Sunday, October 21, 2012

PENGANTAR TAMADUN DAN SEJARAH PEMIKIRAN ISLAM


TAJUK:SEJARAH DAN PEMIKIRAN ISLAM
NAMA:RASHIDAH BINTI YAHYA
NO. MATRIK:2011913227
KUMPULAN:BMD2Cc
NAMA PENSYARAH:USTAZ ABDUL AZIZ HARJIN
TARIKH HANTAR:12/09/2012

SEJARAH DAN PEMIKIRAN ISLAM
Corak masyarakat jahiliah ialah sebarang masyarakat yang tidak tulen dalam pengabdiannya kepada Allah s. w. t sama ada dalam akidah, kepercayaan ataupun peraturan hidup. Dalam konteks sejarah, jahiliah dari segi istilah ialah suatu masyarakat di Tanah Arab sebelum lahirnya Islam. Kajian yang telah dibuat, masyarakat jahiliah terdiri daripada golongan Badawi(desa) dan Hadari(kota). Secara umumnya, masyarakat Hadari lebih maju dari masyarakat Badawi. Masyarakat Hadari mempunyai hubungan dengan dunia luar manakala masyarakat Badawi tinggal dikawasan pedalaman dan mereka tidak berhubung dengan dunia luar. Dari segi nilai – nilai etika, antaranya ialah daripada akibat tekanan suasana yang kian serba mencabar dan terdapatlah sifat “al-Ghazw”(peperangan) yang berlaku dikalangan masyarakat Badawi. Nilai Al-Ghazw ini juga berkait rapat dengan sifat “asabiyyah”(perkauman) dan amat dihargai dalam kehidupan mereka. Selain itu, kehidupan yang berasaskan nilai-nilai individualism diperburukkan lagi oleh kebiasaan berpoya – poya dan mengikut hawa nafsu. Dari segi sistem politik ialah masyarakat Badawi berasaskan kabilah, dan terdapat beberapa kumpulan keluarga membentuk khemah yang merupakan sebuah Hayy. Kumpulan Hayy membentuk kaum dan beberapa kaum ini terdiri daripada kabilah dengan ketuanya sendiri yang digelar”Syeikh Kabilah”. Sebagai seorang syeikh yang telah dilantik, haruslah mempunyai sifat seperti keberanian, bijaksana dan pemurah. Selain itu, ia juga haruslah seorang hartawan yang telah berumur. Sebagai seorang syeikh juga mempunyai tugas yang harus dijalankan seperti menjaga keamanan kabilahnya dan membuat perjanjian dengan kabilah-kabilahnya jika mempunyai masalah tertentu. Dari segi agama dan kepercayaan dikalngan bangsa Arab, telah terdapat agama dari langit(samawi)seperti Yahudi, Nasrani dan agama Nabi Ibrahim. Selain dari agama tersebut, orang Arab juga menyembah malaikat. Disamping itu, mereka juga menyembah jin, hantu, atau roh yang telah meninggal dunia dan mereka menggangap perkara itu mempunyai hubungan langsung dengan malaikat dan Tuhan. Diantara sembahan mereka juga ialah matahari, bintang, bulan. Pada anggapan mereka bintang-bintang merupakan kekuasaan yang diberi oleh Tuhan untuk mengatur alam ini. Tidak cukup dengan sembahan tersebut mereka juga menyembah berhala-berhala yang dibuat oleh oleh batu atau kayu.
