Sunday, October 21, 2012

Rahmat di sebalik dugaan

DISEDIAKAN UNTUK: USTAZ ABDUL AZIZ BIN HARJIN
DISEDIAKAN OLEH: MUSFIRAH BINTI MANSOR (2011929409) BMD2AC
TARIKH PENYERAHAN: 11 SEPTEMBER 2012

PENGHARGAAN
Assalamu’alaikum warahmatullahi wabarakatuh.
Segala puji bagi Allah SWT kerana dengan limpah kurnianya saya, Musfirah Binti Mansor telah berjaya menyiapkan kerja kursus ini dengan jayanya. Saya berterima kasih kepada kedua ibu bapa saya serta rakan taulan kerana menyumbangkan idea sedikit sebanyak kepada saya untuk menlengkapkan lagi kerja kursus ini.
Saya berharap semoga kerja kursus ini dapat memberi manfaat dan bimbingan kepada semua pelajar agar dapat memperolehi ilmu untuk menghadapi cabaran bagi meneruskan kehidupan didunia ini. Selain itu, tidak lupa juga kepada ustaz Abdul Aziz Bin Harjin yang telah banyak membantu saya memberi info- info baru kepada saya untuk dimuatkan didalam kerja kursus ini.Saya amat menghargai segala pertolongan yang telah dihulurkan kepada saya.
        Sekian Terima kasih.  

PENDAHULUAN
Saya Musfirah Binti Mansor dari kelas Bmd2ac berharap agar kerja kursus saya ini dapat diterima oleh semua golongan kerana ia dapat memberi manfaat kepada kita semua. Saya diberi tanggungjawab oleh ustaz Abdul Aziz Bin Harjin untuk menyiapkan kerja kursus ini dan saya telah memilih tajuk “ Petua Menghadapi Rintangan dan Dugaan “ dari buku berjudul “ Rahmat Disebalik Dugaan “. Tanpa dugaan tiadalah apa makna kita sebagai hambaNya, ini kerana, dugaan jualah yang dapat menguji kekuatan iman kita serta dapat menguatkan lagi iman kita bagi meneruskan kehidupan kita di dunia.
 Rintangan dan dugaan ini jugalah dapat mematangkan diri kita untuk menjadi pemimpin yang lebih berwawasan dan berpengalaman.Sesungguhnya rahmat Allah amat besar yang tersimpan disebalik dugaan bagi manusia yang tabah. Selain itu juga, ia dapat menghiasi peribadi dengan sifat kesabaran dan kesyukuran. InsyaAllah.

PETUA-PETUA MENGHADAPI RINTANGAN
1.    JANGAN BERPUTUS ASA DALAM BERDOA

Doa merupakan senjata bagi kita yang beragama Islam, walhal bagi yang beragama kristian juga mempunyai cara mereka tersendiri untuk berdoa. Walaubagaimanapun, agama Islam adalah agama yang benar dan sesungguhnya, Allah tidak akan pernah menghampakan hambaNya sendiri. Sedangkan, di dalam Al-Quran juga turut menyarankan agar setiap orang dianjurkan berdoa, akan tetapi tidak semua doa itu akan langsung dimakbulkan oleh Allah. Ada yang cepat dimakbulkan dan ada juga yang lambat dimakbulkan oleh Allah, janganlah kita berputus asa jikalau doa kita tidak dimakbulkan kerana Allah lebih mengetahui apa yang terbaik untuk hambaNya. Jika doa itu diterima oleh Allah maksudnya semua itu adalah atas kehendakNya dan kita sepatutnya harus bersyukur kepadaNya.

Firman Allah SWT:
“ Berdoalah kepadaKu, nescaya akan Aku makbulkan permohonanmu itu “.
( Al- Mukmin : 60 )
Ayat di atas menjelaskan bahawa Allah pasti akan mengabulkan semua permintaan hambaNya. Apabila kita ingin memohon doa kita juga disarankan mengikut tertib, adab dan cara yang betul agar doa kita dimakbulkan oleh Allah.

