Sunday, October 21, 2012

Haji dan Umrah

DISEDIAKAN OLEH : MAS MAZLIYANA AISYAH BINTI MOHD YUSOF(2011791615)
DISEDIAKAN UNTUK ; USTAZ ABDUL AZIZ BIN HARJIN
 (PENSYARAH PENDIDIKAN ISLAM)
PROGRAM : BM111 (BMD2AC)
TARIKH HANTAR :

ABSTRAK
Takrif/maksud haji dan umrah sering dilupakan. Hal ini kerana mungkin kita belum diberi peluang untuk ke sana, atas sebab-sebab tertentu. Mungkin amalan - amalan kita belum mencukupi atau kewangan yang belum mencukupi. Haji dari segi bahasa ialah berziarah. Sesetengah ulamak pula, haji pula bermaksud menuju ke suatu tempat. Dari segi syarat pula, haji bererti mengunjungi baitulmal di Makkah untuk melakukan beberapa amal ibadah pada bulan haji dengan rukun dan syarat tertentu sebagai perlaksanaan Rukun Islam yg kelima. Ibadah haji adalah puncak pengabdian insan muslim terhadap Allah SWT. Setelah ia memenuhi tuntutat anggota tubuh badan yakni solat, menundukkan hawa nafsu menerusi puasa (bulan Ramadan) dan memenuhi kewajipan ke atas hartanya menerusi amalan berzakat. Menunaikan fardu haji adalah wajid bagi mereka yang berkuasa di sini bermaksud berupaya melakukan ibadah haji sama ada secara sendiri atau melalui pertolongan orang lain. Umrah dari segi bahasa bermaksud mengimarah. Imarah adalah menziarahi Kaabah dengan melakukan tawaf dan saei. Umrah ialah ibadat mengunjungi kaabah dalam keadaan ihram(memakai pakaian ihram dan berniat umrah), dengan melakukan ibadah tawaf, saei dan bercukur.
“berkuasa sendiri” bermakna :
1.    Mampu menyediakan perbelajaan menunaikan ibadah untuk diri sendiri dan nafkah untuk keluarga sepanjang peninggalannya
2    Mempunyai kenderaan untuk perjalanan pergi balik, sama ada menyewa / membeli atau sebagainya.
3    Aman perjalanan bagi diri dan harta daripada gejala penyakit, peperangan, bencana alam dan sebagainya.
4    Memiliki tubuh badan yang sihat
5    Mempunyai kelapangan masa seperti cuti, bebas daripada kongkongan
6    Jika perempuan, hendaklah pergi bersama mahram atau suaminya atau bersama perempuan lain yang dipercayai
“Berkuasa dengan pertolongan orang lain”
•    “berkuasa dengan pertolongan orang lain” bermaksud seseorang yang telah cukup syarat untuk bermusafir menunaikan haji tetapi tidak berupaya berbuat demikian kerana terlalu tua atau dtimpa keuzuran yang tidak mempunyai harapan untuk hidup.

