Sunday, October 21, 2012

Islam Sebagai Pandangan Hidup

NAMA: NUR FADZILAH BINTI RAMLEE
NO. PELAJAR: 2012234726
PENSYARAH: USTAZ ABD AZIZ BIN HARJIN
KUMPULAN: CSD1Dq
PROGRAM: SAINS KUANTITATIF(CS 113)  
  
 BAB 1
KONSEP ISLAM TENTANG HIDUP DAN KEHIDUPAN

    Ciri pertama penyebaran islam iaitu tidak wujud halangan di antara kehidupan keduniaan serta kerohanian.Agama islam bukan hanya menekankan aspek kehidupan kerohanian sebaliknya kehidupan keduniaan.Agama islam bermatlamat supaya dapat membina kehidupan individu dan komuniti melalui tauladan yang bagus agar kehidupan keduniaan yang Allah redhai,di bumi ini dapat melaksanakan,serta kesihatan,ketenangan kedamaian tercapai.Terdapat beberapa landasan asas yang perlu difahami dahulu.

    Pertama,pencipta.pengatur alam semesta serta pemberian tempat tinggal sementara kepada kita ialah Allah.Allah memberi manusia keinginan dan kebolehan untuk menggunakan sumber-sumber alam dan hak sepenuhnya telah diberikan kepada manusia sebagai khalifah di dunia.Kedua,Allah telah menekankankan bahawa Dia adalah Pengatur alam semesta.Oleh itu,sebarang makhluk haruslah taat kepadaNya.Manusia perlu mengetahui bumi ini bukanlah tempat tinggal kekal dan wujudnya dugaan sehingga kembali kepada Allah dengan amalan-amalan di dunia.Sekiranya manusia mengikuti jalan yang lurus dia akan Berjaya di dunia dan akhirat akan tetapi sebaliknya pula dia memilih akan mendapat api neraka.

    Seterusnya,Allah melengkapi kehidupan Adam dan Hawa dengan petunjuk yang telah mengetahui kebenaran dan tata tertib hidup melalui Islam.Hal ini diwarisi dari keturunan seterusnya.Akan tetapi,akhirnya sesat juga akibat kelalaian mereka yang telah memusnahkan ajaran benar dengan mengamalkan politeisma iaitu campuran agama yang benar dengan dewa-dewa sehingga terhapusnya keamanan dan tidak tenteram dalam kehidupan.Keempat,Allah tidak menghancurkan mereka walaupun mereka telah tersesat dari jalan yang benar malah Allah menurunkan wahyu orang-orang daripada kalangan mereka sebagai Rasul yang membimbing,memperingatkan dan selamatkan agar mereka mengamalkan ajaran Allah.

    Para nabi mengikuti petunjuk dan menjalankan tugas yang sama untuk mengajak manusia kembali memeluk agama islam dan menyusun mereka untuk tegakkan agama Allah dan menghapuskan segala ketidakbetulan yang berlaku ke atas mereka.Akhir sekali,bagi menyempurnakan tanggungjawab nabi-nabi terdahulu Nabi Muhammad S.A.W mengenalkan mengenai Islam sekali lagi kepada manusia dan menyusun mereka dalam umat yang bersatu yang kehidupannya sesuai dengan Islam serta nabi mengajak manusia ke jalan yang lurus melalui petunjuknya dalam Al-Quran.

Dalam surah At-Taubah 111,kaitan antara manusia Allah dengan manusia ialah iman melalui konsep jual beli bagai satu janji iaitu kehidupan manusia hanyalah kepada Allah dan pembalasannya adalah syurga.Allah adalah Pemilik kekal ke atas sesuatu yang diciptakanNya yang layak “membeli”sebaliknya manusia tidak pemilik kekal tapi dipertanggungjawabkan untuk menggunakan manfaatNya juga tidak layak “menjual”.Manusia juga dikurniakan keinginan dalam memilih untuk patuh atau tidak kepada Allah.Jual beli bukan bermaksud Allah membeli dari milik manusia tetapi Dia telah mengurniakan hak milikNya untuk dimanfaatkan oleh manusia untuk menjadi amanah daripadaNya.Walaupun manusia diberi keinginan untuk memilih tetapi perintah dari Allah ialah manusia harus meyakini bahawa semuanya milik Allah tanpa mengikut kemahuan dan menjual hak sepenuhnya kepada Allah yang akhirnya akan memperolehi syurga.