2.    MENGHADAP DAN BERSYUKUR KEPADA ALLAH

Dengan rasa syukur itu bererti seseorang itu telah mengikat nikmat yang diberikan oleh Allah agar tidak terlepas dan hilang. Demikianlah hendakNya kepada hambaNya agar kita selalu mengingatiNya dan bahawa kepada Dia jualah kita dikembalikan walaupun kembalinya itu secara paksa.
 Misalnya, orang yang sakit pada waktu sihat dia melupakan Allah tetapi kerana sifat kasih sayangNya Dia mengingatkan hambaNya dengan pelbagai dugaan seperti sakit agar hambaNya tidak melupakan Allah. Kita boleh bersyukur kepada Allah dengan pelbagai cara. Contohnya, bersyukur dengan hati, bersyukur dengan lisan, dan juga bersyukur dengan anggota badan.
Apabila kita bersyukur dengan hati, kita mengerti bahawa segala nikmat itu semuanya datang daripada Allah.

Firman Allah SWT:
“ Dan apa saja nikmat yang ada pada kamu, maka dari Allah – datangNya “.
 ( An – Nahl : 53 )
Apabila kita bersyukur dengan lisan, kita yakin dengan cara memperbanyakkan pujian kepadaNya dan selalu memperbaharui nikmat yang diterimanya.

Firman Allah SWT:
“ Dan terhadap nikmat Tuhanmu maka hendaklah kamu menyebut – yebutnya ( dengan bersyukur kepadaNya ) “.
( Adh – Dhuha : 11 )

Dan akhir sekali bersyukur dengan semua anggota, iaitu semua anggota menjalankan amal – amal soleh. Semua anggota badan mula dari hujung rambut hingga ke hujung kaki tidak digunakan untuk mengerjakan maksiat, akan tetapi hendaklah digunakan untuk menjalankan perbagai amal kebajikan.

Firman Allah SWT:
“ Bekerjalah hai keluarga Daud untuk bersyukur ( kepada Allah ) “.
( Saba ‘ : 13 )

3.    JANGAN BERPUTUS ASA DARI RAHMAT ALLAH

Kita sebagai makhluk Allah setiap saat dihujani rahmat dan nikmat yang tidak putus-putus dari Allah SWT. Sebagai bukti udara yang kita bernafas adalah rahmat dan nikmat Allah yang sangat besar nilainya. Oleh sebab itu, kita perlulah bersyukur atas rahmat yang diberikan walaupun sedikit.

FIRMAN ALLAH SWT:
“ Allah meluaskan rezeki dan menyempitkannya bagi siapa yang Dia kehendaki ”.

Setiap makhluk Tuhan yang banyak jumlahnya itu, setiap saat akan menerima rahmat dan nikmatNya yang tidak terhingga banyaknya. Lebih – lebih lagi makhluk Allah yang bernama manusia kerana boleh dikatakan bahawa seluruh alam ini dicipta Tuhan untuk keperluan kehidupannya. Kita sebagai manusia, janganlah mudah berputus asa kerana kita perlu banyak bersabar dan terus berdoa agar kita memperoleh rahmat dari Allah.
Kadangkala kesusahan dan kemiskinan ini telah menyebabkan sebahagian manusia menjadi berputus asa sehingga akhirnya menjadi kufur. Oleh sebab itu, Allah mengingatkan manusia supaya jangan terlalu mudah menjadi kufur kerana orang – orang sebegini akan susah memperoleh rahmat daripadaNya.

Firman Allah SWT:
“ Janganlah kamu berputus asa dari rahmat Allah, sesungguhnya orang yang berputus asa dari rahmat Allah ialah orang – orang yang kafir “. ( Yusuf : 87 )

Sifat terlalu cepat berputus asa adalah sifat yang sangat buruk dalam kehidupan manusia. Lebih – lebih lagi jika sifat putus asa itu menimpa generasi muda sekarang yang mempunyai masa hidup yang lama di dunia ini. Lebih teruk lagi, jika sifat putus asa itu menimpa seorang ibu ataupun bapa yang mempunyai ramai anak sehingga menjadikan hidup anak – anak itu dalam keadaan sia – sia sahaja. Selain itu, jika sifat ini menimpa pemimpin negara kita, pastinya negara kita akan menjadi huru-hara dan mengalami kegawatan ekonomi serta perpecahan kaum dan bangsa dalam negara itu.

4.    DUNIA SEBAGAI TEMPAT KESUSAHAN

Dunia ini penuh pancaroba, terdapat pelbagai dugaan dan cobaan dalam dunia ini. Selagi kita hidup di dunia ini, kita pasti tidak akan terlepas dari kesusahan dan rintangannya kerana kesusahan sudah menjadi sifat yang ditetapkan pada dunia ini. Oleh sebab itu, seseorang itu tidak sepatutnya mengharapkan kenikmatan dan kesenangan hati di dunia ini. Dunia ini juga tempat kesusahan, tempat kesedihan, tempat fitnah, dan tempah bencana.

