Sunday, October 21, 2012

RAHSIA KHUSYUK IBADAH Jalan Mencapai Kemanisan Iman

NAMA PELAJAR : Hazlia ‘Izzati Binti Hussin
KURSUS : AC120 DIPLOMA SISTEM MAKLUMAT PERAKAUNAN
NAMA PENSYARAH : ABD AZIZ BIN HARJIN

PENDAHULUAN
Ibadah atau ibadat dalam bahasa arab membawa maksud kepada merendah diri,tunduk, patuh, taat dan memperhambakan diri kepada sesuatu. Manakala dari sudut syaraa’ pula membawa maksud taat, tunduk, patuh dan merendah diri kepada Allah S.W.T. Jelasnya, ibadah ialah pengabdian diri sepenuhnya kepada Allah, mengikut peraturan, melakukan suruhan dan meninggalkan larangan Allah S.W.T sebagaimana ditetapkan di dalam Al-Quran dan Sunnah Rasulullah S.A.W. Kepatuhan ini hendaklah dilakukan secara berterusan setiap masa hingga ke akhir hayat. Ia merangkumi makna ketundukan dan kecintaan kepada Allah S.W.T.

Islam telah meletakkan ibadah di tempat yang paling istimewa di dalam Al-Quran dimana telah dijelaskan bahawa Allah mencipta jin dan manusia tidak lain dan tidak bukan hanya untuk menyembahNya seperti mana firman Allah dalam surah Az Zuriai 50 57.


Jenis, Bentuk & Wujud Ibadah
Ibadah secara bahasa bererti taat, tunduk, patuh, menurut, mengikut dan doa. Bagi ulama ulama tauhid mereka mengatakan bahawa ibadah adalah mengesakan diri serna menundukkan jiwa setunduk tunduknya kepada-Nya. Sedangkan ulama fiqah mengatakan bahawa ibadah adalah semua bentuk pekerjaan yang bertujuan memperoleh keredaan Allah s.w.t dan mengharapkan pahala dari-Nya di akhirat. Ulama tauhid pula mendifinisikan ibadah di sisi teori, manakala ulama fiqah dari segi praktikal. Namun difinisi dari segi praktikalnya masih tidak dapat di amalkan kebanyakan dari manusia sekarang. Misalnya, adakah cara kita berdiri, rukuk, sujud dan duduk dalam solat sudah benar atau belum,sehingga solat kita hanya bertujuan membuat gerakan-gerakannya menjadi benar, sedangkan hakikat daripada solat itu sendiri tidak boleh kita salami dan fahami.

Dari segi perlaksanaanya, para ulama membahagikan ibadah kepada tiga bentuk :
1.    Ibadah jasmaniah - rohaniah (solat)
2.    Ibadah rohaniah – maliah (zakat)
3.    Ibadah jasmaniah rohaniah – maliah (haji)
Dari segi kepentingannya, ibadah terbahagi kepada dua :
1.    Ibadah fradli (perseorangan)
2.    Ibadah ijtimai’I (social)
Dari segi bentuk dan sifatnya, ada lima :
1.    Ibadah lisan atau perkataan (zikir)
2.    Ibadah perbuatan yang tidak ditentukan bentuknya. (membantu, menolong)
3.    Ibadah perbuatan yang telah ditentukan wujud perbuatannya (solat, zakat)
4.    Ibadah yang tata cara dan perlaksanaannya berbentuk menahan diri (puasa, iktikaf)
5.    Ibadah dalam bentuk menggugurkan hak (memaafkan orang)
Dari segi ruang lingkupnya, ibadah terbahagi dua :
1.    Ibadah khassah (ibadah mahdhah)
2.    Ibadah ‘ammah (ibadah ghairu madhah)
Kesempurnaan Ibadah
Kesempurnaan ibadah sesungguhnya mengandungi pengertian seperti berikut :
    Pertama, memahami dan menyedari bahawa hidup adalah ibadah. Hidup adalah dari Allah dan akan kembali kepada Allah. Hidup adalah untuk mendapatkan keredaan Allah, untuk mendapatkan cinta Allah dan berusaha menjadi kekasih Allah.
    Kedua, kerana hidup adalah ibadah, maka semua aktiviti hidup bernilai ibadah. Dengan demikian, bekerja dan berusaha adalah ibadah. Belajar agar mendapatkan nilai tertinggi di sekolah atau kampus juga adalah ibadah. Berteman dan bergaul adalah ibadah. Kesimpulannya, duduk, diam, berbaring, berbicara, berfikir, dan berjalan adalah ibadah.
    Ketiga alat yang digunakan untuk beraktiviti pun bernialai ibadah. Tangan, kaki, mata, hidung, lidah dan telinga juga difungsikan untuk beribadah.
    Seterusnya, semua hal didalam hidup ini disebut sebagai ibadah pada Allah apabila Allah dijadikan sebagai puncak hidup, Allah menjadi Zat yang dipatuhi dan tunduk kepadaNya, disucikan, dipuji, disyukuri, diesakan dan dicintai. Oleh itu, ibadah akan menjadi sempurna dan kita telah mencapai kesempurnaan ibadah

