Sunday, October 21, 2012

Rukun Iman

Disediakan untuk : USTAZ ABDUL AZIZ BIN HARJIN
Disediakan oleh : MARLIYANA BINTI DAUD  CSD1CF 2012234534 CS 101 DIPLOMA SIAN KOMPUTER

KEIMANAN
Erti Iman (الإيمان) secara harafiah dalam Islam adalah bererti percaya kepada Allah.Dengan itu orang yang beriman adalah ditakrifkan sebagai orang yang percaya (mukmin).Siapa yang percaya maka dia dikatakan beriman.Perkataan Iman (إيمان) diambil dari kata kerja 'aamana' (أمن) -- yukminu' (يوءمن) yang bererti 'percaya' atau 'membenarkan'. Perkataan Iman yang bererti 'membenarkan' itu disebutkan dalam al-Quran, di antaranya dalam Surah At-Taubah ayat 62 yang bermaksud:
"Dia (Muhammad) itu membenarkan (mempercayai) kepada Allah dan membenarkan kepada para orang yang beriman."
Takrif Iman menurut istilah syariat Islam ialah seperti diucapkan oleh Ali bin Abi Talib r.a. yang bermaksud: "Iman itu ucapan dengan lidah dan kepercayaan yang benar dengan hati dan perbuatan dengan anggota."
Aisyah r.a. pula berkata: "Iman kepada Allah11 itu mengakui dengan lisan dan membenarkan dengan hati dan mengerjakan dengan anggota."
Imam al-Ghazali menghuraikan makna Iman adalah: "Pengakuan dengan lidah (lisan) membenarkan pengakuan itu dengan hati dan mengamalkannya dengan rukun-rukun (anggota-anggota)."
Iman ialah membenarkan dengan hati, menyatakan dengan lisan, dan melakukan dengan anggota badan.Ringkasnya orang yang beriman ialah orang yang percaya, mengaku dan beramal.Tanpa tiga syarat ini, seseorang itu belumlah dikatakan beriman yang sempurna. Ketiadaan satu sahaja dari yang tiga itu, sudah lainlah nama yang Islam berikan pada seseorang itu, iaitu fasik, munafik atau kafir.

Rukun Iman bagi orang Islam ada 6 perkara iaitu :-
Percaya kepada Allah
Percaya kepada malaikat
Percaya kepada kitab
Percaya kepada nabi dan rasul
Percaya kepada hari akhirat
Percaya kepada qada dan qadar

Percaya kepada ALLAH SWT.
Konsep yang paling asas ialah percaya bahawa tuhan itu satu (Tauhid). Konsep keesaan Allah ini adalah mutlak, dan tidak relatif kepada apa apa jua yang wujud di dunia ini. Dalam Surah Al-Ikhlas,
وَلَمْ يَكُن لَّهُ كُفُوًا أَحَدٌ o لَمْ يَلِدْ وَلَمْ يُولَدْ o اللَّهُ الصَّمَدُ o قُلْ هُوَ اللَّهُ أَحَدٌ
—Surah Al-Ikhlas, Ayat 1-4
"Katalah (wahai Muhammad) bahawa Allah itu tunggal.Allah tempat meminta.Tidak Dia beranak dan tidak juga Dia diperanakkan.Dan tiada yang serupa denganNya, Dialah Tuhan yang Esa."
Dalam Bahasa Melayu, perkataan Allah sememangnya dikhaskan untuk merujuk Tuhan dalam Islam. Walaubagaimanapun, perkataan Arab Allah boleh diterjemahkan juga kepada perkataan Tuhan kerana Allah bukanlah nama khas untukNya. Ini berbeza dengan Yahudi, kerana nama Yahweh adalah nama khas tuhan mereka. Walaupun tiada imej visual Tuhan atau gambaran mengenaiNya (disebabkan larangan dalam memuja sesuatu), Muslim mendefinisi Tuhan melalui sifat-sifatNya, yang dikenali sebagai 99 nama Allah.

