Sunday, October 21, 2012

Amaran Mengabaikan Solat

DISEDIAKAN UNTUK :
Ustaz Abdul Aziz bin Harjin
Pensyarah CTU151

DISEDIAKAN OLEH :
Zurhanim Azreen Bt Zulkiple
2011793915

TARIKH :
13 September

AMARAN MENGABAIKAN SOLAT
Pengertian solat dalam bahasa arab ialah doa memohon kebajian dan pujian. Para ulama sepakat bahawa meninggalkan solat fardu dengan sengaja adalah dosa besar. Dosanya lebih besar daripada merompak, mencuri, minum arak, berzina, bahkan lebih besar daripada dosa membunuh orang. orang yang meninggalkan solat dengan sengaja akan sengsara di dunia, mendapat murka Allah dan akan diazab dengan pedih di akhirat kelak. ada para ulama berpendapat bahawa hukuman meninggalkan solat mesti dibunuh atau tidak. Antara ulama yang mengatakan wajibnya dibunuh orang yang meninggalkan solat dengan sengaja termasuklah Imam Syafii, Sufyan bin Sa’id, Abu Amr Al-Auza’iy, Abdullah bin Al-Mubarak, Hammad bin Yazid, Waki’ bin Jarrah, Malik bin Anas, Ahmad bin Hambal dan Ishak bin Rahwiyah. Ulama-ulama yang disebutkan tadi berlainan pendapatnya tentang cara membunuhnya. Kebanyakan mereka berpendapat dibunuh dengan pedang, yakni dipancung lehernya. Sebahagian pengikut Syafii mengatakan dipukul dengan kayu sampai dia mahu mengerjakan solat atau sampai dia mati. Menurut Ibnu Syuraih dicucuk dengan pedang sehingga mati kerana yang demikian itu lebih besar kemungkinan dia mahu bertaubat. Ulama yang mengatakan dibunuh dengan pedang atau dipancung mengambil dalil dari hadis yang mengatakan;
‘Sesungguhnya Allah mewajibkan berbuat baik dalam segala hal, oleh itu apabila kamu membunuh, maka baikkanlah cara membunuhnya. ’
Membunuh dengan cara pancung adalah sistem yang paling baik dan segera mati. Cara membunuh orang yang murtad pun dengan cara pancung, bukan dicucuk, Sedangkan orang yang berzina direjam dengan cara melemparinya dengan batu tujuannya supaya seluruh tubuhnya menikmati kelazatan ketika dia melakukan zina itu. Selain itu, pembunuhan seperti itu dianggap yang paling menghinakan. naluri melakukan zina merupakan dorongan yang paling kuat dibandingkan dengan keinginan untuk melakukan jenayah lainnya. Itulah sebabnya hukumannya dianggap sebagai yang paling berat. Atau mungkin mengingatkan kita terhadap hukuman yang diberikan Allah terhadap kaum Lut. Kaum Nabi Lut yang mengerjakan zina juga direjam dengan batu. Ulama yang mengatakan tidak dibunuh ialah Ibnu Syihab, Al-Zuhri, Sa’id bin Al-Musayyab, Umar bin Abdul Aziz, Abu Hanifah, Daub bin Ali dan Al-Muzaniy. Menurut mereka orang yang meninggalkan solat dengan sengaja dikurung sehingga mereka bertaubat atau mati sendiri. mereka berpendapat sedemikian berdasarkan hadis;
‘aku disuruh membunuh manusia sehingga mereka mengatakan Lailaha Illahllah. kalau mereka sudah mengucapkan yang demikian, selamatlah mereka daripadaku, yakni harta mereka dan darah mereka, kecuali dengan haknya[ada sebab lain yang membolehkan mereka dibunuh]’
Dari Ibnu Mas’ud, katanya Rasulullah SAW bersabda;
‘Tidak halal darah seseorang muslim[tidak boleh dibunuh]yang mana ia telah mengakui bahawa tidak tuhan melainkan Allah dan bahawa saya adalah rasul Allah kecuali dikeranakan tiga sebab, iaitu orang yang berzina sedangkan dia sudah berkahwin, orang yang membunuh orang, orang yg murtad atau meninggalkan jemaah Islam’
Menurut mereka, orang yang meninggalkan solat tidak dibunuh kerana solat itu termasuk syariat amaliah[bukan masalah akidah]. Jika tidak dibunuh sebagaimana juga tidak dibunuh orang yang meninggalkan puasa, zakat dan haji.
