Sunday, October 21, 2012

Keimanan Kepada Malaikat dan Kitab

NAMA:NORNASUHA BINTI AZMAN
NO. PELAJAR :2012283382

PENDAHULUAN

Beriman kepada malaikat ialah mempercayai kewujudan malaikat dan sifat-sifatnya. Beriman kepada malaikat dapat meningkatkan lagi keimanan kepada Islam,dengan beriman kepada malaikat,manusia mempercayai bahawa Allah Maha Kuasa dan dan tidak ada apa yang boleh disembah melainkan Allah. Malaikat diciptakan untuk menguruskan hal-hal manusia,dunia dan akhirat. Setiap malaikat mempunyai tugasan untuk dilaksanakan.Beriman kepada kitab pula ialah mengakui bahawa kitab iaitu al-Quran diturunkan oleh Allah kepada Nabi Muhammad untuk menjadi petunjuk manusia di dunia.Adanya al-Quran di dunia manusia dapat membezakan yang halal dan haram.Manusia juga dapat melakukan perintah Allah yang ada di dalam al-Quran dan meninggalkan segala larangannya.

BERIMAN KEPADA MALAIKAT & KITAB

PERCAYA KEPADA MALAIKAT

BAB 1:PERCAYA KEPADA KEWUJUDAN MALAIKAT
Salah satu rukun iman adalah beriman kepada malaikat.Setiap mukallaf atau orang Islam yang sudah diberi tanggungjawab wajib percaya kepada kewujudan malaika dan mereka makhluk yang diciata Allah. Iman seseorang tidak sah apabila tidak mempercayai kewujudan malaikat dan segala yang berkaitan dengan mereka,sebagaimana yang disebut di dalam al-Quran dan sunnah Nabi Muhammad dalam surah al-Baqarah ayat 285,

285. Rasulullah telah beriman kepada apa Yang diturunkan kepadanya dari Tuhannya, dan juga orang-orang Yang beriman; semuanya beriman kepada Allah, dan Malaikat-malaikatNya, dan Kitab-kitabNya, dan Rasul-rasulNya. (Mereka berkata): "Kami tidak membezakan antara seorang Dengan Yang lain Rasul-rasulnya". mereka berkata lagi: Kami dengar dan Kami taat (Kami pohonkan) keampunanMu Wahai Tuhan kami, dan kepadamu jualah tempat kembali".

Malaikat termasuk dalam perkara-perkara ghaib.Kewujudan mereka diakui dengan bukti yang tak dapat diragui. Sesiapa yang tidak mahu percaya kepada mereka,orang it menjadi kafir.Allah berkata dalam surahan-Nisak ayat 136,

136. Wahai orang-orang Yang beriman! Tetapkanlah iman kamu kepada Allah dan RasulNya, dan kepada Kitab Al-Quran Yang telah diturunkan kepada RasulNya (Muhammad, s.a.w), dan juga kepada Kitab-kitab suci Yang telah diturunkan dahulu daripada itu. dan sesiapa Yang kufur ingkar kepada Allah, dan Malaikat-malaikatNya, dan Kitab-kitabNya, dan Rasul-rasulNya dan juga hari akhirat, maka Sesungguhnya ia telah sesat Dengan kesesatan Yang amat jauh.

Orang yang beriman menerima dengan penuh percaya kepada kata-kata Allah dan Nabi Muhammad sama ada secara umum atau teperinci. Orang beriman juga tidak menokok tambah ataupun mengurangkan perihal malaikat.


BAB 2:SIFAT DAN KELEBIHAN MALAIKAT


Asal kejadian malaikat

Rasulullah berkata,

“malaikat dijadikan daripada cahaya. Jin pula dijadikan daripada lidah api. Manakala kejadian Adam pula seperti apa yang disifatkan kepada saudara sekalian.”

Bentuk cahaya yang menjadi asal kejadian malaikat tidak dapat dinyatakan lebih daripada itu. Terdapat beberapa ulasan mengenai hakikat cahaya tanpa bukti yang kukuh daripada al-quran dan sunnah.

Dalil hadis mengenai sifat kejadian malaikat Jibril

“Rasulullah pernah melihat malaikat Jibril dalam bentuk rupa asalnya.Jibril mempunyai enam ratus sayap dan setiap sayapnya sejauh mata memandang.Bertaburan permata pelbagai warna daripadanya.Hanya Allah sahaja yang mengetahui tentangnya.”
Rasulullah menjawab,

Rasulullah berkata,
 “saya pernah melihat Jibril turun dari langit. Saiz badannya memenuhi ruang antara langit dan bumi.”

Allah memberitahu malaikat mempunyai sayap. Ada yang mempunyai dua sayap,tiga sayap dan lebih daripada itu. Allah menerangkan dalam surah Fatir ayat 1,
1. Segala puji tertentu bagi Allah Yang menciptakan langit dan bumi, Yang menjadikan malaikat utusan-utusan Yang bersayap: dua, tiga dan empat; ia menambah pada bentuk kejadian makhluk Yang diciptakannya apa jua Yang dikehendakiNya. Sesungguhnya Allah Maha Kuasa atas tiap-tiap sesuatu.


Allah mencipta malaikat dengan rupa yang cantik. Allah menjelaskan dalam surah an- Najm ayat 5 dan 6,

5. wahyu itu (disampaikan dan) diajarkan kepadanya oleh (malaikat jibril) Yang amat kuat gagah, -
6. lagi Yang mempunyai kebijaksanaan; kemudian ia memperlihatkan dirinya (kepada Nabi Muhammad) Dengan rupanya asal, -


Kemampuan malaikat
Malaikat mampu bergerak dengan kelajuan di luar daripada kemampuan manusia mengukurya.Manusia dapat mengukur kelajuan suara dan cahaya.Tetapi kelajuan manusia lebih daripada itu. Malaikat juga mempunyai ilmu kurniaan Allah yang melimpah,tetapi mereka tidak mempunyai ilmu yang sama dengan manusia.Manusia dikurniakan Allah ilmu bagi mengenali benda.Allah menjelaskan dalam surahal- Baqarah ayat 31 dan 32.

31. dan ia telah mengajarkan Nabi Adam, akan Segala nama benda-benda dan gunanya, kemudian ditunjukkannya kepada malaikat lalu ia berfirman: "Terangkanlah kepadaKu nama benda-benda ini semuanya jika kamu golongan Yang benar".
32. malaikat itu menjawab: "Maha suci Engkau (Ya Allah)! Kami tidak mempunyai pengetahuan selain dari apa Yang Engkau ajarkan kepada kami; Sesungguhnya Engkau jualah Yang Maha Mengetahui, lagi Maha Bijaksana".



Bilangan malaikat
Bilangan malaikat amat banyak sehingga tidak diketahui melainkan Allah. Dalam surah al-muddassir ayat 31,

31. dan (ketahuilah Bahawa hikmat) Kami tidak menjadikan pengawal-pengawal neraka itu melainkan (dari kalangan) malaikat, (kerana merekalah sekuat-kuat dan sebenar-benar makhluk Yang menjalankan perintah kami); dan (hikmat) Kami tidak menerangkan bilangan mereka melainkan Dengan satu bilangan Yang menyebabkan kesesatan dan kesengsaraan orang-orang kafir itu, supaya orang-orang Yang diberi Kitab (Yahudi dan Nasrani) boleh percaya Dengan yakin (akan kebenaran Al-Quran), dan supaya orang-orang Yang beriman bertambah imannya; dan juga supaya orang-orang Yang diberi Kitab dan orang-orang Yang beriman itu tidak ragu-ragu (tentang kebenaran keterangan itu); dan (sebaliknya) supaya orang-orang (munafik) Yang ada penyakit (ragu-ragu) Dalam hatinya dan orang-orang kafir berkata: "Apakah Yang di maksudkan oleh Allah Dengan menyebutkan bilangan ganjil ini?" Demikianlah Allah menyesatkan sesiapa Yang dikehendakiNya (menurut undang-undang peraturanNya), dan memberi hidayah petunjuk kepada sesiapa Yang dikehendakiNya (menurut undang-undang peraturanNya); dan tiada Yang mengetahui tentera Tuhanmu melainkan Dia lah sahaja.dan (ingatlah, Segala Yang diterangkan berkenaan dengan) neraka itu tidak lain hanyalah menjadi peringatan bagi manusia.


