Sunday, October 21, 2012

Hikmah Untuk Orang Sakit

DISEDIAKAN UNTUK:USTAZ ABDUL AZIZ BIN HARJIN
DISEDIAKAN OLEH:NABILAH BINTI AHMAD SHUBHI 2011977641
GROUP : Bmd2Ac
TARIKH MENGHANTAR: 11 SEPTEMBER 2012

PENGHARGAAN
Dengan lafaz Alhamdulillah saya mengucapkan segala puji dan syukur kepada Ilahi kerana dengan izin dan rahmatNya, tugasan ini telah dapat disempurnakan.
Terima kasih yang tidak terhingga kepada semua individu yang telah membantu saya melaksanakan tugasan ini secara langsung atau tidak langsung. Jutaan terima kasih kepada tenaga pengajar Ustaz Abd Aziz B. Harjin di atas bimbingan dan tunjuk ajar beliau kepada saya. Beliau juga telah banyak mendorong saya dalam proses penyiapan projek saya ini. Tidak lupa juga kepada kedua orang tua saya yang telah mendidik dan mengasuh saya dari kecil hinggalah ke hari ini dalam keta'atan kepada Allah s.w.t. Seterusnya buat teman-teman seperjuangan yang sedia membantu dan memberi dorongan disamping idea-idea yang bernas ketika ketandusan idea.
Saya juga ingin memohon sejuta kemaafan sekiranya terdapat kesilapan dan kekurangan dalam tugasan saya ini. Segala kekurangan harap dimaafkan. Sesungguhnya yang baik itu datangnya dari Allah dan yang buruk itu datangnya dari kelemahan saya sendiri.

PENDAHULUAN
Alhamdulillah dengan adanya buku kajian saya yang bertajuk Hikmah Untuk Orang Sakit karya Abdullah Bin Ali Al-Juaithin tersebut sedikit sebanyak telah memberi saya petunjuk serta pedoman dalam menghadapi dugaan apabila ditimpa sebarang penyakit. Buku ini juga mengetengahkan hikmah penyakit dan manfaatnya. Di samping itu, pengarang tersebut juga cuba untuk menjelaskan agar sentiasa bersabar apabila menghadapi penyakit dan keutamaan bersabar, factor-faktor yang dapat menguatkan kesabaran dan hal-hal khusus yang diperlukan. Setiap penyakit pasti ada ubatnya, ikhtiar itu merupakan jalan yang terbaik kepada manusia dalam usaha untuk terus hidup sihat kembali. Selain ikhtiar, kita juga haruslah sentiasa berdoa kepada Allah, dengan berdoa juga merupakan salah satu jalan yang terbaik untuk pesakit mendekatkan diri kembali kepada Allah. Selain itu, manusia akan diuji dalam segala sesuatu, sama ada dalam hal-hal yang disenangi dan disukainya. Terdpat juga hukum fiqah yang dapat diperlihatkan oleh orang sakit, berhubung dengan kesuciaa, solat, puasa, haji dan juga amalan-amalan kebaikan yang sedikit sebanyak dapat menjauhkan diri kita daripada melakukan dosa.

Pelbagai penyakit dan penderitaan mempunyai manfaat dan hikmah, yang telah diisyaratkan Ibnu Al- Qayyim, antaranya ialah
1)    Bersabar dalam menghadapi kesusahan.