Menangani Halangan Ibadah
Pelbagai halangan atau masalah-masalah yang dihadapi ketika beribadah. Antaranya ialah perangkap rutin, sikap kesombogan perangkap komuniti, perangkap budaya sosial, perangkap kegelisahan, dan masalah ketidaksedaran.
1.    Perangkap rutin
Maha Benar Allah dengan firman-Nya :
Maksudnya : [8] Dan di antara manusia ada yang berkata: Kami telah beriman kepada Allah dan kepada hari akhirat; padahal mereka sebenarnya tidak beriman. [9] Mereka hendak memperdayakan Allah dan orang yang beriman sedang mereka hanya memperdayakan diri sendiri, dan mereka tida menyedarinya. [10] Dalam hati mereka terdapat penyakit (syak dan hasad dengki), maka Allah tambahkan lagi penyakit itu kepada mereka; dan mereka pula akan beroleh azab seksa yang tidak terperi sakitnya, dengan sebab mereka berdusta. “
(al-Baqarah [2] : 8-10)
2.    Sikap Kesombongan
Antara sikap kesombongan yang sering dilihat ialah kesombongan yang ditampakkan oleh segolongan manusia terhadap amalan-amalan ibadah dan kebaikan orang lain. Mereka telah terjebak dalam kesombongan dri sendiri dan mereka merasakan bahawa diri mereka lebih unggul dan sempurna berbanding orang lain. Contohnya, sedar atau tidak mereka berkata “Lihatlah diri saya, seharusnya kalian beribadah seperti ibadah saya. Seharusnya kalian melakukan kebaikan seperti kebaikan saya. Seharusnya kalian membaca Al-Quran seperti cara saya, beristighfar seperti saya “ Seharusnya kita perlu merenungkan kembali nasihat-nasihat yang diberikan adakah dengan cara membandingkan orang lain dengan kebaikan dan kemuliaan yang kita miliki. Sesungguhnya itu bukanlah bentuk nasihat tetapi merupakan manisfestasi dari sikap kesombongan. Dalam kesombongan, tersimpanlah sifat-sifat jiwa yang negatif seperti merendahkan orang lain, meremehkan orang lain, menghina orang lain dan melecehkan orang lain. Dalam kesombongan pula tersimpan rasa-rasa benci, rasa muak, rasa jengkel, dan amarah.Oleh kerana sifat dan rasa diatas bertentangan dengan hakikat ibadah itu sendiri akhirnya, sama ada disedari atau tidak, di antara kita yang selama ini telah mengerjakan ibadah-ibadah mahadhah ( pengajian, membaca tahlil zikir, dan lain-lain), oleh sebab kita telah menjalankannya pada saat orang lain jarang menjalankanny, muncullah kesombongan dari dalam diri kita.
Dalam Al-Quran, inilah yang sesungguhnya ditonjolkan oleh iblis kerika ia diperintah Allah untuk bersujud kepada Adam;
Maksudnya; “Allah berfirman : Apakah yang menghalangmu dariapda sujud ketika Aku perinthkanmu? Iblis menjawab : Aku lebih baik daripada Adam, Engkau (wahai tuhan) jadikan daku dari api, sedang dia Engkau jadikan dari tanah “
(al-A’raf [7] : 12 )

Sedarilah, walaupun kita telah beribadah secara rutin kepada Allah dalam makna bahawa kita tidak pernah meninggalkan puasa di bulan Ramadhan, telah melaksanakan haji di baitullah, sering menghadiri majlis ta’lim dan lain sebagainya, maka tidak sepantasnya kita merasa lebih unggul dari orang lain, lebih mulia dari orang lain, lebih dekat kepada Allah. Sesungguhnya kita telah terperangkap dalam kesombongan diri sendiri, sebab hanyalah Allah Zat yang boleh sombong !


