Sunday, October 21, 2012

Rahsia Khusuk Solat

Disediakan untuk : Ustaz Abd Aziz bin Harjin
Disediakan oleh : MUHAMMAD SHAFIQ BIN MOHAMMAD SHUHAIMI
NO MATRIK: 2012272908
NO I/C: 940303145283
BMD1AH
BM114

PENGHARGAAN
Assalamualaikum syukur kepada Allah S.W.T kerana memberi peluang untuk saya menyiapkan kerja kursus CTU 101 ini. Alhamdulillah saya berjaya membuat blogspot ini kerana sebelum ini tiada ada niat pun untuk blog. Tanpa subjek CTU 101 ini tiada blog lah saya.

 Alhamdulillah tajuk kerja kursus saya ini ialah ' Rahsia Khusyuk Ibadah ( Jalan Mencapai Kemanisan Iman ). Setelah membaca buku ini sebenarnya banyak lagi yg perlu saya pelajari. Buku ini telah mengajar saya tentang mengapa perlu kita beribadah. Selain itu, cara menangani halangan beribadah dan menyelami hakikat ibadah bawah sedar. Tidak lupa juga, buku ini mengandungi teknik mengaktifkan serta membiasakan diri dengan ibadah bawah sedar.

 Buku ini ditulis oleh Abdul Aziz Ismail. Cetakan buku ini dilakukan pada 2011 dan penerbit buku ini adalah PUSTAKA ILMUAN. Pertama sekali saya ingin mengatakan buku ini mengandungi 5 bab dan 291 muka surat yang disusun rapi dan insyaallah mudah difahami oleh pembacanya.

BAB 1

Bab 1 ini memberitahu mengenai antara ibadah,akal dan hati. Dalam kitab Bihar al-anwar menyebut kisah yang ditutur oleh orang yang bernama Sulaiman Daylami. Jika hendak diceritakan memang agak panjang tetapi saya hanya beritahu tentang hikmah jalan cerita itu. Walaupun seseorang itu sering melakukan ibadah, jika ternyata dia memiliki akal yang terbatas sedemikian rupa sehingga membuat kesalahan dan kesesatan dalam mengetahui, memahami dan mencapai kebenaran daripada Allah S.W.T, maka dia akan mendapatkan pahala yang sedikit. Saya membaca buku ini, ia telah menyatakan bahawa Imam Ja'far mengatakan bahawa orang yang mempergunakan akalnya dengan baik, dengan serius dan bersungguh-sungguh adalah lebih besar pahalanya daripada orang yang beribadah dengan tekun, ikhlas, dan khusyuk tetapi tidak menggunakan akalnya dengan baik. Al-quran sering merangsang setiap pembacanya untuk menggunakan akalnya untuk berfikir, memahami setiap maksud dan kandungan di dalam al-quran.
Misal firman Allah S.W.T yang bermaksud ; Sesungguhnya pada kejadian langit dan bumi, dan pada pertukaran malam dan siang, tanda-tanda ( kekuasaan Allah ) bagi orang-orang yang berakal. Surah Ali imran 3:190.
Firman Allah S.W.T yang bermaksud ; Dan tiadalah yang dapat mengambil pengajaran ( dan peringatan ) melainkan orang yang menggunakan akal fikirannya.
Begitu juga dengan hadis. Sabda Rasulullah " Yang pertama kali Allah S.W.T ciptakan adalah akal."
Hadis kedua Sayidina Ali bin Abi thalib berkata " Akal adalah dasa yang paling kuat." Dan beliau berkata " Akal mencegah daripada kemungkaran dan menyuruh kebijaksanaan."
 Jadi pandangan saya ialah manusia akan mendapat pahala yang berlimpah daripada Allah apabila kita menjadi ahli ibadah dan menggunakan akal kita dengan sebaik- baiknya untuk memahami, mengetahui dan mencapai kebenaran. Buku ini agak bagus kerana memberika saya semangat ingin tahu. Ini kerana ada yang menganggap dan menyakini bahawa kebenaran akal yang paling penting dan benar tetapi ada yang menyakini bahawa kebenaran hati yang paling benar. Buku ini menyatakan kedua-dua pendapat ini mempunyai dalil yang tersendiri.

