Monday, October 22, 2012

Islam bukan pada nama

NAMA : AINATUL MARDHIAH BINTI JUMAAT ALI
NO MATRIK : 2012413424
NO I/C : 940721-14-5606
PROGRAM : FAKULTI PERNIAGAAN
KOD:CTU(101) Prisip Islam
KUMPULAN : BMD1ah
DISEDIAKAN UNTUK :Encik Abdul Aziz Bin Harjin
TAJUK : Islam Bukan Pada Nama  

Assalamualaikum pertama sekali,saya Ainatul Mardhiah Binti Jumaat Ali ingin melahirkaan rasa syukur ke hadrat Ilahi di atas petunjuknya yang memberi kesempatan saya menyiapkan kerja kursus Prinsip asas Islam (ctu 101) dalam masa yang agak panjang dan lama.
Alhamdulillah semasa menyiapkan kerja kursus ini berjalan lancar dan selawat dan salam kepada Nabi junjungan Muhammad SAW dan kepada kaum kerabatnya,para sahabat,para wali Allah,ulama serta pengikut Nabi Muhammad SAW yang di sayangi.
Terima kasih kepada kedua ibu bapa saya yang banyak memberi sokongan dan dorongan kepada saya dalam menyiapkan tugasan ini sebaik mungkin.Tidak lupa juga kepada pensyarah Prinsip Islam(ctu 101) saya iaitu Encik Abdul Aziz yang telah banyak memberi tunjuk ajar dalam menyiapkan tugasan ini.

 Seterusnya kepada pihak petadbiran Universiti Teknologi Mara (UiTM) Arau,Perlis telah membenarkan saya dalam menyiapkan tugasan ini dengan jayanya.
 Akhir sekali,saya ingin merakamkan terima kasih saya kepada rakan – rakan saya yang sudi membantu dan memberi tunjuk ajar semasa menyiakan kerja kursus ini.

PENDAHULUAN
Dengan nama Allah Yang Maha Pengasih lagi Maha Penyayang.Segala puji bagi Allah,Tuhan sekalian alam.Selawat dan salam ke atas junjungan besar Nabi Muhammad SAW,ahli keluarga,para sahabat dan pengikut – pengikut baginda sekalian.Sumber dan dasar hukum Islam juga dipelajari kerana Islam mempunyai system hukumnya tersendiri yang lain daripada yang lain.Umat Islam perlu mengetahui perihal berkaitan dengan kebudayaan dan sejarah Islam supaya mereka tidak menjadi golongan yang buta kepada sejarah dan latar belakangnya.Kemuduran,kelemahan dan permasalahan yang dihadapi oleh umat Islam ada sebab musababnya.Apa yang penting ialah kesediaan kita memahami dan mengambil iktibar daripada apa yang sedang berlaku ini.
 Umat Islam perlu mempunyai jati diri padu dan identiti dengan berpaksikan kepada tamadun, peradaban, dan kebudayaan Islam.Daripada masyarakat seumpama inilah maka lahirlah kebudayaan Islam yang sumbangannya begitu besar kepada kemajuan manusia.Mungkin ramai tidak menyedari bahawa Islam pernah menguasai dua per tiga daripada dunia.Empayar Islam meliputi satu jajaran negara yang luas dan benua yang besar.Dalam sejarah,muncul banyak kerajaan dan dinasti Islam yang menjadi manifestasi kepada penerimaan masyarakat terhadap sistem yang terkandung dalam Islam.
Buku ini terdapat dua belas bab tapi saya hanya merumuskan empat bab sahaja.

ISLAM SEBAGAI PETUNJUK

Islam dan agama lain mempunyai perbezaan ketara bukan sahaja daripada segi tauhid dan aspek yang berkaitan dengan ketuhanan tetapi kedudukan islam sebagai Al-din atau cara yang syumul.
Islam memberikan bimbingan dan panduan kepada manusia mencapai kebahagian di dunia dan akhirat.Selain itu,islam juga memberi petunjuk dan pedoman menuju ke jalan baik serta benar.Islam juga menyarankan agar kita berjalan seiring dengan ajaran terkandung dalam Al-Qur’an dan As-Sunnah.Islam juga mengandungi pematuhan kepada Allah SWT dengan membuat segala yang disuruh dan menjauhi larangan Nya
Segalabentuk bimbingan,pemimpin,nasihat dan kaunseling yang diberikan oleh islam terangkum dengan padu dalam pelbagai bidang seperti ibadah,iktikad,kebudayaan,ekonomi,pengurusan,pemerintahan dan sebagainya.Semua lapangan ini mempunyai hubungan yang rapat dengan kehidupan manusia dan setiap individu.Islam tidak sekadar mengatur dan mengurus tetapi juga memenuhi tuntutan fitrah kejadian manusia.Di samping itu,islam tidak pernah mengekang kebebasan manusia untuk berkembang dan maju ke hadapan tetapi setiap kebebasan dan tindak tanduk ada batasnya.
Islam amat menghormati sepenuhnya hak asasi manusia sama ada lelaki atau wanita beragama islam mahupun bukan agama islam.Kesemuanya berkongsi fitrah iaitu kehendak,naluri dan sifat yang sama iaitu kepercayaan kepada kewujudan Tuhan.Perkara ini telah diungkap oleh Allah SWT dalam Al Quran.

