Monday, October 22, 2012

Aurat Mahkota Wanita

DISEDIAKAN UNTUK:Ustaz Abd Aziz bin Harjin
Pensyarah CTU101


DISEDIAKAN OLEH:Nuramira Aqila Binti Mohd Raudzh
No Matrik : 2012299306
Kumpulan: CSC1Cf


PROGRAM:Diploma Sains Komputer

TARIKH HANTAR:10 September 2012

PENDAHULUAN

Assalamualaikum w.b.t,Alhamdulillah segala puji bagi Allah s.w.t,pentadbir seluruh alam maya.Dengan limpah dan kurniaNya saya telah diberi kesempatan untuk menyiapkan tugasan CTU saya.Saya telah memilih tajuk aurat mahkota wanita berdasarkan buku rujukan yang telah dibeli.Pertama sekali saya ingin mengucapkan ribuan terima kasih kepada pensyarah CTU 101 saya,Ustaz Abdul Aziz Harjin kerana telah memberi tunjuk ajar kepada saya dalam mencari maklumat mengenai kerja kursus saya ini.

BAB 1 : PENGERTIAN AURAT,HIJAB,JILBAB

AURAT

Maksud dari segi istilah ialah bahagian tubuh badan yang waib ditutup atau dilindungi dari pandangan orang lain.

Firman Allah S.W.T dalam surah an-Nur ayat 31,dengan pengertian kehormatan:
“Dan Katakanlah kepada perempuan-perempuan yang beriman supaya menyekat pandangan mereka(daripada memandang yang haram) dan memelihara kehormatan mereka dan janganlah mereka memperlihatkan perhiasan mereka keculi yang zahir daripadanya dan hendaklah mereka menutup belahan leher bajunya dengan tudung kepala mereka dan janganlah mereka memperlihatkan perhiasan tubuh mereka melainkan kepada suami mereka atau bapa mereka atau bapa mertua mereka atau anak-anak mereka atau anak-anak tiri mereka atau saudara-saudara mereka atau anak bagi saudara mereka yang lelaki atau anak bagi saudara-saudara mereka yang perempuan atau perempuan-perempuan Islam atau hamba-hamba mereka,atau orang gaji dari orang-orang lelaki yang telah tua dan tidak berkeinginan kepada perempuan atau kanak-kanak yang belum mengerti lagi tentang aurat perempuan dan janganlah mereka menghentakkan kaki untuk diketahui orang akan apa yang tersembunyi dari perhiasan mereka dan bertaubatlah kamu sekalian kepada Allah,wahai orang-orang yang beriman,supaya kamu Berjaya.”

Firman Allah S.W.T dalam surah an-Nur ayat 58,dengan pengertian masa:
“Wahai orang-orang yang beriman,hendaklah hamba-hamba kamu dan orang-orang yang belum baligh dari kalangan kamu,meminta izin kepada kamu(sebelum masuk ke tempat kamu), dalam tiga masa(iaitu) sebelum smebahyang Subuh dan ketika kamu membuka pakaian kerana kepanasan di tengahari dan sesudah sembahyang Isyak,itulah tiga masa bagi kamu(yang biasanya terdedah aurat kamu padanya).Kamu dan mereka tidaklah bersalah kemudian darpada tiga masa yang tersebut,(kerana mereka) orang-orang yang selalu keluar masuk kepada kamu dan kamu masing-masing sentiasa berhubung rapat antara satu dengan yang lain.DEmikianlah Allah menerangkan kepada kau ayat-ayatNya(yang menjelaskan hukum-hukumNya) dan ingatlah Allah Maha Mengetahui lagi Maha Bijaksana.”