PENDAHULUAN
Setinggi – tinggi kesyukuran dipanjatkan kepada Allah S. W. T di atas izin dan taufiknya, tujuan saya menulis esei ini adalah untuk mempelajari ilmu agama berkaitan haji dan umrah. Hikmah mergerjakan haji bersesuaian dengan firman Allah SWT Bermaksud :“dan maklumkanlah kepada mereka supaya mengerjakan haji, nescaya mereka akan datang kepada engkau dengan berjalan kaki dan mengenderai uta yang kurus mereka dating dari segenap ceruk penjuru atau pelusuk yang jauh(seluruh dunia)” (surah al-hajj:27). Ibadah haji dilakukan di makkah pada suatu tempoh yang dihadkan(bulan haji) menemukan umat islam di pelbagai tempat, berlainan warna kulit, bahasa dan kebudayaan. Pertemuan raksasa umat islam sedunia ini adalah untuk memenuhi undangan sebagai “tetamu’ Allah dalam menghidupkan satu suasana persaudaraan islamsejatiberserta bertekad dan keimanan yang bulat dann teguh terhadap Allah. Pertemuan ini membuktikan bahawa umat islam semuanya sama sebagai “tetamu” Allah. Berpakaian ihram putih melambangkan kesamarataan, tidak menilai pangkat, kekayaan dan keturunan seseorang apabila ia dating menunaikan ibadah haji. Mengunjungi Baitullah atau rumah Allah ini adalah untuk menyaksikan sendiri bagaimana kesan perjuangan para rasul terutamanya Nabi Ibrahim a. s, Nabi Ismail a. s dan Rasulullah SAW menegakkan syariat Allah. Di samping itu, umat islam dapat menghayati sendiri kesan-kesan tempat bersejarahseperti Bukit Uhud (kesan peperangan menegakkan islam), Gua Thur(tempat pertama Rasulullah SAW satu lambang perhimpunan menegakkan syariat Allah. Juga disifatkan setengah ulama bahawa ibadah haji ini khususnya berwukuf di padang Arafah sebagai satu lambangperhimpunan manusia pada hari akhirat nanti, menunggu pengadilan Allah atas segala perbuatan yang telah dilakukan di dunia. Ibadah haji menyemaikan keinsafandi kalangan umat islam bahawa mereka pasti akan kembali menemui Allah suatu hari kelak dengan tidak akan membawa bersama harta, pangkat dan anak pinak kecuali iman, islam, amal kebaikan dan takwa. Jika diberi peluang untuk beribadat di tanah suci Makkah, saya pasti akan manfaatkan waktu itu.

RUKUN UMRAH
1.    Memakai ihram beserta nit seperti “sengaja aku mengerjakan umrah dan berihram aku dengannya kerana Allah taala.
2.    Tawaf mengelilingi Kaabah sebanyak tujuh kali.
3.    Sa’i di antara safa dan marwah sebanyak tujuh kali.
4.    Bercukur.
5.    Tertib.
WAJIB UMRAH
1.    Ihram di miqat.
2.    Menjauhkan larangan-larangan ketika berihram.
Sunat umrah
•    Segala perkara-perkara sunat bagi ibadah haji merupakan perkara-perkara sunat ibadah umrah
Miqat zamani umrah
•    Miqat zamani umrah ialah sepanjang tahun kecuali pada hari-hari tasyrik dan ketika mengerjakan ibadat haji di arafah sehingga selesai segala rukun dan wajib haji
Miqat makani umrah
•    Miqat makani umrah sama seperti miqat haji kecuali bagi orang berkeinginan mengerjakan umrah dari makkah maka miqat mereka ialah di tanah halal.