Allah telah berfirman di dalam surah Ar-Ruum ayat 30

30. (setelah jelas kesesatan syirik itu) maka hadapkanlah dirimu (engkau dan pengikut-pengikutmu, Wahai Muhammad) ke arah agama Yang jauh dari kesesatan; (turutlah terus) ugama Allah, Iaitu agama Yang Allah menciptakan manusia (dengan keadaan bersedia dari semulajadinya) untuk menerimanya; tidaklah patut ada sebarang perubahan pada ciptaan Allah itu; itulah agama Yang betul lurus, tetapi kebanyakan manusia tidak mengetahui.

Manusia berkembang dalam pelbagai segi dan sudut iaitu jiwa,rohani,jasmani,perasaan, pengetahuan,minat,bakat,intelek dan sebagainya.Sesuai dengan kejadiannya,maka manusia memerlukan bimbingan dan petunjuk untuk memanfaatkan segala potensi yang ada padanya agar ia dapat disalurkan ke tempat yang sewajarnya.Contohnya,tuntutan seks kalau tidak dikawal dan disalurkan ke tempat yang sepatutnya akan menimbulkan pelbagai keburukan dalam kehidupan manusia.Sebab itulah,islam telah mewajarkan perkahwinan tertaluk kepada peraturan yang telah ditetapkan sama ada wajib,sunat,harus,makruh,haram,halal,sah dan tidak sah.Aspek kehidupan yang lain,tidak terkecuali daripada ketetapan hukum dan peraturan yang digariskan itu.
 Dasar-dasar yang terdapat dalam ajaran Islam adalah bersumberkan kepada Al-Qur’an dan Al-Hadith.Cuma perinciannya boleh dibuat mengikut ijtihad dan pengalaman masing-masing sesuai dengan zaman serta perkembangan semasa.Dalam perkara ini Allah SWT telah berfirman di dalam surah asy-Syuura::52

52. dan Demikianlah Kami wahyukan kepadamu (Muhammad) - Al-Quran sebagai roh (yang menghidupkan hati perintah kami; Engkau tidak pernah mengetahui (sebelum diwahyukan kepadamu): apakah Kitab (Al-Quran) itu dan tidak juga mengetahui apakah iman itu; akan tetapi Kami jadikan Al-Quran: cahaya Yang menerangi, Kami beri petunjuk dengannya sesiapa Yang Kami kehendaki di antara hamba-hamba kami. dan Sesungguhnya Engkau (Wahai Muhammad) adalah memberi petunjuk Dengan Al-Quran itu ke jalan Yang lurus,

Allah SWT berfirman di dalam surah Yunus ::57

57. Wahai umat manusia! Sesungguhnya telah datang kepada kamu Al-Quran Yang menjadi nasihat pengajaran dari Tuhan kamu, dan Yang menjadi penawar bagi penyakit-penyakit batin Yang ada di Dalam dada kamu, dan juga menjadi hidayah petunjuk untuk keselamatan, serta membawa rahmat bagi orang-orang Yang beriman.

TRADISI ILMU DALAM ISLAM

Ilmu pengetahuan yang penting dalam pembinaan tamadun dan peradaban manusia.Menuntut ilmu merupakan proses yang berterusan dan tidak ada hentinya.Islam menganjurkan kita mencari ilmu hatta sampai ke Negara China sekalipun Nabi Muhammad SAW juga berpesan agar tuntutlah ilmu daripada waktu kita dilahirkan sehingga saat dimasukkan ke dalam liang lahad.Sesungguhnya Islam memberikan penekanan tentang kepentingan dan keperluan menuntut ilmu.
 Sebab itulah,pendidikan,pembelajaran dan pengajaran menjadi salah satu daripada aspek keilmuan yang penting dalam islam.Umat Islam perlu serius dan memberikan penekanan pada bidang ilmu agar umat islam tidak ketinggalan ditelan arus pemodenan.Kegagalan umat islam menguasai ilmu akan menyebabkan mereka ketinggalan dan terjerumus ke dalam kejahilan serta kehancuran.