Firman Allah S.W.T dalam surah al-Ahzab ayat 13 dengan pengertian perlindungan:
“Dan juga masa itu ialah masa segolongan di antara mereka berkata,”Wahai penduduk Yathrib,tempat ini bukan tempat bagi kamu (untuk berjuang di sini),oleh itu baliklah”. Dan sebahagian dari mereka pula meminta izin kepada nabi(hendak balik) sambil berkata,”Sesungguhnya rumah-rumah Kami memerlukan perlindungan”, padahal ia tidak memerlukan perlindungan.Mereka hanya bertujuan hendak melarikan diri (dari berjuang menegakkan islam)”



HIJAB

Hijab bermaksub penutup dan boleh dijuruskan kepada jubbah,tudung dan purdah untuk dijadikan penutup aurat seseorang wanita.

Ulama’ juga mengatakan hijab itu merupakan pakaian yang dituntut oleh syariat yang bersifat kesempurnaan dan benar-benar mengikut syariat.

Firman Allah S.W.T dalam surah al-Ahzab ayat 53 :
“Dan apabila kamu meminta sesuatu yang harus diminta dari isteri-isteri nabi,maka mintalah kepada mereka di sebalik tabir.Cara demikian lebih suci bagi hati kamu dan hati mereka.”

JILBAB

Maksud dari segi syariat ialah menutup seluruh badan sebagaimana firman Allah SWT dari surah al-Ahzab ayat 59:
“Hendaklah mereka itu melabuhkan jilbabnya ke seluruh tubuh mereka.”

Jadi,janganlah pakai pakaian yang nipis,ketat amhupun bercorak-corak yang boleh menimbulkan keseronokan lelaki untuk melihatnya.

Firman Allah S.W.T dalam surah al-Ahzab ayat 59:
“Wahai nabi,suruhlah isteri-isterimu dan ank perempuanmu serta perempua-perempuan yang beriman supaya melauhkan pakaiannya bagi menutupi seluruh tubuhnya iaitu semasa mereka keluar,cara yang demikian lebih sesuai untuk mereka dikenal sebagai perempuan yang baik-baik,maka itu mereka tidak diganggu.”

Firman Allah S.W.T dari surah an-Nuur ayat 31 yang menyatakan tidak semestinya menutup muka sahaja:
“Janganlah mereka memperlihatkan perhiaasan tubuh mereka kecuali yang zahir daripadanya.”

Dengan dalil ini gugurlah kewajipan berpurdah(menutup muka).
Hadis yang diriwayatkan oleh Imam Ahmad dan Imam Bukhari daripada Ibnu Umar bahawa Rasulullah SAW bersabda bermaksud:
“Janganlah seseorang perempuan yang berihram memakai purdah dan bersarung tangan.”





BAB 2 : PEMAKAIAN MENURUT ISLAM

Berpakaian bermaksud memakai seseorang akan baju/menutup dengannya.

Firman Allah SWT dalam surah al-Baqarah ayat 187:
“Mereka itu adalah pakaian bagimu dan kamu pun adalah pakaian bagi mereka.”

Terdapat banyak ayat al-Quran yang berkait rapat dengan masalah berpakaian,seperti:
    salah satu nikmat Allah SWT.
    fitrah seorang manusia.
    mensyariatkan hukum-hukum berpakaian.
 Berikut adalah keterangan mengenai perkara di atas:
    Salah satu nikmat Allah SWT.

Pakaian ialah apa yang dipakai oleh manusia untuk menutup aurat.
Firman Allah SWT dalam surah al-Araf ayat 26:
“Hai anak-anak Adam.Sesungguhnya kami telah menurunkan kepadamu pakaian untuk menutupi auratmu dan pakaian indah untuk perhiasan.Pakaian takwa itulah yang lebih baik.Yang demikian itu adalah sebahagian dari tanda-tanda kekuasaan Allah.Mudah-mudahan mereka sentiasa ingat.”

    Fitrah seorang manusia.

Firman Allah SWT dalam surah al-Araf ayat 20:
“Setelah itu maka syaitan membisikkan (hasutan) keapda mereka berdua supaya (dapatlah) ia menampakkan kepada mereka akan aurat mereka yang(sekian lama) tertutup dari (pandangan)mereka.”