    Manusia itu akan dikatakan kafir sekiranya tidak menepati perjanjian tersebut.Allah menduga kita dengan dua dugaan.Pertama,Allah mengendahkan manusia yang berkelakuan bebas dan supaya dapat meneliti manusia itu akan berkelakuan amanah serta sabar dalam berhadapan dugaan tersebut atau sebaliknya.Kedua,Allah mahu melihat sama ada manusia itu akan beriman setelah diberikan nikmat dan sekiranya manusia itu mati adakah dia akan mendapat syurga.Adakah manusia itu juga akan menderma untuk agama dan memberikan hak sepenuhnya kepada Allah.

Mukmin adalah yang meyakini pegangan yang betul dan iman bermaksud berpegang kuat dengan pegangan yang betul.Sebaliknya dalam penglihatan Allah iman ialah “Penyerahan kemahuan dan pilihan manusia sepenuhnya terhadap kemahuan Allah.Seseorang yang melakukan segala amalan fardhu mahupun sunat tetapi sebaliknya sekiranya hati mereka mengandaikan bahawa dia empunya memiliki kuasa luaran dan pemikirannya serta berkuasa kepada semua khazanah alam seterusnya menggunakan mengikut keinginan pada penglihatan Allah dia adalah manusia tidak beriman meskipun pandangan manusia di sekitarnya dia adalah beriman.

    Muslim yang beriman kuat terhadap Allah menetapkan setiap segi kehidupannya hanya kepada Allah,tidak sombong dan mengelakkan diri daripada keralitan.Begitu juga dengan sekumpulan komuniti masyarakat yang mempunyai politik,organisasi masyarakat,ekonomi,kebudayaan dan sebagainya harus berpadanan dengan perintah yang diwahyukanNya.

 Kemahuan Allah menjadi kemestian untuk manusia mematuhinya dan kemahuan itu tidak boleh ditetapkan oleh manusia.Syurga bukan hanya satu hadiah disebabkan menjalankan ‘jual beli” seperti yang dibincangkan sebaliknya adalah satu hadiah kerana kepercayaan yang kuat terhadap perjanjian tersebut.Perjanjian tersebut tidak memenuhi sekiranya kepercayaan hanya kepada Allah tetapi perlu diserti dengan iman dan iman itu adalah mengakui Allah adalah Tuhan Pengatur Yang Maha Berkuasa.Mukmin yang betul ialah taat pada arahan Allah serta tidak terseleweng.
 Segala yang berlaku dalam kehidupan seseorang dan dalam masyarakat adalah saluran untuk menjalinkan hubungan yang kuat dengan Allah.Islam merupakan satu bentuk penyerahan diri kepada Allah s.w.t. yang dapat memupuk tahap keimanan seseorang iaitu menganggap Allah sebagai tempat pergantungan.Gambaran masyarakat yang sesuai dengan ajaran Islam ialah masyarakat yang berkerjasama walaupun berbeza taraf,negara atau warna kulit.Al-Quran dan As-Sunnah adalah petunjuk untuk menyusun tatacara hidup yang dinamai syariah.