3.    Perangkap Komuniti
Salah satu halangan yag wujud dalam melakukan ibadah kepada Allah yang harus kita kaji ialah perangkap komuniti. Komuniti adalah jemaah. Dalam agama kita, banyak saudara-saudara yang terlibat aktif dalam jemaah tabligh, jemaah pengajian dan jemaah kerohanian Islam. Jemaah keislaman diatas adalah organisasi yang sama-sama ingin mengenali Islam lebih baik dan benar. Namun, perkara yang menyedihkan ialah ada diantara komuniti-komuniti ini yang terperangkap dengan menganggap bahawa jemaahnya yang paling baik, paling mulia, paling luhur dan paling benar. Mereka juga menganggap bahawa jemaah yang lain pula adalah salah, tidak baik, tidak mulia dan tidak luhur. Adalah aneh membayangkan bahawa ibadah kita diterima Allah, membayangkan doa kita diterima Allah apabila dilakukan bersama-sama komuniti sedangkan kita sendiri tidak mampu membuang sikap berprasangka buruk terhadap orang lain. Bagaimana makna dan tujuan ibadah kepada Allah mampu dicapai dengan cara seperti itu? Nilai ibadah hanya boleh ditentukan secara sendiri. Keunggulan ibadah bukan terletak pada seberapa besar kecintaan anda terhadap jemaah atau organisasi tetapi seberapa besar anda merevolusikan diri anda untuk mendapatkan keredaan dan kecintaan Allah.
4.    Perangkap Kegelisahan
Kekakangan yang sering terjadi dalam diri semua manusia di dalam usaha untuk     beribadah kepada Allah ialah kegelisahan dalam diri. Contohnya
•    “sia-sia saja aku berdoa kepada Allah s.w.t ternyata Dia tidak mengabukan permintaanku “
•    “ saya telah berusaha untuk menjalankan perintah-perintahNya dan menjauhi larangan-laranganNya, tetapi kenapa Dia menimpakan bencana ini kepada saya?! “
Sekiranya terdetik perasaan sedemikian ternyata hati sedang mengalami kegelisahan dalam berhubungan dengan Allah. Golongan-golongan ini merasa sia-sia sekiranya mereka terus berdoa kepada Allah. Ini kerana menurut mereka, Allah tidak pernah menjawab doa mereka. Allah tidak pernah memberikan kebahagian, keceriaan dan ketengan dalam hidup mereka. Akhirnya kita terperangkap dalam kegelisahan, keragu-raguan dan kebimbangan. Justeru inilah yang digambarkan perangkap kegelisahan dalam melaksanakan ibadah kepada Allah s.w.t.
Menyelami Hakikat Ibadah Bawah Sedar
    Setelah kita mengetahui dan memahami masalah ibadah dan perangkap-perangkap ibadah, kini kita perlua menyelami hakikat ibadah bawah sedar sebagai ibadah yang penting. Untuk memahami hakikat ibadah bawah sedar, menjadi penting bagi kita memahami ibadah bawah sedar itu dalam konteks ibadah kita kepada Allah. Contoh ibadah bawah sedar ialah, orang yang rajin melakukan ibadah solat, tetapi rajin pula menjalankan dosa dan kemaksiatan, orang yang telah menjalankan ibadah haji, tetapi tetap menampakkan keangkuhan dan kesombongan dan akhir sekali ahli ibadah yang sering terjebak dalam dosa dan kemaksiatan.
    Agama memberikan pemahaman pada kita bahawa solat merupakan puncak dari segala ibadah. Amalan pertama sekali yang akan dihisab di akhirat kelak ialah amalan solat. Jika solatnya baik dia akan selamat. Dan jika solatnya buruk, dia akan celaka. Namun kebanyakan umat Islam hanya terjebak pada formality, ritual, rutin dan kebiasaan solat sahaja. Solat yang demikian inilah yang tidak akan pernah mampu melontar jauh kecerdasan intelektual, emosional dan spiritual umat Islam yang menjalankannya dan semua menjadi amalan yang sia-sia belaka. Menurut Murtadha Muthahhari, akar semua aspek ibadah spiritual, moral dan social terletak pada mengingati Allah dan kejelasan terhadap sesuatu yang lain.
Maksudya ; “Bacalah serta ikutlah (wahai Muhammad) akan apa yang diwahyukan kepadamu dari Al-Quran dan dirikanlah sembahyang(dengan tekun); sesungguhnya sembahyang itu mencegah dari perbuatan yang keji dan mungkar;dan sesungguhnya mengingati Allah adalah lebih besar (faedahnya dan kesannya); dan (ingatlah) Allah megetahui akan apa yang kamu kerjakan “
(al-Ankabut [29]:45)
Persoalannya, bagaimana kita akan sampai pada kedalaman hakikat solat seperti ini sehingga solat kita akan baik sehingga menghantar kita pada puncak zikrullah dan sehingga solat kita mampu mencegah diri kita dari melakukan perbuatan mungkar dan keji. Jawapannya adalah kembali pada kenyataan optimum terhadap potensi bawah sedar yang ada di kedalaman otak dan hati. Atau lebih tepat lagi adalah melontar jauh kemampuan otak dan hati secara optimum untuk menebus makrifat Allah.
Akal memberikan pemahaman pada kita bahawa sesuatu boleh disebut bersih apabila ia tidak kotor. Begitu pula sebaliknya, sesuatu disebut kotor jika ia tidak bersih. Bersih tetaplah bersih dan kotor tetaplah kotor. Kekotoran tidak akan pernah masuk ke dalam kebersihan, dan kebersihan pun tidak akan merasuk ke dalam kekotoran. Lalu, di antara kotor dan bersih terdapat sesuatu yang tidak benar-benar kotor, tidak pula benar-benar bersih.
Akal dan hati yang makrifat kepada Allah adalah akal dan hati yang bersih. Sedang akal akal dan hati yang tidak boleh makrifat kepadaNya adalah akal dan hati yang kotor. Akal dan hati yang makrifat kepada Allah inilah yang kita sebut sebagai akal dan hati yang beribadah, dan sebaliknya. Oleh kerana itu, jika akal dan hati kita biarkan begitu sahaja, ia akan diselimuti oleh kekotoran. Semakin akal dan hati tidak dibersihkan semakin tampaklah sifat-sifat dan keadaaan-keadaan jiwa yang buruk dan sebaliknya.
Orang yang rajin beribadah mahdhah, rajin mendatangi majlis-majlis pengajian rajin mendengar ceramah agama, nasihat dan kebenaran, tetapi rajin pula memperlihatkan dan menampakkan sifat dan keadaan jiwa yang buruk dan jahat.
Al-Quran ada membahaskan masalah-masalah ini. Allah s.w.t berfirman ;
Maksudnya ; “ [88] Hari yang padanya harta benda dan anak-pinak tidak dapat memberikan pertolongan sesuatu apa pun. [89] Kecuali orang yang datang menghadap Allah dengan hati yang bersih (dari kufur dan munafik) [90] dan pada hari itu didekatkan Syurga bagi orang yang bertakea. [91] dan diperlihatkan neraka jelas nyata kepada orang yang sesat “
(as-Syua’ra’[26] 88-91)