Ibadat para malaikat
Para malaikat adalah hamba-hamba Allah yang taat. Mereka tidak derhakakan Allah,malah sifat taat itu menjadi fitrah mereka dan mereka tidak mampu derhakakan Allah. Allah menjelaskan dalam surah at-Tahrim ayat 6,

6. Wahai orang-orang Yang beriman! peliharalah diri kamu dan keluarga kamu dari neraka Yang bahan-bahan bakarannya: manusia dan batu (berhala); neraka itu dijaga dan dikawal oleh malaikat-malaikat Yang keras kasar (layanannya); mereka tidak menderhaka kepada Allah Dalam Segala Yang diperintahkanNya kepada mereka, dan mereka pula tetap melakukan Segala Yang diperintahkan.


Allah dan Nabi Muhammad menyatakan kepada kita sebahagian daripada ibadat malaikat,antaranya,mereka bertasbih dab beristighfar,sebagaimana yang dinyatakan dalam surah al-Mukmin ayat 7,

7. Kemudian, sesiapa Yang mengingini selain dari Yang demikian, maka merekalah orang-orang Yang melampaui batas;


Para malaikat juga bersembahyang,sebagaimana dijelaskan dalam surah as-Saffat ayat 165,

165. "Dan Sesungguhnya Kamilah Yang sentiasa berbaris (menjunjung perintah dan beribadat),


Para malaikat juga mengerjakan ibadah haji dan mereka juga mempunyai Kaabah,tempat mereka berkunjung. Allah menamakan dengan Baitul Makmur,yang terletak di langit yang ke tujuh.


Malaikat takutkan Allah
Para malaikat itu amat mengenali Allah,oleh itu mereka takut Allah dan sentiasa mengagungkannya. Allah menjelaskan di dalam surah al-Anbiyak ayat 27 dan 28.

27. mereka tidak mendahuluiNya Dengan perkataan dan mereka pula mengerjakan apa Yang diperintahkanNya.
28. Allah mengetahui apa Yang di hadapan mereka (yang telah mereka lakukan), dan apa Yang di belakang mereka (yang akan mereka lakukan); dan mereka tidak memohon syafaat melainkan bagi sesiapa Yang diredhai Allah; dan mereka pula sentiasa cemas takut daripada ditimpa azabNya.


BAB3:MALAIKAT DAN MAUSIA


Mengajar Adam memberi salam kepada malaikat
Rasulullah pernah berkata,

“Allah menjadikan Adam menurut bentuknya.Tingginya enam puluh hasta.Apabila Allah selesai mencipta Adam,Allah pun berkata kepadanya,’Pergilah beri salam kepada beberapa orang malaikat yang sedang duduk itu. Dengarlah ucapan selamat mereka kepada kamu,kerana itulah ucapan selamat untuk kamu dan anak cucu kamu.’

Malaikat memandikan Adam semasa kematiannya
Rasulullah berkata,

“Apabila Adam meniggal dunia,para malaikat memandikannya dengan air dalam bilangan yang ganjil. Mereka juga menggalikan liang lahad baginya. Mereka berkata,’Inilah sunnah Adam kepada anaknya.”


Hubungan malaikat dengan manusia di dalam Rahim ibu
Para malaikat mempunyai hubungan yang erat denganzuriat Adam sejak mereka di dalam Rahim ibu sehingga mereka hidup di dunia.

Rasulullah pernah berkata,

“sesungguhnya kalian dicipta di dalm perut Rahim ibu selama 40 hari dalam bentuk titisan air mani. Kemudian ia menjadi segumpal darah selama 40 hari,seterusnya menjadi seketul daging dalam tempoh yang sama. Kemudian Allah menghantar malaikat meniupkan roh kepadanya. Malaikat itu diberikan empat perintah,iaitu menulis rezekinya,ajalnya,amal perbuatannya dan hidupnya sengsara ataupun bahagia.

Malaikat menjaga manusia
Allah menjelaskan dalam surah ar-Ra’d ayt 10 dan 11,

10. sama sahaja kepadanya: sesiapa di antara kamu Yang merahsiakan kata-katanya Dalam hati dan Yang menyatakannya; juga Yang bersembunyi pada waktu malam dan Yang keluar berjalan pada waktu siang.
11. bagi tiap-tiap seorang ada malaikat penjaganya silih berganti dari hadapannya dan dari belakangnya, Yang mengawas dan menjaganya (dari sesuatu bahaya) Dengan perintah Allah. Sesungguhnya Allah tidak mengubah apa Yang ada pada sesuatu kaum sehingga mereka mengubah apa Yang ada pada diri mereka sendiri. dan apabila Allah menghendaki untuk menimpakan kepada sesuatu kaum bala bencana (disebabkan kesalahan mereka sendiri), maka tiada sesiapapun Yang dapat menolak atau menahan apa Yang ditetapkanNya itu, dan tidak ada sesiapapun Yang dapat menolong dan melindungi mereka selain daripadanya.



Membawa wahyu Allah kepada Rasul dan Nabi
Allah menerangkan dalam surah al-Baqarah ayat 97,
97. Katakanlah (Wahai Muhammad): "Sesiapa memusuhi Jibril maka sebabnya ialah kerana Jibril itu menurunkan Al-Quran ke Dalam hatimu Dengan izin Allah, Yang mengesahkan kebenaran Kitab-kitab Yang ada di hadapannya (yang diturunkan sebelumnya), serta menjadi petunjuk dan memberi khabar gembira kepada orang-orang Yang beriman".

Memberi ilham kepada manusia
Allah menugaskan malaikat memancarkan ilham ke dalam hati mansia bagi melakukan perbuatan baik.


Menjaga amalan manusia
Para malaikat ditugaskan menjaga amalan manusia sama ada yang baik ataupun jahat. Allah menerangkan dalam surah Infitah ayat 10 hingga 12,
10. padahal sesungguhnya, ada malaikat-malaikat Yang menjaga dan mengawas Segala bawaan kamu,
11. (Mereka adalah makhluk) Yang mulia (di sisi Allah), lagi ditugaskan menulis (amal-amal kamu);
12. mereka mengetahui apa Yang kamu lakukan.


Allah menugaskan dua malaikat yang mengawasi setiap amalan manusia.Malaikat itu sentiasa ada bersama-sama dengan orang itu. Malaikat ditugaskan mencatat setiap perbuatan dan amalan manusia tanpa tertinggal dan dan manusia akan mendapat setiap catatan pada hari Kiamat kelak.


Malaikat menulis apa yang tersirat dalam hati
Surah al-Infitar ayat 12,

12. mereka mengetahui apa Yang kamu lakukan.

Rasulullah menjelaskan,

”Allah berkata,’Apabila hambaku bercita-cita mengerjakan satu amalan baik,tetapi dia belum lagi mengerjakannya,aku tuliskan baginya satu pahala. Apabila dia melakukan amalan baik itu,aku tulis baginya sepuluh pahala sehingga tujuh ratus kali ganda. Apabila hambaku bercita-cita mengerjakan suatu perbuatan jahat,tetapi dia belum lagi mengerjakannya,aku tidak tulis baginya dosa. Apabila dia melakukan amalan jahat itu,aku tulis baginya satu dosa.’”


Malaikat mencabut roh manusia
Allah menerangkan dalam surah as-Sajdah ayat 11,

11. Katakanlah (Wahai Muhammad); "Nyawa kamu akan diambil oleh Malikil maut Yang ditugaskan berbuat demikian ketika habis ajal kamu, kemudian kamu akan dikembalikan kepada Tuhan kamu (untuk menerima balasan)".

Malaikat yang ditugaskan mencabut nyawa banyak.Mereka mencabut nyawa orang kafir dan berdosa dengan dahsyat.

