Sunday, October 21, 2012

Cina Pimpin Orang Islam

NAMA : AHMAD RADHI BIN ZABIDI
NO KAD PELAJAR : 2012226046
KUMPULAN : BMD1Ah
PENSYARAH : USTAZ ABDUL AZIZ BIN HARJIN

PENGHARGAAN
Assalamualaikum…
Alhamdulillah saya, Ahmad Radhi Bin Zabidi telah berjaya membuat sebuah ringkasan sebuah buku yang bertajuk “Biar Orang Cina Pimpin Islam” dari Ann Wan Seng.Ann Wan Seng ialah anak kelahiran Klang, Selangor.Beliau seorang aktivis sosial, pendakwah, penceramah dan motovator.Beliau banyak menyumbang artikal untuk majalah dan akhbar tempatan selain menulis buku.Sekarang beliau bekerja sebagai Penolong Setiausaha Kehormat, Pertubuhan Kebajikan Islam Malaysia.Sebenarnya, beliau seorang yang beragama Islam. Tetapi beliau bukannya seorang muslim sejak lahirnya. Beliau menempuhi berbagai halangan dan rintangan untuk menjadi seorang muslim. Tidak semudah orang Melayu yang sudah lahirnya Islam.

Buku ini telah membongkar rahsia orang Cina dan sejarah-sejarah yang kita tidak tahu tentang orang Cina dan Negara China.Mungkin ada di antara kita yang merasakan orang Cina ini tidak berguna atau tiada fungsi apa-apa bagi kita.Sebenaranya kita silap.Banyak lagi kita tidak tahu tentang orang Cina yang dapat menguntungkan kita dan umat Islam di seluruh dunia.Secara jujurnya, sebelum saya membaca buku ini, saya juga beranggapan orang Cina tidak begitu penting kepada kita dan umat Islam.Tetapi saya silap.Orang Cina memang mempunyai kelebihannya yang tersendiri.

Orang cina memang sebuah etnik kaum yang ramai dan antara yang terbesar di dunia bahkan kedua terbesar di Malaysia.Tetapi berapa bilangan mereka yang memeluk Islam.Jikalau mereka memeluk Islam, adakah mereka mengamalkan Islam dengan sepenuhnya? Persoalan ini perlu kita kupas untuk memastikan bilangan orang Cina yang memeluk Islam bertambah dari sikit sehingga banyak dan dari orang Cina muslim yang tidak mengamalkan Islam kepada orang Cina muslim yang mengamalkan Islam sepenuhnya.  
Oleh itu, saya sarankan supaya membaca buku ini agar kita dapat membongkar rahsia orang Cina demi kepentingan kita bersama suapaya umat Islam di seluruh dunia bertambah maju dan tidak ditindas oleh mana-mana pihak.