 Bukti tentang kepentingan ilmu ini dapat dilihat pada ayat pertama Al-Quran yang diturukan oleh Allah SWT kepada baginda Rasulullah SAW melalui Malaikat Jibrail di Gua Hira yang berbunyi,

1. bacalah (Wahai Muhammad) Dengan nama Tuhanmu Yang menciptakan (sekalian makhluk),
2. ia menciptakan manusia dari sebuku darah beku;
3. Bacalah, dan Tuhanmu Yang Maha Pemurah, -
4. Yang mengajar manusia melalui Pena dan tulisan, -
5. ia mengajarkan manusia apa Yang tidak diketahuinya.


 Membaca adalah asas utama di dalam proses pencarian ilmu.Ia menjadi elemen penting di dalam pendidikan dan pengajaran yang merangkumi 5M iaitu membaca,menulis,mengira,memikir dan memahami.Dalam ayat itu,terdapat lima perkara utama yang ditekankan khususnya mengenai pendidikan dan pengajaran iaitu iqra’(membaca),'allama bi'I – qalam(yang mengajarkan menulis dengan kalam) dan 'allama'I-Insana Malam Ya'lam(yang mengajarkan kepada manusia apa yang belum diketahuinya iaitu segala ilmu pengetahuan termasuk mengira,memikir dan memahaminya.)

 Pada zaman Nabi Muhammad SAW,pendidikan dan pengajaran dijalankan di dalam masjid di Balai Safa iaitu suatu tempat yang bergandingan dengan Masjid Madinah dan Balai Al-Arqam iaitu sebuah balai yang dimiliki oleh seorang sahabat nabin yang bernama Al-Aqram.Contoh tersebut menunjukkan dengan jelas bahawa peranan pendidikan dan pengajaran sangat penting di dalam islam.Islam mewajibkan setiap daripada umatnya menuntut ilmu

عَنْ أَنَسِ بْنِ مَالِكٍ قَالَ قَالَ رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ طَلَبُ الْعِلْمِ فَرِيضَةٌ عَلَى كُلِّ مُسْلِمٍ. (ابن ماجه وغيره)
 Dari Anas bin Malik r.a., katanya: Rasulullah s.a.w. bersabda: "Menuntut ilmu adalah satu fardu yang wajib atas tiap-tiap seorang Islam."
Ilmu yang wajib dituntut dalam islam terbahagi kepada dua perkara yang utama.Pertama,ilmu yang bersifat Fardu Ain.Bererti pada setiap umat islam mesti mempelajarinya iaitu tentang aqidah,ibadah khusus dan seumpamanya.Kedua,ilmu Fardu Kifayah iaitu ilmu-ilmu yang lebih bersifat duniawi dan memberikan manfaat kepada manusia seperti perubatan,pertanian,perekonomian,pengurusan,pentadbiran,pendidikan, kebudayaan,kemasyarakatan,kenegaraan dan sebagainya.Daripada kewajipan menuntut ilmu itu,lahirlah beberapa institusi dan pusat pengajian untuk mempelajari pelbagai ilmu sama ada bersifat khusus ataupun umum yamg menyentuh aspek kehidupan manusia seharian.

عَنْ عَبْدِ اللَّهِ بْنِ عَمْرِو رَضِيَ اللَّهُ عَنْهُمَا أَنَّ رَسُولَ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ قَالَ الْعِلْمُ ثَلَاثَةٌ وَمَا سِوَى ذَلِكَ فَهُوَ فَضْلٌ آيَةٌ مُحْكَمَةٌ أَوْ سُنَّةٌ قَائِمَةٌ أَوْ فَرِيضَةٌ عَادِلَةٌ. (أبو داود وابن ماجه)