BAB 4: HUBUNGAN MANUSIA DENGAN ORANG BERIMAN


Mengasihi orang beriman
Rasulillah berkata,

”Apabila Allah kasihkan hamba,Allah menyeru malaikat Jibril dengan berkata,’sesungguhnya Allah kasihkan orang itu,maka kamu perlu mengasihinya.’Jibril pula mengasihi orang itu.kemudian Jibril mengisytiharkan kepada sekalian pendudk langit,katanya,’Sesungguhnya Allah kasihkan orang itu,maka kamu sekalian perlu mengasihaninya.’ Penduduk lanhit pun mengasihaniya.Keudian dia diletakkan di kalangan orang-orang yang diterima di bumi.”

Bersalawat kepada orang yang beriman
Allah menjelaskan dalam surah al-Ahzab ayat 43 dan 56,


43. Dia lah Yang memberi rahmat kepada kamu - dan malaikatNya pula (berdoa bagi kamu) - untuk mengeluarkan kamu dari gelap-gelita (kufur dan maksiat) kepada cahaya Yang terang-benderang (iman dari taat); dan adalah ia sentiasa melimpah-limpah rahmatNya kepada orang-orang Yang beriman (di dunia dan di Akhirat).
44. sambutan penghormatan Yang akan diberi Tuhan kepada mereka semasa menemuiNya ialah ucapan "Salam" (selamat sejahtera); dan ia telah menyediakan untuk mereka pahala balasan Yang mulia.
45. Wahai Nabi, Sesungguhnya Kami mengutusmu sebagai saksi (terhadap umatmu), dan pembawa berita gembira (kepada orang-orang Yang beriman) serta pemberi amaran (kepada orang-orang Yang ingkar).
46. dan juga sebagai Penyeru (umat manusia seluruhnya) kepada ugama Allah Dengan taufiq Yang diberiNya; dan sebagai lampu Yang menerangi.
47. dan (dengan itu) sampaikanlah berita Yang mengembirakan kepada orang-orang Yang beriman, Bahawa Sesungguhnya mereka akan beroleh limpah kurnia Yang besar dari Allah.
48. dan janganlah Engkau menurut kehendak orang-orang kafir dan orang-orang munafik dan janganlah Engkau hiraukan usikan dan celaan mereka, serta berserahlah kepada Allah (memelihara keadaanmu); dan cukuplah Allah menjadi Pelindung (yang menyelamatkanmu).
49. Wahai orang-orang Yang beriman, apabila kamu berkahwin Dengan perempuan-perempuan Yang beriman, kemudian kamu ceraikan mereka sebelum kamu menyentuhnya, maka tiadalah kamu berhak terhadap mereka mengenai sebarang idah Yang kamu boleh hitungkan masanya. oleh itu, berilah "Mut'ah" (pemberian sagu hati) kepada mereka, dan lepaskanlah mereka Dengan cara Yang sebaik-baiknya.
50. Wahai Nabi, Sesungguhnya Kami telah halalkan bagimu isteri-isterimu Yang Engkau berikan maskahwinnya, dan hamba-hamba perempuan Yang Engkau miliki dari apa Yang telah dikurniakan Allah kepadamu sebagai tawanan perang; dan (Kami telah halalkan bagimu berkahwin Dengan sepupu-sepupumu, iaitu): anak-anak perempuan bapa saudaramu (dari sebelah bapa) serta anak-anak perempuan emak saudaramu (dari sebelah bapa), dan anak-anak perempuan bapa saudaramu (dari sebelah ibu) serta anak-anak perempuan emak saudaramu (dari sebelah ibu) Yang telah berhijrah bersama-sama denganmu; dan (Kami telah halalkan bagimu) mana-mana perempuan Yang beriman Yang memberikan dirinya kepada Nabi (untuk dikahwininya Dengan tidak membayar maskahwin) kalaulah Nabi suka berkahwin dengannya; perkahwinan Yang demikian adalah khas bagimu semata-mata, buka bagi orang-orang Yang beriman umumnya; Sesungguhnya Kami telah mengetahui apa Yang Kami wajibkan kepada orang-orang mukmin mengenai isteri-isteri mereka dan hamba-hamba perempuan Yang mereka miliki; - supaya tidak menjadi keberatan bagimu. dan (ingatlah) Allah adalah Maha Pengampun, lagi Maha Mengasihani.
51. Engkau boleh menangguhkan sesiapa Yang Engkau kehendaki dari mereka dan Engkau boleh mendamping: sesiapa Yang Engkau kehendaki; dan sesiapa Yang Engkau hendak mendampinginya kembali dari mereka Yang telah Engkau jauhi itu maka tidaklah menjadi salah bagimu melakukannya; kebebasan Yang diberikan kepadamu itu (bila diketahui oleh mereka) adalah lebih dekat untuk mententeramkan hati mereka, dan menjadikan mereka tidak berdukacita, serta menjadikan mereka pula reda akan apa Yang Engkau lakukan kepada mereka semuanya. dan (ingatlah) Allah sedia mengetahui apa Yang ada Dalam hati kamu; dan Allah adalah Maha Mengetahui, lagi Maha Penyabar.
52. tidak halal bagimu berkahwin Dengan perempuan-perempuan Yang lain sesudah (isteri-isterimu Yang ada) itu, dan Engkau juga tidak boleh menggantikan mereka Dengan isteri-isteri Yang baharu sekalipun Engkau tertarik hati kepada kecantikan mereka, kecuali hamba-hamba perempuan Yang Engkau miliki. dan (ingatlah) Allah sentiasa mengawasi tiap-tiap sesuatu.
53. Wahai orang-orang Yang beriman, janganlah kamu masuk ke Rumah Nabi (menunggu makanan masak kerana hendak makan bersama), kecuali kamu dijemput untuk menghadiri jamuan, bukan Dengan menunggu-nunggu masa sajiannya; tetapi apabila kamu dijemput maka masuklah (pada waktu Yang ditetapkan); kemudian setelah kamu makan maka hendaklah masing-masing bersurai dan janganlah duduk bersenang-senang Dengan berbual-bual. Sesungguhnya Yang demikian itu menyakiti dan menyusahkan Nabi sehingga ia merasa malu (hendak menyatakan hal itu) kepada kamu, sedang Allah tidak malu daripada menyatakan kebenaran. dan apabila kamu meminta sesuatu Yang harus diminta dari isteri-isteri Nabi maka mintalah kepada mereka dari sebalik tabir. cara Yang demikian lebih suci bagi hati kamu dan hati mereka. dan kamu tidak boleh sama sekali menyakiti Rasul Allah dan tidak boleh berkahwin Dengan isteri-isterinya sesudah ia wafat selama-lamanya. Sesungguhnya Segala Yang tersebut itu adalah amat besar dosanya di sisi Allah.
54. (Awasilah keadaan-keadaan kamu, kerana) jika kamu nyatakan sesuatu atau kamu sembunyikan Dia, maka Sesungguhnya Allah sentiasa mengetahui akan segala-galanya.
55. tidak ada salahnya kepada perempuan-perempuan (yang tidak berpakaian Yang melindungi anggota Yang haram dipandang oleh lelaki asing itu) menemui bapa-bapa mereka, dan anak-anak lelaki mereka, dan saudara-saudara lelaki mereka, dan anak-anak lelaki saudara-saudara lelaki mereka, dan anak-anak lelaki saudara-saudara perempuan mereka, dan perempuan-perempuan Islam mereka, serta hamba-hamba Yang dimiliki oleh mereka. dan bertaqwalah kamu kepada Allah; Sesungguhnya Allah sentiasa menyaksikan tiap-tiap sesuatu.
56. Sesungguhnya Allah dan malaikatNya berselawat (memberi Segala penghormatan dan kebaikan) kepada Nabi (Muhammad s.a.w); Wahai orang-orang Yang beriman berselawatlah kamu kepadanya serta Ucapkanlah salam sejahtera Dengan penghormatan Yang sepenuhnya.

Mengaminkan doa orang mikmin
Rasulullah berkata,

”doa individu bagi saudaranya di tempat sunyi dimakbulkan Allah. Ada malaikat di kepalanya yang mengaminkan doanya setiap kali dia berdoa bagi kebaikan. Malaikat itu berkata,’Ya Allah makbulkanlah doa orang ini. Bagi akmu kebaikan sepertinya.’”

