Sunday, October 21, 2012

Pengantar Ilmu Tauhid

Disediakan Oleh : Ustaz Abd Aziz Bin Harjin
Nama : Fathaya Munyati Bt Roslee
No. Matrik : 2012257914
Kelas: Bmd1bh

Tauhid adalah salah satu ilmu yang perlu ada dalam setiap diri seseorang. Para ulama menyatakan tauhid mempunyai 80 nama. Antaranya ialahilmu kalam, ilmu tauhid,ilmu ‘aqaid, ilmu usuluddin, ilmu ma’rifah.Sumber rujukan ilmu tauhid adalah daripada al-Quran dan as-sunnah.Selain itu, hujah akal juga digunakan sebagai pembantu bagi memenuhi tuntutan fitrah manusia yang dianugerahkan oleh Allah SWT kepada manusia untuk menyempurnakan kehidupan manusia.Definisi ilmu tauhid dari segi istilah ialah suatu perbahasan ilmu yang mampu menetapkan akidah keagamaan yang diambil daripada dalil yang diyakini.Secara amnya dari segi bahasa, ilmu tauhid ialah ilmuyang membicarakan tentang persoalan keesaan Allah SWT dan perkara-perkara yang berkaitan dengannya.Terdapat beberapa bidang perbahasan ilmu tauhid. Antaranya ialahUluhiyyah : mengenai ketuhanan.Nubuwwah : mengenai kenabian.Sami’yyat : mengenai perkara ghaib yang diberitakan oleh Allah SWT dan Rasul-Nya seperti nikmat syurga, azab neraka dan hari kiamat.Mukminat : mengenai alam dan manusia yang boleh menjadi dalil tentang kewujudan Allah SWT yang tidak bersama dengan yang baharu.
Terdapat beberapa tujuan mempelajari serta menghayati ilmu tauhid. Antaranya ialahmengenal serta tunduk dan patuh kepada Allah SWT, Tuhan yang mempunyai sifat kesempurnaan, dan mempunyai nama-nama yang mulia serta suci daripada sifat kekurangan. Mengenal serta mengikut para rasul yang mempunyai sifat-sifat yang terpuji lagi maksum. Di samping itu, mendapat keselamatan, kebahagiaan dan keredaan Allah SWT sama ada di dunia ataupun di akhirat.Menetapkan hati agar tidak mensyirikkan Allah SWT dengan sesuatu daripada batu, kayu, kebendaan dan lain-lain.Ilmu tauhid dihantar kepada para ulama yang masyhur seperti Abu al-Hassan al-Ashaari dan Abu Mansur al-Maturidi.Mereka ialah yang pertama mengaturkan dan mengemukakan dalil untuk mempertahankan akidah yang sahih dann menolak iktikad yang menyeleweng. Namun, mereka yang pertama yang menerima ilmu tauhid ialah Nabi Adam a.s. dan yang terakhir ialah Nabi Muhammad SAW. Hukum mempelajari ilmu tauhid ialah fardu ain ke atas setiap mukalaf.Kelebihan mempelajari ilmu tauhid ialah dapat membezakan antara iktikad dan kepercayaan yang benar dengan iktikad, kepercayaan dan ideologi yang batil lagi sesat.
“ Ilmu “ dedifinisikan sebagai mendapat sesuatu makna berbetulan dan bertetapan dengan hakikatnya yang sebenar. Seseorang itu dianggap sebagai tidak berpengetahuan atau tidak berilmu apabila pada dirinya terdapat salah satu daripada 4 ciri tersebutJahil : Seseorang yang tidak mengetahui langsung tentang sesuatu secara berbeza dengan sifatnya yang sebenar serta beliau tidak menyedari tentang kejahilannya.Syak : Ciri mengetahui atau yakin tentang sesuatu di dalam hatinya adalah sama banyak dengan tidak mengetahui atau tidak yakin.Zan : Ciri mengetahui dan yakin tentang sesuatu di dalam hati adalah lebih berat daripada tidak mengetahui dan tidak yakin tentang perkara tersebut.Waha : Ciri tidak mengetahui dan tidak yakin di dalam hati adalah lebih berat daripada mengetahui dan yakin.Menurut Imam Syafie,ilmu agama dibahagikan kepada 2 bahagian iaituIlmu al-Ammah:Ilmu wajib yang dipelajari oleh orang islam. Berdasarkan al-Quran, sunnah mutawir dan ijmak.Ilmu al-Khassah: Ilmu khusus yang dimiliki oleh orang yang tertentu. Membahaskan tentang masalah cabang tentang daripada ilmu al-Ammah.
Fardu ain adalah perkara yang wajib yang dipelajari oleh setiap mukalaf sehingga dia mampu mengeluarkan dirinya daripada taklid kepada tahkik serta yakin.Dalil ijmal (ringkas) : dalil atau bukti yang mudah dan senang diperoleh setiap manusia.

