Monday, October 22, 2012

Motivasi cara Rasulullah SAW

NAMA:NUR FITRAH BINTI RAZALI
NO.PELAJAR:2012423198
PENSYARAH:USTAZ ABDUL AZIZ BIN HARJIN

 MOTIVASI GAYA RASULULLAH
“…katakanlah wahai Muhammad:Sekiranya kamu benar-benar mencintai Allah,maka ikutlah aku,iaitu Muhammad.Pasti Allah mencintai kamu kembali dan mengampunkan dosa-dosa kamu.”
Surah Ali Imran,ayat 31.
ASSALAMUALAIKUM WARAHMATULLAHI WABARAKATUH...
Sejak zaman berzaman,para ulama dan cendekiawan Islam berusaha mengembalikan dan meletakkan Rasulullah sebagai contoh dan ikutan.Beliau digambarkan sebagai pemimpin,ketua tentera,pendakwah,suami,guru yang agung dan macam-macam lagi.Namun,pada pandangan pihak lain,hakikat bagi menjadi ‘agung’ sebagaimana yang dikaitkan oleh mereka sebenarnya memerlukan kekuatan motivasi dalaman yang tinggi seterusnya berkemampuan memotivasikan orang lain.
Buku ini terdapat 6 bab kesemuanya.Bab 1 bertajuk motivasi.Bab 2 berjudul sumber motivasi gaya Muhammad bin Abdullah.Teknik motivasi gaya Muhammad bin Abdullah diceritakan dalam bab 3.Seterusnya,bab 4 menceritakan tentang hadis-hadis ganjaran.Bab 5 pula tentang hadis-hadis hukuman.Kisah-kisah gaya motivasi Rasulullah diceritakan dalam bab 6,iaitu bab yang terakhir.
Mari kita kaji dengan lebih mendalam lagi bagi setiap bab yang ada di dalam buku ini.


Bismillahirrahmanirrahim...
MOTIVASI
Pada akhir kurun ke 20,perkataan motivasi sering dikaitkan dengan apa sahaja tindakan manusia.Peratusan motivasi yang berada pada tahap tertinggi dalam diri seseorang akan menjadi daya tolakan perbuatan yang kuat dan begitu juga sebaliknya.

“Kemampuan adalah apa yang kita dapat lakukan.Motivasi menentukan apa yang kita lakukan.Sikap pula menentukan bagaimana baik kita melakukannya”. –Lou Holtz-

Motivator adalah perkataan bahasa inggeris yang merujuk pada perkataan motivasi dan diguna pakai dalam bahasa melayu pada hari ini.
Motivasi juga dapat difahami secara mudah sebagai kegiatan yang mengakibatkan,menyalurkan dan memelihara perilaku manusia.Contohnya,seorang pekerja mungkin menjalankan pekerjaan yang dibebankan kepadanya dengan sebaik mungkin,dan mungkin juga sebaliknya.Oleh sebab faktor ini adalah tugas seorang ketua,pemimpin atau bos untuk memberikan motivasi dan dorongan kepada pekerja bawahannya supaya bekerja dan bertindak sesuai dangan arahan yang diberikan.

MOTIVASI DARI PERSPEKTIF ISLAM DAN BARAT
Menurut pandangan Islam,peranan rasul sebagaimana yang disebut dalam al-quran adalah bagi memberikan motivasi.Motivasi yang dimaksudkan adalah berdasarkan perkataan –perkataan yang digunakan Allah dalam ayat-ayat yang merujuk kepada istilah motivasi pada masa kini.Antaranya “Basyiran wa naziran”.

Allah menegaskan dalam surah al-Kahfi ayat 56
“Dan tidak kami utuskan para rasul melainkan sebagai pembawa berita gembira (mubashirin)dan sebagai pemberi amaran(mundzirin)”

mubashirin → dorongan
mundzirin → hukuman

Perkataan ini tidak dipopularkan pada zaman itu.Perkataan ini popular melalui al-Quran.Perkara ini menunjukkan tugas asasi para rasul sebagai motivator yang mendorong manusia kepada keredhaan Allah dan mengancam mereka yang ingkar dengan hukuman ataupun ancaman azab.

Kefahaman motivasi yang lebih islami berdasarkan al-Quran dan hadis dapat kita simpulkan sebagai dorongan yang membantu manusia supaya taat kepada perintah Allah dengan janji pahala dan dorongan bagi menunggalkan larangan akibat hukuman yang bakal diterima.