 - Dari Abdullah bin 'Amr r.a., dari Nabi s.a.w., sabdanya: "Ilmu yang menjadi asas (bagi ilmu-ilmu yang dikehendaki oleh agama) adalah tiga dan yang lain dari itu adalah ilmu yang lebih; - ilmu-ilmu yang tiga itu ialah: Ayat Al-Qur'an yang terang nyata dan tidak dimansukhkan hukumnya; atau "Sunnah" (hadis) yang sah datangnya dari Rasulullah s.a.w., yang tetap kekal atau ketetapan dan keputusan yang betul sama seimbang (dengan kehendak kitab Allah dan sunnah RasulNya)"
( Abu Daud dan Ibnu Majah)
Ilmu-ilmu yang ditetapkan menjadi asas itu ialah:
(1) Ayat-ayat Al-Qur'an yang terang nyata dan tidak dimansukhkan hukumnya, yang menjadi asas untuk dirujukkan kepadanya ayat-ayat Al-Qur'an yang "Mutasyabihat" (yang tidak jelas maksudnya).
(2) "Sunnah" atau "Hadis" Rasulullah s.a.w. yang meliputi perkataannya, perbuatannya dan taqrirnya (ketiadaan larangannya), yang sah datangnya dari Baginda dan berkekalan diamalkan, kerana ialah yang menjadi keterangan dan ulasan bagi kitab Allah Al-Qur'an al-Karim.
(3) Ketetapan dan keputusan yang betul sama seimbang dengan kehendak kitab Allah dan sunnah Rasul-Nya, yang ditetapkan atau diputuskan dengan jalan "ijma'" (kata sepakat alim ulama), atau dengan jalan "Qiyas" (bandingan sesuatu perkara yang belum ada hukumnya dengan perkara yang telah ada hukumnya).

 Antara institusi pengajian berkenaa n ialah kutab yang berupa sekolah rendah atau dasar bagi kanak-kanak,halaqah yakni penggajian secara berkelompok dalam masjid,madrasah atau sekolah yang dikendalikan secara formal,kuliah pengajaran melalui syarahan dan Al-Jami'ah iaitu institusi pengajian tinggi contohnya Al-Jami'ul Azhar.Begitu juga dengan institusi-institusi yang bersifat Darul Ilmi(Gedung Ilmu) seperti yang terdapat di Kherah dan juga di tempat-tempat lain pada zaman Bani Umaiyah dan Bani Abassiyah,Baitu'I-Hikmah(Rumah Hikmah) dan An-Nizamiyah seperti yang terdapat di Banghdad,Qurtubah(Cordoba),Syam (Syria) serta tempat-tempat lain.Selain itu,terdapat juga maktabah-maktabah(perpustakan) yang menampung berbagai bagai jenis hasil tulisan para cendekiawan Islam dan bukan Muslim.

 Pada zaman keemasan Islam,wujud banyak perpustakaan besar dengan koleksi buku yang menakjubkan.Di antaranya,Maktabah Al-Qusut di Kaherah yang mengandungi 1.6 juta jilid buku,Maktabah Al-Hakam di Qurtubah yang 400 ribu buah buku,Maktabah Tarabulus di Syria yang mempunyai 3 juta jilid buku dan Baitul Hikmah di Baghdad yang mempunyai jumlah buku yang tidak terkira banyaknya.Berdasakan kepada kemunculan begitu banyak institusi pengajian daripada peringkat rendah hingga tinggi,jelas menunjukkan betapa pesatnya perkembangan ilmu pengetahuan dan pendidikan dalam islam telah mendorong kelahiran para ilmuan Muslim yang terbilang dalam cabang bidang ilmu sama ada dalam bidang keagamaan,seperti aqidah dan ibadah ataupun sains,astronomi,optik,falsafah dan sebagainya. Ilmu – ilmu ini berjalan sejajar dengan perkembangan zaman dan masa.
 Penguasaan ilmu oleh golongan ulama mencakupi Al-Quran,Qiraat,Tajwid,Ulum Al Quran,Tafsir,Terjemahan, Ilmu Kalam,Hadith, Usul Fiqah, RiwayahAl Hadith, Saraf, Mantik dan beberapa ilmu yang lain.Antara ulama yang lahir dan ahli dalam bidang ini ialah Ibnu Jarir Al-Tabari(839-923M), Ibnu Kathir, Al Bukhari (meninggal 870M), Imam Muslim (meninggal 875M), Abu Hassan Ali – Asy ' ari (873-935M), Abu Mansur Al-Maturidi(meninggal 944M), Imam Hanafi (meninggal 767 M), Imam Malik (meninggal 795M), Imam Syafi’I (meninggal 820 M), Imam Hambali(meninggal 855 M), Al Ghazali(meninggal 1111M), Ibnu Taimiyah(meniggal 1263 – 1328M), Ibnu Qaiyim, Ibnu Rusyd, Ibnu Qudamah, Ibnu Hajar, dan beratus- ratus yang lain.Kitab – kitab yang ditulis yang berkaitan dengan bidang agama tersebut ialah Tafsir Ibnu Jarir Al- Tabari
Tafsir Ibnu Kathir, Sahih Al Bukhari, Sahih Muslim, Al Um, Al Risalah, Al Fatawa, Al Ihlaya’u- ‘Ulumiddin, B idayatal – Mujtahid dan ribuan buah kitab lagi.
 Dalam bidang ilmu pengetahuan umum, muncul ilmuan seperti Ibnu Maskawaih, Al Kindi, Al Razi, Ibnu Sina, Ibnu Rusyd, Al Farabi, Ibnu Haitham, Ibnu Khaldun, Al Kharaizimi, Ibnu Zuhr dan banyak lagi yang mempunyai keahlian dalam bidang maisng – masing seperti falsafah, perubatan, kimia, geografi, sejarah, astronomi, pertanian, fizik, falak, algebra, dan sebagainya.Daripada mereka inilah terhasil berbagai – bagai karya agung seperti Muqaddimah Ibnu Khaldun, Al Tasrif, Al Qanun Fi Al Tib, Tahzib Al Akhlaq, Al Hawi, Al Kulliyat fi Al tib, Al Aghani, Ilmu Al Falaq, Al Jabr-Al Jabr, Mu’jam Al – Buldan, Kitab Al Filahah, Kitab Al Hayawan dan lain – lain.
 Jadi,berdasakan kepada sumbangan tokoh – tokoh muslim itu maka tidak seharusnya timbul anggapan dan tuduhan yang mengatakan Islam itu anti ilmu, tidak progresif, mundur, tolak kemajuan dan sebagainya.Semasa waktu benua Eropah berada di Zaman Kegelapan, umat Islam telah mencapai kemajuan yang tinggi di dalam pelbagai bidang kehidupan kota Baghdad menjadi pusat ilmu yang termasyur.Agama Islam sentiasa memberi galakan kepada umatnya untuk menuntut ilmu dengan penuh minat dan kesungguhan.
 Islam tidak pernah memisahkan dunia dan akhirat serta juga antara ilmu agama dengan pengetahuan yang lain.Inilah rahsia yang membolehkan ilmu pengetahuan berkembang dengan pesat dan rancak pada zaman kegemilangan serta keagungan Islam.berbeza dengan Barat di mana ilmu pengetahuan mereka hanya berkembang bila terjadinya pemisahan agama dan dunia serta antara politik dan pihak gereja.Dalam Islam, ilmunya adalah bersepadu dan bersatu dengan rangkuman yang kemas dan teratur.

