PENGHARGAAN
Syukur kehadrat Ilahi yang telah memberi saya ruang dan waktu bagi menyiapkan kerja kursus dengan sempurna. Jutaaan terima kasih saya ucapkan kepada pensyarah yang telah banyak memberi tunjuk ajar dalam menyiapkan kerja kursus ini. Ucapan terima kasih juga saya ucapkan kepada kedua ibubapa saya yang telah banyak memberi dorongan dan sokongan agar kerja kursu ini disempurnakan dengan baik. Tidak lupa juga kepada sahabat handai yang membantu dalam menjana idea dan sumbangan bahan bagi melengkapkan info-info kerja kursus ini. Akhir sekali, apa yang dinyatakan dan dihuraikan adalah sahih dan benar yang diterjemahkan daripada Al-quran dan hadith yang menjadi sumber tumpuan kita agar ia menjadi pedoman dalam kehidupan. Sebagai penyudah bicara, Al-quran dan hadith adalah satu sumber dan pegangan yang dapat mengungkap perkara yang tersirat. Dengan itu, kita sebagai hamba Allah wajib meneruskan dan menuruti perintah dan larangannya, agar kita tidak lari dari kenyataan. Segala apa yang tersurat dan tersirat ia adalah kehendak Allah S.W.T...
PENDAHULUAN
Buku ini memuatkan perbincangan satu topik yang menarik yang sejak dahulu mmenjadi perbincangan yang tidak kurang pentingnya dikalangan para ulama. Iaitu di sekitar hadith-hadith Nabi Muhammad Sallallahu Alaihi Wasallam yang menyebut mengenai Dajal dan Ya`juj Ma`juj. Ramai dikalangan di kalangan kaum muslimin masih menjadi persoalan tentang hal ini. Umumnya yang diketahui oleh kaum muslimin sekarang adalah bahawa Dajal berupa suatu makhluk yang mempunyai satu mata dan akan membuat satu fitnah yang besar pada akhir zaman nanti. Selain itu, Ya`juj Ma`juj pula dianggap satu golongan bangsa yang akan menakluk dan memusnahkan seluruh kehidupan. Setelah meneliti ayat Al-quran dan hadith-hadith Nabi muhammad Sallallahu Alaihi Wasallam, kita dapt mengupas sedikit demi sedikit mengenai Dajal dan kini kita mengetahui bahwa Dajal itu bukanlah suatu makhluk akan tetapi ia adalah satu bangsa Eropah yang yang gigih menjajah dan menindas umat islam. Semoga perbincangan mengenai Dajal ini dapat membuka mata yang tertupup dan membuka dada yang sempit ini.
KEMUNCULAN
DAJAL & YA`JUJ MA`JUJ
Siapakah Dajal dan Ya`juj ma`juj itu? Kemunculan Dajal dan Ya`juj Ma`juj itu merupakan peristiwa besar yang berlaku menjelang kiamat. Bukan cerita dongeng atau ancaman palsu tapi hakikat yang jelas dalam Al-quran dan Al-hadith. Kemunclannya dihubung dengan Masih Mau`ud ( Al-masih yang dijanjikan ), Kedua-duanya digambarkan akan menjadi penguasa paling besar dan menguasai segalanya-galanya. “Dan tidak seorang pun dapat mengalahkan mereka”. Mereka akan meliputi seluruh muka bumi dan menjadi fitnah paling besar kepada umat islam. Dajal tidak tertera dalam Al-quran tetapi dalam hadith sahih diterangkan dalam surah al-Khafi mengenai Dajal. Dalam Al-quran meyamakan Dajal dan Ya`juj Ma`juj, mereka diberi nama yang berlainan keran mempunyai dua fungsi yang berlainan. Menurut surah al-Anbiya` “ sampai taktala Ya`juj Ma`juj dilepas, mereka akan mengalir dari tiap-tiap tempat tinggi.” Ayat berikut telah menerangkan Ya`juj Ma`juj sudah ada, tetapi gerak-geri mereka masih tetap terkekang sampai saat tertentu, yang sesudah