Percaya kepada Para Malaikat
Rencana utama: Malaikat
Rukun iman yang kedua ialah percaya kepada Malaikat. Setiap muslim yang mengucap syahadah wajib mempercayai adanya malaikat. Malaikat juga adalah makhluk Allah yang diciptakan dari cahaya.Zat malaikat adalah halus, tidak nampak oleh mata kasar manusia biasa tetapi mampu dilihat oleh manusia yang luar biasa seperti Nabi dan Rasul.Rupa malaikat yang sebenar hanya Allah sahaja yang tahu. Namun berdasarkan hadis, malaikat mampu menjelma dalam pelbagai rupa manusia dan bentuk makhluk yang lain. Ia berakal, boleh berkata-kata dan boleh bergerak ke suatu jarak yang jauh dalam masa yang singkat. Keadaan malaikat semata-mata adalah untuk taat dan menjalankan titah perintah Allah. Malaikat itu tidak makan dan tidak minum, tidak mengantuk dan tidak tidak tidur, tidak juga ia berasa penat dan letih.
Malaikat Jibrail : Tugasnya membawa wahyu dari Allah Ta’ala kepada Rasul-rasul dan Nabi-nabi, juga menguruskan bala seperti gempa bumi, air bah, ribut dan lain-lain lagi.
Malaikat Mikail : Tugasnya membawa rezeki dengan menumbuhkan tumbuh-tumbuhan, membiakkan haiwan, mengeluarkan hasil galian bumi.
Malaikat Israfil : Tugasnya untuk meniup “sangkakala” ketika sampai masa kiamat iaitu bumi akan hancur dab sekali lagi ia meniup sangkakala itu ketika sampai masa manusia hidup semula dan keluar dari kubur untuk perhitungan di akhirat.
Malaikat Maut : Tugasnya ialah mengambil nyawa, iaitu mematikan apabila sudah sampai ajal, dan tugasnya mengambil nyawa tidak akan cepat sesaat dan tidak akan lewat sesaat.
Malaikat Munkar : Tugasnya menyoal orang mati di alam kubur.
Malaikat Nakir : Tugasnya menyoal orang mati di alam kubur.
Malaikat Raqib : Tugasnya ialah menulis pahala bagi orang yang membuat kebaikan.
Malaikat Atid : Tugasnya adalah untuk menulis dosa bagi orang yang membuat mungkar dan kejahatan.
Malaikat Ridhwan : Tugasnya menjaga syurga.
Malaikat Malik : Tugasnya menjaga neraka.

Percaya kepada Kitab-Kitab Allah
Salah satu daripada Rukun Iman agama Islam adalah percaya kepada kitab-kitab yang telah diturunkan oleh Allah.
Orang Islam percaya bahawa Allah telah menurunkan kitab-kitab kepada para nabi dan rasul untuk membimbing manusia ke jalan yang benar.Ia diakhiri dengan kitab Al-Quran.
Kitab-kitab terbahagi dua:
Suhuf - Pedoman yang tidak begitu lengkap mengandungi hanya hukum-hakam dasar yang perlu diterangkan kepada manusia umumnya. Jumlah suhuf 100 buah
Nabi Allah Shith(a.s) 50 suhuf
Nabi Allah Idris(a.s) 30 suhuf
Nabi Allah Ibrahim(a.s) 10 suhuf
Nabi Allah Musa(a.s) 10 suhuf
Kitab-kitab yang wajib diimankan adalah:
Taurat: diturunkan kepada Nabi Musa a.s.
Zabur: diturunkan kepada Nabi Daud a.s.
Injil: diturunkan kepada Nabi Isa a.s.
Al-Quran: diturunkan kepada Nabi Muhammad s.a.w.
Percaya kepada Nabi dan Rasul
Rencana utama: Nabi
Beriman kepada nabi dan rasul ialah meyakini bahwa nabi dan rasul itu benar-benar diangkat oleh Allah SWT untuk membimbing manusia ke arah jalan hidup yang baik yang diredhai Allah.Islam mengajar umatnya bahawa Allah menyampaikan wahyuNya melalui malaikat kepada nabi dan rasul.Nabi ialah seorang lelaki yang dipilih Allah untuk menerima wahyu untuk kegunaan dirinya dan umatnya sahaja.
Dan satu sifat yang jaiz atau sifat yang harus bagi Rasul/Nabi ialah Aradhul Basyariyah iaitu untuk bersifat dengan sifat-sifat yang dipunyai oleh manusia-manusia biasa.Seperti ingin makan, berkahwin, mempunyai zuriat dan sebagainya.