Hakikatnya,aurat adalah kehormatan seseorang.

    Mensyariatkan hukum-hukum berpakaian.

Firman Allah SWT dalam surah al-Rum ayat 30:
“Maka hadapkanlah wajahmu dengan lurus kepada agama Allah(tetaplah atas) fitrah Allah yang telah menciptakan manusia menurut fitrah itu.Tidak ada perubahan pada fitrah Allah..”

Sifat-sifat pakaian perempuan Muslimah ialah menutupi semua badan kecuali apa yang dikecualikan,pakaian yang logger,tidak nipis dan tidak menyerupai lelaki.

Pakaian yang menutupi badan perempuan terbahagi kepada :

    Tudung
Ditaarifkan dengan nama kain yang boleh menutupi kepala seorang perempuan.
Tudung yang dilarang untuk dipakai :
    terlalu nipis hingga menampakkan cuping telinga.
    warna yang tidak terlalu menonjol.
    hendaklah menutupi bahagian dada.
    hendaklah menutupi keseluruhan rambut.
    tidak menampakkan bentuk sanggul dalam hadith menyebut :
Daripada Abu Hurairah ra berkata,Rasulullah SAW bersabda,”Dua golongan daripada ahli neraka yang belum saya lihat iaitu stu,kaum yang memegang cemeti.Kedua,waanita-wanita yang berpakaian namun(hakikatnya)
telanjang,merayu-rayu menarik hati sambil berjalan berlengang-lenggok.Di atas kepala merekap seperti terdapat bonggol unta (ikatan sanggul).Mereka tidak akan masuk syurga dan juga tidak akan mencium baunya,padahal bau syurga itu dapat dicium dari perjalanan sekian dan sekian.”
Diriwayatkan daripada imam Muslim di dalam sahihnya.(2128)

    Jubah
Firman Allah SWT dalam surah al-Ahzab ayat 59:
“Hai nabi katakanlah kepada isteri-isterimu,anak-anak perempuanmu dan isteri-isteri orang mukmin,”Hendaklah mereka melabuhkan jubah mereka ke seluruh tubuh mereka”.Yang lain demikian itu supaya mereka lebih mudah untuk dikenal,kerana itu mereka tidak diganggu.Dan Allah Maha Pengampun dan Maha Penyayang”

Takrifan jubah iaitu :
    sesuatu pakaian yang menutupi badan dari atas hingga ke bawah dan ini diriwayatkan oleh ibnu Abas r.a.
    penutup kepala bagi perempuan.
    apa yang menutupi perempuan itu dari kain atau sebagainya.
    pakaian yang luas dari tudung tanpa kain(tudung bersambung dengan kain).
    setiap pakaian yang dipakai oleh perempuan bergantung pada pemakai.

    Seluar
Dari sudut bahasa : pakaian yang menutup dna membaluti pusat hingga ke lutut dan apa-apa jua di antara keduanya.
Hadis yang berkaitan mengatakan :
Daripada Abu Hurairah r.a bahwasanya Nabi SAW telah bersabda,”Allah merahmati pemakai seluar di kalangan wanita”.Hadis ini dikeluarkan oleh Ad-Daruqutni.
    hukum pemakaian seluar : harus dan mustahab.