itu, mereka akan terlepas untuk menguasai seluruh dunia. Mengapa Al-quran tidak menyebut Dajal malah menggunakan nama Ya`juj Ma`juj. Ya`juj Ma`juj itu nama sesuatu bangsa manakala Dajal itu bermaksud pembohong. Selain itu, kata Dajal hanya menunjukkan satu aspek persoalan, yakni kebohongan dan penipuan yang dilakukan oleh bangsa itu, baik mengenai urusan agama, mahupun mengenai urusan duniawi. Sebagaimana kami terangkan terdahulu, Al-quran tidak menyebut nama Dajal secara khusus tetapi dalam Hadith sahih diterangkan bahawa barang siapa membaca surah al-Khafi, ia akan diselamatkan dari fitnah Dajal, padahal surah ini khusus membahas agama Nasrani dan ajarannya yang palsu. Terutama sekali sepuluh ayat pertama dan sepuluh ayat terakhir dari surah ini, khusus dibahas kepercayaan dan kegiatan bangsa-bangsa kristian. Ini menunjukkan seterang-terangnya bahawa menurut Al-quran, fitnahnya Dajal itu hanya sebutan lain saja bagi kemenangan agama Nasrani. Dengan perkataan lain, apa yang digambarkan dalam hadith sebagai fitnah Dajal itu tiada lain hanyalah kemenangan agama Nasrani. Sungguh mengesankan sekali bahawa manakala hadith menerangkan fitnah akhir zaman, maka fitnah yang paling besar adalah fitnah Dajal, tetapi hadith juga menerangkan ubat yang dapat membanteras fitnah itu, hanya disebut “mematahkan kayu palang”. Melihat bahawa tugas utama Masih Mau`ud ialah mematahkan kayu palang, maka teranglah bahawa fitnah Dajal dan agam kristian adalah, dua sebutan belaka bagi satu idea yang sama. Mengapa Dajal disebut al-Masih? Sebenarnya, jika seseorang mahu berfikir sejenak, pasti akan menemui kebenaran. Itu adalah kerana Dajal selalu menunaikan tugasnya atas nama “al-Masih”, yang mana gelaran ini diberikan oleh Allah kepada nabi Isa berdasarkan wahyu-Nya. Diberikannya gelaran al-Masih kepada Dajal menunjukkan, bahawa Dajal akan menunaikan pekerjaan atas nama orang suci ini, dan inilah sebenarnya yang menyebabkan dia disebut Dajal atau penipu, kerana ia menggunakan nama al-Masih, seorang Nabi dan hamba Allah yang tulus, tetapi ia berbuat sesuatu yang bertentangan sama sekali dengan ajaran beliau. Hadith tentang Dajal yang termuat dalam Musnad Imam Ahmad bin hambal berjumlah seratus, dan diantara yang meriwayatkan hadith; terdapat sahabat utama, seperti Abu bakar, Ali, Siti Aishah, Sa`d bin Abi Waqqas, Abdullah bin Abbas, Hisyam bin Amir, Samrah bin Jundab, Ubayya bin Ka`b, Safinah, Imran bin Husain, Nawas bin Sam`an, Ummu Syarik, Fatimah binti Qais, Ubadah bin Samit, Abu Ubaidah bin Al-Jarrah, Asma` binti Yazid, dan Mughirah bin Syu`bah. Memang benar bahawa kebanyakan hadith menggambarkan seakan-akan Dajal itu orang yang bermata satu, yang didahinya terdapat tulisa Arab yang terdiri dari huruf kaf,fa` dan ra`(atau kafara, ertinya kafir), dan yang membawa keledai, sungai dan api. Tetapi jika hadith-hadith itu kita sesuaikan dengan huraian Al-quran, maka akan nampak dengan jelas, bahawa Dajal bukanlah nama orang, melainkan suatu bangsa, atau lebih tepat lagi, segolongan bangsa. Ada sebuah hadith yang diriwayatkan oleh Imam Muslim yang membuktikan bahawa Dajal itu bukan orang melainkan bangsa, sebagaimana Rom dan Parsi yang dihuraikan dalam hadith