ABSTRAK
Buku ini menceritakan kepada kita tentang rahsia sebenar orang Cina yang kita tidak ketahui. Orang Cina memang satu etnik kaum yang unik dan lain dari yang lain. Hakikatnya, setiap kaum yang diciptakan oleh Allah ada kelebihannya da nada kekurangannya yang kita tidak ketahui. Oleh itu, mari kita sama-sama mencari dan membongkar rahsia etnik kaum terutama sekali orang Cina yang sedang saya kaji ini.
    Kita tidak sepatutnya menjauhi golongan orang Cina ini kerana apabila kita menjauhkan diri dari mereka, persepsi mereka terhadap kita makin hari makin bertambah buruk.Kita tidak mahu mereka memandang remeh atau memperkecilkan orang Islam ini kerana agama Islam adalah agama yang di redhai oleh Allah.
    Kita seharusnya memahami orang Cina dahulu sebelum kita mendekati orang Cina.Orang Cina memang menekankan nilai moral dan berakhak mulia.Sepadanlah dengan agama Islam yang menekankan nilai moral dan berakhlak mulia. Sebagai contoh, Nabi Muhammad saw adalah insan yang berakhlak mulia malah telah diperakui oleh seluruh dunia termasuklah golongan yang bukan Islam.
    Selain itu, fitrah orang Cina ialah mereka mahir dalam ilmu perdagangan atau perniagaan.Malah mereka juga licik dalam bidang ini.Mereka juga sangat menitikberatkan soal kebudayaan dan etnik kaum mereka.Mereka tidak mahu budaya dan bangsa mereka lenyap dalam bumi ini. Bak kata pepatah Melayu “ biar mati anak, jangan mati adat.“
Sebenarnya, Islam di negara China telah wujud bertahun lama dahulu.Kewujudan Islam berlaku di negara China sejak zaman Rasulullah lagi. Malah, rasulullah pernah menyebut negara China walaupun baginda tidak pernah menjejakkan kaki baginda di sana. Setiap perkara yang diperkatakan oleh Rasulullah ada sebabnya kerana baginda tidak pernah membuat perkara yang sia-sia.
Oleh itu, kita seharusmya berdakwah kepada orang Cina untuk menambah bilingan umat Islam.Supaya empayar Islam bertambah kuat dan boleh berlakunya kebangkitan Islam.Kita perlu mengatur strategi yang berkesan untuk berdakwah kepada orang Cina supaya dapat menarik orang Cina masuk Islam.
JANGAN JAUHI NON-MUSLIM
Persepsi masyarakat non-muslim di tanah air yang kita cintai ini terhadap Islam sudah mula berubah berbanding pada 50 tahun dahulu.Mereka juga takut untuk berdiskusi berkenaan Islam kerana mereka takut berlaku perbalahan antara mereka dengan orang Islam.
    Tambahan pula, ada sebahagian daripada orang Islam sendiri berasa kurang selesa untuk berbicara soal Islam dan non-muslim.Jarang sekali kita melihat perbicaraan sebegini di buat dengan hati dan fikiran yang terbuka oleh kedua-dua pihak.Perkara ini terjadi mungkin disebabkan oleh pengaruh pelbagai aspek yang singgah di fikiran masyarakat majmuk pada zaman ini.
    Oleh hal yang demikian, Islam amat menekankan kepada penganutnya agar bersifat dengan sifat yang murni dan berakhlak mulia. Sebagai contoh, kita boleh lihat pada Nabi Muhammad S.A.W yang mengamalkan akhlak mulia. Dengan akhlak yang mulia yang berada di dalam peribadi Nabi Muhammad S.A.W baginda Berjaya dalam menyampaikan risalah atau tujuan dakwah Islamiah kepada seluruh dunia yang kita boleh lihat pada hari ini.
    Namun, sejak akhir-akhir ini banyak tanggapan yang tidak menyedapkan telinga kita berikutan dengan keadilan Islam.Sebenarnya, Islam tidak pernah pilih kasih dalam menjatuhkan hukuman terhadap seseorang.Setiap orang diberikan keadilan.Sebagai contoh, sewaktu Nabi Muhammad S.A.W memerintah Madinah, golongan yahudi, nasrani juga turut dieberikan keadilan malah kafir zimmi juga diberikan hak-hak mereka.
    Walaubagaimanapun, tanggapan negatif non-muslim terhadap Islam semakin menjadi-jadi.Justeru itu, kita harus mengambil inisiatif terhadap perkara yang mustahak ini. Kita tidak boleh menjauhkan diri daipada golongan non-muslim kerana ia hanya akan memburukkan persepsi mereka terhadap umat islam sahaja.