ILMU – ILMU ISLAM

Asas kepada ajaran Islam ialah Al – Qur’an dan Al – Hadith yang sahih.Walaupun dasar pengangan Islam hanya dua sahaja tetapi daripada kedua - dua sumber itulah lahir berbagai – bagai ilmu dalam Islam.Di samping itu, terdapat beberapa ilmu yang lain yang menjadi alat untuk memahami kedua – dua dasar dan pokok ajaran Islam itu.Pertama sekali ialah ilmu yang berkaitan dengan bahasa Arab.Ilmu ini penting kerana kedua – dua sumber ajaran islam iaitu Al Qur’an dan Al Hadith adalah ditulis dalam bahasa Arab daripada dialek Quraisy Hijaz(Makkah dan Madinah)pada zaman Nabi Muhammad SAW.Untuk memahami ajaran Al – Quran dan Al Hadith,maka perlu dipelajari bahasa Arab dan segala hal yang berkaitan dengannya seperti ilmu lughah, ilmu bayan, saraf falsafah, balaghah, istiqaq, nahu, badi’, ‘aruz, qafiyah, rasmu ‘I – khat, qarzusy - syi’r, insya ‘u ‘ nnasr, muhazarah,ma ‘ ani dan lain - lain lagi.

Dengan adanya Al – Qur’an muncul pula pelbagai ilmu untuk dipelajari seperti yang disenaraikan.