Dari Hudzaifah al-Yaman, bahawasanya Rasulullah bersabda ;
    Berbagai cubaan (fitnah) dihadapkan pada hati laksana tikar yang dikembangkan sedikit demi sedikit, maka hati siapa sahaja yang menghirupnya akan ternoda dengan titik hitam dan hati siapa sahaja yang menolaknya akan tertera padanya titik putih. Maka oleh kerananya, hati terdiri dari dua macam. Hati yang hitam kelam bagai cangkir yang terbalik sehingga hati tersebut tidak mengenal lagi makruf sebagai kebaikan dan mungkar sebagai kejahatan, melainkan hawa nafsu belaka yang selalu ditelannya. Kemudian hati yang putih, iaitu hati yang selamanya tidak terkena bahawa cubaan yang menghalangnya.
( Hadis riwayat Muslim dan Ahmad )
Kesimpulannya, kita seharusnya mampu memahami bahawa ibadah mahdhah erat kaitannya dengan ibadah bawah sedar. Bawah sedar kita akan beribadah kepada Allah, jika hati kita mampu bangun dan menyihatkan bawah sedar tersebut( atau yang kita sebut sebagai “bangkit dari ketidaksedaran bawah sedar” ) Justeru apabila kita telah mampu membangunkan dan menyihatkan bawah sedar kita tersebut, maka dengan sendirinya kesedaran kita pun akan bangun dan sihat pula. Dengan demikian, ibadah bawah sedar adalah ibadah yang bertujuan untuk membangunkan dan menyihatkan akal dan hati, sebagai pengimbang terhadap perlaksaan ibadah-ibadah mahdhah.
Sebagai penutup, dibawah adalah resepi ibadah bawah sedar tersebut dari Ali bin Abi Thalib :
    Tubuh kita selalu berada dalam enam keadaan : sihat, sakit, mat, hidup, tidur dan bangun. Begitu pula dengan jiwa. Hidupnya hati adalah berat bertambahnya ilmu,dan matinya adalah akibat ketiadaan ilmu. Sihatnya hati adalah berkat keyakinan, sakitnya adalah keraguan-raguannya. Tidurnya hati adalah akibat kelalian. Dan bangunnya hati adalah akibat kelalian. Dan bangunnya hati adalah berasal dari zikir yang dilakukan.

No comments:

Post a Comment