Mudahnya,motivasi ke arah ketaatan membawa ke syurga,manakala motivasi ke arah keingkaran membawa kepada balasan neraka.

Mari kita lihat kitaran motivasi islam

Piramid penggerak motivasi islam

RASULULLAH MOTIVATOR AGUNG
Direkodkan daripada Jabir bin Abdullah,nabi pernah berpesan
”Setiap perbuatan baik adalah sedekah”
Hadis sahih bukhari,kitab adab,no hadis 6021.



Sering kali teori perihal motivasi ini dikaitkan dengan tokoh-tokoh Barat seperti Henry Murray(1893-1988)dengan ’murrays’s Need Theory’,Abraham Maslow(1908-1970)dengan ‘Maslow’s Need Hierarchy’,John B.Watson(1878-1952)dengan ‘Watson’s School of Behaviorism’,Clark Hull(1884-1952)dengan ‘Hull’s Drive Theory’,dan ramai lagi.
Arus yang sebegitu deras menghanyutkan sesiapa sahaja sehingga umat Islam yang sudah beriman dengan insan bernama Muhammad bin Abdullah juga hanyut bersama arus itu.
Kata-kata para motivator Barat menjadi panduan dan kadang-kadang sebagai hujah utama dalam menaikkan semangat para pendengar.Contohnya,begini..

”you cannot change the wind direction,but you can change your wing direction”.

Akhirnya,idea-idea utama berdasarkan hadis nabi hanya dijadikan sebagai pelengkap bicara.Akhirnya.Rasulullah S.A.W tidak kelihatan sebagai ikon besar dalam dunia motivasi.

Ada yang berkata,”Saya memang tersentuh dengan ayat-ayat pakar motivasi ini.Beliau berkata,’semasa kita sedang menggunakan cermin pada waktu pagi sebelum keluar rumah ataupun sebelum melakukan apa-apa,cuba renungkan wajah kita selama 1-2 minit.Lihat warna anak mata kita,bibir kita,dan akhir sekali,beri senyuman pada diri kita.Senyum dengan ikhlas.Katakan dalam hati,kita mahu jadikan hari ini sebagai hari yang terbaik buat kita.Kesannya,kita akan berasa yakin selepas itu.Ini adalah kerana apabila kita berasa selesa dengan diri sendiri,kita akan mula berasa yakin.Apabila sudah yakin,kita akan lebih bermotivasi,bertenaga dan lebih bersemangat !! “
Tips ini baik untuk mereka yang kurang keyakinan diri untuk membina keyakinan mereka.Semasa melihat cermin,cuba kita bisikkan kata-kata semangat dalam diri kita dalam hati.Apabila kita tetap teknik ini,kita akan bersemangat setiap hari.INGAT!!pendorong utama kejaaan dan keyakinan adalah diri kita sendiri.Renung-renungkan......
Ini adalah situasi biasa ataupun kesan langsung selepas mendengar perbicaraan para motivator.Pandangan Rasulullah S.A.W sebagai ‘motivator agung’ adalah perkara yang jarang diberikan perhatian.Ia hanya terhad kepada siri perbincangan bersifat agama dan Islami sahaja.
Tetapi…
kita jarang sekali mendengar ungkapan seperti ini …

Berkemungkinan kata-kata Rasulullah hanya disekitkan dalam bicara itu supaya nampak Islamik.Tetapi,sumber motivasi daripada hadis itu hilang bersama kisah-kisah dan teori Barat ataupun kerana kehebatan penceramah motivasi mengungkapkan kata-kata.
Muhammad Bin Abdullah adalah rasul ang dipilih oleh Allah.Beliau menjadi panduan dan ikutan seluruh umat manusia.Ini adalah penegasan dan pengakuan daripada Allah sebagaimana yang diperkatakan dalam surah al-Ahzab ayat 21;
“demi sesungguhna untuk kamu pada diri Rasulullah itu contoh ikutan yang baik,iaitu untuk mereka yang sentiasa mengharapkan keredaan Allah dan balasan baik pada hari akhirat,serta mereka pula menyebut dan mengingati Allah dengan banyaknya pada masa susah dan senang.”
Kemampuan Rasulullah S.A.W mengubah masyarakat Arab jahiliah daripada kegelapan mengikut hawa nafsu kepada cahaya Islam adalah bukti kuat dan relevan yang menjadi tanda Muhammad Bin Abdullah adalah motivator agung.

