Monday, October 22, 2012

Iman - rukun, hakikat dan pembatalan

IMAN RUKUN, HAKIKAT DAN PEMBATALAN

KOD KURSUS:
CTU101- PRINSIP-PRINSIP ASAS ISLAM

NAMA & NO PELAJAR :
MUHAMMAD AZIM BIN MOHD YAZIZ ( 2012431758 )

NAMA PENSYARAH:
USTAZ ABDUL AZIZ BIN HARJIN

RUKUN IMAN

Rukun iman merupakan asas penting bagi seseorang muslim.Rasulullah pernah bersabda mengenai Al-Iman ketika ditanya Jibril:

Maksud hadis:Al-Iman ialah engkau beriman kepada Allah, para malaikat, kitab-kitabNya, rasul-rasulNya dan hari kemudian dan engkau beriman dengan qadar baiknya dan jahatnya.
 Riwayat al-Bukhari dan Muslim

Keimanan seseorang tidak akan sempurna jika tidak mengikut cara yang ditunjukkan kitab yang ditunjukkan kitab Allah dan sunnah Rasulullah. Seseorang muslim juga akan terkeluar dari lingkungan islam dan menjadi golongan kafir jika mengingkari rukun iman.

BERIMAN KEPADA ALLAH
Beriman kepada Allah bermaksud beriktikad dengan tegas bahawa Allah ialah Tuhan yang memiliki dan mencipta segala-galanya.Kita sebagai umat islam beribadat dengan ikhlas seperti solat, puasa, doa, takut kepada azabNya, menyerah diri kepadaNya.Sesungguhnya Dialah Tuhan yang berhak disembah dan diibadatkan.Dialah Tuhan yang bersifat dengan segala sifat sempurna dan tidak ada kekurangan.
Beriman kepada Allah mengandungi tiga bahagian Tauhid, iaitu :
•    Tauhid Rubiyyah
•    Tauhid Uluhiyyah
•    Tauhid Asma dan Sifat

Tauhid Rububiyyah
Tauhid Rububiyyah bererti beriktikad dengan tegas bahawa Allah adalah “Rabb/Tuanpunya” bagi segala sesuatu dan tidak ada Tuhan selainNya.Rububiyyah Allah terhadap makhlukNya bererti keesaan Allah pada penciptaan, milikan dan pentadbiran hidup makhluk.
Tauhid Rububiyyah merupakan pengakuan bahawa Allah sahajalah yang mencipta, memiliki, menghidup, memati, memberi manfaat, memberi mudarat, memperkenankan doa, berkuasa penuh terhadap mereka, mengurnia sesuatu dan menahan dari mereka, kepunyaanNyalah segala urusan makhluk dan titah perintah.
Tauhid ini adalah asas bagi Tauhid bahagian lain, kerana pencipta, pemilik dan pentadbir sahajalah yang berhak ditujukan ibadat dan Dialah yang berhak menerima pujian, syukur, doa, harapan, takut, dan lain-lain. Ibadat yang dilakukan tidak sah melainkan kepada zat yang mempunyai hak mencipta dan hak memerintah kesemuanya.
Oleh itu, pencipta langit dan bumi dan barang yang diantara keduanya sahajalah yang kita patut menganggapnya sebagai Tuhan.Sesungguhmya Dialah Tuhan yang hidup, tidak mati, amat mengetahui, maha besar dan maha tinggi.

