Sunday, October 21, 2012

Wajah Di Hari Akhirat

DISEDIAKAN UNTUK: USTAZ ABDUL AZIZ BIN HARJIN
DISEDIAKAN OLEH: ERNIE HARYATI BINTI AFFANDI (2011958021) BMD2AC
TARIKH PEYERAHAN: 11 SEPTEMBER 2012

PENGHARGAAN
Assalamualaikum warahmatullah wabarakatuh, Allhamdulillah dengan izin dan limpah kurnianya saya Ernie Haryati Binti Affandi dapat menyiapkan kerja khusus tamadun islam ini dengan jayanya. Saya juga amat berterima kasih kepada kedua ibu dan bapa saya yang banyak membantu dalam melaksanakan kerja khusus ini, serta tidak dilupakan rakan-rakan seperjuangan yang juga membantu memberikan idea bagi melengkapkan lagi kerja khusus ini. Tidak dilupakan juga ribuan terima kasih kepada Ustaz Abdul Aziz Bin Harjin kerana memberikan tunjuk ajar bagi meyempurnakan lagi kerja khusus ini. Saya berharap kerja khusus yang telah saya siapkan ini akan memeberikan manafaat dan pengajaran kepada golongan yang akan datang. Dengan ini saya sudahi dengan ucapan sekian terima kasih

PENDAHULUAN
Saya Ernie Haryati Binti Affandi pelajar kelas BMD2AC dengan ini bersyukur ke hadrat ilahi kerana dapat menyiapkan kerja khusus tamadun islam yang bertajuk “ Wajah- wajah Di Hari Akhirat”. Terdapat beberapa wajah yang akan kita akan lihat sewaktu diakhirat nanti, semua wajah yang terjadi itu adalah dari perbuatan manusia apabila berada di dunia yang sementara ini. Kita janganlah terlalu riak di dunia ini,sebaik-baiknya anggaplah semua kurniaan ini hanyalah sementara dan kita akan kekal di akhirat kelak.Semua perbuatan kita akan dihitung oleh Allah walaupun sebesar zarah. Sementara masih diberikan peluang untuk bertaubat,maka manusia haruslah memanfaatkan peluang yang diberikan itu.Semua manusia haruslah bersabar dengan segala dugaan yang diberi oleh Allah, mugkin kesemua dugaan yang kita hadapi itu ada hikmah disebaliknya. Maka manusia janganlah terlalu leka dengan segala kehendak Allah. Banyak pengajaran yang akan kita akan perolehi dari buku ini. Saya amat berharap agar generasi akan datang dapat mengambil ikhtibar dari segala keadaan yang telah terjadi dan mengambil ia sebagai panduan hidup untuk masa akan datang.

WAJAH –WAJAH DI HARI AKHIRAT
WAJAH 1-TIDAK BERTANGAN DAN BERKAKI
MENYAKITI HATI JIRAN AKAN DIBANGKITKAN TANPA TANGAN DAN KAKI
Mereka yang menyakiti hati jiran mereka akan dibangkitkan dalam keadaan tidak mempunyai kaki dan tangan. Jiran ditakrifkan oleh ulama ialah mereka yang tinggal berhampiran rumah kita, iaitu 40 rumah setiap penjuru.
Mengenai soal jiran terdapat dua keadaan, iaitu yang pertama jiran di bandar dan keduanya jiran di kampung. Secara umumnya amalan kejiranan masyarakat yang tinggal di bandar dan di kota besar berbeza dengan jiran yang tinggal dikampung.
Kita diperintahkan oleh Allah supaya menghormati dan bergaul dengan jiran dan dilarang pula menyakiti hati dan perasaan mereka,dilarang buruk sangka dan lain-lain sifat yang keji.
Ulama menjelaskan tentang pergertian dan makna bahawa jiran ialah:
1.    Orang yang tinggal serumah dengan kita.
2.    Orang yang berdekatan dengan rumah kita.
3.    Orang yang tinggal 40 buah rumah dari setiap penjuru.
4.    Orang yang tinggal senegeri dengan kita.