    Melabuhkan baju
Hadis riwayat Ibnu Umar r.a berkata,bahwasanya Rasulullah SAW bersabda:
“Allah tidak akan melihat atau memandang kepada sesiapa yang melabuhkan bajunya dan dia(yang berbuat demikian) di kalangan orang-orang yang sombong.”Lalu apabila didengari hadis tersebut oleh Ummu Salamah,isteri baginda,maka dia bertanya tentang wanita yang melabuhkan pakaian.Maka jawab Rasulullah SAW,”Labuhkan sejengkal”.Maka Ummu Salamah berkata,”Kalau begitu akan tersingkaplah kaki-kaki mereka”.Lalu Rasulullah SAW berkata,”Labuhkan sehasta dan jangan ditambah lagi.”
    wanita wajib menutup kaki-kaki mereka termasuklah betis merekaiaitu dengan melabuhkan kain-kain mereka sebanyak satu hasta dari pertengahan betis mereka.
    Rasulullah SAW juga membenarkan pakaian wanita terseret di atas tanah bagi tujuan menutup kaki-kaki mereka.
Pakaian yang longgar
“Daripada Usamah bin Zaid berkata,”Baginda memberi kain kepadaku dari kain Qibti yang tebal yang telah dihadiahkan kepada Rasulullah dari Dihyah Al-Kalbi.Maka aku berikan kepada isteriku untuk memakainya.Maka Rasulullah telah bersabda,”Kenapa kamu tidak memakai kepada isteriku.Rasulullah SAW bersabda : “Suruhlah dia letakkan kain di lapisan dalamnya kerana aku bimbang pakaian itu membentuk tubuh dan tulangnya”. Hadis riwayat Imam Ahmad.
Malik rahimahullah telah menukilkan penyampaian Sayidina Umar Al-Khattab yang melarang wanita dari memakai Kain Qibti.Dia berkata,”Walaupun tidak jarang tapi ia membentuk kerana kesempitan dari pakaian akan membentuk apa yang dibawahnya.”

Pakaian yang tebal,bukan nipis
Daripada Abu Hurairah r.a berkata,Rasulullah SAW bersabda,”Dua golongan daripada ahli neraka yang belum saya lihat iaitu satu,kaum yang memegang cemeti bagaikan ekor lembu digunakan untuk memukul orang.Kedua,wanita-wanita yang berpakaian namun(hakikatnya) telanjang,merayu-rayu menarik hati sambil berjalan berlenggang-lenggok.Di atas kepala mereka seperti terdapat bonggol unta(ikatan sanggul).Mereka tidak akan masuk syurga dan juga tidak akan mencium baunya,padahal bau syurga itu dapat dicium dari perjalan sekian dan sekian.”(Dikeluarkan daripada Imam Muslim)
Makna “wanita yang berpakaian hakikatnya telanjang” ada beberapa pendapat:
    Perempuan itu memakai baju yang nipis lagi jernih sehingga menampakkan tubuh badannya.
    Berkata Ibn Abdul Har :”Yang dimaksudkan oleh nabi adalah kaum wanita yang mengenakan pakaian yang tipis yang dapat menggambarkan bentuk tubuhnya dan tidak dapat menutup atau menyembunyikannya. Mereka itu tetap berpakaian akan tetapi hakikatnya telanjang.”
    Tidak menutup bahagian yang sememangnya terbuka dengan sesuatupun walaupun dengan benda yang nipis.
    Hadis lain yang berkaitan :
Daripada Aisyah r.a Asma bt Abu Bakar telah datang bertemu Rasulullah SAW dan memakai pakaian yang nipis.Rasulullah SAW menegahnya dan berkata,”Wahai Asma’,sesungguhnya apabila seseorang perempaun telah sampai waktu baligh(telah haid) tidaklah ia boleh memperlihatkan daripadanya kecuali ini dan ini (Rasulullah menunjukkan wajah dan dua tapak tangannya).” (Hadis riwayat Abu Daud)
Ini menunjukkan sesungguhnya pakaian yang nipis adalah ditegah kerana menampakkan tubuh badan.
Tidak menyerupai pakaian lelaki
Hadis yang sahih yang melarang wanita :
Daripada Ibnu Abbas r.a berkata:”Rasulullah SAW melaknat lelaki yang merupai wanita dan wanita yang merupai lelaki.”Dikeluarkan oleh Imam Bukhari
Daripada Abi Malikah berkata,”Daripada Aisyah r.a seorang perempuan memakai kasut.Maka Aisyah berkata”Rasulullah SAW melaknat perempuan memakai pakaian yang dikhususkan kepada lelaki.”Dikeluarkan oleh Abu Daud
Penyerupaan pakaian yang ditegah adalah haram.