itu bukanlah tempat melainkan bangsa. Hadith itu berbunyi sebagaimana berikut: “Rasulullah Sallallahu Alaihi Wasallam bersabda: Kamu akan bertempur dengan Jazirah Arab, dan Allah akan memberi kemenangan kepada kamu, lalu kamu bertempur dengan Parsi, dan Allah akan memberi kemenangan kepada kamu; lalu kamu bertempur dengan Rom, dan Allah akan memberi kemenangan kepa kamu; lalu kamu akan bertempur dengan Dajal, dan Allah akan memberi kemenangan kepada kamu.” Disini pertempuran dengan Dajal dihuraikan dengan kalimat yang sama seperti pertempuran dengan Arab,Parsi dan Rom. Ini menunjukkan bahawa Dajal adalah bangsa, seperti halnya Arab, Parsi dan Rom. Boleh jadi yang diisyaratkan disini ialah Perang Salib, tetapi mungkin pula mengisyaratkan peristiwa yang terjadi di dunia akhir zaman. Namun hal itu sudah pasti, yakni bahawa menurut hadith ini, Dajal bererti bangsa atau segolongan Bangsa; seperti halnya Parsi dan Rom.“Dan aku melihat orang yang berambut ikal pendek, yang mata kanannya buta Aku bertanya: Siapakah ini? Lalu dijawab, bahawa ia adalah Masihid-Dajal.” “Awas! Dia buta sebelah...dan di antara dua matanya, tertulis ‘kafir’...”. Dari gambaran tersebut dapatlah kami catat bahawa mengenai bentuknya, Dajal digambarkan berbadan sasa. Roman-mukanya putih dan mengkilat dan rambut kepalanya pendek dan ikal. Tiga gambaran ini sesuai sekali dengan bentuk orang Eropah pada umumnya. Mereka itu pada umumnya berbadan sasa; bertubuh baik dan kuat; rambutnya pendek dan ikal, sampai wanitanya pun memotong pendek rambutnya; kulit mereka putih dan berkilat. Jadi, gambaran tentang ciri-ciri Dajal tersebut, sesuai sekali dengan perwujudan orang Eropah. Selain itu, Dajal yang digambarkan buta mata kanannya, mata kiri Dajal digambarkan bersinar gemerlapan bagaikan bintang. Dengan perkataan lain, mata kanan Dajal digambarkan hilang cahayanya tetapi mata kirinya bersinar terang. Penjelasan yang diberikan oleh Imam Raghib tentang mata Dajal yang buta sebelah, sungguh ilmiyah sekali. Pada waktu menjelaskan erti al-Masih,beliau menerangkan bahawa kata masaha bererti menghapus sesuatu, lalu beliau menambahkan keterangan sebagaimana berikut: “Diriwayatkan bahawa mata kanan Dajal hilang penglihatannya, sedangkan nabi Isa mata kiri beliaulah yang hilang penglihatannya; dan ini bererti bahawa Dajal tidak mempunyai sifat-sifat akhlak tinggi, seperti kearifan, kebijaksanaan dan rendah hati; sedangkan nabi Isa tidak mempunyai kejahilan, keserakahan, kerakusan dan sebagainya yang termasuk jenis akhlak yang rendah.”Tetapi mata rohani Dajal tidak mempunyai penglihatan yang tajam, kerana semua kekuatan Dajal dihabiskan guna kepentingan urusan duniawi. Sukses Dajal yang tidak ada taranya dalam urusan duniawi mengakibatkan buta sebelah. Penjelasan ini sungguh mengagumkan dan sesuai sekali dengan apa yang dikatakan oleh Al-quran tentang bangsa-bangsa kristian: “orang-orang yang usahanya menderita rugi dalam kehidupan dunia, dan mereka mengira bahawa mereka berbuat sebaik-baiknya (amat pandai dalam membuat barang-barang).” Hadith menerangkan bahawa setiap mukmin dapat membaca tulisan yang tertulis di dahi Dajal; jadi bukan semua orang dapat membaca tulisan itu. Lalu