Faktor-faktor Yang Merosakkan Kejiranan
1.    Wujudnya sikap negetif di dalam diri seperti sombong,angkuh, tidak boleh bertolak ansur, sangka buruk, tidak mempedulikan orang lain dan sebagainya.
2.    Pengaruh daripada perbezaan ideology politik dan sentiment sempit sehingga wujudnya sikap berpuak-puak di kalangan kita.
3.    Pengaruh dari mempercayai maklumat yang tidak benar yang disebarkan oleh orang yang tidak bertanggunggjawab dan boleh merosakkan semangat kejiranan.

 Kita harus sedar bahawa kewujudan factor-faktor yang merosakkan semangat hidup kejiranan akan mengakibatkan timbulnya gejala yang tidak baik di dalam masyarakat seperti tercetusnya pertelingkahan, permusuhan,penganiayaan,budaya liar,pecah rumah dan sebagainya.
Menghormati Hak-Hak Jiran

Dalam hidup berjiran,Islam menggesa kepada umatnya agar menghormati hak-hak jirannya. Sebagaimana firman Allah bermaksud:

            “Dan jiran yang dekat dan jiran yang jauh.”

Ulama Islam menyatakan bahawa hak jiran itu adalah:

1.    Jiran yang mempunyai satu hak
2.    Jiran yang mempunyai dua hak.
3.    Jiran mempunyai tiga hak

Adapun jiran yang mempuyai 1 hak adalah jiran musyrik yang tidak ada sebarang hubungan kecuali hak jiran (kemanusiaan). Dan jiran yang mempunyai 2 hak tadi adalah jiran yang muslim dan kemanusiaan. Adapun jiran yang mempunyai 3 hak jiran yang muslim dan berkerabat dengan kita.

Kesimpulannya,.Ingatlah bahawa hubungan yang baik dengan jiran tetangga merupakan antara nikmat yang amat besar dan sangat berharga bagi umat manusia. Kerana itulah kita dituntut untuk menjaganya dengan sebaik-baiknya. Mudah-mudahan kita dapat hidup dalam keadaan tenteram,harmoni dan bersatu padu. Seterusnya terbentuklah sebuah masyarakat yang teguh dan dapat menyokong kemajuan dan kestabilan sesebuah negara.

WAJAH 2- MENYERUPAI BABI HUTAN
MELENGAHKAN SOLAT AKAN DIBANGKITKAN BERWUJUD BABI HUTAN
Mereka yang suka meringankan dan melengah-lengahkan solat akan dibangkitkan menyerupai babi hutan. Keadaan mereka ini dijelaskan melalui satu seruan dari sisi Allah Yang Maha Pengasih:
“Mereka itu adalah orang yang sewaktu hidupnya meringan-ringankan solat,maka inilah balasannya dan tempat kembali mereka adalah neraka.”


Lima kurniaan atas seseorang yang menjaga solatnya:
1.Rezekinya dipermudahkan.
2. Dia selamat dari azab kubur.
3.Dia akan menerima buku catatan amalnya dari tangan kanannya pada hari hisab.
4.Dia akan melintasi titian’sirathal mustaqim’ dengan pantasnya seperti kilat.
5. Dia masuk syurga tanpa hisab.

Di samping lima kurniaan ini,Allah juga member amaran kepada orang-orang yang melengahkan solat. Dia akan menerima ‘Lima azab’ di dunia ini. Antara azab-azabnya ialah:
1.Dia tidak akan diberkati dalam hidupnya.
2.Dia kehilangan Nur dimana orang-orang soleh penuh dengannya.
3.Dia tidak menerima pahala bagi amalan-amalannya yang baik.
4.Doanya tidak dimakbulkan.
5.Dia tidak akan mendapat bahagiannya dalam doa-doa orang yang soleh.

