Sunday, October 21, 2012

Wanita dan Darah

NAMA : NURUL FATIHAH BINTI MOHD JAMAL
NO MATRIK : 2012241328
KUMPULAN : BMDIah, BM 114
KOD PROGRAM : CTU 101
NAMA PENSYARAH : USTAZ ABD AZIZ BIN HARJIN

PENGHARGAAN
Syukur kepada Allah kerana telah mengizinkan saya untuk mempelajari dan berkongsi serba sedikit tentang ilmu fardhu ain.
Setinggi tinggi penghargaan kepada tenaga pengajar saya, Ustaz Aziz. Juga kepada ibu saya, Maimunah Yusuff dan bapa saya Mohd Jamal Awang yang memberi saya kemudahan untuk menyiapkan tugasan ini. Tidak lupa juga kepada rakan-rakan saya yang terlibat secara langsung atau tidak langsung.

Sekali lagi, terima kasih kepada semuanya, semoga hidup kita diberkati Allah..

ABSTRAK
Ramai dikalangan wanita merasa resah ketika didatangi tetamu yang bernama darah. Bahkan darah yang bernam haid dan istiadah ini menjadi masalah dalam minda dan kehidupan mereka, baik untuk menentukan jenis mahupun hukumnya. Wanita yang normal tidak dapat dipisahkan dari darah yang mengalir keluar dari tubuh masing-masing. Ianya merupakan anugerah Allah dalam mengatur kesihatan.

Mempelajari dan memahami masalah darah ini merupakan fardhu ain bagi wanita, kerana banyak kentutuan dan hukum Allah yang telah ditetapkan di dalamnya. Lengkaplah diri dengan pengetahuan agama, agar tidak menjadi wanita yang buta dan sesat dalam memahami diri sendiri.

PENDAHULUAN
Tugasan saya ini menceritakan tentang haid dan darah wanita. Darah dan wanita bermaksud suatu bahtera yang harus dimiliki oleh seseorang wanita menuju ke arah memahami fardhu ain sehingga dapat selamat dunai akhirat di bawah naungan Allah.

Antara pengisian yang saya kongsikan ialah menjelaskan terhadap dirinya, Allah, agamanya yang berhubungan dengan masalah haid, istiadah dan lain-lain.

Semoga kita semua mendapat maanfaat,maslahatan barakat fidunya wal akhirat.


BAB 1 HAID

A.    DEFINISI
 Dari segi bahasa haid bermaksud mengalir dan kotoran. Sebagaimana yang dijelaskan oleh firman Alla dalam Al-Quran surah al-Baqarah ayat 222:

222. dan mereka bertanya kepadamu (Wahai Muhammad), mengenai (hukum) haid. katakanlah: "Darah haid itu satu benda Yang (menjijikkan dan) mendatangkan mudarat". oleh sebab itu hendaklah kamu menjauhkan diri dari perempuan (jangan bersetubuh Dengan isteri kamu) Dalam masa datang darah haid itu, dan janganlah kamu hampiri mereka (untuk bersetubuh) sebelum mereka suci. kemudian apabila mereka sudah bersuci maka datangilah mereka menurut jalan Yang diperintahkan oleh Allah kepada kamu. Sesungguhnya Allah mengasihi orang-orang Yang banyak bertaubat, dan mengasihi orang-orang Yang sentiasa mensucikan diri.



 Menurut istilah ahli Fiqah haid itu adalah “ Suatu darah yang keluar dari rahim wanita melalui farajnya pada suatu masa tertentu, dan dalam masa sihat jasmaninya”

Menurut pakar haiwan ada juga binatang yang mengalami haid seperti arnad, kuda, unt, anjing dan lain-lain.

Haid adalah suatu tabiat semulajadi yang mesti dialami oleh semua wanita. Pada umumnya wanita itu mengalami haid sebulan sekali sehingga juga disebut ‘datang bulan’.

Ada pula wanita yang 3 bulan sekali datang haid, ada yang 2 kali dalam sebulan, 4 bulan sekali, 6 bulan sekali dan ada pula yang hanya haid sekali dalam setahun. Bahkan di dunia ini ada seorang yang tidak pernah mengalami haid iaitu ‘ Saidatina Fatimah Az-Zahra” hatta beliau hana mengeluarkan setitis sahaja dalam masa melahirkan Hasan dan Husin. Faktor yang menyebabkan perbezaan diatas adalah faktor ksihatan dan stamina tubuh tidak stabil.


