Sunday, October 21, 2012

Antara Wasiat Wanita Solehah

NAMA PENSYARAH:USTAZ ABDUL AZIZ HARJIN
NAMA PELAJAR :NOR ALIA ATHIRAH BT ROMLI
TAHUN :2012

PENGENALAN
Manusia pada hari ini telah tidak lagi mempedulikan larangan-larangan yang terkandung dalam ajaran Islam, manusia hari ini hanya mempergunakan Islam untuk sesuatu sebab sahaja.
Apabila larangan Allah S.W.T tidak dipedulikan maka banyaklah perkara-perkara buruk berlaku yang antaranya isteri berlaku curang terhadap suami, suami melakukan kerja-kerja maksiat, anak-anak hidup meliar tanpa ada pegangan hidup dan sebagainya. Apabila tidak ada pegangan hidup dan tujuan hidup maka akan lahirlah insan-insan yang tidak mengenal Allah dan Rasul serta cetek pengetahuan ilmu agama.
Apabila manusia tidak mengenal Allah dan Rasulnya maka kehidupannya itu akan menjadi seperti orang yang tidak siuman fikirannya, antara buktinya apabila Allah s.w.t telah memerintah supaya manusia itu menutup auratnya. Tetapi apabila manusia tidak mengenal Allah dan Rasulnya maka manusia mendedahkan auratnya supaya tubuh menjadi barang pameran.
Apabila manusia mempamerkan tubuhnya pada orang lain maka ianya akan menaikkan nafsu lawannya Tidakkah seseorang itu berasa malu untuk memperlihatkan anggota tubuhnya kepada orang lain, maka sesungguhnya orang yang takut kepada Allah s.w.t tidak akan melakukan perkara-perkara yang menjadi kemurkaan Allah.

Kaum wanita adalah sebahagian dari makhluk Allah yang diciptakan bagi menjadikan pasangan hidup lelaki dan sebagai ibu bagi keturunan zuriat manusia.Kedudukan wanita menurut kacamata Islam adalah sama dengan kaum lelaki dalam kewajipan terhadap agama iaitu dari segi beriman kepada Allah, beribadah dan bermuamalah. Cuma beberapa aspek tertentu sahaja yang membezakan keduanya seperti dalam penerimaan pusaka, pimpinan rumahtangga, jihad fi sabillih dan sebagainya.
Namunbegitu,kaum wanita mempunyai keistimewaannya tersendiri. Keistimewaan itu telah dijelaskan oleh baginda Rasulallah SAW dalam satu hadithnya yang bermaksud :
“ Apabila seorang perempuan bersembahyang lima waktu, puasa bulan Ramadhan, menjaga kehormatan dirinya dan mentaati suaminya,maka ia boleh masuk syurga dari pintu mana yang ia kehendaki.”(HR.AHMAD TABRANI)
Ini adalah satu keistimewaan dan satu berita baik yang cukup menarik hati kaum wanita kerana jalan menuju syurga adalah cukup mudah berbanding dengan kaum lelaki yang mempunyai berbagai bebanan kewajipan.
Secara terperinci daripada hadith di atas menjelaskan empat cirri asas yang membolehkan mereka masuk syurga.Pertama,mendirikan solat kerena solat adalah tiang agama. Mendirikannya beerti mendirikan agama,mencuaikannya bermakna meruntuhkan agama yang ada dalam diri masing-masing.
Kaum wanita hendaklah memelihara sebaiknya dengan sebaiknya ibadah solat.Allah SWT memberikan amaran kepada kaum wanita yang meninggalkannya kerana tabiat ini berlaku kepada umat-umat terdahulu setelah kewafatan nabi-nabi dan rasul-rasul mereka.Firman Allah SWT maksudnya:
“Kemudian mereka digantikan oleh keturunan-keturunan yang mencuaikan solat serta menurut hawanafsu dengan melakukan maksiat,maka mereka akan menghadapi azab dalam neraka.”(Maryam:59)
Perkara kedua yang dijelaskan oleh Rasulullah SAW ialah berpuasa dalam bulan Ramadhan.Memang secara semulajadi kaum wanita tidak dapat berpuasa penuh dalam satu bulan kerana sebab-sebab syar’i.Walaupun begitu mereka hendaklah mengqadakan puasa yang ditinggalkan itu dalam waktu yang lain.
