Sunday, October 21, 2012

Khalifah Uthmaniyah

NAMA PENSYARAH    : ABDUL AZIZ BIN HARJIN
NAMA PELAJAR    : NOR IHSAN BIN SUKRI
NO. MATRIK        : 2011771107

PENGENALAN KHILAFAH ISLAMIYAH UTHMANIYAH
INTRO
Setelah kejatuhan Kerajaan Abbasiyyah di Baghdad, kesan daripada serangan bangsa Tartar dan Mongol, boleh dikatakan tiada lagi kerajaan Islam yang besar dan kuat yang boleh

dijadikan tempat tumpuan harapan Dunia Islam seluruhnya. Wilayah-wilayah Islam semakin berpecah dan sentiasa berada di dalam keadaan bahaya. Musuh-musuh Islam pula sentiasa

menanti-nanti saat yang sesuai untuk melakukan serangan dan menjajah negara umat Islam satu-persatu.
 Pun begitu, Islam kembali gemilang dan berkuasa dengan bangkitnya Kerajaan Turki Uthmaniyah yang dipimpin oleh bangsa-bangsa Turki, suatu bangsa yang kuat, tahan lasak,

memiliki semangat juang yang tinggi dan mahir dalam ilmu peperangan. Kekuatan kerajaan ini terbukti apabila bangsa pengganas Tartar dan Mongol berjaya dihalau keluar dari

wilayah Islam. Bangsa Turki dipercayai berasal dari keturunan Tauran. Begitu juga bangsa Tartar dan Mongol yang berasal dar keturunan yang sama, cuma yang membezakan mereka

ialah agama Islam.
 Negara-negara Islam Mesir, Hijaz, Yaman, Iraq, Palestin, Tunisia, Morocco, Al-Jazair dan sebagainya merupakan wilayah Kerajaan Turki Uthmaniyah suatu ketika dahulu. Bahkan

tercatat di dalam sejarah Kepulauan Melayu, raja-raja Kerajaan Islam Acheh, Minangkabau dan Bantam membuat hubungan dengan Kerajaan Turki Uthmaniyah dan sentiasa menerima utusan

dari Istanbul.
Pada hari ini, masih ada hadiah-hadiah yang diterima dari Kerajaan Turki Uthmaniyah yang dijadikan lambang kebesaran. Di samping itu, raja-raja Melayu juga telah meminta

persetujuan dari Kerajaan Turki Uthmaniyah untuk memakai gelaran ‘Sultan’ yang kekal hingga hari ini.
Pengaruh Kerajaan Turki Uthmaniyah tersebar luas dan begitu mendalam di Nusantara, juga disebabkan oleh ulama-ulama Melayu yang menuntut ilmu di Mekah. Pada masa itu, Mekah

merupakan salah satu wilayah Kerajaan Turki Uthmaniyah. Di antara ulama yang masyhur ialah Syeikh Nawawi yang berasal dari Bantam, Syeikh Daud al Fatoni yang berasal dari Patani

dan Syeikh Ahmad Khatib al Minangkabaui yang berasal dari Minangkabau.
Kerajaan Turki Uthmaniyah adalah lambang kemegahan dan keagungan Islam pada ketika itu. Semasa Kepulauan Melayu dijajah oleh Inggeris, Belanda, Perancis dan sebagainya, sebaik

sahaja sahaja kejatuhan Khilafah Islamiyah, Kerajaan Turki Uthmaniyah masih menjadi igauan indah dan kenangan manis masyarakat Melayu. Buktinya, masih kedengaran doa-doa supaya

Khilafah Islamiyah itu kembali tertegak di muka bumi ini yang dibaca dalam khutbah Jumaat kedua, terutamanya di kawasan kampung sekitar Indonesia.
ASAL-USUL KERAJAAN TURKI UTHMANIYAH
 Nama “Turki” berasal dari nama satu qabilah dalam negara Turkistan yang dikenali sebagai “Qabilah Turkiah”. Pada kurun ke-13M, dunia dikejutkan dengan serangan bangsa Tartar

dan Mongol. Kekuatan dan kekejaman tentera Mongol ketika itu, yang dipimpin oleh Genghiz Khan tiada tandingannya pada waktu itu. Boleh dikatakan, mana-mana sahaja negara yang

cuba menyekat kemaraan mereka akan dimusnahkan sama sekali. Pada mulanya, tentera Mongol telah Berjaya menawan semua kawasan di utara negara China. Seterusnya, mereka melakukan

serangan kedua ke atas Turkistan.
Apabila negara Turkistan diserang oleh tentera Mongol, Qabilah Turkiyah telah melarikan diri ke Anatolia. Hal ini, kerana pertamanya tenteraa Mongol ketika itu, dibawah pimpinan