PERBEZAAN HAJI DAN UMRAH
Terdapat perbezaan antara haji dan umrah, khasnya yang berkaitan dengan waktu dan tempat. Haji pada syarak ialah mengunjungi Baitullah al-Haram pada bulan-bulan haji mulai 1 syawal hingga terbit fajar mulai 1 syawal hingga terbit fajar 10 zulhijah kerana mengerjakan tawaf di sekeliling kaabah, sa’i di antara Bukit safa dan marwah serta wuquf di arafah, menurut syarat-syarat serta menunaikan segala rukun dan wajibnya.
Umrah pula boleh dikerjakan bila-bila masa sepanjang tahun kecuali bagi orang yang berihram haji. Umrah tidak ada wuquf, bermalam di muzdalifah membayar dam dan melontar jamrah.
Wajib menunaikan haji sekali seumur hidup, dan juga bagi umrah. Sunat dikerjakan berulang- ulang kali.
Haji dan umrah difardukan ke atas setiap orang islam yang baligh, berakal, merdeka (bukan hamba) dan berkuasa sama ada lelaki atau perempuan.
SYARAT WAJIB MENGERJAKAN HAJI
1.    Islam ( tidak wajib dan tidak sah haji orang yang bukan islam)
2.    Berakal (tidak wajib bagi orang gila dan bodoh)
3.    Baligh ( tidak wajib haji bagi kanak-kanak)
4.    Merdeka (tidak wajib haji bagi hamba sahaya)
5.    Berkuasa ( tidak wajib bagi orang yang tidak berupaya)
JENIS-JENIS HAJI
Haji ifrad dikerjakan dengan berniat mengerjakan haji dan umrah secara berasingan. Umrah tidak dikerjakan dalam bulan-bulan haji (atau tidak dikerjakan langsung). Mula-mula, dikerjakan ibadah haji hingga selesai dengan tahalul (melepaskan diri daripada larang sesama berihram). Setelah uhram dan bebas berbuat segala yang terlarang(semasa berihram), berpakaian ihram semula untuk mengerjakan umrah samapi bertahlul.
Haji tamattu’(haji bersenang-senang) ialah mendahulukan ibadah umrah sampai bertahlul. Setelah membuka ihram, bebas pula membuat perkara yang disukai. Bila tiba masa untuk wuquf di arafah pada 9 zulhijah, ihram dipakai semula dan ibadah haji pula dikerjakan hingga selesai. Namun mereka yang mengerjakan haji secara tamattu’ ini dikenakan “dam” (denda) kerana mengerjakan umrah dalam bulan haji tahun yang sama, kerana meninggalkan ihram setelah berihram mulanya dan tidak keluar ihram ke satu empat(miqat) yang jaraknya sekurang-kurangnya dua marhalah ari tanah haram untuk berniat ihram haji.
Haji qiranialah mengerjakan haji bersama-sama umrah. Sewaktu mamakai diniatkan serentak untuk haji dan umrah. Setelah memakai ihram lalu mengerjakan tawaf dan sa’i terus berwukuf di arafah, melontar di tiga jamrah dan lain-lain. Setelah selesai semuanya, barulah bertahalul dan dibolehkan menanggalkan ihram untuk memakai pakaian biasa dan bersenang-senang. Ibadah haji secara Qiran ini selalunya dilakukan oleh mereka yang sampai ke Makkah pada 7 dan 8 zulhijah. Mereka boleh mengerjakan tawaf dan sa’i satu kali untuk haji dan umrah. Seperti haji tamattu’ mereka dikenakan bayaran dam.

RUKUN-RUKUN HAJI
Rukun haji ialah pekerjaan utama atau teras yang yang mesti dilakukan oleh setiap Jemaah yang mengerjakan haji. Sekiranya salah satu rukun itu ditinggalkan sama ada secara sengaja atau terlupa maka wajib diulangi pada tahun yang lain.
Rukun haji
1.    Berniat ihram haji
2.    Wukuf(berhenti) di arafah. Mulai tergelincir matahari matahari (waktu zuhur) 9 zulhijah sampai terbit fajar pada 10 zulhijah.
3.    Tawaf mengelilingi kaabah sebanyak 7 kali.
4.    Sa’i di antara bukit safa dan bukit marwah sebanyak 7 kali.
5.    Bercukur sekurang-kurangnya memotong tiga elai rambut
6.    Tertib bagi sebahagian rukun.
PERKARA-PERKARA WAJIB HAJI
Perkara wajib haji ini jika ditinggal hajinya sah tetapi wajib membayar “dam”. Antara perkara-perkara wajib haji ialah yang pertamaihram di miqatbagi Jemaah dari Malaysia yang menaiki kapal terbang, miqatnya ialah Qarnul Manazir tetapi jika melalui laut miqatnya di Yalamlam. Yang kedua, ialah bermalam di muzdalifah. Yang ketiga, melontar jamrul aqabah di mina yang waktunya dari seperdua malam 10 zulhijah(pukul 12 malam keatas. Tidak sah melontar sebelumnya). Yang keempat pula, bermalam di mina(malam hari tasyrik). Yang kelima, melontar ketiga-tiga jamrah(jamratul ula, wusta dan aqabah) pada hari 11, 12 dan 13 zulhijah. Yang terakhir, menjauhkan diri daripada perkara-perkara yang dilarang semasa berihram. Wajib umrah adalah niat ihram dari miqat dan tidak melakukan perbuatan yang dilarang semasa berihram.
CARA MEMAKAI IHRAM
Menurut istilah hukum syarak, ihram itu ialah mengharamkan diri(menahan diri) daripada mengerjakan beberapa pekerjaan yang dilarang oleh Allah. Memakai pakaian ihram( pakaian yang tidak berjahit) itu dimulai dari miqat(tempat yang telah ditentukan untuk memakai pakaian ihram). Pakaian yang dipakai selama ihram itu ialah 2 potong kain putih yang tidak berjahit. Satu potong dijadikan sarung (penutup anggota badan sebelah bawah), dan yang sepotong lagi diselimutkan pada badan sebelah atas.