Hikmah pengharaman penyerupaan
    untuk menjaga sahsiah peribadi masing-masing pada perkara yang hak.
    hilang sahsiah peribadi seseorang.

Penyerupaan dengan bukan muslim
    Memakai pakaian yang ibadah agama tersebut atau pakaian yang mempunyai lambang salib atau lambang-lambang agama lain.

Rasulullah SAW bersabda :
“Jauhilah kamu dari memakai pakaian para Rahib.Sesiapa memakai pakaian seperti mereka atau menyerupai mereka,dia bukanlah dariku.” (Riwayat Imam ar-Rhabrani dalam al-Mu’jam al-Ausat)
Syarat-syarat memakai hijab
Menutup aurat adalah wajib.
Terdapat beberapa syarat dalam islam untuk menjaga diri dari terjebak perkara mungkar :
    pakaian meliputi seluruh badan selain yang dikecualikan
    bukan sekadar perhiasan semata-mata
    kainnya harus tebal(tidak nipis)
    harus longgar(tidak ketat) sehingga tidak dapat menggambarkan sesuatu pun dari tubuhnya.
    tidak boleh memakai wangian.

Adakah suara wanita itu aurat?

Jawapannya : suara itu bukan aurat kecuali bila dimerdukan,dilunakkan dan dimanja-manjakan di hadapan lelaki ajnabi.

BAB 3 : ASAL-USUL PERHIASAN WANITA

Tabarruj ialah memperlihatkan perhiasan dan kecantikannya kepada lelaki.

Firman Allah SWT dalam surah al-Ahzab ayat 33:
“Dan hendaklah kamu tetap di rumahmu dan janganlah kamu berhias dan bertingkah laku seperti orang-orang jahiliah yang dahulu..”

Ciri-ciri perhiasan wanita islam :

Firman Allah SWT dalam surah an-Nuur ayat 31:
“Katakanlah kepada wanita yang beriman, “Hendaklah mereka menahan pandangannya dan kemaluannya dan janganlah mereka menampakkan perhiasannya,kecuali yang (biasa) nampak dari padanya.Dan hendaklah mereka menutupkan kain tudung ke dadanya dan janganlah menampakkan perhiasannya kecuali keoada suami mereka atau ayah mereka atau ayah suami mereka atau putera-putera mereka atau putera-putera suami mereka atau saudara-saudara laki-lai mereka atau putera-putera saudara perempuan mereka atau wanita-wanita islam atau budak-budak yang mereka miliki atau pelayan-pelayan laki-laki yang tidak mempunyai keinginan(terhadap wanita) atau anak-anak yang belum mengerti tentang aurat wnita.Dan janganlah mereka memukulkan kakinya agar diketahui perhiasan yang mereka sembunyikan.Dan bertaubatlah kamu sekalian kepada Allah,hai orang-orang beriman supaya kamu beruntung.”

BAB 4 : CARA PEMILIHAN WARNA PAKAIAN

Fatwa yang dikeluarkan oleh Majlis Ulama Saudi : -

Soalan : Apakah hukum memakai pakaian yang berwarna bagi wanita seperti kuning,putih dan merah sedangkan ia menutup aurat?
Jawapan : Harus bagi wanita memakai pakaian mengikut warna sebagaimana yang dia kehendaki kecuali pakaian yang dikhususkan untuk kaum lelaki sahaja.

Adakah syarak menetapkan warna tertentu bagi pakaian wanita?

Tidak,namun janganlah terlalu terang warnanya sehingga menarik perhatian lelaki.

Apakah warna yang paling baik bagi pakaian lelaki ?