Tauhid Uluhiyyah
Tauhid Uluhiyyah ialah beriktikad dengan jazam bahawa Allah adalah Tuhan yang sebenar, tiada Tuhan selainNya dan Dialah Tuhan yang mesti diesakan dalam beribadat. Tauhid ini berasaskan ikhlas kepada Allah pada lahir dan pada batin, dalam ertikata lain sagala ibadat mesti dikerjakan kerana Allah. Kerana itu orang yang beriman beribadat hanya kepada Allah danbukan kepada yang lain.Ia mengikhlaskan cinta, takut, harapan, doa, tawakkal, taat, dan segala jenis bentuk ibadat lain hanya kepada Allah.
Tauhid Uluhiyyah ini menuntut kita supaya menghadap kepada Allah dalam setiap jenis ibadat dan menuntut kita supaya membersihkan hati dari terikat dengan pihak atau pengaruh lain. Ibadat ini mengandungi pengertian yang luas, diantaranya:.
1.    Wajib ikhlas cinta kepada allah
2.    Wajib mengesakan Allah dalam berdoa, bertawakkal, dan mengharapkan perkara yang hanya Allah berkuasa
3.    Wajib mengesakan Allah dalam takut

Tauhid al-Asma Wal-Sifat
Tauhid al-Asma wal-Sifat bermakna beriktikad dengan jazam bahawa Allah bersifat dengan sifat-sifat kesempurnaan, suci bersih dari segala sifat-sifat kekurangan dan sifat-sifat Allah tidak menyeruapai sifat-sifat kekurangan dan sifat-sifat, dengan erti kata lain, kita isbatkan bagi Allah nama-nama dan sifat-sifat yang Allah sendiri menetapkannya di dalam al-Quran bagi zatNya dan mengisbatkannya oleh Rasulullah di dalam hadis, tanpa mengubah lafaz-lafaz dan makna-maknanya.
Tauhid al-Asma wal-Sifat ini terbahagi kepada tiga asas.Seiapa yang menyeleweng darinya sudah tentunya ia tidak mentauhidkan Allah dari segi Asma (nama)dan sifat.Ketiga-tiga asas itu ialah :
1.    Menyucikan Allah dari menyerupai makhluk-makhluk dan dari mana-mana sifat kekurangan.
2.    Beriman dengan nama-nama Allah dan sifat-sifatNya yang sabit di dalam al-Quran al-Karim dan hadis, tanpa mengurang, mengubah dan mengtaktilkan/menafikan makna sesetengah sifat Allah.
3.    Menghapuskan perasaan ingin tahu kaifiyyat dan bentuk sifat-sifat ini.

Sifat-sifat Allah yang termaktub di dalam al-Quran al-Karim dan al-Hadis al-Syarif terbahagi kepada dua jenis iaitu Sifat Zat dan Sifat Feel (Perbuatan).Sifat Zat ialah sifat-sifat lazim bagi Allah dan tidak bercerai tanggal daripadaNya.Sifat Feel pula ialah sifat-sifat yang tertakluk dengan kehendak Allah dan qudratNya.Nama-nama Allah ialah nama-nama khas bagiNya yang telah dikhabarkan oleh Allah sendiri di dalam al-Quran dan oleh Rasulullah dalm sunnahnya. Tiap-tiap nama ini menunjukkan satu sifat atau beberapa sifat bagi Allah.

BERIMAN KEPADA MALAIKAT
Beriman kepada malaikat bererti percaya secara jazam bahawa para malaikat Allah tetap ada. Malaikat merupakan makhluk Allah dan tidak sah iman seorang hamba melainkan setelah ia beriman dengan sifat-sifat dan amalan-amalan mereka yang diterangkan di dalam al-Quran al-Karim dan al-Hadis al-Syarif tanpa menambah, mengurang dan mengubah.
Allah S.W.T.menerangkan tentang sifat-sifat para malaikat secara garisa kasar iaitu mereka dijadikan sebelum Nabi Adama.s. Malaikat juga merupakan makhluk nurani (berunsurkan cahaya) dan tidak berjisim. Malaikat juga berlainan dengan manusia, kerana mereka tidak makan, tidak minum, tidak tidur, tidak berkahwin, bersih dari segala kesalahan dan dosa. Malaikat langsung tidak bersifat dengan segala sifat kebendaan seperti bani Adam.Akan tetapi mereka boleh menyamarkan diri sebagai manusia dengan keizinan Allah.
Hubungan malaikat dengan Allah adalah hubungan Ubudiyyah (kehambaan) yang bersih, hubungan patuh/taat, tunduk kepada segala perintah Allah. Inilah hubungannya dan tidak ada hubungan lain. Kerana itu malaikat bukanlah Tuhan dan bukanlah anak cucu Tuhan sebagaimana kepercayaan orang-orang dahulu.Malaikat juga adalah salah satu makhluk Allah yang sentiasa taat kepada Allah, tidak kuasa membuat sesuatu dengan kekuasaan dari mereka sendiri dan mereka sentiasa taat kepada perintah dan beribadat kepadaNya. Malaikat mempunyai bilangan yang banyak dan Allah sahajalah yang Mengetahui bilangannya.

