Sunday, October 21, 2012

DISEDIAKAN UNTUK : ABDUL AZIZ BIN HARJIN
DISEDIAKAN OLEH : MEGAT RAFZAN BIN MEGAT NEZAM (2011919517) BMD2AC
TARIKH HANTAR :  11 SEPTEMBER 2012

PENDAHULUAN
Solat tarawih dapat memenuhi keperluan umat islam yang ingin meraih banyak pahala dan ganjaran iaitu dengan mengerjakan berbagai amal ibadat sunat dalam bulan Ramadhan. Tujuan memberi panduan sebanyak yang mungkin untuk meraih pahala di bulan Ramadhan yang berkat ini. Misalnya, berjaga malam untuk mengharapkan lailatulqadar, di samping beribadat seperti qiamulail dan solat tahajud, solat tasbih dan seumpamanya.

PENGERTIAN SOLAT TARAWIH
Erti tarawih ialah duduk bersenang-senang atau beristirehat. Solat tarawih bermaksud solat dalam keadaan yang tenang dan kelapangan hati selepas solat fardu Isya. Pada kebiasaannya akan duduk berehat selepas mengerjakan empat rakaat solat tarawih, sebelum disambung semula. Selain itu terdapat beberapa tujuan mengerjakan solat sunnat tarawih ini antaranya ialah memberi memberi peluang dan galakan kepada orang islam mencari pahala dan fadilat ramadhan disamping mengisi waktu terluang dimasa lapang serta mngerjakan solat witir dan membaca al-quran, berzikir dan bermacam lagi yang berfaedah. Aishah r. a meriwayatkan: Rasulullah SAW solat tarawih empat rakaat pada waktu malam, setelah itu beristirehat. Baginda duduk lama sehingga Aishah r. a kasihan melihatnya. Aishah r. a berkata kepada Rasulullah SAW: demi Allah wahai Rasulullah dosa-dosa mu telah diampuni Allah SWT, sama ada dosa yang terdahulu dan yang terkemudian; maka untuk apakah tuan bersusah payah solat seperti ini maka Rasulullah menjawab bukankah lebih baik aku menjadi hamba yang bersyukur. Dengan kata lain solat tarawih juga dikenali sebagai Qiamu Ramadhan. Solat Qiamu Ramadhan ini dikerjakan selepas umat Islam mengerjakan solat Isya dah waktunya berkekalan sehinggal lewat malam. Sebuah hadith Rasulullah SAW yang diriwayatkan oleh Abu Hurairah bermaksud siapa yang mengerjakan Qiamu Ramadhan dengan penuh keimanan dan ikhlas mengharapkan ganjaran Allah maka Allah mengampunkan segala dosanya yang telah lalu. Istillah Qiamu Ramadhan juga dimaksudkan bahawa umat Islam sewajarnya menghidupkan suasana malam di sepanjang bulan Ramadhan dengan mengerjakan solat, iktikaf dalam masjid dan seumpamanya. Kepada sesiapa yang tidak merebut peluang meraih pahala dengan solat tarawih setahun sekali ini.

MALAM SERIBU MALAM (LAILATUL-QADAR)
Dalam bulan bulan Ramadhan ini terdapat satu lagi keistimewaannya iaitu rahsia Allah SWT menurunkan malam Lailatul-Qadar dalam salah satu malam dalam bulan Ramadhan. Didalam surah Al-Qadar, Allah SWT menjanjikan bahawa mereka yang beramal diberi pahala seperti beramal ibadat selama 1, 000 bulan atau 83 tahun

Firman Allah SWT (Surah Al-Qadar ayat 1-5)
Sesungguhnya Kami telah menurunkan (Al-Quran) ini pada malam Lailatul Qadar. Dan apa jalannya engkau dapat mengetahui apa kebesaran Malam Lailatul Qadar itu. Malam Lailatul Qadar lebih bail daripada seribu bulan. Pada malam itu turun maklaikat dan Jibril dengan izin tuhan mereka kerana bahawa segala pekara (yang ditakdirkan berlakunya pada tahun yang berikut); Sejahtera malam (yang berkat) itu hingga terbit fajar.
 Walau bagaimanapun, hanya Allah SWT saja yang mengetahui, pada malam yang manakah Lailatul Qadar itu diturunkan. Kebanyakan para ulama mengatakan bahawa Lailatul Qadar itu diturunkan pada salah satu daripada malam yang terakhir di bulan Ramadhan. Sesetengah ulama pula mengatakan bahawa Lailatul Qadar itu turun pada salah satu malam yang ganjil dari sepuluh malam yang terakhir di bulan Ramadhan. Allah SWT tidak menentukan malam yang keberapakah Lailatul Qadar itu diturunkan agar umat Islam memperbanyakkan amalan didepanjang bulan Ramadhan tersebut. Oleh kerana tidak mahu terlepas malam Lailatul Qadar, maka ramai umat Islam melaksanakan ibadat malam sepanjang bulan Ramandhan, khasnya pada tiap-tiap malam sepuluh malam terakhir bulan tersebut.