•    Ilmu Riwayat Al – Qur’an - mengenai sejarah Al – Qur’an
•    Ilmu Dirayah Al – Qur’an - mengenai teks Al Qur’an
•    Ilmu Mawatin Al – Nuzul - menerangkan tempat – tempat,masa – masa, awal dan akhir turunnya ayat.
•    Ilmu Qiraat - menerangkan beraneka qiraah (cara membaca Al – Qur’an)yang telah diterima daripada Rasulullah SAW.
•    Ilmu Tajwid - menerangkan cara – cara membaca Al Qur’an
•    Ilmu Gharib Al – Qur’an - menerangkan kata – kata sulit yang tidak terdapat dalam kata – kata biasa atau sehari – hari.
•    Ilmu Asbab Al – Nuzul - menerangkan sebab –sebab turun ayat - ayat Al Qur’an
•    Ilmu I ‘rab Al Qur’an - menerangakan baris Al Qur’an dan kedudukan lafaz dalam susunan kalimat.
•    Ilmu Wujuh Al – Naza’ir - menerangkan kata – kata dalam Al ‘Qur’an yang banyak ertinya dan menerangkan erti yang dimaksudkan pada tiap – tiap tempat serta konteks.
•    Ilmu Makrifat Al – Muhkam wa Al – Mutasyabih - menerangkan ayat – ayat yang dipandang muhkam (hukum) dan ayat – ayat yang dianggap mutasyabih(subahat).
•    Ilmu Al – Nasikh wa Al – Mansukh – menerangkan ayat- ayat yang dianggap membatalkan dan ayat –ayat dibatalkan oleh sebahagian ulama.
•    Ilmu Bada-I ‘ Al Qur’an - menguraikan keindahan – keindahan susunan Al Qur’an.
•    Ilmu I’jaz Al Qur’an - menerangkan kekuatan susunan Al Qur’an.
•    Ilmu Tanasubi Ayat Al – Qur’an - menerangkan persesuaian di antara suatu ayat antara suatu ayat dengan ayat sebelumnya atau dengan ayat sesudahnya.
•    Ilmu Aqsam Al Qur’an - menerangkan erti –erti dan maksud – maksud sumpah Allah SWT yang terdapat dalam Al Qur’an.
•    Ilmu Amthal Al Qur’an – menerangkan segala perumpamaan yang terdapat dalam Al Qur’an
•    Ilmu Jidal Al – Qur’an - menerangkan segala debatan daripada Al Qur’an
•    Ilmu Abadi Tilawat Al – Qur’an - menerangkan aturan – aturan dalam membaca Al – Qur’an

 Daripada Al Hadith pula timbul berbagai – bagai cabang ilmu yang berkaitan.Di antaranya ialah Ulum Al Hadith yang di dalamnya mengandungi perkara – perkara seperti berikut :

•    Ilmu Hadith Riwayat - membahaskan kelakuan persambungan hadis kepada Sahib Al Risalah,junjungan besar Nabi Muhammad SAW
•    Ilmu Hadith Dirayah - membahaskan makna – maknayang difahamkan daripada lafaz-lafaz hadis serta yang di kehendaki daripada sesuatu lafaz dan jumlah dengan bersandarkan kepada aturan – aturan (kaedah-kaedah)bahasa arab dan kaedah – kaedah agama.
•    Ilmu ‘Ila Al Hadith - menerangkan sebab – sebab tersembunyi yang tidak nyata dan yang tidak dapat mencacatkan hadis.
•    Ilmu Asbab Wurud Al- Hadith – menerangkan kepada kita sebab – sebab nabi menuturkan sabdanya dan masa – masanya nabi menuturkan.
•    Ilmu Mustalah Ahli Al Hadith - Ilmu yang menerangkan pengertian –pengertian (istilah-istilah)yang dipakai oleh ahli – ahli hadith.

Dalam bidang akidah pula muncul beberapa cabang ilmu yang berkaitan denganya seperti yang disenaraikan.

•    Ilmu Aqa’id Al Iman - inti pati rukun – rukun iman
•    Ilmu Tauhid - tentang cara – cara menetapkan aqidah agama dengan mempergunakan dalil – dalil yang menyakinkan,baik dalil – dalil naqli’aqli ataupun wijdani(perasaan halus).
•    Ilmu Kalam atau Teologi Islam
•    Ilmu Al Haqiqah – tentang kebenaran
•    Ilmu Al Asma’- tentang nama – nama Allah SWT yang berjumlah 99 atau lebih terkenal dengan Asma’ul Husna.
•  
•    Ilmu Al – Illahiyah – tentang ketuhanan
•    Ilmu Usul al – Din atau asal dan asas dalam agama Islam.

 Berhubungan dengan ibadat dan muamalah,timbul ilmu –ilmu seperti berikut:

•    Ilmu Fiqah - menerangkan hukum – hukum syarak yang diperoleh daripada dalil- dalilnya yang tafsil.
•    Ilmu Usul Al Fiqah - menerangkan kaedah – kaedah dan perubahan – perubahan yang dipergunakan untuk mengistinbatkan hukum syarak yang far’iyah daripada dalil – dalilnya yang sudah jelas terperinci.
•    Ilmu Qawa’id Al – Fiqhiyah - tentang kaedah – kaedah hukum bersifat kulliyah yang dipetik daripada dalil kulliyah (iaitu ayat – ayat dan hadis yang menjadi pokok kaedah – kaedah kulliyah yang dapat dimaksudkan syarak dalam meletakkan mukalaf di bawah bebanan taklif dan daripada memahamkan rahsia – rahsia dan hikmah – hikmahnya.
•    Ilmu Tasyri’ - perundangan dan hukum Islam



