayaan itu atas usaha kita sendiri,sebenarya sikap itu membahayakan diri sindiri.Hal ini pernah berlaku kepada Qarun dan orang-kafir terdahulu yang dikisahkan didalam al-quraan.Mereka menyangka kejayaan yang mereka peroleh hasil usaha mereka namun sebenarnya tidak.

Allah mencela sikap sebegini didalam surah azzumar,ayat 49,
”Apabila manusia disentuh oleh perkara bahaya,dia segera berdoa kepada Kami.Kemudian,apabila Kami memberikannya nikmat daripda Kami,dia berkata aku diberi nikmat ini hanya disebabkan pengetahuan yang ada padaku.Bahkan pemberian nikmat itu adalah ujian,tetapi kebanyakan mereka tidak mengetahui hakikat itu.”








Peingkat- peringkat nafsu dalam spiritual.

Dari perspektif tasawuf,kita perlu mengetahui perjalanan nafsu itu sendiri khasnya yang berkaitan dengan peringkat- peringkat nafsu dalam diri seorang ahli agama bagi memenuhi keperluan komponen rohani manusia.Tidak semua nafsu bersifat mengajak kepada kejahatan atau kemungkaran.Terdapat juga nafsu yang dirahmati Allah.
Disini terletaknya kepentingan kaedah pengendalian nafsu yang betul dalam menangani hawa nafsu supaya ahli agama itu dapat mencapai ketenangan hati dalam kehidupan sehariannya.Para ulama mengklasifikasikan nafsu manusia kepada tujuh peringkat.
“Sesungguhnya Kami telah menciptakan ke atas dirimu tujuh jalan (nafsu)”
( Surah Al-Mu’minun ayat – 17 )

1.NAFSU KAMILAH
2.NAFSU MARDHIYAH
2.NAFSU RADHIYAH
4,NAFSU MUTMAINNAH
5.NAFSU MULHIMAH
6.NAFSU LAWWAMAH
7NAFSU AMARAH



Peringkat-peringkat nafsu.





Nafsu amarah.

Segala yang mengarah kepada kejahatan dan penderhakaan adalah sifat nafsu amarah.Nafsu amarah bissu’ ialah nafsu yang sentiasa mengajak melakukan keburukan dan kejahatan.Allah mengingatkan kehidupan dunia hanya kesenangan yang menipu.

‘ketahui,kehidupan dunia itu hanya permainan,hiburan,perhiasan dan bermegah-megah diantara kamu serta berbangga-bangga dengan harta benda dan anak pinak,sama seperti hujan yang mengagumkan penanamnya perihal tanamannya,kemudian tanaman itu menjadi kering,engkau melihatnya berupa kuning,akhirnya ia menjadi hancur bersepai, dan di akhirat kelak ada azab yang berat,keampunan dan keredhaan daripada Allah.kehidupan dunia ini kesenangan untuk orang yang terpedaya. {Surah al-hadid ayat 20}.

Menurut Mustapha Mohamed al-jiasi al-ahmadi tanda-tanda orang yang menuruti nafsu amarahnya adalah bakhil,tamak dengan harta dunia,panjang angan-angan,mahu terkenal,hasad,dengki dan seumpamanya.kegelapan hati bergantung pada besarnya maksiat/dosa yang dilakukan.

Cara menghindari jerutan nafsu amarah: –
1) berusaha sedikit demi sedikit dalm membersihkan hati.
2) mengamalkan amalan-amalan soleh.
3) sentiasa bertaubat.





Hadis nabi-“apabila Allah menghendaki kebaikan untuk hamba,lalu Allah menjadikannya menyedari keburukan-keburukan dirinya.”

Kisah umar al-khatab:
Umar menemui sahabatnya Salman,lalu bertanya kepadanya,"apa yang engkau dengar mengenai diriku yang engkau tidak sukai? Salman berasa malu dan menolak daripada menjawabnya.Namun Umar terus mendesak Salman.Lalu Salman berkata”aku dengar engkau mengumpul dua jenis kuah diatas meja makan dan engkau memakai satu pakaian pada waktu siang dan satu pakaian pada waktu malam.”Umar membalas:”ada perkara lain selain dari itu?”Salman membalas “tidak.”Umar kemudia berkata :”kedua-dua perkara ini pun sudah cukup untukku.”

—sudah menjadi tabiat Umar untuk mengetahui keburukan dirinya dan menginsafi keburukan tersebut.Imam Ghazali mengingatkan umat islam supaya mendengar dan mengambil kira kata-kata orang yang dengki akan kita,yang sering mecaci kesalahan kita,supaya dapat dijadikan teladan untuk diri kita.