Para Nabi Islam (الأنبياء) dalam Al-Quran
Nabi Adam a.s. (آدم) • Nabi Idris a.s. (ادريس) • Nabi Nuh a.s.(نوح) • Nabi Hud a.s. (هود) • Nabi Saleh a.s. (صالح) • Nabi Ibrahim a.s. (ابراهيم) • Nabi Luth a.s. (لوط)
Nabi Ismail a.s. (اسماعيل) • Nabi Ishaq a.s. (اسحاق) • Nabi Ya'akub a.s. (يعقوب) • Nabi Yusuf a.s.(يوسف) • Nabi Ayub a.s. (أيوب) • • Nabi Syu'aib a.s. (شعيب)
Nabi Musa a.s. (موسى) • Nabi Harun a.s. (هارون ) • Nabi Zulkifli a.s. (ذو الكفل) • Nabi Daud a.s. (داود) •
Nabi Sulaiman a.s. (سليمان) • Nabi Ilyas a.s.(إلياس)
Nabi Ilyasa' a.s. (اليسع) • Nabi Yunus a.s. (يونس) • Nabi Zakaria a.s. (زكريا) • Nabi Yahya a.s. (يحيى) • Nabi Isa a.s. (عيسى) •
Nabi Muhammad s.a.w. (محمد)

Percaya kepada Hari Akhirat
Rencana utama: Hari Akhirat
Kita wajib percaya akan datangnya Hari Kemudian atau akhirat sebagaimana yang difirmankan oleh Allah SWT dalam al-Qur’an. Di terangkan bahawa pada akhir zaman akan datang suatu hari di mana semua makhluk yang ada akan menjadi rosak dan binasa, dimusnahkan dan akan dibangunkan semula. Kerana itu, hari akhirat turut mendapat julukan hari kiamat atau pembangkitan.
Setelah segalanya hancur pada hari kiamat, Allah memerintahkan kepada malaikat Israfil untuk bangun terlebih dahulu dan melaksanakan perintah Allah SWT meniup sangkakala, maka bangunlah nyawa yang telah mati untuk dihadapkan ke pengadilan Allah SWT dan mempertanggungjawabkan segala amal perbuatannya selama di dunia. pembalasan.
Percaya kepada Qada' dan Qadar
Rencana utama: Qadar
Kita wajib percaya bahawa segala sesuatu yang telah terjadi dan yang akan terjadi, semuanya itu, menurut apa yang ditentukan dan ditetapkan oleh Tuhan Allah, sejak sebelumnya (zaman azali). Jadi segala sesuatu itu (nasib baik dan buruk) sudah diatur dengan rencana-rencana tertulis atau batasan-batasan yang tertentu.Tetapi kita tidak dapat mengetahuinya sebelum terjadi.Rencana sebelumnya itu Qadar atau Takdir bermaksud ketetapan.Terlaksananya berupa kenyataan, dinamakan Qada bermaksud keputusan perbuatan (pelaksanaan). Sebahagian Ulama’ menamakan takdir itu juga qada dan qada
Islam
Islam berasal daripada perkataan bahasa Arab iaitu salam, salma danaslama. Salam bermakna selamat, sejahtera, harmoni serta aman damai manakala salima bermakna tulen dan autentik. Aslama pula bermakna patuh dan menyerah diri kepada ALLAH semata-mata.jadi Muslim bermaksud menyerah diri dan patuh kepada perintah ALLAH SWT serta melaksanakan perintah ALLAH SWT dan meninggalkan larangan-Nya.
Muslim tidak terhad kepada manusia sahaja tetapi juga kepada semua ciptaan ALLAH SWT yang patuh dan taat kepada perintah-Nya. Islam tidak terhad kepada manusia sahaja tetapi termasuklah matahari, bulan, bintang, haiwan dan juga tumbuhan. Matahari taat kepada perintah ALLAH SWT dengan beredar pada paksinya dan memberikan cahaya kepada bumi. Matahri tidak mempunyai kuasa untuk ingkar kepada perintah ALLAH SWT untuk menunaikan kewajipannya memberikan cahaya kepada bumi. Makhluk yang patuh kepada perintah ALLAH SWT digelar Muslim dan makhluk yang ingkar kepada perintah ALLAH SWT disebut sebagai kafir.
Kafir berasal daripada bahasa Arab iaitu kafara bermaksud tidak beriman kepada ketuhanan, kenabian dan syariat. Menutupi sesuatu dinamakan al-kuffar daripadanya lahir lafaz al-kafir iaitu mengingkari nikmat ALLAH SWT dengan tidak mensyukurinya. ALLAH Maha Agung bermaksud jika semua makhluk taat kepada perintah-Nya, maka tidak akan menambah keagungan ALAH SWT. Jika semua makhluk ingkar kepada perintah ALLAH SWT, maka tidak mengurangkan keagungan-Nya. Semua amal manusia adalah untuk kebaikan dirinya.
Sekiranya semua makhluk taat kepada perintah ALLAH SWT, maka dunia akan aman dan damai. Muslim yang patuh dan mengamalkan perintah ALLAH SWT disebut sebagai mukmin manakala Muslim yang ingkar kepada perintah ALLAH SWT disebut fasik. Oleh itu, tidak mustahil apabila terdapat segelintir Muslim yang berperangai buruk kerana meninggalkan perintah ALLAH SWT.