 Ibadah dan al-ihsan al-kamil
Sy ingin memberitahu bahawa tujuan manusia diciptakan oleh Allah S.W.T sebagai abdullah dengan erti lain hamba allah dan sedang kan fungsi kita di muka bumi ini bertujuan sebagai khalifatullah fi al-ardh iaitu pemimpin di muka bumi.
Firman Allah S.W.T yg bermaksud : dan aku tidak mencipta jin dan manusia melainkan untuk mereka menyembahku. Surah ad-dzariyat 51:56
Begitu juga dgn firman Allah S.W.T yang bermaksud : dan ingat lah ketika tuhanmu berfirman kepada malaikat: sesungguhnya aku hendak menjadikan seorang khalifah di bumi. Mereka bertanya: adakah engkau hendak menjadikan di bumi itu orang yang akan membuat bencana dan menumpahkan darah, padahal kami sentiasa mensucikan-mu? Tuhan berfirman: sesungguhnya aku mengetahui apa yang kamu tidak mengetahuinya. Surah al-baqarah 2:30
Maknanya setelah sy meneliti ayat itu maka jelaslah bahawa kita hidup di bumi dan dunia ini kerana untuk beribadah kepada ALLAH S.W.T. Berdasarkan buku ini ia telah memberitahu setiap apa yang kita lakukan hanya semata mata kerana Allah dan perlu kita praktikkan ibadah ini dalam kehidupan harian kita. Barulah kita sebagai manusia layak digelar sebagai khalifatullah fi al-ardh ataupun pemimpin. Disamping itu, setelah kita sebagai manusia ini telah mendapatkan gelaran Abdullah dan khalifatullah fi al-ardh baru kita layak digelar al-insan al-kamil. Mudah untuk kita mencapai gelaran ini tetapi hanya diri kita sendiri untuk menunjuk kemampuan mendapat gelaran tersebut. Solat 5 waktu kena cukup, banyak berdoa kpd Allah, bayar zakat, menunaikan haji dan pergi ke majlis2 ilmu agama. Tapi itu semua bergantung kpd hati yg ikhlas, niat yang bersih dan suci dan akal yang digunakan dengan sebaik baiknya

 BAB 2

 Bab 2 ini memberitahu mengenai mengapa perlu kita beribadah. Firman Allah yang bermaksud: maka bagi Allah jualah segala pujian, Tuhan yang mentadbir langit dan bumi, Tuhan sekalian alam. Surah al-jathiyah 45:36.
Selain itu Allah juga berfirman: katakanlah sesungguhnya sembayangku dan ibadatku, hidup dan matiku, hanyalah untuk Allah tuhan yang mentadbirkan sekalian alam. Surah al-an'am 6:162.

 Dalam kata erti lain, Allah adalah Rabb ialah pencipta alam dan peliharanya. Banyak ayat-ayat al-quran yang menyarankan kepada manusia fahami erti-erti dan maksud-maksud al-quran kerana kebanyakkan nya menyuruh kita beribadah kepada Allah S.W.T. Allah telah mewajibkan kepada semua manusia agar beribadah kepada-Nya.
 Syeikh Musthafa Manshur dalam buku al-hayatu fii mihraabi ash-shalah mengatakan Allah telah mewajibkan ibadah kepada kita bukan untuk kepentingan-Nya tetapi untuk kebaikan kita sendiri iaitu agar kita mencapai darjat takwa yang dapat menyucikan kita dari kesalahan dan maksiat. Dari sini kita boleh lihat Allah tidak mensia-siakn ciptaan Nya malah amat menyanyangi kita.
Selain itu, imam ghazali dalam Misykat al-anwar mengatakan Alah adalah Cahaya. Manusia ibarat orang yang dalam kegelapan yang memerlukan cahaya paling terang benderang. Maksudnya manusia memang perlu beribadah kepada Allah S.W.T.
 Alhamdulillah saya kini sudah punyai ilmu sedikit mengenai ibadah. Para ulama membahagikan tiga bentuk ibadah.
1) Ibadah jasmaniah-rohaniah (solat 5 waktu)
2) Ibadah rohaniah - maliah ( zakat)
3) Ibadah jamaniah rohaniah - maliah (haji)
 Dua kepentingan ibadah
1) Ibadah fardli (perseorangan)
2) Ibadah ijtima' i (sosial)
 Lima dari segi bentuk dan sifatnya
1) Ibadah lisan atau perkataan ( zikir)
2) Ibadah perbuatan yang tidak ditentukan bentuknya ( membantu, menolong)
3) Ibadah perbuatan yang telah ditentukan wujud perbuatannya ( solat,zakat )
4) Ibadah yang tata cara dan pelaksanaannya berbentuk menahan diri ( puasa,iktikaf)
5) Ibadah dalam bentuk menggugurkan hak ( memaafkan orang)
 Dari segi ruang lingkupnya, ibadah terbahagi kepada dua
1) Ibadah khassah (ibadah mahdhah)
* bemaksud ibadah yang mencerminkan rukun islam iaitu syahadat, solat, zakat, puasa, dan haji.
2) Ibadah 'ammah (ibadah ghairu mahdah)
* bermaksud ibadah yang tidak termasuk dalam ibadah mahdhah. Iaitu ibadah fasik akal dan hati.
 Mari kita beribadah kepada Allah berdasarkan akal sihat dan secara rasional. Yang amat penting kita perlu tahu tujuan dan maksud ibadah kita kepada Allah S.W.T kerana:
1) Meminta perlindungan kepada-Nya
2) Meminta pertolongan kepada-Nya

Semua ini kerana tujuan kita sebagai manusia dan hamba yang lemah sentiasa melakukan dosa dan kesalahan. Jika tidak tanpa ibadah kepada Allah kita akan diseksa dan dihukum oleh Allah nanti.