Jaba Nuwiyan dan Subidai Nuwiyan begitu kuat sehingga memaksa mereka keluar menyelamatkan diri. Sebab kedua ialah bangsa Mongol tidak beragama Islam, tetapi menganut agama

Syamamaniyah. Mereka yang berjumlah4000 orang telah keluar dari Turkistan dengan menunggang kuda. Peristiwa ini berlaku pada abad ke-7 Hijrah.
 Semasa perjalanan ke sana, mereka terhenti seketika di negeri Akhlat. Di situ, mereka telah dikejutkan dengan kemaraan tentera Tartar sehingga memaksa mereka melarikan diri ke

Azerbaijan. Semasa berada di situ, mereka telah mendapat khabar gembira bahawa tentera Tartar dan Mongol telah keluar dari Turkistan. Maka Sulaiman Syah, ketua qabilah mereka

membatalkan hasrat untuk ke Anatolia dan terus bertolak pulang ke Turkistan.
Dalam perjalanan pulang, mereka perlu menyeberangi Sungai Euphrates (Furat) yang berada dekat dengan tembok Ja’bar dalam wilayah Iraq. Sulaiman Syah meninggal dunia semsa

menyeberangi sungai tersebut dan jenazahnya telah dikebumikan di kwasan benteng Ja’bar tersebut. Selepas itu, anaknya yang bernama Artughul dilantik sebagai ketua qabilah yang

baru.
Setelah 10 tahun berlalu, Artughul bersama kabilahnya Berjaya sampai ke Anatolia. Sebagai pendatang baru, beliau tidak terus menetap disitu. Beliau terlebih dahulu mengutuskan

anaknya, Sauji ke Istana Sultan Alauddin Kaiqubas, Sultan Kerajaan Saljuk Rumi bagi mendapat keizinan baginda. Setelah mendapat keizinan baginda, Sauji kembali dengan berita

gembira untuk qabilahnya. Malangnya dalam perjalanan pulang, Sauji telah meninggal dunia.
Selepas itu, berlaku satu peperangan yang begitu dashyat antara tentera Saljuk dan Mongol. Sebagai membalas jasa Sultan Alauddin Kaiqubas, di samping membalas dendam ke atas

musuh tradisinya, Artughul mengarahkan semua tenteranya bergabung dengan tentera Saljuk. Dengan bantuan yang diberikan oleh Artughul, tentera Saljuk kembali bersemangat sehingga

berjaya mematahkan serangan tentera Mongol.
Berita kemenangan ini telah sampai kepada pengetahuan Sultan Alaudin Kaiqubas. Oleh kerana terlalu gembira, baginda telah menjemput Artughul ke istana untuk diberikan hadiah dan

tanah yang baru. Artughul bersama tenteranya telah menunjukkan taat setia kepada sultan, sehingga setiap kali peperangan, Artughul dan tenteranya akan bertindak di barisan

hadapan untuk menyekat kemaraan musuh. Setelah berjaya dalam beberapa siri peperangan, Artughul dan tenteranya telah mendapat gelaran ‘Muqaddamah Sultan’ iaitu tentera sultan di

barisan hadapan dan dihadiahkan tanah-tanah baru yang begitu luas.
Pada tahun 687 H/1288 M, Artughul telah meninggal dunia. Sultan Alauddin Kaiqubas telah melantik cucunya iaitu Othman, putera Sauji yang sulung sebagai Panglima Tentera Kerajaan