Mengapa Perlu Memeluk Agama Islam ??

•    ISLAM TIDAK MENGAMALKAN SYIRIK
Syirik ialah menyekutukan atau menyembah selain daripada ALLAH SWT dan dosa syirik tidak diampunkan oleh ALLAH SWT. ALLAH SWT berfirman yang bermaksud :

“Sesunggunya ALLAH SWT tidak akan mengampuni dosa syirik dan Dia mengampuni dosa selain syirik bagi siapa yang dikehendaki-Nya. Barang siapa menyekutukan ALLAH SWT, maka sugguh ia telah berbuat dosa yang besr. “
 (an-Nisa’ :48)

“Sesungguhnya ALLAH SWT tidak akan mengampunkan dosa orang yang mempersekutukanNya dengan sesuatu (apa jua) dan akan mengampunkan yang lain daripada kesalahan (syirik) itu bagi sesiapa yang dikehendakiNya (menurut peraturan hukum-hukumNya) dan sesiapa yang mempersekutukan ALLAH dengan sesuatu (apa jua), maka sesungguhnya ia telah sesat dengan kesesatan yang amat jauh.”
 (an-Nisa’ :116)

Hanya Islam tidak mensyirikkan ALLAH SWT sedangkan agama-agama lain mengamalkan syirik dengan menyembah selain ALLAH SWT dan beriman kepada kuasa selain kuasa ALLAH SWT.

•    ISLAM PELENGKAP AGAMA SEBELUMNYA
Islam merupakan agama sempurna yang diturunkan oleh ALLAH SWT melalui nabi-nabi dan utusan-Nya. Setiap rasul tersebut menyeru manusia untu menyembah ALLAH SWT, sebahagian ajaran tersebut direkodkan dalam suhuf-suhuf dan kitab-kitab yang diturunkan oleh ALLAH SWT dan hanya beberapa rasul sahaja yang dikurniakan kitab iaitu :
1.    Nabi Daud AS dikurniakan Kitab Zabur
2.    Nabi Musa AS dikurniakan Kitab Tuarat
3.    Nabi Isa AS dikurniakan Kitab Injil
4.    Muhammad SAW dikurniakan Kitab al-Quran
Al-Quran merupakan pelengkap suhuf-suhuf dan kitab-kitab yang telah diturunkan kepada nabi-nabi ebelumnya. Sebahagian kandungan kitab-kitab tersebut terkandung dalam al-Quran dan sebahagian lagi telah dihapuskan kerana bahagian tersebut dikhaskan kepada umat tersebut sahaja. Semua agama telah disempurnakan dengan ajaran Islam yang diwahyukan kepada Nabi Muhammad SAW.