Dan pada bumi ada tanda-tanda (yang membuktikan keesaan dan kekuasaan Allah) bagi orang-orang (yang mahu mencapai pengetahuan) Yang yakin, dan juga pada diri kamu sendiri.maka mengapa kamu tidak mahu melihat serta memikirkan (dalil-dalil dan Bukti itu)?
Telah berkata Ibnu Al-Qayyim : “ Waijb ke atas ibu bapa mengajar anak-anaknya tentang makrifah atua mengenal Allah SWT dan mentauhidkan-Nya. Apabila dia berakal, maka hendaklah diajar perkara yang wajib, mustahil dan harus bagi Allah SWT serta diterangkan tentang Nabi Muhammad SAW itu diperanakan dan dilantik menjadi Rasul di Mekah serta berhijrah dan wafat di Madinah. Namanya Muhammad bin Abdullah bin Abdul Mutalib bin Hashim.”
Mempelajari ilmu tauhid ialah fardu kifayah ke atas mereka yang mampu dan berkuasa menguasai ilmu al-Khassah dalam bidang usuludin bagi mentahkikkan masalah dan menetapkan dalil.Mereka ini berkemampuan mengemukakan dalil, menghuraikan syubhah ahli bida’ah, mengesan penyelewengan akidah.
Para ulama menyatakan bahawa seseorang mempunyai makrifah (mengenal) Allah SWT, dirinya terdiri daripada 3 ciri. Antaranya:Jazam (Yakin) : Seseorang itu hendaklah yakin dengan sepenuhnya tanpa didatangi syak, zhan atau waham dalam pegangan agama.Muafakat dengan yang sebenar : Hendaklah keyakinannya bertepatan dengan iktikad yang sebenar, iaitu iktikad Ahli Sunnah Waljamaah. Sekiranya seseorang itu yakin tetapi tidak muafakat dengan yang sebenarnya dalam akidahnya, maka dia bukanlah orang mengenal Allah SWT dengan sebenarnya.Berdasarkan Dalil: Hendaklah iktikadnya mempunyai dalil meskipun dalil ijmak. Jika tidak mempunyai dalil tetapi mempunyai iktikad jazam dan muafakat, maka ia dinamakan taklid.
Taklid ialah menerima atau mengikut perkataan orang lain tanpa mengetahui dalil dan keterangan mengenainya. Taklid terbahagi kepada 2 bahagiaan, iaitu:Taklid Jazmid: Mereka yang mempunyai kepercayaan yang teguh dan kuat pegangannya tidak akan berubah jika orang yang diikuti itu berbalik ke kepercayaan lama.Taklid tidak Jazmi: Mereka yang mengikut pendirian orang lain dengan keyakinan yang tidak teguh dan tidak kuat.Perkataan “ahli” didefinisikan sebagai pengikut.“Sunnah” pula bermaksud perjalanan Rasulullah SAW dan para sahabatnya.“Jamaah” pula ialah bersatu padu.Ahli Sunnah Waljamaah yang juga dikenali sebagai Sunni.Sunni ialah penganut iktikad yang dianuti oleh Nabi Muhammad SAW dan para sahabatnya.Di mana mereka berusaha memahami persoalan akidah daripada AL-Quran dan As-Sunnah.
     Imam Hassan al-Basri menyatakan: “Hendaklah kamu bersabar dengan Ahli Sunnah walaupun bilangan mereka sedikit dahulu dan sekarang. Mereka telah mempertahankan Sunnah sehingga ke akhir hayat.”

     Imam Abu al-Hassan al-Ashaari dalam bukunya Ibanah ‘an Usul ad-Diyanah menyatakan: Kita beragama dan mengaku kasihkan orang salaf yang Allah SWT telah memilih mereka menjadi sahabat Rasulullah SAW dan kita memuji mereka dengan apa yang telah Allah SWT memuji mereka (seperti dalam Al-Quran) dan kita menghampiri mereka dengan tidak menjauhi daripada mereka.

     Abu Jaafar al-Misri al-Hanafi dalam kitabnya Aqidah at-Tahawiyah menjelaskan: Kita berpendapat bahawa Ahli Sunnah Waljammah itu benar dan betul. Menyalahi mereka bererti berpaling daripada kebenaran daripada azab.

     Dalam kitab Ittifah as-Sadatul al-Muttaqin karangan Muhammad bin Muhammad al-Naumi az-Zabidi ada menyatakan: “ Apabila disebut kaum Ahli Sunnah Waljamaah, maka maksudnya ialah orang yang mengikuti aliran atau fahaman Ashaari dan Maturdi.”

