Sunday, October 21, 2012

Nabi Nuh AS

MOHAMAD KHAIRYL RIZAL BIN RAZALI NO. KAD MATRIX : 2011994095
Disediakan untuk : Ustaz Abd Aziz bin Harjin
Pensyarah Tamadun Islam

KISAH BANJIR BESAR NABI NUH a.s

    Nabi Nuh a.s telah diutuskan oleh Allah s.w.t kepada kaum-kaum nya untuk memperingati mereka. Walau bagaimana pun, kaum-kaum baginda telah membelakangi seruan-seruan atau perintah Allah s.w.t dan mereka telah mempersekutukanNya dengan sesuatu yang lain. Tetapi baginda tidak pernah putus asa untuk mengajak umat-umatnya menyembah Allah dan mengingati tentang balasan yang akan ditimpa sekiranya melakukan segala larangan-Nya. Namun, usaha baginda masih tidak dilayan oleh mereka dan masih mempersekutukan Allah. Perkara ini telah di terangkan seperti berikut ;
(surah Al-mukminun : 23-26)
“ dan demi sesungguhnya, kami telah mengutuskan Nabi Nuh kepada kaumnya, lalu berkatalah ia :[ wahai kaumku, semabahlah kamu akan Allah, (sebenarnya) tidak ada tuhan bagi kamu melainkan daripada-Nya. Oleh itu, tidakkah kamu mahu bertaqwa kepada-Nya?] ”
“ Maka ketua-ketua yang kafir dari kaumnya berkata ( sesama sendiri ) : [ Orang ini hanyalah seorang manusia seperti kamu, ia bertujuan hendak melebihkan dirinya daripada kamu. Dan kalaulah Allah berkehendak ( mengutuskan seorang Rasul ) tentulah Ia menurunkan malaikat menjadi Rasul-Nya. Kami tidak pernah mendengar seruan seperti ini dalam kalangan datuk nenek kami yang telah lalu. ] ”
“ Ia tidak lain hanyalah seorang lelaki yang menghidap penyakit gila. Oleh itu tunggulah akan perubahan keadaannya hingga ke suatu masa. ”
Nabi Nuh berdoa dengan berkata : “ Wahai Tuhanku, tolonglah daku, kerana mereka mendustakan seruanku. ”
    Seperti ayat-ayat diatas, ketua-ketua masyarakat kaumnya yang kafir telah menuduh baginda menggunakan kuasanya demi untuk menaungi mereka dengan tujuan untuk kepentingan diri sendiri. Selain itu, mereka juga telah menuduh baginda bahawa baginda “dirasuk”. Selepas segala penuduhan yang diberi kepada baginda, orang-orang kafir itu telah mengambil keputusan untuk membiarkan baginda dalam keadaan yang dihina dan dituduh dan beri pelbagai tekanan lagi kepada baginda. Pada suatu hari, baginda menerima pesanan daripada Allah s.w.t bahawa golongan-golongan yang menentang kebenaran yang disampaikan dan masih meneruskan kezaliman, mereka akan ditenggelamkan dan hanya orang yang beriman sahaja akan diselamatkan.
    Selain daripada itu, baginda juga mendapat pesan daripada Allah s.w.t untuk membuat persiapan dengan balasan yang akan menimpa kepada kaum-kaumnya yang tidak menurut segala perintah-Nya. Seperti surah Hud, ayat 37, “ dan buatlah bahtera dengan pengawasan serta kawalan kami, dan dengan panduan wahyu Kami ( tentang cara membuatnya ) dan jangan engkau merayu kepada-Ku untuk menolong kaum yang zalim itu serana sesungguhnya mereka akan ditenggelamkan (dengan taufan ), ”. Allah s.w.t memberitahu balasan yang akan menimpa kaum baginda dengan air sahaja. Tetapi, air itu akan membuak-buak keluar dari bumi dan disambut pula dengan hujan lebat yang tidak henti-henti turun daripada langit. Maka, akan terjadinya satu banjir yang teramat besar. Allah juga mengarah baginda untuk membina satu bahtera yang besar untuk membawa masuk setiap spesis haiwan, jantan dan betina, lelaki dan perempuan, dan semua yang berpasangan termasuklah keluarga baginda. Bagi yang melakukan larangan Allah dan tidak mengikut perintah atau seruan-Nya tidak dibenarkan menaiki bahtera yang dibina oleh Nabi Nuh a.s.
