Sunday, October 21, 2012

Mengapa Manusia Menjadi Kufur

DISEDIAKAN UNTUK : Ustaz Abdul Aziz bin Harjin
Pensyarah CTU151

DISEDIAKAN OLEH : NURUL ADILA BINTI MD ARIFF 2011922151

TARIKH : 9 September 2012

MENGAPA MANUSIA MENJADI KUFUR.
(KEBIMBANGAN RASULULLAH SAW TERHADAP UMATNYA DI AKHIR ZAMAN)

Pujian yang tergolong untuk Allah SWT, hanya Dia yang layak di puji dan mengabdikan diri. Dialah yang mencipta dan mengatur segala perjalanan bumi dan seluruh kehidupan di dalamnya. Dialah juga yang mematikan segala yang hidup dan bernyawa. Tiada apa lagi pada diri manusia, segalanya adalah pinjaman sementara dan tiba masa yang telah ditentukan kita akan dikembalikan ke hadrat-Nya. Ketika itu hanya amal soleh yang menjadi bekalan dan tiada selain itu yang hendak di bawa. Selawat dan salam kepada junjungan mulia Rasulullah SAW. Pada dirinya terdapat suri teladan untuk cermin umat ini. Seluruh hidupnya adalah ubtuk membawa umat ini kepada kebenaran Ilahi dan meninggalkan segala bentuk kesyirikan dan kesesatan. Tiada sesaatpun dalam hidup baginda untuk memikirkan tentang kepentingannya sendiri. Seluruh perjuangan dan pengorbanannya adalah untuk kita di akhir zaman ini. Ketika hidup Rasulullah SAW, sepekara yang amat dibimbangi kerana akan dating suatu zaman nanti ramai di kalangan umatnya yang akan kufur kepada Allah SWT. Bila mana Allah SWT telah bertakhta di jiwa, tiada siapa yang dapat merosakkan kehidupan kita. Kepada Allah SWT jualah yang akan kita abdikan dan bertawakal. Hidup ini kembali harmonis dan penuh dengan ketenangan dan kasih saying Allah SWT. Lantaran itu usaha yang berterusan walaupun kecil di pandang mata tetapi sebenarnya besar di sisi Allah SWT untuk mengembalikan kesedaran dan keinsafan umat ini kepada Allah SWT dan rasul-Nya.