ditambahkan kata penjelasan tentang orang mukmin itu, yakni, “sama ada ia buta buta huruf atau mengerti tulis menulis.” Ertinya, setiap orang mukmin dapat memahami tulisan itu, sama ada ia mengerti tulis-menulis atau tidak. Sebuah hadith menerangkan, bahawa pada suatu hari selesai solat berjemaah, Nabi Muhammad Sallallahu Alaihi Wasallam menahan para sahabat dan berkata sebagaimana berikut : “Tamim Dari, seorang Kristian yang memeluk Islam, ia menceritakan kepadaku tentang Dajal, yang sesuai dengan apa yang pernah aku ceritakan kepada kamu.” Lalu baginda menceritakan cerita Tamim Dari sebagaimana berikut : “ pada suatu hari ia berlayar dengan beberapa orang dari kabilah Lakhm dan Judham. Setelah berlayar sebulan lamanya, mereka mendarat di sebuah pulau, dimana mereka berjumpa untuk pertama kali dengan seekor makhluk yang aneh, yang menamakan dirinya Jassasah (makna aslinya mata-mata). Jassasah memberitahu mereka tentang seorang lelaki yang tinggal dalam gereja. Kemudian mereka mengunjungi orang itu dalam gereja, yang nampak seperti raksasa, yang tangannya diikat pada lehernya, dan kakinya diikat dengan rantai dari lutut hingga mata-kaki.mereka bercakap-cakap dengan orang ini, yang tiba-tiba ia bertanya kepada mereka tentang Nabi Sallallahu Alaihi Wasallam, dan ia mengakhiri percakapannya dengan ucapan: ‘aku adalah Masihid-Dajal, dan aku berharap semoga aku segera dibebaskan, lalu aku dapat menjelajahi seluruh duinia, kecuali Makkah dan Madinah.” Segala sesuatu yang diketahui oleh Nabi Suci yang berhubungan dengan masalah ini juga berlandaskan ru`yah. Allah tidak pernah membawa baginda ke sebuah pulaudan menyuruh baginda melihat Dajal dengan mata kepala sendiri. Sebaliknya, hanya melalui ru`yah sjalah, baginda melihat sifat-sifat Dajal. Baginda memperkuatkan apa yang diketahui oleh baginda dalam ru`yah sebagaimana bagin menceritakan juga impian para sahabat lainnya. Hadith ini memberi petunjuk kepada kita, dimana tempat tiggal Dajal iaitu ia tinggal di sebuah pulai dan pulau itu terletak sejauh satu bulan pelayaran dari Syria. Sebagaimana telah kami terangkan, gelaran Masihid-Dajal itu menunjukkan, bahawa bangsa Dajal akan mengaku pengikut Masih-Isa. Hal ini diterangkan sejelas-jelasnya dalam hadith Tamim al-Dari “tujuh puluh ribu umatku akan mengikut Dajal”. Isayarat supaya mengunjungi orang yang berada dalam gereja itu seperti yang diterangkan dalam hadith Tamim Dari, adalah penting sekali ertinya. Jelaslah bahawa gereja adalah simbolagama Nasrani. Adapun Jassasah(mata-mata Dajal) hanya mempunyai satu tugas iaitu, menganjurkan orang supaya orang pergi ke gereja supaya menjadi orang kristian. Berikut adalah ucapan Jassasah yang sebenar: “Gereja yang kamu lihat itu, masuklah kedalam.” Menurut hadith, tanda Dajal yang paling besar adalah bahawa ia akan membawa syurga dan neraka. Yang pertama kali perlu diingati sehubungan dengan ini ialah, apabila dalam suatu hadith, kata-kata jannah dan nar dipakai untuk menunjukkan syurga dan neraka Dajal, maka dilain hadith, syurga dan neraka Dajal itu dinyatakan dengan kata lain. Misalnya, sebagai pengganti kata-kata syurga dan neraka Dajal, menggunakan kata-kata ma`(air) dan nar(api); dan