Beriman kepada malaikat menimbulkan kesan yang mendalam dalam kehidupan seorang Islam, di antaranya ialah:
1.    Menjauhkan kita dari terjerimus ke dalam khurafat dan kepercayaan-kepercayaan dongeng.
2.    Menjadkan kita sentiasa istiqamah dalam menjalanan perintah Allah.
3.    Menjadikan kita sentiasa bersabar, meneruskan jihad fisabilillah, menimbulkan ketanangan jiwa, tidak berputus asa, dan tidak merasai cemas.

BERIMAN KEPADA KITAB-KITAB ALLAH
Beriman kepada kitab-kitab Allah ialah kita beriman kepada kitab-kitab yang diturunkan kepada para nabi dan rasulNya.Kitab-kitab yang diturunkan itu ada disebutkan di dalam al-Quran dan ada yang tidak disebutkan. Antara kitab yang disebutkan dalam al-Quran ialah :                              
•    Taurat (Nabi Musa a.s.)
•    Injil (Nabi Isa a.s.)
•    Zabur (Nabi Daud a.s.)
•    Sahifah-sahifah/suhuf/lembaran (Nabi Ibrahim a.s. dan Nabi Musa a.s.)

Kita sebagai umat Islam wajib beriman bahawa al-Quran al-Karim adalah kitabyang terakhir diturunkan dari sisi Allah, serta Allah mengutamakannya dengan beberapa ciri yang membezakannya dari kitab-kitab yang sebelumnya. Diantara ciri-ciri itu ialah :
1.    Al-Quran mengandungi intisari ajaran Ilahi
2.    Al-Quran adalah kitab Allah yang dijamin terpelihara
3.    Al-Quran diturunkan untuk manusia seluruhnya

BERIMAN KEPADA NABI DAN RASUL
Beriman kapada nabi dan rasul bererti kita beriman kepada para nabi dan para rasul yang disebut di dalam al-Quran dan yang tidak di sebut.Bilangan dan nama-nama mereka tidak diketahui dengan sebenarnya kecuali Allah sahaja yang mengetahuinya.Para nabi dan para rasul yang disebut dalam al-Quran adalah sebanyak 25 orang sahaja.
Sebagai seorang muslim, wajiblah di atas diri kita beriman dengan kerasulan dan kenabian mereka itu secara tafsil(perincian), dalam ertikata lain sekiranya disebut seorang nabi atau seorang rasul ia tidak mengingkari kenabian dan kerasulannya. Siapa yang mengingkari kenabian salah seorang dari mereka atau kerasulannya yang diutus membawa risalah Allah bererti dia telah kufur.
Di dalam kalangan para rasul, terdapat lima orang rasul yang digelar sebagai Ulul-Azmi sebagaimana disebut-sebut oleh para ulama, antarannya ialah :
1.    Nabi Muhammad s.a.w.
2.    Nabi Musa a.s.
3.    Nabi Ibrahim a.s.
4.    Nabi Nuh a.s.
5.    Nabi Isa a.s.