Sastera arab jahiliah ialah orang arab jahiliah tidaklah benar-benar jahil dalam sesuatu benda itu, kerana terdapat dalam bidang tertentu, mereka adalah maju. Terutamanya dalam kesusasteraan kerana mereka mempunyai keahlian yang tiggi. Dalam masyarakat Arab, selain dari para hakim yang tinggi kedudukannya dan penyair- penyair juga dipandang tinggi dan terhormat. Kedudukan yang terhormat memandangkan peranannya sendiri sebagai jurucakap kabilahnya dan membelanya serta merendahkan kabilah lain. Betapa hebatnya seorang penyair dapat dilihat dari segi kesannya apabila memuji-muji seseorang yang sebelum ini ia sangat hina, namum dengan mendadaknya darjatnya naik. Sebaliknya jika dikejinya, akan berlakulah seperti yang diucapkannya. Selain itu, penyair juga merupakan seorang jurnalis zamannya, kerana kebolehannya untuk mengetahui sesuatu benda yang penting terjadi dan melaporkannya. Contoh kejadian yang telah berlaku seperti Perang Al-Basus, sifat “diyafah”(pemurah dan melayan tetamu), penyembelihan binatang-binatang dikubur pahlawan dan sebagainya. Penyair bukan sahaja sebagai jurnalis, malah ia juga sebagai sejarawan kaumnya dan sebagai ahli sejarah dia juga haruslah mengetahui hal-hal berkenaan salasilah kaumnya. Selain itu, penyair ini dianggap mempunyai kuasa yang tersembunyi daripada pandangan orang, lantaran hubungannya dengan kuasa-kuasa ghaib atau syaitan.
Hijrah dalam sejarah islam bererti dapat dilihat dari dua segi. Pertama dari segi zahirnya perkataan “hijrah”yang berasal dari perkataan “hajar” itu bermaksud pindah dari satu tempat ke suatu tempat yang lain. Pentingnya makna hijrah sebagai suatu perjuangan menegakkan yang makruf, bukannya perjuangan keduniaan. Sesiapa yang yang melakukan hijrah kepada Allah dan Rasulnya, maka jadilah hijrahnya kepada Allah dan Rasul-nya. Barang siapa yang berhijrah kerana dunia atau kepada seseorang wanita yang ingin dikahwininya, maka jadilah Hijrahnya kepada dunia apa yang ia berhijrah kepadanya itu. Terdapat beberapa sebab-sebab hijrah yang saling paut memaut yang membawa kepada berlakunya hijrah dalam sejarah islam. Sebab yang pertama ialah pergolakan atau tekanan-tekanan yang dihadapi oleh nabi dan para pengikutnya di makkah. Akibat dari kematian dua orang pembantu nabi telah menyebabkan perubahan besar dalam corak dakwah Rasulullah. Orang-orang Quraisy semakin berani menggangu, mencaci-maki dan bahkan untuk merancang menamatkan riwayatkan rasulullah. Faktor ini lah Rasullullah memikirkan untuk berhijrah. Antara factor seterusnya ialah yang mendesak rasulullah untuk berhijrah ialah timbulnya tanda-tanda penerimaan yang baik dar Madinah. Terdapat beberapa sebab kenapa orang Madinah menyambut baik ajaran Islam itu. Pertama orang Arab Madinah lebih mengetahui tentang ketuhanan dan kenabian yang mereka dengar dari orang Yahudi. Oleh sebab itulah orang Arab Madinah terus menerima Nabi, agar tidak didahului oleh kaum Yahudi. Walau apa pun sebabnya penghijrahan Nabi menjadi kenyataan setelah diwahyukan oleh Allah s. w. t tentang niat jahat orang Quraisy untuk membunuhnya. Antara kepentingan Hijrah, yang mendorong Umar Al Khattab meletakkan sebagai tarikh permulaan kalendar Islam. Melalui penghijrahan, kita dapat menyaksikan pengorbanan sahabat-sahabat Rasulullah dalam memenuhi program Harakah Islamiah itu. Selain dari itu, kita dapat melihat kebijaksanaan dalam mengaturkan strategi dalam perjalanannya itu.
Peribadi Rasulullah dalam sorotan, jika terdapat seorang manusia yang layak dijadikan “model”manusia unggul, Muhammad adalah orangnya. Keunggulannya telah diakui sendiri oleh Allah S.W.T. Beliau mempunyai personality yang “hebat”iaitu seperti sifat ditakuti tetapi dihormati. Selain itu, orang tidak berani mengangakat muka semasa beliau sedang bercakap dan jika mereka ingin ketawa maka mereka akan hanya tersenyum. Peribadi Rasulullah mengerunkan sehingga terdapat seorang itu ingin menyakiti rasulullah dan terus membatalkan niatnya untuk menyakiti. Walaupun personalitinya hebat dan mengerun kan, beliau juga banyak ketawa tetapi beliau hanyalah ketawa hanyalah pada tempatnya dan ianya hanya setakat senyuman. Apabila beliau ketawa, kata Abu Hurairah, kelihatan seolah-olah dinding pun turut bergemilang. Selain itu, beliau juga pernah bergurau tetapi tidaklah sampai melepasi batas-batas kesopanan. Walaupun sifat nabi yang mengerunkan dan beliau mempunyai kedudukan yang tinggi dan menyebabkan orang menghormatinya, beliau ternyata sangat merendahkan diri. Contohnya, beliau menjahit sendiri pakaiannya yang koyak, menampal sendiri kasutnya yang berlubang dan menyapu sendiri dihalaman rumahnya. Selain itu, ketika bersama sahabatnya, beliau tidak mimilih tempat untuk untuk membezakan darjatnya. Beliau juga menunggang sendiri keldai untuk kemana-mana arah yang hendak ditujunya. Dari segi pendiriannya, beliau merupakan seorang yang sangat teguh dan tegas dalam menegakkan kalimah Allah.