Meminta ampun bagi orang beriman
Allah menjelaskan dalam surah as-Syura ayat 5,

5. alam langit nyaris-nyaris pecah dari sebelah atasnya (kerana ngeri dan takutnya kepada kemurkaan Allah terhadap penduduk bumi Yang lupakan kebesaran Allah sehingga menyeleweng dari jalan Yang benar); dan malaikat bertasbih Dengan memuji Tuhannya serta memohon ampun bagi makhluk-makhluk Yang ada di bumi. Ingatlah! Sesungguhnya Allah, Dia lah Yang Maha Pengampun, lagi Maha Mengasihani.


Berperang bersama orang beriman
Malaikat bersama-sama orang mukmin menberi semangat dan meneguhkan hati mereka semasa menghadapi musuh. Allah menerangkan dalam surah al-Anfal ayat 9,

9. (ingatlah) ketika kamu memohon pertolongan kepada Tuhan kamu, lalu ia perkenankan permohonan kamu (dengan firmanNya): "Sesungguhnya Aku akan membantu kamu Dengan seribu (bala tentera) dari malaikat Yang datang berturut-turut.



BAB 5:KEWAJIPAN ORANG BERIMAN KEPADA MALAIKAT


Kesetiaan kepada malaikat
Individu yang beriman perlu mengasihi malaikat tanpa ada perbezaan,kerana mereka merupakan hamba Allah yang setia dan mulia. Mereka melakukan apa yang diperintahkan dan meninggalkan apa yang dilarang.Tiada hujah yang membeza-bezakan dan memuliakan mereka. Sesiapa yang membezakan ia adalah sesat seperti orang Yahudi yang sesat imannya kepada malaikat. allah menjelaskan dalam surah al-Baqarah ayat 97 dan 98,

97. Katakanlah (Wahai Muhammad): "Sesiapa memusuhi Jibril maka sebabnya ialah kerana Jibril itu menurunkan Al-Quran ke Dalam hatimu Dengan izin Allah, Yang mengesahkan kebenaran Kitab-kitab Yang ada di hadapannya (yang diturunkan sebelumnya), serta menjadi petunjuk dan memberi khabar gembira kepada orang-orang Yang beriman".
98. sesiapa memusuhi Allah (dengan mengingkari Segala petunjuk dan perintahNya) dan memusuhi Malaikat-malaikatNya dan Rasul-rasulNya, khasnya malaikat Jibril dan Mikail, (maka ia akan diseksa oleh Allah) kerana Sesungguhnya Allah adalah musuh bagi orang-orang kafir.



BAB 6: TUGAS MALAIKAT KEPADA ORANG KAFIR DAN FASIK


Malaikat ditugaskan membawa dan melaksanakan azab. Allah menjelaskan dalam surah Hudayat 77 hingga 83,
77. dan apabila datang utusan-utusan Kami kepada Nabi Lut ia merasa dukacita Dengan kedatangan mereka, dan merasa tidak terdaya untuk mengawal mereka (dari gangguan kaumnya), sambil berkata: "Ini adalah hari Yang amat mencemaskan".
78. dan kaumnya pun datang meluru kepadanya (dengan tujuan hendak mengganggu tetamunya), sedang mereka sebelum itu sudah biasa melakukan kejahatan. Nabi Lut berkata: "Wahai kaumku! di sini ada anak-anak perempuanku mereka lebih suci bagi kamu (maka berkahwinlah Dengan mereka). oleh itu takutlah kamu kepada Allah, dan janganlah kamu memberi malu kepadaKu mengenai tetamu-tetamuku. tidakkah ada di antara kamu seorang lelaki Yang bijak berakal (yang dapat memberi nasihat)?"
79. mereka menjawab: "Sesungguhnya Engkau telahpun mengetahui Bahawa Kami tidak ada sebarang hajat kepada anak-anak perempuanmu, dan sebenarnya Engkau sedia mengetahui akan apa Yang Kami kehendaki."
80. Nabi Lut berkata: "Kalaulah Aku ada kekuatan untuk menentang kamu, atau Aku dapat bertumpu ke sesuatu tempat bertahan Yang kuat (dari penyokong-penyokong, tentulah Aku akan membinasakan kamu)".
81. (Mendengarkan Yang demikian tetamunya berkata: "Wahai Lut! Sesungguhnya Kami (adalah malaikat) utusan Tuhanmu.kaum Engkau Yang jahat itu tidak sekali-kali akan dapat melakukan kepadamu (sebarang bencana). oleh itu, pergilah berundur dari sini bersama-sama Dengan keluargamu pada tengah malam, dan janganlah seorangpun di antara kamu menoleh ke belakang. kecuali isterimu, Sesungguhnya ia akan ditimpa azab Yang akan menimpa mereka (kerana ia memihak kepada mereka). Sesungguhnya masa Yang dijanjikan untuk menimpakan azab kepada mereka ialah waktu subuh; Bukankah waktu subuh itu sudah dekat?"
82. maka apabila datang (Masa perlaksanaan) perintah kami, Kami jadikan negeri kaum Lut itu diterbalikkan (tertimbus Segala Yang ada di muka buminya) dan Kami menghujaninya Dengan batu-batu dari tanah Yang dibakar, menimpanya bertalu-talu.
83. batu-batu itu ditandakan di sisi Tuhanmu (untuk membinasakan mereka), dan ia pula tidaklah jauh dari orang-orang Yang zalim itu.

Malaikat melaknat orang kafir dan orang yang melakukan dosa.Antaranya orang yang mencela dan mencaci sahabat Nabi Muhammad.Para malaikat juga melaknat orang yang mengajukan senjata pada saudaranya.


BAB 7:HUBUNGAN MALAIKAT DENGAN MAKHLUK LAIN

Malaikat ditugaskan menjaga bukit dan gunung.Ramai malaikat yang ditugaskan mengawasi pergerakan alam. Malaikat menjalankan urusan langit dan bumi mnurut tugas masing-masing dalam surah an-Naziat ayat 5,

5. serta menyempurnakan tadbir urusan alam Yang diperintahkan kepadanya; (Sumpah Demi sumpah, Sesungguhnya kamu akan dibangkitkan hidup semula pada hari kiamat)! -

Beriman kepada malaikat menjadi ujian kepada manusia,keraa mereka termasuk di kalangan makhluk yang ghaib. Semua yang dinyatakan oleh Allah dan Nabi Muhammad tetap dipercayai dan diyakini oleh orang yang beriman,sama ada ia perkara ghaib ataupun nyata. Allah menyatakan pendirian orang beriman di dalam surah Ali Imran ayat 193,

193. Wahai Tuhan kami! Sesungguhnya Kami telah mendengar seorang Penyeru (Rasul) Yang menyeru kepada iman, katanya: ` berimanlah kamu kepada Tuhan kamu ', maka Kami pun beriman. Wahai Tuhan kami, ampunkanlah dosa-dosa kami, dan hapuskanlah daripada Kami kesalahan-kesalahan kami, dan matikanlah Kami bersama orang-orang Yang berbakti;


PERCAYA KEPADA KITAB

BAB 8:PERCAYA KEPADA SEMUA KITAB ALLAH


Salah satu daripada rukun iman adalah percaya kepada kitab-kitab Allah yang diwahyukan kepada para Rasul.Allah memerintahkan Nabi Muhammad dan orang-orang yang beriman supaya enyatakan keimanan mereka kepada kitab yang diturunkan oleh Allah.

Allah memerintahkan kepada orang-orang beriman dalam surah an-Nisak ayat 136,

136. Wahai orang-orang Yang beriman! Tetapkanlah iman kamu kepada Allah dan RasulNya, dan kepada Kitab Al-Quran Yang telah diturunkan kepada RasulNya (Muhammad, s.a.w), dan juga kepada Kitab-kitab suci Yang telah diturunkan dahulu daripada itu. dan sesiapa Yang kufur ingkar kepada Allah, dan Malaikat-malaikatNya, dan Kitab-kitabNya, dan Rasul-rasulNya dan juga hari akhirat, maka Sesungguhnya ia telah sesat Dengan kesesatan Yang amat jauh.