 Orang-orang yang mengatakan wajibnya dibunuh orng yang meninggalkan solat berdasarkan firman Allah SWT;
“Maka bunuhlah orang-orang musyrik itu di mana saja kamu jumpai mereka, dan tangkaplah mereka. Kepunglah mereka dan intailah di tempat pengintaian. Jika mereka bertaubat dan mendirikan solat dan menunaikan zakat, maka berilah kebebasan kepada mereka untuk berjalan. ”
Kelompok yang mengatakan tidak wajib membunuh orang yang meninggalkan solat mengatakan orang yang bertaubat dari kemusyrikannya tidak boleh dibunuh lagi sekalipun dia tidak mengerjakan solat dan membayar zakat. Tapi ini bertentangan dengan zahir nas Quran.
Dari Abu Hurairahkatanya Rasulullah SAW bersabda “Aku disuruh memerangi manusia sehingga mereka mengakui bahawa tiada tuhan melainkan Allah dan Muhammad utusan Allah dan juga sehingga mengerjakan solat dan membayar zakat. Kalau sudah sedemikian haramlah kepadaku darah dan harta mereka dan Allahlah yang yang menghisab mereka. ”
Rasulullah telah mengatakan bahawa beliau disuruh membunuh mereka sehingga mereka mengerjakan solat. Dari situ kita mengambil kesimpulan bahawa mereka tidak boleh dibunuh kalau sudah mengucap dua kalimah syahadat serta menunaikan solat dan zakat. Bererti orang yang tanpa demikian boleh dibunuh. Orang yang meninggalkan solat, sekalipun dia tidak sampai kafir, tetapi dia sudah meninggalkan tiang agama, Padahal Iman Ahmad sendiri ada mengatakan “Ada disebutkan dalam hadis bahawa orang yang meninggalkan solat tidak ada bahagiannya dalam Islam. ”Imam Ahmad juga mengatakan; “Menurut hadis Nabi solat merupakan tiang agama. Tidakkah anda tahu jika tiang khemah path atau tumbang akan robohlahlah khemahnya?Begitulah keadaan agama dan solat seseorang. Ada juga hadis mengatakan bahawa amal seseorang yang pertama sekali disoal di hari akhirat kelak adalah ibadah solatnya. Jika ibadah solatnya diterima, maka diterimalah ibadahnya yang lain. Jika ibadah solatnya tidak diterima, maka tidak diterimalah ibadah-ibadahnya yang lain. ”Solat merupakan yang awal dan akhir dalam Islam. Segala sesuatu yang hilang awal dan akhirnya bererti hilang semuanya. Jika sudah hilang solat seseorang bererti kosong agamanya.
 Sebagaimana khilaf ulama tentang dibunuh atau tidaknya orang yang meninggalkan solat, begitu juga timbul pencegahan pendapat sama ada disuruh bertaubat terlebih dahulu atau tidak. menurut pendapat yang paling masyur disuruh bertaubat terlebih dahulu. Yang berpendapat seperti ini termasuk Imam Syafii, Ahmad dan salah satu qaul mahzab Malik. Menurut sebahagian mereka [pengikut Malik] tidak perlu disuruh bertaubattetapi terus saja dijatuhkan hukuman bunuh. Alasan mereka kerana hukuman itu merupakan hokum hudud yang tidak lepas dari hukuman sekalipun orangnya sudah bertaubat, seperti hukuman berzina dan mencuri. Jadi hukuman hudud sabit disebabkan meninggalkan solat dan tidak gugur dengan sebab taubat, yakni kalau kesnya sudah sampai ke Mahkamah. Demikian menurut pendapat yang mengatakan orangnya dibunuh sebagai hukuman hudud. Sedangkan bagi kelompok yangmengatakan dibunuh kerana orang yang meninggalkan solat itu sudah dianggap kafir, perlu disuruh bertaubat. Ini sama dengan orang yang murtad, jika dia kembali masuk Islam, maka gugurlah hukum bunuh. Para ulama sependapat bahawa taubat orang murtad, tidak membayar zakat dan sebagainya akan sentiasa diterima Allah berdasarkan firman-Nya.
“Katakanlah kepada orang-orang yang kafir itu jika mereka berhenti dari kekafiran nescaya Allah akan mengampuni mereka tentang dosa-dosa mereka yang sudah lalu. ”surah Al-Anfal ayat 38.
Riwayat Mu’az bin Jabal, katanya Rasulullah SAW ada bersabda:
“Sesiapa yang meninggalkan solat fardu dengan sengaja, maka sesungguhnya lepaslah daripadanya tanggungan Allah. ”[H. R. Ahmad dalam Musnadnya]
Ini memang jelas kerana jika seseorang disuruh mengerjakan solat masih pada waktunya, lalu dia mengatakan tidak mahu solat padahal tidak ada uzur baginya, maka zahirlah keengganan pada waktu yang berlanjutan. Dalam keadaan seperti itu bolehlah membunuhnya.