 Daripada prinsip Al – Ihsan, muncul cabang – cabang ilmu seperti berikut :

•    Ilmu Taswuf
•    Ilmu Al – Yaqin
•    Ilmu Al – Akhlaq
•    Ilmu Al – Batin
•    Ilmu Tariqah

 Selain itu, terdapat berbagai – bagai ilmu lagi sama ada yang bersifat agama (akidah dan ibadat) ataupun ilmu yang melibatkan hubungan di antara manusia dengan manusia seperti muamalah dengan pengertian yang luas.Ilmu – ilmu lain yang boleh rangkum ke dalamnya adalah seperti Al Falaq, Al Hikmah, Tarbiyah(pendidikan dan Pengajaran), Pentadbiran, Pemerintahan, Penternakan, Kejuruteraan dan sebagainya.

 Daripada senarai ilmu – ilmu yang dipaparkan ini, menunjukkan betapa luasnya ruang lingkup ajaran Islam tidak sebagaimana yang digembar – gemburkan oleh golongan tertentu bahawa agama Islam bersifat sempit,jumud dan mundur.Tinta ilmu dalam Islam tidak akan habis digunakan kerana ia ibarat setitik dakwat di tengah –tengah lautan ilmu yang begitu luas ruang lingkupnya.Semua ilmu – ilmu ini mencakupi semua bidang yang berkaitan dengan Fardu Ain dan Fardu Kifayah.

Berbeza Tapi Sama


Agama Islam bukan merupakan agama orang Arab,Melayu,Cina ataupun India.Islam merupakan agama Allah SWT yang diturunkan untuk seluruh umat manusia.Islam adalah agama sejagat dan bersifat universal.Sebab itu, Islam boleh ditemui walau di mana sahaja dan setiap ceruk penjuru di dunia ini.Bukti yang paling jelas ialah sewaktu musim Haji di mana kita akan dapat diperhatiakn lautan manusia berkumpul di depan Kaabah,Masjidilharam dan sekitar kota suci Makkah dengan wajah dan warna kulit yang tidak serupa.Semua bangsa dan golongan yang berkumpul di sana dating daripada latar belakang yang berbeza dari segi bangsa,budaya,bahasa dan cara hidup mereka juga berbeza.Tetapi mereka semua adalah umat Islam yang berkongsi satu akidah yang sama.Semuanya bernaung di bawah satu agama yang sama.
 Bukankah di dalam Al-Quran kita sring diingatkan bahawa orang yang paling mulia di sisi Allah SWT ialah orang yang paling bertaqwa.Ini bermakna bahawa taqwa yang membezakan kita sebagai umat Isalam bukannya sama ada dia lahir sebagai Muslim atau masuk Islam kemudian.Islam tidak membezakan di antara umatnya berdasakan kepada bangsa,jantina,pendidikan dan strata sosialnya.Hal ini menjadikan Islam agama yang cukup istimewa,indah, dan adil.Justeru itu,ia menjadi sebahagian daripada daya tarikan utama dan faktor yang menarik orang lain kepada Islam.Kita perlu menerima hakkikat bahawa manusia dijadikan berbeza – beza dan berbangsa-bangsa supaya kita dapat saling kenal – mengenali di antara satu sama lain.Islam mengikat kita semua menjadi satu umat yang kuat.Jadi,perbezaan yang wujud itu tidak sepatutnya menjadikan kita dalam keadaan yang berpecah – belah.
 Di dalam memperjuangkan,umat Islam tidak boleh bersikap emosi.Setiap tindak – tanduk,langkah dan keputusan harus bersandarkan kepada garis panduan yang ditetapkan dalam Islam iaitu AL – Quran dan Al – Hadith.Setiap perkara yang dilakukan perlu berlandaskan kepada landasan ilmu yang kukuh.Jadi,ini menjelaskan tentang betapa pentingnya umat Islam perlu menuntut dan menguasai ilmu.Dengan suluhan ilmu itu dapat memberikan pimpinan dan bimbingan untuk umat Islam bertindak secara matang serta bijaksana.
 Umat Islam tidak boleh bersikap pentingkan diri sendiri.Mereka perlu menghormati dan mengambil kira sesintiviti orang lain terutamanya golongan bukan Muslim.Umat Islam harus bila masanya mereka perlu bertegas dank eras.Begitu juga,dengan bila waktunya perlu bersikap lemah – lembut dan bertolak ansur.Dakwah harus dilakukan secara berhikmah dan telus bagi setiap umat Islam kerana ia merupakan tanggujawab setiap umat Islam dalam mengembangkan agama Islam.