SEJARAH SOLAT TARAWIH
Sejarah solat tarawih ini dimualai oleh Rasulullah SAW di Masjid Nabawi. Menurut baginda Rasulullah SAW mengerjakan solat tarawih ini di masjid, lalu para sahabat mengikutnya. Pada malam berikutnya baginda mengerjakan lagi solat tarawih di masjid, dan para sahabat makin ramai datang dan mengikutnya. Pada malam ketiga lebih ramai lahi para sahabat telah sedia menunggu ketibaan Rasulullah SAW di masjid. Tetapi baginda tidak hadir. (baginda mengerjakan sulat tarawih itu di rumah). Keesokannya Rasulullah SAW bersabda kepada mereka: sesungguhnya aku melihat sambutan daripada kamu. Aku tidak hadir malam itu hanya kerana takut solat itu wajib keatas kamu. Jika solat tarawih itu difardukan, tentulah sangat memberati umat Islam.
Hadith riwayat Jabir b. Abdullah:
Rasulullah SAW telah bersolat dengan kami pada malm bulan Ramadhan lapan rakkat dan witir. Maka pada malam berikutnya kami telah berkumpul di masjid, dan kami mengharapkan baginda keluar tetapi baginda tidak turun kemasjid sehinggalah ke waktu Subuh. Kemudian kami masuk menemuinya dan berhimpun di masjid mengharapkan Rasulullah SAW bersolat dengan kami. Maka baginda bersabda: sesungguhnya aku takut ia (solat tarawih) diwajibkan keatas kamu.

TARAWIH ZAMAN UMAR AL-KHATTAB
Pada zaman Khalifah Umar Al-Khatab, semakin ramailah umat Islam mengamalkan solat sunat tarawih ini. Menurut Abdul Rahman bin Ubaid Al-Qari, pada suatu malam dibulan Ramadhan, beliau pergi ke masjid bersama Khalifah Umar A-Khattab setibanya di masjid, beliau mendapati ramai yang berkelompok-kelompok membuat jemaah-jemaah melakukan solat tarawih ini. Sebahagiannya mengikut seorang iman dan sebahagian lagi mengikut imam yang lain. Melihat keadaan yang tidak seragaman itu Khalifah Umar berkata: aku bermaksud menyuruh mereka supaya beriman kepada seorang imam yang baik bacaannya. Seterusnnya beliau mnyuruh mereka berimankan Ubai bin Ka’ab. Pada malam berikutnya mereka mengerjakan solat tarawih dengan seorang imam. Khalifah Umar berkata: ini termasuk bid’ah yang baik; tetapi orang yang tidur mendapat pahala yang lebih besar daripada yang beramai-ramai mengerjakan solat tarawih itu. Maksud Khalifah Umar, orang yang mengerjakan solat tarawih diakhir malam (setelah tidur terlebih dahulu) mendapat pahala yang lebih besar daripada yang solat tarawih pda awal malam. Bid’ah yang dimaksudkan oleh Khalifah Umar ialah bahawa solat tarawih itu mestilah dikerjakan secara berjemaah dengan pinpinan seoramg imam yang baik bacaannya. Khalifah Umar hanya mengulangi apa yang dilakukan oleh Rasulullah SAW pada ketika mula-mula solat Tarawih itu disyariatkan. Baginda terpaksa menghentikan cara yang demikian pada malm ketiga, kerana takut ibadah solat tarawih itu diwajibkan kepada umatNya.

AMALAN SOLAT SUNAT TARAWIH
Disamping melaksanakan ibadah puasa yang diwajibkan, umat Islam digalakkan dan disuruh dengan mengerjakan berbagai ibadat sunat yang ditawarkan sepanjang bulan Ramadhan yang diberkati Allah SWT itu. Diantaranya yang utama sekali ialah ibadah solat sunat tarawih dan seterusnya solat-solat Qiamullai (tahajjud, hajat, tasbih) membaca Al-Quran, berzikir dan seumpamanya. Allah SWT mengurniakan suatu keistimewaan lagi iaitu malam Lailatul Qadar pada salah satu malam disepanjang bulan Ramadhan itu. Seperti yang disebut didalam Al-Quran, surah Al-Qadar, mereka yang beribadat pada malam tersebut akan diberi pahala ganjaran seperti beribadat 1000 bulan (83 tahun). Fadhilat, kelebihan dan pahala yang paling besar dikurniakan Allah SWT daripada berbagai ibadat itu ialah solat sunat tarawih.
Sabda Rasulullah SAW:
Sesiapa yang mendirikan solat tarawih pada malam hari dibulan Ramadhan dengan penuh keimanan dan ikhlas, maka Allah mengampunkan segala dosa yang telah lalu.