-    Allah menciptakan makhluknya untuk memberikan ujian dan cubaan. Jika seseorang benar-benar beriman,maka segala perbuatan ata urusannya merupakan kebaikan. Jika seeorang itu merasakan kegembiraan tersebut, maka dia sudahpun bersyukur dan ini juga merupakan salah satu kebaikan kepada dirinya. Jika dalam keadaan susah, maka dia juga telahpun bersabar dan ini merupakan kebaikan baginya. Terdapat pelbagai dalil yang menunjukkan bahawa musibah, penderitaan dan penyakit, adalah merupakan kelaziman bagi setiap manusia. Musibah juga boleh berupa apa sahaja yang menimpakan keburukan kepada seseorang, seperti yag diriwayatkan dari Umar Bin Al Khattab, ketika tali seliparnya putus, maka diapun mengucapkan “ Innalillah Wa Innailaihi Raji’un” lalu berkata, “ Segala apapun yang menimpakan keburukan kepadamu, maka itu merupakan musibah”.
2)     Ampunan Atas Dosa Dan Kesalahan.
-    Penyakit juga merupakan salah satu hukuman kepada seseorang tersebut diatas kesalahan-kesalahan yang pernah dilakukan melalui hati, pendengaran, penglihatan, serta perbuatan. Terdapat hadis-hadis yang menjelaskan pengampunan dosa kerana adanya musibah, hadis ini diambil oleh Abu Hurairah dan Abu Said, dari Nabi S.A.W, beliau bersabda “ Tidaklah seseorang Muslim ditimpa keletihan, penyakit, kekhuatiran, kesusahan, gangguan, kesedihan, hingga dari yang menusuknya, melainkan Allah menghapuskan sebahagiaan dari kesalahan-kesalahannya”. ( Diriwayatkan Al-Bukhari dan Musim ).
3)     Bermacam Kebaikan Ditulis Dan Darjat Ditinggikan.
-    Di antara faedah penyakit, bahawa jika manusia bersabar dalam menghadapinya, maka dia diberi pahala, dengan dituliskan pelbagai kebaikan baginya dan ditinggikan darjatnya. Dari Aisyah r.a, dia berkata, “ Aku pernah mendengar Rasulullah S.A.W bersabda, “ Tidaklah seorang Mukmin tertusuk duri atau yang lebih kecil dari duri, melainkan ditetapkan baginya satu darjah dan dihapuskan darinya satu kesalahan ”.
4)     Pembuka Jalan Ke Syurga.
-    Syurga tidak dapat diperolehi kecuali dengan sesuatu yang tidak disukai jiwa manusia, sebagaimana sabda Nabi
5)     Keselamatan Dari Api Neraka
-    Dari Abu Hurairah r.a dari Rasullullah s.a.w bahawa beliau mengunjungi seoran yang sakit demam, yang disertai Abu Hurairah. Lalu bersabda, “ Bergembiralah kerana Allah Azza Wa Jallah berfirman, ‘ Inilah neraku-ku. Aku menganjurkannya menimpa hamba-ku yang Mukmin di dunia, agar dia jauh dari neraka pada hari akhirat ”. ( Ditakhrij Ahmad, Ibnu Majah dan Al Hakim ). Dari Aisyah, sesungguhnya Nabi S.A.W bersabda: “ Sakit demam itu menjauhkan setiap orang Mukmin dari neraka ”. ( Diriwayat Al-Bazzar ).
6)     Mengembalikan Hamba Kepada Allah Dan Mengingatkan Kelalaiannya.
-    Di antara faedah penyakit dan musibah-musibah yang lain ialah mengembalikan hamba yang tadinya lari dari mengingati Allah. Kesedaran ini dapat menghentikan dari menderhakai Allah. Biasanya jika seseorang tersebut yang dahulunya dalam keadaan sihat walafiat mudah terjerumus dalam melakukan dosa seperti melakukan zina dan sebagainya. Di samping itu, individu yang terlalu mengejar urusan dunia juga akan mengakibatkan mereka lalai dari mengingati Allah. Lalu Allah memberi hukuman kepada mereka dengan ditimpa sesuatu penyakit atau musibah yang lain, maka dengan ini akan timbullah kesedaran di dalam diri mereka di atas kesalahan-kesalahan yang dilakukan selama ini. Penyakit juga merupakan penebus dosa bagi orang mukmin dan penyebab taubat dan kesedarannya daripada kelalaian. Berbeza dengan orang fajir ( jahat ) yang tetap derhaka, tidak terpengaruh oleh penyakitnya dan tidak mahu kembali kepada Allah. Yazid Bin Maisarah ( rahmatullah ) berkata, “ Sesungguhnya ada seorang hamba yang benar-benar sakit, dan dia tidak mempunyai amalan di sisi Allah. Lalu Allah mengingatkannya tentang sebahagiaan kesalahan yang dahulu pernah dilakukannya. Lalu daripada matanya keluar air mata seperti kepala lalat, kerana takut kkepaada Allah. Jika Allah memberikannya kehidupan, maka dia hidup dalam keadaan suci, dan jika Allah mencabut nyawanya, maka dia mati dalam keadaan suci. Penyakit juga boleh membuka kesedaran bahawa seseorang tersebut sangat memerlukan Allah.
7)     Mengingatkan Nikmat Allah Yang Lalu Dan Yang Ada.
-    Di antara faedah penyakit ialah bagi mengingatkan diri terhadap nikmat serta kurniaan Allah yang dilimpahkan kepada umatNya. Disebabkan kamu tenggelam dalam kesenangan kerana kewujudan itu, maka bencana yang menimpamu tersebut boleh mengingatkan terhadap nikmat yang melimpah di sekitarmu. Bersyukurlah kepada nikmat yang diberikan oleh Allah dengan menggunakannya kea rah kebaikan seperti bersedekah dan sebagainya, kerana ini adalah salah satu cara untuk kita mencari keberkatan Allah di dalam kehidupan seharian.
8)     Mengingatkan Keadaan Saudara-Saudaramu Yang Sedang Sakit.
-    Di antara hikmah Allah, dugaan berupa penyakit atau penderitaan kepada orang Mukmin pada masa-masa tertentu agar umatnya sentiasa mengingatikan saudara-saudaranya yang sedang sakit, yang selama itu sudahpun lalai kepada Allah tatkala waktu sihat dahulu.
9)     Mensucikan Hati Daripada Pelbagai Penyakit.
-    Keadaan yang sihat juga boleh mengundang seseorang untuk bersikap sombong, bangga, dan takjub kepada diri sendiri. Namun sekiranya jika penyakit yang dialami sudah menguasai dirinya, maka jiwanya boleh berubah menjadi lembut, dan sudah mula mahu untuk menginsafkan dirinya, sifat-sifat seperti sombong dan takbur, dengki, dan membanggakan diri juga boleh hilang dan akhirnya seseorang tersebut akan tunduk dan pasrah kepada Allah serta beribadah kepada Allah. Ibnu Qayyim ( rahimalllah ) berkata, “ Hati dan roh yang dapat mengambil manfaat dari penderitaan dan penyakit merupakan perkara yang tidak boleh dirasakan, kecuali jika di dalamnya ada kehidupan. Kebersihan hati dan roh tergantung kepada penderitaan badan dan kesulitannya.”. Dia berkata di tempat yang lain, “ Kalau tidak kerana cubaan dan musibah dunia, nescaya manusia terkena penyakit kesombonga, ketakjuban kepada diri sendiri dan kekerasan hati. Padahal sifat-sifat sebegini merupakan kehancuran baginya di dunia mahupun di akhirat. Dan di antara rahmat Allah, kadang-kadang manusia ditimpa musibah, yang menjadi pelindung baginya dari penyakit-penyakit hati tersebut dan menjaga kesuburan ibadahnya. Maha suci Allah yang telah merahmati manusia dengan musibah-Nya dan menguji dengan kenikmatan-Nya, sebagaimana yang dikatakan dalam sebuah syair: “ Adakalanya Allah mengurnia nikmat dengan cubaan menguji sebahagian orang dengan kenikmatan ”. Kalau sekiranya Allah tidak mengubati hamba-hambanya dengan cubaan dan malapetaka, nescaya mereka akan sesat dari jalan Allah. Jika Allah menghendaki suatu kebaikan pada diri hamba-Nya, maka dia memberikan ubat berupa cubaan dan ujia, sesuai dengan keadaannya, agar dia terhindar daripada penyakit yang lebih parah. Sehingga ketika Allah membersihkan dan mensucikannya, maka dia member martabat yang mulia di dunia, iaitu berupa peribatan kepada-Nya, dan mendapat pahala yang tinggi di akhirat.