Pertumbuhan ilmu keagamaan ialah pada hakikatnya kita tidaklah dapat menyaksikan keghairahan di kalangan khalifah- khalifah Bani Umayyah terhadap usaha-usaha pengembangan ilmu pengetahuan. Kenyatan ini menunjukkan kehidupan tasyri” tidak mencapai sebarang kemajuan yang bererti, kecuali di zaman Abdul Aziz. Malah di bidang ilmu sekular langsung tidak diperhatikan, kecuali oleh Khalid bin Yazid bin Muawiyah. Dikatakan bahawa Khalidlah orang yang pertama memudahkan pengetahuan asing ke dalam islam, dengan cara mempelajari ilmu-ilmu perubatan, kimia, dan astronomi. Terdapat beberapa sebab terjadinya perkara sedemikian, iaitu Bani Umayyah telah memperlihatkan sikap fanatik Arab yang keterlaluan, sehingga mereka belum sedia menerima ilmu-ilmu asing dalam memperkembangkan ilmu pengetahuan. Sebagai sebuah kerajaan yang berdasarkan kekerasan, Bani Umayyah lebih tertumpu kepada bidang ketenteraan, baik dalam pemberontakan dalam negeri mahupun dalam usaha penaklukan di luar negeri. Jika terdapat khusus ilmu keagamaan dan perkembangannya pun hanyalah timbul dari kesedaran dan semangat keagamaan itu sendiri, bukannya dari galakan pemerintah. Kecuali Umar Abdul Aziz, para khalifah Bani Umayyah tidak memberi dorongan terhadap kebangunan ilmu keagamaan sepertimana kecenderungan mereka terhadap sastera dan cerita-cerita sejarah tersebut. Tentang ilmu hadis, terdapat beberapa orang tokoh besar, seperti Hassan Al-Basry, Ibnu Shihab Al-Zuhry, Al-Auza”I dan Ibnu Abi Malikah, murid Ibnu Abbas yang terbesar. Pembukaan hadis hanyalah dibuka oleh Umar Abdul Aziz. Antara sebab-sebabnya ialah jika dulunya di zaman Abu Bakar dikumpulkan Al-Quran kerana ramai para Huffah yang terkorbn, maka sebab-sebab yang sama menuntut hadis. Sebab seterusnya ialah jika dizaman Rasulullah dan Khulafar-Rashidin dilarang mengumpul hadis kerana dikhuatiri bercampur aduk dengan ayat Al-Quran, tetapi dengan selesainya pembukuan Al-Quran dizaman Abu Bakar dan penyempurnaannya di zaman Usman, maka alasan tersebut sudah hilang, kerana mashaf Al-Quran sudah tersebar luas dan dihafal oleh beribu ribu orang. Walaupun zaman Umayyah bukannya zaman perkembangan ilmu pengetahuan namun terdapat juga beberapa faktor yang menyebabkan kebangkitannya. Faktor yang pertama ialah Umar Abdul Aziz memainkan peranan sendiri untuk cuba menghidupkan kembali sunnah dan hal ini haruslah dibicarakan. Faktor seterusnya, timbulnya pertikaian politik yang terus menerus sepanjang pemerintahan Bani Umayyah, akhirnya berubah menjadi pertikaian yang bercorak agama. konflik ini yang meluas ini akan menimbulnya golongan-golongan yang mempercepatkan pertumbuhan ilmu kalam(teologi)