    Setelah baginda mendapat perintah Allah s.w.t, baginda terus mencari bahan-bahan untuk membina bahtera yang amat besar di dunia. Baginda membina bahtera itu dengan bantuan pengikut-pengikut yang masih menerima ajaran yang diutuskan oleh baginda daripada Allah. Baginda membina bahtera itu dengan mengambil masa yang agak lama. Tetapi, semasa baginda bersama umat-umatnya membina bahtera, mereka masih menerima ejekan daripada kaum-kaumnya yang kafir tentang pembinaan bahtera itu. Namun baginda tidak berdiam diri, baginda mengatakan kepada kaum-kaumnya yang kafir, “ Jika kamu memandang kami bodoh ( kerana membuat bahtera ini ), maka sesungguhnya kami juga memandang kamu bodoh ( kerana keingkaran kamu ), sebagai balasan ejekan kamu ”, seperti didalam surah Hud, ayat 38.
    Apabila baginda selesai membina bahtera itu dengan penat lelah baginda serta umat-umatnya yang setia, baginda mengarah pula umat-umat untuk mencari semua haiwan-haiwan yang ada di muka bumi ini untuk menyelamatkan haiwan-haiwan tersebut daripada diancam kepupusan akibat balasan yang akan menimpa kaum-kaum baginda yang kafir. Kesemua spesis-spesis haiwan yang diselamatkan akan di bawa masuk secara berpasangan. Tetapi menurut kajian yang dibuat oleh pakar-pakar kajian, bagi sesiapa yang percaya bahawa kesemua spesis haiwan dibawa masuk kedalam bahtera yang dibina oleh Nabi Nuh akan menghadapi masalah dalam menjawab pelbagai persoalan seperti bagaimana haiwan-haiwan tersebut diberi makan dan minum semasa didalam bahtera ? Bagaimana haiwan-haiwan tersebut disusun dalam bahtera itu ? Dan antara soalan yang masih tidak dijawab lagi seperti bagaimana haiwan dari setiap benua dibawa bersama ke dalam bahtera ? Di dalam Al-quran tidak mengatakan bahawa semua spesis haiwan di atas muka bumi dibawa masuk ke dalam bahtera. Seperti yang sedia maklum, banjir yang hanya berlaku di wilayah-wilayah tertentu. Kemungkinan besar, Nabi Nuh hanya mengambil haiwan-haiwan yang berjaya dikumpul dari kalangan yang mudah diperolehi dan dibela seperti haiwan-haiwan peliharaan yang berguna kepada manusia ke dalam bahtera. Antaranya adalah kambing, unta, lembu, kuda dan binatang-binatang peliharaan yang lain. Nabi Nuh mengumpul haiwan-haiwan tersebut kerana baginda menerima hikmah perintah Allah s.w.t untuk membina kehidupan yang baru selepas banjir yang akan berlaku dan bukanlah untuk menyelamatkan kesemua jenis haiwan yang ada dimuka bumi ini. Banjir tersebut hanya berlaku pada kawasan-kawasan yang tertentu sahaja dan ia agak mustahil akan menyebabkan kepupusan haiwan-haiwan di muka bumi ini.