Terdapat juga dua perkara yang tidak akan ditemukan di dunia ini, iaitu kesenangan dan kebahagiaan kerana keduanya itu hanya terdapat di syurga. Hanya orang – orang yang beriman sahaja yang akan mendapat kedua perkara itu kerana mereka mempunyai kekuatan iman yang kuat bagi menempuh dugaan hidup di dunia ini. Dalam pada itu, seseorang itu juga perlu mempunyai kekuatan mental yang kuat agar dapat menahan diri dari segala godaan hidup dan perlu yakin dengan Allah kerana hanya Allah yang akan menolong hambaNya mempeoleh kenikmatan serta kebahagiaan hidup di dunia dan di akhirat.


Firman Allah SWT : “ Sesungguhnya hanya orang – orang yang bersabarlah yang dicukupkan pahala mereka tanpa batas “. ( Az – Zumar : 10 )

5.    HANYA KEPADA ALLAH SEGALA HAJAT DIPOHONKAN

Sifat pemurah yang ada pada Allah itu dapat memutuskan dan dapat pula mengampuni. Ini kerana, Allah menepati janjiNya.Allah maha pemurah, hal ini terbukti Allah mengurniakan kepada sesiapa sahaja nikmat kurniaanNya sama ada mereka yang diberikannya nikmat taat atau ingkar akan perintahNya.
Justeru, sebagai hambaNya, janganlah meminta bantuan dan bergantung harap selain kepada Allah SWT.Contahnya, nikmat kesihatan, kecantikan dan kekayaan. Hanya kepada Allah dia wajib mengharap dalam menghilangkan sesuatu yang menimpa dirinya. Ketahuilah, sesungguhnya kaya, miskin, sihat dan lain-lain hanya dari Allah datangnya. Tidak ada kuasa mahupun daya yang sanggup menolaknya kecuali Allah sahaja.

FIRMAN ALLAH SWT :
“ Mengapakah dia mengharapkan kepada selain Aku dalam mengharapkan kepada selain Aku dalam menghadapi kesusahan, padahal kesusahan itu ada dia dalam kekuasaan-Ku dan hanya Aku yang dapat menyingkirkannya. Dia mengharapkan kepada selain Aku, dan mengetuk pintu selain pintuKu padahal pintu-pintu yang diharapkannya itu tertutup, hanya pintu-Kulah yang terbuka bagi siapa saja yang berdoa dan meminta kepada-Ku “.

6.    JANGAN MENUNTUT ALLAH ATAS TERLAMBATNYA PERMOHONAN DIMAKBULKAN
Orang yang berdoa adakalanya segera dikabulkan, dan adakalanya lambat. Seandainya ada orang yang berdoa, akan tetapi doanya itu tidak cepat dikabulkan, maka janganlah ia bersangka buruk kepada Allah dan berputus asa berharap padaNya kerana dalam segala perkara Allah selalu menuntut kehendakNya, bukan mengikuti kehendak orang yang berdoa.Oleh sebab itu juga, kita haruslah bersabar dan teruskan berdoa tanpa mengenal erti jemu ataupun mengalah dengan mudah.Seandainya Allah mengabulkan doa seseorang itu, pemberianNya itu adalah kerana anugerah dan kurniaNya, dan bukanlah kerana amal orang yang berdoa.Maka dengan itu, kita haruslah bersyukur atas kurniaan yang diberikan Allah tersebut.

Jika Allah lambat mengabulkan doa seseorang itu, mungkin ianya bergantung kepada sikap orang yang berdoa itu sendiri.Selain itu, mungkin dalam berdoa sangat kurang sopan santunnya seperti meminta agar doanya itu supaya cepat dikabulkan atau menggangap bahawa amal ibadah yang dikerjakannya telah banyak.Oleh hal yang demikian, ia bererti bahawa ia meminta balasan dari amal yang dikerjakannya, akan tertapi bukan kerana perintah Allah.