Dari Samurah bin Jundab r.a bahawa Rasulullah SAW bersabda :
“Pakailah pakaian berwarna putih kerana sesungguhnya ia lebih suci dan lebih menunjukkan keutamaan pakaian putih dari pakaian-pakaian berwarna lain.Disunatkan memakai pakaian berwarna putih dan mengkafankan jenazah dengan ain yang berwarna putih.Begitu juga,pakaian putih adalah paling baik dipakai untuk menghadiri solat Jumaat,solat Jemaah,bertemu ulama atau pembesar.”

BAB 5 : BATASAN AURAT,CARA MENUTUP AURAT,KESALAHAN YANG SERING DILAKUKAN

Batasan Aurat

Rasulullah SAW telah bersabda yang bermaksud,
“Bahawa anak perempuan apabila cukup umurnya,maka mereka tidak boleh dilihat dengan dia,melainkan mukanya dan dua tapak tangannya hingga pergelangan.”(Hadis Riwayat Abu Daud)

Aurat wanita ketika bersanding

Seorang wanita yang ingin bersanding perlulah menjaga perkara-perkara berikut:

    bersanding dengan menutup aurat yang sempurna.
    bersanding dengan tujuan sebagai kenang-kenangan bukan untuk dipertontonkan.
    tidak dihadiri oleh mereka-mereka yang halal nikah dengannya.
Orang-orang yang boleh melihat aurat wanita :
    suami
    bapa
    datuk sebelah ibu dan ayah
    bapa mertua
    anak-anak
    cucu dari anak lelaki dan perempuan
    anak tiri
    saudara(adik beradik)kandung
    anak saudara dari saudara(adik beradik) lelaki
    anak saudara dari saudara(adik beradik)perempuan
    sesama wanita
    pelayan yang tiada nafsu
    kanak-kanak yang belum ada syahwat

Cara-cara menutup aurat yang digariskan oleh syarak

Firman Allah SWT dalam surah al-Ahzab ayat 59:
“Hendaklah mereka melabuhkan tudung ke seluruh badan mereka,supaya mereka lebih mudah dikenali orang,kerana itu mereka tidak diganggu.”




Bahagian-bahagian aurat yang perlu disembunyikan ialah:
    muka dan tangan.
    mua dan leher.
    dada.
    kaki(tumit atau tapak kaki).
    wangian.
Kesalahan yang sering dilakukan seperti dalam rajah berikut :

BAB 6 : PURDAH
Purdah merupakan suatu bidaah atau suatu perkara baru yang dibawa masuk di dalam agama islam adalah dakwaan yang tidak berasas dan tidak berilmu.
Firman Allah SWT dalam surah an-Nuur ayat 31 :
“Dan janganlah mereka menampakan perhiasannya kecuali yang biasa nampak darinya.”
Hukum memakai purdah ialah tidak wajib.
Hikmah memakai purdah :
    menghalang daripada solekan muka atau make-up yang berlebihan daripada ditonton oleh lelaki yang bukan mahram.
    menyembunyikan kecantikan wajahnya hanya untuk diperlihatkan kepada suaminya sahaja.
    menghalang orang dari mengetahui rahsia diri memalui raut wajahnya kecuali pada majlis merisik dan pertunangan.

