Monday, October 22, 2012

Hakikat Iman

Disediakan untuk : Ustaz Abd Aziz bin Harjin
Disediakan oleh: Uhammad Adib Bin Abdul Manaf
Kad Pengenalan : 940903-02-5023
Nombor Matriks : 2012286306
Group : D
Kursus : Cs113

Definisi Iman
i)    Makna Iman

Iman Pada Loghah Bermaksud Percaya.Merurut Syariat Islam Iman Ialah Keyakinan Yang Dibenarkan Oleh Hati, Diucapkan Dengan Mulut Dan Dibuktikan Dengan Amalan.Secara Ringkasnya, Orang Yang Beriman Ialah Orang Yang Percaya, Mengaku Dan Beramal.

ii)    Seseorang Yang Tidak Memenuhi Syarat-Syarat Iman:

a)    Fasik - Orang Yang Mengucapkan Lailahailallah Dan Yakin Dengannya Tapi Tidak Beramal Dan Amalan X Sempurna.
b)    Fakir- Orang Yang Yakin Tapi Tidak Mahu Ikrarkan Lailahailallah Samaada Beramal Atau Tidak.
c)    Munafik- Orang Yang Mengucapkan Lailahailallah, Beramal Dengan Tuntutan Tapi Keyakinannya Dimainkan Dengan Keraguan.

iii)    Contoh-Contoh Keraguan:

a)    Ragu Dengan Kerasulan Salah Seorang Nabi Dan Rasul Yang Wajib Diimani.
b)    Ragu Dengan Kebenaran Satu Dari Ayat-Ayat Al-Quran
c)    Ragu Dengan Qadha Dan Qadar Dari Allah S.W.T..

iv)    Tuntutan Kalimah Syahadah:

a)    Mengabadikan Diri Hanya Pada Allah S.W.T..
b)    Meredhai Allah S.W.T..
c)    Tiada Yang Ditakuti Melainkan Allah S.W.T..
d)    Tiada Yang Mencintai Lebih Dari Allah S.W.T..
e)    Tiada Tempat Menyerah Diri Melainkan Allah S.W.T..

Mengapa Iman Penting
Iman Juga Merupakan Sumber Kebahagiaan Hidup Yang Sebenar.
Manusia-Manusia Sekarang Hidup Berpandukan Nafsu Dan Akal Semata-Mata.Mereka Tidak Mahu Mencari Kebahagiaan Yang Hakiki. Mereka Berpendapat:
-    Kebahagiaan Itu Ada Pada Harta Benda Dan Wang Ringgit.
-    Kebahagiaan Itu Ada Pada Pangkat Darjat Dan Kemasyuran.
-    Kebahagiaan Itu Ada Pada Ilmu Pengetahuan Yang Tinggi.
Kesungguhan Mereka Mencari Harta, Ilmu, Pangkat Dan Lain-Lain Akan Menyebabkan Mereka Mengabaikan Iman Sehingga Mampu Melanggar Perintah Dan Larangan Allah S.W.T..Orang Beriman Sentiasa Berada Dalam Keadaan Tenang.
Sabda Rasulullah Untuk Mengukur Sejauh Mana Iman Kita Dapat Menyelamatkan Kita :
1.    Tiga Macam Sifat Yang Ada Pada Orang Yang Telah Merasakan Kelazatan Iman:
i)    Tidak Ada Sesuatu Yang Dicintai Selain Dari Allah Dan Rasul-Nya.
ii)    Menyintai Semua Hanya Kerana Allah.
iii)    Takut Berbalik Keimanannya Seperti Mana Takut Dimasukkan Ke Dalam Api Neraka.

2.    Tiga Perkara Yang Dapat Dirasai Oelh Orang Yang Merasa Kelazatan Iman :
i)    Tidak Membantah Semua Yang Benar.
ii)    Tidak Berdusta Walau Dalam Kesulitan.
iii)    Yakin Apa Yang Berlaku Dari Allah Dan Tidak Boleh Dihindarkan.