HUKUM SOLAT TARAWIH
Hukum solat tarawih adalah sunat muakkad (sunat yang sangat dituntut) bagi orang Islam lelaki dan perempuan. Oleh kerana itu keadaan menjadi penyempurna bagi ibadat puasa yang wajib dan memang banyak pahalanya. Mereka yang mengerjakan ibadat puasa tepati tidak mengerjakan ibadat solat sunat tarawih pada malamnya, seolah-olah menjadi tawar dan hambar; berjaya tidak cemerlang. Sesungguhnya sangatlah ruginya mereka yang berpuasa Ramadhan tetapi tidak melngkapkan dengan solat sunat tarawih.

BERJEMAAH LEBIH AFDHAL
Sebagai mana yang diamalkan sendiri oleh Rasulullah SAW solat sunat tarawih boleh dikerjakan secara berjemaah taupun secara bersendirian dimasjid ataupun surau. Telah sepakat pendapat ulama adalah lebih afdhal solat sunat tarawih itu dikertjakan dengan berjemaah. Rasulullah SAW pada mulanya mendirikan solat sunat tarawih di masjid Nabawi dengan berjemaah. Pada malam yang keduanya baginda mendapati smbutan begitu ramai dari kalangan para sahabat, sehingga beliau merasa bimbang kalau umat islam kelak mengangap solat tarawih itu sebagai wajib. Ternyata bernar pada malam ketiganya menjadi bertambah ramai kalangan para sahabat berhimpun dimasjid Nabawi untuk mengerjakan solat sunat tarawih berjemaah bersama Rasulullah SAW. Tetapi baginda tidak mahu hadir, kerana bimbang umat Islam mengangap solat sunat itu sebagai wajib, bukan kerana tidak mahu berjemaah. Pada zaman Khalifah Syaidina Umar Al-Khattab, beliau tidak merasa senang hati melihat umat Islam berkelompok-kelompok disana sini di dalam masjid Nabawi mendirikan solat sunat tarawih. Beliau lalu menyatukan mereka supaya mendirikan solat sunat tarawih itu didalam satu sahaja jemaah yang lebih besat dan bersatu, dengan diimamkan oleh seorang yang baik bacaannya. Perubahan yang dibawa oleh Khalifah Saidina Umar Al-Khattab itu tidak mendatangkan anggapan bahawa solat tarawih itu sebagai wajib. Demikian juga, bilangan rakaat daripada lapan rakaat menjadi dua puluh rakaat tidak dianggap memberatkan mereka. Ini disebabkan pada zaman pemerintahan Khalifah Saidina Umar itu, keadaan keilmuan agama telah semakin luas dan mendalam, dan suasana masyarakat umat Islam telah stabil. Mereka cukup memahami bahawa solat tarawih itu hukumnya sunat mua’kad iaitu sunat yang dikuatkan, bukan fardhu atau wajib. Demikian juga, mereka mengamalkan solat sunat tarawih dua puluh rakaat memandangkan faedah dan kelebihan pahala yang amat besar.

SOLAT TARAWIH LAPAN RAKAAT.
Kebanyakkan hadis yang sahih menerangkan bahawa Rasulullah SAW mengerjakan solat sunat tarawih itu lapan rakaat dan witir tiga rakaat, menjadi semuanya sebelas rakaat. Selain dari itu, terdapat juga hadis yang menyebut bahawa Rasulullah SAW mengerjakan solat sunat tarawih dua puluh rakaat
Abu Salamah bin Abdul Rahman meriwayatkan:
“ Sesungguhnya ia telah bertanya kepada Aisyah r. a. tentang bagaimanakah cara soalat Rasulullah SAW dibulan Ramadhan. Maka ‘Aisyah menjawab: Rasulullah SAW tidaklah melebihkan solat malamnya daripada sebelas rakaat samaada dibulan Ramadhan dan tidak juga pada bulan lainnya. Baginda mengerjakan empat rakaat, maka janganlah engkau bertanya betapa baik dan panjangnya; kemudian Baginda bersolat lagi empat rakaat, maka janganlah engkau bertanya betapa baik panjangnya; kemudian Baginda mengerjakan solat tiga rakaat iaitu witir “
Jabir bin Abdullah meriwayatkan:
“ Sesungguhnya Nabi SAW semasa menghayati satu malam di bulan Ramadhan bersama orang ramai maka Baginda bersolat dengan mereka lapan rakaat dan bersolat witir “
Ibnu Hibbah mentakhrijkan:
“ Sesungguhnya Rasulullah SAW bersolat dengan mereka lapan rakaat, kemudian, Baginda bersolat witir “.