 Syariah bertujuan untuk membentuk kehidupan manusia di atas jalan kebaikan dan menghapuskan kejahatan. Syariah juga bukan sahaja hanya melibatkan hal-hal keakhiratan atau hanya mendorong seseorang mengikut kebenaran dan jauhi kejahatan tetapi juga melengkapi seluruh aspek kehidupan. Syariah terbahagi kepada dua iaitu makrufat dan munkarat. Makrufat terbahagi pula kepada tiga iaitu fardhu dan wajib,sunat dan mubah.Fardhu mesti dilakukan manakala sunat adalah perkara yang disarankan untuk diamalkan dan mubah pula ialah segala perbuatan yang tidak ditegah secara keras oleh syariah,Munkarat pula ialah hal-hal yang ditegah oleh Islam yang hukumnya terbahagi kepada dua iaitu haram dan makruh. Selain itu, antara sifat penyebaran Islam adalah syariah telah menentukan tatacara kehidupan seseorang dan masyarakat.Sifat seterusnya ialah syariah merangkumi semua aspek kehidupan serta tidak boleh memisahkan satu bahagian kehidupan dengan hukum yang lain.

 BAB 2
    SISTEM MORAL ISLAM

    Moral membawa maksud adalah ketetapan semula jadi sejak manusia dilahirkan dan mengesahkan ciri-cirinya yang khusus serta tidak membenarkan yang bukan ciri-cirinya. Akan tetapi, pemahaman moral ini bergantung pada setiap individu dalam mengertikan yang mana nilai moral baik yang harus diamalkan atau perkara jahat yang harus dielakkan. Antara contoh, orang yang memenuhi tanggungjawabnya dianggap telah mempunyai nilai moral yang baik berbanding sebaliknya pada pandangan manusia. Moral dianggap bersifat universal tetapi berbeza mengikut pendapat individu.

    Antara tiga sebab berlaku perbezaan ialah;

a)    Sistem moral yang sedia ada tidak mampu untuk menyatukan pelbagai pandangan dan faedah moral dalam menentukan had dan penggunaannya.

b)    Wujudnya anggapan baik dan buruk terhadap sistem moral dan motif yang berlainan ketika pemisahan kebaikan dari keburukan.

c)    Faktor pandangan berbeza ialah individu itu sendiri,berlainan pendapat hidup,beza taraf manusia dan objektif kehidupan manusia di dunia ini.

 Konsep Islam tentang hidup dan moral ialah Allah adalah pengatur alam semesta dan Maha Adil.Munusia sebagai makhluk harus patuh dengan perintahNya berpandukan Al-Quran dan ajaran nabi-nabi. Malaikat yang patuh kepada Allah akan mencatit perkara yang ada di dalam hati bukan perbuatan zahir sahaja.

  
 Tujuan perjuangan moral ialah mempersiapkan satu tanda ukur kepada nilai moral.Manusia haruslah mencapai objektif untuk mencari keredhaan Allah di dunia ini supaya dapat nilai kebaikan yang kekal abadi sekali gus tidak akan terpengaruh dengan anasir jahat. Selain itu,Islam telah melengkapi kita dengan Al-Quran dan sunah rasul untuk membimbing kita bukan dengan akal semata-mata.


    Sanksi di sebalik moral adalah lahir perasaan cinta dan takut kepada Allah s.w.t,perasaan tanggungjawab untuk hari akhirat,kebahagiaan yang hakiki dan balasan baik di akhirat dijanjikan.Undang-undang Islam merupakan tanda untuk kebaikan semua makhluk yang titik tolaknya bermula dari iman.Untuk menujukkan moral yang baik seseorang boleh saja menipu manusia pada pandangan zahir tetapi tidak pada pandangan Allah yang Maha mengetahui dalaman dan luaran.


 Untuk memperoleh kebahagiaan akhirat seseorang perlulah mempunyai rangsangan dan dorongan.Mereka yang taat kepada Allah dan bertahan dengan segala dugaan akan memperoleh yang dijanjikan.Keimanan yang ada dapat juga dijadikan inspirasi untuk melakukan nilai moral berlandaskan sistem Islam dan menjauhi diri daripada godaan kejahatan.Sekali gus menunjukkan sistem moral Islam amat lengkap.