BAB 9:MANUSIA MEMERLUKAN KITAB ALLAH


Manusia memerlukan rasul-rasul yang dipilih oleh Allah sepertimana kita memerlukan kitab yang diturunkan oleh Allah. Rasul-rasul diutuskan bersama kitab-kitab yang menjadi petunjuk,menyatakan perintah dam larangan Allah yang menjadi pegangan dan panduan kepada manusia kea rah kebahagiaan yang sebenar.

Kitab Allah menjadi sumber kepercayaan dan kaedah perundangan bagi manusia.Manusia perlu melaksanakan hokum yang terdapat dalam kitab itu.
Allah menjelaskan dalam surah al-Maidah ayat 44 hingga 47,

44. Sesungguhnya Kami telah menurunkan Kitab Taurat, Yang mengandungi petunjuk dan cahaya Yang menerangi; Dengan Kitab itu Nabi-nabi Yang menyerah diri (kepada Allah) menetapkan hukum bagi orang-orang Yahudi, dan (dengannya juga) ulama mereka dan pendita-penditanya (menjalankan hukum Allah), sebab mereka diamanahkan memelihara dan menjalankan hukum-hukum dari Kitab Allah (Taurat) itu, dan mereka pula adalah menjadi penjaga dan pengawasnya (dari sebarang perubahan). oleh itu janganlah kamu takut kepada manusia tetapi hendaklah kamu takut kepadaKu (dengan menjaga diri dari melakukan maksiat dan patuh akan perintahKu); dan janganlah kamu menjual (membelakangkan) ayat-ayatKu Dengan harga Yang sedikit (kerana mendapat rasuah, pangkat dan lain-lain keuntungan dunia); dan sesiapa Yang tidak menghukum Dengan apa Yang telah diturunkan oleh Allah (kerana mengingkarinya), maka mereka itulah orang-orang kafir.
45. dan Kami telah tetapkan atas mereka di Dalam Kitab Taurat itu, Bahawa jiwa dibalas Dengan jiwa, dan mata dibalas Dengan mata, dan hidung dibalas Dengan hidung, dan telinga dibalas Dengan telinga, dan gigi dibalas Dengan gigi, dan luka-luka hendaklah dibalas (seimbang). tetapi sesiapa Yang melepaskan hak membalasnya, maka menjadilah ia penebus dosa baginya; dan sesiapa Yang tidak menghukum Dengan apa Yang telah diturunkan Allah, maka mereka itulah orang-orang Yang zalim.
46. dan Kami utuskan Nabi Isa Ibni Maryam mengikuti jejak langkah mereka (Nabi-nabi Bani Israil), untuk membenarkan Kitab Taurat Yang diturunkan sebelumnya; dan Kami telah berikan kepadanya Kitab Injil, Yang mengandungi petunjuk hidayah dan cahaya Yang menerangi, sambil mengesahkan benarnya apa Yang telah ada di hadapannya dari Kitab Taurat, serta menjadi petunjuk dan nasihat pengajaran bagi orang-orang Yang (hendak) bertaqwa.
47. dan hendaklah ahli Kitab Injil menghukum Dengan apa Yang telah diturunkan oleh Allah di dalamnya; dan sesiapa Yang tidak menghukum Dengan apa Yang telah diturunkan oleh Allah, maka mereka itulah orang-orang Yang fasik.


percaya kepada kitab-kitab Allah mempunyai erat dengan percaya kepada para Rasul kerana mereka yang memberitahu mengenai kitab-kitab itu. Percaya kepada kitab terlaksana dengan mengakui ia adalah daripada Allah. Kitab itu menjadi satu-satunya kebenaran yang dipatuhi dan diyakini oleh umat yang ditentukan supaya beriman kepadanya.

Al-Quran menyebut dasar-dasar yang terkandung di dalam kitab-kitab yang dahulu daripadanya. Ia merangkumi aspek tauhid,ibadah,halal dan haram serta mendedahkan penyelewengan yang dilakukan oleh umat-umat terdahulu. Allah menjelaskan dalam surah Ali Imran ayat 64,

64. Katakanlah (Wahai Muhammad): "Wahai ahli kitab, marilah kepada satu kalimah Yang bersamaan antara Kami Dengan kamu, Iaitu kita semua tidak menyembah melainkan Allah, dan kita tidak sekutukan dengannya sesuatu jua pun; dan jangan pula sebahagian dari kita mengambil akan sebahagian Yang lain untuk dijadikan orang-orang Yang dipuja dan didewa-dewakan selain dari Allah". kemudian jika mereka (Ahli Kitab itu) barpaling (enggan menerimanya) maka Katakanlah kepada mereka: "Saksikanlah kamu Bahawa Sesungguhnya Kami adalah orang-orang Islam".


BAB 10:KITAB YANG WAJIB DIPERCAYAI


Kita perlu beriman kepada semua kitab yang diturunkan oleh Allah sama ada kita mengetahui naanya dan nama-nama rasul yang menerimanya ataupun tidak. Kita juga wajib beriman secara terperinci ataupun tafsil setiap kitab yang dinyatakan namanya oleh Allah di dalam Al-Quran dan disampaikan oleh Nabi Muhammad,denga tidak menambahkan atau mengurangkan.

Kitab-kitab yang disebut namanya dan kita perlu beriman secara terperinci ialah:

1.    Al-Quran yang diturunkan kepada Nabi Muhammad.
2.    Taurat yang diturunkan kepada Nabi Musa.
3.    Injil yang diturunkan kepada Nabi Isa.
4.    Zabur yang diturunkan kepada Nabi Daud.
5.    Suhuf yang diturunkan kepada nabi-nabi yang lain.



BAB 11:PERCAYA KEPADA AL-QURAN


Al-quran adalak kitab yang mulia dan agung berbanding kitab-kitab lain yang lain sebelumnya. Ia memansuhkan kitab-kitab terdahulu daripadanya serta hokum-hukumnya berkekalan hingga hari Kiamat. Ia tidak boleh diubah,dipindah dan diubah dan ditukar ganti. Hukum yang terkandung di dalamnya mengatur segala segi kehidupan manusia. Kandungan mengandungi asas iman,ibadah,muamalat,akhlak,hokum jenayah dan kisah-kisah para nabidan kaum mereka sebagai pengajaran.

Al-Quran juga menjadi mukjizat terbesar kepada Nabi Muhammad.Sesiapa yang mengkaji al-Quran pasti yakin dan percaya dengan keistimewaannya. Antaranya adalah:


Datang daripada Allah

A-quran dating daripada Allah dan merupakan kata-kata Allah.Tiada hujah yang dapat menolak hakikat ini. Allah menjelaskan dalam surah al-Baqarah ayat 23,
23. dan kalau kamu ada menaruh syak tentang apa Yang Kami turunkan (Al-Quran) kepada hamba Kami (Muhammad), maka cubalah buat dan datangkanlah satu surah Yang sebanding Dengan Al-Quran itu, dan panggilah orang-orang Yang kamu percaya boleh menolong kamu selain dari Allah, jika betul kamu orang-orang Yang benar.


Di dalam al-Quran,terdapat juga ayat-ayat yang menyatakan perintah Allah kepada malaikat. Dinyatakan juga ayat-ayat teguran kepada peribadi Nabi Muhammad.


Dibaca dalam bahasa Arab
Al-Quran perlu dibaca dalam bahasa Arab.Walaupun diterjemahkan dalam berbagai-bagai bahasa tetapi maknanya tetap tidak berubah.Hanya bacaan yang dibaca dengan mutawatir sahaja boleh dianggap sah manakala bacaan yang dibaca syazah tidak boleh digunakan dalam sembahyang.