Orang yang meninggalkan solat keseluruhannya bererti amalannya yang lain tidak diterima, sebagaimana tidak diterima amalan orang syirik. Solat merupakan tiang agama. Jika sesebuah bangunan tidak ada tiangnya tentu dinding, atap dan yang lain tidak ada fungsinya. Terima atau tidak segala jenis amalan ditentukan oleh solat. Bagi yang orang yang meninggalkan satu-satu waktu maka ada hadis yang mengatakan;
“Segerakanlah mengerjakan solat Asar. Orang yang meninggalkan solat Asar bererti telah hapus amalnya”[H. R. . Bukhari]
 Bermacam-macam pendapat mengenai hadis ini. Al-Mulhib berkata yang bermaksud orang yang meninggalkan solat Asar kerana mengangap ringan fadilat waktunya. Padahal dia sanggup mengerjakannya, bererti hapus amalannyapada solat Asar itu. Amalnya tidak diangkat oleh malaikat yang naik pada waktu Asar itu. Bererti bukan maksudnya hilang amal-amal yang dia sudah kerjakan sebelumnya. Ada juga yang mengatakan sesiapa yang meninggalkan solat Asar akan hapus segala amalannya pada hari berkenaan.
Dalam hadis yang lain Rasulullah SAW bersabda;
“Orang yang tidak dapat mengerjakan solat Asar seperti orang yang kehilangan keluarga dan hartanya.
Ini sebagai perbandingan hilangnya amalnya disebabkan meninggalkan solat Asar. Seolah-olah Rasulullah SAW menyerupakan amal-amal itu dengan harta dan keluarga. Orang yang meninggalkan solat Asar samalah seperti orang yang mempunyai harta dan keluarga kemudian dia pergi keluar meninggalkannya, Setelah dia pulang didapatinya semua keluarganya sudah mati dan hartanya sudah hangus atau hilang.
 Orang yang meninggalkan solat tanpa sengaja disebabkan tertidur atau lupa seperti mengerjakan solat zuhur dan asar pada waktu malam dan begitulah sebaliknya. . Dari Anas bin Malik, katanya Rasulullah SAW bersabda:
“Sesiapa yang tidak mengerjakan solat kerana tertidur atau lupa, maka kifaratnya cukup dengan mengerjakannya apabila mengingatnya. [H. R. Muslim]
 Dari Abu Hurairah, beliau berkata pada satu ketika Rasulullah SAW bersama sahabat-sahabatnya terpaksa menempuh kegelapan malam ketika pulang dari peperangan Khaibar. Tatkala Rasulullah SAWmerasa mengantuk, beliau berkata kepada Bilal “Malam sudah larut dan kita sudah pun sudah mengantuk. ”Rasulullah SAW bersama para sahabatnya tidur sementara Bilal masih mengambil kesempatan untuk mengerjakan solat malam. Di malam yang hening dan menjelang Fajar itu Bilal merebahkan tubuhnya dan bersandar pada tempat barang-barang dan tertidur. Fajar menyingsing menandakan masuknya waktu Subuh. Rasulullah SAW bersama para sahabatnya termasuk Bilal, tidur dengan nyenyaknya kerana badan yang yang terlalu letih. Setelah matahari memancarkan cahayanya, Rasulullah SAW terbangun. Baginda segera mendekati Bilal dan berkata kepadanya: “Bagaimana ini Bilal?” Bilal menjawab “Demi Allah berlaku kepada diriku apa yang berlaku kepadamu ya Rasulullah. ”Rasulullah SAW berwuduk kemudian menyuruh Bilal membaca iqamat kemudian mengerjakan solat Subuh berjemaah bersama para sahabat. Selesai solat, Rasulullah SAW bersabda “Sesiapa yang lupa mengerjakan solat hendaklah dia mengerjakannya tatkala ia mengingatinya, kerana Allah SWT ada berfirman “
“Dan dirikanlah solat kerana mengingati-Ku”
 Dalam Sahih Muslim ada riwayat yang diterima dari Abu Qatadah mengatakan; “Ada orang-orang yang menceritakan keadaan mereka yang tertidur sehingga tidak memgerjakan solat. Mendengar yang demikian Rasulullah bersabda:
“Sesungguhnya tidak ada dalam tidur itu kelalaian, Yang dianggap lalai itu adalah orang yang tidak mengerjakan solat sehingga datang waktu yang lain. ”
 Di kalangan para ulama terdapat dua pendapat tentang wajib diqada dengan segera atau boleh ditangguh. Menurut pendapat yang lebih kuat wajib diqada dengan segera. Ini adalah pendapat jumhur ulama. Di antara mereka ialah Imam Abu Hanifah, Malik dan Ahmad. Menurut zahir mazhab Syafii boleh ditangguhkan. Alasan mereka kerana Rasulullah SAW pun tidak mengqadanya di tempat beliau terbangun itu. Dalam hadis riwayat Abu Qatadah dikatakan tatkala mereka telah bangun, Rasulullah SAW berkata naiklah ke atas tunganggan. Maka kami pun naik dan berjalan. Setelah matahari sudah mulai tinggi, beliau mengarahkan kami berhenti. Beliau berwuduk kemudian menyuruh Bilal azan. Setelah itu beliau dengan kami semua mengerjakan solat Subuh.