”sekiranya engkau marah,itu menunjukan kelemahan imanmu.apabila engkau mengambil manfaat daripadanya.hal itu menguatkan imanmu.”-Imam Ghazali.




Nafsu lawwamah.

Tabiat nafsu lawwamah sebenarnya mempunyai peranan sangat baik dalam proses pembaikan diri.Orang yang selalu membersihkan dirinya daripada sifat buruk sehingga benar-benar menjadi baik.Nafsu lawwamah tergolong dalam nafsu baik kerana ia membawa kepada suka melakukan amal soleh dan menolak keburukan. Namun begitu nafsu lawammah ini masih belum sempurna kerana tidak seimbang.Dari satu aspek ia memang menentang keburukan tetapi ia masih lalai kepada Allah meskipun ia menyesal kemudiannya dan mencela diri sendiri.

Ciri-ciri nafsu lawwamah ialah mencela kesalahan diri sendiri,berasa bersalah membuat maksiat,berasa diri lebih baik daripada orang lain dan sebagainya.Orang yang berada pada peringkat nafsu lawwamah sebenarnya mudah tergelincir.

Cara memastikan tidak tergelincir kepada nafsu amarah:
1.Meningkatkan kusyuk dalam solat.
2.Mendalami ilmu agama islam dengan ikhlas.
3.Sentiasa bermuhasabah dan memperingati dirinya daripada melakukan dosa.

Sesungguhnya Lawamah ini bolehlah diibaratkan seperti lampu isyarat (Alarm) di dalam sebuah kereta di mana lampu ini akan menyala berwarna merah/kuning bila kereta tersebut kehabisan minyak dan mengisyaratkan tuannya supaya mengisi minyak baru sebelum bahaya merempuh datang dari hadapan. Bagi mereka yang mempunyai Lawamah (isyarat larangan) dan mereka pula mematuhinya dengan penuh rasa tanggungjawab, maka mereka akan terselamat dari bahaya yang datang dari gejala-gejala nafsu Amarah yang masih berdaki laput di dalam jiwanya.

Sebaliknya jika seseorang itu yang telah meningkat ke martabat nafsu Lawamah tetapi tidak mematuhi isyarat larangan Lawamah, maka lama-kelamaan isyarat tersebut akan terpadam seterusnya akan kembalilah mereka kepada nafsu Amarahnya.

Sekiranya seseorang mampu berada di dalam peringkat nafsu lawwamah dan menjadi lebih baik,automatik imannya akan bertambah dan mungkin akan memasuki nafsu yang lebih tinggi iaitu nafsu mulhimah.









Nafsu mulhimah.

Nafsu mulhimah dikatakan menyamai ilham daripada Tuhan.Ia dapat berupa idea hasil daripada tafakur dan perenungan diri yang dijalankan untuk tempoh tertentu dan kurang berkata-kata.
Nabi Muhammad sebelum menjadi nabi sering bertafakur(uzlah) di gua hirak.Kebanyakan para rasul dan nabi sebelum dilantik menjadi nabi mereka gemar melakukan perenungan di bukit dan gua.Orang yang berjaya mengatasi nafsu mulhimah ini dikatakan menyamai ahli syurga kerana memiliki persepsi berikut:

1.Memiliki cita-cita,kemahuan,dan tujuan yang kuat dalam mengenal Allah yang kemudian dibuktikan dengan mujahadah dan muhasabah sambil menjalankan perintah-perintah Allah dan menjauhi laranganNya.
2.Berusaha menepis harta,kedudukan,taqlid dan maksiat.

Secara umumnya mereka yang mencapai peringkat mulhimah ini memiliki watak seperti jujur, adil, berperilaku terpuji,pemurah,qanaah(cukup dengan kurniaan Allah),tawaduk,senang bertaubat dan sebagainya.Hati pada peringkat ini adalah hati yang bersih namun belum begitu teguh.Bergantung kepada pemiliknya untuk terus istiqamah dan mencapai peringkat seterusnya nafsu mutmainnah.

Pada peringkat nafsu ini seseorang itu telahpun dapat menyingkir sebahagian besar daripada sifat-sifat yang dikeji oleh Allah swt. Jiwa mereka pada masa ini telah pun mulai berkembang sifat-sifat tenang, lapang dadanya dan mereka telah pun dapat pengajaran ilmu ghaib melalui jalan Laduni, diperingkat Nur dan Tajalli daripada Tuhannya. Tetapi manusia diperingkat ini masih wujud lagi terkadang-kadang siat-sifat Mazmumah yang dikeji oleh Allah swt. Jiwa mereka kadang-kadang tenang dan ada masanya fikirannya gelabah, gelisah dan sebagainya. Pendek kata sifat-sifat Mazmumah itu masih lagi melanda jiwa mereka.
Nafsu mutmainnah.