Kejatuhan Bani Umayyah disebabkan oleh dua faktor, iaitu faktor dalaman dan faktor luaran. Antara faktor dalam, pertama kebejatan moral di kalangan khalifah-khalifah Bani Umayyah yang hanya sibuk melayan nafsu syahwatnya. Walaupun Muawiyah agak terkecuali dari segi ini tetapi dialah yang bertanggungjawab mengasaskan suatu corak pentadbiran sekular(keduniaan) dan materialistik. Keruntuhan moral lebih ketara pada diri Yazid bin Abdul Malik, hingga penah dikatakan pernah jatuh cinta kepada dua orang sahayanya sendiri, Sallamah dan Hubabah. Sifatnya juga telah diwarisi juga oleh anaknya Al-Walid yang mempunyai sifat kegila-gilaan. Tidak cukup dengan sifat kegilaannya kepada wanita-wanita dan arak, Al-Walid juga mempunyai sifat yang zalim dan kejam, contohnya terhadap keluarga Hisham bin Abdul Malik. Selain itu, kelemahan moral di kalangan khalifah-khalifah diperburukkan lagi oleh pembantu yang kejam. Di antara mereka yang terkenal dengan keganasan tersebut ialah Ubaidah bin Ziyad dan Al-Hajjaj. Antara faktor dalaman, kedua ialah kurang pengalaman sehubungan dengan faktor kelemahan peribadi tersebut ialah kurangnya kelayakan dikalangan khalifah-khalifah Umayyah. Kelemahan seperti ini kadang kala berjalan seiring dengan keruntuhan moral tadi, tetapi kadang-kadangnya berdiri sendiri. Yazid bin Muawiyah misalnya adalah contoh mereka yang bajet moralnya dan juga tidak layak sekali. Antara faktor dalaman seterusnya ialah mementingkan bangsa, puak dan anak sendiri. Aspek pertama, sebenarnya mementingkan bangsa Arab sahaja itu bererti menghidupkan kembali tradisi Jahiliah yang telah dihancurkan oleh Rasulullah. Politik “anak tiri anak kandung” telah meletakkan golongan Arab pada darjat yang tertinggi, sedangkan golongan Mawaly(bukan Arab) dipandang rendah. tidak cukup dengan sikap fanatik kearaban tersebut, golongan Umayyah nampaknya lebih memberi keutamaan (prioriti) kepda keturunan mereka saja(Bani Umayyah), tidak kepada suku lain meskipun sama-sama bangsa Arab. Selain itu, Bani Umayyah seolah-olah cuba meggalakan lagi konflik diantara perkauman dengan cara menyokong kaum- kaum tertentu. Dari segi sikap atau semangat kesukuan itu ialah mementingkan anak sendiri dalam pemilihan Putera mahkota, dan mengetepikan saudara-saudara lain dan keturunan Umayyah. Faktor luaran ialah akibat dari semuanya aspek kedua dalam perbahasan kita, iaitu faktor luaran yang bertanggungjawab membawa kehancuran Bani Umayyah. Maksudnya, Bani Umayyah terpaksa menghadapi tentangan-tentangan musuh dari semasa ke semasa sehinggalah keakhir zaman. Ada dua corak tentangan tersebut iaitu yang pertama penentangan yang timbul oleh sebab-sebab semasa, kerana itu usianya pun tidak panjang, dan tidak pula khalifah-khalifah Bani Umayyah terpaksa menghadapinya. Corak keduanya ialah tentangan yang dicetuskan oleh musuh abadi Bani Umayyah iaitu golongan-golongan Syiah dan Khawarij yang mana berlanjutan terus menerus. Sebagai seorang khalifah haruslah terpaksa menghadapinya. Antara faktor luaran, pertama syiah iaitu memang benar orang-orang Syiah dikatakan dapat membendung kemarahan mereka kepada Muawiyah dengan kerelaan Hassan bin Ali menyerahkan pimpinan umat kepada Muawiyah pada 661M. Tetapi apabila timbulnya idea untuk melantik Yazid sebagai bakal pengganti, timbulnya protes dari orang-orang Syiah, khasnya Hussein bin Ali. Hal ini kerana Muawiyah telah mengetepikan perjanjian dengan Hassan dahulu untuk menyerah soal khalifah kepada rakyat untuk memulihnya.