 Hadis Nabi:
“Sesiapa yang lupa mengerjakan solat hendaklah dia mengerjakannya apabila dia mengingatinya”
Firman Allah SWT;
“Dan dirikanlah solat kerana mengingati-Ku”[Taha, 14]
Ini jelas menunjukkan wajibnya mengqada dengan segera. Kata mereka alasan yang digunakan oleh orang-orang yang mengatakan boleh ditangguhkan itu pun tidak tepat. Rasulullah SAW hanya menangguhkan sedikit. Mungkin beliau mencari tempat yang lebih baik disamping menunggu jemaah yang lain supaya lebih ramai dan lebih besar pahalanya. Secara umum perintah Allah wajib dikerjakan dengan segera.
Menurut pendapat satu golongan dari ulama salaf dan khalaf, orang yang sengaja menangguhkan-nangguhkan solat sehingga habis waktunya, padahal tidak ada uzur yang memaksa menangguhkannya, maka tidak ada jalan baginya untuk mendapatkan solatnya itu semula. Dia tidak mungkin lagi untuk menqadanya untuk selamanya dan tidak diterima sekiranya dia qada. Tetapi tidak ada percanggahan pendapat di antara ulama tentang taubat nasuha. Maksudnya dengan taubat nasuha segala dosanya akan terampun, termasuk orang yang meninggalkan solat dengan sengaja. Golongan yang mewajibkan qada berkata bahawa sebagaiman orang yang meninggalkan solat kerana lupa atau tertidur disuruh mengqadanya, maka orang yang meninggalkannya dengan sengaja lebih ditekankan lagi untuk mengqadanya. Dalam kes Rasulullah SAW bersama para sahabatnya tidak ada yag terbangun ketika masuknya waktu Subuh memang sengaja dibuat Allah untuk menunjukkan hukumnya kepada umat. Kalau orang yang tertidur pun disuruh mengqadanya, maka orang yang sedar lebih ditekankan lagi.
 Adapun solat yang memang lima waktu memang ada nasnya bahawa bagi orang yang tertidur atau lupa boleh mengerjakannya sebaik sahaja menyendarinya. Begitu juga Rasulullah SAW membolehkan menjamak solat bagi orang musafir, berpenyakit atau kesibukan yang dibolehkan menjamak. Kalau dijumpai keadaan seperti ini boleh dikerjakan pada waktu lain. Kalau tidak, tidak boleh menurut ittifaq ulama. Bahkan orang yang menangguhkannya ke waktu yang lain berdosa besar. Solat dalam waktunya wajib dalam segala hal, sehingga terkadang dimaafkan tidak melengkapi syarat atau rukun. Ini menunjukkan bahawa waktu didahulukan daripada syarat dan rukun menurut ketentuan Allah dan Rasul-Nya.
Allah SWT telah memberi ancaman keras bagi orang yang melengahkan-lengah solat sehingga habis waktunya dengan firman-Nya:
“Maka celakalah bagi orang-orang yang solat, iaitu orang-orang yang lalai dari solatnya”[Al-Ma’un, 4-5]
Para sahabat nabi mentafsirkan menyia-yiakan solat dengan melengahkannya sehingga habis waktu. Ia dianggap sebagai melanggar batas-batas ketentuan Allah.