Memahami RUBUBIYAH Allah SWT. Setiap orang, baik muslim mahupun kafir, pasti mengakui bahawa yang menciptakan ala mini ialah Allah Yang Maha Pencipta. Tetapi diantara sekian ramai penduduk bumi yang mengakui rububiyah Allah SWT, hanya sedikit yang mengabdikan diri kepada Allah-Nya.
Dari segi bahasa, rububiyah berasal dari kata “rabbun” yang bererti “Al-Maalik dan Al-Mudabbir”(penguasa, pemilik dan pengatur). Dengan demikian yang dimaksudkan dengan rububiyah Allah ialah mengesakan Allah SWT sebagai satu-satunya yang menciptakan segala yang ada dan yang aka nada. Dia juga Maha Penguasa dan Maha Pengatur seluruh Mekanisme yang bergerak dan segala hajat makhluk-Nya.
Allah s. w. t berfirman yang bermaksud :
“… ingatlah (bahawa) menciptakan dan memerintah hanyalah hak Allah. Maha Suci Allah, Robb semesta alam”(Al-Araf:54)
Rububiyah Allah s. w. t juga mengandungi pengertian bahawa Allah s. w. t adalah pelaku mutlak dalam setiap kejadian, misalnya dalam penciptaan, pengaturan, perubahan, penambahan, pengurangan, penentuan langkah, menghidupkan, mematikan dan membuat sesuatu. Tidak ada sekutu bagi-Nya. Gelaran Al-Khalik, Al-Malik dan Al-Mudabbir hanya layak disandang oleh Allah s. w. t, kerana Dialah yang menyandang sifat kesempurnaan, keagungan dan keindahan Zat Yang Maha Sempurna itu pasti Hidup, Mendengar, Melihat, Berkuasa dan mempunyai Kalam.
ULUHIYAH ALLAH adalah suatu pernyataan tegas dari hamba-Nya yang menyatakan bahawa Dialah ilaahul haqq, tidak ada ilah selain Dia dan kita wajib mengilahkan-Nya dan beribadah kepada-Nya. s. w. t harus disertai dengan kesempurnaan cinta dan rasa rendah diri (kamalul hub dan kamaludz dzill). Tauhid uluhiyyah merupakan bahagian dari tauhid rububiyah’ dan asma sifat-Nya. Dalam melakukan tauhid uluhiyah yang wajib kita lakukan adalah mahabbatullah dengan penuh keyakinan, Allah s. w. t berfirman yang bermaksud
“Dan diantara manusia ada orang-orang yang mengambil tandingan-tandingan di sisi Allah, mereka mencintainya sebagaimana mereka mencintai Allah, Adapun orang-orang yang beriman amat sangat cintanya kepada Allah. Dan jika seandainya orang-orang yang berbuat zalim itu mengetahui ketika mereka melihat seksa(pada hari kiamat), bahawa kekuatan itu kepunyaan Allah semuanya dan bahawa Allah amat berat seksaan-Nya (nescaya mereka menyesal). ” (Al-Baqarah: 165). Dalam mentauhidkan asma dan sifat-Nya ada tiga asas yang hendak dipenuhi antaranya adalah mensucikan dan menagungkan Allah s. w. t dalam hal kesempurnaan-Nya untuk tidak menyamakan-Nya dengan makhluk-Nya. Keduanya adalah menerima keterangan yang sudah jelas dan datang dari kitabullah dan Rasulullah s. a. w tanpa membatasinya. Ketiganya adalah tidak menafsirkan asma dan sifat-Nya berdasarkan pendapat dan akalnya sendiri dan tidak menggambarkan-Nya. Iman terhadap asma dan sifat Allah s. w. t boleh menjadi cacat apabila menyerupakan sifat khalik (Maha Pencipta) dengan makhluk-Nya, hal ini terjadi misalnya dengan mengatakan bahawa Allah s. w. t itu beranak, mempunyai ibu bapa, atau menyamai-Nya dengan patung-patung. Ada juga yang menyerupakan “tangan Allah” dengan tangan makhluk-Nya, menyerupakan “wajah Allah”dengan wajah makhluk-Nya atau menyerupakan “Singgahsana Allah” dengan singgahsana makhluk-Nya. Terlalu banyak makna LAA ILAAHA ILLALLAH antaranya adalah hanya Allah s. w. t yang berhak diibadahi (Laa ma’buuda bihaaqqin illallah), kedua adalah hukum mutlak bersumber dari-Nya (Laa hakim illallah), ketiga adalah tidak ada penguasa mutlak kecuali Allah s. w. t, Dialah Robb semesta alam, penguasa dan pengatur (Laa maalik illallah), keempat adalah tidak ada pencipta di dunia kecuali Dia (Laa khaliq illallah).