FAHAMI ORANG CINA
Pada hakikatnya, orang cina mempunyai kepercayaan, keturunan, sikap, latar belakang, budaya, bahasa, dan agama yang berbeza.Tanggapan yang mengatakan bahawa semua orang cina serupa ialah tanggapan yang salah.Sebagai contoh, tidak semua orang cina beragama Budha. Bahkan ada antara orang cina yang beragama lain. Perlu difahamkan bahawa orang cina juga ada yang menganut berbagai-bagai ajaran pada satu masa seperti Taoisme, Confucianisme, pemujaan dewa-dewi, penyembahan terhadap keramat dan sebagainya.
    Orang cina sebenarnya tidak mempunyai konsep yang jelas terhadap keturunan dan kepercayaan mereka. Bahkan, ada juga orang cina yang masih keliru terhadap kepercayaan dan pegangan mereka. Tambahan pula, pada kebiasaanya orang cina bukan sahaja berpegang kepada konsep kepercayaan terhadap suatu perkara malah mereka mempercayai banyak kepercayaan sehingga ada antara mereka yang keliru. Fahaman dan kepercayaan ini tidak merangkumi semua aspek melainkan agama Islam.Agama Islam merupakan agama yang lengkap dari segala aspek atau shumul. Agama Islam juga jelas dan tepat berbanding dengan fahaman dan ajaran yang lain.
    Agama memainkan peranan yang penting dalam kehidupan seharian tidak terkecuali kepada orang cina.Agama yang dianuti seharusnya tidak menghilangkan identiti mereka dan menjejaskan kehidupan dan kedudukan mereka.Allah mencipatakan manusia berbilang bangsa supaya mereka menjaga bangsa mereka supaya tidak hilang.Ini bermakna, bangsa ialah satu amanah kepada kita dan kita harus menjaganya. Oleh itu, mereka boleh beramal dengan budaya bangsa mereka yang diwarisi oleh nenek moyang mereka sama ada bahasa, nama, budaya, dan apa sahaja berkaitan dengan adat resam.
    Tambahan pula, sejarah telah membuktikan bahawa orang cina telah lama menerima Islam.Sebagai bukti, tiga dari 9 orang wali atau lebih dikenali sebagai wali songo adalah berketurunan cina.Malah tokoh yang terkenal iaitu Laksamana Cheng Ho juga merupakan tokoh yang beragama Islam dan amat dimuliakan oleh orang cina sehingga disembah sebagai keramat Sam Po Kong. Ini menunjukkan bahawa ajaran islam merupakan ajaran yang tidak asing bagi orang cina dan tidak menghilangkan identiti orang cina.


FITRAH ORANG CINA
    Sememangnya orang cina mempunyai sifat yang terbuka, fleksibal dan mudah menyesuaikan diri dalam apa jua persekitaran. Tetapi keluarga dan keturunan amat dititik beratkan oleh orang cina. Nama baik keluarga, maruah, adat, bahasa dan warisan nenek moyang mesti dipelihara oleh orang cina walau apa yang berlaku sekalipun.
    Bagi orang cina, mereka mempunyai fitrah yang sama seperti orang lain. Fitrah di sini menunjukkan apa yang diinginkan oleh orang cina. Contohnya seperti pembentukan akhlak dan pembinaan moral.Agama yang menjurus kearah pembentukan akhlak dan pembangunan moral hanyalah agama Islam.Oleh itu, seharusnya orang cina menganut agama Islam.
    Orang cina juga boleh menerima apa sahaja agama yang mereka ingini. Ada antara mereka yang masih lagi bingung soal agama dan kepercayaan mereka. Mereka tidak menemui agama dan kepercayaan yang menjurus kea rah pembentukan akhlak dan pembinaan moral seperti mana yang mereka inginkan tetapi mereka tidak menjumpainya
    Generasi muda bagi orang cina kebanyakannya tidak mengambil berat soal agama yang mereka anuti.Mereka hanya menganggap agama yang mereka anuti itu hanyalah warisan daripada nenek moyang mereka.Melalui perkara ini, Islam mempunyai sebab kenapa mereka perlu memilih Islam kerana Islam boleh menjelaskan kepeda mereka bahawa Islam adalah agama yang benar dan diredhai Allah. Segala kebenaran telah termaktub di dalam Al-Quran dan sememangnya Al-Quran itu kalah Allah yang benar dan orang Islam diwajibkan beriman keatasnya seperti di dalam rukun iman, iaitu beriman kepada kitab
    Islam ialah agama yang berkasih sayang. Setiap muslim adalah bersaudara. Nabi Muhammad S.A.W bersabda “ tidak beriman kamu selagi kamu tidak mengasihi saudara kamu”. Dengan dalil ini, umat islam seharusnya tidak meninggalkan orang cina dan tidak menjauhkan serta mengasingkan orang cina supaya umat Islam dapat menjadikan orang cina ini saudara mereka dan menarik mereka memasuki Islam.