SUMBER MOTIVASI GAYA MUHAMMAD BIN ABDULLAH



Solat adalah kunci utama motivasi Mukmin.Solat juga kunci pintu syurga yang dipersiapkan pada hari kiamat kelak oleh Allah untuk mereka atu hambanya yang menjaga solat lima waktu.Mereka diputihkan Allah wajahnya serta diberikan kebahagiaan di dunia mahupun diakhirat.
Percayakah kita yang al-Quran itu kitab motivasi?Percayakah kita sekiranya dikatakan al-Quran itu penuh dengan 1001 bahan motivasi?Tahukah kita al-Quran memberi lebih aura kepada semua motivator yang ada di dunia?Percayakah kita,manusia yang membaca al-Quran akan mendapat kekuatan motivasi yang hebat?Ini semua adalah benar !!

Setiap hadis Rasulullah dapat diibaratkan sebagai lampu yang menerangi malam yang gelap gelita.Hadis beliau dapat diumpamakan sebagai air yang menyuburkan hati yang kering-kontang,ubat yang mujarab untuk mereka yang menderita penyakit kronik dan diibaratkan kata-kata motivasi yang hebat.Hadis beliau mampu mengubah jiwa-jiwa yang kasar dan tandus pada zamannya atau selepasnya,menjadi hamba Allah yang menyuburkan bumi ini dengan limpahan iman.
Para ulama dan orang soleh sibuk mengumpulkan athar-athar,hadis-hadis dan menukilkan khabar-khabar dikala manusia sibuk mengumpul kekayaan harta di dunia.Mereka bersabar dengan cuaca yang panas,mereka mencelup pakaian dengan dakwat dan mereka bersahabat dengan kelaparan,kedahagaan dan kefakiran.
Azan adalah syariat diturunkan oleh Allah dan dorongan yang dating daripada wahyu.Rasulullah tidak pernah mengatakan azan itu sebagai cara bagi memotivasikan umat Islam.Namun,apabila dihayati,azan adalah suruhan agama yang menggambarkan motivasi rohani dalam setiap lafaz-lafaznya.
Direkodkan daripada Abdullah bin Mas’ud,”saya pernah mendengar Rasulullah berkata,’Allah gembira dengan taubat hamba-Nya yang beriman,iaitu seorang lelaki yang berada di kawaasan tandus.Bersamanya seekor unta yang membawa makanan dan minuman,lalu dia tidur.Sebaik sahaja bangun dari tidur,dia mendapati unta itu sudah hilang.Dia terus mencarinya sehingga terasa kehausan dan dahaga lalu berkata,lebih baik saya kembali ke tempat tadi.Saya akan tidur sehingga mati’.Lantas dia tidur berbantalkan lengannya dengan harapan supaya mati.Namun begitu,dia terjaga lagi dan didapati unta itu berada di sisinya.Allah gembira dengan taubat hamba yang beriman ini dengan unta dan bekalannya.
Dr.Aidh Abdullah al-Qarni memberi ulasan perihal sabar.”Sabar adalah benteng kukuh yang tidak dapat dikepung oleh tentera dan tidak dapat dimasuki musuh.Sabar juga adalah benteng kuat yang tidak dapat ditembusi anak panah.Manusia yang digoncang dengan krisis dan ujian,ubatnya adalah sabar.Kesabaran yang baik adalah menanggung musibah dengan diam,menerima musibah dengan tenang dan menyambutnya dengan keredaan.
Ikhlas adalah kekuatan dan motivasi Muslim.Dengan sifat ikhlas,Muslim akan menggerakkan dirinya bagi melakukan amal soleh.Sekalipun amalan itu tidak mendatangkan apa-apa faedah duniawi.