PENYAKIT ITU MERRUPAKAN NIKMAT DAN ANUGERAH
Dari huraian tentang pelbagai faedah dan hasil-hasilnya ini dapat diketahui secara jelas bahawa penyakit yang menimpamu dan penderitaan yang kamu rasakan serta kesulitan yang menggelisahkan kamu, merupakan nikmat dan anugerah dari Allah. Itu semua merupakan pemberian dari Allah yang maha pengasih, yang diberikan kepada hambanya yang miskin dan memerlukan. Di antara rahmat-Nya, dia memberikan cubaan agar dapat diketahui hasilnya, hikmah Allah sangat tinggi dan rahmat-Nya amat mendalam. Oleh kerana ujian itu merupakan nikmat, maka orang-orang yang soleh dan solehah akan gembira sekiranya mereka menerima ujian tersebut dengan hati yang terbuka. Nabi s.a.w telah menyebutkan bahawa cubaan para Nabi dan orang-orang soleh adalah penyakit, kemiskinan, dan lain-lain. Setelah itu beliau bersabda, “ Dan sesungguhnya salah seorang di antara mereka benar-benar merasa gembira kerana mendapat cubaan, sebagaimana salah seorang di antara kamu yang merasa gembira kerana mendapat kelapangan ”. ( Ditakhrij Ibnu Majah dan Al-Hakim. Isnadnya sahih dan rijalnya thiqat ).
DUGAAN YANG MENIMPA ORANG-ORANG MUKMIN SEMAKIN BERAT BERGANTUNG KEPADA IMANNYA.
-    Jika sudah ditetapkan bahawa itu sebenarnya merupakan nikmat dan anugerah dari Allah, maka orang-orang yang paling berhak menerima nikmat adalah orang-orang Mukmin yang salih dari kalangan Nabi, lalu disusuli orang-orang lain yang mengikuti jalan mereka menurut martabatnya. Oleh kerana itu, musibah dan penderitaan semankin banyak menimpa para wali Allah, sebagai kemuliaan dan kebaikan bagi mereka. Selagi seseorang lebih bertakwa kepada Allah, maka dugaan yang menimpanya juga semakin berat. Nabi s.a.w mengumpamakan orang Mukmin itu dengan batang tanaman yang sentiasa digoyang-goyang angin setiap saat.