Aturan memakai ihram
1.    setelah sampai di miqat, digalakkan menggunting rambut, atau bercukur dahulu, supaya senang menjaganya kerana selama memakai pakaian ihram itu, kita tidak boleh menyikat rambut.
2.    Potonglah kuku sebelum memakai pakaian ihram.
3.    Sesudah memotong kuku dikerjakan mandi sunat ihram.
4.    Setelah mandi dan mengambil wuduk, kerjakanlah solat ihram 2 rakaat
5.    Hedaklah bermaaf-maafan dengan sesiapa sahaj sebelum memakai pakaian ihram
6.    Kemudian, ambillah 2 helai kain putihyang tidak berjahit. Yang satu helai, pakailah untuk jadikan sarung(buat menutup anggota badan sebelah bawah), dan yang sehelai lagi adalah buat penutup badan atas.
7.    Sambil memakai pakaian ihram itu, berniatlah dalam hati hendk memakai pakaian ihram untuk mengerjakan haji(atau hendak mengerjakan).
8.    Selepas selesai memakai pakaian ihram, bacalah talbiah :
Maksuadnya : “inilah aku datang mematuhi engkau ya allah, inilah aku datang mematuhi engkau, inilah aku datang mematuhi engkau, tidak ada sekutu bagi engkau. Sesungguhnya segala macam puji-pujian dan segala nikmat, bahkan seluruh kerajaan ini milik engkau, tiada sekutu bagi engkau.



MIQAT MAKANI
Miqat makani bermaksud tempat-tempat di mana para haji dikehendaki untuk memakai pakaian ihramnya. Tempat-tempatnya adalah seperti berikut :
Qarnul Manazil : bagi orang yang datang dari Najd dan orang yang melaluinya termasuklah penduduk Malaysia.
Makkah : bagi orang yang berada di makkah, pemakaian ihram hendaklah dimulakan dari rumah mereka.
Zulhulaifah(sekarang Bi’r Ali) : bagi orang yang datang dari Madinah dan orang yang melaluinya.
Yalamlam : bagi orang yang datang dari Yaman dan orang yang melalui Negara tersebut sperti Malaysia, Indonesia, India dan lain-lain.
 Zatul ‘Irqin’ : bagi orang yang datang dari sebelah Iraq dan orang yang melaluinya.

LARANGAN SEMASA BERIHRAM
•    Lelaki tidak boleh memakai pakaian berjahit.
•    Lelaki tidak tidak boleh menutup kepala, dengan pakaian seperti songkok dn serban
•    Perempuan tidak boleh menutup muka dan tapak tangan dengan pakaian yang melekat
•    Tidak boleh memakai wangi-wangian dan minyak rambut
•    Tidak boleh bercukur, memotong atau mencabut rambut( bulu) dengan cara apa sekalipun.
•    Tidak boleh memotong kuku
•    Tidak boleh bertengkar, bermusuh-musuhan atau memuuskan silaturahim sesama umat islam.
•    Tidak boleh bercumbu-cumbuan atau mengerjakan mukadimah persetubuhan
•    Tidak boleh bersetubuhan
•    Tidak boleh membunuh binatang liar yang halal dimakan dagingnya. Tetapi boleh membunuh 5 jenis binatang yang berbahaya bagi keselamatan iaitu kala jengking, burung helang, burung gagak, tikus dan kucing.
•    Tidak boleh mencabut, memotong atau mematahkan tumbuh-tumbuhan termasuk rumput(tumbuhan yang tumbuh semula jadi
•    Tidak boleh melangsungkan akad nikah