Saljuk. Othman pada ketika itu baru berumur 23 tahun. Pada tahun 699 H/1300 M, Anatolia sekali lagi diserang oleh bangsa Mongol. Walaupun serangan kali ini begitu hebat, Othman

berjaya mempertahankan wilayahnya dan wilayah Sultan Alauddin Kaiqubas.
 Pada 700 H, Sultan Alauddin Kaiqubas mangkat dan serentak itu, berakhirlah kerajaan Saljuk Rumi. Bagi meneruskan pemerintahan Islam, maka Othman bertindak sebagai sultan yang

baru dan menggabungkan semua wilayah yang berada di bawah naungan Kerajaan Saljuk Rumi serta membuka kawasan-kawasan baru seterusnya menjadikan negeri Iskisyihar sebagai pusat

pentadbiran. Mana-mana negeri yang belum meneriam Islam diberikan tiga pilihan samada Islam, jizyah ataupun perang.
 Nama “Uthmaniyah” diambil sempena nama Sultan Othman bin Sauji bin Artughul bin Sulaiman Syah bin kia Alp, sultan pertama bagi Kerajaan Turki Uthmaniyah.
 Di bawah ini dinyatakan senarai nama Sultan dan Khalifah bagi Kerajaan Turki Uthmaniyah:-
1.    Sultan Uthman I (1288 - 1326)
2.    Sultan Urkhan (1326 - 1359)
3.    Sultan Murad I (1359 - 1389)
4.    Sultan Bayazid I (1389 - 1403)
5.    Sultan Muhammad I (1403 - 1421)
6.    Sultan Murad II (1421 - 1451)
7.    Sultan Muhammad II (1451 - 1481)
8.    Sultan Bayazid II (1481 - 1512)
Senarai nama Khalifah Kerajaan Turki Uthmaniyah:-
1.    Khalifah Salim I (1512 - 1520)
2.    Khalifah Sulaiman I (1520 - 1556)
3.    Khalifah Salim II (1556 - 1573)
4.    Khalifah Murad III (1573 - 1596)
5.    Khalifah Muhammad III (1596 - 1603)
6.    Khalifah Ahmad I (1603 - 1617)
7.    Khalifah Mustafa I (1617)
8.    Khalifah Othman II (1617 - 1623)
9.    Khalifah Murad IV (1623 - 1640)
10.    Khalifah Ibrahim I (1640 - 1648)
11.    Khalifah Muhammad IV (1648 - 1687)
12.    Khalifah Sulaiman II (1687 - 1691)
13.    Khalifah Ahmad II (1691 - 1695)
14.    Khalifah Mustafa II (1695 - 1703)
15.    Khalifah Ahmad III (1703 - 1730)
16.    Khalifah Mahmud I (1730 - 1754)
17.    Khalifah Othman III (1754 - 1757)
18.    Khalifah Mustafa III (1757 - 1773)
19.    Khalifah Abdul Hamid I (1773 - 1788)
20.    Khalifah Salim III (1788 - 1807)
21.    Khalifah Mustafa IV (1807 - 1808)
22.    Khalifah Mahmud II (1808 - 1839)
23.    Khalifah Abdul Majid I (1839 - 1861)
24.    Khalifah Abzul Aziz (1861 - 1876)
25.    Khalifah Murad V (1876)
26.    Khalifah Abdul Hamid II (1876 - 1909)
27.    Khalifah Muhammad V (1909 - 1918)
28.    Khalifah Muhammad VI (1918 - 1922)

PERANAN KERAJAAN TURKI UTHMANIYAH
1.    Mengembalikan semula kesatuan umat Islam ketika itu dengan mempertahankan agama tauhid dan syariatnya. Serta mempertahankan negara-negara umat Islam daripada serangan

Portugal dan Sepanyol yang mahu melakukan penjajahan salibiyah dengan slogan ‘Penerokaan Geografi’.
Peristiwa yang berlaku :
Paderi Rom telah mengumpulkan pemimpin Sepanyol dan Portugal pada tahun 894 H/1494 M untuk mengizinkan Sepanyol menakluki separuh bahagian timur dan Portugal untuk menjajah

separuh bahagian barat. Keizinan ini bertepatan dengan perjanjian Tord Sinas. Slogan mereka ialah “Salib dan Harta” iaitu gerakan mengkristiankan rakyat dan mengambil hasil bumi

serta berhargadi negara yang dijajah.
 Vasco De Gama as Salibi telah berkata: “Hari ini kami akan pecahkan Dunia Islam dan kami akan jerutkan dengan tali bebenang”.
2.    Berjaya menyatukan Dunia Islam ketika itu seperti Iraq, Semenanjung Arab, Syria, Palestin, Mesir, Toroblos, Algeria, Morocco dan Tunis dalam satu kelompok bersama dengan