 Tiga ciri khusus susunan moral Islam:


a)    Memasang impian umtuk mencapai keredhaan Allah sebagai objektif utama dalam hidup sekali gus mencapai tahap moral yang tinggi.Keadaan ini juga membuka kepada panduan hidup yang luas berlandaskan juga kepada Al-Quran tanpa paksaan.


b)    Islam tidak akan menerima nilai moral yang salah iaitu memberi maksud yang salah tentang Al-Quran dan sunnah serta bid’ah dan tidak akan mengurangkan ketetapan nilai-nilai moral yang baik.Kehidupan perlulah diamalkan dengan nilai moral Islam agar hidup terkawal bukan degan hawa nafsu.


c)    Islam menyarankan agar kita menjalankan semua kebaikan dan jauhi dari segala kejahatan dan bukan sahaja hanya perlu melakukan kebaikan sahaja tetapi perlu kepada menjulang keadilan untuk mengalahkan kejahatan.



 BAB 3

CIRI-CIRI ESENSI SISTEM POLITIK ISLAM


 Terdapat tiga prinsip dalam sistem politik Islam:

a)    Tauhid kepada Allah
  
    Pengertiannya ialah wujudnya Tuhan yang mencipta,memelihara dan mengatur alam ini dan segala isinya. Tiada yang lain hanya Allah sebagai Tuhan di dunia ini dan kita sebagai makhluk wajib mentaati.bertakwa dan melakukan amal ibadah hanya untuk-Nya.

b)    Risalah kerasulan

 Kehadiran Rasul sebagai sambungan untuk kita mempelajari agama Allah. Dua punca untuk rujukan manusia ialah kitab Allah dan penerangan dari Rasulullah S.A.W melalui ucapan,perbuatan dan taqrir.Rasul sebagai panduan utama untuk kita hidup dalam sistem hidup Islam.

c)    Khilafah

 Manusia sebagai khilalafah atau wakil untuk menjalankan amanah Allah di dunia dan melaksanakan undang-undang Allah selama hayat hidup yang ada mengikut perintah-Nya bukan dengan sesuka hati sahaja.

Demokrasi dalam Islam:

 Setiap individu adalah khalifah dan perlu melaksanakan kekhalifan terhadap Allah di mana manusia semuanya sama taraf tetapi sesiapa diberi harapan untuk melaksanakan tanggungjawab dalam masyarakat maka dia perlu memikulnya dengan penuh amanah dalam yang dikurniakan kepada sesetengah orang sahaja. Dalam konsep demokrasi dalam Islam,pemerintah dan rakyat bersama-sama menjalankan tanggungjawab terhadap Allah S.W.T seperti yamg telah diperintahkan berbanding sistem demokrasi Barat yang mengutamakan kemahuan rakyat semata-mata lalu melahirkan keadaan yang tidak terkawal.Demokrasi dalam Islam juga lebih bersifat merendah diri dan taat kepada Undang-Undang Allah serta mentadbir dunia ini berpadanan dengan perintah-Nya.


Tujuan kewujudan Negara Islam:

 Negara Islam perlulah mempunyai tiga asas dalam sistem politik Islam yang bertujuan untuk menyediakan sebuah Negara yang dapat menegakkan,mmepertahankankan dan mengembangkan segala kebenaran dan dapat menjauhkan segala kejahatan. Pembinaan sebuah Negara Islam tidak ditumpukan kepada pentadbiran politik sahaja tetapi untuk membina sebuah negara mempunyai impian yang luhur. Selain itu.bertujuan untuk mengawal prinsip-pri nsip moral dalam setiap yang berlaku dalam kehidupan disebabkan Islam telah menyediakan asas politik yang tidak boleh berubah sekiranya sebarang ketidakadilan,ketidakjujuran dan kebohongan berlaku.Negara Islam perlulah mementingkan ketiga-tiga perkara tersebut.Rakyat dalam negara Islam perlulah menjalankan tanggungjawab-tanggungjawab yang telah diperintahkan dalam Islam dengan betul bukan dengan kezaliman

Hak-hak Asasi Manusia:

 Islam tidak membataskan hak-hak manusia bukan kepada negara Islam sahaja tetapi untuk semua yang bukan bernegara Islam juga di serata tempat.Islam memelihara nyawa manusia iaitu kita tidak boleh membunuh orang lain dengan sengaja tanpa sebab.Islam juga mengangkat martabat wanita dan harus menghormati mereka dalam semua perkara dan bukan menganiaya mereka seperti wanita,kanak-kanak dan orang tua yang uzur serta orang dalam kesusahan wajar mendapat pertolongan tanpa memikirkan dia adalah dari warganegara Islam atau tidak..Selain itu,hak yang dimiliki oleh orang yang berwarganegara di bawah negara Islam sama dengan orang yang tidak dilahirkan di bawah negara Islam apabila memasuki negara Islam dan memepunyai niat untuk membina kehidupan di negara tersebut.Di dalam negara Islam semua muslim mempunyai kedudukan yang sama dan memikul peranan yang tinggi meskipun wujudnya perbezaan dari segi taraf,warna kulit dan kedudukan.Hak untuk orang bukan Islam juga telah disediakan dalam Islam.

Apabila berada di bawah negara Islam,orang kafir zimmi dijamin dan dilindungi dari semua segi kehidupannya seperti orang beragama Islam seperti dalam undang-undang jenayah juga tiada perbezaan.Negara Islam juga tidak akan menganggu mengenai pegangan mereka seperti beribadat sekaligus memiliki kebebasan dalam hal tersebut dalam batas-batas ditetapkan.Mereka juga tidak boleh dihalau kecuali jika mereka melanggar perjanjian kewarganegaraan serta tidak boleh memebunuh mereka tanpa sebab.

Badan eksekutif dan legilastif

Badan eksekutif diwakili oleh serang Amir yang bertindak sebagai seorang pemimpin dalam negara Islam.Syarat-syarat dalam pemilihan seorang Amir ialah beliau harus memerintah atas persetujuan majoriti rakyat dan perlu mempunyai ciri-ciri mengamalkan ajaran Islam dan mempunyai sifat-sifat seorang pemimpin yang mampu memimpin negara.Majlis Syura juga perku dipersetujui oleh rakyat yang peranannya sebagai badan penasihat Amir.Seorang Amir bertanggungjawab memerintah negara dengan mendapat nasihat dari Majlis Syura.Tempoh pemerintahan seorang Amir ialah selama mana beliau disokong oleh rakyat.
Badan legislatif pula berperanan untuk menggubal undang-undang dalam negara Islam tetapi ditentukan batasannya oleh syariah dan menerima serta mematuhi perintah dari Allah dan Rasul.Badan legislatif tidak dibenarkan membuat perubahan pada Al-Quran dan As-Sunnah yang bertentangannya.

 BAB 4
SUSUNAN MASYARAKAT ISLAM

Persamaan darjat manusia
 Bermula dari penciptaan Adam dan Hawa keturunannya semakin berkembang ke seluruh dunia sehingga wujudnya bangsa,bahasa dan budaya yang berbeza berdasarkan tempat yang berbeza.Akan tetapi bukan bermakna Islam tidak menerima perbezaan tersebut tetapi hanya memandang sebagai faktor persekitaran.Perbezaan warna kulit,taraf dan bahasa dipandang oleh manusia tetapi Islam melihat sebagai asal dari pasangan Adam dan Hawa juga dan semestinya bersaudara.Perbezaan tidak terletak pada warna kulit,bahasa dan sebagainya tapi dari segi pegangan dan impian serta ideologi.Oleh itu,Islam menghendaki masyarakat yang berprinsip dan berideologi yang sama untuk menentang ajaran yang berbeza melalui sama-sama mempercayai Allah dan Rasul walaupun berlainan tempat.

 Apabila mempunyai pandangan yang sama, tiada seorang pun dapat dibezakan dalam kehidupannya kerana mendapat layanan dan hak yang sama.Seseorang dianggap mulia apabila mengamalkan nilai moral yang tinggi dan lebih bertakwa kepada Allah.Bagi masyarakat yang hanya mementingkan taraf mereka hanya boleh bersatu dengan masyarakat separti mereka sahaja sekaligus berdasarkan negara tertentu dan yang bertentangannya tidak boleh diterima begitu juga sebaliknya dengan orang yang menerima ajaran Islam mereka akan dapat menikmati hak yang sama antara satu sama lain.Bagi orang yang tidak menerima sistem Islam jadi mereka harus membina persaudaraan dan bertolak ansur serta menunaikan hak-hak kemanusiaan.