 Saya ingin menegaskan bahawa setelah membaca buku ini. Amat penting Rasulullah sering menyuruh umatnya supaya sering
1) Memuji Allah S.W.T
* iaitu patuh dan tunduk kepada Allah tidak cukup kerana seharus kita menambah lagi ibadah kita dgn memuji kebesaran Allah S.W.T dan Dia lah Zat yang perlu kita sering memberi pujian.
2) Menyucikan Allah S.W.T
* selain tunduk dan patuh kepada-Nya kita seharusnya menyucikan-Nya kerana Allah ini Maha Suci.
3) Bersyukur kepada Allah S.W.T
* ini salah satu tujuan dan maksud ibadah yang lain. Kita perlu sentiasa bersyukur terhadap segala pemberian yang diberi oleh Allah.
4) Mencintai Allah S.W.T
* puncak daripada ibadah kepada Allah adalah mencintai-Nya seperti yang dinyatakan oleh Ibnu Qayyim al-Jauziyah.


 BAB 3

 Kemudian, setelah saya membaca bab 3 ini, ia mengenai cara menagani halangan beribadah. Kita perlu mengelakkan diri kita dari melakukan perkata sperti ini.
1) Merendahkan orang lain
2) Meremehkan orang lain
3) Menghina orang lain
4) Melecehkan orang lain
Perkara-perkara semua ini akan membuat seseorang itu tersimpan rasa-rasa seperti benci, muak, jengkel, dan amarah. Sifat-sifat ini semua bertentangan dengan hakikat ibadah.
Dalam firman Allah S.W.T yang bermaksud: dan di antara manusia ada yang berkata : kami telah beriman kepada Allah dan kepada hari akhirat padahal mereka sebenarnya tidak beriman. Mereka hendak memperdayakan Allah dan orang yang beriman sedang mereka hanya memperdayakan dirinya sendiri, dan mereka tidak menyedarinya. Dalam hati mereka terdapat penyakit ( syak dan hasad dengki), maka Allah tambahkan lagi penyakit itu kepada mereka dan mereka pula akan beroleh azab seksa yang tidak terperit sakitnya dengan sebab mereka berdusta. Surah al-baqarah 2:8-10.

 BAB 4

 Setelah membaca kadungan bab ini ibadah bawah sedar ini berbalik kepada akal dan hati manusia. Pendek kata hati dan akal perlu bersih dan suci. Contohnya seperti sering sombong, menipu, berbohong, dengki, riak, merasuah dah sebagainya tetapi masih lagi solat 5 waktu, puasa, zakat dan menunaikan haji ini menunjukkan ketidaksedaran akal dan hati seseorang itu. Dalam firman Allah ada mengatakan yang bermaksud : hari padanya harta benda dan anak-pinak tidak dapat memberikan pertolongan sesuatu apa pun.kecuali orang yang datang menghadap Allah dengan hati yang bersih ( dari kekufuran dan munafik). Dan pada hari itu didekatkan syurga bagi orang yang bertakwa. Dan diperlihatkan neraka jelas nyata kepada orang yang sesat. Surah as-syua'ra' 26:88-91. Dan sabda Rasulullah ialah dalam tubuh manusia terdapat segumpal daging. Bila ia baik, baiklah seluruh tubuh kerananya, dan bila ia rosak, maka rosaklah seluruh tubuh kerananya. Itulah hati.

 Makna bawah sedar ini ialah hati dan akal kita ini sesuatu keadaan di sebalik keadaan ketika sedar. Dalam bahasa lain yang saya faham ialah tindakan bawah sedar adalah tindakan yang tidak dikawal oleh sedar. Contoh-contoh tindakan ini seperti menolong orang, bersedekah dan benda baik yang kita tahu dan faham. Berdasarkan buku ini, ibadah-ibadah begitu banyak dan mudah dilakukan dan mudah untuk kita peroleh ganjaran pahala daripada Allah.


 BAB 5

Ibadah-ibadah bwah sedar adalah ibadah akal dan hati. Untuk itu kita perlu mempunya ciri-ciri akal yang tinggi seperti berikut:
* akal yang mampu memikirkan hakikat di luar objek-objek yang benar
* akal yang mampu menangkap makna di balik hal-hal yang biasa difahami.
* akal yang sanggup untuk menebus hakikat kebenaran dan kebaikan
* akal juga mampu untuk mengenal Allah, tidak hanya mengenal ciptaan-ciptaan -Nya sahaja.