pada hadith lain digunakan kata-kata nahar(sungai) dan nar(api). “sungai dan buah-buahan dunia akan tunduk kepadanya.” Ertinya: bahawa segala macam persediaan yang mendatangkan kesenangan, kemewahan dan kenikmatan hidup di dunia, semuanya dikuasai oleh Dajal. Berikut adalah apa yang disebut syurga Dajal bagi orang yang rendah imamnya; akan tetapi ini semua disebut neraka adalah kerana siapa yang tenggelam dalam kenikmatan dunia seperti menari, bersenang-senang, bersukaria, melihat teater atau panggung wayang, bergaul bebas antara lelaki dan perempuan, minum arak, berjudi,melacur sudah semestinya tidak ingat pada Allah. Kesannya jiwamereka rosak dan inilah neraka yang sebenarnya, walaupun tidak nampak dengan mata jasmani tetapi di akhirat kelak akan nampak dengan terang. Taktala Nabi Muhammad Sallallahu Alaihi Wasallam ditanya menceritakan bagaimana kepantasan perjalanan Dajal, baginda menjawab “kepantasan Dajal seperti awan yang ditiup angin” perkara ini membuatkan orang tidak percaya pada ketika itu akan tetapi pada zaman sekarang telah ternyata bahawa kapal terbang melebihi kecepatan angin. Kemudian baginda bersabda Dajal akan bergerak lebih cepat hingga ia “mendahului matahari di tempat terbenamnya” seperti kita lihat sekarang kapal terbang lebih cepat dari jalannya matahari; orang yang berangkat dari Timur pada pagi hari akan sampai di Barat sebelum matahari terbenam. Contohnya penerbangan dari Calcuta ke Bombay hanya mengambil masa beberapa jam sahaja. Gambaran tentang kemampuan Dajal bukanlah untuk menyindirnya tetapi untuk menunjukkan bahawa Dajal mempunyai anggapan sebagai orang yang berkuasa akan tetapi lupa akan kedudukannya yang hina di sisi Allah. Semua kekayaan yang ada di bumi ini dikuasai oleh orang Eropah samada mineral ataupun hasil tanaman. Semua kekayaan itu diusahakan oleh orang Eropah, semua kekayaan tersebut mengikut Dajal dan keuntungan bangsa-bangsa Eropah semakin bertambah, sedangkan bangsa-bangsa lain dijadikan buruh mereka untuk menghasilkan barang-barang mentah bagi industri mereka. Dalam hadith telah nyatakan mengenai harta tersebut “Dan ia melalui hutan rimba, dan ia berkata kepadanya: Keluarkanlah kekayaanmu, maka kekayaan rimba itu mengikuti dia, bagaikan lebah mengikuti ratunya.” Kemudian hadith menerangkan bahawa sahabat Dajal akan hidp sengsara senang dan musuhnya akan hidup sengsara “Ia(Dajal) akan membawa gunung roti, semua orang menderita kesukaran, kecuali orang-orang yang mengikutinya.” Kemudian baginda bersabda “barang siapa mengikuti Dajal, ia akan diberi makan akan tetapi ia dijadikan kafir.” Memang benar barang sesiapa yang menginginkan kehidupan yang baik hanya dengan memeluk agama Dajal dan orang yang tidak mengikut agamanya akan mengalami kehidupan yang sukar dan sengsara akan tetapi mereka akan menjadi kafir dan dimurkai oleh Allah. Lepas dari orang sepenuhnya memeluk agama Dajal, Nabi bersabda kepada orang yang bermuka-muka dengan Dajal bagi mendapat kesenangan; “ Kami bersahabat dengan Dajal, sekalipun kami tahu bahawa ia kafir. Kami bersahabat dengannya agar dapat makan dari persediaannya”. Inilah hamba-hamba yang menari mengikut irama Dajal. Walaupun Dajal tidak dapt memasukkan orang-orang ini ke dalam agamanya akan tetapi ia dpat menjadikan mereka tidak menghiraukan tentang agama mereka. Dalam hadith menyatakan “Bersama-sama Dajal akan dibangkitkan syaitan-syaitan yang rupanya mirip dengan orang yang telah meninggal,apakah itu ayah atau saudara mereka.”