Ketiga,wanita berkewajipan memelihara kehormatan diri atau maruah diri. Dewasa ini menjaga kehormatan diri berdepan dengan pelbagai masalah cabaran.Ini kerana kehidupan manusia di alaf baru ini semata-mata kepada kebendaan,sehingga maruah diri tergadai kerana inginkan kemewahan dan kesenangan hidup. Malah apasahaja perbuatan yang memalukan sanggup dilakukan asalkan cita-citanya tercapai. Gejala pelacuran,seksbebas, perzinaan adalah satu bukti yang cukup jelas kelemahan manusia dalam memelihara maruah diri. Oleh kerana itu,kaum wanita Islam mestilah mesti menyedari kewajipan memelihara kehormatan diri ini daripada perkara-perkara yang diharamkan oleh Allah dan bagi memenuhi satu daripada ciri yang dinyatakan oleh Rasulullah SAW di dalam hadith di atas.
Perkara keempat yang perlu ditunaikan oleh kaum wanita ialah mentaati suami.Ini kerana suami adalah tunggak dan sandaran hidup kaum wanita.Suami yang soleh akan membawa isterinya menikmati kebahagian di dunia dan kesejahteraan akhirat. Walaupun demikian ketaatan kepada suami adalah dalam batas-batas yang dibenarkan oleh Islam.Dalam ertikata lain,suami yang harus dipatuhi itu adalah suami yang taat kepada perintah Allah SWT.
Andai kata wanita memahami keempat-empat ciri yang dimaksudkan oleh Rasulullah SAW,maka sudah tentu mereka akan berusaha memenuhi perkara tersebut kerana jalan-jalan menuju syurga telah ditunjuk oleh Rasulullah SAW.
Selainitu, Islam memberikan jaminan terhadap kebahagiaan kaum wanita. Mereka diberikan hak-hak untuk menentukan calon suaminya.Tidak seorang pun yang boleh memaksa kaum wanita untuk menentukan calon suaminya kerana kehidupan rumahtangga tidak boleh didirikan atas dasar paksaan.
Allah SWT memberikan setiap perkahwinan itu dengan rasa kasih sayang dah rahmah.Tentu sahaja cinta,kasih sayang dan rahmah tidak akan ada jika perkahwinan dilaksanakan dengan paksa. Rasulullah SAW bersabda maksudnya:
“Mintalah pendapat kaum wanita dalam masalah mereka sendiri,janda menentukan dirinya sendiri, sedangkan diamnya gadis menandakan persetujuan.”(HR.TABRANI)
Cara paling tepat untuk memilih suami yang baik iaitu mengetahui latar belakang kehidupannya.Di zamanRasulullah SAW untuk mengetahui keadaan calon suami itu orang tua atau wali bergaul langsung untuk mengenali lelaki tersebut.Umpamanya Rasulullah SAW tidak memilih Ali untuk puterinya Fatimah,kecuali setelah baginda mengetahui keutamaan akhlak dan agamanya. Tidak ada yang berhak memaksa seorang gadis untuk kahwin dengan lelaki yang tidak disukai.Tetapi jika ayahnya telah memilih untuknya suami yang soleh maka itu lebih baik baginya untuk menerima.Kerana orang tua selalu menginginkan agar anak mereka bahagia,serta memperolehi suami yang bertanggungjawab.