Ibadah ditegakkan di atas dua kalimat syahadat, makna ibadah itu sendiri tidaklah sempit. Ibadah mempunyai makna kauliyah dan af’aliyah, baik lahir mahupun batin. Allah s. w. t berfirman
“Orang-orang yang mengambil di sisi Allah tandingan-tandingan itu mereka mencintainya seperti mencintai Allah dan orang-orang beriman amat sangat cinta kepada Allah…” (Al-Baqarah: 165)
Ibada merupakan ketundukan (Al-Khudlu) dan kepatuhan (Al-Inqiyad) terhadap manhaj-Nya yang selalu tetap dan lurus. Hanya Allah s. w. t sahajalah yang patut diibadahi, kerana Dialah Robb semesta alam. Ucapan atau perbuatan seseorang dikatakan sebagai ibadah jika memenuhi tiga syarat utama, yakni pertama, Shidqul azimah, iaitu mempunyai kemahuan yang kuat dan tidak ragu-ragu. Kedua adalah ikhlas kerana Allah s. w. t semata-mata. Ketiga adalah sesuai dengan syariat, menurut perintah Allah s. w. t dan sesuai dengan contoh rasul-Nya. Nabi Muhammad s. a. w bahkan telah menjanjikan kepada umatnya, bahawa orang yang soleh, yang selalu berusaha dan mengikuti sunnah rasul-Nya, maka akan mendapat jaminan keselamatan di dunia dan akhirat. Oleh kerana itu bila kita ingin mendapat ampunan dan cinta-Nya, maka kita wajib pula mencintai-Nya dan mengikuti manhaj rasul-Nya, yakni Muhammad s. a. w seperti yang dikatakan dalam firman-Nya yang bermaksud:
“Katakanlah: “Jika kamu benar-benar mencintai Allah, ikutilah aku nescaya Allah mengasihi dan mengampuni dosa-dosamu. Allah Maha Pengampun lagi Maha Penyayang. ” (Ali-Imrab:31).
Muhammad Qutb mengatakan bahawa ada tiga masalah yang terkandung dalam ibadah antaranya adalah itikad yang bulat yang menyatakan bahawa Allah s. w. t itu Esa dan Zatnya, asma-Nya dan sifat-Nya. Keduanya mengarahkan tujuan hanya kepada-Nya dengan syiar-syiar ta’aduddiyah yang diwajibkan Allah s. w. t bagi hamba-hamba-Nya. Dan yang terakhir adalah sentiasa berusaha (iltizam) dengan apa-apa yang diturunkan Allah s. w. t misalnya tentang masalah halal-haram. Oleh sebab itu orang yang melepaskan diri ketiga-tiga pekara ini, tauhidnya telah gagal dan ia sudah masuk ke dalam kungkungan syirik yang dapat membuat manusia keluar dari daerah islam.
Solat ibadah terpenting. Allah s. w. t mewajibkan hamba-Nya beribadah bukan untuk kepentingan-Nya tetapi untuk hamba-Nya sendiri. Dengan ibadah itulah kita dapat berkomunikasi langsung dengan Khalik dan ibadah yang dapat menghantarkan secara terus komunikasi itu adalah ibadah solat. Dalam suruh Adz-Dzaariyaat ayt 56, Allah s. w. t berfirman yang bermaksud
“Dan Aku tidak menciptakan Jin dan manusia melainkan supaya mereka menyembah-Ku. ”
Nisbat antara masjid dan solat, solat berjemaah merupakan simbol ukhwah Islamiyah dan merupakan pekara asas terpenting dalam membangun masyarakat baru yang Islami, masjid juga merupakan tempatberkumpulnya umat islam dalam upaya menyelesaikan segala permasalah hidup dan kehidupan umat, termasuk aktiviti solat berjamaah. Untuk menjaga keutuhan umat islam, ada tiga masalah yang harus dipecahkan iaitu yang pertama bagaimana caranya agar umat islam selalu beriltizam dan I’tisham bihablillah, sehingga hubungan antara makhluk dengan Khaliknya tetap kukuh. Keduanya adalah bagaimana caranya agar hubungan umat islam selalu terjalin harmonis serta memenuhi criteria ikhuwah Islamiyah dan tetap berdiri di atas manhaj Allah S.W.T. Ketiga adalah meletakkan hubungan dasar antara umat Islam dengan yang bukan islam.
Kekuatan solat malam. Tidak ada satu pun waktu yang paling hikmat dan khusyuk untuk mengadakan komunikasi dengan Allah s. w. t, selain di waktu tengah malam.

Allah s. w. t berfirman yang bermaksud :
“Sesungguhnya bangun di waktu malam adalah lebih kuat (kesannya) dan bacaan di waktu malam itu jauh lebih berkesan” (Al-Muzzamil:6)

Puasa untuk meraih takwa. Allah s. w. t sentiasa memanggil dan menyuruh orang-orang beriman untuk selalu meningkatkan ketakwaannya dengan sebenar-benar takwa (haqqa tuqatihi). Bahkan Allah s. w. t mengaitkan seruan-Nya itu dengan berwasiat “Jangan engkau sekali-kali mati kecuali dalam keadaan Islam (berserah diri)). ”
Ibadah puasa dengan latihan kesabaran tak dapat dipisahkan, meskipun sabar bukan tujuan utama puasa. Tujuan puasa adalah untuk meraih ketinggian darjat takwa. Tetapi sabar itu sendiri tidak dapat dipisahkan dari darjat takwa.
Allah s. w. t berfirman yang bermaksud:
“Hai, orang-orang yang beriman berlaku sabarlah kamu dan kuatkan kesabaranmu serta bertakwalah kamu agar kamu mendapat kemenangan dan kebahagiaan. ” (Ali-Imran:200)
Di bulan Ramadan seorang muslim dapat memperbaharui ikatan-ikatan iman dan Islam pada dirinya dan dapat membawa bekal sebanyak-banyaknya untuk dapat menutupi segala kekurangan dan kelemahannya.