Institusi kekeluargaan

 Keluarga ialah satu institusi yang bermula dari satu pewaris dalam membina pewaris yang lain berjaya untuk mengharungi peradaban dan melaksanakan tanggungjawab sosial degan penuh amanah.Institusi kekeluargaan akan melahirkan perintis untuk memelihara dan memajukan kebudayaan manusia.Keluarga juga bertindak sebagai modal insan yang akan memajukan,memakmurkan dan menguatkan peradaban.Islam menyarankan agar member sepenuh perhatian kepada keluarga untuk mencegah masalah-masalah sosial.Amalan seperti seks bebas diharamkan oleh Islam kerana akan memusnahkan nilai-niali masyarakat Islam sekaligus menunjukkan Islam ingin membersihkan jiwa manusia dari gejala yang tidak sihat.

 Selain itu, dalam Islam keluarga bukanlah hanya pada nama satu ikatan sahaja tetapi untuk membina kearah hubungan yang bersama-sama menuju kebaikan dan mecegah daripada melakukan kemungkaran seterusnya dapat menjadikan satu ibadah. Islam juga mempermudahka n perkahwinan untuk membina keluarga dan mencegah penzinaan serta mengeratkan silaturahim.Perkahwinan juga untuk menghapuskan perbezaan taraf dalam masyarakat.Dalam sebuah keluarga Islam, suami sebagai ketua keluarga yang perlu memimpin manakala isteri perlu taat dan setia kepada suami serta anak-anak mamatuhi kedua orang tuanya.Islam amat menitikberatkan hubungan kekeluargaan dan sekiranya tidak mampu lagi bertahan maka Islam mengharuskan penceraian.

Sanak saudara dan jiran tetangga

 Islam amat menjaga hubungan sesama keluarga terdekat seperti saudara perempuan untuk saling menyayangi,berganding bahu dan saling membantu.Nabi juga amat menyenangi hubungan yang kuat dengan ahli saudara juga sebagai amalan yang terpuji.Akan tetapi tidak semestinya memihak kepada mereka jika kesalahan berlaku disebabkan mereka yang juga dianggap sebagai satu dosa.

 Seterusnya ialah tetangga atau jiran.Jiran terbahagi kepada tiga yang perlu dihormati dan disayangi:

a)    Jiran yang juga ahli saudara

b)    Jiran yang tidak rapat

c)    Jiran yang sementara

 Perkara yang tidak harus dilakukan ketika melayani jiran ialah seperti mempunyai perasaan tidak menyenangi jirannya tanpa sebab dan menikmati makanan dengan membiarkan jiran kelaparan adalah seperti orang tidak beriman.Masyarakat yang tidak dianggap sebagai masyarakat Islam apabila tidak bertegur sapa walaupun dekat dan tidak meyakini antara satu sama lain.

Prinsip-prinsip asas Islam yang menyusun kehidupan sosial manusia:

1)    Saling bekerjasama dalam hal kebaikan,tidak boleh bekerjasama melakukan kemungkaran.

2)    Dalam menjalinkan persahabatan dan bermusuh harus bermotifkan hanya kerana keredhaan Allah.Sekiranya kita hendak memberi hanya kerana Allah begitu juga sebaliknya sekiranya hendak menolak sesuatu.

3)    Manusia adalah sebaik-baik umat yang mampu menyeru kepada kebaikan dan mencegah kemungkaran.

4)    Jangan berprasangka buruk,memfitnah,saling mendengki dan membenci kerana kita semua adalah bersaudara.

5)    Tidak menolong orang jahat kalau kita mengetahuinya.

6)    Memberi sokongan kepada masyarakat yang salah

7)    Menyayangi orang lain seperti menyayangi diri sendiri.

No comments:

Post a Comment