Jika kaum wanita atau gadis ingin memilih calon suaminya sendiri,maka janganlah mengikut nafsu sahaja. Perhatikan aspek keimanan dan ketakwaan yang dimiliki oleh calon suami tersebut.Jangan terlalu mengutamakan kedudukan harta,kerana harta boleh lenyap bila-bila masa sahaja. Allah akan menjamin kebahagianan hidup suatu keluarga di dunia ini jika mereka beriman dan bertaqwa kepada Allah. Firman Allah SWT maksudnya:
“Barang siapa mengerjakan amalan soleh, baik lelaki mahupun wanita dalam keadaan beriman, maka sesungguhnya Kami berikan kepadanya kehidupan yang baik dan sesungguhnya akan Kami beri balasan kepada mereka dengan pahala yang lebih baik dariapa yang telah mereka kerjakan.”(An-Nahl:97)
Wanita solehah menegah suaminya daripada mencari rezeki secara haram. Firman Allah SWT dalam surah Al-Maidah ayat 62 maksudnya:
“Dan kamu akan melihat kebanyakan dari mereka(orang-orang Yahudi) bersegera membuat dosa, permusuhan dan memakan yang haram. Sesungguhnya amatlah buruk apa yang mereka kerjakan itu.”
Disebutkan dalam hadith Rasulullah SAW yang maksudnya:
“Setiap daging yang tumbuh dari yang haram,maka nerakalah yang lebih patut bagiya.”(HR.TARMIZI)
Orang yang makan dan minum dari hasil yang haram sama saja makan dan minum api neraka. Mereka ini akan mendapat seksaan api neraka kelak.Oleh itu para isteri perlulah mencegah suaminya dari mencari rezeki secara haram.Kerana sebagai isteri,patut berhati-hati dalam mengetahui belanja yang diberikan oleh suaminya.
Seorang isteri tidak perlu merasa malu atau segan untuk bertanyakan kepada suami tentang asal usul wang atau kekayaan yang diberikan kepadanya. Isteri hendaklah selalu meminta kepada suami supaya tidak sampai makan harta yang haram walaupun hanya sedikit. Kerana orang yang terlanjur makan minum dari hasil haram kelak di akhirat akan di tuntut tanggungjawabnya yang sangat besar. Bahkan Allah mengancam orang yang makan minum serta berpakaian dari hasil yang haram tidak diterima ibadahnya. Begitu juga doanya tidak akan di dengari oleh Allah.
Sebagai isteri janganlah terpesona dengan harta kekayaan yang bertaburan,sehingga lupa untuk mengetahui dan memeriksa dari mana hasil usaha si suami yang di gunakan untuk makan,minum dan sebagainya. Memang ramai isteri yang lebih senang dalam keadaan istimewa di hadapan orang lain dengan berpakaian mewah, makanan dan minuman yang lazat, tanpa mempedulikan bagaimana semua itu diperolehi. Akan tetapi sikap dan gaya hidup semacam ini bukanlah cermin dari akhlak yang baik, sebab penampilan mewah, makanan dan minuman yang lazat bukanlah jaminan bagi seseorang itu dapat memiliki kebahagiaan di dunia dan di akhirat.
Memperhatikan asal-usul penghasilan suami, bukanlah beerti seorang isteri tidak percaya dengan kejujuran suami dalam memberikan nafkah kepada dirinya dan anak-anak. Sikap semacam itu dimaksudkan supaya menjadi kontrol bagi suami agar tidak terjerumus mencari nafkah yang haram. Sikap ini memungkinkan membuat suami kurang merasa senang kepada isteri. Akan tetapi perkara ini tidak boleh menjadi alasan bagi isteri sehingga membiarkan suaminya mendapatkan nafkah secara haram. Lakukanlah dengan sikap penuh kemesraan dan kasih saying kepada suami agar tidak menyinggung perasaannya.
Rasulullah SAW bersabda maksudnya:
“Barangsiapa sempat bertemu dengan ibubapanya atau salah satunya,tetapi ternyata kemudian ia derhaka sehingga masuk neraka,beerti ia dijauhkan oleh Allah dan mendapatkan murkaNya.”(HR AHMAD)
Dalam hadith yang lain disebutkan pula seperti berikut:
“Keredhaan Allah terletak pada keredhaan orang tua;dan kemurkaan Allah terletak pada kemurkaan orang tua.”