 MEMBERI KHABAR GEMBIRA BAGI ORANG YANG SAKIT
-    Sekiranya seseorang itu rajin mengerjakan amalan-amalan ketaatan, lalu tiba-tiba dia tidak boleh mengerjakan kerana sakit, maka pahalanya tetap diberikan selagi halangan untuk mengerjakannya adalah penyakit yang menimpamu. Dari Abu Musa r.a berkata, “ Rasulullah s.a.w brsabda “ Jika seseorang hamba itu sedang sakit, maka ditetapkan ( pahala ) baginya seperti ( pahala ) yang biasanya dia lakukan tatkala sedang dalam keadaan bermukim dan sihat ”.
SABARLAH WAHAI SAUDARAKU YANG SEDANG SAKIT.
-    Kewajipanmu wahai saudaraky yang sedang sakit adalah bersabar dalam menghadapi dugaan yang menimpamu, kerana itu merupakan ibadah dalam kesempitan. Ibnu Taimiyah berkata, “ Sabar menghadapi musibah adalah wajib menurut kesepakatan para imam ”. Ibnu-Qayyim berkata, “ Sabar adalah wajib menurut ijmak umat, dan sabar ini separuh daripada iman. Iman terdiri daripada dua bahagian, iaitu sabar dan satu lagi adlah syukur ”. Sabar wujud kerana wujud kerana tiga perkara, iaitu menahan diri daripada sifat baran, menahan diri untuk tidak terlalu mengeluh apabila ditimpa masalah,menahan anggota tubuh agar tidak mengerjakan perkara-perkara yang boleh menghilangkan kesabaran diri sendiri.
SABAR MENURUT AL-QURAN
-    Perkataan sabar disebutkan didalam Al-Quran di Sembilan puluh tempat, sebagaimana yang dikatakan Imam Ahmad ( rahimahullah ). Ibnu-Qayyim berkata, “ Perkataan sabar dibicarakan dalam al-quran menurut enam belas jeni, lalu dibahagikan lagi menjadi dua puluh dua jenis.” Dalam surah Al-Baqarah ayat 177, Allah memuji orang-orang yang sabar. Firman-Nya “ Dan, orang-orang yang sabar dalam kesempitan, penderitaan dan dalam peperangan, mereka itu adalah orang-orang yang benar ( imannya ), dan mereka itulah orang-orang yang bertaqwa. Di samping itu, Allah pasti member pahala tanpa batas. Firmannya: “ Sesungguhnya hanya orang-orang yang bersabarlah yang dicukupkan pahala mereka tanpa batas.” ( Az- Zumar ayat 10 )
SABAR DALAM SUNNAH
-    Nabi s.a.w telah menghabarkan bahawa sabar merupakan perkara paling baik yang diberikan kepada hambanya. Belai bersabda, “ Tidaklah seorang itu diberi suatu pemberian yang lebuh baik dan lebih luas daripada sabar ”. An-Nabawi pula berkata, “ Maksudnya, sabar itu adalah sesuatu yang terpuji. Orangnya sentiasa mendapat cahaya dan petunjuk untuk mengikuti yang benar ’’. Ada pula yang berpendapat bahawa yang dimaksudkan cahaya adalah cahaya tatkala berada di dalam kegelapan kubur. Ini kerana sekiranya seseorang mukmin itu bersabar dalam ketaatan dan musibah selagi dia masih berada di dunia serta menghadapi kederhakaan, maka Allah membalasnya dengan memberikan cahaya di kegelapan kuburnya di akhirat kelak.
JANGAN BERKATA PERKATAAN “ ANDAIKATA ”, KERANA UCAPAN SEBEGINI MEMBUKA PERBUATAN SYAITAN.
-    Jika penyakit yang menimpamu kerana sebab-sebab tertentu, seperti kecelakaan, maka janganlah engkau membuka pintu bagi syaitan pada dirimu, lalu engkau berkata, “ Andaikata aku berbuat begini, tentu akibatnya tidak seperti ini ” atau ucapan-ucapan yang boleh mengingkari qada qadar Allah. Tetapi engkau haruslah menerima setiap apa yang berlaku dengan hati yang ikhlas.

PENUTUP
Kesimpulannya, buku ini banyak menekankan kepada pembaca supaya berbanyakkan bersabar kepada Allah sekiranya menghadapi dugaan yang sedang dialami. Jesteru, setiap penyakit pasti ada ubatnya, kita sebagai seorang mukmin juga hendaklah berfikiran positif dan menganggap ujian yang diberikan Allah itu merupakan salah satu hikmah disebaliknya dan juga kita sebagi umatnya haruslah menginsafi setiap kesalahan yang pernah kita lakukan sebagai salah satu hukuman yang telah diberikan oleh Allah. Jadi dengan berdoa juga dapat mendekatkan diri kita kepada Allah dan kembali kepada jalannya kembali.

No comments:

Post a Comment