B.    HAD (KETENTUAN) PERMULAAN HAID

Seorang wanita mengeluarkan darah sudah dianggap dan dikira darah haid adalah apabila sudah berumur 9 tahun, ataupun berumur 9 tahun kurang 15 hari. Tahun ini berdasarkan tahun Hijrah dan dihitung semenjak kelahiran dari kandungan ibunya.

Maksud daripada tahun Hijrahdisini adalah bahawasanya satu tahun itu sama dengan 354 hari, 8 jam,8 minit,. Jadi jika 9 tahun sama dengan 3189 hari, 1 jam dan 12 minit.

Dari huraian di atas sudah jelaslahbahawa wanita yang mengeluarkan darah di bawah umur 9 tahun (kurang 15 hari), belum lagi dikatakan darah haid, melainkan darah istiadah ataupun darah fasid (darah penyakit). Adakalanya ada wanita itu baharu mengalami haid seelah berusia 20 tahun,27 tahun, 40 tahun dan ada juga yang tidak pernah mengalami haid iaitu Fatimah Az-Zahra.

Wanita telah dikatakan baligh setelah berusia 15 tahun sekalipun belum pernah mengalami had. Adapun yang lebih umum wanita mengalami haid pertama kali adalah jika sudah berumur 11 hinga 13 tahun.

Wanita tidak akan mengalami haid jika sudah berumur 62 tahun. Hal ini adalah yang palng umum. Adapula yang berumur48 tahun sudah tidak mengeuarkan haid. Wanita yang sudah lanjut berusia dan tidak mengeluarkan darah haid dinamakan WANITA ASIYAH iaitu wanita yang sudah terputus dari keluar darah. Wanita seperti ini biasanya sudah tidak ada harapan untuk melahirkan anak.

C.    DASAR HUKUM AGAMA TENTANG HAID

Dasar adanya haid ini diambil dari firman Allah SWT dalam suruh Al-Baqarah ayat 222:

222. dan mereka bertanya kepadamu (Wahai Muhammad), mengenai (hukum) haid. katakanlah: "Darah haid itu satu benda Yang (menjijikkan dan) mendatangkan mudarat". oleh sebab itu hendaklah kamu menjauhkan diri dari perempuan (jangan bersetubuh Dengan isteri kamu) Dalam masa datang darah haid itu, dan janganlah kamu hampiri mereka (untuk bersetubuh) sebelum mereka suci. kemudian apabila mereka sudah bersuci maka datangilah mereka menurut jalan Yang diperintahkan oleh Allah kepada kamu. Sesungguhnya Allah mengasihi orang-orang Yang banyak bertaubat, dan mengasihi orang-orang Yang sentiasa mensucikan diri.


Sebab turunnya (Asbabununnuzul) ayat ini adalah, apabila banyak sahabat yang menanyakan tentang apa yang boleh mereka buat terhadap isterinya apabila mereka haid. Pertanyaan ini terjadi kerana mereka melihat orang-orang Yahudi mengasingkan (mengeluarkan dari rumah) isterinya aabila haid. Isteri-isteri mreka tidak diperbolehkan dan juga tidak dibenarkan menyertai makan dan tidur sebilik dengan suaminya dan lain-lain. Menghadap pertanyaan itu Nabi Muhammad SAW bersabda yang bererti “Perlakukanlah apa sahaja terhadap mereka(isteri-isteri kamu) selain nikah(jimak)”.

D.    LAMANYA WANITA MENGELUARKAN DARAH HAID

Masa paling sedikit wanita mengeluarkan haid adalah selama 24jam sekali dengan satu malam.
Masa maksima wanita haid adalah selama 15hari sekali dengan malamnya.

Majoriti wanita haid adalah selama 6 hari atau 7 hari dengan malamnya.

Jika ada wanita megeluarkan darah selama 15 hari dengan malamnya tetapi tidak terus menerus, dan jika dikumpulkan tidak sampai 24 jam, maka darah itu bukanlah darah haid, melainkan darah istihadhah. ( hal ini berlaku kepada wanita Ayisah ).
 Contahnya seperti jadual berikut:
CONTAH 1:
TARIKH    LAMA KELUAR    HUKUM
1    1 jam    Bukan darah haid melainkan darah istihadhah
2    Tidak keluar    Bukan darah haid melainkan darah istihadhah
3    5 jam    Bukan darah haid melainkan darah istihadhah
4    2 jam    Bukan darah haid melainkan darah istihadhah
5    Tidak keluar    Bukan darah haid melainkan darah istihadhah
6    3 jam    Bukan darah haid melainkan darah istihadhah
7    6 jam    Bukan darah haid melainkan darah istihadhah
8    Tidak keluar    Bukan darah haid melainkan darah istihadhah
9    Tidak keluar    Bukan darah haid melainkan darah istihadhah
10    3 jam    Bukan darah haid melainkan darah istihadhah
11    1 jam    Bukan darah haid melainkan darah istihadhah
12    Tidak keluar    Bukan darah haid melainkan darah istihadhah
13    Tidak keluar    Bukan darah haid melainkan darah istihadhah
14    Tidak keluar    Bukan darah haid melainkan darah istihadhah
15    1 jam    Bukan darah haid melainkan darah istihadhah
Jumlah:    22 jam    Bukan darah haid melainkan darah istihadhah