Maksud hadith pertama di atas ialah jika seorang anak sempat bertemu dengan ibubapanya,tetapi derhaka terhadapnya,maka dia akan dijauhkan dari Allah dari rahmatNya,dimurkaiNya dan kelak akan dimasukkan ke neraka. Sebaliknya anak yang menggembirakan orang tuanya akan akan memperoleh keredhaan Allah.
Seorang isteri perlu menyedari bahawa lelaki yang kini menjadi suaminya akan mudah terpengaruh oleh tindakan dan perbuatannya,kerana ia telah menjadi orang paling dicintai oleh suaminya. Terjadinya ikatan suami isteri adalah kerana adanya rasa saling cinta mencintai yang sangat kuat. Kerana itu sering terjadi anak lelaki lari dari ibu bapanya demi mengejar wanitan yang ingin dijadikan isterinya. Dengan semangat ini cinta,ramai anak lelaki derhaka terhadap ibubapanya.
Jika isteri tidak kuat agamanya,maka ia akan menguasai suaminya dan menjauhkan diri dari orang tuanya,bahkan melawan mereka. Pentingnya isteri memainkan peranan yang memanfaatkan untuk menasihati suami supaya tetap berbakti kepada ibubapanya dan memperhatikan kepentingan mereka.
Terdapat banyak asam garam dalam kehidupan berumahtangga yang boleh mengubati suasana resah dan muram akibat salah faham atau beberapa kekeruhan lain. Di antara asam garam rumahtangga itu adalah ‘bergurau senda’. Gurau senda kadang kala melahirkan suasana riang dan meningkatkan keharmonian serta kasih sayang. Walaupun urusan rumahtangga itu adalah urusan agama,namun ia tidak semestinya dikongkong oleh suasana tegang sehinggakan tidak ada gurau senda.
Rasulullah SAW dalam mengharungi kehidupan berumahtangga sering menunjukkan keriangan bersama isteri-isterinya. Pernah suatu ketika Rasulullah SAW menunujukkan kepada Siti Aisyah bentuk muka orang-orang Habsyah yang melucukan sedang bermain tongkat,ketika perayaan hari raya di halaman masjid. Peristiwa tersebut memperlihatkan betapa Rasulullah memberi peluang dan ruang untuk Siti Aisyah bermanja-manja meletakkan dagu di atas bahu Rasulullah sambil menonton melalui jendela dirumahnya,akan sambutan hari raya orang-orang Habsyah bermain tongkat,di halaman masjid.
Di samping itu,redha suami syarat mendapat redha Allah. Kemuncak perjuangan hidup insane ialah keredhaan Allah,dalam apa jua bidang yang diterokai oleh seseorang,sama ada dalam ibadah,maumalah,dakwah,daulah Islamiyah dan sebagainya. Kesemua itu merupakan alat bagi mencapai keredhaan Allah dengan segala ketaatan melakukan syariatNya dan meninggalkan laranganNya.
Bagi seorang isteri,keredhaan suami merupakan syarat bagi keredhaan Allah. Biarpun seorang wanita itu kuat melakukan ibadah,bersedekah dan sebagainya tetapi andainya ia tidak melakukjan ketaatan terhadap suami,sehingga terguris hati suami,maka tidaklah memberikan sebarang jaminan segala ibadah yang dilakukan itu mencapai keredhaan Allah.
Wanita dengan peranan fizikalnya yang semulajadi,terpaksa menanggung segala beban dan peranan yang sangat besar. Dengan peranan tersebut Allah memberikan sesuatu faedah memudahkan wanita khususnya isteri untuk menerima ganjaran pahala dan seterusnya memasuki syurga Allah SWT yang penuh kenikmatan itu.