7.    BERTAFAKUR SETIAP SAAT TENTANG KENIKMATAN, KEKUASAAN DAN KELUASAN ILMU TUHAN.

Jika kita mahu bertafakur, kita hendaklah bertafakur itu dijadikan wirid baik di waktu siang mahupun malam, tentukanlah dan tetapkanlah bertafakur itu setiap saat ataupun beberapa saat.Selain itu, sebaik – baiknya waktu untuk bertafakur itu adalah pada waktu yang sepi, sunyi dan dengan hati yang penuh dengan kejernihan dan keikhlasan, agar kita memperoleh hasil di dalam hati, seperti waktu tengah malam.

Jika kita mahu memikirkan, maka kita tentu mengetahui bahawa diri kita termasuk keajaiban ciptaan Allah.Oleh sebab itu, bertafakurlah kita terhadap diri kita sendiri.

FIRMAN ALLAH SWT

“ Dan di bumi terdapat tanda – tanda ( kekuasaan Allah ) bagi orang – orang yang yakin, dan juga pada dirimu sendiri.Maka apakah kamu tidak memperhatikan? “.
( Az – Zariyat : 20 – 21 )

Bertakafur juga terdapat pelbagai jenis dan caranya seperti :          
1)    Bertakafur akan nikmat dan kurniaan Allah.
2)    Bertakafur akan ilmu Allah dan pengawasannya.
3)    Bertakafur dalam ibadah.
4)    Bertakafur tentang kehidupan dunia dan bahayanya.
5)    Bertakafur akan datangnya kematian.
6)    Bertakafur akan akhlak yang baik serta amal yang ikhlas.
8.    HAK – HAK WAKTU YANG TIDAK MUNGKIN DAPAT DIGANTI.

Kewajipan dalam waktu terdiri daripada empat perkara iaitu:

1.    Waktu menerima nikmat
•    Kewajipan pada waktu menerima nikmat adalah bersyukur.

2.    Waktu ditimpa bencana, cubaan ataupun musibah

•    Kewajipan pada waktu ditimpa bencana adalah bersabar dan ikhlas atas cubaan yang diberikan itu.


3.    Waktu taat

•    Kewajipan pada waktu taat ialah mengerti bahawa ketaatan itu adalah suatu kenikmatan pemberian Allah.Oleh itu, janganlah sampai menyangka bahawa ketaatan itu adalah semata – mata kerana usaha kita sendiri, tanpa nikmat Allah di dalamnya.


4.    Waktu mengerjakan maksiat

•    Kewajipan pada waktu mengerjakan maksiat adalah bertaubat serta memohon ampun kepada Allah supaya dosa – dosa kita dapat dihapuskan serta taubat kita diterima Allah.

Justeru itu, janganlah kita melengahkan waktu tanpa melakukan amal soleh, kerana waktu yang berlalu itu tidak akan kembali lagi.Jikalau terdapat orang yang membiarkan waktu berlalu tanpa melakukan amal soleh bererti dia akan ditimpa kerugian kerana tidak dapat mengulangi waktunya yang telah berlalu itu untuk melakukan ibadah kepada Allah.

Tambahan pula, dengan amal solehnya itu, orang akan memperoleh keuntungan yang selama- lamanya abadi dan tidak akan rosak.Oleh sebab itu, bagi orang – orang soleh, mereka sangat berhati – hati dalam menjaga waktu mereka supaya mereka dapat beramal ibadah sebaik dan sebanyak mungkin kepada Allah s.w.t.
KESIMPULAN

Berdasarkan tajuk – tajuk dan tajuk kecil yang telah saya huraikan di dalam kerja kursus ini, saya telah dapat mempelajari dan memahami pelbagai perkara berkaitan “ Petua Menghadapi Rintangan” itu sendiri.Saya dapat mengetahui cara – cara ketika memohon doa kepada Allah, adab – adabnya serta dapat juga mempelajari pelbagai lagi perkara - perkara baru yang sebelum ini tidak saya ketahui.

Dalam masa yang sama, kita sebagai muslimin dan muslimat perlulah bersabar dalam menghadapi dugaan dan ujian daripada Allah kerana setiap ujian yang diberikan olehNya pasti mempunyai hikmah dan perkara yang lebih baik di masa hadapan.Di samping itu, kita haruslah bersyukur di atas musibah yang di turunkan oleh Allah kerana di dalam hadis ada menyatakan bahawa orang yang mendapat musibah adalah orang yang disayangi oleh Allah s.w.t.

Akhir kata, saya ingin mengucapkan ribuan terima kasih kepada pensyarah, ibubapa serta rakan – rakan seangkatan saya yang telah banyak membantu saya dalam menyiapkan kerja kursus ini


No comments:

Post a Comment