Kita juga wajib beriman bahawa Allah telah mengutuskan beberapa orang rasul kepada makhluk supaya memberi khabar gembira dan khabar buruk kepada mereka.Memberi khabar gembira iaitu keredhaan Allah, pahala dan syurga jika mereka beriman kepada Allah dan rasulNya serta mentaatinya dan memberi khabar buruk iaitu kemurkaan Allah jika mereka kufur dan durhaka.

Wajib kita beriman juga bahawa para rasul yang diutus oleh Allah bertujuan untuk mencapai satu matlamat asasi iaitu beribadat kepada Allah, menegakkan agamaNya, mengasaskanNya pada Rububiyyah, Uluhiyyah, Asma’ (nama-namaNya) dan sifat-sifatNya.
Sebagai seorang Islam, kita wajib beriktikad dengan penuh jazam bahawa tidak ada mana-mana nabi selepas Nabi Muhammad s.a.w.Sekiranya ada orang yang mendakwa dirinya menjadi nabi selepasnyamaka dia adalah pendusta.Wajib juga kita beriktikad bahawa Nabi Muhammad s.a.w. adalah kekasih Tuhan al –Rahman dan ketua orang-orang yang bertakwa. Darinya kita boleh jadikan contoh serta teladan dan bagindalah yang layak untuk dijadikan role model kerana bagindalah utusan Allah yang diutuskan kepada jin dan manusia.

BERIMAN KEPADA HARI AKHIRAT
Beriman kepada hari akhirat bererti beriman kepada apa yang diceritakan oleh Allah di dalam al-Quran dan apa yang diceritakan oleh Rasulullah s.a.w. berhubungan dengan perkara yang akan berlaku setelah mati yang terdiri dari :
•    Fitnah dalam kubur
•    Azab dan nikmat di dalam kubur
•    Kebangkitan semula dan perhimpunan di Padang Mahsyar
•    Kitab amalan manusia, perhitungannya dan al-Mizan, al-Haud (kolam), al-Sirat (titian), dan al-Syafaat
•    Syurga dan neraka
•    Nikmat di dalam syurga dan azab di dalam neraka

Kitab al-Quran berisi penuh dengan sebutan mengenai hari akhirat, di samping menekannya pada tiap-tiap tempat, mengingatkan hari akhirat pada tiap-tiap munasabah,malah menetapkan berlakunya dengan berbagai gaya bahasa arab. Di setiap apa yang diingatkan di dalam al-Quran mempunyai hikmahnya.Antara hikmah al-Quran mengambil berat mengenai beriman kepada hari akhirat ialah :
•    Dapat mengajar manusia supaya beriltizam
•    Menjadikan manusia terikat dengan amal salih
•    Memberi peringatan kepada manusia yang sentiasa lupa lalai

Kitab al-Qurandan al-Sunnah juga akal yang waras membuktikan bahawa wajib beriman kepada hari akhirat.Di dalam al-Quran, Allah banyak berfirman mengenai hari akhirat, menyebut dalil-dalil dan menolak hujah atau kekeliruan orang-orang yang mengingkarinya pada beberapa tempat di dalam al-Quran, begitu juga Allah menyebutkan kejadian-kejadian yang berlaku di hari akhirat dengan panjang lebar da tidak pernah disebut di dalam kitab-kitab sebelumnya.Setiap rasul yang diutuskan oleh Allah juga seringkali mengingatkan kaum mereka mengenai hari akhirat ini.Sekiranya kita mengingkari atau merasa ragu-ragu akan hari akhirat maka akan menjadi golongan yang kufur.
Sebagai seorang Islam, kita juga wajib beriman bahawa kiamat itu tetap berlaku, tanpa syak lagi. Masa berlakunya dirahsiakan dan hanya Allah sahaja yang mengetahuinya.Para rasul, nabi juga tidak mengetahui bila akan terjadinya kiamat. Tidak ada seorang pun yang dapat menghitung berapa lama lagi umur dunia ini.Rasulullah pernah bersabda mengenai alamat/tanda-tanda kiamat. Antara alamat akan berlakunya kiamat ialah :
1.    Keluarnya asap
2.    Lahirnya Dajjal
3.    Keluarnya binatang melata
4.    Matahari terbit dari sebelah barat
5.    Turun Nabi Isa bin Maryam
6.    Keluarnya Yakjuj dan Makjuj
7.    Berlaku tiga kali gerhana di sebelah barat
8.    Berlaku gerhana di sebelah Timur
9.    Gerhana di sebelah semenanjang Tanah Arab
10.    Dan akhir sekali keluarnya api dari negeri Yaman yang menghalau manusia ke tempat perhimpunan mereka