TEKNIK MOTIVASI GAYA MUHAMMAD BIN ABDULLAH
Teknik dorongan dan hukuman yang digunakan dalam Islam ialah pahala dan dosa.Ini adalah dorongan yang bersifat dunia dan akhirat.Akan tetapi,ia lebih cenderung pada dorongan ukhrawi atau kehidupan selepas mati.Balasan ini melibatkan persoalan iman keyakinan.
Sandaran asas kepada konsep dorongan[pahala] dan hukuman[dosa]dalam Islam dapat diperhatikan daripada al-Quran dan hadis nabi sahaja.
3 perkara penting dalam tingkah laku dorongan manusia:
# niat
# cara digunakan
# matlamat

HADIS-HADIS GANJARAN
Terdapat banyak hadis-hadis ganjaran dan antaranya adalah seperti berikut:
Hadis 1:Ganjaran orang yang menyambung hubungan kerabat adalah Allah menjaga hubungan baik dengannya.
<sahih bukhari,kitab adab,no hadis 5989>
Hadis 2:Ganjaran membersihkan air kencing dengan sempurna adalah dilepaskan daripada azab kubur.
<sahih muslim,kitab bersuci,no hadis 439>
Hadis 3:Ganjaran melaksanakan solat subuh dan asar adalah syurga.
<sahih muslim,kitab masjid dan tempat sembahyang,no hadis 1005>
HADIS-HADIS HUKUMAN
Antara hadis-hadis hukuman yang terdapat dalam buku ini adalah seperti berikut:
Hadis 1:Balasan kepada orang yang menyakiti orang tuanya adalah menerima dosa yang besar.
<sahih bukhari,kitab adab,no hadis 5973>
Hadis 2:Balasan neraka kepada pemerintah yang menipu rakyatnya.
<sahih muslim,kitab iman,no hadis 203>
Hadis 3:Balasan orang kafir dibangkitkan dalam keadaan berjalan dengan menggunakan mukanya.
<sahih muslim,kitab suasana hari kiamat,no hadis 5020>

KISAH-KISAH GAYA MOTIVASI RASULULLAH

Motivasi pahala dan ganjaran
Kisah 1:Direkodkan daripada Abu Hurairah,dia berkata,”Seorang lelaki menemui Rasululah,lalu dia bertanya,’Ya Rasulullah,sedekah apakah yang paling besar pahalanya?’Rasulullah menjawab,’sedekah yang engkau berikan semasa engkau dalam keadaan sihat,semasa kamu berasa enggan kerana khuatir menjadi miskin dan mengharapkan kekayaan.Jangan kamu menunda-nunda sedekah sehingga nyawamu sampai di kerongkong.Pada waktu ini,baru engkau mengatakan harta saya nanti sekian untuk waris itu,sekian untuk waris ini,padahal tanpa engkau katakana begitu,hartamu pasti akan menjadi milik warismu.’ ”
<sahih bukhari,kitab zakat,no hadis 1419>
Motivasi cara kiasan
Kisah 1:Direkodkan daripada Hakim bin Hizam,nabi pernah berkata,”tangan yang di atas,iaitu pemberi sedekah lebih baik daripada tangan yang di bawah,iaitu peminta sedekah.Dahuluksn orang yang menjadi tanggunganmu.Sebaik-baik sedekah adalah daripada orang kaya.Orang yang berupaya menghindari daripada meminta-minta,Allah akan menyelamatkannya daripada meminta-minta dan siapa yang berasa puas dengan pemberian Allah,Allah akan memberinya kecukupan.
<sahih bukhari,kitab zakat,no hadis 1427>



 Motivasi dengan pengampunan dosa
Kisah 1:Direkodkan daripada Abu Hurairah,Rasulullah pernah berkata,”semasa seseorang menyusuri jalan,dia melihat terdapat sebatang kayu berduri,kemudian dia menyingkirkannya dari jalan.Allah membalas perbuatan baiknya dan mengampuni dosanya.”Pesanan nabi selanjutnya,”mati syahid itu ada lima jenis:1)orang yang mati kerana wabak berbahaya,2)orang yang mati kerana sakit perut,3)orang yang mati tenggelam,4)orang yang mati kerana ditimpa sesuatu,5)orang yang mati dalam peperangan membela agama Allah”.
<sahih bukhari,kitab azan,no hadis 652>

Motivasi dengan berzikir dan memuji Rasulullah
Kisah 2:Direkodkan daripada Abu Hurairah,Rasulullah pernah berkata,”Demi Allah yang menguasai diri saya,seseorang diantara kalian tidak dianggap beriman kecuali saya lebih dicintai olehnya daripada orang tua dan anaknya sendiri”.
<sahih bukhari,kitab iman,no hadis 14>

Sekian sahaja buat kali ini,semoga pembaca-pembaca mendapat iktibar daripada buku yang telah saya baca dan ringkaskan ini.

No comments:

Post a Comment