     Berkata Imam Tajudin as-Subki dalam Syarah I’tiqad Ibn al-Haajib: “Yang dimaksudkan dengan nama Ahli Sunnah Waljamaah pada masa sekarang (masanya) ialah mengikut Imam Abu al-Hassan al-Ashaari (meninggal dunia 332H) dan pengikut Imam Abu Mansur al-Maturidi (meninggal dunia 332H).”

ABU AL-HASSAN AL-ASHAARI
Nama beliau ialah Abu Hassan Ali bin Ismail bin Abi Bashar Ishaq bin Salim bin Ismail bin Abdulllah bin Musa bin Bilal bin Abu Burdah bin Abu Musa Al-Ashaari. Abu Musa Al-Ashaari ialah salah seorang sahabat Rasulullah SAW.Beliau dilahirkan di Basrah, Iraq pada tahun 260H dan meninggal dunia pada 324H di Baghdad. Beliau merupakan pengikut mazhab Syafii dan guru ilmu fiqh beliau ialah Abu Ishaq al-Maruzi.
Pada mulanya, beliau merupakan seorang murid kepada bapa tirinya yang juga merupakan seorang ulama besar Muktalizah iaitu Abu Ali Muhammad bin Abdul Wahab al-Jubbai (mati 303H). Namun, selepas mendapati iktikad Muktazilah ialah iktikad yang menyeleweng, maka beliau pun keluar daripada mazhab Muktazilah serta bertaubat.
Selepas itu, beliau berusaha mengambil dalil daripada al-Quran dan as-Sunnah sehingga berjaya mengarang sebuah kitab yang menerangkan iktikad Ahli Sunnah Waljamaah. Pada tahun 300H, beliau telah membawa kitab tersebut naik ke atas mimbar di masjid Basrah serta berucap kepada orang ramai:
“Wahai manusia, sesungguhnya aku dulu mengikut pengikut Jubbai yang berpendapatan al-Quran itu makhluk, Tuhan tidak boleh dilihat dengan mata kepala di akhirat, dan sesungguh manusia menjadikan perbuatannya. Sekarang aku keluar daripada mazhab Muktalizah seperti mana aku keluar daripada baju aku ini (ketika itu beliau membuka bajunya dan mencampakkannya).Aku telah karangkan kitab ini sebagai panduan”.
Beliau telah berjaya membuat perubahandalam Ahli Sunnah Waljamaah dengan megemukakan hujah-hujah akliah, di samping nas syarak bagi melawan aliran Muztazilah serta menyelamatkan akidah Ahli Sunnah Waljamaah. Berkata Abu Bakr al-Sarafi: “Orang Muktazilah mengangkat kepala mereka (sombong dan bongkak) sehinggalah Allah SWT melahirkan Abu al-Hassan al-Ashaari, lalu mereka dikurung bersama-sama orang yang lemah.
Tauhid sifat ialah ketauhidan mempercayai dan yakin dengan kesemua sifat Allah SWT secara ijmal, ringkas atau rangkuman dan secara tafsili atau terperinci seperti yang telah dinyatakan dalam al-Quran dan as-Sunnah. Firman Allah berkata :

Maksudnya: “Dialah yang Mengadakan sesuatu, Pencipta dan PembentukRupa”
Menurut tatabahasa Arab, perkataan al-Khaliq, al-Baari dan al-Munsawwir yang terdapat dalam ayat tersebut adalah sifat bagi Allah SWT.Apabila al-Quran al-Karim diturunkan dalam bahasa Arab, maka ayat-ayatnya hendaklah difahami bersesuaian dengan kehendak aspek disiplin ilmu bahasa Arab.
Allah mempunyai sifat yang wajib iaitu sifat Wujud (Ada).Wujud ialah adanya Allah SWT sejak azali tanpa sebarang ilat atau sebab.Kesemua manusia mempercayai tentang kewujudan Allah SWT yang menjagikan alam ini, melainkan satu golongan yang bernama Dahriyah. Mereka berpendapat tiada Tuhan yang mencatur serta mengatur alam ini, tetapi sebaliknya yang memberi kesan kepada ala mini ialah “masa”. Sesuatu benda akan binasa apabila berakhir sesuatu tempoh masa yang tertentu. Golongan ini adalah jahil, sesat lagi menyesatkan.
 Firman Allah SWT :