Umat Islam perlu mengambil ingatan tentang kepelbagaian dan perbezaan pendapat yang wujud dalam kalangan umat Islam yang menganut pelbagai mazhab,tarekat,iktikad,aliran dan pandangan.Semua perbezaan ini disebabkan oleh para ulama dan imam mujtahid mempunyai tingkat ilmu pengetahuan,latar belakang,cara berfikir dan penerimaan riwayat yang berlainan.Mereka juga hidup dalam persekitaran dan kebudayaan yang tidak sama telah mempengaruhi pandangan dan pendapat mereka.Sebab itulah timbulnya pendapat,fatwa dan mazhab yang berlainan.Contohnya,Imam Syafi’I mempunyai dual qaul iaitu qaul qadim semasa berada di Baghdad dan qaul jadid sewaktu berada di Mesir.Dalam kalangan ulama – ulama mazhab Syafi’i juga terdapat perbezaan pendapat dan fatwa seperti yang berlaku di antara Imam Al – Ghazali,Imam Nawawi,Ibnu Hajar dan sebagainya.
Selain itu,ada pula pendapat qil dan qal dalam kitab – kitab Mazhab As- Syafi’iyah yang berada dalam masyarakat kita.Dalam kalangan orang Islam ada yang mengakui kononnya ‘taat’ kepada ajaran Imam Syafi’i da nada yang ‘tidak taat’ dengan ajarannya.Misalnya mengutuk orang yang mengadakan azan sekali sahaja ketika solat Jumaat.Padahal dalam kitab Al-Umm karangan Imam Syafi’i disebutkan azan Jumaat hanya sekali sahaja dan bukannya dua kali seperti yang diamalkan dalam kalangan umat Islam tertentu.Jadi,sebagai umat Islam kita perlu berhati – hati dalam mengeluarkan pendapat dan pandangan dengannya.Jangan cepat menyalah dan mengutuk orang yang berbeza pendapat dan pandangan dengannya.Kita harus buat rujukan dan kajian terlebih dahulu dengan sandaran keilmuan yang terdapat dalam Islam.Lebih baik buat teguran secara baik dengan mmberikan nasihat,ingatan dan penerangan.
 Umat Islam tidak harus bermusuhan dan berbalah sesame mereka.Umat Islam perlu bersatu dan membentuk ukhuwah dan silaturahim yang kukuh di antara kita semua tidak kira apa sahaja keturunan atau tempat asal – usulnya.Adalah penting untuk kita mempelajari islam secara berterusan dan kalau boleh dilakukan secara berperingkat – peringkat daripada tahap asas sehingga kepada tahap yang tertinggi.Kalau boleh bermula dengan mempelajari bacaan – bacaan ayat suci Al – Qur’an dan ilmu tauhid atau aqa’id Al – Iman iatu mengenal rukun – rukun iman,rukun – rukun Islam dan hukum – hukum fiqah yang lain.
 Selepas itu,barulah mendalami ilmu-ilmu yang lain seperti tasawuf,terekat,mazhab dan sebagainya.Dengan berbuat demikian,umat Islam akan sentiasa dapat mempertingkatkan diri dalam pengamalan agama dan lapangan kehidupan yang diceburinya.Sekali gus dapat memainkan peranan dan memberikan sumbangan kepada perkembangan,pertumbuhan serta kemajuan Islam dalam di dlam dunia ini.Inilah legasi perjuangan yang ditinggalkan oleh Nabi Muhammad SAW untuk kita teruskan sebagai umat Islam.
13 
PENUTUP

Kesimpulannya,Islam bukan hanya memberi didikan kepada manusia ke jalan yang diredai oleh Allah malah memberi pedoman kepada manusia menuju ke akhirat kelak.Islam banyak memberi intipati yang berguna kepada umatnya agar menjadi lebih baik serta berjaya dalam kehidupan.Setiap umat Islam, mereka dianggap sebagai khalifah dalam menjalankan amanah yang dipertanggujawabkan oleh Allah SWT di muka bumi ini.Umat Islam seharusnya rasa bersyukur dapat merasai kenikmatan iman Islam yang diberikan oleh Allah dan bukan semua orang dapt merasainya.

Islam banyak mengajar umatnya erti kesusahan dan kesenangan untuk memperolehi sesuatu dalam kehidupan ini. Al- Quran dan Al- Hadith dijadikan panduan hidup agar tidak terpesong dari landasan untuk menuju ke syurga.Islam merangkumi semua aspek tidak kira sama ada dunia mahupun akhirat.Islam lengkap dari segala agama yang ada di dunia ini.


No comments:

Post a Comment