    Apabila masanya sudah tiba, Allah s.w.t telah membanjiri wilayah kaum-kaum Nabi Nuh akibat mungkari atas perintah Allah dan tidak mengambil peduli dengan peringatan baginda tentang perintah-perintah Allah. Antara aspek peringatan yang terdapat di dalam Al-quran dari surah Al-Haaqah ayat 11 hingga 12 “ Sesungguhnya Kami, tatkala air telah naik ( sampai ke gunung ) Kami bawa ( nenek moyang ) kamu, ke dalam bahtera, agar Kami jadikan peristiwa itu peringatan bagi kamu agar diperhatikan oleh telinga yang mahu mendengar ”. Di dalam Al-quran juga telah mengatakan bahawa bahtera baginda telah terdampar di atas “al-judi” selepas kejadian banjir itu surut. Mengikut kajian, perkataan “judi” merujuk kepada kawasan pergunungan yang tertentu, manakala dari segi bahasa ia bermaksud “ tempat yang tinggi ataupun yang berbukit ”. Al-quran juga menyatakan perkataan “judi” tidak membawa maksud yang berlainan dalam kisah baginda ini, malahan perkataan tersebut juga tidak merujuk kepada sesebuah gunung ganang yang tertentu tetapi ia membawa makna bahawa bahtera tersebut tersadai atau terdampar di sebuah tempat yang tinggi. Selain daripada itu, perkataan itu juga boleh membawa maksud bahawa air bah itu telah sampai ke ketinggian tertentu tetapi tidaklah terlalu tinggi hingga menenggelamkan puncak gunung. Banjir tersebut tidak meliputi seluruh bumi serta gunung ganang seperti dalam penjelasan Perjanjian Lama.   
    Mengikut kisah banjir besar baginda di dalam Perjanjian Lama, Allah s.w.t telah memberitahu kepada baginda bahawa selain daripada orang-orang yang beriman, semua orang akan dimusnahkan kerana bumi pada masa itu penuh dengan keganasan. Allah memerintah baginda untuk membina bahtera dan menerangkan cara-cara untuk membina bahtera tersebut. Selain itu, Allah s.w.t memperingati baginda untuk membawa keluarga baginda dan haiwan peliharaan baginda atau haiwan-haiwan peliharaan yang lain ke dalam bahtera tersebut. Apabila masanya sudah sampai, setiap mata-mata air terbongkah membuak-buak, pintu-pintu langit dibuka luas supaya hujan akan turun dengan lebat yang teramat dan banjir besar akan tenggelamkan segala-galanya yang ada di wilayah tersebut. Kejadian tersebut berlangsung selama empat puluh hari dan malam. Dalam masa yang sama, bahtera tersebut berlayar di atas air yang telah ditutupi oleh banjir itu. Nabi Nuh a.s bersama-sama orang yang terselamat dan menatap didalam bahtera itu buat sementara waktu, manakala yang tidak menaiki bahtera itu telah dihanyutkan oleh banjir dan telah menyebabkan kematian yang amat besar. Hujan yang turun dari langit mula berhenti selepas empat puluh hari dan empat puluh malam. Untuk air banjir itu surut, ia akan makan masa yang lama iaitu seratus lima puluh hari selepas hujan berhenti turun dari langit. Maka selepas itu, iaitu pada hari ketujuh belas dan bulan yang ketujuh bahtera tersebut telah berlabuh di atas pergunungan Ararat (Agri). Baginda mengambil keputusan untuk menghantar wakilnya iaitu seekor merpati bagi meninjau keadaan di muka bumi. Malang sekali burung merpati tersebut tidak pulang kepada baginda langsung, baginda pun mengetahui bahawa banjir tersebut telah surut di muka bumi dan mengisi air-air di lautan. Allah s.w.t telah menyuruh baginda untuk turun dari bahtera tersebut dan pergi jalankan kehidupan yang baru di atas muka bumi yang baru tanpa kezaliman selepas kejadian itu.