BAB 7 : AZAB WANITA YANG MENDEDAHKAN AURAT
Azab wanita yang mendedahkan aurat
Rasulullah SAW menceritakan ketika di Israkkan ke langit,beliau melihat orang sedang mengalami pelbagai penyeksaan..maka bila teringatkan mereka aku menangis.”Beliau bersabda :
    wanita yang digantung dengan rambutnya dan otak kepalanya mendidih.
    wanita yang digantung dengan lidahnya serta tangannya dipaut dari punggungnya sedangkan cairan yang mendidih dari neraka dituangkan ke kerongkongnya.
    wanita yang digantung dengan buah dadanya dari balik punggungnya sedangkan air getah kayu zakum(buah yang berduri) dituang ke kerongkongnya.
    wanita yang digantung,diikat kedua kaki dan tangannya kea rah ubun-ubun kepalanya serta dibelit di bawah kekuasaan ular dan kala jengking.
    wanita yang memakan badannya sendiri serta di bawhnya kelihatan api yang menyala-nyala dengan marak.
    wanita yang memotong badannya sendiri dengan gunting daari neraka.
    wanita yang tuli,buta dan bisu dalam api neraka sedang darahnya mengalir dari rongga hidung,telinga dan mulut serta badannya membusuk akibat penyakit kulit.
    wanita yang berkepala seperti kepala babi dan keladai yang mendapat pelbagai jenis seksaan.
    wanita yang berbentuk seperti anjiing dan api masuk ia ke dalam mulutnya dan keluar ia daripada duburnya.
Seraya Fatimah berkata,”Wahai ayahku ceritakanlah kepadaku apakah amal perbuatan wanita-wanita itu.” Rasulullah SAW bersabda,”Wahai Fatimah,ada pun tentang :
    wanita yang digantung dengan rambutnya keana dia tidak menjaga rambutnya(di tutup) di hadapan lelaki ajnabi.
    wanita yang digantung dengan lidahnya dengan lidahnya kerana dia menyakiti hati suaminya dengan kata-kata yang kesat dan kasar.
    Nabi SAW bersabda : “Tidak seorang wanita yang menyakiti hati suaminya melalui kata-katanya kecuali Allah akan membuatnya mulutnya kelak di hari kiamat,selebar 70 hasta kemudian akan mengikatnya di belakang leher.
    wnita yang digantung dengan buah dadanya kerana dia menyusui anak orang lain tanpa izin suaminya.
    wanita yang diikat dengan kaki dan tangannya itu kerana dia keluar rumah tanpa izin suaminya,tidak mandi wajib dari haid dan nifas.
    wanita yang memakan badannya sendiri kerana suka bersolek untuk dilihat lelaki lain serta suka membicarakan keaiban orang.
    wanita yang memotong badannya sendri dengan gunting dari neraka kerana dia suka menonjolkan diri(ingin terkenal) di kalangan rang yang banyak dengan maksud supaya orang melihat perhiasannya dan setiap orang jatuh cnta padanya kerana melihat perhiasannya.
    wanita yang diikat kedua kaki dan tangannya sampai ke ubun-ubun dan dibelit oleh ular dan kala jengking kerana dia mampu mengerjakan solat dan puasa.Tetapi tidak mahu berwudhuk dan tidak solat serta tidak mahu mandi wajib.
    wanita yang kepalanya seperti kepala babi dan badannya seperti keldai kerana dia suka mengadu domba(batu api) serta berbohong.
    wanita yang berbentuk seperti anjing kerana dia ahli fitnah serta suka marah-marah pada suaminya.
    wanita yang seperti rupa anjing dan api masuk ia ke dalam mulutnya dan keluar ia daripada duburnya,maka bahawasa sesungguhnya a adalah suka mengungkit-ungkit pemberian di kalangan dan suka dengki-mendengki.

PENUTUP
Islam telah menggariskan dan menetapkan beberapa perkara dalam hal menutup aurat dengan berpandukan yang disyariatkan.Inilah yang telah menggariskan syariat pakaian wanita islam iaitu :
    tidak terlalu nipis sehingga menampakkan bayang tubuh badan.
    berwarna gelap dan suram.
    tidak terlalu ketat dan sempit.
    tidak sembur dengan bauan yang harum.
Menurut Pengerusi Majlis Fatwa kerajaan Mesir,Doktor Atiah Saqar di dalam ‘Ensiklopedia keluarga Islam’ perhiasan dalam berpakaian menurut Islam adalah seperti berikut :
    Hiasan untuk suami dan di dalam lingkungan rumah sahaja.
    Hiasan tersebut mestilah tidak menggoda dan mengghairahkan.
    Tidak keterlaluan di dalam perhiasan.
    Tidak melanggar perintah-perintah wajib dalam berpakaian.
    Tidak meniru pakaian lelaki.



No comments:

Post a Comment