. hadith tersebut menrangkan bahawa walaupun Dajal sibuk dengan hal dunia dia tetap tidak melupakan bisikan kudrat yang membisik kehidupan dunia luar. Dengan itu Dajal mengaku mempunyai ilmu yang dapat membuatkan orang bercakap dengan orang yang sudah mati. Dalam hadith diterangkan bahawa Nabi Muhammad Sallallahu Alaihi Wasallam menunjukkan gereja tempat tinggal Dajal, menurut ayat Al-quran(Al-Khafi:4) “Dan agar ia memberi peringatan kepada orang-orang yang berkata bahawa Allah mempunyai putera.” Al-quran juga menerangkan bahawa orang yahudi menfitnah maryam, ibu Nabi Isa. Berikut adalah ayat tersebut “Dan ucapan mereka terhadap maryam adalah fitnah yang besar.” Dalam hadith sentiasa menerangkan bahawa orang yahudi yang akan membantu Dajal dari belakang, itu adalah kerana orang yahudi sentiasa di tindas. Berikut adalah hadith yang menerangkan perkara tersebut “Dajal akan disertai oleh tujuh puluh ribu orang yahudi” akan tetapi kita hendaklah ingat hadith hanya mengatakan pengikut Dajal adalah kaum yahudi tetapi Dajal bukanlah dari kaum yahudi. Sebaliknya hadith menerangkan Dajal dari kaum Nasrani. Itu adalah kerana kaum Nasrani lebih unggul dari kaum yahudi berdasarkan ayat Al-quran berikut; “Dan aku akan membuat orang-orang yang mengikuti engkau(Nabi Isa) melebihi orang-orang kafir sampai hari Kiamat.” Disamping itu pengaruh Dajal terhadap perempuan sangatlah tinggi, dengan mudah Dajal membuatkan manusia tidak segan untuk melakukan perbuatan yang merosakkan moral dan perbuatan biadap. Pada zaman kini Eropahlah yang membuka pintu untuk kaum muslimin melakukan dosa seperti pergaulan bebas antara lelaki dan perempuan dan melakukan adegan-adegan yang menaikkan nafsu berahi. Perbuatan jahat ini dengan cepat sekali telah menjalar di kalangan kaum lelaki dan kini mulai menjalar dikalangan kaum wanita. Perkara tersebut telah diriwayatkan dalam hadith ini “orang yang terakhir yang akan datang kepada Dajal adalah kaum wanita”. Apabila pengaruh dajal telah mula menguasai dunia ini, kebudayaan Islam sudah diganti kebudayaan Barat. Negara kita tidak terkecuali menerimanya seperti di Eropah, pelacuran dan kejahatan yang lain sentiasa mengelilingi kita. Kebudayaan barat telah menguasai kita, jadi pergaulan bebas antara lelaki dan wanita semakin meningkat. Perkara tersebut telah menyebabkan bertambahnya anak-anak yang tidak sah(anak yang dilahirkan melalui zina) dan dalam hadith telah meriwayatkan bahwa anak luar nikah juga akan menjadi pengikut Dajal “awas! Sebahagian besar kawan dan pengikut Dajal adalah kaum Yahudi dan anak-anak yang tidah sah.” Anak anak tidak sah ini dilindungi oleh undang-undang yang mengesahkan anak itu. Contohnya, seorang wanita yang mengandung anak luar nikah telah berkahwin sebelum anak itu dilahirkan, maka bayi itu dianggap sah.Berdasarkan hadith yang menunjukkan kejahatan Dajal iaitu “ barang siapa mendengar perihal Dajal, hendaklah menjauhi