 Dari Ibnu Abbas, katanya Rasulullah SAW pernah musafir bersama sahabat-sahabatnya. Kerana lambat tidur, mereka bangun apabila matahari memancarkan cahayanya. Sebaik sahaja terbangun, Rasulullah SAW menyuruh Bilal azan kemudian mereka mengerjakan solat Subuh. Rasulullah berbuat demikian adalah untuk menunjukkan kepada sahabat-sahabatnya bahawa Allah sebenarnya menghendaki supaya solat itu dikerjakan pada waktunya, tetapi kalau tidak dikerjakan pada waktunya, boleh diqada sebaik sahaja mengingatinya, sama ada tidak solat kerana lupa, tidur atau sengaja ditinggalkan. Orang yang lupa dan tidak lupa sama hukumnya tentang wajib mengqada. Namun demikian ada perbezaannya tentang dosa. Orang yang lupa tidak berdosa sama sekali sedangkan orang yang tidak lupa akan menanggung dosa.
Dalam dalil yang lain, waktu peperangan Rasulullah SAW bersama sahabat-sahabatnya tidak mengerjakan solat Zuhur dan Asar sehingga terbenam matahari. Ini kerana sibuknya menghadapi ancaman kaum musyrikin. Mereka tidak mengerjakan solat Zuhur dan Asar[pada waktunya] bukan kerana mereka tertidur dan bukan disebabkan lupa. Bukan juga kerana terjadinya peperangan tetapi kerana bersiap-siap mrnghadapi musuh.
 Dari Abi Qatadah, katanya Rasulullah SAW bersabda;
“Yang dikatakan lalai ialah orang yang tidak mengerjakan solat sehingga masuk waktu yang lain”
“Orang yang tertidur tidak dikatakan lalai. Yang dikatakan lalai hanyalah orang yang tidak mengerjakan solat sehingga masuk waktu yang lain. ”
Rasulullah SAW mengistilahkan mereka dengan lalai. Orang yang lalai bererti bukan ada uzur, ertinya bukan tertidur, bukan lupa dan bukan ada halangan yang menyebabkannya tidak sanggup mengerjakan solat. Ertinya mereka tidak sama dengan orang yang tidur, lupa atau uzur. Rasulullah SAW membolehkan orang-orang yang lalai mengqada solatnya.
Dalam riwayat Abu Qatadah juga ada dikatakan bahawa Rasulullah SAW bersabda;
“Apabila sudah muncul hari esok, hendaklah dia mengerjakan solat yang tinggal ini pada waktunya. ”
Ini lebih jelas dan kuat lagi tentang wajibnya orang lalai mengqada solatnya ketika dia mengingatinya Sudah maklum bahawa orang yang mengqada solatnya yang tinggal bererti dia telah bertaubat daripada mensia-siakannya.
Allah berfirman:
“Dan sesungguhnya aku Maha Pengampun bagi orang yang bertaubat, beriman, beramal salih kemudian tetap di jalan yang benar. ”[Taha, 82]
Orang yang bertaubat dari mensia-siakan solat tidak sah taubatnya kecuali dengan mengqada atau menggantinya, sebagaimana tidak sah taubat orang yang mempunyai hutang kepada manusia kecuali dengan membayarnya. Orang yang mengqada solatnya yang tinggal bererti dia telah bertaubat dan beramal salih. Dan Allah SWT tidak menghampakan pahala orang-orang yang melakukan amal solih. Solat merupakan sukatan. Sesiapa yang mengerjakannya dengan sempurna bererti disempurnakan baginya.
 Kesimpulannya, solat merupakan kewajipan kepada seluruh umat islam. Kita tidak boleh melengahkan solat kerana boleh mendatangkan kemurkaan kepada Allah SWT. Solat merupakan satu permohonan serta satu percakapan antara makluk dengan penciptanya. Solat juga merupakan tonggak kejayaan kepada pembangunan umat Islam sekarang. Oleh itu, merupakan kerugian bagi seseorang yang meninggalkan solat. Jika kita tidak menyempurnakan solat dengan betul bagaimankah Allah SWT menilai amalan kita. Malahan bagi orang yang meninggalkan solat akan menghadapi sakratul maut dalam keadaan hina, dia juga meninggal dalam keadaan lapar dan sangat haus. Mereka juga pada hari Kiamat kelak akan dibelenggu oleh malaikat, Allah tidak akan memandang dengan kasih saying dan tidak akan mengampun dosa-dosanya.
“Rasulullah diperlihatkan pada suatu kaum yang membenturkan kepala mereka kepada batu. Setiap kali benturan itu menyebabkan kepala pecah, kemudian ia kembali pada keadaan semula dan mereka tidak terus berhenti melakukannya. Lalu Rasulullah SAW bertanya “Siapakah ini wahai Jibril?”. Jibril menjawab “Mereka ini orang yang brat kepalanya untuk menunaikan solat fardu”

No comments:

Post a Comment