Tangga-Tangga Iman
Meletakkan Manusia Sebagai Hina Atau Mulia Melalui Miskin Atau Kayanya Merka Adalah Tidak Patut, Tidak Adil Dan Tidak Logik, Sebabnya:
i)    Ia Melahirkan Jurang Yang Memisahkan Orang Miskin Dan Tidak Berpangkat Dari Orang Kaya Dan Berpangkat.
ii)    Kehidupan Manusia Menjadi Liar Dan Kejam, Seliar Haiwan-Haiwan Yang Tidak Berakal.
iii)    Melahirkan Manusia-Manusia Yang Pasif, Penakut Dan Panjang Angan-Angan.
Pengkelasan Yang Didasarkan Atas Darjat Keimanan Ini Adalah Cara Pengkelasan Yang Tepat Dan Adil. Banyak Perkara Yang Menyebabkan Kita Buat Kesimpulan Begitu:
i)    Iman Adalah Musuh Ketat Nafsu Dan Syaitan.
ii)    Orang Yang Kuat Iman Ialah Orang Yang Baik Akhlaknya
iii)    Penyatuan Umat Dalam Erti Yang Sebenar Ialah Bersatunya Mereka-Mereka Yang Mempunyai Fahaman, Keyakinan Dan Cita-Cita Yang Sama
Islam Membezakan Iman Kepada Lima Peringkat. Seseorang Yangberagama Islam Tidak Akan Terlepas Dari Salah Satu Peringkat Ini:
i)    Iman Taqlid
ii)    Iman Ilmu
iii)    Iman Ayyan
iv)    Iman Hak
v)    Iman Hakikat

IMAN TAQLID
Iman ini ialah iman ikut-ikut. Yakni, orang yang memiliki iman ini ialah orang yang beriman dengan semua rukun hanya kerana mengikut-ikut orang lain. Sepertilah agama Islam yang mereka anuti itu hanyalah kerana ibu bapa mereka beragama Islam.
Jika ditanya kepada mereka tentang sifat ketuhanan sudah tentu mereka tidak mampu menjawabnya.Mereka tidak tahu untuk menjawabnya kerana mereka tidak pernah berfikir dan mempelajarinya. Sifat orang yang beriman taqlid sepertilah sifat lalang yang mengikut angin. Golongan orang yang beriman taqlid ini juga tidak sanggup menghadapi ujian hidup.
Mengikut qaul yang lebih jelas, iman taqlid tidak sah tetapi Cuma satu qaul saja yang memberi kelonggaran dengan mengatakan:-
Bagi seseorang yang sangat bodoh kalau belajar pun, memang tidak boleh dapat, maka munasabahlah ia beriman taqlid. Oleh itu iman taqlid adalah sah. Kalau orang itu mati dalam keadaan memiliki iman taqlid, tidak ada pun niat untuk menuntuk ilmu, menambah iman, maka matilah ia sebagai mati orang kafir. Mereka akan ditempatkan di neraka, kekal abadi selama-lamanya.