•    ISLAM AGAMA UNIVERSAL
Nabi Muhammad SAW diutus oleh ALLAH SWT kepada seluruh alam seperti dilaporkan dalam hadis di bawah ini.

Semua rasul yang diutus sebelumku hanya berlaku untuk umat atau bangsanya sahaja, tapi aku diutus untuk semua umat manusia.
( Dilporkan dalam Sahih Bukhar )

•    ISLAM MEMBERIKAN PENYELESAIAN KEPADA SETIAP MASALAH
Semua agama pada dasarnya mengajak anusia untuk melakukan kebaikan dan menjauhkan kejahatn tetapi agama Islam lebih daripada itu.Islam membimbing manusia kea rah yang praktikal untuk mencapai kebaikna dan menghapuskan kejahatan daripada kehidupan individu dan masyarakat. Islam mengambil kira sifat semula jadi manusia dan kesulitan masyarakat. Islam mengambil kira sifat petunjuk daripada ALLAH SWT maka Islam dipanggil juga agama tabii ( Dinul Fitrah ).
Islam melarang perompakan dan mengajarkan kaedah menghapuskan perompakan dengan menghapuskan kemiskinan dan menghukum perompak. Islam memberikan kaedah praktikal untuk mewujudkan struktur social yang harmoni sehingga manusia tidak merompak.
1.    Sistem zakat menghalang perompkan.
Undang – undang Islam menetapkan setiap orang yang mempunyai harta mencukupi nisab iaitu 85 gram emas diwajibkan membayar zakat sebanyak 2.5 peratus kepada yang memerlukannya. Sekiranya semua Muslim yang mencukupi nisab membayar zakat akan menghapuskan kemiskinan sehingga tidak ada orang yang susah dan mencuri.

2.    Hukuman potong tangan dapat menghalang perompakan.
Jika pungutan dan pengagihan zakat diaksanakn dengan sempurna maka tidaklah ada yang susah sehingga terpaksa mencuri kerana tabiat buruk tersebut, maka Isam menjatuhkan hukuman potong tangan kepada orang yang tersebut.

ALLAH SWT berfirman yang bermaksud
“ Lelaki dan perempun yang mencuri, potonglah tangan keduanya sebagai pembalasan atas apa yang mereka kerjakan san sebagai seksaan dari ALLAH SWT. ALLAH SWT Maha Perkasa lagi Maha Bijaksana.”
( al-Maidah : 38 )
3.    Hasil tercapai apabila undang-undang Islam dilaksanakan.
Penjagaan kebajikan masyarakat dan hukuman yang ketat akan mengurangkan kadar kes rompakan di sesebuah Negara. Kadar kecurian di dunia sekarang sangat tinggi dan sekiranya hukuman potong tangan dikuatkuasakan, maka cukup ramai pencuri yang akan dipotong tangan. Pada mula undang-undang potong tangan dikuatkuasakan mungkin akan ramai yang dipotong tangan tetapi kadar kecurian dan rompakan menurun dengan cepat. Orang yang ingin merompak sangat gerun kehilangan tangannya sehingga berfikir berkali-kali sebelum mencur.Hanya sedikit sahaja yang berani merompak kerana gerun terhadap hukuman potong tangan tersebut.
Apabila kes rompakan berkuranga, maka beberapa tangan sahaj yang akan dipotong tetapi beribu-ribu rang akan hidup aman dan bebas daripada ketakutan dirompak. Buktinya kadar rompakan di Negara yang mengamalkan hokum potong tangan seperti Arab Saudi, sepuluh kali ganda lebih rendah berbanding Amerika Syarikat yang tidak mengamalkan hukuman tersebut.
ISLAM AGAMA YANG MUDAH
Islam merupakan panduan hidup manusia yang mudah diamalkan, namun pencampuran antara agama dengan budaya kadangkala menyebabkan Islam kelihatan menyusahkan. Islam tidak sesekali menolak budaya yang tidak bercanggah dengan ajarannya. ALLAH SWT berfirman yang bermaksud,