Jadual seperti di atas semua darah yang keluar dari 1 hingga 15 haribulan semuanya bukan dikatakan darah haid melainkan darah istihadhah, sebab setelah dijumlahkan kurang daripada
7
24 jam. Jadi andaikata wanita itu sudah terlanjur tidak mengerjakan solat dari 1 hingga 15 haribulan, maka wajiblah dia mengqadha (menganti) solatnya.

CONTAH 2:
TARIKH    LAMA KELUAR    HUKUM
5    10 jam    Darah haid
6    Tidak keluar    Darah haid
7    3 jam    Darah haid
8    Tidak keluar    Darah haid
9    23 jam    Darah haid
10    1 jam    Darah haid
JUMLAH:    37 jam    Darah haid

Pada contoh 2 d atas darah yang keluar mulai 5 hingga 10 haribulan semuanya dihukumi darah haid kerana melebihi 24 jam.

CONTAH 3:

TARIKH    LAMA HAID    HUKUM
10    10 Jam    Darah haid
11    Tidak keluar    Darah haid
12    Tidak keluar    Darah haid
13    Tidak keluar    Darah haid
14    24 jam    Darah haid
15    24 jam    Darah haid
16    20 jam    Darah haid
17    Tidak keluar    Darah haid
18    Tidak keluar    Darah haid
19    11 jam    Darah haid
20    Tidak keluar    Darah haid
21    Tidak keluar    Darah haid
22    Tidak keluar    Darah haid
23    Tidak keluar    Darah haid
24    Tidak keluar    Darah haid
25    6 jam    Darah haid
JUMLAH:    95 jam    Darah haid
8
Seperti contoh 3 di atas selama 1 hari itu yakni mulai 10 hingga 25 haribulan semuanya dinamakn masa haid kerana melebihi 24 jam.
Adapun masa-masa yang tidak mengeluakan haid iaitu 11 hingga 13 haribulan, 17 dan 18 haribulan, dan 21 hingga 24 haribulan, jika terlanjur melakukan solat, maka solatnya tidak sah tetapi tidak berdosa kerana tidak menyangka darah akan keluar lagi.

E.    MASA SUCI DARI HAID

Seseorang wanita dapat mengetahui bahawa dirinya sudah suci atau belum dari haid adalah dengan cara measukkan kapas ke dalam farajnya (tempat keluar darah), jika cecair basah melekat pada kapas tersebut berwarna putih (tidak ada warna dan tidak terlalau pekat), maka sudah dianggap suci. Tetapi jika cecair yang meresap pada kapas tersebut masih ada sifat dan warna darah, walaupun sedikit maka belum dianggap suci.

Untuk lebih jelas sila perhatikan contoh dibawah:

TARIKH    KETERANGAN
3    Haid
4    Haid
5    Haid
6    Suci
7    Suci
8    Suci
9    Suci
10    Suci
11    Suci
12    Suci
13    Suci
14    Suci
15    Suci
16    Suci
17    Suci
18    Suci
19    Suci
20    Suci
21    Suci
22    Haid
23    Haid
24    Haid


Pada jadual ini bererti dalam 1 bulan mengalami haid 2 kali.

Perhatikan contoh:
→4 hingga 7 haribulan
= Haid 1
→8 hingga 20 haribulan
= Suci
→21 hingga 26 haribulan
= Haid 2
Seperti jadual di atas menggambarkan kaum wanita yang sedang mengalami istihadhah kerana masa di antara haid awal dengan haid kedua aladah kurang dripada 15 hari.