IMAN ILMU
Iman ilmu adalah iman yang berdasarkan ilmu.Yakni, ilmu keimanan yang ada digariskan dalam agama Islam.Orang beriman ilmu itu ialah seseorang yang telah mempelajari secara resmi tentang Allah, malaikat, kitab-kitab, nabi-nabi, hari qiamat dan lain-lain yang diwajibkan dalam Islam.
Hadpaling mininum yang patut dipelajari oleh seseorang bagi meletakkannya ketaraf iman ilmu ialah:
1.    Mengetahui sifat yang wajib bagi Allah dengan dalil-dalil akli (akal) dan naqli (Al-Quran atau Hadith) secara ijmali (ringkas).
2.    Mengetahui dua puluh sifat-sifat mustahil bagi Allah dengan dalil-dalil aqli dan naqli secara ijmali.
3.    Satu sifat yang harus bagi Allah dengan dalil-dalil aqli dan naqli secara ijmali.
4.    Empat sifat yang wajib bagi Rasul dan empat sifat yang mustahil bagi Rasul dengan dalil-dalil naqli dan aqli hanya secara ijmali.
Apabila seseorang itu mengucapkan kalimah “Lailahaillallah-Muhammadur Rasulullah” dengan ilmu dan fahaman, maka jadilah imannya seperti iman ilmu.Orang yang beriman ilmu iaitu keyakinannya berasas dan bertunjangkan pada fikirannya.
Kebanyakkan mereka yang beriman ilmu ini ialah golongan yang berasal dari pengajian agama dan ketuhanan dan bersumberkan Al-Quran dan Sunnah.Hanya golongan ini yang dapat mendalami agama secara teratur dan lengkap.
Seseorang yang beriman ilmu, imannya hanya berada dalam fikiran tidak di dalam hati. Segala apa yang diyakini masih dalam bentuk pengetahuan, bukan dalam bentuk kejiwaan. Kekuatan iman ilmu yang mereka miliki tidak mampu melawan kekuatan nafsu dan syaitan yang merajai hati.
Contoh orang iman ilmu tidak mampu melawan nafsu yang menyebabkan mereka ke nereka:
1.    Ahli-ahli agama seperti mufti, khadi, tok imam, tuan guru, ustaz, ustazah, dan lain-lain kebanyakkan terlibat dalam riba.
2.    Golongan tersebut yang mempunyai pengetahuan tauhid yang tinggi, mereka sangat berani mengkritik dasar dan sistem pelajaran sekular yang dilaksanakan di sekolah-sekolah dan kolej-kolej di dalam dan luar negeri, kononnya tidak islamik. Tapi mereka tetap menghantar anak mereka ke sekolah tersebut.
3.    Orang yang berpendidikan agama turut serta dalam pendedahan aurat dan pergaulan bebas sejak akhir-akhir ini. Mereka membaca ayat Al-Quran dan hadith yang menyuruh menutup aurat tetapi anak dan isteri masih terdedah dan terpengaruh dengan perkembangan fesyen.
Satu jalan yang boleh menyelamatkan orang beriman ilmu ini dari azab api nereka ialah dengan memperbanyakkan taubat, menyesal atas segala kelemahan serta memohon ampun dan kasihan belas dari Allah S.W.T..
IMAN AYYAN
Peringkat iman ketiga ialah iman ayyan yang lebih tinggi taraf dari iman ilmu. Orang yang beriman ayyan ialah orang yang rajin mengerjakan ibadah-ibadah yang boleh menambahkan iman, akan meningkatkan imannya kepada iman ayyan.Iman ayyan mempunyai keyakinan iman pada hati. Yakni mempelajari iman dengan meresap ke fikiran, melalui ibadah yang khusyuk serta memikirkan kebesaran Allah iman akan meresap ke dalam hati. Keyakinan mereka pada Allah, malaikat dan lain-lain telah memenuhi ruang fikiran dan ruang hati mereka.
Ciri-ciri orang beriman ayyan:-
1.    Khusyuk dalam sembahyang.
2.    Berpuasa.
3.    Berzakat.
4.    Menunaikan haji sekiranya mampu.
5.    Redha dengan ketentuan Allah.
6.    Sabar menanggung ujian dari Allah.
7.    Bersyukur di atas nikmat Allah.
8.    Menjauhkan diri daripada maksiat.
9.    Sentiasa bermujahadah membuang semua sifat mazmumah.
10.    Berakhlak mulia.
11.    Tidak mahu bermewah-mewah, cukup dengan apa yang ada dan sederhana sekali dalam hidup.
12.    Berkasih sayang sesame mukmin, tegas dan keras dengan orang kafir.
13.    Tidak pernah berputus asa dalam menghadapi dugaan hidup.
14.    Sentiasa membetulkan diri dan saling menasihati dengan penuh bijaksana.
15.    Sering melakukan kebajikan dan tolong-menolong sesame manusia.
16.    Bersungguh-sungguh melaksanakan perintah Allah.
17.    Bersungguh-sungguh meninggalkan larangan Allah.
18.    Menjadikan berjuang dan berjihat sebagai kerja yang kekal sepanjang hayat.
Orang beriman ayyan ini sangat membenarkan janji Allah bahawa hari qiamat pasti akan tiba. Mereka juga merasakan mereka sentiasa diawasi oleh Allah.Oleh itu, Allah memuji mereka dengan nama-nama yang baik. Seperti:
1.    Orang-orang yang soleh (orang-orang baik)
2.    Golongan Abror (orang-orang berbakti)
3.    Golongan Muflihoon (orang-orang mendapat kejayaan)
4.    Orang Al-Faizun (golongan yang mendapat kemenangan)
5.    Ashabul Yamin (orang yang menerima suratan amalan dari tangan kanan)
Mereka ini adalah ahli-ahli syurga.Mereka juga layak menerima mandat untuk membangunkan kehidupan beragama dalam diri, keluarga dan masyarakat.Mereka tidak takut pada ejekan, cemuhan, fitnah dan penghinaan.