TAHALUL
Tahalul ialah membebaskan diri daripada haji dan kewajipannya. Waktu bermula selepas pertengahan malam 10 zulhijah. tahalul dibahagikan kepada dua bahagian iaitu:
Tahalul pertama/tahalul al-asghar berlaku apabila seseorang itu melaksanakan dua perkara antara perkara berikut ;
•    Melontar jamrah al-aqabah
•    Bercukur
•    Tawaf yang diiringi dengan sa’i sekiranya seseorang itu belum melakukan sa’i sesebuah tawaf qudum
Selepas melakukan tahalul pertama ini seseorang itu boleh melakukan sepuluh perkara yang diharamkan ketika berihram kecuali yangberkaitan dengan wanita iaitu berjimak9 bersetubuh), mukadimah jimak dan akad nikah.
Tahalul kedua/tahalul al-akbar terjadi sekiranya seseorang itu telah melaksanakan tawaf ifadah. Selepas tawaf ifadah ini dilaksanakan maka segala perkara yang diharamkan pada masa seseorang itu memakai ihram, boleh dilakukan.
DAM
Dam bererti denda, dam yang wajib dalam ibadah haji dikategorikan sebagai 5 perkara seperti :
1.    Dam tersusun / tertib (murattab) dan dam ditentukan / takdir (muqaddar). Dam jenis ini wajib dikeluarkan apabila melakukan atau meninggalkan perkara-perkara berikut :mengerjakan haji tamattu’, mengerjakan haji qiran, tidak berihram dari miqat, tidak melontar jamrah, tidak bermalam di muzdalifah, tidak bermalam di mina, tidak mengerjakan tawaf wada’, terlambat wuquf di arafah. Dam yang dikenakan :
-    Menyembbelih seekor kambing yang layak dikorbankan / satu pertujuh lembu atau unta sekiranya tidak mendapatinya.
-    Berpuasa selama 10 hari (3 hari sewaktu haji, 7 hari apabila pulang ke tanah air)

2.    Dam pilihan /takhyir (mukhayyar) dan dam ditentukan / takdir (muqaddar). Dam jenis ini diwajibkan dikeluarkan apabila melakukan perbuatan yang dilarang ketika ihram seperti berikut ;
-    Mencukur rambut sekurang-kurangnya 3 helai setempat
-    Memotong kuku
Dam yang dikenakan:
-    Menyembelih seekor kambing atau
-    Berpuasa selama 3 hari atau
-    Bersedekah 3 gantang makanan asasi seperti barli, gandum dan lain-lain kepada 6 orang miskin di tanah haram(bagi setiap orang miskin setengah gantang gandum)

2    Dam pilihan / takhyir (mukhayyar) dan dam seimbang / ta’dil(mu’addal). Dam jenis ini diwajibdikeluarkan kerana:
-    Memotong tumbuh-tumbuhan
-    Membunuh binatang buruan
Dam yang dikenakan ;
-    Menyembilih binatang ternakan yang menyamai buruan tersebut atau menyerupai gambarannya di tanah haram atau
-    Membeli bijiran mengikut nilai binatang itu membahagikannya epada penduduk tanah haram yang miskin
Sekirannya buruan itu tidak ada yang serupa dengannya, seseorang itu boleh memilih antara 2 perkara tersebut: memberi makan atau berpuasa

3    Dam tersusun / tertib (murattab) dandam seimbang / ta’dil(mu’addal). Dam jenis ini wajib dikeluarkan kerana terhalang daripada menunaikan haji setelah memakai ihram.
Dam yang dikenakan :
-    Menyembelih seekor kambing di tempat dia terhalang; sekiranya tidak mampu
-    Memberi makanan mengikut kadar harga tiu dibahagikannya kepada oran miskin ; sekiranya tidak mampu
-    Berpuasa sehari bagi setiap cupak makanan tersebut.