daripadanya. Demi Allah, orang yang akan datang kepadanya dan mengira bahwa ia adalah mukmin, namun ia mengikut dia(Dajal) kerana keraguan yang ditimbulkan oleh dia(Dajal) dalam batinnya.” Maksud dari hadith tersebut menerangkan Dajal tidak akan menyesatkan orang dengan paksa tetapi dia menggunakan cara yang halus untuk memujuk manusia supaya terpikat akan keduniaan. Sebagai contoh pendidikan, pendidikan dapat menjadi seseorang itu mengikut jalan yang lurus atau tidak. Akan tetapi orang barat telah mengguanakan pendidikan sebagai cara yang halus untuk membuat para pelajar tidak mentaati agama dab kebudayaan mereka sendiri sekalipun pendidikan itu bertentangan dengan agama Nasrani. Sebagaimana diterangkan dalam hadith, Dajal akan menjelajah seluruh dunia: “tidak ada satu tempat pun yang tidak dijejaki dan dilalui Dajal”. Hadith tersebut membuatkan kita lebih yakin bahawa Dajal itu adalah satu bangsa bukannya seseorang, itu adalah kerana sepantas mana seseorang tidak mungkin dapat menjelajahi setiap tempat sambil membawa syurga dan neraka. Sebagai contoh, jika setiap tempat memerlukan 1 jam untuk dijelajah maka 700 000 desa di India memerlukan 100 tahun untuk dijelajah. Ringkasnya, jika semua perkara tersebut dilakukan oleh suatu bangsa akan masuk akal. Akan tetapi jika ia dilakukan oleh seseorang ia memerlukan bantuan berjuta orang untuk menguasai sekalian bangsa di dunia. Akhirnya, yang memegang kekuasaan bukanlah seseorang melainkan sejumlah bangsa manusia. Akhirnya Nabi Isa turun untuk membunuh Dajal, tetapi membunuh Dajal bukanlah bererti menyembelih seseorang kerana Dajal bukan seseorang melainkan segolongan bangsa. Akan tetapi bangsa tersebut akan kekal sampai hari kiamat adalah kerana Dajal sudah dibunuh tetapi Ya`juj Ma`juj adalah politik mereka sebagaimana hadith menerangkan “Lalu orang akan datang kepada nabi Isa...Taktala beginda dalam keaadaan demikian, Allah bersabda kepada Nabi Isa: Aku telah menciptakan sebahagiaan hamba-Ku yang tidak seorangpun mempunyai kekuatan untuk mengalahkan mereka, maka bawalah hamba-hambaKu ke bukit. Dan Allah akan membangkitkan Ya`juj Ma`juj dan mereka akan mengalir dari tiap-tiap tempat tinggi.” Jadi hendaklah kita menjadi mukmin yang sejati dan sentiasa mengagungkan Allah supaya kita diselamatkan dari fitnah Dajal.
PeNUTUP
ALHAMDULILLAH, syukur kehadrat ilahi akhirnya saya dapat menyempurnakan kerja kursus yang diberi dan menyiapkan pada masa yang telah ditetapkan. Segala apa yang dinyatakan bukan diatas kehendak kita tetapi ia adalah kehendak Yang Maha Esa. Kita sebagai khalifah adlah ditanggugjawab untuk saling ingat-mengingati antara satu sama lain. Munculnya dajal dan Ya`juj Ma`juj bukanlah perkara dongeng tetapi perkara itu telah dihuraikan dalam Al-quran dan hadith sebagai panduan kita sebagai manusia agar akidah dan imam kita teguh untuk menghadapi ujian yang akan menghadapi kita di akhir zaman nanti. Dengan itu kuatkanlah imam dan sentiasalah mengingati kepada Allah supaya kita dipermudahkan untuk menghadapi ujian yang bakal tiba. Seperti mana yang telah Allah katakan “jadilah maka terjadilah”. Begitu juga dengan keaadaan apabila Dajal datang nanti.
No comments:
Post a Comment