Selepas tiupan sangkakala pertama, kejadian-kejadian ngeri akan berlaku pada akhir umur dunia dan permulaan bagi hari akhirat. Ia bermula dengan berlakunya perubahan alam cakerawala di mana langit akan berpecah belah, bintang akan bertaburan, planet akan berlanggaran sesame sendiri, bumi akan retak, bukit akan hancur, dan segala-galanya akan binasa. Apabila sangkakala kedua ditiup, dan matilah semua yang hidup.Pada ketika itulah bermulanya akhirat di mana terjadinya :
1.    Kebangkitan manusia
2.    Perhimpunan di Padang Mahsyar
3.    Balasan amalan
4.    Menghadap Allah dan hisaban amalan
5.    Kolam air (kauthar)
6.    Neraca timbangan
7.    Titian (sirat)

Selepas itu semua manusia akan ditempatkansamada di syurga atau neraka.Syurga dan neraka adalah ciptaan Allah yang disediakan untuk menjadi tempat balasan baik dan buruk. Allah menciptakan syurga dan neraka sebelum dari manusia. Oleh itu, syurga dan neraka sekarang ini sudah ada dan akan berkekalan selama-lamanya, tidak berubah.


BERIMAN KEPADA QADA DAN QADAR
Beriman kepada qada dan qadar Allah adalah salah satu daripada rukun akidah Islamiyyah dan rukun yang keenam dari rukun Iman. Siapa yang mengingkari qadar Allah bermakna ia terkeluar dari agama Allah. Qada dan qadar merupakan ketentuan Allah yang telah ditetapkan kepada alam ini, peraturan umum Allah dan sunah Allah yang dengannya Allah ikatkan asbab dengan musababnya.
Setiap muslim wajib beriman kepada qadar Allah :qadar yang baik dan jahat, manis dan pahit. Beriman dengan qadar Allah bererti :
    beriman kepada ilmu Allah yang sedia kala
    beriman kepada masyiah Allah yang meluluskan dan qudratNya yang syumul

Dalam masalah qada dan qadar, kebanyakkan mukmin berpegang kepada dasar “qadar Allah adalah tersembunyi dan mereka tidak suka membahaskannya” kerana cukuplah bagi mereka bahawa ia :
•    sudah mengetahui maknanya dan darjat-darjatnya
•    beriman dengan qadar Allah
•    berimanbahawa Allah mengetahui segala suatu
•    beriman bahawa Allah mencipta segala suatu
•    beriman bahawa apa yang Allah tidak kehendaki, ia tidak akan berlaku
•    beriman bahawa Allah Maha Adil, tidak menzalimi seseorang pun
•    beriman bahawa Allah bersih dari sifat sia-sia