 Ibadah akal yang saya maksudkan daripada ciri-ciri itu tadi itu akan membantu kita untuk mencegah kita dari :
* memudahkan kita menganggap pemikiran dan keyakinan kita sendiri yang benar.
* memudahkan kita untuk mengaggap pemikiran orang lain salah dan sesat.
* mudahnya kita diperdaya oleh pemikiran-pemikiran yang sesat dan salah
* mudahnya akal kita untuk menuruti bisikan-bisikan syaitan dan iblis dalam wujud hawa nafsu.

 Teknik-teknik lain untuk kita membiasakan diri dengan ibadah akal dan hati ialah kita perlu meninggalkan andaian atau pendapat atau anggapan. Sentiasa bentukkan diri kita dengan positif seperti :
 1) Pujian
 2) Sanjungan
 3) Penghormatan
 4) Perasaan senang
Jauhkan diri kita dari perkara respon negatif seperti :
 1) Hinaan
 2) Celaan
 3) Perlecehan
 4) Sindiran
 Firman Allah yang bermaksud: wahai orang yang beriman! Jauhilah kebanyakan dari sangkaan kerana dosanya sebahagian dari sangkaan itu adalah dosa. Surah al-hujurat 49:12.

 Selain itu, setelah saya memahami bab ini teknik lain yang perlu kita lakukan ialah mengasah kepekaan. Mengasah kepekaan ini sangat penting kerana perkara ini untuk memahami dan mengenal tanda-tanda kehidupan dan kematian. Orang yang memahami dan sedar tentang hidup mati ini akan mendapat darjat nafsu al-mutmainnah dan ini langkah kita untuk mendekati dengan Allah. Antara cara mengasah kepekaan diri ialah:
 1) Sentiasa meneliti dan memperhatikan tanda-tanda kehidupan dan kematian akal dan hati.
 2) Sentiasa meneliti dan memperhatikan tanda-tanda kehidupan dan kematian semesta.
 3) Merenungkan langkah-langkah yang perlu diambil sebelum melakukan tindakan.
 4) Berhati-hati dalam menjaga ucapan, sikap dan perbuatan yang tidak baik dan tidak benar.

 Kemudian bercerminkan diri juga menjadi salah satu langkah dalam membiasakan diri dengan aktiviti ibadah bawah sedar. Sikap perasaan malu juga penting untuk membiasakan diri untuk mendekati ibadah bawah sedar. Penting juga perasaan malu di dalam diri kita kerana
 1) kita perlu rasa malu terhadap diri kita ketika kita melakukan dosa dan maksiat
 2) Malulah kepada Allah S.W.T apabila anda sampai melanggar perintah-perintah -Nya dan melaksanakan segala larangan-Nya.

 Akhir sekali, penuhi masa kita sebagai manusia sering berzikir kepada Allah. Gantikan pembicaraan-pembicaraan kosong kita dengan zikrullah. Usir syaitan dan iblis dari diri kita dengan zikirullah. Dengan cara ini kita semakin dekat kepada Allah S.W.T dan keredaan-Nya.


KESIMPULAN
 Secara kesimpulannya, apa yang saya faham tentang buku ini adalah kebiasaannya apabila dengar perkataan khusyuk mesti kita ingat untuk mencapai khusyuk dalam solat. Tetapi sebenarnya khusyuk itu tidak hanya dalam ibadah solat sahaja tetapi ia lebih luas dan mendalam dalam setiap ibadah yang kita lakukan agar kesannya lebih lebih baik.

 Asas kepada khusyuk ialah kebersihan hati. Justeru, untuk khusyuk penekanan perlu diberikan kepada ibadah hati tanpa mengabaikan rukun-rukun yang berkaitan anggota badan. Malah, apa yang telah saya baca kandungan buku ini khusyuk itu adalah anugerah Allah kepada orang-orang yang terpilih kerana usaha dan doa mereka untuk mendapat anugerah itu daripada Allah S.W.T.

 Sesetengah orang berpendapat khusyuk itu hanya mampu dicapai melalui jalan kesufian iaitu dengan meninggalkan hal-hal dunia. Namun sebenarnya, sifat khusyuk itu tidak patut dianggap begitu kerana sebelum munculnya aliran sufi dan tariqat yang pelbagai itu, terlebih dahulu sifat khusyuk dalam konteks ibadah Islamiyyah sudah diajar oleh raja segala sufi dan tariqat. Raja itu ialah Nabi Muhammad SAW.

No comments:

Post a Comment