“ …Dia sekali-kali tidak menjadikan kesusahan dalam agama kamu.”    ( al-Hajj : 78 )

Dalam ayat yang lain ALLAH SWT berfirman yang bermaksud,

“ ALLAH SWT menghendaki kemudahan bagimu, dan tidak menghendaki kesukaran bagimu.”( al-Baqarah : 185 )


•    ISLAM MUDAH DIFAHAMI
Ajaran Islam sangat mudah difahami dan diterima oleh akal fikiran setiap hujah dilengkapi dengan bukti dan mudah diterima oleh logik akal.
ALLAH SWT berfirman yang bermaksud,

“ Katakanlah wahai Muhammad, “ Inilah agamaku, aku dan orang-orang yang mengikutiku mengajak kamu kepada ALLAH SWT dengan hujah yang nyta. Maha Suci ALLAH dan aku tidak termasuk orang-orang musyrik.”( Yusuf : 108 )

Muslim idak diwajibkan untun percaya kepada perkara-perkara yang tidak boleg diterima oleh akal dan mempunyai keraguan tentang kesahihannya seprti misteri.
ALLAH SWT berfirman yang bermaksud,

“ Kitab al-Quran tidak terdapat keraguan padanya ; petunjuk bagi mereka yang bertakwa.” (al-Baqarah : 2 )

•    ISLAM MUDAH DALAM KEHIDUPAN
Islam adalah agama yang mudah difahami kerana kepercayaan kepada ALLAH SWT disertai hujah dan bukti yang sahih. Oleh yang demikian, mentaati perintah ALLAH SWT adalah wajib dan menuruti segal laranga-Nya tanpa pertikaikannya. ALLAH SWT Maha Pengasih dan Maha Penyayang, ALLAH SWT mengetahui yang terbaik untuk hamba-Nya. Oleh itu, ALLAH SWT memerintahkan manusia melakukan perkara yang baik dan melarang perkara yang buruk.
Firman ALLAH SWT yang bermaksud,

“Iaitu oranng-orang yang mengikuti Rasul, Nabi yang ummi yang tertulis di dalam Tuarat dan Injil yang terdapat di sisi mereka, menyuruh mereka mengerjakan yang makruf dan melarang mengerjakan yang mungkar dan menghalalkan segala yang baik dan mengharamkan segala yang buruk dan membuang beban-beban dan belenggu-belenggu yang ada pada mereka. Maka orang-orang yang beriman kepadanya, memuliakannya menolongnya dan mengikuti cahaya terang yang diturunkan Al-Quran kepadanya itulah orang-ornag yang bertuah.
 (al-A’raaf : 157 )

•    HIDUP MUDAH DENGAN MANUAL
Islam mempunyai sedikit pantang larang, yang mana pantang larang tersebut adalah untuk memudahkan kita di dunia. Kebanyakan manusia merasa pantang larang tersebut menyusahkan tetapi pada hakikatnya pantang larang tersebut akan memudahkan jika semua manusia mematuhinya. Kehidupan manusia diatur oleh ALLAH SWT melalui manual yang diberikan dan dijelaskan oleh para rasul yang diutuskan oleh ALLAH SWT untuk memudahkan manusia mencapai kejayaan. Firman ALLAH SWT,

“…Pada hari ini telah Ku sempurnakan untuk agamamu dan telah Ku cukupkan kepadamu nikmatKu dan telah Ku redhai Islam menjadi agama bagimu. Maka barang siapa terpaksa kerana kelaparan tanpa sengaja berbuat dosa, sesungguhnya ALLAH SWT Maha Pengampun lagi Maha Penyayang.”
 (al-Maidah : 3)
Islam mencukupi kesuluruhan hidup manusia seperti material, fizikal, mental dan emosi yang mencakupi aspek peribadi, keluarga, kewangan, kenegaraan, hiburan, ekonomi, ketenteraan, politik, peradaban dan sebagainya.