IMAN HAK
Iman hak juga dikenali sebagai iman sebenar. Orang beriman hak ialah orang yang dapat melihat Allah dengan mata hatinya dalam sebarang apa yang ia lihat. Mereka akan segera teringat akan Allah setiap kali memandang apa saja ciptaan Allah. Ingatan itu dating dengan cara spontan dan sekaligus bersama dengan perasaan takut, gerun, hebat, kagum, sanjung dan kasihkan Allah.Oleh itu, mereka tidak mampu dilalaikan oleh nafsu dan syaitan dan menyebabkan mereka tidak mempunyai dosa.
Allah telah menggelar mereka sebagai orang Muqarrobin yang bermaksud orang-orang yang hampir dengan Allah.Ekoran dari sikap tersebut mereka akan nertindak sebagai seorang:
1.    Zahid
2.    Ikhlas
3.    Wara’
4.    Menunaikan segala perintah Allah
5.    Tidak takut dengan bala Allah dan tidak gembira dengan nikmat Allah
6.    Tidak makan dipuji dan tidak rasa terhina apabila dikeji.
Iman hak menjadikan mereka sentiasa berada dalam kebahagiaan.Lebih kurang 1400 tahun dulu umat Islam kebanyakkannya berada di peringkat iman Hak dan dipanggil Muqarrobin.

IMAN HAKIKAT
Iman hakikat ialah iman tertinggi dan iman yang sempura.Taraf iman ini dimiliki oleh Rasul-rasul, nabi-nabi dan wali-wali besar.Allah tempatkan mereka di syurga yang tertinggi tanpa melalui sebarang hisab.Golongan ini tenggelam dalam rindu, asyik dan mabuk dengan Allah.Hari-hari mereka ini penuh dengan kerinduan dan kecintaan kepada Allah.
Budi dan akhlak mereka adalah terbaik dan termulia.Jika orang berkasar dengan mereka, baiklah yang dibalasnya.Allah telah menganugerahkan kepada mereka satu keistimewaan iaitu rasa hati yang sentiasa merindui Allah, badan lahir mereka boleh keluar ke tengah masyrakat, mendidik, memimpin manusia kepada kehidupan yang diredhai Allah.
Di akhirat nanti, Allah menempatkan mereka ke syurga yang tertinggi.Merekalah “super skill” akhirat.Hidup dalam syurga yang maha indah dan maha lazat.Allah kurniakan sebagai membalas cinta dan pengorbanan mereka yang sungguh besar.

BAGAIMANA CARA MENDAPATKAN IMAN?
Faktor utama dan yang terpenting yang patut disediakan ialah kesedaran, kemahuan dan kesungguhan kita untuk mencapainya. Rasulullah telah member tahu kita:
    Orang yang paling cerdik ialah orang yang paling banyak mengingati mati.
Orang yang paling cerdik ialah orang yang tidak akan melepaskan peluang untuk merebut sebanyak-banyak kebaikan yang terdaya sementara ia masih diizinkan untuk terus hidup di muka bumi ini.
Contoh firman Allah bagaimana iman itu boleh dicapai:
1.    Mujahadatunnafsi (melawan hawa nafsu)

Untuk mendapatkan iman Allah memerintahkan supaya kita melawan nafsu kerana nafsu yang bersarang di hati kita itu sentiasa mengajak kita supaya menderhakai Allah.