Islam berpijak di atas asas menyerah segala kepada hikmah Allah dan iradahNya, tidak tanya mengenai pentafsilan hikmah Tuhan dalam menyuruh dan melarang. Demikianlah sikap para sahabat nabi dahulu. Hal ini kerana pembinaan Islam tertegak di atas asas menyerah kepada Allah dan martabat pertama dalam menjunjung perintah Allah ialah beriman kepada perintah itu, kemudian berazam sungguh-sungguh untuk melaksanakannya dan segera menunainya.Inilah sikap para yang mulia, mereka sangat beradab dengan Rasulullah s.a.w. Dalam masalah qadar, para sahabat, tabiin dan semua ahlul sunnah wal jamaahtelah ijmak dan mengatakan bahawa semua makhluk sampai ke hari kiamat adalah tertulis di Ummul kitab.
Selain itu, satu perkara yang seharusnya kita tidak patut lupa ialah kita disuruh berusaha/berikhtiar mencari sebab, di samping :
•    Bertawakkal kepada Allah
•    Beriman bahawa urusan segala suatu adalah di tangan Allah
•    Beriman bahawa segala sebab tidak memberi kesan dan natijah kecuali dengan keizinan Allah, kerana beriman kepada qadar tidaklah berlawan dengan berusaha mencari sebab

Oleh yang demikian, bersalahlah seseoran muslim jika ia tidak berusaha mencari sebab. Sekailipun rezeki yang ditangan Allah, ia tetap dituntut untuk berusaha mencarinya, kalau tidak ia dianggap berdosa.

HAKIKAT IMAN
Pendapat pertama : Al-Iman ialah nama bagi pengakuan dengan lidah, kepercayaan dalam hati dan amalan dengan anggota. Inilah pendapat kebanyakkan ahlussunnah.
Pendapat kedua:Iman ialah nama bagi pengakuan dengan lidah dan kepercayaan dalam hati, beramal dengan anggota tidak termasuk di dalam nama iman, tetapi dalam hal itu mereka berkata :beramal dengan amalan-amalan yang sabit dengan Rasulullah s.a.w. adalah kewajipan yang tetap di atas orang yang beriman yang mendapat gelaran mukmin dengan sebab mengaku dengan lidah dan percaya dengan hati.
Berdasarkan dua pendapat yang berselisih dalam menetapkan pengertian al-Iman tadi maka berselisih pula dalam masalah apakah iman boleh bertambah dan menjadi kurang ?
    Golongan yang berpendapat bahawa beramal termasuk dalam nam iman, mereka mengatakan “iman boleh bertambah dan menjadi kurang”
    Golongan yang berpendapat bahawa beramal termasuk dalam tuntutan iman mereka mengatakan “iman tiadak bertambah dan tidak menjadi kurang”

PERKARA YANG MEMBATALKAM IMAN
Setelah akidah-akidah yang mesti diimani oleh orang-orang yang beriman diimankan dan jelaslah mengenai pengertian iman. Timbul pula mengenai perkara yang membatalkan iman seseorang hamba yang menjadikannya terkeluar dari lingkungan orang-orang mukmin dan memasukkannya ke dalam golongan orang-orang yang kafir.
Allah Taala telah menetapkan bagi “Iman” dan “Islam” pintu dan jalan masuknya iaitu mengaku dan membenarkannya melaluilidah dan perbuatan kita. Maka sesiapa yang memeluk Islam dengan cara ini tidak terkeluar dari nama muslim kecuali setelah terkeluar daripadanya perkataan atau amalan atau iktikad yang berlawanan dengan pengakuan dan kepercayaannyamengenai dua kalimah syahadah dan kesemua rukun iman yang telah diimaninya.Sekiranya perkataan atau perbuatannya itu mutabaqah (selaras) dengan hakikat niatnya dan iktikadnya maka jadilah ia kafir di dunia dan di akhirat. Maka ia dihukumkan kafir di dunia ini dan dilaksanakan hukum riddah (murtad), iaitu pertamanya diminta bertaubat dan jika ia menolak taubat maka dibunuhnya.Oleh yang demikian, termasuklah ia ke dalam golongan orang-orang yang dikekalkan di dalam neraka jahannam.


1 comment:

  1. Harrah's Cherokee Casino & Hotel - MapYRO
    Find your way https://tricktactoe.com/ around the casino, 출장샵 find filmfileeurope.com where everything is located with the casinosites.one most up-to-date information about Harrah's Cherokee Casino & Hotel in Cherokee, septcasino.com NC.

    ReplyDelete