Sumber rujukan
Al-Quran sumber untuk mengetahui hakikat Islam dan memahami asas perundangan Islam. Allah menjelaskan dalam surah al-Maidah ayat 48,

48. dan Kami turunkan kepadamu (Wahai Muhammad) Kitab (Al-Quran) Dengan membawa kebenaran, untuk mengesahkan benarnya Kitab-kitab suci Yang telah diturunkan sebelumnya dan untuk memelihara serta mengawasinya. maka jalankanlah hukum di antara mereka (Ahli Kitab) itu Dengan apa Yang telah diturunkan oleh Allah (kepadamu), dan janganlah Engkau mengikut kehendak hawa nafsu mereka (dengan menyeleweng) dari apa Yang telah datang kepadamu dari kebenaran. bagi tiap-tiap umat Yang ada di antara kamu, Kami jadikan (tetapkan) suatu syariat dan jalan ugama (yang wajib diikuti oleh masing-masing). dan kalau Allah menghendaki nescaya ia menjadikan kamu satu umat (yang bersatu Dalam ugama Yang satu), tetapi ia hendak menguji kamu (dalam menjalankan) apa Yang telah disampaikan kepada kamu. oleh itu berlumba-lumbalah kamu membuat kebaikan (beriman dan beramal soleh). kepada Allah jualah tempat kembali kamu semuanya, maka ia akan memberitahu kamu apa Yang kamu berselisihan padanya.


Sunnah Nabi Muhammad
Beriman kepada sunnah Nabi Muhammad termasuk dalam maksud beriman kepada al-Quran. Ini kerana,sunnah merupakan maksud ayat-ayat al-Quran. Beramal dengan sunnah bererti beramal dengan al-Quran. Meninggalkan sunnah bererti meninggalkan al-Quran. Allah berkata dalam surah al-Hasyr ayat 7,

7. apa Yang Allah kurniakan kepada RasulNya (Muhammad) dari harta penduduk negeri, bandar atau desa Dengan tidak berperang, maka adalah ia tertentu bagi Allah, dan bagi Rasulullah, dan bagi kaum kerabat (Rasulullah), dan anak-anak yatim, dan orang-orang miskin, serta orang-orang musafir (yang keputusan). (Ketetapan Yang demikian) supaya harta itu tidak hanya beredar di antara orang-orang kaya dari kalangan kamu.dan apa jua perintah Yang dibawa oleh Rasulullah (s.a.w) kepada kamu maka Terimalah serta amalkan, dan apa jua Yang dilarangNya kamu melakukannya maka patuhilah laranganNya. dan bertaqwalah kamu kepada Allah; Sesungguhnya Allah amatlah berat azab seksaNya (bagi orang-orang Yang melanggar perintahNya).


Terpelihara
Al-Quran satu-satunya kitab dijamin terpelihara oleh Allah. Hal ini dijelaskan oleh Allah dalam surah al-Hajr ayat 9,

9. ia membantah sambil memalingkan sebelah badannya Dengan sombong angkuh sehingga menghalang dirinya dan orang lain dari jalan ugama Allah; ia akan beroleh kehinaan di dunia, dan Kami akan merasakannya azab Yang membakar pada hari kiamat kelak

Kitab terakhir
Kita perlu percaya al-Quran merupakan kitab yang terakhir diturunkan oleh Allah.Ia mengandungi intisari ajaran yang dibawa oleh para rasul dan perundangan yang umum bagi semua manusia pada setiap masa da tempat.


BAB 12:SUHUF NABI IBRAHIM

Al-Quran menjelaskan kepada kita mengenai suhuf yang diwahyukan kepada para nabi sebelum Nabi Muhammad,antaranya suhuf Nabi Ibrahim. Di dalam suhuf terkandung beberapa perinsip agama Allah. Allah memberitahu perkara ini melalui surah an-Najm ayat 36 higga 54,

36. atau belumkah ia diberitahu akan apa Yang terkandung Dalam Kitab-kitab Nabi Musa -
37. dan juga (dalam Kitab-kitab) Nabi Ibrahim Yang memenuhi Dengan sempurnanya (segala Yang diperintahkan kepadanya)?
38. (dalam Kitab-kitab itu ditegaskan): Bahawa Sesungguhnya seseorang Yang boleh memikul tidak akan memikul dosa perbuatan orang lain (bahkan dosa usahanya sahaja);
39. dan Bahawa Sesungguhnya tidak ada (balasan) bagi seseorang melainkan (balasan) apa Yang diusahakannya;
40. dan Bahawa Sesungguhnya usahanya itu akan diperlihatkan (kepadanya, pada hari kiamat kelak);
41. kemudian usahanya itu akan dibalas Dengan balasan Yang amat sempurna;
42. dan Bahawa Sesungguhnya kepada hukum Tuhanmu lah kesudahan (segala perkara);
43. dan Bahawa sesungguhnya, Dia lah Yang menyebabkan (seseorang itu bergembira) tertawa, dan menyebabkan (seseorang itu berdukacita) menangis;
44. dan Bahawa sesungguhnya, Dia lah Yang mematikan dan menghidupkan;
45. dan Bahawa sesungguhnya, Dia lah Yang menciptakan pasangan - lelaki dan perempuan, -
46. dari (setitis) air mani ketika dipancarkan (ke Dalam rahim);
47. dan Bahawa sesungguhnya, Dia lah Yang tetap menghidupkan semula (makhluk-makhluk Yang mati);
48. dan Bahawa sesungguhnya, Dia lah Yang memberikan (sesiapa Yang dikehendakiNya) apa Yang diperlukannya dan memberikannya tambahan Yang boleh disimpan;
49. dan Bahawa sesungguhnya, Dia lah Tuhan (Pencipta) "Bintang Syikra;
50. dan Bahawa sesungguhnya, Dia lah Yang membinasakan kaum "Aad" Yang pertama (kaum Nabi Hud), -
51. dan kaum "Thamud" (kaum Nabi soleh). maka tidak ada seorangpun (dari kedua-dua kaum itu) Yang dibiarkan hidup.
52. dan kaum Nabi Nuh sebelum itu (telah juga dibinasakan). Sesungguhnya mereka adalah orang-orang Yang sangat zalim dan sangat melampaui batas.
53. dan bandar-bandar Yang ditunggang balikkan itu, Dia lah Yang (mengangkatnya ke angkasa dan) menghempaskannya ke bumi;
54. lalu (penduduk) bandar-bandar itu diliputi azab seksa Yang meliputinya.

Oleh itu,kita perlu beriman kepada Allah yang menurunkan suhuf kepada Nabi Ibrahim dan ayat-ayat sebelum ini yang menyatakan kesatuan akidah nabi akhir zaman dan dengan akidah Nabi yang terdahulu.

BAB 13:TAURAT


Menurut istilah syarak,Taurat bermaksud kitab yang diturukan oleh Allah kepada Nabi Musa sama ada suhuf(lembaran-lembaran) atau alwah(kepingan-kepingan daripada kayu ataupun batu) yang ditulis padanya ajaran Allah yang diterima semasa bermunajat di Gunung Tur Sina. Kebenaran kitab Taurat dijelaskan oleh Allah dalam surah Ali Imran ayat 1 higga 4,

1. Alif, Laam, Miim.
2. Allah tiada Tuhan (yang berhak disembah) melainkan Dia, Yang tetap hidup, Yang kekal selama-lamanya mentadbirkan sekalian makhlukNya.
3. ia menurunkan kepadamu (Wahai Muhammad) Kitab suci (Al-Quran) Dengan mengandungi kebenaran, Yang mengesahkan isi Kitab-kitab suci Yang telah diturunkan dahulu daripadanya, dan ia juga Yang menurunkan Kitab-kitab Taurat dan Injil.
4. sebelum (Al-Quran diturunkan), menjadi petunjuk bagi umat manusia. dan ia juga Yang menurunkan Al-Furqaan (yang membezakan antara Yang benar Dengan Yang salah). Sesungguhnya orang-orang Yang kufur ingkar akan ayat-ayat keterangan Allah itu, bagi mereka azab seksa Yang amat berat. dan (ingatlah), Allah Maha Kuasa, lagi berhak membalas Dengan azab seksa (kepada golongan Yang bersalah).