Dalam usaha melawan hawa nafsu itu kita mestilah menempuh tiga peringkat:

i)    Mengosongkan atau membuang
ii)    Mengisi atau menghiasi.
iii)    Terasa kebesaran dan kehebatan Allah.

PERINGKAT MENGOSONGKAN DAN MEMBUANG
Di peringkat ini, iaitu peringkat permulaannya kita hendaklah membuang semua kehendak nafsu yang rendah dan dilarang Allah.Melawan hawa nafsu sangat sukar kerana nafsu itu berada dalam badan kita mengalir bersama aliran darah, menguasai seluruh tubuh kita.Oleh itu, tanpa kita sedar dan kemahuan yang bersungguh-sungguh, kita pasti dikalahkan semahu-mahunya.
Peringkat-peringkat hawa nafsu manusia terbahagi kepada beberapa peringkat.Kita senaraikan nafsu yang serendah-rendahnya dahulu.
1.    Nafsu Amarah
2.    Nafsu Lauwamah
3.    Nafsu Mulhamah
4.    Nafsu Mutmainnah
5.    Nafsu Radhiah
6.    Nafsu Mardhiyyah
7.    Nafsu Kamilah
Kita yang beriman ilmu baru berada di tahap nafsu Lauwamah.Kita mestilah melawan nafsu ini sehingga dia mahu tunduk sepenuhnya pada perintah Allah, iaitu paling mampu yang boleh kita capai ialah nafsu Mutmainnah yang ada pada orang yang iman ayyan. Di peringkat inilah yang dapat menyelamatkan kita daripada seksaan api neraka.
Nafsu jahat dapat dikenali melalui sifat keji dan kotor yang ada pada manusia. Sifat-sifat mazmumah itu ialah: Sum’ah, ria, ujub, takkabur, sombong, hasad dengki, marah, dendam, bakhil, penakut, cinta dunia, gila pangkat, gila harta, banyak cakap, banyak makan, mengumpat dan lain-lain lagi sifat tercela yang dibenci Allah.
Sesiapa yang ingin mengetahui kelemahan dirinya hendaklah dia melalui jalan-jalan ini:
1.    Duduk di hadapan guru (syaikh)

Guru yang dapat melihat keburukan dan kekurangan yang ada pada diri seseorang serta memperhatikan bahaya-bahaya yang tersembunyi.Kemudian dia memberi nasihat dan petunjuk untuk bermujahadah.

2.    Mencari teman yang benar.

Kita mestilah mencari teman yang bermata hati, beragama dan ikhlas lagi benar.Begitulah ciri-ciri seorang teman, lalu dijadikan sebagai pengintip diri, memperhatikan tingkah laku serta perbuatannya. Maka apa yang teman tidak suka dari segi akhlak, perbuatan-perbuatan lain, baik zahir atau batin akan diberitahu. Cara beginilah orang-orang cerdik dan orang-orang soleh dahulu biasa lakukan.


3.    Ambil pelajaran dari lidah musuh.

Orang yang banyak mengambil manfaat dari lidah musuh yang meluap-luap kemarahannya akan dapat mengetahui kekurangan dirinya, kerana tabiat musuh suka menyebut segala keburukkan orang yang dia dimusuhi.

4.    Bercampur gaul dengan manusia.

Sesungguhnya orang mukmin itu cermin orang mukmin. Apabila kita melihat kekurangan orang lain maka hendaklah kita cermin diri kita sendiri. Kalau manusia semuanya meninggalkan apa yang tidak disukai dari orang lain, nescaya mereka tidak memerlukan kepada pendidik. Orang-orang cerdik mengintip dan mengintai-intai kelemahan sendiri untuk keselamatan dan kemewahan pada masa akan datang. Mereka akan cuba membuang semua sifat keji setelah mengetahui mereka masih mempunyai.
Cara-cara untuk membuang semua sifat keji berikut :
1.    Bakhil – cuba membiasakan diri dan memdermakan sedekah, hadiah dan lain-lain yang berupa pemberian haknya kepada orang lain.