Rasulullah SAW di suatu ketika pernah menyebut tentang wanita,menurut sebuah hadith yang bermaksud:
“Bahawa mereka terpaksa menempuh pengalaman kehamilan selama 9 bulan dan melahirkan anak,menyusukan anak dan mengasuh dengan penuh keperitan, sekiranya dia dalam keadaan mentaati suami,maka pastilah ia menjadi ahli syurga.”
Hadith itu mencerminkan betapa semua pengalaman yang terpaksa ditempuh secara fizikal oleh kaum wanita khususnya para isteri,merupakan pengalaman yang berat. Proses kehamilan setiap perubahan semenjak dari peringkat awal,lazimnya akan memberikan kesan gangguan kepada kesihatan mereka. Semakin berusia anak dalan kandungan akan meningkatkan ketidakselesaan dan kesengseraan akibat berat mengandung.
Melahirkan anak merupakan pengalaman yang mempertaruhkan nyawa bagi isteri. Seandainya ia mengakibatkan kematian akan melayakkan wanita berkenaan untuk menerima syahid meskipun tidaklah menyamai dengan syahid orang yang mati di dalam peperangan fi sabilillah.
Melahirkan anak dalam keadaan normal akan menjadi kifarahkepada dosa-dosanya yang lalu,seperti pernah dijelaskan oleh beberapa hadith Rasulullah bahawa dosa wanita berkenaan turut terhapus seperti bayi yang baru dilahirkan itu.
Mengasuh bayi dalam tempoh penyusuan selama dua tahun,adalah juga merupakan pengalaman yang berat. Ia akan mengurangkan masa rehat,hingga masa tidur bagi seorang ibujuga banyak terganggu.
Namun semua ini tidak dapat dirasai oleh kaum lelaki,biasanya tidak menyebabkan para isteri atau merasa keluh kesah kerana semuanya merupakan ibadah yang akan menaikkan martabat wanita di sisi Allah.
Ketaatan kepada suami bukan beerti wanita menjadi hamba kepada suami,tetapi sebenarnya meraka adalah hamba Allah. Kerana Allah yang mengkehendaki ketaatan itu,maka ketaatan kepada suami adalah ketaatan kepada Allah jua. Laksana perintah Allah agar iblis sujud kepada Adam as.maka keingkarannya beerti iblis telah ingkar kepada Allah yang menyebabkan mereka menerima laknatNya.
Justeru itu wahai Ukhti Muslimah,taatlah kamu kepada suamimu,selama apa yang disuruh tidak bertentangan dengan ajaran Allah. Yakinlah keredhaan Allah berada pada keredhaan suamimu,dan mentaati perintah suamimu,dan dengan mentaati perintah suami secara tidak langsung seorang isteri telah mentaati perintah Allah.
Rasulullah pernah bersabda:
“Siapapun wanita yang meminta cerai dari suaminya tanpa ada sebab kekerasan, maka haram baginya untuk mencium bau syurga.”
Wahai Ukhti Muslimah, ini adalah wasiat yang sangat berharga daripada Rasulullah kepada setiap wanita yang beriman kepada Allah sebagai Tuhannya, Islam sebagai agamanya, dan Muhammad sebagai Rasulnya. Rasulullah memperingatkan manusia supaya tidak terjerumus dalam lembah dosa yang besar.
Kehidupan suami isteri harus dibangun atas dasar kasih yang tulus dan cinta yang benar. Selagi perasaan yang mulia ini hidup dalam hati keduanya, maka semuanya akan menjadi kebaikan dan kebarkahan dalam kehidupan perkahwinan mereka. Perkahwinan adalah hubungan yang suci, berdiri di atas makna roh dan perasaan yang mulia. Perkahwinan merupakan ungkapan bersama dua orang dalam segala urusan hidup.