Kitab yang diakui oleh al-Quran adalah kitab yang sebenar diwahyukan oleh Allah kepada Nabi Musa.


Al-Quran membenarkan Taurat
Kita perlu mempercayai perkara yang dinyatakan di dalam al-Quran kerana penjelasannya adalah benar. Di dalam al-Quran,perkara-perkara yang diceritakan di dalam kitab Taurat,antaranya adalah:

1.    Perkara satu
Perkara-perkara yang di sebut di dalam suhuf Nabi Ibrahim dinyatakan di dalam surah an-Najm dan surah al-A’la


2.    Perkara kedua
Beberapa hukum perundangan yang diturunkan oleh Allah kepada Bani Israel. Contohnya Allah menerangkan dalam surah al-Maidah ayat 43 higga 44,


54. lalu (penduduk) bandar-bandar itu diliputi azab seksa Yang meliputinya
43. dan (sungguh menghairankan), Bagaimana mereka meminta keputusan hukum kepadaMu, padahal di sisi mereka ada Kitab Taurat Yang mengandungi hukum Allah, kemudian mereka berpaling pula sesudah itu (dari hukumanmu)? dan (sebenarnya) mereka itu bukanlah orang-orang Yang beriman.
44. Sesungguhnya Kami telah menurunkan Kitab Taurat, Yang mengandungi petunjuk dan cahaya Yang menerangi; Dengan Kitab itu Nabi-nabi Yang menyerah diri (kepada Allah) menetapkan hukum bagi orang-orang Yahudi, dan (dengannya juga) ulama mereka dan pendita-penditanya (menjalankan hukum Allah), sebab mereka diamanahkan memelihara dan menjalankan hukum-hukum dari Kitab Allah (Taurat) itu, dan mereka pula adalah menjadi penjaga dan pengawasnya (dari sebarang perubahan). oleh itu janganlah kamu takut kepada manusia tetapi hendaklah kamu takut kepadaKu (dengan menjaga diri dari melakukan maksiat dan patuh akan perintahKu); dan janganlah kamu menjual (membelakangkan) ayat-ayatKu Dengan harga Yang sedikit (kerana mendapat rasuah, pangkat dan lain-lain keuntungan dunia); dan sesiapa Yang tidak menghukum Dengan apa Yang telah diturunkan oleh Allah (kerana mengingkarinya), maka mereka itulah orang-orang kafir.


Sebab turunnya ayat ini bagi mendedahkan tembelang orang-orang Yahudi pada zaman Nabi Muhammad.Ayat-ayat itu menyatakan mengenai hokum jenayah yang disebut di dalam kitab Taurat.


3.    Perkara ketiga
Memberi khabar gembira tentang kelahiran Nabi Muhammad dan menyebut sebahagian sifatnya.

4.    Perkara Empat
Menyatakan sifat-sifat sahabat Nabi Muhammad.

5.    Perkara lima
Menggalakkan jihat dengan raga dan harta benda. Perkara itu dinyatakan oleh Allah dalam surah at-Taubah ayat 111,

111. Sesungguhnya Allah telah membeli dari orang-orang Yang beriman akan jiwa mereka dan harta benda mereka Dengan (balasan) Bahawa mereka akan beroleh syurga, (disebabkan) mereka berjuang pada jalan Allah maka (di antara) mereka ada Yang membunuh dan terbunuh. (balasan syurga Yang demikian ialah) sebagai janji Yang benar Yang ditetapkan oleh Allah di Dalam (Kitab-kitab) Taurat dan Injil serta Al-Quran; dan siapakah lagi Yang lebih menyempurnakan janjinya daripada Allah? oleh itu, bergembiralah Dengan jualan Yang kamu jalankan jual-belinya itu, dan (ketahuilah bahawa) jual-beli (yang seperti itu) ialah kemenangan Yang besar.


Ayat menunjukkan kelebihan jihad sudah dinyatakan oleh Allah dalam kitab Taurat. Berdasarkan kepada lima perkara itu,kita perlu beriman dengan kitab Taurat yang asal,yang diturunkan kepada Nabi Musa. Ada antara kandungannya dinyatakan di dalam al-Quran.


Fahaman orang Yahudi pada kitab suci
Orang Yahudi menamakan kitab-kitab sucu mereka dengan nama “perjanjian lama” yang disebut dalam bahasa Arab sebagai ‘Al-‘Ahd Al-qadim’, dan kitab Taurat adalah sebahagian daripada kitab suci mereka. Ia dianggap penting bagi mereka kerana ia dinisbahkan kepada Nabi Musa,nabi besar mereka dan perkataan Taurat itu menurut mereka bermakna syariat.

Menurut kefahaman mereka,kitab Taurat ini mempunyai lima sifir atau perjalanan iaitu:

1.    Kejadian
Ia menyatakan tentang kejadian alam dan manusia pertama iaitu Adam.
•    Manusia pertama itu turun ke bumi sebagai hukuman kepada kesalahannya.
•    Kehidupan anak-anaknya dan perkara-perkara yang berlaku di kalangan mereka.
•    Kisah taufan dan kelahiran manusia yang pelbagai bangsa selepasnya.
•    Kisah keturunannya,iaitu Nabi Ishak, Nabi Ya’qub dan anak-anaknya terutamanya Nabi Yusuf,tentang apa yang berlaku kepada pada dirinya,sehingga beliau mendapat kedudukan ayah dan adik beradiknya ke Mesir.
•    Ditutup dengan kisah kewafatan Nabi Yusuf.


2.    Keluaran
•    Menceritakan keluarnya Bani Israel dari negera Mesir. Di dalamnya juga terdapat kisah Nabi Yusuf dan penderitaan mereka menghadapi kezaliman Firaun sehingga lahirnya Nabi Musa,yang meminpin mereka keluar dari Negara Mesir.
•    Sejarah perjalanan Bani Israel sehingga Urdun Timur.
•    Sepuluh wasiat yang dikurniaan oleh Allah kepada Nabi Musa yang mengandungi beberapa masalah khusus tentang agama Yahweh yang dianggap Tuhan oleh Bani Israel.
•    Khemah perhimpunan dan keranda yang diisi dengan perjanjian serta beberapa perkara lagi lagi yang berlaku pada Bani Israel selepasnya wafatnya Nabi Musa.

3.    Immat
•    Perkara-perkara syariat, wasiat dan hokum-hukum seperti menebus dosa,makanan-makanan dan perkahwinan yang diharamkan.
•    Perkara-perkara yang berhubungan dengan adat dan perintah-perintah agama yang diberi pahala kepada sesiapa yang melakukan dan berdosa kepada yang derhaka.
4.    Bilangan
•    Bilangan-bilangan dan pembahagian keturunan Bani Israel dan tertib keluarga mengiut perkiraan anak cucu lelaki di kalangan mereka
•    Perjalanan mereka di Sina’ seperti yang pernah dinyatakan dalam sifir keluaran.
•    Upacara agama dan kemasyarakatan.
•    Kisah peperangan Bani Israel menentang musuh mereka,perbalahan antara Nabi Musa dengan Nabi Harun,Maryam dan saudara-saudaranya kerana perkahwinan Nabi Musa dengan perempuan Kusy dan Allah memurkai kedua-duanya.
•    Kisah pemberontakan Bani Israel yang dipimpin oleh seseorang yang bernama Qurah menentang Nabi Musa ada disebut.

5.    Ulangan
•    Ulangan kepada sepuluh wasiat yang dahulu dan dinyatakan pula tentang makanan dan miuman yang dihalalkan dan diharamkan.
•    System kehakiman dan system beraja di kalangan Bani Israel.
•    Kependetaan dan kenabian,yang mengenai pemilihan Yusu’ bin Nun sebagai pengganti Nabi Musa.
•    Berakhir dengan peristiwa kewafatan Nabi Musa dan pengkebumiannya di bukit Moad.


Talmud

Selain daripada Taurat terdapat kitab suci lain yang dinamalan Talmud. Menurut kepercayaan orang Yahudi,bukan Taurat sahaja yang menjadi kitab suci,tetapi termasuk juga laporan daripada pendeta-pendeta mereka. Ia bermula daripada langkah yang diambil oleh salah seorang daripada kalangan mereka yang bernama Barsas. Dia yang membukukan apa yang diceritakan daripada mulut ke mulut.