TEORI-TEORI KEDATANGAN ISLAM
Teori dari India
Berbanding dengan teori-teori lain, teori dari Indialah yang lebih banyak pendukungnya. Walaubagaimanapun, sarjana –sarjana tidak sependapat tentang daerah manakah India tersebut yang membawa Islam kesini. Van Ronkel misalnya menggangap yang Islam dibawa dari India Selatan. dengan alas an bahawa bentuk-bentuk popular seperti ciri-ciri mistik, sastera roman dan sebagainya di Indonesia itu adalah berasal dari India Selatan. Oleh sebab itulah katanya Islam berasal dari sana, bukannya terus dari Arab. Jika Van Ronkel menekankan India dari Selatan, Moquette dan R. A Kern pula memilih Gujerat sebagai tempat asalnya Islam. Moquette mengemukakan buktinya tentang kesamaan batu-batu nisan di Pasai dan di Gerisik dengan batu nisan di gujerat.
Teori dari China/Indochina
Selain teori dari India tersebut, Islam juga dikatakan datang ke nusantara melalui China atau Indochina. Sebagai hujahnya, Syed Naquib Al-Attas menyebut tentang pemberontakan di Canton pada tahun 877M yang mengorbankan kira-kira120000 hingga200000 pedagang-pedagang beragama Islam(Arab dan Parsi). Yang lainya terpaksa menyelamatkan diri dengan melarikan diri ke Kalah(Kedah), yang kemudiannya mengambil alih peranan Canton sebagai pelabuhan utama bagi pedagang-pedagang Arab. Diantar kalangan pendukung-pendukung teori ini nampaknya S. Q. Fatimah yang lebih nyaring suaranya. Di dalam hujahnya, beliau menyebut tntang kewujudan kerajaan Bani Champa.
Teori dari Arab
Jika tadinya dikatakan Islam di Nusantara datang dari India atau China, kini timbulnya kecenderungan baru mengatakan bahawa ianya dibawa terus dari tanah Arab atau Parsi. Sebenarnya hujah untuk menguatkan teori ini ialah tidaklah sukar dicari, memadai dengan meninjau kegiatan pedagang-pedagang Arab di kawasan Asia Tenggara sejak dari zaman Jahiliah lagi. Dengan mengkaji proses Islamisasi di Nusantara di peringkat awal tersebut, kita sudah mendapat kesimpulan bahawa orang Arab lah yang sebenarnya merintas jalan meskipun dengan agak pasif. Selepas itu barulah dikuti oleh mubaligh India pada abad ke13, seperti yang telah dijelaskan. Walau bagaimana pun, kita masih mempunyai hujah-hujah lain untuk menguatkan teori ini, dan diantara sarjana-sarjana yang paling menonjol dalam teori ini ialah Syed Muhammad Al-Naquib Al-Attas dan Hamka.
PENYEBARAN ISLAM
Pusat-pusat perkembangan Islam, yang pertama ialah kerajaan Samudera Pasai. Beberapa faktor yang mengangkatnya Pasai sebagai pusat perkembangan Islam yang terawal. Pertamanya ialah peribadi rajanya sendiri yang menyiarkan Islam dan mempertahankan sendirinya dari ancaman kuasa-kuasa bukan Islam. Tetapi yang tidak kurang pentingnya ialah hubungan diplomatik dengan negeri-negeri Islam, seperti Mesir, Delhi, Melaka, Makkah, Perlak dan sebagainya. Pusat perkembangan Islam yang kedua ialah Kerajaan Melaka. Dengan kejatuhannya Pasai, Melaka terus mengantikannya sebagai pusat perkembangan terpenting. Terdapat beberapa faktor yang membantu mencapai kedudukan seperti itu. Pertamanya ialah letaknya yang strategik dikawasan lalu lintas perdagangan antarabangsa. Hal ini kerana kedudukannya sungguh baik dan selamat dari tiupan angin kencang dan arus gelombang yang besar.