10 JENIS SOLAT YANG TIDAK DITERIMA ALLAH

Rasulullah saw telah bersabda : ‘sesiapa yang memelihara solatnya,maka solat itu petunjuk dan jalan selamat dan barang siapa yang tidak memlihara solat maka sesungguhnya solat itu tidak menjadi cahaya dan petunjuknya.’ Dan Rasulullah saw juga telah bersabda “10 orang yang solatnya tidak akan oleh Allah ialah:

1.    Lelaki yang solat bersendirian tanpa membaca sesuatu.
2.    Lelaki yang mengerjakan solat tetapi tidak mengeluarkan zakat.
3.    Lelaki yang minum arak tanpa meninggalkannya (taubat)
4.    Lelaki yang menjadi imam padahal orang yang menjadi makmum membencinya.
5.    Anak lelaki yang melarikan diri dari rumah tanpa izin kedua ibubapanya.
6.    Perempuan yang suaminya marah atau menegur kepadanya lalu si isteri memberontak.
7.    Imam atau pemimpin yang sombong dan zalim serta menganiaya.
8.    Perempuan yang tidak menutup aurat.
9.    Orang yang suka makan riba.
10.    Orang yang solatnya tidak dapat menahannya dari melakukan perbuatan yang keji dan mungkar.

FADHILAT,KESAN DAN HIKMAH SOLAT

Solat adalah rukun islam kedua yang menggunakan segala anggota. Kita perlu berusaha dan mengerjakannnya dengan cara teratur dan berdisiplin sama ada yang diwajib atau digalakkan untuk diri sendiri dan masyarakat.

Bahawasanya solat itu bagi mengenang budi dan bersyukur akan segala nikmat pemberian dan anugerah Allah kepada hambaNya dengan harapan mencapai kebaikan di dunia dan di akhira

WAJAH 3: BERBENTUK KELDAI.

ENGGAN MENUNAIKAN KEWAJIPAN MEMBAYAR ZAKAT AKAN DIBANGKITKAN DALAM RUPA KELDAI.

Mereka yang eggan megeluarkan zakat akan dibangkitkan berbentuk keldai dan dalam keadaan perutnya besar seperti gunung,dipenuhi ular dan kala. Keadaan mereka ini dijelaskan melalui satu seruan dari sisi Allah Yang Maha Pengasih:

“ Mereka itu adalah orang enggan membayar zakat, maka inilah balasannya dan tempat kembali mereka adalah neraka.”
Zakat fitrah difardhukan pada tahun kedua Hijrah, iaitu tahun difardhukan puasa Ramadhan. Kefardhuan zakat fitrah adalah berdasarkan sebuah hadis yang dilaporkan oleh imam Bukhari dari Ibnu Umar,yang bermaksud:
“Rasulullah saw menfardhukan zakat fitrah sebanyak segantang kurma, segantang gandum, terhadap hamba atau mereka, lelaki atau perempuan, kecil atau besar daripada kaum muslimin.”
Zakat merupakan satu bentuk sikap ikhuwah dan kasih sayang. Ia syarat untuk mendapatkan kasih sayang dari Allah SWT. Zakat juga merupakan sumber kekuatan dan ianya dapat menyatukan umat dalam satu ukhuwah. Ia menjadi sumer kekuatan kepada sesebuah masyarakat. Zakat juga dapat diumpamakan sebagai tiket ke syurga. Ia adalah syarat untuk memasuki syurga Allah. Menunaikan zakat fitrah dan zakat-zakat yang lain akan menyelamatkan setiap individu dalam masyarakat dari kehancuran.Mengaibkan tanggungjawab berzakat sebenarnya mengundang bala dan kehancuran bagi sesebuah masyarakat. Bagaimana tidak, si kaya yang tidak berzakat tidak terdidik jiwanya untuk menjadi manusia yang pengasih dan merendah diri.Maka lahirlah masyarakat yang anggotanya dipenuhi oleh orang-orang yang hanya mementingkan diri sendiri dan tidak teragak-agak untuk memijak dan menganiayai orang lain asalkan matlamatnya tercapai