Nafsu mutmainnah bemaksud jiwa yang tenang.ketenangan pada peringkat ini bersifat tetap dan terhindar dari segala bentuk goncangan batin.Menurut Mustapha Mohamed al-Jiasi al-Ahmadi antara ciri nafsu mutmainnah ialah tawaduk, tawakal, pemurah, bertindak benar, bersyukur, kuat beribadah, sabar, zuhud dan sebagainya.
Surah al-mukminun,ayat 57-61(sifat-sifat hamba yang memiliki nafsu mutmainnah.
‘Sesungguhnya orang yang sentiasa bimbang dan takut akan kemurakaan Tuhan mereka dan orang yang beriman kepada ayat-ayat Tuhan mereka.Dan mereka memberi apa yang mereka berikan sedang hati mereka gerun kerana mereka yakin kembali kepada tuhan mereka.Mereka itu orang yang segera mengerjakan kebaikan dan mereka orang yang terdahulu mencapainya.’

Mereka meraih kebahagian hakiki ketika kebanyakan orang lain terjebak dengan kebahagiaan palsu.Mereka berasa bahagia dan sentiasa mengingati Allah kerana Allah telah menjanjikan mereka syurga.Begitu bezanya mereka yang telah mencapai peringkat nafsu mutmainnah dengan mereka yang hatinya masih dikuasai nafsu dunia.
seperti yang dinyatakan dalam surah an-naziat,ayat 40-41.
’adapun orang yang takutkan keadaan semasa dia berdiri di mahkamah Tuhannya serta menahan dirinya daripada menurut hawa nafsu.sesungguhnya syurga tempat kediamannya.’
Didalam kehidupan biasa mereka yang berada pada peringkan nafsu mutmainnah sekiranya bertemu dengan orang-orang yang bergelumang dengan dosa dan maksiat,dia tidak berasa marah atau benci tetapi sayang kepada mereka.Dengan kesabaran dan ketekunan,dia berusaha mengangakat dan mengubah martabat orang-orang itu dari lembah kehinaan.

Nafsu radhiyah.

Nafsu yang benar-benar redha denagn kehendak Allah dalam kehidupan.Tanda-tanda nafsu radhiyah(menurut M.Quraish Shihab):

1.Tidak ada bisikan atau dorongan menolak apa juga kehendak Allah.Sekiranya ada perkara buruk menimpa,ia akan redha.Ia menyedari itu kehendak Allah.Sikap itu menjadi kayu ukur kualiti diri orang yang mencapai nafsu radhiyah.
2.Baik perintah atau larangan allah,dikerjakan tanpa melihat pertimbangan-pertimbangan lain.Sikap sebegini menunjukkan orang itu berkeyakinan,semua perintah Allah pasti ada kebaikannya,manakala larangan Allah bererti buruk akibatnya.Dia sentiasa bersangka baik terhadap Allah.

Makam ini selalunya dicapai oleh para kekasih Allah(wali-wali Allah).Menurut Musthapa Mohamed al-Jiasi al-Ahmadi, sifat-sifat mulia orang yang mencapai peringkat nafsu radhiyah ini ialah zuhud,ikhlas,warak,taat,bibir dan hatinya tidak berhenti bermusyahadah dan bijaksana.
Surah al-mujadalah,ayat 22,-
‘Engkau tidak mendapati kaum yang beriminan kepada Allah dan hari akhirat,tergamak berkasih mesra dengan orang-orang yang menentang Allah dan rasulnya,sekalipun mereka itu adalah bapa-bapa mereka,anak anak mereka,saudara-saudara mereka,ataupun keluarga mereka.Mereka itu,Allah tetapkan iman dihati mereka dan menguatkan mereka dengan pertolongan daripadanya dan Dia memasukkan mereka kedalam syurga yang mengalir dibawahnya beberapa sungai,mereka tetap kekal didalmnya.Allah meredhai mereka dan mereka reda denganNya.mereka menyokong Allah.ketahuilah! sesungguhnya mereka itu orang yang berjaya.’

Nafsu mardhiyah.
Para hamba Allah yang mencapai tahap ini,dari perspektif spiritual disebut muraqabin iaitu para hambanya yang dekat dengan Allah.Mereka juga disebut sebagai ariffin iaitu orang yang sejak awal bersetuju bagi melaksanakan perintah Allah tanpa ditunda-tunda.