Adat Istiadat dan Undang-undang Kesultanan Melaka dalam Penilaian ialah sistem masyarakat melayu tradisi adalah berasaskan konsep kesedaran kelas(class consciousness) bahawa di antara manusia terdapat perbezaan darjat. Pegangan seperti inilah terbentuknya adat istiadat dan undang-undang. Semakin tinggi taraf sosial seseorang semakin luaslah bidang kepentingan yang dimiliknya, malah semakin besar kemungkinan terlepas dari hukum-hukum tertentu. Sebaliknya, bagi kelas-kelas bawahan pula bukan sahaja mereka dinafikan hak-hak tertentu, bahkan terpaksa pula menghadapi hukuman-hukuman tertentu. Cara ini tidak menghairankan lagi oleh masyakat melayu tradisi ini kerana undang-undang ini telah digubal menurut pihak kelas-kelas atasan mereka sendiri. Berdasarkan dengan sistem sosial yang mengiktiraf perbezaan kelas tersebut maka wujudlah adat istiadat dengan hak dan kewajipan yang berbeza. Kecuali bagi golongan diraja, rakyat jelata dilarang memakai semua benda yang berwarna kuning, mempunyai anjung serta serambi bertiang gantung, keris dan gelang kaki yang diperbuat dari emas. Selain itu, rakyat juga ditegah memakai payung yang berwarna putih dan kuning, oleh kerana payung putih adalah untuk raja dan yang bewarna kuning untuk putera-putera raja. Sebagai masyarakat feudal seperti Melaka ini kehormatan seseorang lebih bergantung kepada keturunan berbanding kebolehan. Dengan itu jawatan sultan hanyalah dilantik di kalangan keluarga atau anak sultan juga. Di kalangan anak sultan juga hanyalah anak gahara dipandang tinggi manakala anak gundik dipandang rendah. Sistem social yang berasaskan kelas ini juga melahirkan peraturan dan undang-undang yang berbeza. Berdasarkan konsep daulat daulat inilah kata-kata raja adalah undang-undang yang harus ditaati tanpa banyak bicara. Oleh sebab itu, tidak hairanlah jika terdapatnya raja-raja yang sewenang-wenangnya menitahkan itu ini, sampai hendak dilenyapkan oleh orang tertentu tiada siapa yang sanggup membantahnya. Kedudukan sosial seseorang mempengaruhi bentuk hukuman yang akan diterimnya. Semakin tinggi kedudukannya, semakin besarlah kemungkinan terlepas dari hukuman. Sebaliknya, akan beratlah hukumannya jika yang dilakukan ialah rakyat biasa. Kesemua peraturan dan adat istiadat di atas adalah bercanggah sekali dengan falsafah Islam. Ianya salah bukan pada bentuk-bentuk peraturannya, bahkan termasuk pada akarnya sekali yang ditegakkan dia atas konsep ‘kesedaran kelas’. percanggahan dengan Islam adalah ternyata, kerana sistem sosial dalam Islam adalah berasaskan konsep bahawa ‘Allah memuliakan setiap adam’ dan jika Islam juga mengiktirafkan perbezaan darjat, tetapi itu bukanlah kerana keturunannya atau pun kedudukannya, tetapi kerana taqwa dan amal salihnya. Walau bagaimana pun, kita masih dapat melihat beberapa aspek adat istiadat dan undang- undang Melaka yang selaras dengan Islam. Misalnya mengenai hukum membunuh orang yang dalam Islam pembunuhnya dibunuh kembali(Al-Baqarah:178)dan ada disebutkan dalam hukum kanun Melaka fasal 5. Selain itu, hukum Islam mengenai hokum rejam kerana berzina(Al-Nuur:2)dan potong tangan kerana mencuri(Al-Maidah;38)juga disebutkan dalam Undang-undang Melaka dan Undang-undang laut. Dari adat istiadat pula, unsur keislaman tidak diketepikan langsung. Jelas bahawa di samping adanya pertentangan diantara Islam dengan adat istiadat dan undang-undang kesultanan Melaka, namun di sana masih ada aspek-aspek yang sesuai dengan tuntutan-tuntutan Islam. Pengaruh Islam memang ada di Melaka, tetapi percanggahan-percanggahan dengan Islam juga banyak terdapat di Melaka. Dan jika dibuat penilaiannnya, ternyatalah bahawa adat istiadat dan undang-undang kesultanan Melaka banyak yang bertentangan dengan Islam.

No comments:

Post a Comment