SOLAT TARAWIH DUA PULUH RAKAAT
Umat Islam di Malaysia khasnya mengerjakan solat sunat tarawih dua puluh rakaat semenjak dahulu lagi. Ada sebahagian kecil sahaja yang solat lapan rakaat. Demikian juga umat Islam di negara-negara lain. Jika anda pergi ke Makkah dalam bulan Ramadhan maka anda akan dapati solat sunat tarawih di Masjid Al-Haram Mekah dan Masjid Nabawi di Madinah dikerjakan dua puluh rakaat. Bagaimana pun, kebanyakan pengkaji hadis berpendapat bahawa solat sunat tarawih Rasulullah SAW lapan rakaat. Namun para sahabat r’anhum dan jumhur ulama’ telah bersetuju dengan apa yang telah diamalkan oleh umat Islam pada zaman Khalifah Saidina Umar Al-Khattab r. a. iaitu solat tarawih dua puluh dua rakaat. Ini termasuk imam-imam empat mazhab ( termasuk Asy-Syafi’i ). Mereka berhujah bahawa zaman Rasulullah SAW agama Islam baru dibina, kekuatan iman umat Islam masih perlu dipertubuhkan. Ibadat yang panjang seperti solat tarawih ini mungkin boleh menjemukan dan menjadikan mereka tidak menyukai Islam. Bahkan Rasulullah SAW takut kalau-kalau solat tarawih ini dianggap wajib oleh umat Islam. Faktor-faktor inilah yang di ambil kira mengapa Rasulullah SAW hanya mengerjakan lapan rakaat solat sunat tarawih itu: Apabila tiba pada zaman Khalifah Saidina Umar Al-Khattab, beliau berkeyakinan bahawa umat Islam pada zamannya telah berkemampuan untuk menunaikan solat tarawih dengan dua puluh rakaat.
Yazin bin Ruman meriwayatkan:
“ Adalah orang ramai pada zaman Umar bin Al-Khattab mengerjakan qiam Ramadhan sebanyak dua puluh tiga rakaat termasuk witir. ”
Yahya bin Sai’d meriwayatkan:
“ Sesungguhnya Umar bin Al-Khattab memerintahkan seorang lelaki supaya mengerjakan solat dua puluh rakaat dengan orang ramai. ”

Diriwayatkan oleh Abu Al-‘Aliah daripada Ubai bin Ka’ab r. a:
“ Sesungguhnya Umar telah menyuruh Ubai supaya mendirikan solat dengan orang ramai dibulan Ramadhan dengan berkata: Bahawasanya orang ramai berpuasa disiang hari dan mereka tidak pandai mebaca al-quran. Bagaimanakah kalau engkau mebaca al-quran kepada mereka iaitu menjadi imam solat tarawih di waktu malam. Jawab Ubai: wahai Amirul Mu’minin perkara ini belum ada sebelum ini. Umar menjawab: aku telah mengetahuinya tetapi ia adalah lebih baik; lalu Ubai pun mengerjakan solat dengan mereka dua puluh rakaat “

KESIMPULAN BILANGAN RAKAAT
Kesimpulan kita tentang jumlah bilangan rakaat solat sunat tarawih iaitu Qiamu Ramadhan ialah bahawa ia boleh dikerjakan sebelas rakaat termasuk tiga rakaat witir atau dua puluh tiga rakaat termasuk tiga rakaat witir. Pada imam mazhab iaitu imam Abu Hanifah, imam Asy-Syafi’i, imam Ahmad Ibnu Hanbal dan imam Malik serta jumhur ulama’ mengambil yang terakhir iaitu dua puluh rakaat solat tarawih dan tiga rakaat solat witir. Bagi umat Islam di Malaysia sejak dahulu lagi memang mengikut panduan mazhab Syafi’i iaitu mendirikan solat sunat tarawih itu dua puluh rakaat dan juga tiga rakaat witir. Para imam mazhab, khasnya imam Syafi’i tentu sekali telah mengkaji dengan lebih teliti dan sempurna tidak sekadar mengetahui sanad mereka yang meriwayatkan hadis sahaja. Oleh itu, bagi kita yang menganuti mazhab Syafi’i sewajarnya tidak mempertikaikan lagi tentang bilangan rakaat solat tarawih ini. Semoga dengan banyaknya rakaat dikerjakan maka berlipat gandalah pula ganjaran pahala yang kita raih. Para sahabat Nabi SAW dan jumhur ulama’ Islam semenjak zaman kHalifah Umar AL-Khattab r. a hinggalah sekarang umat Islam diseluruh dunia mendirikan solat sunat tarawih sebanyak dua puluh rakaat. Semua masjid-masjid diseluruh dunia khasnya di masjid-masjid besar seperti Al-Haram, Masjid Nabawi dan masjid-masjid di Mesir, Syiria, Pakistan dan lain-lain semua mengamalkan solat tarawih dua puluh rakaat.

No comments:

Post a Comment