Menafkahkan harta yang dicintai kerana Allah s. w. t
Menafkahkan harta merupakan bahagian dari amal jama’I dalam kehidupan berjemaah. Ta’wum yang dibolehkan Allah s. w. t adalah dalam hal amalan-amalan yang baik (fi’lul) khairat dan meninggalkan kemungkaran. Bahkan enggan menolong dengan sesuatu yang bermanfaat termasuk sikap melalaikan solat, seperti yang difirmankan oleh Allah s. w. t yang bermaksud:
“Maka celakalah bagi yang solat, yang lalai dari solatnya, yang berbuat riya dan enggan menolong dengan barang yang berguna. ”(Al-Ma’un:4-7)
Allah s. w. t berfirman yang bermaksud:
“… dan memberikan harta yang dicintainya kepada kerabatnya, anak-anak yatim, orang-orang miskin, musafir (yang memerlukan pertolongan Ibnu Sabil) dan orang-orang yang meminta-minta dan untuk memerdekakan hamba sahaja. . ” (Al-Baqarah:177)
Seorang mukmin yang berkecukupan, tidak hanya cukup menunaikan zakat saja, tapi ia juga harus memberikan harta yang dicintainya itu untuk membantu orang-orang yang sedang berada dalam kesulitan dan melakukan perbelanjaan untuk mereka. Jihad dengan harta merupakan bukti nyata dari kebersihan dan kesucian jiwa. Oleh itu hampir setiap ayat-ayat berkaitan dengan harta selalu dirangkaikan dengan iman dan tegaknya solat
Allah s. w. t berfirman yang bermaksud:
“(iaitu) mereka yang beriman kepada yang ghaib, yang menegakkan solat, yang membelanjakan sebahagian dari apa yang Kami rezekikan kepada mereka. ”(Al-Baqarah:3)
“Orang-orang yang menegakkan solat dan membelanjakan sebahagian dari apa yang telah Kami rezekikan bagi mereka. ” (Al-Anfal:3)
Yang dimaksudkan dengan memberikan harta yang dicintainya ialah memberikan harta yang dicintai, memberikan harta kerana cintanya kepada Allah s. w. t

Kemanisan Iman lahirkan peribadi unggul
Ikhlas dalam bertindak
Sebagai seorang hamba yang menghayati kalimat Laa ilaaha illallah, tentu kita ikhlas sepenuhnya daripada apa yang diatur oleh Allah s. w. t dan Rasul-Nya. Ini pun sebagai tanda bukti kebenaran dan kemanisan iman dan usaha jihad kita di jalan Allah S.W.T. Al-Quran sendiri menyerukan hamba-Nya yang soleh untuk bertindak ikhlas dalam segala hal, seperti dalam firmanNya:
“Katakanlah: “Sesungguhnya aku diperintahkan Allah supaya menyembah Allah dengan memurnikan ketaatan kepada-Nya dalam (menjalankan) agama. ” (Az-Zumar:11)
Ikhlas harus nyata dalam memperjuangkan dalam menegakkan kebenaran, meskipun hal itu banyak merugikan diri dan keluarganya sendiri. Rela berkorban demi kepentingan Islam atau kepentingan fillah, sebagaimana pernah dicontohkan oleh kaum Ansar dan Muhajirin di Madinah pada awal Rasulullah s. a. w membentuk jamaah. Ikhlas juga merupakan akhlak terpenting dalam kehidupan berjemaah, yakni ikhlas untuk diatur oleh pemimpinnya yang soleh, ikhlas melakukan amal-amal jamati dan ikhlas menerima sangsi jika ia melakukan pelanggaran.