Ikatan perkahwinan dalam Islam berlaku untuk selama-lamanya, justeru itu harus dipertahankan secara teguh, kecuali jika Allah menghendaki sesuatu yang harus terjadi. Oleh kerana itu, hubungan antara suami isteri adalah merupakan hubungan yang paling suci dan paling kuat. Sebagaimana firman Allah:
“Dan mereka (isteri-isterimu) telah mengambil dari kamu perjanjian yang kuat”(AN-NISA:21)
Kedua-duanya mempunyai hak dan kewajipan. Kewajipan dan hak itu dimaksudkan agar hubungan suami isteri tetap harmoni. Maka segala perkara yang akan melemahkan hubungan suami isteri sangatlah dibenci oleh Islam. Selagi masing-masing pihak mahu memperhatikan nasihat-nasihat yang telah digariskan agama, tentu keduanya tidak akan terjadi perceraian dengan cara yang dibenci oleh Allah.
Perceraian dalam Islam kerana dua kebijaksanaan, iaitu pada saat terjadi perselisihan antara keduanya, sedangkan mereka tidak terlihat cara lain untuk mencari penyelesaianya. Atau apabila kerana suami tertarik kepada wanita lain, sehingga dia hendak menceraikan isterinya, sedangkan dia tidak mendapatkan kelakuan yang buruk dari isterinya maka suami semacam ini adalah merupakan dugaan bagi si isteri. Dia tidak akan mendapat nikmat dari Allah, dan suami semacam ini adalah suami berperangai tercela. Perceraiannya adalah sesuatu yang sangat dibenci oleh Allah.
Wanita yang meminta kepada suaminya supaya dia menceraikannya tanpa ada alasan yang dapat dibenarkan oleh syarak, sperti isteri merasa takut kalau-kalau dia tidak diperlakukan secara baik, atau kalau-kalau suami akan membenci dirinya, maka diharamkan bagi si isteri untuk mencium bau syurga. Pengertian tidak mencium bau syurga di sini dimaksudkan sebagai peringatan dan ancaman. Atau masih ada kemungkinan baginya untuk mencium bau syurga, tetapi tidak diketahui bila waktunya.
Wahai Ukhti Muslimah, perkahwinan dalam Islam dimaksudkan supaya membantuk rumahtangga yang kukuh, saling saying-menyayangi,kasih-mengasihi. Rumahtangga merupakan masyarakat kecil yang berusaha untuk mencapai tujuan yang mulia dan tinggi. Apabila tujuan tidak tercapai kerana tidak ada pengertian daripada suami isteri dalam memenuhi kewajipan, atau yang satu mengingkari hak yang lain, maka keretakan rumahtangga akan timbul di antara keduanya. Berdasarkan inilah maka dibolehkan perceraian sebagai salah satu jalan keluar, jika dirasakan sudah tidak ada lagi jalan yang lain untuk menyatukan kembali keduanya.
Untuk menimbang hal ini sepenuhnya diserahkan kepada kaum lelaki, kerana ia dianggap sebagai pemimpin rumahtangga yang bertanggungjawab mengarahkan atau memberi nafkah kepada keluarganya. Hanya sahaja kaum lelaki tidak boleh semahunya melakukan perceraian kecuali dalam batas-batas yang dibolehkan agama. Dia dianggap sebagai zalim apabila tidak mebgikuti batas-batas yang ditentukan oleh agama ini.
Perceraian adalah perkara yang dibenci oleh Allah. Orang mukmin yang benar dalam keimanannya dan melaksanakan ajaran Islam, tentu merasa takut terhadap kemurkaan Allah dan seksaannya. Islam juga memberikan hak kepada kaum wanita dalam perceraian dengan jalan khuluk, iaitu isteri memberi ganti berupa harta supaya diceraikan.
Justeru itu, kuasailah dirimu dan lapangkanlah dadamu, apabila timbul sikap kasar dalam hubungan antara dirimu dan suamimu, atau jika terjadi perpecahan dengan suamimu, nescaya engkau akan tahu penyebabnya. Dengan cara demikian, kelakuanmu akan lebih baik, hidupmu akan bahagia dan akhirnya dirimu akan menjadi isteri teladan yang baik di tengah-tengah masyarakat. Semoga redha Allah menyertaimu.

No comments:

Post a Comment