WAJAH 4: MENGELUARKAN DARAH
DUSTA DAN BERCAKAP BOHONG AKAN DIBANGKITKAN DALAM KEADAAN MULUT BERDARAH.
Mereka yang berdusta atau becakap bohong akan dibangkitkan dalam keadaan mulut mereka mengeluarkan darah. Dusta adalah menyatakan sesuatu yang tidak sesuai dengan kenyataan. Dusta termasuk perbuatan haram yang menyebabkan pelakunya terjerumus ke dalam neraka.Rasulullah saw bersabda bermaksud:
“Sesungguhnya dusta itu menuntun kepada kekejian dan kekejian itu menuntun ke dalam api neraka.”
Dusta juga kan menyebabkan seseorang itu akan terjerumus ke dalam salah satu tanda munafik,orang yang berdusta akan menerima padahnya,iaitu digelar munafik.Selain itu, orang yang berdusta itu akan dicabutnya keberkatan rezeki dan orang yang berdusta juga akan menhilangkan kepercayaannya orang kepadanya. Dengan hilangnya kepercayaan tersebut, menjadi sempitlah tempat dia berpijak dan menjadi susahlah hatinya.
BENTUK- BENTUK DUSTA.
Bentuk-bentuknya atau jenis-jenis dusta itu pada umumnya dapat dikategorikan sebagai berikut:
1.    Bersumpah palsu agar dagangannya laris.
2.    Mengambil harta orang muslim dengan jalan sumpah palsu.
3.    Berdusta dalam hal mimpi.

Bagaimana cara meninggalkan dusta? Dusta umumnya disebabkan oleh rasa takut terhadap hilangnya kepentingan yang dijanjikan oleh syaitan. Dengan keyakinan dan tawakal kepada Allah akan mampu menghilangkan rasa takut tersebut. Selanjutnya melatih jiwa untuk membiasakan melakukan kewajipan-kewajipan dan hal-hal yang baik, sehingga akan menjadi tabiat, serta berusaha dengan sabar untuk menghilangkan kebiasaan berdusta.

Kita diperbolehkan berdusta dalam hal-hal tertentu. Di antaranya ketika perang, atau mendamaikan manusia atau pembicaraan seorang suami kepada isterinya dan sebaliknya. Dusta selalunya dikaitkan dengan jual beli dan perniagaan, kerana jenis pekerjaan sebegini yang paling kerap disisipi oleh penyakit dusta.

WAJAH 5: KEPALA KEBAWAH DAN KAKI KEATAS.

KEPALA KE BAWAH DAN KAKI KE ATAS DISEBABKAN BERZINA.

Mereka yang melakukan zina dan mati sebelum bertaubat, akan dibangkitkan dalam keadaan terbalik dengan kepalanya ke bawah dan kakinya ke atas. Orang yang melakukan zina dan tidak segera bertaubat hingga akhir hayatnya,maka dibangkitkan dalam keadaan yang mengerikan, diazab dengan azab yang memalukan dengan kepala kebawah dan kakinya ke atas. Ini disebabkan buruknya amalan zina dan perkara-perkara yang membuka pintu zina.

BUDAYA BERZINA
Takrif “ zina” itu luas, meliputi banyak aspek perlakuan. Rasulullah saw memperincikannya sebagaimana dalam sabda-sabdanya yang bermaksud:
    “Zina dua mata itu menilik (memandang) perempuan yang ajnabi.”

Demikianlah, semua perlakuan dalam perhubungan antara lelaki dan perempuan yang sudah akil baligh dan bukan mahram itu, sama ada zahir atau batin, dira perbuatan zina belaka. Apalagi perhubungan fizikal yang rapat contohnya, bercumbu-cumbuan, berdansa, berkepit-kepitan,atau berhimpit-himpitan terutamanya dalam keadaan aurat yang terdedah.