BAB 2
 HIKMAH ALLAH MENCIPTAKAN HAID

Allah menciptakan apa sahaja itu mengandungi faedah hikmah dan tujuan.,hanyalah manusia ini yang kerana kejahilan dan kebodohannya tidak dapat megetahui dan memahami apa yang diciptakan oleh Allah itu. Hikmah haid adalah:
Melatih kaum wanita supaya menjaga kebersihan. Sehingga nanti tidak teragak-agak dan jijik jika sudah masanya unyuk menjaga anak-anak dan suami. Sebab bagaimanapun sudah menjadi ketetapan Allah bahawa wanita akan mengandung, melahrkan anak dan memeliharanya. Dengan demikian Allah telah mentarbiyahkan kepada mereka sejak sekurang-kurangnya 9 tahun.
Sebagai tanda wanita itu sudah baligh. Yang berertisudh terkena ketetapan hokum
Allah, termasuk di dalamnya interaksi sosialmereka mestilah mulai dibatasi.
Dalam masa kanak-kanak masih bebas dalam bergaul dengan lawan jenisnha, setelah baligh mulai hubungan terbatas sesuai dengan hokum-hukum Allahyang telah ditetapakan.
Sebagai tanda habisnya Iddah bagi wanita yang diceraikan suami atau ditinggal mati oleh suaminya. Hal ini bertujuan untuk memastikan sama ada rahim itu mengandungi janin atau tidak.
Supaya dapat mengekalkan rasa cinta kasih sayang antara suami isteri. Sebab selamamasa haid diharamkan untuk melakukan jimak. Dengan demikian suami iteri tidak mudah merasa bosan, sama ada didalam menjalin kasih sayang atau hubungan seksual.
Itulah salah satu hikmah-hikmah Allah menciptakan haid. Tentu masih banyak lagi yang tidak kita ketahui dan menyedarinya.


BAB 3
PERKARA HARAM KETIKA HAID

Wanita yang sedang mengalami haid diharamkan melainkan perkara perkara seperti berikut:

1.    SOLAT
Sama ada solat fardhu ataupun solat sunat. Hal ini kerana wanita yang haid selalu berada dalam keadaan kotor, maka sunguh tidak sopan dan tidak patut untuk menghadap Allah SWT Zat Yang Maha Suci. Dalam hal ini nabi Muhammad ada bersabda yang bererti:
“Rasulillah SAW telah berkata kapada Fatimah binti Abu Khubais apabila dating haid, maka hendaklah kamu meninggalkan solatdan bila haid telah berhenti maka hendaklah mandi dan melaksanakan solat”
(HR:Al-Jamaah)
2.    PUASA
Wanita haid haram melakukan ibadat puasa. Baik puasa wajib mahupun puasa sunat. Jika wanita yang sedang haid itu meninggalkan puasa ramadhan, maka wajib mengqadh’anya di hari lain. Sabda Rasulullah yang bererti:
“ Dari Abi Said al Hudhriyyi r.a Dia berkata RasulullahS SAW bersabda ‘ Tidak ada kewajipan bagi perempuan yang edang haid melakukan solat dan puasa”

3.    TAWAF
Wanita haid haram melakukan tawaf sesuai dengan sabda baginda yang beerti:
Dari Aisyah ra. Baginda bersabda “ Saya ada dating ke satu tempat yang bernama Saraf( suatu tempat antara Mekah dan Madinah) dlam keadaan saya mengalami haid. Kemudian Nabi
Muhammad bersabda: “Kerjakanlah apa yang dilakukan oleh orang haji kecuali Tawaf di Baitullah, sehingga akmu suci (dari haid).

4.    MEMASUKI MASJID DAN BERDIAM DIRI DI DALAMNYA

Orang yang berhadas besar itu diharamkan memasuki masjid dan berdiam diri di dalamnya. Dalam hal ini orang haid termasuklah salah satu daripada golongan orang yang menyandang hadas besar. Dalam hal ini Rasulullah bersabda yang beerti:
Dari Aisyah r.a dia berkata: “ Rasulullah telah bersabda: “ Sesungguhnya saya tidak menghalalkan suatu masjid (memasuki dan berdiam diri) bagi wanita yang sedang haid dan orang yang junub”.
(HR:Abu Daud dan Ibnu Khuzaimah mensahihkannya)

Ada sebahagian ulama yang berpendapat bahawasanya sekiranya seorang wanita yang haid itu tidak dibimbangi darahnya akan menitis ke dalam masjid maka diperbolehkan untuk lalu di masjid

5.    MEMBACA DAN MENYENTUH AL-QURAN
Al-Quran adalah satu kitab suci yang semestinya dihormati dan dimuliakan. Dengan demikian oranh yang sedang haid atau junub diharamkan untuk membaca dan menyentuh kerana berada dalam keadaan kotor.
Sungguh suatu ketidakadilan apabila kita memberikan penghormatan kepada benda-benda lain seperti pakaian dan makanan, yag mana benda-benda itu kita simpan dan diletakkan di tempat yang bersih dan tempat yang selayak dengannya. Bagaimana pula dengan Al-Quran?? Al-Quran merupakan Kalam dan Wahyu Allah yang palng mulia tetapi ramai dikalangan kita yang memperlakukan sesuka hati. Bukankah itu merupakan satu penghinaan, bukankah itu merupakan suatu kezaliman terhadap diri kita sendiri. Untuk itu menurut saya salah satu penghormatan dan adab yang terpuji terhadap Al-Quran adalah selalu dalam keadaan yang suci di kala kita membaca dan menyentuh.