Semenanjung Balkan dan Semanjung Anadhol serta sebahagian besar Eropah Timur pada tahun 916 H bagi menghadapi serangan Portugal dan Sepanyol. Hal ini telah menyebabkan Khilafah

Abbasiyah ketika itu, Muhammad Mutawakkil dengan penuh keinsafan demi meneruskan keagungan Islam telah menyerahkan kuasa khalifah kepada keluarga Uthman iaitu Sultan Salim yang

pertama.

3.    Mempertahankan tanah suci Islam iaitu Mekah, Madinah dan Palestin daripada serangan musuh-musuh Islam terutamanya Yahudi laknatullah.
Peristiwa yang berlaku :
 Sultan Salim I telah mengeluarkan arahan melarang sama sekali bangsa Yahudi berhijrah ke tanah Sinai. Ketegasa ini telah ditruskan oleh sultan-sultan selepas baginda sehingga

zaman pemerintahan Sultan Abdul Hamid ke-2.
Sultan Abdul Hamid ke-2 dengan tegas menolak tawaran yang diberikan oleh Thiodore Hertzel dan permohonannya untuk menubuhkan sebuah syarikat Yahudi di Palestin yang

bertanggungjawab membeli tanah-tanah terbiar sekitar Palestin untuk dijadikan kawasan pertanian dan penempatan penduduk Yahudi.
4.    Kerajaan didirikan dengan asas syura ulama atau dengan kata lain ulama memainkan peranan penting dalam pentadbiran negara dan bertindak mengawasi gerak-geri para

pemimpin supaya bertepatan dengan kehendak Islam. Hal ini dapat dibuktikan dengan peristiwa perlucutan jawatan khalifah yang berlaku kepada Sultan Salim ke-3.

5.    Membentuk pemerintahan negara berasaskan aqidah yang satu. Hal ini dibuktikan dengan pemilihan menteri-menteri yang berbilang bangsa sehingga mencapai jumlah 290 orang

seperti berikut:

i.    Asal Turki seramai 123 orang
ii.    Asal Arnaut (Albania) seramai 49 orang
iii.    Asal Byzantine seramai 23 orang
iv.    Asal Sulafi seramai 6 orang
v.    Asal Yugoslavia seramai 13 orang
vi.    Asal Syarksi seramai 14 orang
vii.    Asal Syaisyani seramai seorang
viii.    Asal Arab seramai 4 orang
ix.    Asal Yahudi seramai seorang
x.    Baki yang selebihnya tidak dapat dikenalpasti

6.    Meneruskan usaha dakwah Islamiyah yang dibawa oleh Rasulullah SAW dengan meningkatkan proses pembukaan wilayah-wilayah yang baru. Puncak kejayaannya ialah pembukaan Kota

Costantinople oleh Sultan Muhammad al Fatih setelah 8 kurun perkhabaran Rasulullah SAW. Seterusnya kota tersebut ditukar nama kepada “Islambul” iaitu Bandar Islam.

7.    Membina jaringan jalan keretapi dari tanah Syam ke Madinah dengan jarak melebihi 1303 km yang menghubungkan Hijaz, Semenanjung Anadhol dan Semenanjung Balkan dengan

Eropah Selatan. Usaha ini dilakukan oleh Sultan Abdul Hamid dengan tujuan menghubungkan semua wilayah yang ada dengan Madinah dan Mekah bagi memudahkan urusan ibadat haji.

8.    Menjaga kebajikan dengan menyebarkan ilmu di masjid, sekolah, pertubuhan kebajikan, perpustakaan, tempat penginapan bagi pelajar dan guru, hospital dan lain-lain.

Semuanya dilaksanakan dengan menggunakan harta wakaf orang Islam. Bahasa Arab pula dijadikan bahasa utama dalam komunikasi, pendidkan dan urusan keagamaan.