Iltizam kepada amal jama’i
Umat islam yang pertama kali dibangun oleh Rasulullah s. a. w di Madinah terdiri dari berbagai potensi insan. Potensi-potensi peribadi yang patut dibanggakan itu kemudian dipersatukan menjadi suatu kekuatan yang amat dahsyat yang tiada tolok tandingannya. Kekuatan utama mereka terletak pada ikatan persatuannya, yakni iman dan takwa. Amal jama’I juga menyangkut segi keamanan dakwah itu sendiri. Oleh kerana itu kita memerlukan adanya “sirriyah tanzhim”, yakni pembahagian tugas dan daya guna ahli jamaah secara optima. Oleh kerana itu setiap individu harus menyedari tugas dan fungsinya.

Al-Qada’ (ketentuan Allah s. w. t)
Qada’ ertinya memutuskan sesuatu dengan ucapan atau perbuatan (hukum atau takdir Allah). Qadar ertinya pembatasan atau ketentuan Allah s. w. t kepada setiap pekara pada zaman azali, menurut pengetahuan dan kehendak-Nya. Sebagai contoh Allah s. w. t telah menciptakan setiap sesuatu, iaitu manusia, bintang, tumbuh-tumbuhan dan benda-benda yang lainnya yang mempunyai ukuran, kekuatan watak, kelebihan tertentu dan sebagainya. Misalnya manusia mempunyai bentuknya yang tertentu, fungsinya dan hidupnya di dunia dengan keadaannya yang tersendiri. Semua itu menurut keputusan (takdir) dan ketentuan Allah (qadak dan qadar-Nya). Contoh yang lain adalah Allah telah memutuskan (qada’) dengan menurunkan agama sebagai undang-undang, dan memutuskan agar manusia wajib menerima dan mentaati undang-undang tersebut. Inilah qadak atau keputusan Allah. Semua itu disebut sunnah Allah dan tidak dapat diganti atau diubah. Oleh itu agama dan para Rasul itu tidak boleh diganti. Orang yang cuba mengantikannya bererti ia telah menolak qadak dan qadar Allah.

Kebahagiaan dan kecelakaan abadi bagi setiap manusia, menurut amalan akhir hidupnya!
Sabda Nabi s. a. w menurut riwayat Bukhari
“Sesungguhnya si hamba suka bersuat dengan perbuatan-perbuatan ahli neraka, padahal sesungguhnya ia sebahagian daripada ahli syurga dan yang lainnya suka berbuat dengan perbuatan-perbuatan ahli syurga, padahal sesungguhnya amalan-amalan manusia itu menurut bagaimana amalan sepanjang hidupnya. ” (Bukhari dari Sahl).
Hadis riwayat Ahmad, Tirmidzi dan Al-Hakim dari Annas r. a
“Apabila Allah mengkehendaki akan memberikan kebaikan kepada seorang hamba-Nya, tentu ia akan mengangkatnya. Maka ditanyakan kepada kepadanya: “Bagaimanakah mengangkatnya itu? Nabi s. a. w berkata: Allah memberikan taufik (pertolongan) kepadanya untuk beramal soleh sebelum ia mati. Kemudian Allah mencabut rohnya ketika ia dalam keadaan itu. ”

Kesimpulan
Orang yang manjadi kaya akan berusaha untuk menghasilkan kekayaan itu, menurut cara yang biasa, halal dan dengan mengharapkan pertolongan Allah. Orang yang menginginkan sesuatu, akan tetapi tidak mahu berusaha atau ia berusaha akan tetapi tidak menurut cara yang biasa, seperti orang sakit yang mahu sembuh pergi berjumpa dengan dukun-dukun atau bomoh, atau orang yang mahu kaya pergi memuja-muja di kubur-kubur. Itulah kesestan dan kedunguan yang tidak menurut sunnah Allah dan tidak bertawakal. Jadi amal dan usaha menurut sunnah Allah, itulah syarat pokok untuk tawakal. Misalnya, seseorang yang mahu makan tetapi tidak mencari makanan, lalu menyerah diri kepada Allah, mungkin ia akan mati kelaparan. Seseorang yang sakit, tidak mahu berubat dan hanya menyerah diri kepada Allah, mungkin akan bertambah sakitnya.

No comments:

Post a Comment