BAHAYA BERZINA
Antara bahaya-bahaya zina ialah:
1.    Menyebabkan kita malas dan terbantut idea, tumpul fikiran.
2.    Menyebabkan kehidupan kita tidak diberkati Allah.
3.    Mengakibatkan pengabaian solat dan tidak khusyuk.
4.    Merosakkan perhubungan anak dan ibubapa.
5.    Menaikkan syahwat dan menggalakan kepada pengzinaan walaupun sudah bersuami atau beristeri.

Rasulullah saw bersada: “Dan janganlah kamu menghampiri zina.Sesungguhnya zina itu adalah satu perbuatan keji dan satu jalan yang jahat yang akan membawa kerosakkan.”
Terdapat juga bahaya yang akan menimpa seseorang penzina didunia ialah:

1.Lenyaplah cahaya dari mukanya.
2.Memendekkan umur.
3.Mengekalkan kemiskinan dan akan dimurkai oleh Allah.

WAJAH 6 : BERWAJAH HITAM, BERMATA BIRU DAN PERUT PENUH API.
BERWAJAH HITAM,BERMATA BIRU DAN PERUT DIPENUHI API KERANA MAKAN HARTA ANAK YATIM.
 Mereka yang memakan harta anak yatim dengan secara batil,akan dibangkitkan dalam keadaan berwajah hitam,bermata biru dan perutnya penuh dengan api. Keadaan mereka dijelaskan melalui satu seruan dari sisi Allah Yang Maha Pengasih:
    “Mereka itu adalah orang yang makan harta anak yatim dengan secara tidak sebenarnya,maka inilah balasannya dan tempat kembali mereka adalah neraka.”
Membiarkan anak yatim beerti kita mengkhianati agama,menghina mereka beerti kita turut benci kepada nabi kita Muhammad saw yang juga anak yatim piatu, dan makan harta anak yatim menyebabkan kita dihumban ke dalam api neraka dalam keadaan berwajah hitam,bermata biru dan perutnya pula dipenuhi api yang berkobar-kobar.
Ingatlah amaran Allah melalui firmanNya dalam ayat 1-2 surah al-Ma’un yang bermaksud:
“Tahukah engkau tentang orang yang mendustakan agama. Dia ialah orang yang menindas anak yatim.”

Allah SWT memberi peringatan kepada kita tentang kebajikan anak-anak yatim dan orang-orang miskin sehingga ia dihubungkan dengan pengertian agama itu sendiri.Mengaibkan kebajikan mereka bererti mengabaikan agama,sebaliknya memuliakan mereka menjadikan diri kita sebagai orang-orang yang memuliakan agama.

Anak-anak yatim yang dipermuliakan dia bukanlah dengan diberi makan dan minum semata-mata,tetapi ia dimuliakan dengan:
•    Memberikan kasih sayang dengan sepenuhnya.
•    Memberikan pendidikan dan tunjuk ajar berpaksikan akidah Islam.
•    Melibatkan mereka dengan kerja-kerja masyarakat seperti berjemaah,gotong-royong, tolong-menolong,amar makruf nahi mungkar dan sebagainya.
    Untuk memastikan kebajikan anak yatim terbela, pihak pengurusan hendaklah menwujudkan:
•    Tabung khas anak yatim.
•    Orang ramai hendaklah memberikan sumbangan untuk anak yatim
•    Mentadbirkan harta dan pengurusan anak yatim dengan sebaik-baiknya.

PENUTUP
Kesimpulannya, semua manusia haruslah menunjukkan segala teladan yang baik, dan janganlah sesekali melanggar perintah Allah SWT. Kita sebagai hambanya haruslah menyempurnakan segala amalan yang baik dan meninggalkan pekara-perkara yang dilarang olehNya. Semua manusia haruslah bersyukur atas segala nikmat yang diberikan.

No comments:

Post a Comment