FALSAFAH ORANG CINA  
    Orang cina sememangnya bangsa yang sangat rajin, pintar, licik dan mahir dalam perniagaan.Orang cina juga mahir dalam memanipulasikan keadaan bagi mendapatkan keuntungan masing-masing. Namun, wujud perasaan cemburu dan dengki terhadap orang cina oleh bangsa-bangsa lain. Tetapi ada juga bangsa yang menyukai akan bangsa cina yang bijak dalam perkara tersebut. Kita sebenarnya tidak boleh mengatakan semua orang cina kuat menipu, jahat, mata duitan atau sebagainya kerana ada juga orang cina yang bersifat baik, bertanggung jawab, jujur, amanah dan berakhlak mulia.  
    Antara falsafah orang cina ialah, mereka meletakkan moral dan etika sebagai asas yang penting dalam pembentukan peribadi seseorang. Dengan kata lain, sebelum kita ingin mewujudkan sebuah negara yang aman dan makmur seperti negara Malaysia yang kita cintai ini, kita perlulah menyatupadukan masyarakat majmuk yang berada di Malaysia ini dengan menerapkan nilai murni dan moral kepada setiap lapisan masyarakat. Barulah negara kita menjadi aman dan makmur seperti mana yang kita boleh lihat sekarang.
    Selain itu, orang cina menggunakan perniagaan sebagai cara untuk mereka berkomunikasi dan bahasa tidak menjadi penghalang kepada mereka untuk berkomunikasi dengan sesiapa sahaja yang mereka mahu. Laksamana Cheng Ho sebenarnya telah menjelajah ke benua Amerika sebelum orang barat menemuinya lagi.Terdapat beberapa kesan yang telah dibuat dan antaranya sudah ada orang cina yang menjalankan perniagaan di benua tersebut. Sebenarnya, perniagaan bukan cara untuk mendapatkan keuntungan wang semata-mata malah boleh digunakan untuk mendapatkan keuntungan lain darinya.
    Orang cina juga mementingkan konsep saling percaya-mempercayai atau dalam bahasa cina “ xin yong “. Konsep ini amat dititikberatkan supaya sikap kerja sama antara mereka dapat diwujudkan. Kalau kita lihat, perhubungan orang cina dengan orang cina amat akrab. Hubungan itu kita boleh lihat dari persatuaan, pertubuhan, kongsi sama ada gelap atau pun terang dan sebagainya. Cara ini ialah satu cara yang bernas untuk menguatkan kerjasama antara mereka. Oleh itu, kita seharusnya mengikut cara mereka ini supaya umat Islam menjadi umat yang kuat serta dapat memimpin dunia kembali pada satu hari nanti.


SENJATA DEKATI ORANG CINA
    Seharusnya, semua orang Islam perlu memikirkan cara untuk mendekati orang Cina. Orang Cina memang mahir dalam bidang perniagaan dan perdagangan.Desas-desus yang mengatakan orang Cina ialah orang yang kuat menipu dan tidak jujur dalam perniagaan ialah satu perkara yang tidak benar. Sebenarnya, Sikap buruk ini sering dilakukan oleh setiap orang yang tidak beramal dengan nilai moral dan berakhlak mulia.
    Mari kita lihat ayat Al-Quran yang menyatakan orang yang mencuri akan dipotong tangannya. Di sini jelas bahawa Al-Quran ialah kalam Allah yang diturunkan kepada Nabi Muhammad agar menjadi panduan kepada semua manusia bukan sahaja orang Cina.Oleh itu, sikap buruk ini jelas menunjukkan bahawa ada juga bukan orang Cina yang melakukan sikap buruk ini.
    Orang cina adalah orang yang berfikiran terbuka dalam soal agama dan kepercayaan. Mereka boleh menerima apa sahaja agama yang mereka mahu asalkan agama tersebut meletakkan moral dan berakhlak mulia di tempat yang tinggi. Oleh itu, semua orang Islam perlu berakhlak mulia supaya menjadi contoh kepada orang Cina.Cara ini dapat meningkatkan bilangan orang Cina yang beragama Islam agar Islam dapat bangkit dan memandu dunia supaya kembali kepada jalan yang benar.
    Selain itu, umat Islam harus memiliki keyakinan yang tinggi dalam diri untik memimpin dunia kea rah yang jalan yang benar tetapi dalam konteks ini ialah kepada orang Cina. Sebagai contoh, Nabi Muhammad sangat yakin kepada Allah bahawa Allah akan membantu baginda sekiranya baginda berada di dalam kesusahan. Nabi Muhammad sememangnya manusia yang berakhlak mulia dan bermoral tinggi kerana Nabi Muhammad ialah manusia yang sempurna.
Umat Islam sebenarnya perlu ingat bahawa senjata bagi orang Islam ialah doa. Kita perlu berdoa kepada Allah supaya orang Cina dilembutkan hati mereka supaya menerima Islam dengan mudah.