Maksudnya: Dan ada di antara manusia Yang membantah Dalam perkara-perkara Yang berhubung Dengan Allah Dengan tidak berdasarkan sebarang pengetahuan, dan tidak berdasarkan sebarang keterangan, dan tidak juga berdasarkan mana-mana Kitab Allah Yang menerangi kebenaran.
Barang siapa mengiktikadkan Allah SWT mempunyai salah satu daripada sifat-sifat kekurangan dan mustahil bagi-Nya, maka tidak syak lagi kufurlah dia. Antara sifat mustahil Allah SWT ialah:
1.    Tidak wujud : Mustahil dikatakan bahawa Allah SWT itu tidak wujud.
2.    Baharu : Mustahil kewujudan Allah SWT itu didahulukai oleh tiada atau permulaan.
3.    Kedatangan tiada : Mustahil Allah SWT akan binasa atau fana pada satu masa kelak.
4.    Bersamaan dengan yang baharu : Mustahil Allah SWT bersifat atau bersamaan dengan yang baharu.
5.    Berkehendakkan kepada yang lain : Mustahil Allah SWT memerlukan pencipta-Nya atau kepada sesuatu yang lain daripada-Nya.
6.    Dia tidak Esa : Mustahil Allah SWT itu berbilang pada zat, sifat dan perbuatan-Nya.
7.    Lemah : Mustahil bagi Allah SWT itu lemah bagi menjadikan sesuatu.
8.    Tergagah : Mustahil Allah SWT menjadikan sesuatu itu bukan dengan kehendak-Nya, lupa lalai dengan sebab atau tabiat.
9.    Tiada mengetahui : Mustahil dikatakan Allah SWT tidak mempunyai ilmu atau ilmu-Nya dicelahi oleh syak, zan dan waham. Juga mustahil dikatakan ilmu Allah SWT adalah dharuri(tanpa perlu difikirkan seperti satu itu separuh daripada dua) dan nazari (perlu difikirkan seperti air itu terdiri daripada dua molekul hidrogen dan satu molekul oksigen).
10.    Mati: Mustahil bagi Allah SWT itu hidup dengan nyawa atau bersusun daripada unsur tanah, air,api dan udara atau memerlukan makan dan minum.
11.    Tuli: Mustahil bagi Allah SWT bersifat pekak dan tuli, atau Dia mendengar menggunakan alat seperti telinga, atau Dia hanya mendengar suara yang dekat sahaja.
12.    Buta : Mustahil bagi Allah SWT itu buta atau pandangan-Nya kabur atau melihat dengan menggunakan alat. Juga tidak dikatakan Dia melihat apabila dekat atau apabila ada cahayasahaja.
13.    Bisu : Mustahil Allah SWT berkata-kata dengan suara, berhuruf, bermulut atau ada awal dan akhirnya. Juga mustahil Dia berkata- kata.
14.    Keadaan yang lemah menjadikan sesuatu
15.    Keadaan yang tidak berkehendak
16.    Keadaan yang tidak mengetahui
17.    Keadaan yang mati
18.    Keadaan tuli keadaan yang buta
19.    Keadaan yang bisu
20.    Keadaan yang tuli
Para ulama telah membahagikan sifat dua puluh yang wajib bagi Allah SWT kepada empat bahagian, iaitu :
1.    Sifat Nafsiyah yang juga dikenali sebagai sifat Subutiyah. Jenis sifat yang ditetapkan serta tidak termasuk pada golongan ada atau tiada.
2.    Sifat Salbiyah yang juga dikenali sebagai sifat Adamiyah. Jenis sifat yang dinisbahkan kepada tiada.
3.    Sifat Ma’ani yang dinamakan juga sifat Wujudiyah. Jenis sifat yang dinisbahkan kepada ada.
4.    Sifat Maknawiyah yang dinamakan juga sifat Haliah. Jenis sifat yang dinisbahkan kepada keadaan.
Sesiapa yang menafikan atau meyakini salah satu daripadanya adalah baharu, atau syak sama ada sifat tersebut baharu atau qadim maka ia menjadi kufur.
1.    Sifat Nafsiyah ialah sifat yang dinisbahkan kepada zat. Sifat Nafsiyah ini ada satu sahaja iaitu Wujud.
2.    Sifat Salbiyah ialah sifat yang menunjukkan penafian tentang adanya kekurangan atau kecelaan pada nama, sifat, perbuatan dan zat Allah SWT.
3.    Sifat Ma’ani dinamakan kerana ia menunjukkan ma’ani wujudiah yang ada pada Allah SWT yang selayak dengan kesempurnaan-Nya. Sifat Ma’ani terdiri daripada daripada tujuh iaitu kudrat, iradat, ilmu, hayat, sama’, basar dan kalam.
4.    Sifat Maknawiyah dinamakan kerana pada akal kita ia menzalimi Ma’ani. Sifat Maknawiyah terdiri daripada tujuh iaitu kaunuhu, qadiran, kaunuhu muridan, kaunuhu aliman, kaunuhu hayyan, kaunuhu sami’an, kaunuhu basiran, dan mutakaliman.

No comments:

Post a Comment