HUBUNGAN MUSLIM DENGAN BUKAN MUSLIM
ALLAH SWT mengatur hubungan Muslim dengan bukan Muslim berdasarkan hujah-hujah dibawah :
•    HUBUNGAN MUSLIM DENGAN AHLI KITAB
Hubungan antara Muslim dengan bukan Muslim diatur oleh ALLAH SWT dalam ayat ini yang bermaksud,
“Hai manusia, sesungguhnya Kami menciptakan kamu dari seorang lelaki dari seorang lelaki dan perempuan serta menjadikan kamu berbangsa-bangsa dan berpuak-puak supaya kamu saling kenal-mengenal. Sesungguhnya orang yang paling mulia si sisi ALLAH SWT ialah orang yang paling takwa di antara kamu. Sesungguhnya ALLAH SWT Maha Pengasih lagi Maha Mengenal.”
 (al-Hujurat : 13 )
•     KEWAJIPAN MUSLIM TERHADAP BUKAN MUSLIM
Panduan hubungan Muslim dengan bukan Muslim diatur oleh ALLAH SWT sebagai berikut,
a)    Menyampaikan kebenaran Islam kepada bukan Muslim.
ALLAH SWT berfirman dalam ayat di bawah ini yang bermaksud,
“Dan hendaklah ada diantara kamu segolongan umat yang menyeru kepada kebajikan, menyuruh kepada yang makruf dan mencegah daripada kemungkaran merekalah orang-orang yang beruntung.
( al-Imran : 104 )

b)    Menyeru bukan Muslim dengan lemah lembut
Muslim wajib menyampaikan kebenaran Islam kepada bukan Muslim secara hikmah dan lemah lembut seperti tersebut dalam ayat di bawah ini yang bermaksud,

“Serulah manusia kepada jalan ALLAH denag hikmah dan pelajaran yang baik dan bantahlah mereka dengan cara yang baik. Sesungguhnya Tuhan kamu lebih mengetahui tentang siapa yang tersesat dari jalan-Nya dan lebih mengetahui orang-orang yang mendapat petunjuk.”
 (an-Nahl : 125)

c)    Mencari persamaan dengan bukan Muslim
Dalam hubungan komunikasi antara Muslim dengan bukan Muslim perlulah mencari persamaam di antara mereka sehingga wujud keharmonian di antara mereka.

KESIMPULAN

o    Muslim adalah makhluk ciptaan yang taat kepada perintah ALLAH SWT manakala yang ingkar kepada perintah ALLAH SWT digelar sebagai kafir.

o    Islam agama yang mudah tetapi amalan Muslim yang tidak mengikut ajaran Islam telah menyebakan Islam kelihatan susah. Jika semua patuh dengan mengamalkan perintah ALLAH SWT dengan baik maka undang-undang tersebut akan memudahkan kehidupan manusia.

o    Pantang larang dalam Islam untuk memudahkan manusia menjalankan tugas sebagai khalifah ALLAH SWT.

o    Islam telah mengatur hubungan antara Muslim dengan bukan Muslim secara sempurna. Sekiranya Muslim mengikut panduan tersebut akan wujud keharmonian hidup pelbagai kaum di Malaysia.

o    Islam adalah agama universal yang diturunkan keada semesta alam dan Islam bukan hak milik bangsa Arab ataupun Melayu. Jadi sesiapa ysng memeluk agama Islam boleh mengekalkan identity dan budaya asal selagi tidak bercanggah dengan ajaran Islam.


No comments:

Post a Comment