ISLAM DI NEGARA CHINA
    Masuk Islam bukan masuk Melayu.Orang Cina ramai yang menganggap seperti itu sedangkan mereka tidak tahu bahawa ramai orang Cina di China ramai orang yang beragama Islam.Terdapat lebih dari 140 juta penduduk beragama cina telah memeluk Islam.Jumlah ini amat besar malah lebih daripada peduduk Malaysia.
    Di China, Islam ialah bukan agama yang asing kerana agama Islam telah mendapat pengiktirafan daripada penduduk mereka malah kerajaan juga mengiktirafnnya. Orang Islam tidak ditindas di China malah mereka dianggap seperti orang biasa dan mereka boleh bergaul dengan orang bukan Islam.Namun, orang Cina di Malaysia memandang rendah dan serong kepada orang Cina yang beragama Islam malah ada antara mereka yang menuduh orang Cina yang memeluk Islam ini ialah pengkhianat.
    Tambahan pula, hubungan orang Islam dan non-muslim di China boleh dianggap baik kerana lebih 1400 tahun dahulu, tidak berlaku perbalahan antara mereka. Mereka bergaul dengan baik tidak seperti di negara kita yang kadang-kadang berlaku pergaduhan antara kaum seperti tragedi 13 Mei.Malah lebih teruk lagi seperti yang berlaku di Ambon di mana umat Islam ditindas dan tidak diberikan hak mereka seperti yang sepatutnya.
    Justeru itu, umat Islam seharusnya bangkit untuk menguatkan empayar Islam supaya tidak terjadi penindasan kepada orang Islam.Sampai bila kita mahu berdiam diri melihat orang Islam yang ditindas.Adakah apabila terjadi di negara kita baru kita mahu sedar?

KENAPA PERLU BERDAKWAH KEPADA ORANG CINA?
    Kita memang seharusnya berdakwah kepada orang cina.Ini sebenarnya menjadi kewajipan kepada umat Islam.Antara sebab kita perlu berdakwah kepada orang Cina ialah, orang Cina ialah satu kaum yang ramai.Kita boleh dapati orang Cina di mana-mana sahaja kita berada.Walaupun berada di bumi Afrika dan Arab.Orang Cina memang satu bangsa yang unik dan mempunyai kelebihan yang tersendiri.
    Selain itu, orang Cina memang satu bangsa yang mempunyai fikiran terbuka. Mereka boleh menerima apa sahaja agama yang mereka rasa agama itu bagus dan sesuai dengan kehidupan mereka yang penuh dengan adat resam dan budaya. Islam adalah agama yang tepat untuk dipilih oleh orang Cina.
        Orang Cina juga ialah kumpulan etnik yang kedua terbesar di Malaysia dan antara yang terbesar di dunia. Orang Cina terkenal dengan penguasaan ekonomi, pedagangan dan perniagaan.Kelebihan itu digunakan oleh orang Cina dan sebab itulah mereka bertebaran ke seluruh pelusuk dunia. Oleh itu, kita seharusnya mencuba dengan penuh bersungguh-sungguh untuk berdakwah kepada orang Cina
    Di samping itu, antara sebab kenapa kita perlu berdakwah kepada orang Cina ialah untuk memberi kesedaran kepada orang Cina tentang Islam yang sebenar.Kalau kita lihat sekarang, perspektif orang cina kepada umat Islam makin hari makin merudum. Oleh itu, kita harus memberi kesedaran kepada mereka