    Di sebalik kejadian baginda, ada perkara yang buruk yang telah berlaku semasa kejadian banjir itu. Malang yang ditimpa oleh anak baginda yang ingin menyelamatkan dirinya dengan cara yang tersendiri tanpa mengikut arahan baginda. Anaknya berlindung di dalam sebuah gua dengan harapan untuk menyelamatkan diri daripada menjadi salah seorang mangsa banjir besar itu. Seperti dalam surah Hud, ayat 42 hingga 43, “ (Mereka semua naik ) dan bahtera itu pun bergerak laju membawa mereka dalam ombak yang seperti gunung ganang, dan ( sebelum itu ) Nabi Nuh memanggil anaknya, yang sedang berada di tempat yang terpisah daripadanya : [ Wahai anakku, naiklah bersama-sama kami, dan janganlah engkau tinggal dengan orang-orang yang kafir. ] Anaknya pula menjawab : [ Aku akan pergi berlindung ke sebuah gunung yang dapat menyelamatkan daku daripada ditenggelamkan oleh air. ] Nabi Nuh pula berkata : [ Hari ini tidak ada sesuatu pun yang akan dapat melindungi dari azab Allah, kecuali orang yang dikasihani olehNya sahaja. ] Dan dengan serta-merta ombak itu pun memisahkan antara keduanya, lalu menjadilah ia ( anak yang derhaka itu ) dari orang-orang yang ditenggelamkan oleh taufan.
    Para-para pengkaji arkeologi mencari bukti-bukti yang kukuh tentang perkara kejadian banjir pada zaman Nabi Nuh a.s.. Bukti-bukti mengenai banjir tersebut boleh ditemui pada zaman sekarang. Pada asalnya ramai yang berpendapat tentang kejadian itu berlaku sekitar milinium ketiga S.M. Malahan, banjir tersebut telah menamatkan peradaban tersebut dalam masa yang amat singkat dan selepas kejadian tersebut ia telah digantikan dengan peradaban yang baru untuk diganti dengan yang lama. Hal ini dapat pengesahan bahawa bahan bukti itu telah terpelihara selama beribu-ribu tahun agar dapat mengajar umat-umat Islam yang ada pada zaman ini dan untuk mengingati segala perintah Allah s.w.t. Pakar arkeologi membuat penggalian di empat bandar-bandar bersejarah iaitu di Mesopotamia ; Ur, Erech, Kish dan Shuruppak. Keempat-empat bandar ini telah membuktikan berlakunya banjir besar yang meliputi kesemuanya sekitar tahun melinium ketiga S.M. Kesan peradaban yang tertua yang ditemui di bandar Ur, yang dinamakan “ tell al Muqqayar ” kemudian pada zaman sekarang yang boleh di jejaki sejak tujuh ribu tahun S.M. Bandar Ur menjadi pusat kepada peradaban yang tertua menyaksikan kepelbagaian kebudayaan silih ganti. R.H. Hall dan Leonard Woolley adalah salah seorang ahli arkeologi yang membuat penggalian di bandar Ur. Penemuan yang mereka temui telah menunjukkan peradaban tersebut telah diganggu oleh satu kejadian alam iaitu banjir yang berlaku pada zaman Nabi Nuh a.s dan selepas itu wujudnya peradaban yang baru setelah kejadian itu terjadi. Antara contoh bukti yang Leonard Woolley jumpai seperti yang diterangkan oleh seorang lagi ahli arkeologi Jerman iaitu Werner Keller adalah seperti berikut ;
    Woolley mendedahkan satu timbunan sebesar lima puluh kaki ke selatan kuil dan menjumpai satu barisan panjang kubur yang bertindan. Woolley sangka dia telah menjumpai kubur-kubur kaum bangsawan Sumeria tetapi Woolley menjumpai peti-peti khazanah yang dipenuhi dengan piala yang tidak ternilai dan barang-barang artifak yang lain mengelilingi mayat yang sudah hancur menjadi debu. Dalam penemuan tersebut, Woolley juga menjumpai alat-alat muzik yang bertali bersandar pada dinding-dinding. Woolley juga mendedahkan wujudnya lapisan lumpur kira-kira 2.5 meter ke dalam tanah di dataran Mesopotamia. Analisis mikroskopik telah membukti bahawa lapisan-lapisan tanah liat di bawah bukit Ur terhimpun akibat banjir yang berlaku sehingga memusnahkan peradaban Sumeria purba. Selain itu, kisah dari epik Gilgamesh dan kisah Nabi Nuh a.s digabungkan di dalam lubang yang digali yang teramat dalam di bawah gurun Mesopotamia.

No comments:

Post a Comment