Rasulullah S.A.W. telah menyatakan sedekah juga boleh dibuat dengan:
i)    Segala perbuatan baik itu merupakan sedekah
ii)    Senyuman kepada saudara itu juga sedekah
iii)    Mendamaikan dua kumpulan yang bergaduh juga sedekah.

2.    Sifat sombong

Sifat takabbur, sombong dan bermegah-megah adalah mazmumah yang patut sangat kita kikis dengan segera.Kita perlu usaha mengurangkannya. Kita mestilah cuba merendahkan diri dan memaksa hati untuk merasa dan mengakui kelemahan dan kekurangan kita sebagai manusia biasa. Kita mesti mampu dan berani mengaku kesalahan kita dan meminta maaf. Kita perlu biasakan diri bergaul bersama orang-orang susah, cacat, peminta sedekah ataupun sesiapa sahaja yang dianggap golongan bawahan.

3.    Takut

Rasa takut yang menguasai hati akan bertindak dalam berbagai bentuk, mengikut suasana yang dihadapi. Di antara rasa takut yang disuruh dalam syariat ialah takut melakukan dosa dan kemungkaran, takut melanggar segala larangan dan perintah Allah. Takut yang ditegah syariat ialah takut kepada manusia, hantu, takut menegakkan kebenaran, takut miskin, takut orang kata, takut tak maju, takut masa depan terabai.
Rasa takut sebenar yang disuruh oleh syariat ialah takut kepada Allah, dengan erti kata lain takutkan semua azab yang dijanjikan di dunia apa lagi di akhirat.

4.    Marah

Marah merupakan sifat mazmumah yang tercela dan dibenci oleh Allah dan Rasul. Kemarahan dapat diatasi dengan mengingati segala yang berlaku adalah qudrah dari Allah. Yakni akan tertolak apabila seseorang itu mempunyai tauhid yang kuat.

Kemarahan dapat tertolak dengan berbaik sangka kepada Allah.Selain itu, kemarahan dapat dipadamkan dengan menghapuskan cinta terhadap dunia dari hati.Orang yang sedang marah ini umpama anjing garang yang hendak menerkam.Cuba bayangkan betapa buruknya wajah kita ketika marah. Tahanlah sifat marah dengan bersifat lemah-lembut dan berwajah manis.

Sambil memegang hidung serta berdoa: “ Wahai Allah! Tuhanku, Tuhan Nabi Muhammad S.A.W. ! Ampunilah bagi dosa-dosaku dan lepaskanlah aku dari fitnah-fitnah yang menyesatkan!”.

PERINGKAT MENGHIAS ( TAHALLI )
Tahalli bermaksud menghiasi.Setelah mengosongkan hati dari sifat mazmumah, kita perlulah menghiasi hati kita dengan sifat mahmudah. Contoh sifat-sifat mahmudah : jujur, ikhlas, berbaik sangka, pemurah, amanah, takutkan Allah, pemaaf, taubat, zuhud, tolak ansur, dan lain-lain sifat yang disukai Allah.
Contoh kita menghiasi hati kita dengan sifat pemurah.Maka kita perlu latihkan diri dengan mengeluarkan harta dan barang yang kita sayangi untuk diberikan kepada yang memerlukan.

PERINGKAT RASA KEBESARAN ALLAH ( TAJALLI )
Setelah kita mengosong dan menghias hati, maka dapatlah kita rasai hasilnya.Tajalli merupakan sejenis perasaan yang hanya dimengerti oleh orang-orang yang merasainya saja.
Tajalli secara ringkasnya ialah perasaan lapang dada, tenang, dan bahagia.Hati seakan-akan celek, hidup, nampak dan terasa kebesaran Allah.


1 comment:

  1. assalamualaikum..mohon share maklumat ini.. terima kasih

    ReplyDelete