ISLAM DARIPADA PERSPEKTIF ORANG CINA
    Perspektif orang Cina terhadap Islam memang banyak.Tidak dapat kita mengagak perspektif mereka terhadap Islam.Seperti sudah sedia maklum, orang Cina ialah etnik yang kedua terbesar di Malaysia selepas Melayu.Kedatangan orang Cina ke Malaysia telah wujud sekian lama dahulu.Tetapi zaman dahulu tanah ini tidak di panggil Malaysia.Tetapi di panggil Tanah Melayu.Contoh kedatangan orang Cina ke Malaysia ialah kewujudan Baba dan Nyonya di Melaka serta peranakan Cina di Kelantan, Pulau Pinang dan Singapura adalah bukti kukuh kedatangan orang Cina ke Malaysia.
    Sebenarnya, kedatangan Islam ke negeri China telah lama iaitu semenjak zaman Nabi Muhammad lagi.Ini bermakna ada antara orang Cina yang berketurunan Arab.Makam para sahabat seperti Fuad Ibnu Abu Waqqas masih boleh ditemui di negeri China. Siapa sangka kedatangan Islam ke China berlaku pada zaman Rasulullah kerana tiada pengaruh Arab di sana. Ini menunjukkan orang Cina amat menjaga adat dan budaya mereka.
    Bukti lain tentang kedatangan Islam ke China seawall zaman nabi dan sahabat ialah kewujudan lebih 40,000 buah masjid. Ada antara masjid tersebut sudah berumur lebih seribu tahun.Contohnya, ialah Masjid Nujde di Beijing dan Masjid Xian.
    Hubungan antara orang Cina dan Islam amat penting dan menjadi langkah pertama untuk membina jambatan integrasi antara umat Islam dengan orang Cina. Umat islam tidak perlu menunggu kedatangan orang Cina tetapi orang Islam perlu pergi kepada orang Cina dan berdakwah kepada mereka. Umat Islam perlu bertindak seperti pepatah Melayu hidung tidak mancung tapi pipi tersorong-sorong.

APABILA CINA PIMPIN ISLAM
    Sudah pasti ada yang akan hairan dan ketawa apabila terdengar orang Cina akan pimpin Islam. Mungkin juga ada yang akan marah apabila kenyataan ini terdengar kerana mereka tidak menyukai orang Cina dan tidak berfikiran terbuka atau juga boleh dikatakan berfikirian kolot.
    Dalam Islam, persoalan bangsa dan kaum bukan keutamaan tetapi Islam ialah tanggungjawab kepada semua umat Islam. Semua umat Islam adalah sama di sisi Allah. Kaum tidak di pandang oleh Allah.Apa yang bermakna disisi Allah ialah ketaqwaan, keimanan dan akhlaknya.
    Hakikatnya di China orang Islam di China telah pun menjadi tampuk pemerintahan tertinggi.Ia berlaku pada awal pemerintahan Dinasti Ming. Maharaja pertama dinasti itu ialah Chu Yuan Chang adalah seorang muslim. Begitu juga dengan isterinya dari keturunan keluarga Ma yang masih lagi wujud dan sebahagianya berada di Malaysia.
    Sekiranya di kaji sirah dan hadis nabi, didapati negara China mempunyai kedudukan yang istimewa kerana baginda pernah menyebut negara itu walaupun tidak pernah menjejakkan kaki di sana. Kenapa baginda menyebut tentang China?Ini mesti ada sebabnya kerana nabi tidak pernah memperkatakan perkara yang sia-sia.
    Nabi Muhammad juga pernah bersabda bahawa pada akhir zaman Islam akan bangkit semula dari sebelah Timur. Ini bermakna China juga terletak di sebelah timur.Kalau kita lihat pada hari ini, negara China juga ialah negara yang mempunyai kuasa veto ekoran daripada tentera daratnya yang ramai.
    Justeru itu, tidak asinglah kalau kita katakana Islam akan bangit dari negara China atau lebih umumnya negara sebelah Timur. Walaubagaimanapun, kita perlu ingat bahawa Islam akan bangkit semula pada suatu hari nanti. Persoalannya adakahh kita sudah bersedia?

No comments:

Post a Comment