Kebanyakan orang Yahudi memganggap Talmud sebagai kitab Allah dan mereka meletakkan meletakkannya setaraf denag kitab Taurat.malah ada yang meletakkan Tlmud lebih tinggi daripada kitab Taurat dan menyatakan berdosa seseorang yang hanya membaca Taurat tanpa membaca Talmud.


BAB 14:INJIL


Perkataan injil menurut bahasa Yunani ialah berita gembira. Injil adalah kitab Allah yanf diwahyukan kepada Nabi Isa. Ia adalah salah satu kitab yang kita perlu percaya,kerana diakui oleh Allah di dalam al-Quran. Allah menjelaskan dalam surah Ali Imran ayat 1 hingga 4,

1. Alif, Laam, Miim.
2. Allah tiada Tuhan (yang berhak disembah) melainkan Dia, Yang tetap hidup, Yang kekal selama-lamanya mentadbirkan sekalian makhlukNya.
3. ia menurunkan kepadamu (Wahai Muhammad) Kitab suci (Al-Quran) Dengan mengandungi kebenaran, Yang mengesahkan isi Kitab-kitab suci Yang telah diturunkan dahulu daripadanya, dan ia juga Yang menurunkan Kitab-kitab Taurat dan Injil.
4. sebelum (Al-Quran diturunkan), menjadi petunjuk bagi umat manusia. dan ia juga Yang menurunkan Al-Furqaan (yang membezakan antara Yang benar Dengan Yang salah). Sesungguhnya orang-orang Yang kufur ingkar akan ayat-ayat keterangan Allah itu, bagi mereka azab seksa Yang amat berat. dan (ingatlah), Allah Maha Kuasa, lagi berhak membalas Dengan azab seksa (kepada golongan Yang bersalah).



Al-Quran mengakui Injil
Injil yang diakui oleh al-Quran itu adalah kitab yang diwahyukan kepada Nabi Isa.Manakala injil yang menjadi pegangan ahli kitab sekarang tidak dapat dipercayai kerana tidak mempunyai sumber yang sahih.



Kebenaran di dalam Injil
Al-Quran ada menyebut beberapa perkara yang terkandung di dalam Injil.Kita perlu beriman kepadanya kerana perkara itu diakui kebenarannya oleh al-Quran.

1.    Perkara satu
Al-Quran menyatakan,Injil yang diwahyukan kepada Nabi Isa adalah cahaya petunjuk yang membenarkan kitab Taurat dan mengandungi pengajaran bagi orang-orang bertakwa.


2.    Perkara dua
Di dalam Injil,ada hokum dan syariat Allah. Perkara ini dinyatakan dalam surah al-Maidah ayat 47,

47. dan hendaklah ahli Kitab Injil menghukum Dengan apa Yang telah diturunkan oleh Allah di dalamnya; dan sesiapa Yang tidak menghukum Dengan apa Yang telah diturunkan oleh Allah, maka mereka itulah orang-orang Yang fasik.


Allah menerangkan lagi dalam surah al-Maidah ayat 68,

68. katakanlah: "Wahai ahli Kitab! kamu tidak dikira mempunyai sesuatu ugama sehingga kamu tegakkan ajaran Kitab-kitab Taurat dan Injil (yang membawa kamu percaya kepada Nabi Muhammad) dan apa Yang diturunkan kepada kamu dari Tuhan kamu (iaitu Al-Quran)" dan Demi sesungguhnya, apa Yang diturunkan kepadamu (Wahai Muhammad) dari Tuhanmu itu, akan menambahkan kederhakaan dan kekufuran kepada kebanyakan mereka. oleh itu janganlah Engkau berdukacita terhadap kaum Yang kafir itu.


3.    Perkara tiga
Injil ada menyatakan berita gembira mengenai kelahiran Nabi Muhammad.

4.    Perkara keempat
Injil juga mnyebut sifat-sifat para sahabat Nabi Muhammad.

5.    Perkara kelima
Menggalakkan jihat dengan nyawa dan harta benda. Allah menjelaskan di dalam surah at-Taubat ayat 111,

111. Sesungguhnya Allah telah membeli dari orang-orang Yang beriman akan jiwa mereka dan harta benda mereka Dengan (balasan) Bahawa mereka akan beroleh syurga, (disebabkan) mereka berjuang pada jalan Allah maka (di antara) mereka ada Yang membunuh dan terbunuh. (balasan syurga Yang demikian ialah) sebagai janji Yang benar Yang ditetapkan oleh Allah di Dalam (Kitab-kitab) Taurat dan Injil serta Al-Quran; dan siapakah lagi Yang lebih menyempurnakan janjinya daripada Allah? oleh itu, bergembiralah Dengan jualan Yang kamu jalankan jual-belinya itu, dan (ketahuilah bahawa) jual-beli (yang seperti itu) ialah kemenangan Yang besar.


Oleh itu kita perlu beriman dengan Injil yang sebenarnya yang diwahyukan keada Nabi Isa.




BAB 15:ZABUR

Zabur bermaksud kitab. Kemudian ia menjadi perkataan yang masyhur kepada nama kitab Allah yang diwahyukan kepada Nabi Daud. Allah menjelaskan dalam surahan-Nisak ayat 163,

163. Sungguhnya Kami telah memberikan wahyu kepadamu (Wahai Muhammad), sebagaimana Kami telah memberikan wahyu kepada Nabi Nuh, dan Nabi-nabi Yang diutus kemudian daripadanya; dan Kami juga telah memberikan wahyu kepada Nabi Ibrahim, dan Nabi Ismail, dan Nabi Ishak, dan Nabi Yaakub, serta Nabi-nabi keturunannya, dan Nabi Isa, dan Nabi Ayub, dan Nabi Yunus, dan Nabi Harun, dan Nabi Sulaiman; dan juga Kami telah memberikan kepada Nabi Daud: Kitab Zabur.


Allah menerangkan lagi dalam surah al-Anbiyak ayat 105,

105. dan Demi sesungguhnya, Kami telah tulis di Dalam Kitab-kitab Yang Kami turunkan sesudah ada tulisannya pada Lauh Mahfuz: "Bahawasanya bumi itu akan diwarisi oleh hamba-hambaKu Yang soleh".

BAB 16:BAGAIMANA BERIMAN KEPADA KITAB-KITAB


Setiap pegangan dan panduan yang betul mempunyai perlu dengan hujah yang sebenar dan ia menjadi perkara-perkara yang perlu diketahui secara umum oleh umat Islam.

Berikut adalah garis panduan umum bagi dasar beriman kepada kitab-kitab:

1.    Tidak sah beriman kepada kitab yang dibawa oleh ahli kitab zaman kini,kerana ia tidak mempunyai hujah yang sahih.
2.    Kandungan kitab-kitab zaman kini jika sama dengan yang ada di dalam al-Quran dan sunnah Rasulullah ia adalah secara kebetulan. Sekiranya bercanggah dengan al-Quran dan hadis Nabi Muhammad,maka al-Quran lebih tepat.




KESIMPULAN


Kesimpulannya,kita wajib mempercayai dan beriman kepada malaikat dan kitab. Oleh itu,kita wajiblah mempercayai kewujudan malaikat dan juga segala yang ghaib mahupun tidak. Orang yang beriman percaya dengan kata-kata Allah dan Nabi Muhammad. Orang yang beriman adalah hamba Allah yang mempunyai kedudukan di samping Allah. Oleh itu,mereka beriman kepada malaikat dan memberi seluruh kepercayaan dan kasih sayang kepada para malaikat. Kita juga perlu mempercayai kitab yang diturunkan oleh Allah kepada Nabi Muhammad sebagai petunjuk untuk manusia iaitu al-Quran.Percaya kepada kitab ialah mengakui ai adalah daripada Allah dan mempercayai setiap kandungan dalam kitab-kitab tersebut.

Sudah dibaca.

No comments:

Post a Comment