Sehubungan dengan ini pula Rasulullah SAWtelahpun bersabda yang beerti:
“ Dari Ibnu Umar sesungguhnya dia berkata; “ Rasulullah SAW ada bersabda: “ Tidak ( dibenarkan ) bagi orang yang haid dan orang junub membaca sesuatu daripada ayat-ayat Al-Quran.”
14
6.    JIMAK (BERSETUBUH) DAN BERISTIMTA’
Wanita yang sedang haid diharam melakukan jimak( bersetubuh ) sekalipun dengan suaminya sendiri.
Menurut apa yang difahamkan daripada Kitab Tasysiirul Karim Arrahman Fii Tafsiiril Kalamil Manaa, ayat diatas mengandungi dua amaran keras iaitu:

a)    BERSETUBUH
Menurut Ulama Syafiyyah, jika sedang melalkukan persetubuhan, dengan tidak disedari isterinya sedang keluar haid, maka disunatkan bersedekah sebagai menebus kesilapannya RM30.00 (satu dinar Iraqi).

b)    BERISTIMTA’
Iaitu bermesraan da bersuka-suka dengan isterinya, sehingga suami menyentuh anggota tubuh isterinya diantara lutut dan pusat. Dengan ketentuan itu suami boleh bermesraan dengan isterinya smpai keluar inzal (mani) asalkan tidak menyentuh anggota tubuh yang berada di antara bahagian antara pusat hingga lutut. Dalam perkara ini Nabi ada bersabda yang beerti: “ daripada Muaz sesungguhnyadia bertanya kepada Nabi SAW: “ Apa yang dihalalkan bagi lelaki terhadap isterinya yang sedang haid ?” Nabi menjawab “ Sesuatu yang di atas/di luar Izar ( kain ). Dalam hal ini pula Aisyah ada berkata apabila masa itu ia sedang mengalami haid.”

Sungguh tidak patutlah orang mengadakan persetubuhan yang diseliputi kekotoran, bergilamangan darah, bukankah itu menjijikkan?. Sehubungan itu Hijjatul Islam Imam Al-Ghazali ada berkata: Bahawasanyapersetubuhan dalam keadaan si isteribelum mandi wajib (walaupun sudah masa suci) dapat mengakibatkan anaknya mendapat penyakit juzam atau disebut senagai KUSTA. Hal ini sebenarnya memberikan gambaran dan pelajaran serta pengajaran bagi kita betapa Islam mengambil berat dan sangat mementingkan kebersihan dan kesucian.

7.    HARAM BAGI LELAKI MENJATUHKAN TALAK KEPADA ISTERINYA YANG DALAM KEADAAN HAID

Perkara ini diharamkan sebab akan dapat memperpanjangkan masa iddah isteri.
Demikianlah perkara-perkara yang diharamkan bagi isteri yang sedang haid yang wajib difahami dan diketahui oleh setiap wanita dan juga setiaporang lelaki yang muslim yang bertanggungjawab terhadap anak, isteri dan seluruh rumahtangganya.

KESIMPULAN
Alhamdulillahirabbil’ Alamiin, selesailah tugasan yang diberikan ini dengan inayah-inayah dan hidayah Allah SWT.
Saya berharap agar para pembaca terutamanya golongan wanita dapat memahami masalah-masalah fardhu ain ini dan lebih berhati hati dalam melaksanakan taharah kerana dengan taharah yang baik dan benar akan dapat memastikan solat dan ibadat kita dianggap sah. Adapun diterima atau ditolak ibadah kita, itu adalah urusan Allah SWT Zat Yang Maha Kuasa atas segala-segalanya.

Akhir kalami, saya berharap mudah-mudahan sedikit ilmu yang saya kongsikan ini bermaatfaat dan diredhai Allah.
Wabillahi Taufik Wal Hidayah Warrdhaa Wal Inaayah.
Wassalamualaikum warahmatulahi wabarakatuhu.

No comments:

Post a Comment