Buktinya:

Membuka pintu negara kepada pelarian Yahudi yang lari dari Sepanyol bagi menyelamatkan mereka dari penindasan Nasrani. Di bawah naungan Kerajaan Turki Uthmaniyah, golongan

Yahudi dan Nasrani dapat hidup dalam keadaan aman dan damai terutamanya semasa pembukaan Kota Costantinople.

Selepas kejatuhan Kota Costantinople pada tahun 1453 ke tangan tentera Islam, hubungan pemerintah Islam dengan pihak gereja semakin kukuh. Sultan Muhammad ke-2 telah

mengisytiharkan dirinya sebagai pelindung gereja Greek, melarang sama sekali semua bentuk tekanan ke atas orang-orang Masehi dan mengembalikan semula sumber kewangan gereja dan

pemberian yang mereka miliki sebelumnya untuk memastikan ketaatan orang-orang Masehi kepadanya.

Pemerintah Islam juga telah memberikan penghormatan dan menambah bidang kuasa gereja. Paderi berhak menjatuhkan hukuman dalam kes-kes yang melibatkan orang-orang Greek. Begitu

juga mereka berkuasa untuk membuat keputusan yang melibatkan urusan aqidah dan perundangan mereka tanpa sebarang campur tangan daripada pihak pemerintah.

Sikap tasamuh dan terbuka oleh pemerintah Islam semakin jelas selepas pembukaan beberapa wilayah baru di Eropah yang kebanyakan penduduknya beragama Kristian. Orang-orang

Kristian tidak menghalang anak-anak perempuan mereka berkahwin dengan lelaki Islam. Kesan daripada sikap keterbukaan ini, kebanyakan wanita-wanita mereka memeluk agama Islam

seterusnya mempengaruhi orang lain yang masih beragama Kristian.

 Dari segi ekonomi, mereka diberikan kebebasan dalam mencari harta kekayaan sehingga kehidupan mereka lebih mewah berbanding kehidupan orang-orang Eropah yang lain yang masih

berada di bawah kekuasaan Masehi. Golongan bangsawan pula semakin hari semakin ramai yang menganut Islam kerana mereka merasakan bahawa cara ibadat Islam begitu mudah dan

bersih, berbeza dengan tradisi Gereja Ortodoks yang terlalu mendewa-dewakan paderi.

Dari segi jawatan dalam kerajaan pula, mereka telah diberikan jawatan yang tinggi sehingga akhir pemerintahan kerajaan ini, pemerintah Islam telah melakukan satu kesilapan besar

kerana berlebih-lebih dalam melantik orang bukan Islam menjawat jawatan yang tidak sepatutnya disandang oleh mereka. Mereka kemudiannya mengkhianati kerajaan Islam dengan

membocorkan rahsia kerajaan dan membantu musuh-musuh Islam.

 Dari segi ketenteraan, mereka dibenarkan melibatkan diri sama ada sebagai tentera darat ataupun tentera laut. Keadaan ini berbeza dengan keadaan pemerintahan Islam sebelumnya.

Contohnya, 250 orang pejuang dari penduduk Masehi Hydra memberi bantuan kepada tentera laut pemerintah. Mereka tidak dikenakan bayaran jizyah, malah diberi gaji oleh pemerintah

daripada harta Baitumal daerah tersebut.

9.    Menguasai tiga lautan utama sehingga dikenali sebagai ‘Lautan Islam’ iaitu Lautan Meditranean, Laut Merah dan Laut Hitam. Kesan daripada penguasaan tersebut, kawasan

Afrika dan Asia berada dalam keadaan aman dan bebas dari pengaruh salibiyah. Kerajaan Turki Uthmaniyah telah mempertahankan Islam dan menyekat kemaraan tentera Salib selama 600

tahun bermula kurun ke 7 M sehingga kurun ke 13 M.

RUJUKAN

-    Buku rujukan, GERAKAN FREEMASONRY (Musuh dalam menghancurkan ISLAM)

PENUTUP
Secara kesimpulannya, banyak yang saya dapat tahu tentang Khilafah Islamiah Uthmaniah serta asal-usul kerajaan turki uthmaniyah sepanjang saya membuat tugasan ini. Selain itu

saya juga dapat mengenalpasti peranan kerajaan turki uthmaniyah. Ianya memberi kesan kepada saya dan input yang menarik kepada saya.

No comments:

Post a Comment