Kewujudan mereka sebagaimana disebut dalam hadis nabi”sesungguhnya Allah menampakkan redaNya kepada orang mukmin.Dia berkata,’minta kalian kepadaKu...’merekapun meminta.’hanya keredhaan Mu.’

Seperti dalam surah al-fajr,ayat 27-30,Allah memanggil para hamba Nya yang mutmainnah(jiwa yang tenang),radhiyah(hati yang puas).mardhiyah(mendapat reda Allah) kedalam syurga.

Wahai orang yang mempunyai jiwa yang sentiasa tenang tetap dengan kepercayaan dah bawaan baiknya.!Kembalilah kepada Tuhanmu dengan keadaan engkau berpusa hati lagi diredhai.Serta masuklah engaku dalam kumpulan hamba-hambaku yang berbahagia.Dan masuklah kedalm syurgaKu.

Mereka inilah yang disebut dalam Hadis Qudsi:
“Mereka melihat dengan pandangan Tuhan, mendengar dengan pendengaran Tuhan, berkata-kata dengan kata-kata Tuhan.”

Kata-kata mereka masin, sebab itu mereka cukup menjaga tutur kata. Kalaulah mereka mengatakan celaka, maka celakalah. Kerana kata-kata mereka, kata-kata yang diredhai Tuhan. Mereka memandang besar apa saja yang Tuhan lakukan.

Nasfu kamilah.

Perjalanan nafsu manusia daripada nafsu mutmainnah,radhiyah dan mardhiyah diakhiri dengan puncak perjalanannya iaitu menjadi kamilah atau insan kamil atau hamba Allah yang sempurna darjatnya disisi Allah.Ini tingkatan tertinggi yang diduduki oleh para nabi dan rasul.

Dalam kehidupan,mereka yang nafsunya diperingkat kamilah dijadikan teladan kepada umat seperti nabi Muhammad,baik dari amaln lahiriyah(syariat)mahupun batiniah(hakikat).

Setiap perlakuan mereka yang berada di perinngkat nafsu kamilah benar-benar mengikut garis keredhaan Allah dan tidak pernah terdorong oleh hasutan nafsu dan syaitan kepada kejahatan.

Cintanya tertumpu pada Allah, ingatannya pada Allah tidak pernah putus. Allah SWT membayangkannya dalam hadis Qudsi yang bermaksud:

“ Ssungguhnya telah lama orang yang baik-baik itu rindu untuk bwertemu dengan Aku, dan (sebaliknya) Aku lebih rindu untuk bertemu dengan mereka. ”
(Riwayat Abu Darda’)

Konklusi.
Nafsu kalau tidak dididik ke arah kejahatan pun, dia tetap akan buat kejahatan. Allah telah nyatakan di dalam Al Quran:
Maksudnya: “Sesungguhnya nafsu itu sangat menyuruh kepada kejahatan.” (Yusuf: 53)
Maksudnya: “Kita baru balik dari peperangan yang kecil kepada peperangan yang maha besar.”Para Sahabat bertanya: ` Apakah peperangan yang maha besar itu ya Rasulullah?”Jawab baginda: “Perang melawan nafsu.”
 (Riwayat Al Baihaqi)

Sesiapa yang bermujahadah terhadap nafsu, ditingkatkannya daripada jahat kepada baik, maka Tuhan akan memberi petunjuk kepada jalan yang baik. Itu janji Tuhan. Sebab itu nafsu perlu dididik. Nafsu adalah musuh utama manusia. Kedua adalah syaitan. Hal ini kerana,nafsu musuh dalaman. Syaitan hanya musuh luaran. Tetapi pelik, manusia tidak pandang seperti itu.
Itulah 7 peringkat nafsu manusia. Jadi orang yang hendak mendidik manusia mesti faham peringkat-peringkat nafsu ini. Kemudian perlu faham bagaimana pula hendak mendidik setiap peringkat-peringkat nafsu tersebut supaya manusia menjadi manusia.
Hari ini nafsu sudah tidak diperangi dan tidak dianggap musuh yang wajib diperangi. Sebab itu, tanyalah ulama mana sekalipun, tidak ada seorang pun yang memasukkan pendidikan nafsu dalam sukatan pelajaran. Ayat Al Quran dan Hadis yang dibaca dan dipelajari di sekolah pun tidak ada ayat-ayat yang berkaitan dengan nafsu dan kejahatannya.
Usaha memerangi nafsu tidak diaplikasikan dalam tindakan. Bila sebut musuh, yang mula-mula nampak ialah Yahudi dan Amerika sahaja. Sedangkan Yahudi dan Amerika itu budak mainan nafsu. Orang jahat itu hanyalah budak mainan nafsu.

No comments:

Post a Comment