4    Dam tersusun / tertib (murattab ) dan seimbang / ta’dil (mu’addal). Dam jenis ini wajib dikeluarkan bagi orang yang melakukan persetubuhan(jimak).
Dam yang dikenakan ;
-    Menyembelih seekor lembu
-    Menyembelih 2 ekor kambing
-    Membelikan makanan mengikut nilai harga unta
-    Berpuasa sehari bagi setiap cupak makanan
SUNAT-SUNAT
Jemaah haji juga digalakkan mengerjakan perkara – perkara sunat dalam ibadah haji, sekirannya mempunyai kelapangan masa atau kesempitan.
PERKARA-PERKARA SUNAT HAJI
1.    Mandi sebelum memakai pakaian ihram.
2.    Solat sunat 2 rakaat sebelum memakai pakaian ihram
3.    Membaca talbiahsesudah ihram
4.    Berdoa sesudah membaca talbiah
5.    Mengerjakan tawaf qudum (tawaf sebelum datang)
6.    Mengucup hajarulaswad atau melambai sahaja atasnya
7.    Menyentuh atau melambai pada sudut yamani tanpa dikucup
8.    Membaca zikir dan doa ketika tawaf
9.    Solat sunat 2 rakaatsesudah tawaf
10.    Minum air zamzam sesudah solat sunat solat tawaf
11.    Masuk ke dalam kaabah kalau ada kesempatan
12.    Bermalam di mina pada malam 9 zulhijah
13.    Berada di arafah beberapa minit sesudah terbenam matahari
14.    Berada di muzdalifah sehingga terbit fajar 1 zulhijah
Sunat-sunat umrah pula ialah mandi sunat ihram, solat sunat ihram, mengucup hajarulaswad, membaca talbiah dan membaca doa-doa.
PERKARA-PERKARA YANG MEMBATALKAN HAJI
Jimak(persetubuhan)
-    Memasukkan hasyafah (kepala zakar) ke dalam qubul atau dubul manusia atau binatang( sememangnya diharamkan walaupun bukan dalam ibadah haji sekali pun berlapik dan dilakukan tanpa sedar dan tidak dipaksa. Terjadinya jimak ini sebelum ‘tahalul awal’ (melontar di jamrul aqabah, bercukur dan tawaf diiringi oleh sa’i)
Lupuk waktu arafah
-    Melepasi waktu yang telah dittetapkan ( iaitu selepas terbit fajar 10 zulhijah)
Murtad (keluar islam)
-    Semoga allah melindungi kita daripadanya.

KESIMPULAN
Muhammad bin Abdullah atau Nabi Muhamamad yang dimaksudkan dalam buku ini adalah nabidan utusan Allah. Bagi orang islam, apabila bertemu dengan perkataan itu, digalakkan berselawat (berdoa) untuknya. Dalam al-quran, surah al-Azhab ayat 56, Allah menyatakan yang bermaksud, “sesungguhnya Allah dan para malaikatnya berselawat kepada nabi. Wahai orang yang beriman, berselawat kamu kepadanya dan ucapkanlah salam penghormatan kepadanya. ”bacalah selawat, ”Allahumma solli;ala saidina Muhammad wa ‘ala aali saidina Muhamad. ” Maksudnya, “Ya Allah, kurniakanlah kepujian ke atas Nabi Muhammad, ahli keluarga Nabi Muhmmad. ”


No comments:

Post a Comment